berkata baik atau lebih baik diam

2
Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam Tarikh: Oct 31, 2014 Riwayat: (Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari) Kategori: Akhlak Hadith: Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. Huraian Hadith: 1. Orang yang berbuat baik dengan jiran tetangga, memuliakan tetamu dan bercakap baik atau diam adalah tergolong dalam golongan orang yang beriman dengan hari akhirat. 2. Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan tetamu. 3. Islam mengajar umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang tidak menyakiti orang lain. 4. Antara tanda beriman dengan hari kemudian dan kesedaran terhadap tanggungjawab ialah memelihara hak jiran, menghormati dan melayan tetamu dan berkata baik atau diam. Amalan Yang Terbaik Dalam Islam Tarikh: Mar 11, 2015 Riwayat: Bukhari dan Muslim Hadith: Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”. Huraian Hadith:

Upload: eternal-phenom

Post on 11-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam

TRANSCRIPT

Page 1: Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam

Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam

Tarikh: Oct 31, 2014 Riwayat: (Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari) Kategori: Akhlak Hadith:  Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. Huraian Hadith: 

1. Orang yang berbuat baik dengan jiran tetangga, memuliakan tetamu dan bercakap baik atau diam adalah tergolong dalam golongan orang yang beriman dengan hari akhirat.

2. Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan tetamu.

3. Islam mengajar umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang tidak menyakiti orang lain.

4. Antara tanda beriman dengan hari kemudian dan kesedaran terhadap tanggungjawab ialah memelihara hak jiran, menghormati dan melayan tetamu dan berkata baik atau diam.

Amalan Yang Terbaik Dalam Islam

Tarikh: Mar 11, 2015 Riwayat: Bukhari dan Muslim Hadith: 

Daripada  Abdullah bin Amru  bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”. Huraian Hadith: 

1. Orang Islam hendaklah sentiasa memberi sedekah kepada orang yang memerlukan bantuan kerana ia adalah di antara amalan yang terpuji dalam Islam.

2. Islam menyuruh umatnya supaya memberi salam kepada orang yang ditemui sama ada dikenali atau pun tidak dikenali.

3. Digalakkan memberi jamuan dalam bentuk sedekah, hadiah, menghormati tetamu dan sebagainya dan juga memberi salam kepada orang yang dikenali atau tidak dikenali untuk menimbulkan rasa kasih sayang sesama muslim.