beberapa kelemahan jawapan perdagangan kertas 2

Upload: mohd-kahirul

Post on 30-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Beberapa Kelemahan Jawapan Perdagangan Kertas 2

    1/2

    BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPAN PERDAGANGAN KERTAS 2

    1. Gagal memahami kehendak soalan, terutama soalan-soalan yang berbentuk kemahiran

    berfikir secara kreatif dan kritis. Kehendak soalan tidak jelas di mana pelajar diminta

    untuk mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau ransangan yang diberikan.

    Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak terlebih dahulu supaya tidak tersalah

    tafsir dan terpesong. Hanya dengan kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut

    membolehkan calon menjawab soalan tersebut.

    2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang

    ditetapkan. Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15 markah diperuntukkan untuk satu

    soalan. Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada

    sepatutnya. Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk markah

    yang kecil .Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi bagi markah yang

    diperuntukkan.(Misalnya;8m=4isi x 2m atau 16m=4isi x 4m)

    3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah. Misalnya, pelajar

    menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan ringkas bagi

    jawapan panjang.

    4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain. Ramai pelajar

    tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Padahal pelajar tahu

    kedua-dua konsep tersebut Contoh. SPM1999- Terangkan bagaimana keperluan dan

    kehendak mewujudkan aktiviti perdagangan.

    5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu. Ini menyebabkan fakta diulang-ulang

    beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan. Oleh itu Calon perlu membaut

    rangka jawapan dalam tempoh 3 -5 minti supaya jawapan tersusun dan tidak berulang-

    ulang atau terlupa untuk dihuraikan.

    6. Jawapan yang tidak teratur,tidak tersusun,tidak jelas dan tulisan sukar dibaca. Terdapat

  • 8/14/2019 Beberapa Kelemahan Jawapan Perdagangan Kertas 2

    2/2

    jawapan di'rojak'kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang, dan sukar

    difahami.