biblio graf i

5
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Permainan Bahasa juga diadakan di kem kepimpinan pengawas ini dimana ia dijadikan sebagai i aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti yang dijalankan seperti kuiz, puzzle, teka-teki, meneka, silangkata, aktiviti penyelesaian masalah dan demonstrasi. Ia dilakukan secara individu dan kumpulan dimana penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Antara contoh aktiviti yang diadakan dalam kem kepimpinan pengawas ini adalah 'Ice Breaking'. Dalam slot ini, para pengawas akan mengenali lebih ramai rakan dan juga perhubungan antara rakan juga telah menjadi lebih erat. Aktiviti seterusnya iaitu 'Kenali Saya'. Aktiviti ini dilakukan dengan mata salah seorang peserta ditutup dengan kain dan peserta itu dikehendaki mengenal pasti siapa orang tersebut dengan klu - klu yang diberikan. Selain itu, ceramah juga turut diberikan kepada pelajar tentang cara - cara untuk menjadi seorang pemimpin yang menonjol dan mencungkil bakat tersenditi serta, menaikkan semangat dan keyakinan diri. Escapisme merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar berkerjasama secara berpasangan. Mereka diberi tali yang diikat seperti gari serta perlu disilangkan antara pasangan masing-masing. Mereka dikehendaki meloloskan diri dari ikatan tali rafia tersebut tanpa perlu memutuskan tali atau mengangkat tali melepasi kepala mahu pun kaki. Rasionalnya aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan para pelajar. Aktiviti Kapal Karam pula menggalakkan pelajar supaya dapat mebuat keputusan yang tepat, padat dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki membayangkan mereka berada dalam sebuah kapal yang hampir

Upload: nor-shahirah

Post on 08-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SENARAI PENULIS

TRANSCRIPT

Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Permainan Bahasa juga diadakan di kem kepimpinan pengawas ini dimana ia dijadikan sebagai i aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti yang dijalankan seperti kuiz, puzzle, teka-teki, meneka, silangkata, aktiviti penyelesaian masalah dan demonstrasi. Ia dilakukan secara individu dan kumpulan dimana penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Antara contoh aktiviti yang diadakan dalam kem kepimpinan pengawas ini adalah 'Ice Breaking'. Dalam slot ini, para pengawas akan mengenali lebih ramai rakan dan juga perhubungan antara rakan juga telah menjadi lebih erat. Aktiviti seterusnya iaitu 'Kenali Saya'. Aktiviti ini dilakukan dengan mata salah seorang peserta ditutup dengan kain dan peserta itu dikehendaki mengenal pasti siapa orang tersebut dengan klu - klu yang diberikan. Selain itu, ceramah juga turut diberikan kepada pelajar tentang cara - cara untuk menjadi seorang pemimpin yang menonjol dan mencungkil bakat tersenditi serta, menaikkan semangat dan keyakinan diri. Escapisme merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar berkerjasama secara berpasangan. Mereka diberi tali yang diikat seperti gari serta perlu disilangkan antara pasangan masing-masing. Mereka dikehendaki meloloskan diri dari ikatan tali rafia tersebut tanpa perlu memutuskan tali atau mengangkat tali melepasi kepala mahu pun kaki. Rasionalnya aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan para pelajar.

Aktiviti Kapal Karam pula menggalakkan pelajar supaya dapat mebuat keputusan yang tepat, padat dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki membayangkan mereka berada dalam sebuah kapal yang hampir karam dan mereka perlu memilih individu yang tersenarai yang perlu dibuang. Dalam hal ini, pelajar dikehendaki membincangkan secara berkumpulan dan mencapai keputusan bersama individu mana yang perlu dibuang dan alasan mereka memilih individu terbabit.

Aktiviti rakit merupakan aktiviti yang memerlukan sekumpulan pelajar berada di atas beberapa helai surat khabar. Terdapat beberapa individu lain yang akan mengoyakkan rakit tersebut. Namun, sebagai ahli kumpulan yang saling membantu dan berkerjasama, mereka dikehendaki berpelukan antara satu sama lain bagi memastikan ahli kumpulan tidak terkeluar dari rakit tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar supaya bersikap tidak mementingkan diri sendiri dan saling memerlukan walaupun ketika susah mahupun senang. Penilaian aktiviti seseorang murid dalam kem kepimpinan pengawas akan dinilai melalui setiap jenis aktiviti yang disertai dan ia adalah berdasarkan kepada 4 aspek iaitu kehadiran, jawatan yang disandang, penglibatan dan pencapaian murid. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid supaya hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Markah aspek jawatan disandang ialah 10% dan diberikan kepada murid yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan seperti menjadi ketua kumpulan, penolong dan sebagainya. Sungguhpun begitu, ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang.Markah aspek penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai dalam setiap aktiviti. Markah ini merupakan pencapaian murid dalam aktiviti yang dijalankan. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai. Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid.

Budaya kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang cemerlang menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma. Sekiranya pihak sekolah bekerjasama dan berkolaborasi dengan agensi luar dalam mengadakan kem kepimpinan pengawas ini, pihak sekolah perlulah mengambil kira kesesuaian program yang dijalankan agar pihak agensi luar juga dapat memberi sumbangan dan kepakaran mereka dalam aktiviti yang kita jalankan. Selain itu, perkongsian idea dan pertukaran pendapat juga perlu diadakan supaya aktiviti yang dijalankan lebih teratur dan tersusun. Keselesaan pihak mereka juga perlu diberi perhatian agar mereka selesa bekerjasama dengan pihak sekolah. Ini supaya hubungan erat antara dua pihak dapat terjalin dengan baik.

BIBLIOGRAFI

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:Penerbit UTMAlderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.Akbariah Mohd. Mahdzir, (2009) Penerokaan ciri-ciri psikometrik instrument pentaksiran pemikiran kritis Malaysia (IPPKM) dan model pemikiran kritis Malaysia. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Education.Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :Prentice-Hall, Inc.Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont, California: Wadworth.Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitifdalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.Best J.B. (1999). Cognitive Psychology (5th Ed.) United States of America : Brace.Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaDarley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986) Psychology. New Jersey:Prentice-Hall, IncDerek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation.New York; Prentice- Hall, Inc.Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan, Kuala Lumpur : FajarBakti.Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). Educational Psychology Windows On Classrooms. 5thEdition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.Flavell J.H. (1977). Cognitive Development New Jersey : Prentice-Hall, Inc.Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. 4th Edition. NewYork : Holt, Rinehart & Winston.Gross, R. (2001). Psychology The Science Of Mind And Behaviour. 4th Edition. London :British Library Cathaloguing in Publication Data.Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to Theories of Learning. 6thEdition. Upper Saddle River, New Jersey : Prentice Hall.