bidang tugas karnival seni 2012

Upload: khyree

Post on 06-Jan-2016

265 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bidang tugas

TRANSCRIPT

MAJLIS TILAWAH PENDIDIKAN KHAS

CADANGAN BIDANG TUGAS JAWATAN KUASA KERJAMAJLIS TILAWAH PENDIDIKAN KHASPERINGKAT KEBANGSAAN 2009

UrusetiaSektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN KedahSemua Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, PPD1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik jawatankuasa kerja secukupnya.3. Merancang dan melaksanakan pertandingan.4. Memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan.5. Mengawal, menyelia dan memberi nasihat mengikut program.6. Menjadi tempat rujukan semua AJK mengenai program.7. Menyelaras tugas dengan pihak-pihak luar yang terlibat.8. Menyediakan senarai penyampai hadiah dan masa selepas pertandingan.

Jemputan, Sambutan dan Pegawai Perhubungan KontinjenPengetua SMK Tanjung Pauh, JitraGuru Besar SK Taman Aman, Alor Setar1. Melantik AJK secukupnya.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Mendapatkan kad jemputan daripada AJK Buku Program & Kad Jemputan dan mengedarkannya.4. Menghubungi AJK yang berkaitan untuk penginapan, susunan tempat duduk dalam majlis, pengacara majlis, protokol dan perhubungan (VIP & VVIP).5. Mengenalpasti tetamu yang sampai di majlis. 6. Memastikan prosedur/protokol yang betul untuk tetamu dan VIP (bekerjasama dengan Unit Perhubungan, JPN Kedah). 7. Memastikan bentuk sambutan yang sesuai dengan majlis.

Protokol, Pegawai Perhubungan dan Jemputan VIP & VVIPUnit Perhubungan, JPN Kedah 1. Melantik AJK secukupnya.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Mendapatkan maklumat tetamu yang akan hadir nama dan jawatan (VIP & VVIP).4. Menyusun kedudukan di dalam majlis penutup.5. Menghantar jemputan untuk VIP & VVIP bagi majlis penutup.6. Menyediakan pegawai perhubungan untuk VIP & VVIP.

Pendaftaran Peserta dan Acara:Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin, JitraGuru Besar SK Bukit Tinggi, Jitra 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik AJK secukupnya3. Menyiapkan borang dan mendaftar peserta di setiap lokasi pertandingan.4. Menyediakan meja pendaftaran dan papan tanda untuk memudahkan pendaftaran.5. Menyediakan petugas di setiap tempat pertandingan.6. Menentukan identiti/kesahan peserta yang bertanding.7. Mengurus peserta menerima hadiah selepas tamat pertandingan.8. Menyediakan senarai nama penerima hadiah untuk majlis penutup.

Penginapan VIP dan Pegawai:Pengetua SMK Seri Mahawangsa, Jitra 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik AJK secukupnya3. Memastikan keperluan bilik untuk pegawai dan VIP.4. Memastikan masa ketibaan pegawai dan VIP.5. Menghubungi dari masa ke semasa urus setia dan Unit Perhubungan, JPN Kedah untuk maklumat lengkap.6. Menyediakan petugas sepanjang masa di tempat penginapan.

Penginapan Kontinjen:Pengetua SMK Bandar Baru Sintok, SintokGuru Besar SK Bandar Baru Sintok, SintokUniversiti Utara Malaysia 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik AJK secukupnya3. Menentukan kolej penginapan kontinjen.4. Kerjasama dengan Jabatan Canselori Universiti Utara Malaysia.5. Memastikan penginapan kontinjen mencukupi.

Jamuan dan Makanan Minum Kontinjen:Guru Besar SK Dato Wan Kemara, Changlun1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik AJK secukupnya.3. Menyedia dan menyemak menu dengan pihak pembekal.4. Memastikan tempat makan dilabel untuk nama setiap negeri.5. Memastikan setiap negeri mempunyai seorang petugas. 6. Mengingatkan pembekal mengenai kebersihan dan kualiti makanan.7. Mengedarkan makan minum untuk kontinjen semasa pertandingan.8. Menentukan makanan mencukupi.

Jamuan dan Makanan Minum Pegawai:Pengetua SMK Changlun, Changlun1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik AJK secukupnya.3. Menyedia dan menyemak menu dengan pihak pembekal.4. Mengingatkan pembekal mengenai kebersihan dan kualiti makanan.5. Menyedia makan minum untuk pegawai semasa pertandingan.6. Menentukan makanan mencukupi.

Jamuan dan Makanan Minum Majlis Penutup:Pengetua SMK Hutan Kampung, Alor SetarPengetua SMK Tunku Bendahara, Kodiang1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik AJK secukupnya.3. Menyedia dan menyemak menu dengan pihak pembekal.4. Memastikan tempat makan dilabel untuk nama setiap negeri.5. Memastikan setiap negeri mempunyai seorang petugas. 6. Mengingatkan pembekal mengenai kebersihan dan kualiti makanan.7. Memastikan kerusi meja untuk tetamu mencukupi.8. Berhubung dan berurusan dengan Jabatan Canselori Universiti Utara Malaysia.9. Memastikan pembekal makanan yang berkemampuan.10. Berbincang menu yang sesuai dengan pihak pembekal.11. Memasang khemah tambahan, jika perlu.12. Melantik dan menyediakan pramusaji yang mencukupi untuk VIP & VVIP.13. Menyediakan lay out dan setting untuk seluruh majlis jamuan penutup :13.1 Lay-out santapan Di Raja.13.2 Lay-out jamuan VIP.13.3 Lay-out jamuan pegawai/pegawai pertandingan.13.4 Lay-out jamuan kontinjen-kontinjen negeri.14. Menentukan makanan mencukupi.

Persiapan Tempat Pertandingan dan Backdrop:Pengetua SMK Paya Kemunting, JitraPengetua SMK Sanglang, Ayer Hitam

1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Membuat lay-out untuk tempat pertandingan.3. Memastikan tempat yang akan digunakan telah tersedia sebelum pertandingan.4. Membuat persediaan supaya tempat pertandingan dalam keadaan sesuai dan ceria.5. Melabel di pintu jenis pertandingan dan masa pertandingan dijalankan.6. Melabel tempat hakim dan pegawai pertandingan.7. Memastikan ada petugas/site manager di setiap bilik pertandingan semasa berlangsungnya pertandingan.8. Memastikan tempat yang akan digunakan telah lengkap dan bersedia sebelum majlis.

Peralatan dan Siaraya : Guru Besar SK Tunjang, JitraGuru Besar SK Seri Banai, Jitra

1. Memastikan bilangan LCD, mikrofon, laptop yang diperlukan mencukupi.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Melantik AJK secukupnya.4. Memastikan bilik pertandingan dipasang dengan peralatan yang diperlukan dan berfungsi sebelum pertandingan bermula.5. Sentiasa berada di tempat pertandingan untuk membantu sekiranya timbul masalah yang perlukan bantuan.

Publisiti dan Promosi:PPD Kuala Muda/Yan

1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Menghubungi pihak media untuk publisiti.4. Menyediakan 3 kain rentang.5. Memohon kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan untuk memasang sepanduk/kain rentang.6. Memasang dan membuka segala kain rentang dan banting mengikut masa yang dibenarkan.

Dokumentasi:PPD Kulim/Bandar Baharu

1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Menghubungi pihak BTPN untuk dokumentasi bentuk elektronik dan gambar.4. Menyediakan dokumentasi lengkap untuk keseluruhan program.5. Menghubungi urusetia untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Rakaman:Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah

1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Membuat rakaman lengkap untuk keseluruhan program.4. Menghubungi urusetia untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Buku Program dan Kad Jemputan:PPD Padang Terap1. Melantik AJK secukupnya.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Membuat reka bentuk kulit buku program untuk diluluskan oleh JK Pengelola.4. Menyediakan kad jemputan.5. Menyiapkan buku program khusus untuk VIP & VVIP.6. Menyediakan buku program jadual pertandingan.7. Menghubungi syarikat percetakan. 8. Memastikan cetakan buku program siap mengikut tarikh yang dikehendaki.9. Mengedarkan buku program kepada mereka yang sepatutnya.Buletin:PPD Pendang1. Melantik AJK secukupnya.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Menyedia dan mengedar buletin harian berkaitan drngan program/majlis.4. Koordinasi dengan urus setia sepanjang masa tentang maklumat yang hendak diterbitkan.5. Isi kandungan buletin adalah sah dan tidak sensasi sehingga boleh menimbulkan kontrovesi.6. Menjaga nama baik dan imej pertandingan, Jabatan dan negeri.7. Buletin pertama diedarkan sebaik ketibaan kontinjen-kontinjen negeri.

Sijil:PPD Langkawi1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Memastikan sijil mencukupi untuk semua acara dan peserta :3.1 Sijil Penyertaan (kontinjen)3.2 Sijil Penghargaan (AJK/Pegawai Pertandingan)3.3 Sijil Pengiktirafan (Johan/Naib Johan & Ketiga)4. Menyediakan sijil penghargaan untuk semua penaja.

Lawatan:PPD Baling/Sik1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Mengenal pasti tempat-tempat menarik untuk dilawati.4. Menyediakan brosur tempat-tempat yang boleh dilawati oleh kontinjen.5. Memberi khidmat bantu yang diperlukan oleh kontinjen yang hendak membuat lawatan.

Keselamatan dan Pertolongan Cemas:Pengetua SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Menjaga keselamatan semua kontinjen di tempat penginapan dan pertandingan.4. Menghubungi pihak JPA3, hospital dan Pusat Kesihatan Pelajar Universiti Utara Malaysia sebagai persediaan.5. Memastikan tempat pertandingan selamat untuk peserta.6. Menangani masalah jika terdapat peserta yang sakit dan sebagainya.7. Memastikan ada pegawai bertugas sepanjang masa sehingga tamat program/majlis.

Keselamatan dan Kawalan Trafik(Majlis Penutup):Universiti Utara Malaysia1. Melantik AJK secukupnya2. Memastikan kawalan keselamatan berjalan lancar.3. Memastikan anggota kawalan trafik mencukupi.

Perasmian Penutup :PPD Kubang PasuPengetua SMK Jitra, Jitra

1. Selaku stage manager majlis penutupan rasmi.2. Melantik AJK secukupnya.3. Menyediakan anggaran perbelanjaan. 4. Menyediakan atur cara majlis penutupan rasmi.5. Menyediakan atur cara pentadbiran.6. Melantik dan menyediakan pengacara majlis untuk majlis penutupan rasmi.7. Kordinasi antara juruacara dan AJK Hadiah.8. Persediaan pentas dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia.9. Menyediakan backdrop dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia.10. Melabel kedudukan pegawai dan kontinjen untuk majlis penutup.11. Menjalankan raptai penutup sehari sebelum majlis.12. Memastikan atur cara majlis berjalan lancar mengikut masa

Pengangkutan:Unit Pentadbiran Am, JPN KedahGuru Besar SKPK Alor Setar, Alor SetarGuru Besar SKPK Sungai Petani, Sungai Petani1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Memastikan tempat meletak kenderaan untuk kontinjen di kawasan penginapan dan pertandingan.4. Menyediakan pelekat untuk kenderaan kontinjen.5. Menyediakan kenderaan untuk kontinjen Sabah, Sarawak, Labuan dan lain-lain kontinjen yang memerlukan.6. Menyediakan kenderaan VIP & VVIP.

Penghakiman:Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran MalaysiaSektor Pendidikan Islam, JPN Kedah1. Melantik AJK secukupnya.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Menentukan bilangan hakim yang mencukupi bagi setiap pertandingan.4. Menentukan peraturan kehakiman disediakan dengan lengkap.5. Menyediakan tempat dan taklimat untuk semua hakim.6. Menyediakan borang-borang pemarkahan yang mencukupi.7. Memastikan setiap pertandingan pelajar bermasalah pendengaran terdapat hakim yang boleh memahami bahasa isyarat.

Penjaga Masa:Guru Besar SK Kodiang, Kodiang1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Menyediakan AJK dan penjaga masa yang mencukupi.3. Memberi taklimat kepada penjaga masa mengenai peraturan pertandingan dan berhubung dengan hakim.4. Menyediakan peralatan yang mencukupi dan sesuai di antaranya jam randik dan loceng dan sesuai dengan kategori yang dipertandingkan.5. Menyediakan penjaga masa untuk setiap bilik pertandingan.Pengacara Pertandingan:Pengetua SMK Pulau Nyior, Jitra 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.2. Melantik pengacara majlis untuk setiap bilik pertandingan.3. Melantik pengacara majlis yang boleh berbahasa isyarat bagi acara kategori masalah pendengaran.4. Menyediakan skrip pengacara.5. Memastikan kelancaran majlis.6. Mengacara majlis penyampaian hadiah selepas pertandingan.

Sumbangan dan Penajaan:PKPSM dan MGB1. Melantik AJK secukupnya.2. Mendapatkan surat dari urus setia untuk mohon penajaan dan sumbangan.3. Menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan penajaan.4. Memasukkan nama syarikat penaja dalam buku program.5. Menyediakan sijil penghargaan untuk penaja.

Hadiah, Sijil dan Cenderamata:Pengetua SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra (Semasa Pertandingan)Guru Besar SK Sultanah Asma (Semasa Perasmian Penutup)1. Melantik AJK secukupnya2. Menyediakan anggaran perbelanjaan.3. Menyediakan senarai pengambilan cenderamata untuk ketua kontinjen tandatangan.4. Menghubungi urusetia untuk mendapatkan hadiah, sijil dan cenderamata yang mencukupi untuk semua peserta dan acara.5. Menyediakan petugas dan peralatan untuk majlis penyampaian hadiah.6. Membuat persiapan untuk majlis penyampaian hadiah.7. Menyusun tatacara pembahagian hadiah agar selari dengan pengacara majlis.8. Mendapatkan nama penerima hadiah daripada JK Pendaftaran Peserta dan Acara.

Teks Ucapan: Sektor Kaunseling dan Psikologi1. Menyediakan deraf titah ucapan majlis penutupan KDYMM Tuanku Sultan.2. Menyediakan deraf teks ucapan majlis penutupan TKPP JPK, KPM.3. Menyerahkan deraf titah ucapan majlis penutupan KDYMM Tuanku Sultan kepada Unit Perhubungan pada atau sebelum 24 Mei 2009 untuk diperkenankan oleh pejabat KDYMM Tuanku Sultan.4. Menyerahkan deraf teks ucapan majlis penutupan TKPP JPK, KPM kepada Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas untuk dipanjangkan ke JPK, KPM pada atau sebelum 1 Jun 2009.

1