benarkah saidina umar membunuh anak perempuannya?

18
Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak www.darulkautsar.net Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya? Halaman Utama m/s. 1

Upload: abu-muhammad

Post on 30-Jul-2015

60 views

Category:

Spiritual


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya?

Halaman Utama m/s. 1

Page 2: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

Halaman Utama

1. PENGENALAN UMUM 1

2. Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya? 3

3. CADANGAN BACAAN LANJUT 11-12

Halaman Utama m/s. 2

Page 3: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

Benarkah Sayyidina Umar Pernah Membunuh Anak Perempuannya?https://www.youtube.com/watch?v=batvbKl6Ttw

Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Mohd Asri Yusoff

  Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan

kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan

menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali

Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang

disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di

ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu

kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita

yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

 

Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi

mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib

Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.

 

Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan

penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil

dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di

zaman jahiliah.

 

Apa peliknya andaikata semasa jahiliah itu Sayyidina Umar r.a telah melakukan demikian! Selain itu

bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam? Dengan kemampuannya yang luar biasa dalam

mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Umar r.a itu pun

setelah memeluk Islam menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat

Islam kemudian.

 

Bagi penulis tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana ini

telah pun terbukti melalui sekian banyak riwayat-riwayat yang sahih. Tetapi bagaimana dengan

Halaman Utama m/s. 3

Page 4: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau

ia hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?

 

Alangkah berguna kepada para pembaca sekalian sekiranya penulis buku-buku dan artikel-artikel

tersebut mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan

kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

 

Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah

yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita

umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah-

kisah sahabat padahal Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda yang bermaksud;

 

“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.”

(Hadits Riwayat Muslim)

 

Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah

hidup sahabat Rasulullah s.a.w. juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya,

pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati

apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda

(s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.

 

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada

kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan

di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ...

 

“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la

menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang

manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar,

tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di

telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang

tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...”

 

Halaman Utama m/s. 4

Page 5: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan

kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’ Islam dalam menilai sesuatu cerita.

 

Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

 

1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang

pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan

Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.

 

2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah

Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu.

(Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms.

24).

 

Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim

yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak

perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin

dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada

dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan

itu.

 

Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah,

datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.

 

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara

mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-

Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak

terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain

malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan

saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada

ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak

perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka

Halaman Utama m/s. 5

Page 6: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu

biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)

 

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan

sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada

anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri.

Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak

perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan 

terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri!

 

3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah s.a.w. berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Di

antara ucapan Baginda s.a.w. ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.”  Hindun

dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang

membunuhnya.”

 

Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan

terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji

ini.

 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy

tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda s.a.w. yang

bermaksud;

 

“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-

anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih

Muslim, jilid 16 ms. 81)

 

Apa ertinya pujian Nabi s.a.w. mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya

mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi

s.a.w. diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak

Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul

Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

 

Halaman Utama m/s. 6

Page 7: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi

kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada

Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung

ialah Sayyidatina Hafsah.

 

Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a

dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu?

 

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam

Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya

serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan

mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

 

i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di

antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi

s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah

dan Abdul Rahman.

 

ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama

‘lyadh.

 

iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah.  Dengannya beliau mendapat seorang anak

lelaki bernama ‘Aasim.

 

v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan

bernama Fatimah.

 

v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama

Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.

 

vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama

Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.

 

Halaman Utama m/s. 7

Page 8: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a

telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan

dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-

Ashghar.

 

Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

 

Lelaki:

 

1. Abdullah

 

2. Abdul Rahman al-Akbar

 

3. Abdul Rahman al-Ausath

 

4. Abdul Rahman al-Ashghar

 

5. Zaid al-Akbar

 

6. Zaid al-Ashghar

 

7. Ubaidullah

 

8. ‘Aasim

 

9. ‘lyadh

 

Perempuan:

 

1. Hafsah

 

2. Ruqayyah

Halaman Utama m/s. 8

Page 9: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

 

3. Fatimah

 

4. Zainab

 

Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang

anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah

anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin.

 

Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu

anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan

apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak

perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin?

 

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui

jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun?

 

Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang

dikemukakan oleh Imam Daarimi di dalam Sunannya, atau mungkin ia pura-pura terkeliru.

 

Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata,

“Wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang jahiliah. Kami menyembah berhala dan membunuh

anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan. Bila saya memanggilnya dia berlari-

lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya. Dia terus mengekori

saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga. Saya memegang tangannya dan menolaknya

masuk ke dalam telaga. Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulutnya ialah, “Ayah!”.”

 

Mendengar ceritanya itu Nabi s.a.w. menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi

s.a.w. berkata kepada orang itu, “Kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah s.a.w.” Nabi

bersabda, “Orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih penting dari itu.” Seraya Baginda s.a.w

berkata kepada orang itu, “Ceritakan sekali lagi kisah itu.” Orang itu pun mengulangi lagi sekali

kisah tersebut menyebabkan Rasulullah (s.a.w) menangis sehingga basah janggutnya.

 

Halaman Utama m/s. 9

Page 10: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, “Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman

jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang

mulakanlah amalan-amalan yang lain.” (Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3)

 

Ini adalah satu kisah dari seorang yang tidak diketahui siapa orangnya dan apa namanya. Mungkin

orang-orang yang mempunyai maksud jahat telah mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a

padahal cerita ini pun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak dapat disabitkan

kerana Wadhin adalah merupakan perawi teratas (yang pertama meriwayatkannya), lahir pada

tahun 80 H dan wafat pada 149 H, sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain di atasnya.

Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!

 

Dalam istilah ilmu hadits, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi di

atasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh

ulama’ rijal hadits tentangnya. Imam Bukhari, Muslim dan Nasa’i tidak mahu menerima riwayatnya.

Ibnu Saad berkata, “Dia seorang yang dhaif.” Abu Hatim berkata, “Setengah-setengah riwayatnya

baik tetapi sesetengah yang lain sangatlah buruk.” Jauzajani berkata, “Riwayat-riwayatnya adalah

lemah.” (Mizan al-I’tidal, jilid 4, ms. 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “Ingatannya sangat

teruk di samping tertuduh berfahaman Qadariyah.” (Taqribu at-Tahzib jilid 2 ms. 331)

 

Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan pula tidak disebutkan

dengan jelas namanya, kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan

Sayyidina Umar r.a? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak berani dilakukan dengan sengaja,

kecuali oleh musuh-musuh Islam.

Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=175

Halaman Utama m/s. 10

Page 11: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

CADANGAN BACAAN LANJUT :

Pemurnian Sejarah Zaman Rasulullah

1. Adakah Nabi Muhammad s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan menulis

2. Bilakah Sayyidina Hassan Dilahirkan?

3. Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah

4. Kisah Isra Miraj Dari Rumah Ummu Hani’

5. Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi s.a.w.

6. Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah Berlaku Pada Siang Hari

7. Peristiwa Muakhat (Ikatan Persaudaraan Di antara Muhajirin dan Ansar)

8. Usia Sebenar Khadijah r.a. Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah

9. Anak Cucu Nabi s.a.w. Yang Dilupa dan Dipinggirkan

10. Umur Aisyah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah

11. Isu Yang Berlegar Di Sekitar Perkahwinan Zainab Binti Jahsy Dan Penjelasan Mengenainya

Pemurnian Sejarah Zaman Sahabat

1. Bukan ‘Aishah Pencetus Fitnah Perang Jamal

2. Hubungan Mesra Antara Mu’awiyah Dengan Ahlul Bait

3. Isu Kontroversi Marwan Bin Al-Hakam

4. Kepalsuan Cerita ‘Aisyah Disalak Anjing Hau’ab

5. Motif Tabbara Disebalik Hukuman Hudud Ke Atas Anak Khalifah Umar r.a.

6. Peristiwa Kewafatan Rasulullah Dan Keadaan Sahabat Di Saqidah Bani Sa’idah

7. Peristiwa Tahkim

8. Sandiwara Syiah Disebalik Perebutan Urainab Binti Ishaq Di Antara Sayyidina Husain Dan Yazid

9. Sayyidina Hassan Jaguh Seks ?

10. Sayyidina Mu’awiyyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya

11. Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala

12. Tsalabah Ahli Badar Yang Teraniaya

13. Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

14. Kisah Sebenar Di Sebalik Cerita Sayyidatian Fatimah Dan Tuntutan Tanah Fada’

15. Jawapan Kepada Tohmahan Dan Pencemaran Terhadap Peribadi Sayyidina Hassan r.a

Halaman Utama m/s. 11

Page 12: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

CADANGAN BACAAN LANJUT :

Pemurnian Sejarah Zaman Khilafah

1. Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat

Israiliyyat

1. Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi

2. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertawasul

3. Israiliyyat : Pengenalan Dan Kaedah Pengecaman

4. Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Umum

1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

2. Komentar Buku-Buku ‘Sejarah’ Islam

3. Sepintas Lalu Tentang Ibnu Ishaq : Perosak Sejarah Awal Islam

Pelbagai

Aqidah - Penyelewengan Aqidah - Isu, Masalah Dan Cara Penyelesaiannya

- Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad

- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara

Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini

- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`

Syariat - Bid’ah oleh Prof Dr Yusuf Qardhawy

- Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)

Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama

Halaman Utama m/s. 12

Page 13: Benarkah Saidina Umar Membunuh Anak Perempuannya?

Benarkah Sayyidina Umar Pernah membunuh Anak Perempuannya ? www.darulkautsar.net

- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat

Halaman Utama m/s. 13