berita kemajuan jan-feb 2014

4
Edisi Januari – Februari 2014 Edisi Januari – Februari 2014 R ata-rata penduduk yang menyertai sesi dialog khas mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal memberi reaksi positif terhadap langkah- langkah kerajaan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan tanah yang melibatkan tanah adat atau hak asasi (native customary right), termasuklah projek-projek pertanian membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). Sesi dialog khas yang diadakan di Keningau pada 22 Februari itu dihadiri oleh penduduk dari pelbagai kawasan di daerah Keningau dan Tongod, daerah Telupid. Manakala Pasukan Petugas mengkaji Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/ Asal dianggotai oleh 22 orang dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Sesi dialog itu dipengerusikan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, yang juga Presiden, Institut Integriti Malaysia. Turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Encik Jazuli W. Sunarto. Dalam taklimatnya, Dr Mohd Tap berkata, kabinet Malaysia menubuhkan jawatankuasa Pasukan Petugas Khas itu untuk melihat dan mengkaji laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengenai hak tanah orang Asli/Asal di Negara ini. Antara aduan yang disampaikan penduduk ialah kebanyakannya berkaitan isu pertindihan pemilik atau pemohon mengenai sesuatu kawasan tanah. Ketika menjawap pertanyaan seorang peserta berhubung status geran komunal, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Hj Osman Hj Jamal berkata langkah kerajaan memperkenalkan konsep geran komunal (communal title) adalah mengikut undang-undang dan nilainya adalah sama dengan geran hak anak negeri (native title). “Geran komunal adalah sama dengan native title sebenarnya, cuma ia (geran komunal) lebih besar kerana permohonan tanah dibuat secara berkelompok (nama mereka akan disenaraikan dalam geran tersebut),” katanya. Katanya, pelaksanaan geran komunal juga dirancang dengan teliti mengikut prosedur undang- undang dan sesiapa yang mencerobohi kawasan tersebut boleh diambil tindakan undang-undang. Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan konsep geran komunal pada Mei 2010, berikutan pindaan terhadap peruntukan di bawah seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah pada 2009. Konsep itu merupakan langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kemiskinan di Sabah, serta melindungi kebajikan anak negeri dan mengelakkan penjualan tanah anak negeri secara berleluasa. Pendekatan itu juga dilihat sebagai salah satu langkah berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan pemilikan tanah serta mempercepatkan proses permohonan tanah terutama yang melibatkan Hak Anak Negeri. Setakat ini, pemberian geran komunal melibatkan penduduk di tiga kawasan pedalaman Sabah, iaitu Kabintaluan di daerah Tenom, Salarom Taka di Nabawan dan Lalampas, Tongod. Penyerahan geran komunal itu juga membuahkan inisiatif pelaksanaan projek Agropolitan di Lalampas, Tongod dan Kemabong, Tenom. Projek Agropolitan dibawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) itu dibangunkan secara usahasama jangka panjang antara pemilik dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). Rombongan Pasukan Petugas Khas itu kemudian melawat projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di kampung Bunang, kira-kira 20 km dari sini. Projek penanaman kelapa sawit itu dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), agensi kerajaan yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) sebagai badan pelaksana. MESEJ merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan di Sabah yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan dibangunkan melalui KPLBS. (BK) Menarik MAKLUMBALAS POSITIF Sesi dialog mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Keningau: W akil Rakyat Kuamut, YB Masiung Banah (Gambar), menghargai langkah kerajaan memperkenalkan geran komunal yang membawa kepada pelaksanaan projek agropolitan di kawasannya di Lalampas, Tongod. Beliau yang juga Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai satu pendekatan pragmatik kearah memperkasakan masyarakat luar bandar. Katanya, walaupun projek agropolitan di Lalampas itu masih di peringkat pelaksanaan, namun kesannya sudah dinikmati oleh penduduk di kawasan terlibat, khususnya dari segi kemudahan jalanraya. “Sekarang ini jalanraya sedang dibina daripada agropolitan (Lalampas) sehingga keluar ke Telupid. Mungkin ada lagi kemudahan lain yang akan dibina di kawasan itu seperti sekolah,” katanya dalam satu temuramah khas dengan Berita Kemajuan. Masiung berkata langkah kerajaan memperkenalkan geran komunal sebenarnya bertujuan membantu penduduk yang memohon tanah-tanah yang di bawah Hak Asasi Pribumi (Native Customary Right) Katanya, kaedah pemilikan tanah melalui geran komunal lebih praktikal berbanding dengan budaya bertani secara berpindah randah yang diamalkan sesetengah penduduk pribumi yang membawa kepada tanggapan bahawa kawasan tanah yang mereka usahakan itu adalah tanah NCR. Menurut Masiung, kegiatan bertani secara secara pindah randah itu mungkin hanya melibatkan kawasan beberapa ekar sahaja. Melalui geran komunal, penduduk bukan sahaja dapat melindungi tanah-tanah hak asasi (NCR) yang mereka pohon tetapi purata keluasan tanah yang diberikan (di bawah geran komunal) ialah 10 ekar. Wakil Rakyat Kuamut itu berkata kerajaan telah memberi penerangan secukupnya kepada penduduk sebelum memperkenalkan pemberian geran komunal kepada penduduk Lalampas, yang akhirnya membawa kepada pelaksanaan pembangunan pertanian agropolitan. “Saya sendiri telah memainkan peranan sebagai perantara antara rakyat dan pihak Kerajaan semasa projek agropolitan di laksanakan di Lalampas. “Pada ketika itu saya agak tertekan kerana pihak pembangkang meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan, termasuklah kerajaan kononnya merampas tanah rakyat melalui pelaksanaan geran komunal. “Terlalu sukar bagi kami (dipihak kerajaan) untuk meyakinkan penduduk. Mereka pada mulanya enggan membenarkan pihak-pihak tertentu untuk memasuki kawasan perkampungan melaksanakan projek agropolitan. “Syukurlah, dengan komitmen kita (kerajaan) memberikan kefahaman dan penerangan kepada rakyat, akhirnya projek agropolitan (di Lalampas) dapat dilaksanakan. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), sebuah agensi kerajaan, telah dilantik kerajaan untuk melaksanak agropolitan di kawasan tersebut. Selain agropolitan, SLDB juga diberi tanggungjawab untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan pertanian yang berkonsepkan pembasmian kemiskinan masyarakat luarbandar, seperti Projek Mesra Rakyat (PMR), Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Projek Pekebun Kecil Terancang (PPKT). Masiung berharap penduduk Lalampas memanfaatkan sepenuhnya projek agropolitan, terutama sekali merebut peluang-peluang sosio- ekonomi yang diwujudkan oleh projek berimpak tinggi itu. “9,000 ekar (keluasan tanah yang dicadang untuk projek Agropolitan) bukan kecil. Siapa yang akan menumbang, menanam, membersih dan menjaga tanaman. “Inilah masa untuk masyarakat tempatan membuktikan bahawa mereka boleh bekerja dan tidak perlu terlalu bergantung kepada pendatang asing. “Janganlah berfikir soal saham sahaja. Alangkah baiknya kalau setiap peserta (yang mendapat geran komunal dalam projek agropolitan) itu bekerja di ladang masing-masing. Bererti mereka peroleh dua punca pendapatan,” katanya. Geran komunal Lalampas, Tongod, telah dikeluarkan pada 2 Februari 2011 melalui Geran FR25400014 melibatkan keluasan 3,691 hektar (9,120 ekar). Geran komunal Lalampas, yang terletak di ulu Sungai Tongod, melibatkan 16 buah kampung manakala projek agropolitan Lalampas dimulakan sejak 2009. Pelaksanaan projek agropolitan itu dilaksanakan selepas Institut Pembangunan Sabah (IDS) dengan kerjasama SLDB memulakan kajian pembangunan dan kajian impak sosial, termasuklah menganjurkan beberapa sesi penerangan kepada penduduk asal di kawasan Ulu Tongod. (Edisi akan datang akan memaparkan pembangunan projek Agropolitan di Lalampas.) 8 mukasurat MENGHARAPKAN IMPAK PROJEK AGROPOLITAN Datuk Dr Mohd. Tap Salleh (kanan) dan Datuk Osman Jamal (dua dari kanan) serta anggota Pasukan Petugas Khas yang lain sedang menanyakan sesuatu kepada salah seorang peserta MESEJ Kg Bunang (tiga dari kanan). En. Jazuli W. Sunarto di kiri sekali. Penduduk Inandung hargai peranan SLDB - MUKA 3 Utamakan Kelangsungan SLDB: Jazuli -MUKA 6 Mengharap impak Projek Agropolitan -MUKA 8 Imbas kembali... Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman bersama dengan P.T.O pemimpin tempatan semasa majlis menyerahkan geran komunal kepada penduduk yang terlibat di Lalampas, Tongod.

Upload: ngonhan

Post on 19-Jan-2017

278 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Kemajuan Jan-Feb 2014

Edisi Januari – Februari 2014

Edisi Januari – Februari 2014

Rata-rata penduduk yang menyertai sesi dialog khas mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal memberi reaksi positif terhadap langkah-

langkah kerajaan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan tanah yang melibatkan tanah adat atau hak asasi (native customary right), termasuklah projek-projek pertanian membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Sesi dialog khas yang diadakan di Keningau pada 22 Februari itu dihadiri oleh penduduk dari pelbagai kawasan di daerah Keningau dan Tongod, daerah Telupid.

Manakala Pasukan Petugas mengkaji Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal dianggotai oleh 22 orang dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sesi dialog itu dipengerusikan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, yang juga Presiden, Institut Integriti Malaysia. Turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Encik Jazuli W. Sunarto.

Dalam taklimatnya, Dr Mohd Tap berkata, kabinet Malaysia menubuhkan jawatankuasa Pasukan Petugas Khas itu untuk melihat dan mengkaji laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengenai hak tanah orang Asli/Asal di

Negara ini.Antara aduan yang disampaikan penduduk ialah

kebanyakannya berkaitan isu pertindihan pemilik atau pemohon mengenai sesuatu kawasan tanah.

Ketika menjawap pertanyaan seorang peserta berhubung status geran komunal, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Hj Osman Hj Jamal berkata langkah kerajaan memperkenalkan konsep geran komunal (communal title) adalah mengikut undang-undang dan nilainya adalah sama dengan geran hak anak negeri (native title).

“Geran komunal adalah sama dengan native title sebenarnya, cuma ia (geran komunal) lebih besar kerana permohonan tanah dibuat secara berkelompok (nama mereka akan disenaraikan dalam geran tersebut),” katanya.

Katanya, pelaksanaan geran komunal juga dirancang dengan teliti mengikut prosedur undang-undang dan sesiapa yang mencerobohi kawasan tersebut boleh diambil tindakan undang-undang.

Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan konsep geran komunal pada Mei 2010, berikutan pindaan terhadap peruntukan di bawah seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah pada 2009.

Konsep itu merupakan langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kemiskinan di Sabah, serta melindungi kebajikan anak negeri dan mengelakkan penjualan tanah anak negeri secara berleluasa.

Pendekatan itu juga dilihat sebagai salah satu langkah berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan pemilikan tanah serta mempercepatkan proses permohonan tanah terutama yang melibatkan Hak Anak Negeri.

Setakat ini, pemberian geran komunal melibatkan penduduk di tiga kawasan pedalaman Sabah, iaitu Kabintaluan di daerah Tenom, Salarom Taka di Nabawan dan Lalampas, Tongod.

Penyerahan geran komunal itu juga membuahkan inisiatif pelaksanaan projek Agropolitan di Lalampas, Tongod dan Kemabong, Tenom.

Projek Agropolitan dibawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) itu dibangunkan secara usahasama jangka panjang antara pemilik dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Rombongan Pasukan Petugas Khas itu kemudian melawat projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di kampung Bunang, kira-kira 20 km dari sini.

Projek penanaman kelapa sawit itu dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), agensi kerajaan yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) sebagai badan pelaksana.

MESEJ merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan di Sabah yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan dibangunkan melalui KPLBS. (BK)

Menarik MAKLUMBALAS POSITIFSesi dialog mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Keningau:

Wakil Rakyat Kuamut, YB Masiung Banah (Gambar), menghargai langkah kerajaan memperkenalkan geran komunal yang

membawa kepada pelaksanaan projek agropolitan di kawasannya di Lalampas, Tongod.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai satu pendekatan pragmatik kearah memperkasakan masyarakat luar bandar.

Katanya, walaupun projek agropolitan di Lalampas itu masih di peringkat pelaksanaan, namun kesannya sudah dinikmati oleh penduduk di kawasan terlibat, khususnya dari segi kemudahan jalanraya.

“Sekarang ini jalanraya sedang dibina daripada agropolitan (Lalampas) sehingga keluar ke Telupid. Mungkin ada lagi kemudahan lain yang akan dibina di kawasan itu seperti sekolah,” katanya dalam satu temuramah khas dengan Berita Kemajuan.

Masiung berkata langkah kerajaan memperkenalkan geran komunal sebenarnya bertujuan membantu penduduk yang memohon tanah-tanah yang di bawah Hak Asasi Pribumi (Native Customary Right)

Katanya, kaedah pemilikan tanah melalui geran komunal lebih praktikal berbanding dengan budaya bertani secara berpindah randah yang diamalkan sesetengah penduduk pribumi yang membawa kepada tanggapan bahawa kawasan tanah yang mereka usahakan itu adalah tanah NCR.

Menurut Masiung, kegiatan bertani secara secara pindah randah itu mungkin hanya melibatkan kawasan beberapa ekar sahaja.

Melalui geran komunal, penduduk bukan sahaja dapat melindungi tanah-tanah hak asasi (NCR) yang mereka pohon tetapi purata keluasan tanah yang diberikan (di bawah geran komunal) ialah 10 ekar.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata kerajaan telah memberi penerangan secukupnya kepada

penduduk sebelum memperkenalkan pemberian geran komunal kepada penduduk Lalampas, yang akhirnya membawa kepada pelaksanaan pembangunan pertanian agropolitan.

“Saya sendiri telah memainkan peranan sebagai perantara antara rakyat dan pihak Kerajaan semasa projek agropolitan di laksanakan di Lalampas.

“Pada ketika itu saya agak tertekan kerana pihak pembangkang meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan, termasuklah kerajaan kononnya merampas tanah rakyat melalui pelaksanaan geran komunal.

“Terlalu sukar bagi kami (dipihak kerajaan) untuk meyakinkan penduduk. Mereka pada mulanya

enggan membenarkan pihak-pihak tertentu untuk memasuki kawasan perkampungan melaksanakan projek agropolitan.

“Syukurlah, dengan komitmen kita (kerajaan) memberikan kefahaman dan penerangan kepada rakyat, akhirnya projek agropolitan (di Lalampas) dapat dilaksanakan.

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), sebuah agensi kerajaan, telah dilantik kerajaan untuk melaksanak agropolitan di kawasan tersebut.

Selain agropolitan, SLDB juga diberi tanggungjawab untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan pertanian yang berkonsepkan pembasmian kemiskinan masyarakat luarbandar,

seperti Projek Mesra Rakyat (PMR), Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Projek Pekebun Kecil Terancang (PPKT).

Masiung berharap penduduk Lalampas memanfaatkan sepenuhnya projek agropolitan, terutama sekali merebut peluang-peluang sosio-ekonomi yang diwujudkan oleh projek berimpak tinggi itu.

“9,000 ekar (keluasan tanah yang dicadang untuk projek Agropolitan) bukan kecil. Siapa yang akan menumbang, menanam, membersih dan menjaga tanaman.

“Inilah masa untuk masyarakat tempatan membuktikan bahawa mereka boleh bekerja dan tidak perlu terlalu bergantung kepada pendatang asing.

“Janganlah berfikir soal saham sahaja. Alangkah baiknya kalau setiap peserta (yang mendapat geran komunal dalam projek agropolitan) itu bekerja di ladang masing-masing. Bererti mereka peroleh dua punca pendapatan,” katanya.

Geran komunal Lalampas, Tongod, telah dikeluarkan pada 2 Februari 2011 melalui Geran FR25400014 melibatkan keluasan 3,691 hektar (9,120 ekar).

Geran komunal Lalampas, yang terletak di ulu Sungai Tongod, melibatkan 16 buah kampung manakala projek agropolitan Lalampas dimulakan sejak 2009.

Pelaksanaan projek agropolitan itu dilaksanakan selepas Institut Pembangunan Sabah (IDS) dengan kerjasama SLDB memulakan kajian pembangunan dan kajian impak sosial, termasuklah menganjurkan beberapa sesi penerangan kepada penduduk asal di kawasan Ulu Tongod.

(Edisi akan datang akan memaparkan pembangunan projek Agropolitan di Lalampas.)

8 muk

asur

at

MENGHARAPKAN IMPAK PROJEK AGROPOLITAN

Datuk Dr Mohd. Tap Salleh (kanan) dan Datuk Osman Jamal (dua dari kanan) serta anggota Pasukan Petugas Khas yang lain sedang menanyakan sesuatu kepada salah seorang peserta MESEJ Kg Bunang (tiga dari kanan). En. Jazuli W. Sunarto di kiri sekali.

Penduduk Inandung hargai peranan SLDB- MUKA 3

Utamakan Kelangsungan SLDB: Jazuli-MUKA 6

Mengharap impak Projek Agropolitan-MUKA 8

Imbas kembali... Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman bersama dengan P.T.O pemimpin tempatan semasa majlis menyerahkan geran komunal kepada penduduk yang terlibat di Lalampas, Tongod.

Page 2: Berita Kemajuan Jan-Feb 2014

2

Biar melangkah pantas tapi berhemahMesej daripada Pengerusi SLDB, YB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail

Edisi Januari – Februari 2014muk

asur

at

Edisi Januari – Februari 2014 7m

ukasurat

Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuhdan salam sejahtera

Kita telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang 2013 dan bagi menghadapi tahun 2014, kita perlu melangkah dan bertindak dengan lebih pantas, berani tetapi berhemah.

Secara umumnya, matlamat dan halatuju SLDB berada pada landasan yang tepat dan kukuh, walaupun menghadapi sedikit tekanan akibat harga sawit yang tidak menentu pada tahun lepas. Namun, saya optimis harga komoditi itu akan bertambah baik pada tahun ini.

Laporan Bajet SLDB bagi tahun 2014 juga memberi gambaran positif tentang pelaksanaan program-program pembangunan yang disusun rapi, iaitu berteraskan kepada mandat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebagai pelaksana projek pembangunan pertanian di kawasan luarbandar, sekaligus membantu usaha kerajaan memperkasakan golongan petani kecil di kawasan luarbandar.

Cabaran utama bagi tahun 2014 dan tahun-tahun mendatang, ialah untuk mengekalkan daya saing SLDB sebagai sebuah badan korporat, seiring dengan usaha memenuhi dan menyesuaikan keperluan masyarakat moden, termasuklah menjaga kepentingan rakan kongsi atau pemegang saham (stake holders) SLDB, iaitu

peserta dan peneroka. Dalam meningkatkan daya-saing SLDB, saya mahu pihak

pengurusan SLDB supaya meneroka usaha mempelbagaikan bidang perniagaan baharu yang berpotensi menjana sumber pendapatan, termasuklah pembangunan hartanah (property development).

Seterusnya, teras kekuatan kita yang akan membolehkan SLDB terus berkembang dan kompetitif, ialah melalui keupayaan kita untuk bertindak-balas (respond) secara fleksibel, iaitu sebagai sebuah pasukan yang dedikasi, bermotivasi, berwawasan dan harmoni.

Kekuatan ini akan memberikan kita nafas dan ruang selesa untuk merancang, bergerak dan melaksanakan agenda memperkasakan organisasi, sekaligus merintis masadepan yang lebih cerah kepada seluruh warga SLDB.

Pemantapan SLDB juga perlu berlandaskan kepada pendekatan berorentasikan keuntungan (profit oriented). Justeru, benchmark atau KPI kita hendaklah diukur melalui hasil pengeluaran produk, iaitu hasil buah kelapa sawit dengan sasaran pengeluaran hasil kelapa sawit bagi setiap hektar ialah 25 tan setahun atau 0.8 tan bagi satu ekar setiap bulan.

Untuk memastikan urusan perniagan dan kestabilan kewangan SLDB terus kukuh, pengurusan SLDB di semua peringkat hendaklah

menitik-beratkan langkah berjimat cermat, dengan mengambil kira kos setiap unit (unit cost) dalam semua urusan yang melibatkan kepentingan SLDB.

Langkah-langkah proaktif ini amat penting bagi menjamin momentum pengukuhan dan kestabilan perniagaan dan kewangan SLDB.

Disamping berusaha mengekalkan perniagaan teras – to maintain our core business – kita juga perlu bekerja keras untuk meningkatkannya.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama bergerak seiring-selangkah sebagai sebuah pasukan yang jitu, berdedikasi dan bermotivasi tinggi, dengan sentiasa memelihara keharmonian dan semangat kekeluargaan dalam setiap waktu dan dimana sahaja anda bertugas.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, kita mestilah sentiasa mengingatkan diri kita bahawa selagi kita bernaung atau berkhidmat dengan SLDB, maka pelihara dan pertahankan organisasi ini seperti mana anda menjaga dan memelihara rumah tangga dan keluarga sendiri.Sekian, terima kasih.

SLDB KUKUH TAPI PERLU DIPERKASAPengerusi bertemu warga SLDB di dua pejabat wilayah

Datuk Haji Abdul Rahim menyampaikan ucapan semasa lawatan kerja ke SLDB Wilayah Pantai Barat, Keningau.

Datuk Haji Abdul Rahim sedang berucap pada majlis perjumpaan khas para pegawai dan kakitangan SLDB Wilayah Pantai Timur di Tawau. Juga kelihatan Pengurus Besar SLDB, En Jazuli W. Sunarto (tengah) dan En Teddy Simanjuntak.

TAWAU: Walaupun Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB)

kukuh dan stabil, namun ia perlu diperkasakan lagi melalui gerak

kerja yang pantas dan berhemah, kata Pengerusi SLDB, Datuk Haji

Abdul Rahim Ismail.

Beliau menyampaikan amanat penting itu semasa membuat

lawatan kerja ke pejabat wilayah Pantai Barat di Keningau dan

wilayah Pantai Timur di Tawau pada Februari.

Datuk Abdul Rahim yakin SLDB akan kekal dengan ekonomi yang

mantap dan stabil, namun agensi itu perlu menggembleng dan

memanfaatkan sepenuhnya segala kekuatan yang sedia ada secara

komprehensif.

“Kita ingin melihat supaya SLDB wujud sebagai role model

perniagaan korporat yang progresif, berdaya saing dan berhemah,”

katanya.

Beliau juga mengingatkan seluruh warga SLDB bahawa walaupun

agensi itu beroperasi sebagai sebuah badan korporat, tetapi ia juga

melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Tanggungjawab itu termasuklah membangunkan tanah pertanian

di kawasan luar bandar, yang bertujuan memperkasakan masyarakat

luar bandar dan petani kecil.

Selain itu, SLDB juga mengurus dan menjaga kepentingan

kumpulan peserta atau peneroka yang terlibat dengan projek

pembangunan pertanian, khususnya ladang kelapa sawit.

Bagi menghadapi cabaran tahun baharu, Pengerusi SLDB itu

berkata teras kekuatan agensi itu ialah keupayaan bertindak sebagai

sebuah pasukan yang dedikasi, beriltizam tinggi dan harmoni.

“Kekuatan ini akan memberikan kita nafas dan ruang selesa untuk

merancang, mengorak langkah dan bergerak ke hadapan.

“Untuk memantapkan lagi daya saing SLDB, urustadbir dan halatuju

agensi ini mestilah berorentasikan keuntungan,” katanya.

Beliau juga mahu supaya pengurusan SLDB di semua peringkat

menitikberatkan langkah berjimat cermat.

“Sasaran utama kita bukan hanya untuk mengekalkan atau

mempertahankan teras perniagaan (core business) tetapi berusaha

meningkat-majukannya, termasuklah mencari dan meneroka peluang-

peluang baharu yang berpotensi menjana sumber pendapatan baharu

SLDB,” katanya.

Beliau seterusnya mengajak warga SLDB supaya memelihara dan

mempertahankan organisasi itu demi menjaga kepentingan dan

masadepan mereka.

Turut mengiringi Pengerusi SLDB semasa lawatan ke dua wilayah

itu ialah Pengurus Besar SLDB, Encik Jazuli W. Sunarto serta beberapa

pegawai kanan agensi itu.

Semasa di Tawau, Datuk Abdul Rahim turut menyaksikan perasmian

masjid baharu di Kampung Terasing, Apas Balung, yang disempurnakan

oleh Adun Balung, Datuk Haji Syed Abas bin Syed Ali.

Kita ingin melihat supaya SLDB wujud sebagai role model

perniagaan korporat yang progresif,

berdaya saing dan berhemah.

Datuk Hj Abdul Rahim Ismail (tengah berbaju gelap) bersama para pegawai dan kakitangan SLDB yang menghadiri perjumpaan khas di pejabat SLDB Wilayah Pantai Barat, Keningau. En Jazuli W. Sunarto kelihatan nombor enam dari kiri.

Page 3: Berita Kemajuan Jan-Feb 2014

6 Edisi Januari – Februari 2014muk

asur

at

Edisi Januari – Februari 2014 3m

ukasurat

KENINGAU: Tidak dapat dinafikan hakikat

bahawa tanah penduduk di kawasan luar

bandar yang dibangunkan oleh kerajaan

melalui agensi kerajaan seperti Lembaga

Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB),

adalah asalnya hutan rimba yang mungkin

selamanya akan terus terbiar dan tidak

ekonomik sekiranya Kerajaan Negeri tidak

ada kesungguhan politik untuk membantu

memajukan kawasan tanah tersebut.

Namun, atas keprihatinan dan

inisiatif kerajaanlah maka pelbagai

projek pembangunan pertanian yang

berkonsepkan pembasmian kemiskinan

dapat diwujud dan dilaksanakan.

Projek-projek pembangunan pertanian

yang bertujuan memperkasakan

masyarakat dan petani kecil luar bandar

itu termasuklah Projek Pekebun Kecil

Terancang seperti yang dilaksanakan

di Kampung Dalit, Inandung, Binakaan,

Kandang Besar dan Pandewan, yang

kesemuanya terletak dalam kawasan Sook,

Keningau.

Justeru, ramai peserta projek tanaman

kelapa sawit seperti di kampung Inandung,

tidak lupa akan jasa dan bantuan Kerajaan

memajukan tanah-tanah mereka, serta

berterima kasih kepada SLDB yang diberi

tanggungjawab membangunkan tanah-

tanah mereka itu.

Mereka menepis dakwaan sesetengah

pihak bahawa mereka kononnya telah

ditipu pihak SLDB, agensi yang dilantik

kerajaan negeri untuk membangun projek

pertanian bagi membasmi kemiskinan di

kawasan luar Bandar Sabah.

“Secara jujur, jika tidak adanya projek

ini, kebanyakan dari kami di Inandung

mungkin masih lagi memburu babi hutan

dan mencari rotan untuk menyara hidup,”

kata Peturus Taiman, 42.

Pengakuan Peturus itu disokong oleh

rakannya, Inus Berik, 41.

Mereka berkata projek penanaman

kelapa sawit itu bukan sahaja memberi

mereka peluang pekerjaan tetapi juga

kemudahan infrastruktur terutama jalan

raya.

“Sebelum ini, kampung kami dikelilingi

hutan rimba dan sukar untuk kami pergi ke

Keningau atau Tenom. Kami kena berjalan

dan tidur dalam perjalanan.

“Terdapat juga kejadian orang sakit

mati dalam perjalanan untuk mendapat

rawatan di pekan yang terdekat dan

terpaksa ditanam di dalam hutan.

“Tetapi kini kehidupan kami di Inandung

banyak bertukar selepas tanah simpan

kerajaan yang kami pohon di awal 80-an

dibangunkan SLDB,” kata Peturus yang

juga Ketua Kampung Inandung.

Kira-kira 240 penduduk merupakan

peserta projek seluas 2,500 ekar (1,011.7

hektar) ini sudah ditanam pokok kelapa

sawit serta mengeluarkan hasil.

Selain itu, kira-kira 300 penduduk terlibat

dalam pelbagai jenis pekerjaan seperti

menjadi buruh ladang, penyelia, pemandu

dan pengawal keselamatan.

Yang lebih membanggakan, ada yang

menjadi usahawan dengan mengangkut

buah kelapa sawit ke kilang untuk diproses

atau melakukan kerja-kerja pembinaan

secara kecil-kecilan.

Transformasi ekonomi di Inandung

boleh dikesan dengan melihat ramai

penduduk mampu memiliki kenderaan

dan kebanyakan 40 buah rumah di

penempatan ini memiliki set televisyen

termasuk bagi stesen berbayar Astro.

Ketua Komunikasi Perniagaan Korporat

SLDB, Syaheddrul Rahman Joddari berkata

agensi tersebut telah memberi dividen

kepada peserta projek dalam beberapa

tahun walaupun harga minyak sawit tidak

menentu serta kenaikan kos pengeluaran

ekoran pelaksanaan gaji minimum.

Ladang kelapa sawit Inandung adalah

diantara empat Projek Pekebun Kecil

Terancang (PPKT) yang dilaksanakan oleh

SLDB untuk membantu meningkatkan

taraf ekonomi masyarakat luar bandar

melalui kaedah pertanian moden.

Langkah itu juga bertujuan

membangunkan tanah-tanah terbiar

di kawasan luar bandar sebagai satu

kawasan maju, menarik dan menjana

hasil pendapatan, selaras dengan Halatuju

Sektor Pertanian Negeri Sabah.

PENDUDUK INANDUNG HARGAI PERANAN SLDB

Secara jujur, jika tidak adanya projek ini, kebanyakan dari kami di Inandung

mungkin masih lagi memburu babi hutan dan mencari rotan untuk

menyara hidup.

KENANG BUDI …. Peturus (kanan) dan Berik bercakap ikhlas mengenai sumbangan SLDB.

HR & Admin Manager, En. Zaidi Abdullah facilitating the BSC workshop for support services in East Coast Region on 20.3.2014 at Regional Office Tawau

Regional Manager East Coast, En. Dionysius Benjamin is delivering his opening remark

Sebagai sebuah badan korporat, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) telah dan sedang memperkemaskan strategi operasinya menerusi amalan pengurusan mengikut piawaian industri.

Dalam aspek ini, SLDB memberi keutamaan kepada Laporan Prestasi Seimbang atau Balanced Scorecard (BSC), yang akan memberi impak kepada kejayaan organisasi.

BSC adalah suatu alat pengurusan prestasi penggunanya mengukur prestasi secara komprehensif tentang bagaimana sesebuah organisasi itu berfungsi kearah mencapai matlamat badan tersebut.

Pada prinsipnya, BSC bertujuan menterjemahkan visi dan misi sesebuah organisasi kepada focus strategik, malahan kedua elemen ini hendaklah sentiasa dirujuk apabila menyediakan BSC.

Ini kerana BSC adalah keseimbangan antara ukuran kewangan dan bukan kewangan serta keseimbangan antara ukuran jangka pendek dan jangka panjang.

BSC juga merupakan keseimbangan Penunjuk Prestasi (penunjuk utama) dengan ukuran hasil (ukuran susulan/kekurangan) serta data yang dapat memberikan gambaran keseluruhan prestasi organisasi.

Selain itu, BSC juga membawa fokus strategik dan keseimbangan organisasi, dimana penilaian ke atas Petunjuk Prestasi Utama (KPI) meliputi empat perspektif iaitu kewangan, pelanggan, proses dalaman perniagaan, dan pembelajaran & perkembangan seperti dalam gambarajah berikut:-

Sistem pengurusan prestasi SLDB, yang dikendalikan dibawah Unit Sumber Manusia (HR) diketuai oleh Encik Zaidi Abdullah, telah mula memperkenalkan BSC pada tahun 2011. Sebelum itu, kaedah yang digunakan SLDB ialah Prestasi Kontrak atau Performance Contract.

Menurut Zaidi, penilaian BSC pada tahun 2012 mendapati bahawa lebih ramai kakitangan memperoleh gred melebihi paras biasa (above average), namun ia tidak menggambarkan prestasi syarikat yang sebenar. Tidak terkecuali, senario yang sama juga telah berulang untuk tahun 2013 dimana ramai kakitangan yang memperolehi gred “above average” walaupun pada hakikatnya ia tidak selari dengan prestasi syarikat.

Justeru, Unit Sumber Manusia Ibu Pejabat kini memfokuskan kearah penambahbaikan BSC, termasuklah menyemai kesedaran di kalangan ketua-ketua unit tentang pentingnya penilaian objektif ke atas kakitangan dibawah unit masing-masing.

Bagi tahun 2014, Unit HR telah merangka satu pendekatan dimana ketua-ketua unit serta kakitangan sokongan terlibat secara langsung dalam penyediaan BSC untuk unit masing-masing.

Perlu ditekankan di sini bahawa penetapan sasaran melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan dimulakan diperingkat korporat, kemudiannya di turunkan ke peringkat wilayah atau unit dan akhirnya kepada semua kakitangan. Ini penting bagi memastikan penyediaan BSC diselaraskan (aligned) daripada Pengurusan atasan kepada kakitangan bawahan.

“Sekiranya perlu, pihak HR akan mengadakan kursus atau bengkel untuk menambahbaik kaedah penilaian. Yang penting, ketua-ketua unit memahami cara membuat penilaian objektif,” katanya.

Satu lagi aspek penting yang akan diperkenalkan bagi memperkasakan Sistem Pengurusan Prestasi (Performance Management System) iaitu penilaian ke atas Ciri-Ciri Peribadi (Personal Attributes) seseorang kakitangan dalam usaha beliau mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan di dalam BSC.

Penilaian bagi Ciri-Ciri Peribadi adalah bersifat subjektif, dimana seseorang kakitangan akan dinilai berdasarkan pemerhatian atau pemantauan pihak penilai yang meliputi ciri-ciri kritikal iaitu kredibiliti, kebertanggungjawaban, kepimpinan, profesionalisma dan kecekapan, semangat berpasukan, inovasi dan kreativiti, perangai, komunikasi, keusahawanan dan pendekatan menang-menang (tidak mementingkan diri).

Katanya, penilaian prestasi melalui BSC adalah umpama kokpit atau ruangan bagi pemandu kapal terbang, yang dapat menunjukkan ketepatan arah dan hala-tuju, ketinggian, kelajuan dan sebagainya. Dengan petunjuk-petunjuk tersebut akan memberi panduan serta keyakinan kepada pemandu kapal terbang untuk sampai ke destinasi yang dituju.

“Sistem penilaian prestasi yang berkesan hendaklah dikaitkan dengan sistem “reward” yang menyeluruh dimana pembayaran ke atas prestasi (pay for performance) seperti bonus, kenaikan gaji dan sebagainya hendaklah berlandaskan prestasi syarikat mahupun individu. Pembayaran secara “blanket” ataupun samarata tanpa berlandaskan prestasi individu adalah “counter-productive” yang akan memberi kesan negative kepada kakitangan-kakitangan yang yang berprestasi tinggi.

MENGAPA BALANCED SCORECARD (LAPORAN PRESTASI SEIMBANG) PENTING

Falsafah dan keutamaan Laporan Prestasi Seimbang (Balanced Scorecard) (BSC) adalah untuk memperkemas dan memperkasakan

operasi dan organisasi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), demi kelangsungan syarikat itu.

Pengurus Besar SLDB, Encik Jazuli W. Sunarto, menekankan bahawa BSC bukan setakat suatu penilaian terhadap prestasi seseorang, tetapi juga merupakan pelan strategi untuk tujuan penyusunan

dan penyatuan (alignment) organisasi. Langkah-langkah itu juga adalah selaras dengan

matlamat merealisasikan visi, misi dan objektif (VMO) SLDB, katanya.

Justeru, beliau mahu supaya semua anggota organisasi, tanpa mengira unit operasi atau hirarki, memfokuskan usaha kearah melaksana dan merealisasikan VMO SLDB melalui pendekatan tersebut.

“Untuk tempoh lima tahun pertama akan datang ini adalah sangat penting bagi SLDB kerana tumpuan kita ialah soal kelangsungan (survival) syarikat.

“Bagi memastikan kelangsungan SLDB, adalah amat penting kita bergerak sebagai sebuah pasukan yang senada dan satu hati menuju ke satu arah dan matlamat yang sama untuk membina dan memperkasakan SLDB,” katanya.

Apabila saling muafakat dan berkerjasama, SLDB

bebas daripada kemungkinan wujudnya ‘napolean-napolean kecil’ yang boleh menjejaskan operasi dan sistem penyampaian.

Katanya, pelaksanaan BSC adalah sebahagian daripada langkah dan pendekatan proaktif syarikat kearah memantapkan unit-unit utama SLDB iaitu Operasi, Kewangan dan Sumber Manusia.

Beliau menyatakan demikian semasa perjumpaan khas dengan para pegawai dan kakitangan ibu pejabat SLDB di pejabat korporat badan itu di KK Times Square.

Pengurus Besar menggariskan beberapa elemen yang boleh menyumbang kepada kelangsungan SLDB seperti pembentukan karakter dan budaya bekerja korporat yang mempunyai matlamat menjurus kepada Profit Oriented bagi Operasi dan Result Oriented untuk Unit-unit perkhidmatan.

“Alhamdulillah, kita sudah bersatu kembali (re-group), justeru marilah kita sama-sama menggembleng tenaga dan idea untuk membina semula (re-building) SLDB.

“Saya yakin kita boleh melakukannya jika kita bekerja sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamat itu,” katanya sambil menambah bahawa SLDB akan terus mengutamakan aktiviti teras perniagaannya dalam sektor perladangan, khususnya penanaman sawit di samping meneroka peluang dalam mempelbagaikan perniagaan yang menguntungkan dan berdaya maju,

Selain itu, operasi di peringkat wilayah, termasuklah estet-estet, juga perlu dimantapkan terutama dari segi meningkatkan hasil pengeluaran dan penjimatan kos.

Utamakan Kelangsungan SLDB: Jazuli

Encik Jazuli (gambar kiri kanan sekali) ketika berucap pada majlis perjumpaan tersebut, manakala gambar kanan ialah sebahagian daripada pegawai dan kakitangan SLDB yang hadir.

Page 4: Berita Kemajuan Jan-Feb 2014

4 muk

asur

at

Edisi Januari – Februari 2014 5m

ukasurat

Ahli Lembaga Pengarah SLDB, En Chin Chuan Siong @ Norbert Chin sedang meneliti kandungan Berita Kemajuan.

Penyelia ladang Dalit, Mohd Hasrul, sedang mendapat pemeriksaan kesihatan oleh pembantu kesihatan, Alfonsos, di klinik ladang Dalit yang disediakan SLDB sambil diperhatikan oleh bekas pengurus wilayah Pantai Barat, Dionysius Benjamin.

Pengerusi SLDB Datuk Hj Abdul Rahim Ismail bersama beberapa pegawai kanan SLDB ketika membuat kunjungan terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Muhammad (duduk) di Putrajaya. Kunjungan itu adalah sebagai susulan kepada permohonan SLDB untuk mendapatkan dana persekutuan yang telahpun dikemukakan kepada EPU dan Kementerian Kewangan. Dana tersebut bertujuan melaksanakan program pembasmian kemiskinan melalui pembangunan pertanian di kawasan luarbandar Sabah. Pengurus Besar, En Jazuli W. Sunarto di sebelah kiri sekali.

Sekumpulan anggota Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah orang Asli/Asal yang diketuai Datuk Dr Mohd Tap Salleh (dua dari kanan) meninjau persekitaran menarik projek MESEJ Bunang. Di sebelah kanan ialah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal.

Pengerusi SLDB Datuk Hj Abdul Rahim Ismail (tengah) dan Pengurus Besar, En Jazuli W. Sunarto sedang mendengar ucapan Adun Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali yang merasmikan masjid yang dibina SLDB di Batu 17, Kg Terasing, Tawau.a

Sebahagian daripada pegawai dan kakitangan SLDB yang menghadiri perjumpaan khas sempena lawatan kerja Pengerusi SLDB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail ke pejabat SLDB Wilayah Pantai Barat di Keningau.

Pengerusi SLDB Datuk Hj Abdul Rahim Ismail (empat dari kanan) bersama beberapa pegawai kanan SLDB dan pengurusan Sabaras Sdn Bhd, semasa lawatan beliau ke gudang simpanan beras anak syarikat SLDB itu di Kolombong, Kota Kinabalu.

Beberapa peserta MESEJ Bunang sedang meneliti isi kandungan Berita Kemajuan terbitan SLDB.

Sebahagian anggota Pasukan Petugas Khas Mengkaji Laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah orang Asli/Asal sedang mendengar taklimat mengenai projek MESEJ Bunang yang disampaikan Pengurus Ladang, En Asangkul Mosuri.

Pegawai dan kakitangan SLDB yang bertugas di pejabat ladang SLDB Dalit yang diketuai oleh bekas Pengurus Wilayah Pantai Barat, Dionysius Benjamin (lima dari kiri) yang kini ditukarkan sebagai Pengurus Wilayah Pantai Timur.

Pengurus Besar SLDB, Jazuli W. Sunarto sedang bercakap dengan salah seorang peserta yang menghadiri sesi dialog khas anjuran Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asal/Asli di Keningau pada 22 Februari.

Empat peserta projek Agropolitan Lalampas, Tongod, yang menghadiri sesi dialog anjuran Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah orang Asli/Asal di Keningau pada 22 Februari.

PENASIHAT

Jazuli W. Sunarto

Pengurus Besar

SIDANG PENGARANG

Syaheddrul Rahman Joddari,

Ketua Komunikasi

Perniagaan Korporat

Alzreena Khamis

Pengurus Undang-Undang

Emin Madi

(Perunding Media)

Ibrahim John Othman

(Penyumbang)

Mokhtar Mohamad

(Penyumbang)

REKA BENTUK

Farrell Design

TERBITAN

Sabah Land Development Board,

Lot 47 & 48, Block H

KK Times Square

Signature Office

Off Coastal Highway

88100 KOTA KINABALU, SABAH

Tel: 088-520800

Sidang Pengarang