bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

6
BAB 2 Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukkan masyarakat yang sejahtera. Keluarga berperanan mencorak tingkah laku dan peribadi anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan adalah suatu yang istimewa dan perlu diambil perhatian agar ia tidah runtuh atau terjejas. Ini kerana ia akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. Oleh itu, sebagai ahli keluarga, kita semua mesti memahat dalam hati masing-masing perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga. Tanggungjawab terhadap keluarga juga perlu dilaksanakan dengan sempurna. Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

Upload: beevy-gb

Post on 12-Jun-2015

3.358 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

BAB 2

Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukkan masyarakat yang sejahtera. Keluarga

berperanan mencorak tingkah laku dan peribadi anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan adalah suatu yang istimewa dan perlu diambil perhatian

agar ia tidah runtuh atau terjejas. Ini kerana ia akan mempengaruhi perkembangan anak-anak.

Oleh itu, sebagai ahli keluarga, kita semua mesti memahat dalam hati masing-masing perasaan kasih

sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga. Tanggungjawab terhadap keluarga juga perlu

dilaksanakan dengan sempurna.

Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

Page 2: bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga

Definisi

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan

terhadap keluarga.

Ciri-ciri

1. Menyayangi keluarga seperti menyayangi diri sendiri.

2. Saling menghormati antara anggota keluarga.

3. Sentiasa mangamalkan amalan tolong menolong dengna penuh

ikhlas di kalangan anggota keluarga.

4. Sentiasa menghargai dan berterima kasih dengna segala jasa dan

bakti yang dicurahkan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Page 3: bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

2.2 Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga

Definisi

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi

layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang

harmonis.

Ciri-ciri

1. Memberi layanan yang baik kepada anggota keluarga.

2. Sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk setiap ahli

keluarga.

3. Menghulurkan bantuan dan perlindungan kepada ahli keluarga

yang susah dan memerlukan bantuan.

4. Sentiasa berinteraksi dengan sopan santun terhadap ahli keluarga.

5. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh

anggota keluarga bagi menjamin kerukunan.

Page 4: bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

2.3 Mengekalkan Tradisi KekeluargaanDefinisi

Menerima dan menghormati dna mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat

dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam

keluarga

Ciri-ciri

1. Menerima dan mengamalkan adat, kepercayaan dan tradisi yang

diamalkan oleh keluarga.

2. Menghormati amalan kebiasaan dan tradisi yang diamalkan oleh

keluarga.

3. Mengamalkan adat kebiasaan yang diwarisi daripada keluarga

tanpa segan silu.

4. Menyampaikan kepada anggota keluarga lain mengenai amalan

tradisi keluarga.

5. Mengamalkan panggilan yang bersopan dalam keluarga.

Page 5: bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

2.4 Tanggungjawab Terhadap KeluargaDefinisi

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap

keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej

dna menjaga maruah keluarga.

Ciri-ciri

1. Ketua keluarga perlu menyediakan keperluan asas rumah tangga.

2. Memastikan maruah dan kehormatan keluarga terjaga.

3. Memastikan setiap ahli keluarga mendapat pendidikan yang

sempurna.

4. Sentiasa bersama keluarga walau dalam keadaan susah atau

senang.

5. Menjalankan setiap tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan

dalam keluarga

Page 6: bidang 2_nilai berkaitan dengan kekeluargaan

SMK Perempuan LikasSabah