beberapa pertua hidup

14
BEBERAPA PETUA HIDUP NAMA : Ajrun Nu’man Muhammad Fitri Muhammad Danish Fathullah NAMA KUMPULAN: Shamie Fans

Upload: iza6190

Post on 08-Jul-2016

285 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

CUBA

TRANSCRIPT

Page 1: BEBERAPA PERTUA HIDUP

BEBERAPA PETUA HIDUP

NAMA : Ajrun Nu’man Muhammad Fitri

Muhammad Danish Fathullah

NAMA KUMPULAN: Shamie Fans

Page 2: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Maksud GurindamRangkap 1 : Peringatan kepada pembaca sekiranya

kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu , pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.

Rangkap 2 : Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah fahamdan sengketa sesama manusia

Rangkap 3 : Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan hidup masyarakat

Rangkap 4 : Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar

Page 3: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Rangkap 5 : Seseorang yang hidup bermusuh akan sentiasa hidup bermasalah.

Rangkap 6 : Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara begitu berlaku perlulah diterima dengan tabah .

Rangkap 7 : Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang sesuai untuk diamalkan .

Rangkap 8 : Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut ilmu.

Page 4: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Rangkap 9 : Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya mengandungi berbagai-bagai karenah dan sifat manusia.

Rangkap 10: Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang didampinginya .

Rangkap 11: Lazimnya , seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.

Rangkap 12: Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjugi tinggi.

Page 5: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Rangkap 13: Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat menawan hati orang di sekelilinginya .

Rangkap 14: Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan dan pertolongan.

Rangkap 15: Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.

Rangkap 16: Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum menolong sesama manusia.

Page 6: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Rangkap 17: Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.

Rangkap 18: Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan pasti melaknati orang yang berbuat demikian.

Page 7: BEBERAPA PERTUA HIDUP

TEMA Gurindam “Beberapa Petua Hidup”

bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Page 8: BEBERAPA PERTUA HIDUP

PERSOALANKesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai

murniRasional dalam membuat sebarang tindakan.Ketekunan dalam menuntut ilmu.Kerjasama dan budaya tolong-menolong

sesama manusia.Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-

tanduk manusia.

Page 9: BEBERAPA PERTUA HIDUP

BENTUK GURINDAMGurindam “Beberapa Petua Hidup”ialah puisi

terikat/tidak bebasGurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah

sama,iaitu dua baris serangkap.Baris pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.

Bilangan kata dalam setiap hampir sama,iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris

Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata.

Rima akhir gurindam ialah aa

Page 10: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam

gurindam “Beberapa Petua Hidup”termasuklah:a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas b) Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknatc) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir,

kurang siasat,d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng

berkaite) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upasf) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman

pergaulang) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

Page 11: BEBERAPA PERTUA HIDUP

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan dalam gurindam “Beberapa Petua Hidup”termasuklah:

a) asonansi. Contohnyai. Perulangan bunyi vokal a:

Perkataan tajam jika dilepaskanDalam contoh ini, terdapat perulangan

huruf vokal a sebanyak tujuh kali. b) aliterasi, Contohnya

i. Perulangan bunyi konsonan S: Supaya terelak silang sengketa Dalam contoh ini, terdapat

perulangan huruf konsonan S sebanyak dua kali

Page 12: BEBERAPA PERTUA HIDUP

NILAINilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu

bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.

Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.

Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.

Page 13: BEBERAPA PERTUA HIDUP

Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia

Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan mendorong rakannya ke arah kebaikan.

Page 14: BEBERAPA PERTUA HIDUP

PENGAJARANKita hendaklah berfikir secara rasional dan

mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.

Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.

Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu diri sendiri berada dalam kesusahan.