beri contoh contoh pelajaran major yang menggunakan pendekatan induktif

12
BERI CONTOH-CONTOH PELAJARAN MAJOR YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN INDUKTIF, DEDUKTIF & INTEGRATIF POOVANESWARY A/P SINNASAMY LIU YE YING CHAI JUAN HUI

Upload: poovaneswarysinnasamy

Post on 01-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh pelajaran major

TRANSCRIPT

BEri contoh-contoh pelajaran major yang menggunakan pendekatan induktif, deduktif & integratif

BEri contoh-contoh pelajaran major yang menggunakan pendekatan induktif, deduktif & integratifPoovaneswary a/p sinnasamyliu ye yingchai juan huiPendekatan induktifpenekanan terhadap perancangan aktiviti yang menonjolkan contoh-contoh konkrit tentang sesuatu isi pelajaran

Ciri pendekatan induktifIsi pelajaran digerakkan oleh struktur kognitif.

Intelektual dirangsang oleh kemampuan kognitif.

Prosedur pengajaran memperhalus struktur, isi pelajaran dan peringkat kebolehan kognitif. Contoh pendekatan induktif dalam bahasa melayuIsi pelajaran : Kata Nama

Proses:Guru menunjukkan beberapa contoh kata nama mengikut kategori seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda dan sebagainya.

Guru menanyakan soalan mengenai contoh haiwan, benda, nama orang dan sebagainya.

Guru memperkenalkan kata nama dan memberi penjelasan bahawa contoh yang diberi sebelum itu merupakan kata nama.

Guru memberi lembaran kerja tentang kata nama.

Pendekatan Deduktifproses menghuraikan pengajaran bermula daripada hipotesis atau andaian, kemudian diikuti dengan beberapa contoh yang khusus

GeneralisasiContoh-contohprinsip pendekatan deduktifPada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid dibimbing untuk mengingatkan semula generalisasi atau teori untuk membolehkan berlakunya penyelesaian masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

Generalisasi atau teori yang digunakan adalah untuk penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis diketahui serta difahami.

Proses penyelesaian masalah adalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada penggunaan satu generalisasi atau teori yang telah dipelajari.

Guru tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau penghuraian cara untuk membukti hipotesis tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehinggalah mereka mampu melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah secara bersendirian.Contoh Pendekatan deduktif dalam Bahasa MelayuIsi pelajaran : Ayat tunggalProses :Guru memperkenalkan tajuk pelajaran iaitu ayat tunggal.

Guru menceritakan ciri-ciri ayat tunggal.

Guru memberi contoh ayat dan meminta murid untuk membuktikan ayat tersebut sebagai ayat tunggal.

Guru meminta murid untuk memberi contoh ayat tunggal.Pendekatan integratifPendekatan integratif atau pendekatan terpadu merupakan pendekatan pembelajaran bahasa dengan cara berfikir menyeluruh, yang menghubungkan semua aspek keterampilan berbahasa sebagai kesatuan yang bermakna. Penyatuan pelbagai aspek ke dalam satu bidang yang difokus.

Pendekatan integratif terbahagi kepada dua .

Jenis PENDEKATAN INTEGRATIFIntergratif Internal ( Inter bidang kajian)

Beberapa aspek dalam satu bidang digabungkan .Misalnya, kemahiran mendengar disepadukan dengan kemahiran bertutur dan menulis. Ketiga tiga aspek ini disepadukan dalam bidang kemahiran bahasa.

Integratif Eksternal ( antarbidang kajian )

Merupakan pengintegrasian bahan dari beberapa bidang kajian.Perkaiatan antara bidang yang difokus keppada bidang yang lain. Contohnya murid diminta untuk menulis karangan yang berkaiatan dengan banjir. Secara tidak langsung bidang Sains juga berperanan dalam pembelajaran ini . Ciri Ciri Pendekatan integratif berpusat pada muridmemberikan pengalaman langsung pada murid,pemisahan antarbidang kajian tidak begitu jelas,membentangkan konsep dari pelbagai bidang kajian dalam satu proses pembelajaran,bersifat luwes, danhasil pembelajaran dapat berkembang sesuai dengan minat dan keperluan murid.

Dalam pembelajaran bahasa sistem pendekatan integratif berperanan penting dalam proses pembelajaran, dalam hal ini hubungan pendekatan integratif dengan bahasa iaitu saling menggabungkan, melalui pendekatan integratif ini, pembelajaran bahasa boleh digabungkan tanpa dipisah-pisahkan sehingga boleh kelihatan lebih menarik dalam proses pembelajaran, sehingga pelajar dan guru dapat lebih selesa dalam proses belajar dan mengajar.

Pembelajaran bahasa dalam bentuk struktur itu dipadukan sehingga kelihatan lebih menarik.Pelajar bahasa harus menguasai keempat kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, membaca, bercakap, dan menulis.Dalam pembelajaran bahasa, sekurang-kurangnya dua kemahiran dari empat kemahiran itu harus dipadukan dalam satu rancangan pdp.

Contoh pendekatan integratif dalam bahasa melayuIsi pelajaran :

Proses: 1) Guru akan menayangkan video kemalangan dan stastik kadar kemalangan . 2) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan . 3) Murid akan bincang tentang punca punca kemalangan dan langkah langkah yang perlu ambil untuk menangani masalah ini . 3) Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kumpulannya . 4) Murid akan menghasilkan karangan secara individu .