bicara karyawan bersama datuk dr. hassan ahmad · pdf file... kayu, kain, dengan isi kandungan...

1
PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah BERITA HARIAN Rabu, 20 Februari 2008 Halaman Tiga BAHASA PENJANA MINDA BICARA KARYAWAN Masalah ‘Sosiologi Komunikasi’ di Malaysia TAHUKAH ANDA? S uatu pertemuan mengenai manuskrip Melayu yang diadakan pada 10 Oktober 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan manuskrip Melayu sebagai apa-apa tulisan jawi atau rumi ber- bahasa Melayu yang ditulis dengan tangan di atas bahan-bahan seperti kertas, kulit, daun lontar, buluh, gading, kayu, kain, dengan isi kandungan dan jangka waktu yang terbatas. Hasil penulisan ini dianggarkan telah dihasilkan seawal-awalnya dalam lingkungan akhir abad kelima belas dan selewat-lewatnya di akhir abad kesembilan belas. Manuskrip Melayu merupakan peninggalan budaya yang menyimpan berbagai-bagai segi kehidupan bangsa pada masa lampau. Ia memperlihatkan kegemi- langan pemikiran bangsa Melayu bahkan kandungan dan bahasa yang digunakan mencerminkan tamadun bangsa pada zaman itu. Dipercayai pusat perkembangan ilmu, pusat karang mengarang dan salin-menyalin manuskrip Melayu ber- mula di istana-istana raja dan berkembang di pusat- pusat perkembangan tamadun Melayu di seluruh Nusantara. Meneliti kebanyakan judul manuskrip Melayu dida- pati pelbagai topik dalam pelbagai bidang ilmu yang menyentuh aspek kehidupan manusia diabadikan dalam hasil penulisan manuskrip tersebut. Antaranya kisah sejarah raja-raja, bangsa dan negara, karya sas- tera seperti hikayat dalam bentuk prosa dan puisi yang menceritakan tentang putera dan puteri raja yang gilang-gemilang, kitab-kitab agama yang bertujuan menyampaikan syariat Islam, petua-petua perubatan tradisional, ilmu bintang dan firasat serta penulisan tentang undang-undang dan peraturan negara. Namun banyak manuskrip Melayu lama ini telah hancur, rosak dan hilang akibat daripada pelbagai masalah. Usia dan daya tahan manuskrip itu sangat terbatas, lebih-lebih lagi bila tidak mendapat pemeliharaan dan pemuli- haraan yang sewajarnya. Banyak manuskrip Melayu tersimpan dengan baik di luar negara, dipercayai koleksi manuskrip Melayu yang paling banyak dan terpenting terdapat di beberapa institusi di Belanda khususnya, selain di Perancis, Amerika dan tempat-tempat khusus seperti perpus- takaan, muzium serta milik orang-orang persendirian yang juga turut menyimpannya. Di sebelah nusantara koleksi yang terbesar terdapat di Indonesia. Sebahagian besar manuskrip Melayu juga terbakar apabila kapal ‘Fame’ yang membawa koleksi itu untuk diangkut ber- pindah ke barat terbakar dalam pelayarannya dalam tahun 1823. Banyak juga manuskrip Melayu lama yang hancur, rosak dan hilang. Manuskrip Melayu Warisan Silam PERIBAHASA M aksud peribahasa ini ialah memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. Peribahasa lain yang sama makna antaranya ialah “apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa”, “enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang” dan “mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya”. Maksudnya itu menunjukkan bahawa pelaksana akan sesuatu yang menjalankan tugas atau memikul beban yang diamanahkan. Mereka yang menyuruh seolah-olah hanya memberi arahan. KATA DIALEK DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L3 20 (emel) S elain kata charge seperti dalam artikel keluaran yang lepas, dua lagi kata yang lazim digunakan dalam frasa umum ialah chase dan check. Kata atau frasa yang mengan- dungi kata chase dan check mempunyai makna yang berbeza-beza mengikut keadaan dan bentuknya (literal, idio- matik dan sebagainya). Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad (Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima) Oleh Fatimah Zahrin Mohd Taib Apa Peduli pada Kukuran, Nyiur juga Yang akan Habis Ohombon Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin Oleh Norzanani Kata Chase after a. Mengejar BI : The reporters chased after him, as soon as he stepped out of the hall. BM : Wartawan-wartawan itu mengejarnya, sebaik sahaja dia melangkah keluar dewan. b. Memburu (fig.) BI : He enjoys chasing after women who like to play hard to get. BM: Dia seronok memburu wanita yang suka jual mahal. Chase about/ around Berkejar ke sana ke mari BI : The children were chasing about in the park without feeling tired. BM: Kanak-kanak itu tidak penat-penat berkejar ke sana ke mari di taman. Chase away/off Menghalau BI : My neighbour chased the stray dogs away with stones. BM: Jiran saya menghalau anjing-anjing liar itu dengan membaling batu. Chase up a. Menggesa BI : I had to chase him up for the urgent report. BM: Saya terpaksa menggesanya untuk mendapatkan laporan penting itu. b. Mencari-cari dan BI : The authority chased up the source of the mendapat pollution and demanded the factory owner to clean it up. BM: Pihak berkuasa mencari-cari dan mendapat punca pencemaran itu dan mendesak tuan punya kilang membersihkannya. Give chase Mengejar/ memburu BI : The police gave chase to the speeding car. BM: Polis mengejar kereta yang laju itu. Check in/into Mendaftar masuk BI : For international flight, one should check in two hours before flight. BM: Bagi penerbangan antarabangsa, seseorang itu seharusnya mendaftar masuk sejam sebelum penerbangan. Check on Memeriksa/ menyelidik BI: The stewardess is busy checking on the passenger’s safety belt. BM: Pramugari itu sedang sibuk memeriksa tali pinggang keledar penumpang. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya Check out i. Mendaftar keluar/ BI : The hotel guests are requested to check out mendaftar habis kerja before 12.00 noon. BM: Tetamu hotel diminta mendaftar keluar sebelum pukul 12.00 tengah hari. ii. Mendapatkan BI: May be we could check him out on the maklumat tentang computer. sesorang atau sesuatu BM: Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat tentang beliau melalui komputer. Check off Menyemak BI : The stockist checked off her order list item by item. BM: Stokis itu menyemak senarai pesanannya satu persatu. Check through Menyemak BI: The treasurer was checking through the accounts of the association. BM: Bendahari sedang memeriksa akaun persatuan. Check up on Menyiasat tentang BI : They checked up on him before giving him the job. BM: Mereka menyiasat tentang lelaki itu sebelum memberi kerja kepadanya. . Check with Menanyakan seseorang BI: Amran has to check with his Mom whether tentang sesuatu/ he can drive her car to Port Dickson. bertanyakan BM: Amran perlu bertanyakan ibunya sama ada dia boleh membawa kereta ibunya ke Port Dickson. Check-up Pemeriksaan doktor BI: You should go for a check-up next week. BM: Awak seharusnya mendapatkan pemeriksaan doktor pada minggu hadapan. Keep/hold in check i. Mengawal sesuatu BI: The country held a special campaign to keep its population growth in check. BM: Negara itu mengadakan kempen khusus untuk mengawal pertumbuhan penduduknya. ii. Menahan sesuatu BI: The soldiers were all prepared to keep the enemy in check. BM: Askar-askar itu telah bersiap sedia untuk mengawal serangan musuh. B ahasa yang paling banyak diketahui dan digunakan oleh penduduk (rakyat) Malaysia sejak zaman dahulu kala dan bertambah luas lagi selepas kemerdekaan ialah bahasa Melayu yang dirasmikan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia selepas tahun 1957. Sebelum itu bahasa Melayu ialah baha- sa kebangsaan bangsa Melayu sahaja, tidak sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia. Hari ini, kalau kita pergi ke mana-mana, ke pejabat kerajaan, ke hotel, ke restoran, ke stesen kereta api, ke kompleks membeli belah, ke bank dan ke banyak tempat yang lain lagi, dan di situ apabila kita menggunakan bahasa kebangsaan, pasti ada sahaja orang, tidak kira kaum, yang akan memahami kita dan akan membalas percakapan kita itu dalam baha- sa kebangsaan juga, walaupun ada kalanya penggunaan ragam “bahasa Melayu rojak” campuran bahasa Melayu-bahasa Inggeris kerap berlaku dalam perhubungan itu ber- gantung pada setakat mana kita memulakan percakapan itu dalam bahasa Melayu atau dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa campuran Melayu-Inggeris. Walaupun boleh jadi orang yang ber- tugas di tempat itu menyapa kita dalam bahasa Inggeris, itu tidak bererti dia tidak mengetahui bahasa kebangsaan. Jikalau kita membalas percakapan awalnya itu dalam bahasa kebangsaan pasti dia akan membalas juga dalam bahasa kebangsaan. Ini bererti bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa yang paling banyak diketahui oleh penduduk Malaysia pada hari ini. Boleh dikatakan, menurut pemerhatian saya, jarang-jarang kita menemui rakyat atau penduduk Malaysia dari semua kaum/etnik yang tidak mengeta- hui bahasa kebangsaan. Soal sama ada orang Malaysia yang mengetahui bahasa Inggeris selain bahasa kebangsaan menggunakan bahasa kebang- saan dalam perhubungan sehari-hari di tempat-tempat yang tersebut di atas, ini soal sosiopsikologi atau masalah “budaya” atau masalah “sosiologi komunikasi”, tetapi bukan masalah mereka tidak mengetahui bahasa kebangsaan negara ini. Masalah “sosiologi komunikasi” ini nam- paknya sudah menghadapi dimensi baru yang agak ketara dengan pembanjiran pekerja asing dari negara seperti Myanmar, Nepal, Filipina, India dan China yang bekerja di beberapa banyak tempat yang tersebut itu. Dalam dua buah restoran milik negara asing di Bangsar, penulis terperanjat mendapati tidak ada seorang pun warga asing yang ber- tugas di kedua-dua restoran itu yang menge- tahui bahasa kebangsaan negara ini waima sepatah pun. Maka terpaksalah saya rakyat Malaysia yang mempunyai bahasa kebang- saan sendiri berhubung dengan susah payah dalam bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris. Saya katakan “susah payah” kerana petu- gas di situ tidak mengetahui bahasa Inggeris yang betul; mereka hanya mengetahui bahasa Inggeris yang salah, yang putus-putus dan tidak mengikut nahu yang betul. Itulah kali pertama dan terakhir saya pergi ke restoran tersebut. Saya berasa marah mengapa di negara yang berdaulat (berdaulat?) ini dan yang mempunyai dasar kebangsaannya sendiri, termasuk dasar bahasa kebangsaan yang digunakan sebagai bahasa rasmi negara, warga asing yang mencari rezeki di sini, yang bekerja di sini, berani ‘menghina’ atau tidak menghormati dasar ini. Saya menyalahkan pihak berkuasa kerajaan Malaysia yang mengeluarkan lesen kepada warga dari negara asing itu untuk membuka perniagaan makanan di negara ini tanpa mengenakan syarat wajib bahawa mereka mesti menggunakan petugas yang mengetahui bahasa kebangsaan Malaysia untuk berhubung dengan pelanggan warga negara yang datang ke tempat perniagaan mereka, lebih penting lagi kalau perniagaan itu ialah perniagaan restoran makanan. Bukan kes di dua restoran itu sahaja, tetapi banyak kes lain yang menimbulkan masalah “sosiologi komunikasi” di negara ini. Orang boleh berkata, tidak semua orang Malaysia yang pergi ke restoran milik warga asing itu, atau ke kedai urut milik warga asing, meng- hadapi masalah komunikasi di situ. Orang Malaysia yang mengetahui bahasa Tamil atau bahasa Cina mungkin tidak mengalami masa- lah ini. Tetapi Malaysia bukan negara China atau negara India atau negara Myanmar, nega- ra Thai atau Nepal. Ini negara Malaysia. Di negara ini banyak juga penduduknya – orang Melayu, orang Cina dan orang India – yang tidak mengetahui bahasa Tamil dan bahasa Mandarin tetapi mereka semua mengetahui bahasa kebangsaan negara ini. Apa hak orang asing yang datang mencari rezeki di negeri ini “memaksa” kita untuk bercakap dengan mereka dalam bahasa mereka atau dalam bahasa asing? Sudahlah kita sesama rakyat Malaysia sering bercakap dalam bahasa Melayu rojak, atau bercakap dalam bahasa Inggeris dalam perhubungan sosial hari-hari yang biasa, kini masalah ini menjadi lebih buruk lagi apabila kita rakyat Malaysia terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris “putus-putus” dengan pekerja asing yang bertugas di tempat-tempat yang dikun- jungi setiap hari oleh rakyat Malaysia. Kita di Malaysia bernasib baik adanya sebuah bahasa, iaitu bahasa Melayu yang telah memainkan peranan sosiopolitik dan sosiobudaya sebagai bahasa perhubungan antara etnik sejak ratusan tahun yang lam- pau. Inilah bahasa kebangsaan kita. Cuba menungkan soal ini: bahasa apakah selain bahasa Melayu yang dapat menggan- tikan tarafnya atau fungsinya sebagai bahasa kebangsaan Malaysia? Daripada renungan ini, yang seharusnya dilakukan secara objek- tif dan rasional, tidak berdasarkan perasaan etnik, kita akan sedar betapa pentingnya dasar bahasa kebangsaan kita yang ada sela- ma ini dipertahankan dan didukung oleh semua rakyat Malaysia dan tidak dibiarkan dirosakkan oleh peniaga dan pekerja asing. O hombon ialah kosa kata suku kaum Kadazan- dusun yang bermaksud gemuk. Kata ohombon diucapkan dalam tiga suku kata, o-hom-bon. Contoh penggunaannya: Adik kelihatan ohombon sejak akhir-akhir ini akibat daripada tabiat suka makan makanan yang berlemak.

Upload: lyanh

Post on 19-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BiCARA KARYAWAN Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad · PDF file... kayu, kain, dengan isi kandungan dan jangka ... Amerika dan tempat-tempat khusus seperti perpus- ... Jiran saya menghalau

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah

BERITA HARIAN Rabu, 20 Februari 2008 Halaman Tiga

BAHASA PENJANA MiNDA

BiCARA KARYAWAN

Masalah ‘Sosiologi Komunikasi’ di Malaysia

TAHUKAH ANDA?

Suatu pertemuan mengenai manuskrip Melayu yang diadakan pada 10 Oktober 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan manuskrip

Melayu sebagai apa-apa tulisan jawi atau rumi ber-bahasa Melayu yang ditulis dengan tangan di atas bahan-bahan seperti kertas, kulit, daun lontar, buluh, gading, kayu, kain, dengan isi kandungan dan jangka waktu yang terbatas.

Hasil penulisan ini dianggarkan telah dihasilkan seawal-awalnya dalam lingkungan akhir abad kelima belas dan selewat-lewatnya di akhir abad kesembilan belas. Manuskrip Melayu merupakan peninggalan budaya yang menyimpan berbagai-bagai segi kehidupan bangsa pada masa lampau. Ia memperlihatkan kegemi-langan pemikiran bangsa Melayu bahkan kandungan dan bahasa yang digunakan mencerminkan tamadun bangsa pada zaman itu.

Dipercayai pusat perkembangan ilmu, pusat karang mengarang dan salin-menyalin manuskrip Melayu ber-mula di istana-istana raja dan berkembang di pusat- pusat perkembangan tamadun Melayu di seluruh Nusantara.

Meneliti kebanyakan judul manuskrip Melayu dida-pati pelbagai topik dalam pelbagai bidang ilmu yang menyentuh aspek kehidupan manusia diabadikan dalam hasil penulisan manuskrip tersebut. Antaranya kisah sejarah raja-raja, bangsa dan negara, karya sas-tera seperti hikayat dalam bentuk prosa dan puisi yang menceritakan tentang putera dan puteri raja yang gilang-gemilang, kitab-kitab agama yang bertujuan menyampaikan syariat Islam, petua-petua perubatan tradisional, ilmu bintang dan firasat serta penulisan tentang undang-undang dan peraturan negara. Namun banyak manuskrip Melayu lama ini telah hancur, rosak dan hilang akibat daripada pelbagai masalah. Usia dan daya tahan manuskrip itu sangat terbatas, lebih-lebih lagi bila tidak mendapat pemeliharaan dan pemuli-haraan yang sewajarnya.

Banyak manuskrip Melayu tersimpan dengan baik di luar negara, dipercayai koleksi manuskrip Melayu yang paling banyak dan terpenting terdapat di beberapa institusi di Belanda khususnya, selain di Perancis, Amerika dan tempat-tempat khusus seperti perpus-takaan, muzium serta milik orang-orang persendirian yang juga turut menyimpannya. Di sebelah nusantara koleksi yang terbesar terdapat di Indonesia. Sebahagian besar manuskrip Melayu juga terbakar apabila kapal ‘Fame’ yang membawa koleksi itu untuk diangkut ber-pindah ke barat terbakar dalam pelayarannya dalam tahun 1823. Banyak juga manuskrip Melayu lama yang hancur, rosak dan hilang.

Manuskrip Melayu Warisan Silam

PERIBAHASA

Maksud peribahasa ini ialah memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. Peribahasa

lain yang sama makna antaranya ialah “apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa”, “enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang” dan “mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya”. Maksudnya itu menunjukkan bahawa pelaksana akan sesuatu yang menjalankan tugas atau memikul beban yang diamanahkan. Mereka yang menyuruh seolah-olah hanya memberi arahan.

KATA DIALEK

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L3 20 (emel)

Selain kata charge seperti dalam artikel keluaran yang lepas, dua lagi kata yang lazim digunakan

dalam frasa umum ialah chase dan check. Kata atau frasa yang mengan-dungi kata chase dan check mempunyai

makna yang berbeza-beza mengikut keadaan dan bentuknya (literal, idio-matik dan sebagainya).

Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

Oleh Fatimah Zahrin Mohd Taib

Apa Peduli pada Kukuran, Nyiur juga Yang akan Habis

Ohombon

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Oleh Norzanani Kata

Chase after a. Mengejar BI : The reporters chased after him, as soon as he stepped out of the hall. BM : Wartawan-wartawan itu mengejarnya, sebaik sahaja dia melangkah keluar dewan.

b. Memburu (�g.) BI : He enjoys chasing after women who like to play hard to get. BM: Dia seronok memburu wanita yang suka jual mahal.

Chase about/ around Berkejar ke sana ke mari BI : The children were chasing about in the park without feeling tired. BM: Kanak-kanak itu tidak penat-penat berkejar ke sana ke mari di taman.

Chase away/o� Menghalau BI : My neighbour chased the stray dogs away with stones.BM: Jiran saya menghalau anjing-anjing liar itu dengan membaling batu.

Chase up a. Menggesa BI : I had to chase him up for the urgent report.BM: Saya terpaksa menggesanya untuk mendapatkan laporan penting itu.

b. Mencari-cari dan BI : The authority chased up the source of themendapat pollution and demanded the factory owner to

clean it up.BM: Pihak berkuasa mencari-cari dan mendapat punca pencemaran itu dan mendesak tuan punya kilang membersihkannya.

Give chase Mengejar/ memburu BI : The police gave chase to the speeding car. BM: Polis mengejar kereta yang laju itu.

Check in/into Mendaftar masuk BI : For international �ight, one should check in two hours before �ight.BM: Bagi penerbangan antarabangsa, seseorang itu seharusnya mendaftar masuk sejam sebelum penerbangan.

Check on Memeriksa/ menyelidik BI: The stewardess is busy checking on the passenger’s safety belt. BM: Pramugari itu sedang sibuk memeriksa tali pinggang keledar penumpang.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh PenggunaannyaBahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya

Check out i. Mendaftar keluar/ BI : The hotel guests are requested to check outmendaftar habis kerja before 12.00 noon.

BM: Tetamu hotel diminta mendaftar keluar sebelum pukul 12.00 tengah hari.

ii. Mendapatkan BI: May be we could check him out on the maklumat tentang computer.sesorang atau sesuatu BM: Mungkin kita boleh mendapatkan

maklumat tentang beliau melalui komputer.

Check o� Menyemak BI : The stockist checked o� her order list item by item. BM: Stokis itu menyemak senarai pesanannya satu persatu.

Check through Menyemak BI: The treasurer was checking through the accounts of the association. BM: Bendahari sedang memeriksa akaun persatuan.

Check up on Menyiasat tentang BI : They checked up on him before giving him the job.BM: Mereka menyiasat tentang lelaki itu sebelum memberi kerja kepadanya. .

Check with Menanyakan seseorang BI: Amran has to check with his Mom whethertentang sesuatu/ he can drive her car to Port Dickson. bertanyakan BM: Amran perlu bertanyakan ibunya sama ada

dia boleh membawa kereta ibunya ke Port Dickson.

Check-up Pemeriksaan doktor BI: You should go for a check-up next week.BM: Awak seharusnya mendapatkan pemeriksaan doktor pada minggu hadapan.

Keep/hold in check i. Mengawal sesuatu BI: The country held a special campaign to keep itspopulation growth in check.BM: Negara itu mengadakan kempen khusus untuk mengawal pertumbuhan penduduknya.

ii. Menahan sesuatu BI: The soldiers were all prepared to keep the enemy in check.BM: Askar-askar itu telah bersiap sedia untuk mengawal serangan musuh.

Bahasa yang paling banyak diketahui dan digunakan oleh penduduk (rakyat) Malaysia sejak zaman dahulu kala dan

bertambah luas lagi selepas kemerdekaan ialah bahasa Melayu yang dirasmikan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia selepas tahun 1957. Sebelum itu bahasa Melayu ialah baha-sa kebangsaan bangsa Melayu sahaja, tidak sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia.

Hari ini, kalau kita pergi ke mana-mana, ke pejabat kerajaan, ke hotel, ke restoran, ke stesen kereta api, ke kompleks membeli belah, ke bank dan ke banyak tempat yang lain lagi, dan di situ apabila kita menggunakan bahasa kebangsaan, pasti ada sahaja orang, tidak kira kaum, yang akan memahami kita dan akan membalas percakapan kita itu dalam baha-sa kebangsaan juga, walaupun ada kalanya penggunaan ragam “bahasa Melayu rojak” campuran bahasa Melayu-bahasa Inggeris kerap berlaku dalam perhubungan itu ber-gantung pada setakat mana kita memulakan percakapan itu dalam bahasa Melayu atau dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa campuran Melayu-Inggeris.

Walaupun boleh jadi orang yang ber-tugas di tempat itu menyapa kita dalam bahasa Inggeris, itu tidak bererti dia tidak mengetahui bahasa kebangsaan. Jikalau kita membalas percakapan awalnya itu dalam bahasa kebangsaan pasti dia akan membalas juga dalam bahasa kebangsaan. Ini bererti bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa yang paling banyak diketahui oleh penduduk Malaysia pada hari ini. Boleh dikatakan, menurut pemerhatian saya, jarang-jarang kita menemui rakyat atau penduduk Malaysia dari semua kaum/etnik yang tidak mengeta-hui bahasa kebangsaan.

Soal sama ada orang Malaysia yang mengetahui bahasa Inggeris selain bahasa kebangsaan menggunakan bahasa kebang-saan dalam perhubungan sehari-hari di tempat-tempat yang tersebut di atas, ini soal sosiopsikologi atau masalah “budaya” atau

masalah “sosiologi komunikasi”, tetapi bukan masalah mereka tidak mengetahui bahasa kebangsaan negara ini.

Masalah “sosiologi komunikasi” ini nam-paknya sudah menghadapi dimensi baru yang agak ketara dengan pembanjiran pekerja asing dari negara seperti Myanmar, Nepal, Filipina, India dan China yang bekerja di beberapa banyak tempat yang tersebut itu. Dalam dua buah restoran milik negara asing di Bangsar, penulis terperanjat mendapati tidak ada seorang pun warga asing yang ber-tugas di kedua-dua restoran itu yang menge-tahui bahasa kebangsaan negara ini waima sepatah pun. Maka terpaksalah saya rakyat Malaysia yang mempunyai bahasa kebang-saan sendiri berhubung dengan susah payah dalam bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris. Saya katakan “susah payah” kerana petu-gas di situ tidak mengetahui bahasa Inggeris yang betul; mereka hanya mengetahui bahasa Inggeris yang salah, yang putus-putus dan tidak mengikut nahu yang betul.

Itulah kali pertama dan terakhir saya pergi ke restoran tersebut. Saya berasa marah mengapa di negara yang berdaulat (berdaulat?) ini dan yang mempunyai dasar kebangsaannya sendiri, termasuk dasar bahasa kebangsaan yang digunakan sebagai bahasa rasmi negara, warga asing yang mencari rezeki di sini, yang bekerja di sini, berani ‘menghina’ atau tidak menghormati dasar ini. Saya menyalahkan pihak berkuasa kerajaan Malaysia yang mengeluarkan lesen kepada warga dari negara asing itu untuk membuka perniagaan makanan di negara ini tanpa mengenakan syarat wajib bahawa mereka mesti menggunakan petugas yang mengetahui bahasa kebangsaan Malaysia untuk berhubung dengan pelanggan warga negara yang datang ke tempat perniagaan mereka, lebih penting lagi kalau perniagaan itu ialah perniagaan restoran makanan.

Bukan kes di dua restoran itu sahaja, tetapi banyak kes lain yang menimbulkan masalah

“sosiologi komunikasi” di negara ini. Orang boleh berkata, tidak semua orang Malaysia yang pergi ke restoran milik warga asing itu, atau ke kedai urut milik warga asing, meng-hadapi masalah komunikasi di situ. Orang Malaysia yang mengetahui bahasa Tamil atau bahasa Cina mungkin tidak mengalami masa-lah ini. Tetapi Malaysia bukan negara China atau negara India atau negara Myanmar, nega-ra Thai atau Nepal. Ini negara Malaysia. Di negara ini banyak juga penduduknya – orang Melayu, orang Cina dan orang India – yang tidak mengetahui bahasa Tamil dan bahasa Mandarin tetapi mereka semua mengetahui bahasa kebangsaan negara ini.

Apa hak orang asing yang datang mencari rezeki di negeri ini “memaksa” kita untuk bercakap dengan mereka dalam bahasa mereka atau dalam bahasa asing? Sudahlah kita sesama rakyat Malaysia sering bercakap dalam bahasa Melayu rojak, atau bercakap dalam bahasa Inggeris dalam perhubungan sosial hari-hari yang biasa, kini masalah ini menjadi lebih buruk lagi apabila kita rakyat Malaysia terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris “putus-putus” dengan pekerja asing yang bertugas di tempat-tempat yang dikun-jungi setiap hari oleh rakyat Malaysia.

Kita di Malaysia bernasib baik adanya sebuah bahasa, iaitu bahasa Melayu yang telah memainkan peranan sosiopolitik dan sosiobudaya sebagai bahasa perhubungan antara etnik sejak ratusan tahun yang lam-pau. Inilah bahasa kebangsaan kita.

Cuba menungkan soal ini: bahasa apakah selain bahasa Melayu yang dapat menggan-tikan tarafnya atau fungsinya sebagai bahasa kebangsaan Malaysia? Daripada renungan ini, yang seharusnya dilakukan secara objek-tif dan rasional, tidak berdasarkan perasaan etnik, kita akan sedar betapa pentingnya dasar bahasa kebangsaan kita yang ada sela-ma ini dipertahankan dan didukung oleh semua rakyat Malaysia dan tidak dibiarkan dirosakkan oleh peniaga dan pekerja asing.

Ohombon ialah kosa kata suku kaum Kadazan- dusun yang bermaksud gemuk. Kata ohombon diucapkan dalam tiga suku kata, o-hom-bon.

Contoh penggunaannya: Adik kelihatan ohombon sejak akhir-akhir ini akibat daripada tabiat suka makan makanan yang berlemak.