bicara karyawan bersama datuk dr. hassan ahmad · pdf filesehingga aceh dalam abad ke-16 dan...

Download BiCARA KARYAWAN Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad · PDF filesehingga Aceh dalam abad ke-16 dan ke-17 ... mencapai kata sepakat menubuhkan sebuah badan ... Mutiara dan Kenchana dan akhbar

If you can't read please download the document

Upload: vuongphuc

Post on 07-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah

    BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 Halaman Tiga

    BAHASA PENJANA MiNDA

    BiCARA KARYAWAN

    Jumlah penutur asli bahasa Melayu di rantau ini, iaitu rantau Malaysia-Indonesia-Brunei, tidak besar; diang-garkan jumlahnya kira-kira 16 hingga 18 juta orang sahaja. Tetapi jumlah orang yang mengetahui dan menggunakan atau boleh menggunakan bahasa ini dianggar-kan melebihi 280 juta orang di seluruh dunia, kebanyakannya di Indonesia. Di Indonesia jumlah penutur asli bahasa Melayu tidak sampai 10% daripada jum-lah penduduknya yang berjumlah lebih 200 juta orang. Penutur asli bahasa Jawa jauh lebih besar daripada semua bahasa lain di negara itu.

    Apakah faktor yang menyebabkan bahasa Melayu yang kecil jumlah penutur aslinya itu mampu berkembang dan diterima di Indonesia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara itu apabila negara itu mencapai kemerdekaannya dari penjajah Belanda dalam tahun 1945; di samping men-jadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di tiga buah negara lain, iaitu Malaysia, Negara Brunei Darussalam, dan Singapura. [Catatan: di Singapura, bahasa Melayu ialah salah satu daripada empat bahasa rasminya, tetapi hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan Republik itu].

    Para pengkaji sering menegaskan faktor geografi bahasa Melayu. Kebanyakan penutur bahasa Melayu bertempat di kawasan sepan-jang Selat Melaka, yang merupakan kawa-san lalu lintas para pedagang dan mubaligh agama dari timur, barat, utara dan selatan Selat ini misalnya, dari India, dari negeri China, dari Eropah dan Asia-Barat, dari kepulauan Maluku, Makasar, Ternate dan lain-lain di sebelah timur dan dari kepulauan Jawa di sebelah selatan. Setiap pedagang dan mubaligh pelbagai agama dari semua kawasan itu yang lalu dan menggunakan

    Selat Melaka akan bertembung dengan orang Melayu di situ. Komunikasi antara orang luar itu dengan orang Melayu, khususnya dalam bidang perdagangan dan agama, tentunya terpaksa dilakukan dalam bahasa Melayu.

    Agama Islam masuk ke rantau ini mela-lui Selat Melaka, maka kawasan yang mula-mula menerima Islam ialah Perlak atau Pasai di Utara Sumatera. Kerajaan Melayu-Islam yang pertama, yang menggantikan kerajaan Melayu-Srivijaya di Palembang dan Jambi, ialah kerajaan Samudera-Pasai (dari abad ke-12 atau ke-13). Kemudian agama Islam merebak ke Semenanjung Tanah Melayu, sampai ke pantai timur Semenanjung dan kemudian ke Melaka.

    Bahasa yang digunakan, baik oleh pengem-bang agam Islam dari dunia Arab dan dari dunia Islam India, mahupun oleh ulama setempat, ialah bahasa Melayu.

    Jadi, dua faktor sosial (bukan faktor geo-grafi sahaja) yang menyebabkan bahasa Melayu akhirnya mampu menjadi lingua franca di seluruh rantau ini mulai abad ke-13, lebih-lebih lagi mulai abad ke-14 ialah fungsi bahasa itu sebagai bahasa perdagangan dan sebagai bahasa penyebaran dan pendidikan agama Islam. Melaka sebelum diserang dan ditawan oleh Portugis masyhur sebagai pusat atau pelabuhan perdagangan antarabangsa yang dikuasai dan ditadbirkan oleh orang Melayu atau kerajaan Melayu-Islam. Bahasa Melayu merebak ke kawasan sebelah timur Selat Melaka, sampai ke Makasar, Maluku dan Ternate, melalui perdagangan dan penye-baran agama Islam. Akhirnya, proses ini sampai ke pulau Jawa.

    Karya-karya besar kesusasteraan Melayu, kitab-kitab agama dan ilmu, karya-karya tentang falsafah, metafizik dan tasawuf Islam mulai dikarang dalam bahasa Melayu merentas sempadan geografi dan etnik,

    sehingga Aceh dalam abad ke-16 dan ke-17 merupakan pusat kegiatan ilmu dan persu-ratan Melayu yang cemerlang, menyaingi Johor Johor, pewaris Melaka, yang telah menghasilkan karya besar seperti Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Taj-al-Salatin, dan Hikayat Hang Tuah.

    Bahasa yang terbesar, iaitu bahasa Jawa, tidak dapat menyaingi bahasa Melayu mulai abad ke-15 dan ke-16 kerana beberapa fak-tor, antaranya ialah: (a) orang Jawa tidak merantau, menjadi kaum pelaut dan peda-gang, seperti orang Melayu; (b) pulau Jawa tidak terletak di kawasan yang strategik dari segi lokasi geografinya jadi pulau ini ter-pencil dari perkembangan yang berlaku di Selat Melaka; dan (c) bahasa Jawa, menu-rut Sutan Takdir Alishahbana, ialah bahasa yang kompleks dari segi peraturan sosiobu-dayanya; terdapat empat ragam bahasa Jawa yang distruktur menurut peraturan budaya yang berkelas-kelas. Jadi, orang bukan Jawa terpaksa mengetahui budaya Jawa dahulu sebelum mereka dapat menguasai ragam-ragam bahasa itu dengan baik.

    Satu lagi faktor yang tidak kurang pen-tingnya untuk menjelaskan penerimaan bahasa Melayu di Indonesia, ialah (menu-rut beberapa orang sarjana, termasuk Jack Prentice, Anton Moeliono dan Steinhauer), di Indonesia, bahasa Melayu tidak dikaitkan dengan kuasa Melayu (yang merupakan pen-duduk minoriti), atau dengan agenda pen-jajahan orang Melayu. Jadi, orang Jawa yang merupakan penduduk majoriti besar, tidak takut menerima bahasa Melayu sebagai baha-sa rasmi dan bahasa kebangsaan Republik Indonesia dalam tahun 1945.

    Itulah serba ringkas kisah bagaimana baha-sa Melayu yang kecil jumlah penutur aslinya mampu menjadi salah satu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang terbesar di dunia.

    Bagaimana Bahasa Melayu Menjadi Salah Satu Bahasa Terbesar di Dunia?

    TAHUKAH ANDA?

    Seni untuk Masyarakat atau Seni untuk Seni, itulah polemik sastera yang tercetus sekitar tahun 1950 hingga 1952 dalam ka- langan anggota Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) khususnya antara dua orang tokoh mereka iaitu Asraf dan Hamzah. Polemik yang sedikit sebanyak telah mencorakkan dan seterusnya membawa perubahan dalam arus pemodenan kesusasteraan Melayu.

    Pada 6 Ogos 1950, bertempat di 24-H, Henderson Road, Singapura, seramai 19 orang penulis muda telah mencapai kata sepakat menubuhkan sebuah badan sastera yang dinamakan Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50. Badan yang telah memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah perkembangan bahasa dan sastera tanah air. ASAS 50 ditubuhkan dengan harapan untuk mempersatukan pendirian dan cita-cita penulis muda yang penuh idealisme, bersemangat dalam soal mengadakan pembaharuan dalam sastera Melayu.

    Mas, Hamzah, Jymy Asmara dan Rosmera merupa-kan pengasas yang menubuhkan ASAS 50 dan mula-mula menggerakkannya dan nama-nama seperti Keris Mas, Asraf dan Usman Awang merupakan mereka yang meletakkan asas kukuh bagi cita-cita, serta lan-dasan perjuangan ASAS 50 selanjutnya.

    Pendukung-pendukung ASAS 50 inilah yang bergiat mengisi ruangan-ruangan majalah seperti Mastika, Hiburan, Mutiara dan Kenchana dan akhbar Utusan Zaman.

    Tujuan dasar ASAS 50 ialah; memperluas dan mem-pertinggikan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu; melindungi hak-hak seluruh ahlinya dan seluruh pengarangnya; dan mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tiada membunuh yang lama.

    ASAS 50 banyak memberi sumbangan kepada tanah air terutama ke arah kesedaran politik dan kesedaran masyarakat. Semangat perjuangan yang kental dan tulisan yang kritis menjadikan ASAS 50 sebagai tun-jang menyedarkan masyarakat Melayu ketika itu.

    ASAS 50 juga boleh dikatakan sebagai pelopor pem-baharuan dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sumbangan dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh ASAS 50 antaranya, berjaya menjadikan beberapa genre kesusasteraan seperti cerpen dan sajak sebagai bentuk kesusasteraan Melayu yang popular dan serius, mereka juga memulakan tradisi kritikan dalam kesusasteraan Melayu.

    Kegiatan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ASAS 50 secara tidak langsung berhasil mencipta satu golong-an pembaca dan peminat kesusasteraan Melayu yang sekali gus menimbulkan golongan masyarakat yang mempunyai kesedaran kesusasteraan.

    Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

    PERIBAHASA

    Maksud peribahasa ini ialah siapa yang salah, dialah yang terasa. Peribahasa Melayu ini jelas menunjukkan orang yang bersalah, akan terasa sendiri kesalahan yang dilakukan walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan.

    Ini dikaitkan dengan keadaan seseorang yang memakan cili pasti berasa pedas. Peribahasa ini sering diucapkan sebagai sindiran kepada orang yang melakukan sesuatu kesalahan agar mengakui dan menerima kesalahan yang telah dilakukan.

    Oleh Siti Ruzaiha Mohd. Riffin

    KATA DIALEK

    DBP SETENGAH ABAD

    BH PILIH L3 18 (emel)

    Dalam artikel yang lalu kita telah memulakan rangkaian kata atau frasa yang mengandungi kata cut. Jelas terdapat perbezaan maksud meskipun bagi rangkaian kata atau frasa yang kelihatan hampir sama dari segi

    maksud seperti cut off dan cut out. Pada kali ini kita akan terus melihat frasa yang masih mengandungi kata yang sama, iaitu cut dalam bentuk yang berbeza-beza dengan maksudnya yang berbeza.

    Frasa-frasa berikut merupakan ungkap-an umum atau ungkapan idiomatik yang sedia mempunyai maknanya tersendiri berdasarkan konteks dan penggunaannya. Frasa-frasa ini tidak mungkin diterjemahkan secara kata demi kata atau harfiah.

    Dalam dialek Negeri Sembilan, arai bermaksud mayang (pinang atau enau). Contoh penggunaan: Coromat siket ambek arai pinang tu, kok jatuh botorabo nanti (cermat sedikit apabila mengambil arai pinang itu, jika jatuh bertaburan nanti).

    Oleh Shariffulizan Malek

    Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

    Oleh Fatimah Zahrin Mohd. Taib

    Siapa makan cili dialah berasa pedas

    Arai

    Cut in a. mencelah atau BI: He likes to cut in on other peoples menyampuk conversation.

    BM: Dia suka mencelah perbualan orang. b. memotong BI: She was driving so slowly that another car

    cut in. BM: Dia memandu terlalu perlahan menyebabkan kereta lain memotongnya.

    Cut ones losses mengurangkan BI : They decided to cut their losses by closing kerugian sso their business.

    BM: Mereka memutuskan untuk mengurangkan kerugian dengan me