berkelah di tepi pantai

2
Berkelah di tepi pantai. Pada hari minggu yang lalu, saya dan keluarga saya pergi berkelah di Pantai Irama yang terletak di Bachok, Kelantan. Perjalanan ke pantai tersebut dari rumah saya mengambil masa selama setengah jam. Apabila kami sampai di pantai tersebut, ibu mengeluarkan barang-barang yang telah kami bawa untuk berkelah dan meletakkan di atas tikar yang telah saya bentangkan. Perkelahan ini disertai oleh ahli keluarga saya. Mereka terdiri daripada ibu, ayah, abang, dua orang adik saya dan seorang sepupu saya. Selain itu, nenek dan datuk saya juga turut serta. Saya ke sana semata-mata untuk bersantai dan menenangkan fikiran. Hal ini kerana saya baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Tambahan pula, panorama pantai ini amat indah sekali. Semasa berada di pantai, kami melakukan pelbagai aktiviti. Antaranya, kami membina istana pasir dan

Upload: nasa-inglesias

Post on 29-Jun-2015

8.884 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sesuai untuk karangan darjah 4

TRANSCRIPT

Page 1: Berkelah Di Tepi Pantai

Berkelah di tepi pantai.

Pada hari minggu yang lalu, saya dan keluarga saya pergi berkelah

di Pantai Irama yang terletak di Bachok, Kelantan. Perjalanan ke pantai

tersebut dari rumah saya mengambil masa selama setengah jam.

Apabila kami sampai di pantai tersebut, ibu mengeluarkan barang-

barang yang telah kami bawa untuk berkelah dan meletakkan di atas tikar

yang telah saya bentangkan.

Perkelahan ini disertai oleh ahli keluarga saya. Mereka terdiri

daripada ibu, ayah, abang, dua orang adik saya dan seorang sepupu saya.

Selain itu, nenek dan datuk saya juga turut serta.

Saya ke sana semata-mata untuk bersantai dan menenangkan

fikiran. Hal ini kerana saya baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan

pertengahan tahun. Tambahan pula, panorama pantai ini amat indah

sekali.

Semasa berada di pantai, kami melakukan pelbagai aktiviti.

Antaranya, kami membina istana pasir dan mengutip kulit siput. Setelah itu,

kami bermandi-manda dengan sepuas hati.

Perkelahan pada kali ini memang menyeronokkan. Saya berharap,

kami akan dapat datang ke pantai ini lagi pada suatu hari kelak.