berakar dibangun dalam kristus -...

6
Perlantikan & Penugasan Rev James Yap sebagai Diaken penguasa di Gereja St Peter, Tenom. Rev Jeremiah Liew sebagai Paderi penguasa di Gereja St Matthew, Semporna. Rev Johnny Mailuhu sebagai Paderi penguasa di Gereja St Andrew, Tuaran. Rev Lim Chin Liang sebagai Paderi penguasa di Misi St Stephen, Silabukan. Rev Anderias Banabas sebagai Paderi penguasa di Misi St Philip, Segama. Rev Aaron Chang sebagai Paderi penguasa di Gereja Anglikan Logos, Putatan. Rev James Lee sebagai Paderi penguasa di The Risen Christ, Inanam & Church of Our Redeemer, Kolombong Rev Alwi Sanji dipindahkan ke Gereja Anglikan di Sipitang. Ps Jemmie Pitah dipindahkan ke Katedral All Saints, KK. Rev Daniel Losung dipindahkan ke Gereja Our Holy Saviour, Labuan. KOMITI PENYUNTING Penasihat The Rt Rev Datuk Albert Vun Penyunting Beatrice Goh Cynthia Kong Ps Philip Lo Ps Stella Lo Ps Susan Tan Ps Chong Fui Yun ANGLIKAN DIOSIS SABAH Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam penyembahan yang bersemangat, khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan diri untuk misi dan penginjilan yang efektif. Isu No 31 Januari 2010 Mesej Hari Kebangkitan Tuhan Yesus daripada Bisyop The Rt Rev Datuk Albert Vun Cheong Fui Pelayanan Kanak-kanak Penetapan Disember 2009 Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangkitan Tuhan Yesus kepada semua gereja di Diosis. Kiranya Tuhan memberikan kemenangan rohani di dalam iman kita apabila kita mengikuti Kristus yang bangkit. Karena kita tahu, bahwa Kris- tus, sesudah Ia bangkit dari antara orang mati, tidak mati lagi: maut tidak berkuasa lagi atas Dia. Sebab kematian-Nya adalah kematian terhadap dosa, satu kali dan untuk selama-lamanya, dan kehidupan- Nya adalah kehidupan bagi Allah. Demiki- anlah hendaknya kamu memandangnya: bahwa kamu telah mati bagi dosa, tetapi kamu hidup bagi Allah dalam Kristus Yesus. Roma 6:9-11 Alamat Surat-menyurat Jalan Lee Tet Phui 88000 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296 / 245846 / 264025 Fax: +6 0 88 261422 E-mel: [email protected] Laman web: www.anglicansabah.org Berakar & Dibangun Dalam Kristus 14 dari Gereja Christ the King of King, Nunukan ditetapkan pada 15 Disember. 40 dari Gereja Kristus Batu Penjuru, Tarakan ditetapkan pada 15 - 17 Disember. 37 dari Misi St Augustine, Merotai ditetapkan pada 18 Disember. Hari Kebangkitan Tuhan Yesus merupakan satu perayaan kemenangan Kristus ke atas dosa, kematian dan ketakutan. Disebabkan Yesus telah bangkit daripada kematian, ini menunjukkan Dia menggantikan kita di atas kayu salib dan diterima oleh Tuhan dan untuk semua mereka yang percaya. Dosa kita benar-benar sudah diampuni, kita dibenarkan dalam Kristus, dan sekarang kita mempunyai hidup yang baru di dalam-Nya. Di mana ada kemenangan, di situ ada sukacita yang besar dan pengharapan yang tidak goyah. Oleh itu, saya mendorong semua jemaah dan gereja untuk bersorak-sorai dengan sukacita dan berdiri teguh dalam pengharapan. Tuhan mengulangi dengan jelas bahawa ibu bapa diharapkan untuk menjadi guru utama bagi kebenaran rohani kepada anak-anak mereka. Cara mengajar bukan hanya di dalam kelas tetapi di dalam kehidupan harian. Kita harus ‘menekankan’ kepada anak-anak tentang cara yang dikehendaki Tuhan. Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak- anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. Ulangan 6:6-7. Inilah cara Tuhan yang ditunjukkan kepada umat-Nya supaya kesetiaan kepada Tuhan akan diwariskan kepada generasi seterusnya. Bukan hanya dalam keadaan yang tertentu sahaja ibu bapa menjadi guru utama kepada anak-anak mereka. Sudah ternyata cara Tuhan dalam- mewariskan hikmat seperti dalam kitab Amsal: Hai anakku, peliharalah perintah ayahmu, dan janganlah menyia- nyiakan ajaran ibumu. Amsal 6:20 Untuk menaati cara Tuhan, saya mendorong SEMUA gereja kita untuk membiarkan kanak-kanak menghadiri Kebaktian Ahad penuh dan bukan menjadi sebahagian daripadanya. Kemudian, selepas kebaktian masa boleh dibahagikan untuk mengajar kanak-kanak dalam sel kanak-kanak atau sekolah minggu. Mengadakan Sekolah Minggu serentak dengan masa Kebaktian Ahad bukanlah cara yang terbaik kerana ini memberi tanggapan bahawa Kebaktian Ahad hanya untuk orang dewasa sahaja. Sekiranya kita terus kekal dengan cara yang lama, kita akan berakhir dengan sebuah gereja yang ‘berusia’-tidak mampu untuk ‘menekankan’ penyembahan dan takut akan Tuhan kepada anak-anak kita. Kita harus membiarkan anak-anak melihat kita menyembah Tuhan. Kita boleh memimpin penyembahan dengan pelbagai cara yang kreatif dan sensitif kepada kanak-kanak dalam khutbah kita. Kita harus membiarkan mereka melihat bagaimana kita takut dan menghormati Tuhan. Langkah demi langkah, kita akan membuat peruba- han ini di semua gereja di Diosis kita. Saya meminta semua jemaah untuk taat kepada Tuhan dalam hal ini kerana ia adalah untuk kebaikan generasi pada masa akan datang. Tambahan pula, kajian yang dibuat oleh gereja-gereja menunjukkan kebanyakan orang Kristian di gereja kita pada hari ini memberikan komitmen mereka sebelum mencecah usia 13 tahun. Kebanyakan nilai keagamaan dan moral telah dibina sebelum umur 13. Hal ini bermakna kehidupan rohani di gereja kita pada masa akan datang ditentukan oleh pelayanan kanak-kanak di gereja pada hari ini. Satu kunci strategi untuk gereja kita ialah mesti melabur dan menguatkan pelayanan kanak-kanak. Saya akan mem- buat perancangan untuk melakukan hal ini dengan sepenuh hati.

Upload: trinhxuyen

Post on 01-Apr-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berakar Dibangun Dalam Kristus - anglicansabah.organglicansabah.org/Dbulletin/Dbulletin_BM_Jan10.pdf · P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296

Perlantikan & PenugasanRev James Yap sebagai Diaken penguasa di Gereja St Peter, Tenom.Rev Jeremiah Liew sebagai Paderi penguasa diGereja St Matthew, Semporna.Rev Johnny Mailuhu sebagai Paderi penguasa di Gereja St Andrew, Tuaran.Rev Lim Chin Liang sebagai Paderi penguasa di Misi St Stephen, Silabukan.Rev Anderias Banabas sebagai Paderi penguasa di Misi St Philip, Segama.Rev Aaron Chang sebagai Paderi penguasa di Gereja Anglikan Logos, Putatan.Rev James Lee sebagai Paderi penguasa di The Risen Christ, Inanam & Church of Our Redeemer, KolombongRev Alwi Sanji dipindahkan ke Gereja Anglikan di Sipitang.Ps Jemmie Pitah dipindahkan ke Katedral All Saints, KK.Rev Daniel Losung dipindahkan ke Gereja Our Holy Saviour,Labuan.

KOMITI PENYUNTING

PenasihatThe Rt Rev Datuk Albert Vun

PenyuntingBeatrice GohCynthia KongPs Philip LoPs Stella LoPs Susan TanPs Chong Fui Yun

ANGLIKAND I O S I S S A B A H

Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam penyembahan yang bersemangat, khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan diri untuk misi dan penginjilan yang efektif.

Isu No 31Januari 2010

Mesej Hari Kebangkitan Tuhan Yesus daripada BisyopThe Rt Rev Datuk Albert Vun Cheong Fui

Pelayanan Kanak-kanak

PenetapanDisember 2009

Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangkitan Tuhan Yesus kepada semua gereja di Diosis. Kiranya Tuhan memberikan kemenangan rohani di dalam iman kita apabila kita mengikuti Kristus yang bangkit. Karena kita tahu, bahwa Kris-tus, sesudah Ia bangkit dari antara orang mati, tidak mati lagi: maut tidak berkuasa lagi atas Dia. Sebab kematian-Nya adalah kematian terhadap dosa, satu kali dan untuk selama-lamanya, dan kehidupan-Nya adalah kehidupan bagi Allah. Demiki-anlah hendaknya kamu memandangnya: bahwa kamu telah mati bagi dosa, tetapi kamu hidup bagi Allah dalam Kristus Yesus. Roma 6:9-11

Alamat Surat-menyuratJalan Lee Tet Phui 88000 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

P O Box 10811, 88809 Kota KinabaluSabah, MalaysiaTalianTel: +6 0 88 249296 / 245846 / 264025 Fax: +6 0 88 261422E-mel: [email protected] web: www.anglicansabah.org

Berakar & Dibangun Dalam Kristus

14 dari Gereja Christ the King of King, Nunukan ditetapkan pada 15 Disember.

40 dari Gereja Kristus Batu Penjuru, Tarakan ditetapkan pada 15 - 17 Disember.

37 dari Misi St Augustine, Merotai ditetapkan pada 18 Disember.

Hari Kebangkitan Tuhan Yesus merupakan satu perayaan kemenangan Kristus ke atas dosa, kematian dan ketakutan. Disebabkan Yesus telah bangkit daripada kematian, ini menunjukkan Dia menggantikan kita di atas kayu salib dan diterima oleh Tuhan dan untuk semua mereka yang percaya. Dosa kita benar-benar sudah diampuni, kita dibenarkan dalam Kristus, dan sekarang kita mempunyai hidup yang baru di dalam-Nya. Di mana ada kemenangan, di situ ada sukacita yang besar dan pengharapan yang tidak goyah. Oleh itu, saya mendorong semua jemaah dan gereja untuk bersorak-sorai dengan sukacita dan berdiri teguh dalam pengharapan.

Tuhan mengulangi dengan jelas bahawa ibu bapa diharapkan untuk menjadi guru utama bagi kebenaran rohani kepada anak-anak mereka. Cara mengajar bukan hanya di dalam kelas tetapi di dalam kehidupan harian. Kita harus ‘menekankan’ kepada anak-anak tentang cara yang dikehendaki Tuhan. Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun. Ulangan 6:6-7. Inilah cara Tuhan yang ditunjukkan kepada umat-Nya supaya kesetiaan kepada Tuhan akan diwariskan kepada generasi seterusnya. Bukan hanya dalam keadaan yang tertentu sahaja ibu bapa menjadi guru utama kepada anak-anak mereka. Sudah ternyata cara Tuhan dalam-mewariskan hikmat seperti dalam kitab Amsal: Hai anakku, peliharalah perintah ayahmu, dan janganlah menyia-nyiakan ajaran ibumu. Amsal 6:20

Untuk menaati cara Tuhan, saya mendorong SEMUA gereja kita untuk membiarkan kanak-kanak menghadiri Kebaktian Ahad penuh dan bukan menjadi sebahagian daripadanya. Kemudian, selepas kebaktian masa boleh dibahagikan untuk mengajar kanak-kanak dalam sel kanak-kanak atau sekolah minggu. Mengadakan Sekolah Minggu serentak

dengan masa Kebaktian Ahad bukanlah cara yang terbaik kerana ini memberi tanggapan bahawa Kebaktian Ahad hanya untuk orang dewasa sahaja. Sekiranya kita terus kekal dengan cara yang lama, kita akan berakhir dengan sebuah gereja yang ‘berusia’-tidak mampu untuk ‘menekankan’ penyembahan dan takut akan Tuhan kepada anak-anak kita. Kita harus membiarkan anak-anak melihat kita menyembah Tuhan. Kita boleh memimpin penyembahan dengan pelbagai cara yang kreatif dan sensitif kepada kanak-kanak dalam khutbah kita. Kita harus membiarkan mereka melihat bagaimana kita takut dan menghormati Tuhan. Langkah demi langkah, kita akan membuat peruba-han ini di semua gereja di Diosis kita. Saya meminta semua jemaah untuk taat kepada Tuhan dalam hal ini kerana ia adalah untuk kebaikan generasi pada masa akan datang.

Tambahan pula, kajian yang dibuat oleh gereja-gereja menunjukkan kebanyakan orang Kristian di gereja kita pada hari ini memberikan komitmen mereka sebelum mencecah usia 13 tahun. Kebanyakan nilai keagamaan dan moral telah dibina sebelum umur 13. Hal ini bermakna kehidupan rohani di gereja kita pada masa akan datang ditentukan oleh pelayanan kanak-kanak di gereja pada hari ini. Satu kunci strategi untuk gereja kita ialah mesti melabur dan menguatkan pelayanan kanak-kanak. Saya akan mem-buat perancangan untuk melakukan hal ini dengan sepenuh hati.

Page 2: Berakar Dibangun Dalam Kristus - anglicansabah.organglicansabah.org/Dbulletin/Dbulletin_BM_Jan10.pdf · P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296

2 11

Akademi Iman Sunway- Akademi Baru Anglikan di 'Ladang Misi'- sebahagian daripada Sunway Faith Christian Centre

Bangunan berhadapan dengan FCC yang akan diubahsuai untuk kegunaan Akademi baru Anglikan, iaitu sebuah sekolah swasta di bawah FCC, untuk melayani komuniti tempa-tan dan menjadi sebahagian daripada kerja penjangkauan FCC di kawasan Sunway.

Pentahbisan Rasmi Sekolah Visi Anglikan (Bandar Sri Indah, Tawau)

19 orang pelajar yang tinggal di hostel sekolah dengan beberapa orang guru yang melayani sebagai warden. Ini ialah usaha sekolah untuk memastikan Pendidikan Untuk Semua (EFA-Education Fo All) sebagai komitmen kepada masyarakat.

Seperti mana-mana sekolah baru, kami perlu menampung kekurangan kos perbelanjaan. Defisit untuk tahun yang pertama ialah RM500,000. Kami juga perlu membina satu laluan dari blok-blok sekolah ke kantin dan tandas. Sistem bunyi dan kelengkapan yang lain belum dipasang di dewan sekolah yang baru. Kami juga menggalakkan anda untuk memberi dalam dana Biasiswa kerana kita memberikan komitmen untuk membantu pela-jar yang menghadapi masalah kewangan. Sokongan anda yang berterusan dan kukuh sangat diharapkan dan bernilai.

Apabila kami mengongsikan kepada anda, hati kami dipenuhi dengan ucapan syukur kepada Tuhan dan anda. Kami sedar ini ha- nyalah permulaan bagi satu perjalanan yang jauh; kami memerlukan anda untuk mengha-rungi perjalanan ini bersama-sama!

Pentahbisan rasmi Sekolah Visi Anglikan pada 10 Januari 2010 oleh Bisyop Datuk Albert merupakan hari yang penuh dengan kemuliaan dan sukar dilupai. Selain mendo-rong mereka yang telah menjalankan projek ini dengan iman, ia juga merupakan satu kesaksian tentang komitmen Gereja Anglikan kepada masyarakat.

Apabila persekolahan dimulakan pada Jun 2009, seramai 13 orang pelajar yang mendaf-tar masing-masing dalam sekolah rendah dan menengah. Pada Januari 2010, kami mempu-nyai seramai 147 orang dengan 105 orang pelajar sekolah menengah dan 42 orang di sekolah rendah. Buat masa ini, kami mempu-nyai seramai 18 orang guru untuk sekolah rendah dan menengah serta 6 orang staf. Kami juga menjangkakan terdapat beberapa orang guru lagi pada bulan-bulan yang akan datang.

Sekolah ini menyediakan biasiswa penuh dan sebahagian kepada 20 orang pelajar berdasarkan keputusan mereka yang cemer-lang. 8 daripada mereka datang dari gereja-gereja pedalaman kita. Kami juga mempunyai

10 Januari 2010

Perkembangan Pusat Retret Doa Kokol

Page 3: Berakar Dibangun Dalam Kristus - anglicansabah.organglicansabah.org/Dbulletin/Dbulletin_BM_Jan10.pdf · P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296

3

Gereja Baru Tenom di Pekan!

Christ the King - Rumah Paderi Baru

Lebih daripada 20 tahun, hanya mereka yang mempunyai kenderaan sendiri mampu untuk pergi ke gereja yang terletak di atas bukit terpencil jauh daripada pekan Tenom untuk berbakti dan melayani. Selepas banyak usaha dicurahkan dan doa, kami bersyukur kepada Tuhan kerana jemaah berjaya mencari sebuah premis yang sesuai untuk gereja ini. Kerja pengubahsuaian sedang dijalankan dan dijangka akan selesai pada akhir bulan Mei 2010. Kebaktian gereja ini akan bermula pada awal Jun 2010. Rev James Yap akan diutus sebagai paderi yang pertama dan menetap di Tenom. Beliau juga akan menjaga dua buah gereja luar bandar di Lagud dan Lalang. Mari-lah kita berdoa dan menyokong permulaan baru bagi Gereja St Peter di Tenom.

Kami bersyukur kepada Tuhan kerana baru-baru ini, Gereja Christ the King telah membeli sebuah rumah di Kingfisher Park sebagai tempat kediaman paderi di situ.

10

Konferensi bermula setiap hari di gereja dengan doa pagi dan Perjamuan Kudus untuk mempersiapkan hati setiap peserta. Bisyop Albert Vun memimpin 2 sesi retret yang mana beliau telah mencabar para peserta untuk melatih serta memperluaskan iman mereka.

Selepas retret, masa yang ada dalam konfe-rensi diluangkan dengan perbincangan tentang statistik, pengurusan gereja dan isu-isu pastoral. Salah satu daripada topik utama ialah cabaran dan harapan apabila Diosis memasuki musim yang baru. Bisyop menekankan cabaran yang dihadapi oleh paderi dan staf serta menekankan kepentin-gan untuk terus maju ke hadapan dengan visi, harapan dan keberanian.

Konferensi berakhir dengan cabaran Bisyop dalam penutupan yang mengingatkan setiap orang supaya tidak melupakan sandaran kepada pelayanan mereka ialah kasih. Paderi dan staf sangat terdorong untuk kembali ke gereja masing-masing untuk mengasihi Tuhan dan jemaah mereka.

Konferensi Paderi dan Pastor 2010 telah diadakan pada 11-13 Januari 2010 di Gereja St Patrick’s, Tawau di bawah pimpinan Biyop kita, The Rt Rev Datuk Albert Vun. Seramai 111 orang yang menghadiri konferensi ini termasuk paderi, diaken, pastor dan staf diosis. Konferensi tiga hari ini dipenuhi dengan pembentangan yang menarik, perbincangan dan resolusi untuk memperba-harui komitmen dalam pelayanan dan visi Diosis.

Konferensi Paderi dan Pastor11 - 13 Januari 2010

www.anglicansabah.org

Konferensi Kepimpinan Eagles 2010(5 - 7 Ogos)

Sila hubungi kaunter informasi di gereja anda untuk mendapatkan borang pendaftaran atau sila muat turun daripada:

Page 4: Berakar Dibangun Dalam Kristus - anglicansabah.organglicansabah.org/Dbulletin/Dbulletin_BM_Jan10.pdf · P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296

94

15 - 30 Januari 2010Kursus Intensif Pembelajaran Jarak Jauh Kolej MooreDiosis kita telah melaksanakan Kursus Intensif Pem-belajaran Jarak Jauh Kolej Moore untuk meningkatkan kualiti staf, membangkitkan para pelayan Tuhan dan melatih para gembala.

Hasil dorongan yang kuat daripada para paderi, terda-pat seramai 54 orang pelajar yang mendaftar dalam kursus ini. Seramai 11 orang yang mengambil kursus Bahasa Inggeris, 4 orang di bahagian Cina dan 39 orang di bahagian Bahasa Malaysia. Daripada 54 orang pelajar ini, ramai di antara mereka yang sudah menjadi pelayan sepenuh masa di gereja. Selain itu, terdapat juga beberapa orang pemimpin awam yang mengikuti kursus ini untuk memperlengkapi diri mereka.

Kursus ini memerlukan pelajar menghabiskan lapan belas subjek dalam masa tiga tahun, untuk memper-oleh sijil teologi. Oleh itu, secara puratanya pelajar perlu mengambil sebanyak 6 subjek dalam setahun. Dua subjek dipelajari dalam permulaan kursus pada kali ini. Bahagian Inggeris dan Cina: Pengenalan Alkitab dan Perjanjian Baru, manakala Bahasa Malay-sia hanya menawarkan subjek Pengenalan Alkitab sahaja. Pengenalan Alkitab menfokuskan kepada penyelamatan Tuhan, penghakiman dan kasih karunia daripada keseluruhan Alkitab. Para pengajar dalam kursus ini ialah: Bahasa Inggeris - Rev Yong Thiam Choy, Rev Tan Chor Kee; Bahasa Cina: Ps Lydia

Chang, Ps Grace Thien; Bahasa Malaysia-Ps Chong Fui Yun.

Masa kursus ini dijalankan ialah selama seminggu. Oleh itu, para pelajar perlu tinggal sepenuh masa di Wisma Anglikan. Masa kuliah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Ulangkaji dijalankan pada waktu malam. Para pelajar mengikuti kuliah secara intensif selama 5 hari, satu hari untuk ulangkaji, kemudian peperiksaan dijalankan pada hari ketujuh. Soalan peperiksaan dan pemeriksaan dikendalikan oleh Kolej Moore sepenuhnya.

Walaupun kursus ini baru sahaja dijalankan, tetapi pastinya kedua-dua subjek yang dijalankan ini dapat membawa impak yang positif kepada pelajar dan pengajar dalam pelayanan gereja. Melalui pembela-jaran dua hala di antara pelajar dan guru, tanpa disedari pelajar digerakkan untuk bertanya dan mempunyai minat untuk mengkaji dengan lebih dalam lagi. Diosis yakin bahawa kursus ini pasti akan membawa manfaat kepada perkembangan gereja pada masa akan datang.

Bermula bulan Mac, Diosis akan memulakan semes-ter kedua dengan pendaftaran untuk bulan Ogos. Subjek yang ditawarkan ialah Perjanjian Lama 1 dan Buku Sembahyang.

Pentahbisan Gereja St Andrew, Membakut14 Mac 2010

Tanah Baru Sipitang

Puji Tuhan, Khemah Vokesyen Diosis 2010 untuk pelajar lepasan sekolah bahagian BM telah diadakan dengan jayanya dari 25-29 Jan 2010 di Pusat Latihan Lembah Berkat di Telupid. Seramai 82 orang dari seluruh Diosis menghadiri khemah ini. Ramai di antara mereka yang sedang menunggu keputusan SPM/STPM tetapi juga termasuk mereka yang sudah bekerja dan meletakkan jawatan untuk mengikuti

khemah ini. Seramai 10 orang daripada mereka menawarkan diri untuk pelayanan pendedahan jangka pendek. Mereka telah ditemuramah dan diutus (ramai ke gereja-gereja pedalaman) oleh Bisyop Melter pada lewat petang khemah tersebut. Mereka akan kembali ke Lembah Berkat pada 1 April 2010 untuk penilaian seterusnya. Mereka yang lain diutus untuk melayani di gereja masing-masing.

Khemah Vokesyen Muda-mudi (BM - Telupid)25 - 29 Januari 2010

Sebuah gereja baru, St Andrew’s Membakut telah ditahbiskan oleh Bisyop Albert Vun pada 14 Mac 2010. Seramai 115 orang yang menghadiri Kebaktian Pentahbisan dan Perjamuan Kudus, kemudiannya disusuli dengan makan tengah hari.

Page 5: Berakar Dibangun Dalam Kristus - anglicansabah.organglicansabah.org/Dbulletin/Dbulletin_BM_Jan10.pdf · P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296

8

Kebaktian Pentahbisan 7 Mac 2010

Khemah Vokesyen Muda-mudi(Cina & Inggeris)

oleh pengkhutbah yang berlainan termasuk Bisyop yang menyampaikan satu mesej yang bertenaga semasa sesi pembukaan dan penutupan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Paderi dan Pastor penguasa dalam menggerakkan muda-mudi dari pelbagai gereja termasuk yang datang dari jauh- FCC, KL!

Marilah kita berdoa secara terus-menerus seperti yang diajar oleh Yesus Kristus dalam Matius 9:37-38: "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Karena itu mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu."

25 - 28 Januari 2010

Sinod Provinsi Singapura2 - 4 Februari 2010 Latihan Pastoral Diosis Modul 1

8 - 11 Mac 2010

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana terdapat seramai 32 orang peserta yang mengikuti khemah ini! 6 daripada mereka memberikan respons untuk melayani sepenuh masa di gereja masing-masing! Manakala ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk melayani sepenuh masa selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi. Kum-pulan yang terakhir mengambil keputusan untuk melayani Tuhan melalui profesion mereka masing-masing.

Mereka sangat terdorong dan diperkayakan dengan pelbagai topik yang disampaikan

Barisan ketiga dari kiri: Samuel Chong, Tai Cheh Sheng, Yansen Agustinus, Benedict, Mitchell Chong, Christdee, Samson Jethrow, Jeremy Ng, Julian, Terry Kong, Samuel Loh, Clement Chong, Paul Tan, Raymond Koo. Barisan kedua dari kiri: Elaine, Yvonne, Michelle, Rebecca, Zerwion, Sapphire, Shen Ling, Jaclyn, Liew Mei Ying, Winnie Chong, Rosmee Aming, Sharey Kong, Chynthia Lo, Victoria, Ida Nyap, Connie Tai. Barisan pertama dari kiri: Cynthia Kong, Rev James Yap, Rev James Lee, Bishop Datuk Albert Vun, Archdeacon John Yeo, Rev Timothy Sng, Ps Fong Soo Jean, Rev Eric Ling.

5

Lebih kurang seramai 90 orang paderi dan pastor dari seluruh Sabah berkumpul bersama di Katedral All Saints dari 8-10 Mac 2010, untuk Latihan Pastoral Diosis Modul 1. Tujuan latihan ini khusus untuk melatih dan memperlengkapi para pastor untuk pelayanan yang efektif. Ia membimbing dan menyediakan bahan-bahan bagi para pastor bagi pelayanan yang berkuasa dan praktikal, yang akan membawa manfaat kepada gereja dan jemaah mereka.

Dalam ucapan pembukaan Bisyop Albert Vun, beliau mengingatkan semua pelayan Tuhan harus memberikan fokus kepada Diosis dan berusaha untuk mencapai apa yang Tuhan telah panggil untuk kita lakukan.

Sebagai respons kepada cabaran yang diberi-kan, ramai pastor yang meneguhkan dan memperbaharui semula pelayanan mereka sebagai paderi, diaken dan pastor Diosis.

Semasa latihan, kami digesa untuk menerus-kan usaha dalam mempromosikan pelayanan Sel dan Alpha sebagai alat yang efektif bagi pertumbuhan gereja. Bahagian yang lebih melucukan dan menghiburkan ialah demon-strasi perkahwinan dan pertemuan sel. Demonstrasi perkahwinan melucukan apabila seorang pengantin lelaki dan perempuan muncul dan suara ketawa memeriahkan keadaan. Semua orang menikmati masa keakraban dan hubungan persahabatan yang terjalin.

Seramai 13 orang paderi (7 diaken dan 6 paderi) yang telah ditahbis pada 3 Mac 2010. Bisyop berkhutbah tentang Yehezkiel 37:1-14, mencabar paderi dan jemaah gereja untuk membina satu pasukan tentera yang kuat untuk Tuhan. Kebaktian ini dihadiri lebih daripada 900 orang dan diakhiri dengan makan malam.

Page 6: Berakar Dibangun Dalam Kristus - anglicansabah.organglicansabah.org/Dbulletin/Dbulletin_BM_Jan10.pdf · P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Talian Tel: +6 0 88 249296

7

6

Kebaktian Ahad yang pertama bagi Pusat Penjangkauan Anglikan Rangsit telah diada-kan pada 28 Februari 2010. Perjamuan Kudus dipimpin oleh Rev Yee Ching Wah, Dean Thailand. Seramai 31 orang yang hadir dalam kebaktian ini termasuk lima orang peserta kumpulan misi dari Diosis Sabah, mereka yang percaya kepada Tuhan dan pembantu Alpha serta jemaah dari Christ Church Bangkok iaitu mereka yang turut membantu dalam membina gereja ini.

Misi Jangka Pendek Diosis - Rangsit, Bangkok 25 Februari - 3 Mac 2010

The Right Reverend Datuk Albert Vun berkhut-bah tentang Mazmur 126. Kita diperingatkan tentang gereja di Filipi yang bermula di rumah Lidia. Kita akan bermula dengan kecil tetapi kita merancang untuk menjadi besar. Kita memerlukan iman bahawa apabila kita mena-bur, kita juga akan menuai. Kedua, kita memerlukan keberanian untuk menabur. Tanah mungkin sangat sukar dan dengan demikian kita akan menuai dengan air mata. Kita digesa menjadi seperti Yosua yang kuat dan berani, dan Tuhan akan memulihkan keadaan kita seperti batang air di Negeb.

13 - 19 Mei15 - 21 Julai

9 - 14 September11 -17 November

Misi jangka pendek ke Rangsit

JANGAN TERLEPAS!

www.anglicansabah.org

Latihan Penginjilan Effective (21 - 25 Jun)Latihan Penginjilan Release (20 Mei)

Mazmur 126:5-6 menjanjikan bahawa orang-orang yang menabur dengan mencu-curkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai. Orang yang berjalan maju dengan menangis sambil menabur benih, pasti pulang dengan sorak-sorai sambil membawa berkas-berkasnya. Akhir sekali, Tuhan akan memberikan kita kuasa untuk melakukan pekerjaan Tuhan. Kita memperoleh kekuatan melalui doa. Kita percaya kepada kuasa Roh Kudus yang akan membawa orang kepada Kristus.

Tujuan utama kumpulan misi ialah melayani dalam Minggu Roh Kudus dan membantu pelayanan. Melalui doa, kumpulan ini mampu melayani dengan berkuasa pada minggu Roh Kudus. Kita menyaksikan pelayanan Roh Kudus dalam penyembuhan dan ramai yang memperoleh keyakinan untuk menjangkau rakan dan saudara-mara mereka. Dalam lawa-tan yang seterusnya, 3 orang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat. Kumpulan misi ini mengakhiri lawatan melalui doa sepan-jang malam sehinggalah masa untuk berlepas ke lapangan terbang pada pukul 4 pagi.

Kita sedang mengatur paderi dari Diosis Sabah untuk melawat Pusat Penjangkauan Anglikan Rangsit setiap bulan untuk membantu pelayanan. Kumpulan misi akan dihantar dengan kerap ke Pusat Penjangkauan Anglikan Rangsit untuk menyokong pelayanan. Kami memerlukan penginjil, guru, paderi dan nabi tetapi kita juga memerlukan guru bahasa, penyanyi, pemuzik, juru teknik, juru elektrik, juru paip, juru masak, pembersih dan pembantu awam. Kita boleh terlibat dalam pekerjaan misi yang sangat dekat dengan hati Bapa di Syurga. Tarikh untuk misi jangka pendek diberikan. Beritahu paderi atau pastor penguasa sekiranya anda berminat untuk menyertai kumpulan atau menghubungi nama yang berikut:

Ps. Philip Lo (Pengarah Misi)

Sila hubungi kaunter informasi di gereja anda untuk mendapatkan borang pendaftaran atau sila muat turun daripada: