bekalan kuasa komputer

9
BEKALAN KUASA KOMPUTER (POWER SUPPLY UNIT) Unit bekalan kuasa komputer (PSU) atau Unit Bekalan Kuasa Bermodul (MPS) biasa direka untuk menukarkan bekalan kuasa arus ulang alik 100-120 V (Amerika Utara dan Jepun) atau 220-240 V (Eropah, Asia, dan Australia) dari bekalan sesalur menjadi kuasa arus terus voltan rendah yang boleh digunakan untuk komponen- komponen di dalam komputer. Kebanyakan unit bekalan kuasa komputer dibina bagi mematuhi faktor bentuk ATX. Spesifikasi terkini bagi piwaian ATX standard adalah versi 2.2, dikeluarkan pada 2004. Ini membolehkan bekalan kuasa berlainan ditukar dengan komponen lain dalam komputer. Bekalan kuasa ATX juga direka bagi dihidupkan dan dimatikan dengan menggunakan isyarat dari papan induk (wayar PS-ON, yang boleh dilencong ke tanah bagi menghidupkan PSU dari luar komputer), dan memberikan sokongan bagi fungsi moden seperti mod bersedia yang terdapat pada kebanyakan komputer. Penilaian kuasa Bekalan kuasa komputer dinilai mengikut kuasa keluaran maksimum. Julat kuasa biasa adalah dari 300 W hingga 500 W (kurang dari 300 W untuk sistem faktor bentuk kecil (small form factor). Bekalan kuasa yang digunakan pemain dan penggemar pula boleh mencapai dari 500 W hingga 1000 W, dengan unit tertinggi sehingga 2 kW untuk pelayan dan komputer prestasi ekstrem dengan pemproses berganda, beberapa cakera keras dan kad grafik berbilang (ATI CrossFire atau NVIDIA SLI).

Upload: en-fauzi

Post on 10-Feb-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TMK

TRANSCRIPT

Page 1: BEKALAN KUASA KOMPUTER

BEKALAN KUASA KOMPUTER (POWER SUPPLY UNIT)

Unit bekalan kuasa komputer (PSU) atau Unit Bekalan Kuasa Bermodul (MPS) biasa direka untuk menukarkan bekalan kuasa arus ulang alik 100-120 V (Amerika Utara dan Jepun) atau 220-240 V (Eropah, Asia, dan Australia) dari bekalan sesalur menjadi kuasa arus terus voltan rendah yang boleh digunakan untuk komponen-komponen di dalam komputer. Kebanyakan unit bekalan kuasa komputer dibina bagi mematuhi faktor bentuk ATX. Spesifikasi terkini bagi piwaian ATX standard adalah versi 2.2, dikeluarkan pada 2004. Ini membolehkan bekalan kuasa berlainan ditukar dengan komponen lain dalam komputer. Bekalan kuasa ATX juga direka bagi dihidupkan dan dimatikan dengan menggunakan isyarat dari papan induk (wayar PS-ON, yang boleh dilencong ke tanah bagi menghidupkan PSU dari luar komputer), dan memberikan sokongan bagi fungsi moden seperti mod bersedia yang terdapat pada kebanyakan komputer.

Penilaian kuasaBekalan kuasa komputer dinilai mengikut kuasa keluaran maksimum. Julat kuasa biasa adalah dari 300 W hingga 500 W (kurang dari 300 W untuk sistem faktor bentuk kecil (small form factor). Bekalan kuasa yang digunakan pemain dan penggemar pula boleh mencapai dari 500 W hingga 1000 W, dengan unit tertinggi sehingga 2 kW untuk pelayan dan komputer prestasi ekstrem dengan pemproses berganda, beberapa cakera keras dan kad grafik berbilang (ATI CrossFire atau NVIDIA SLI).

Page 2: BEKALAN KUASA KOMPUTER

KAD VIDEO (GRAPHIC CARD)

Kad video ataupun dirujuk sebagai kad pemecutan grafik, adapter paparan, kad grafik, dan bermacam-macam istilah lain, ialah sejenis barang yang digunakan di dalam perkakasan komputer peribadi yang berfungsi sebagai penjana dan mengeluarkan imej-imej paparan komputer. Kad video mempunyai fungsi yang serupa dengan prinsip-prinsip kad bunyi dan alatan persisian yang lain.Istilah kad video ini dicipta untuk memisahkan diantara kad yang boleh disambung ke dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan papan ibu (motherboard) . Cip pengawal grafik graphic controller diatas kad video tersebut dipanggil Unit pemprosesan grafik, yang merupakan komponen utama didalam kad ini.Kad video dihasilkan dengan menggabungkan BIOS (Basic Input/Output System), RAMDAC Random Access Memory Digital-to-Analog Converter, cip RAM dan Unit Pemprosesan Grafik (GPU).

Page 3: BEKALAN KUASA KOMPUTER

CAKERA KERAS (HARD DISK)

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita.Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.Mekanik Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.Secara fizikal, cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan diantara piring-piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu angker (armature) umum. Angker itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

BIOS (BASIC INPUT/OUTPUT SYSTEM)

Page 4: BEKALAN KUASA KOMPUTER

BIOS, dalam pengkomputan, merupakan singkatan kepada Basic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau Basic Integrated Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS merujuk kepada kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin supaya aturcara perisian lain yang disimpan di dalam pelbagai bahantara (seperti cakera keras, cakera liut dan CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai but (booting up). BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan ke dalam suatu cip yang mengenali dan mengawal papan ibu serta pelbagai peranti komputer. Istilah BIOS adalah khusus untuk komputer peribadi. Untuk jenis komputer lain, istilah generik boot monitor, boot loader atau boot ROM biasa digunakan. Walaupun nama BIOS itu adalah akronim, ia boleh menjadi permainan kata Greek βιος (bios), yang bermaksud kehidupan. Istilah ini pertama kali muncul dalam sistem pengendalian CP/M, memerikan bahagian CP/M yang dimuat ketika masa but yang mengantara muka terus dengan perkakasan (mesin CP/M biasanya hanya mempunyai pemuat but mudah dalam ROM). Kebanyakan versi DOS mempunyai fail bernama "IBMBIO.COM" atau "IO.SYS" yang seakan-akan BIOS cakera CP/M.

INGATAN CAPAIAN RAWAK (RAM)

Page 5: BEKALAN KUASA KOMPUTER

Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul.  Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk. Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan beberapa modul ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan).

Kegunaan RAMKegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas.

PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)

Page 6: BEKALAN KUASA KOMPUTER

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer. Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Page 7: BEKALAN KUASA KOMPUTER

CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data

Page 8: BEKALAN KUASA KOMPUTER

KAD BUNYI (SOUND CARD)

Kad bunyi adalah kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.Kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis fon telinga) di mana kabel penyambung kepada amplifier atau destinasi seumpamanya boleh dicucuk masuk.Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam pita atau sumber bunyi seumpamanya boleh disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras) pada cakera keras komputer.