beban tugas guru

13
1.0 PENGENALAN Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas. Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion- profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan. Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang mereka anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid. Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan yang buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka mata bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi mengelakkan diri daripada menganggur.

Upload: izzat-shukor

Post on 11-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugas guru

TRANSCRIPT

Page 1: Beban Tugas Guru

1.0       PENGENALAN

            Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami

perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan

sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang

tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan

sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan

dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah

pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas

yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu

yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini

sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.

            Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga guru

itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sehingga

terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan

yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi

mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai

profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti

kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.

            Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan yang

sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan seorang guru.

Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan ilmu kepada

murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang mereka anggapkan. Guru perlu mengawal

tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi

pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid.

            Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru

tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan dengan

maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru akan

mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan yang buruk

kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka mata bagi

melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi mengelakkan

diri daripada menganggur.

            Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di

sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka kuasai, guru-guru

perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran, kaedah serta teknik-teknik

pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid mereka agar murid-murid mampu

mengembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke semasa

guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.

Page 2: Beban Tugas Guru

            Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai seorang yang

profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh

murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, baik hati dan sentiasa

bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Oleh itu, guru perlulah mengaplikasikan kualiti

kecerdasan dan sahsiah guru yang telah dipelajari semasa berada di Institut pendidikan guru agar

mereka mampu menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Hal ini turut mengandungi

kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian

pelajaran.

            Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi

contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru sentiasa diperhatikan oleh

murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini akan diterapkan ke dalam diri murid-

murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilai-nilai serta sahsiah yang positif sudah pasti murid-

murid akan mengikut perlakuan yang dipamerkan oleh guru.

           

2.0       ISU KEGURUAN YANG DIPILIH : BEBAN TUGAS GURU

            Saya telah memilih satu artikel yang saya petik daripada laman web Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) (rujuk lampiran) yang bertajuk “Tubuh Jawatankuasa

Khas Kaji Beban Tugas Guru – Muhyiddin . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan

yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata,

keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah

negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas

mengajar.

            Daripada isu artikel yang saya pilih ini, saya ingin mengupas dengan lebih lanjut lagi

mengenai isu beban tugas guru yang semakin meruncing dan seolah-olah isi ini tiada

kesudahannya. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam bukunya Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang

berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual

tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

            Salah satu isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan guru adalah berkaitan

dengan isu beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi

topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan di dada-

dada akhbar, juga di alam maya  dan banyak diperdebatkan ketika pembentangan kertas kerja

berkaitan isu keguruan. Berikut adalah contoh tajuk-tajuk berita yang memperbincangkan tentang

tajuk beban tugas guru.

a.    Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan – Berita Harian 2 April 2010

b.    Seksa Jadi Cikgu – Berita Harian 1 April 2010

Page 3: Beban Tugas Guru

c.    Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru – Berita Harian 24 Mei 2010

d.    Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru – Utusan Malaysia 1April 2010

e.    Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam – Utusan Malaysia 21 November 2011

f.     Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan-

g.    Muhyiddin – Utusan Malaysia 16 Mei 2012

Rajah 1 :Contoh-contoh keratan akhbar tentang isu beban tugas guru

             Guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Tugas pula

mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain kerja, tanggungjawab yang mesti

dilaksanakan. Beban pula bermaksud jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem

yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).

            Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama

seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran

bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban

hari semakin bertambah

Page 4: Beban Tugas Guru

            Menurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas bermaksud

tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam

bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini

boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

            Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik

malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan tugas-tugas yang berkait

dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu

sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik

bermusim.

            Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan

tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah tugas

yang tidak melibatkan proses pengajaran secara formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas

pengekeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan

seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan

mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.

            Berdasarkan keratan akhbar Berita Harian - Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan –

Berita Harian 2 April 2010, jelas menyatakan seksa menjadi guru kerana guru dikatakan

menanggung tugas yang berganda kerana terjadinya ‘arahan dalam arahan’. Dalam artikel ini,

Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menyatakan bahawa

guru terpaksa akur arahan yang dikeluarkan pihak atasan pada peringkat berbeza itu sehingga

berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab mereka mengajar.

 Rajah 2 : Keratan akhbar Berita Harian 2  April 2010

            Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut juga telah

mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh NUTP, antara tugas guru bukan sahaja

meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga ada guru yang

terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran, pengkeranian serta

beberapa kerja tambahan lain. Selain itu, NUTP turut membuat aduan bahawa guru terpaksa

Page 5: Beban Tugas Guru

bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti sedangkan pekeliling yang

dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.  

            Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru kerana telah

mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

memandang berat isu ini dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban

tugas guru dan mengkaji tahap keseriusan isu beban tugas guru ini.

            Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru perlu dipandang

serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk masyarakat. Setiap

individu perlu mengembleng tenaga dan idea untuk menyelesaikan masalah dan isu ini. Ini kerana,

beban tugas yang semakin bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang

guru terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.

3.0        HURAIAN  ISU

            Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru di dalam negara kita kerana sejak beberapa

tahun ini, perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap kali bermulanya musim

persekolahan.

            Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru

meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih tertumpu kepada tugas pentadbiran.

Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60

peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran. 

            Masalah beban tugas guru tidak pernah ada pasang surutnya. Pada 30 Mac 2010, NUTP

telah membuat aduan mengenai beban tugas guru. Perjumpaan bersama pihak NUTP dengan

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan dalam Berita Harian, 1 April 2010.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu

Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru. Jawatakuasa itu dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan

wakil NUTP bertujuan untuk mengenal pasti tahap keseriusan isu dan mengenal pasti punca

masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.

Gambarajah 1: Bebanan tugas seorang guru

Page 6: Beban Tugas Guru

            Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari sehari ke sehari. Dengan perubahan

arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu meluas,

tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru merasakan tugas mereka semakin berat kerana

mereka perlu menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik seperti

tugas pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran.

            NUTP dalam Berita Harian bertarikh 2 April 2010 mendedahkan guru menanggung beban

kerja  berganda apabila terpaksa melakukan tugasan dalam skop yang sama berulang kali atas

arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata

senario berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru

melaksanakan program tertentu, namun pada masa yang sama mereka dikehendaki menjalankan

lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), walaupun semua mengandungi pengisian hampir sama. Hal

ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab guru dalam

pengajaran dan pembelajaran.

            Selain agihan guru tidak seimbang antara jenis sekolah berbeza, kakitangan kumpulan

sokongan dan pentadbiran mengikut bilangan pelajar dan bukan mengikut beban kerja dalam

organisasi sekolah merupakan penyebab beban guru bertambah. Mengikut amalan sekarang,

nisbah antara Pembantu Tadbir sekolah dengan pelajar ialah 1:300 iaitu seorang Pembantu Tadbir

bersamaan 300 pelajar. Akibat pembahagian guru dan Pembantu Tadbir yang tidak realistik, beban

kerja guru menjadi semakin bertambah dan ini merupakan salah satu sebab tugas-tugas

pengkeranian terpaksa dilakukan oleh guru.

               Bebanan yang melampau dengan pelbagai isu pelajar dan isu berkaitan profession yang

perlu dihadapi oleh guru seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan guru, kekurangan bilik darjah,

konflik peranan, kekaburan peranan boleh menambahkan tekanan guru dan boleh menyebabkan

guru mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara awal dari dunia pendidikan.Jika, situasi ini

berlarutan dunia pendidikan akan kekurangan tenaga-tenaga kerja yang berpengalaman dalam

dunia pendidikan. Bukankah ini suatu fenomena yang merugikan dan memberi impak yang negatif

kepada pendidikan negara?

   Selain itu, bebanan tugas yang melampau juga boleh kualiti kerja guru berkurang kerana tidak

dapat memberi fokus pada tugasan yang diberikan dengan baik. Tidak dinafikan ada guru yang

mampu memberikan kualiti yang baik walaupun dibebani dengan pelbagai tugasan. Namun, hanya

segelintir sahaja guru yang mampu melakukan pelbagai tugas dengan baik dalam satu tempoh

masa.

4.0        IMPLIKASI ISU BEBAN TUGAS GURU

            Apabila beban tugas guru yang sudah tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya

tekanan emosi atau stres. Menurut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru

terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan

kemurungan akibat tugasnya sebagai seorang guru. Bagi pendapat saya, stres merupakan tindak

balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan

ketidakseimbangan berlaku.

Page 7: Beban Tugas Guru

            Selain itu, apabila seorang guru itu, mengalami tekanan kerja, kualiti pengajarannya juga

turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid. Adakah guru menjadi seperti “ kerana seekor

nyamuk, habis kelambu dibakar?”. Murid-murid berhak mendapat ilmu yang secukupnya daripada

guru mereka, namun andai terdapat tugas-tugas yang membebankan tugas utama guru, sudah pasti

tumpuan guru terhadap murid akan terjejas. Selain itu, amat dikhuatiri jika guru tidak dapat

mengawal emosinya terhadap tingkahlaku anak-anak didiknya, sehingga ada yang memukul atau

mengambil tindakankan yang diluar batasan.

            Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan ketidakpuasan

yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas pengkeranian yang banyak. Walaupun

guru-guru sebenarnya menolak tugas pengkeranian yang diberikan kepada mereka, mereka

terpaksa menerima dan melaksanakannya.

            Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan para guru mengalami

ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne & Furnham (1987) iaitu di antara punca

yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah beban tugas bukan mengajar. Ketegangan

yang tinggi di kalangan guru boleh menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang dan mengurangkan

prestasi kerja. Coldicot (1985) menjelaskan ketegangan yang tidak terkawal boleh menyebabkan

penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja. Justeru, nilai kepimpinan yang ada dalam diri

seseorang guru itu kadangkala menjadi bercelaru dan tidak konsisten dan menjadikan reputasi

seseorang guru dipandang rendah.

            Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof.

Nor Zuraida Zainal dalam akhbar KOSMO, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan

rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri

daripada golongan guru. Tekanan jiwa ini boleh menyebabkan seseorang guru itu hilang kawalan

diri. Saya merasakan bahawa tindak tanduk seseorang guru yang kadang kala tidak masuk akal

seperti menyuruh murid makan rumput di padang adalah implikasi daripada tekanan jiwa. Jelaslah

bebanan kerja yang melampau boleh menyebabkan nilai kepimpinan dan keprofesionalan guru itu

akan terjejas. Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi

untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah

pinggang dan penyakit kronik ini sudah pasti akan menyebabkan prestasi pengajaran guru akan

terjejas.

      5.0             CADANGAN MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU

            Setiap perakuan yang telah dijalankan oleh pihak KPM dapat mengurangkan beban tugas

guru. Umpamanya, rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat kerana terpaksa bertugas setiap

sabtu atau hari minggu. Oleh itu, dengan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu secara berjadual

serta tidak melebihi dua kali sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja mempunyai

tugas di sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga memerlukan masa bersama keluarga

masing-masing.

            Pada tahun ini iaitu tahun 2014, Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaksanakan program

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Negeri Kedah

dan Melaka telah dipilih sebagai negeri rintis untuk melaksanakan program Pemantapan Profession

Page 8: Beban Tugas Guru

Guru (PPG). Di negeri Kedah, tiga buah daerah telah dipilih untuk menjalankan projek rintis ini iaitu

Kulim, Pulau Langkawi dan Kubang Pasu. Setiap sekolah akan dibekalkan seoran Pembantu Tadbir

(N17) dan seorang Juruteknik Komputer ( FT17) untuk membantu guru-guru bagi meringankan

tugas pekeranian guru-guru. Jika program ini berjaya, program ini akan dilancarkan ke seluruh

negara.

            Tugas perkeranian merupakan salah satu beban tugas yang paling besar yang perlu

ditangani oleh guru. Oleh itu, dengan pertambahan kakitangan Pembantu Tadbir merupakan

cadangan yang amat baik dan disambut lega oleh pelbagai pihak. Tan Sri Muhyiddin Yassin

menyatakan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 Mei 2012, satu cadangan akan dikemukakan

kepada pihak Jabatan Perkhidmatamn Awam bagi memperluas penempatan kakitangan Pembantu

Tadbir N17 di sekolah-sekolah bawah kementerian.

            Pihak KPM juga telah mengeluarkan surat siaran berkaitan pelaksanaan perakuan

Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2012. Pihak KPM telah melaksanakan

peraturan dan perakuan berhubung mengurangkan bilangan ujian dan pelaksanaan peperiksaan

setara di sekolah. Ini bermaksud pihak KPM telah memutuskan bahawa mulai tahun 2012,

Bahagian-Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Pejabat Pelajaran Daerah hanya

dibenarkan untuk menyelaras dan melaksanakan satu peperiksaan setara sahaja sama ada bagi

Peperiksaan Percubaan atau Peperiksaan Akhir Tahun. Pelaksanaan peperiksaan setara ini akan

dimansuhkan bermula pada 1 Januari 2013. Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menyelaras

jadual (setara) bagi ujian formatif. Untuk itu, guru-guru boleh melaksanakan ujian formatif mengikut

jadual waktu pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

            Selain itu, pihak KPM turut menyediakan garis panduan penglibatan guru dalam aktiviti

anjuran KPM. Garis panduan tersebut menetapkan bahawa pentadbir sekolah hendaklah

mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada semua guru secara seimbang bagi mengelakkan

penglibatan guru yang sama dalam aktiviti yang dianjurkan.

             Bagi mengatasi bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai murid, kalangan guru

menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas bagi meringankan beban tugas guru. Ini

bersesuaian dengan saranan pihak lain yang mahukan pembantu guru di dalam bilik darjah. Perkara

ini telah dinyatakan dalam rencana Berita Harian, 15 Disember 2010.

            Bukan itu sahaja, salah satu usaha atau cadangan bagi meringankan beban tugas guru yang

semakin bertambah adalah ganjaran atau imbuhan guru ditingkatkan setanding dengan tugas dan

amanah yang dipikul. Malahan, pihak KPM telah menyediakan tiga insentif sebagai ganjaran dan

penghargaan kepada guru yang komited dalam memikul amanah mendidik anak bangsa dan

menjayakan matlamat pendidikan. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Berita Harian, 20 Mei 2010

menjelaskan mengenai insentif yang digunakan untuk meringankan beban tugas yang dipikul guru

serta meningkatkan motivasi kerja guru di sekolah. Antara bentuk insentif adalah kenaikan gred

perkhidmatan berdasarkan time-based. Ini bermaksud peningkatan gred dilakukan berdasarkan

tahun perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan.

            Pihak KPM turut menawarkan insentif sebanyak RM 900 hingga RM7500 kepada Pengetua,

Guru Besar dan guru sekolah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Petunjuk Prestasi Utama

(KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. Ia boleh dianggap sebagai alternatif kepada

Page 9: Beban Tugas Guru

cadangan membayar elaun kerja lebih masa kepada guru yang dituntut oleh NUTP namun telah

ditolak oleh kerajaan.

6.0       RUMUSAN

            Kesimpulannya guru merupakan insan yang amat berjasa sehinggakan Usman Awang

mengungkapkan kata-kata penghargaan beliau kepada guru dalam sajak karangan beliau yang

bertajuk “Guru Oh Guru”. Tidak ada permulaan seseorang manusia yang berjaya tanpa kehadiran

seorang guru.  Perkataan “ pengorbanan” amat  sinonim dengan guru. Namun, disebalik

pengorbanan dan jasa seorang guru, dunia perguruan juga tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai

isu yang menarik perhatian masyarakat untuk diperkatakan dan wajar diambil perhatian agar

kebajikan dan profesionalisme keguruan dapat dipertingkatkan.

             Di era globalisasi yang amat pesat, antara isu yang melingkari bidang perguruan adalah isu

beban tugas guru. Hal ini berlaku kerana kepesatan perkembangan teknologi menuntut guru untuk

bergerak seiringan dengan perkembangan semasa bagi memastikan apa yang disampaikan

sentiasa releven dan murid yang dididik mampu mendepani perkembangan yang berlaku

dipersekitaran .Seorang guru tidak boleh menjadi seperti “ katak di bawah tempurung,” yang tidak

tahu perkembangan semasa, mengajar dan mendidik pelajar dengan kaedah dan cara yang lama.

             Banyak pihak mengkaji dan memberi pandangan agar isu beban tugas guru mempunyai

jalan keluar agar kebajikan guru lebih terjamin seterusnya membolehkan mutu pendidikan dapat

dilonjakkan ke tahap yang maksimum.Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah

dengan memperkenalkan sistem kerja sembilan jam dalam kalangan guru.Sistem kerja sembilan

jam agak asing dalam bidang perguruan.Terdapat pelbagai pandangan dari masyarakat baik dari

mereka yang terlibat dalam bidang perguruan mahupun yang tidak terlibat secara langsung dalam

bidang ini. Ada yang menyokong perlaksanaan sistem ini dan tidak kurang juga yang tidak

menyokong dengan sistem yang diperkenalkan ini.Masing-masing mempunyai pendapat dan

pandangan yang tersendiri.

            Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin

tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja

melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di

sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.

            Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi

tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan

peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori

aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan

pelajaran negeri.

            Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku

dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan

dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu.

Page 10: Beban Tugas Guru

Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan

mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan

kelemahan dan mempunyai nilai kepimpinan yang baik.

            Guru-guru yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan

menyalahkan orang lain  semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang

serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun

aspek organisasi. Seperti kata mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor

Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

                  " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara

                    berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan

                    diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh

                    itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan

                    watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai

                    pendidik yang unggul."

7.0       REFLEKSI

            Melalui tugasan subjek Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU3083) ini

membolehkan saya mengetahui tentang prinsip-prinsip untuk menjadi seorang guru yang kompeten.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang

penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan

merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu

dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan

mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari

masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi

Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia

Ke-9.

            Disamping itu juga, saya juga dapat menyelami tentang beban tugas guru yang tidak pernah

surut umpama laut yang tidak bertepi. Saya juga seorang guru yang telah lama berada di arena

pendidikan ini selama lebih  20 tahun. Jika bercakap tentang beban tugas guru ini seolah-olah

persoalan ini tidak pernah selesai. Cadangan yang dilontar dipandang sepi oleh pihak yang

bertanggungjawab. Saya masih ingat ketika saya masih baharu dalam bidang pendidikan, masalah

beban tugas guru sering diperdebatkan. Hari demi hari berlalu,musim demi musim berganti namun

isu ini masih riuh diperkatakan.

            Suara rintihan atau isu para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga

kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya

banyak yang bersifat ad hoc dan politikal. Berbagai-bagai kajian telah dijalankan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia sendiri misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka

Page 11: Beban Tugas Guru

meringankan beban malah ditambahkan lagi beban kerja hingga lebih berganda. Lebih ironi lagi

ialah tidak ada satu badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Semoga

suatu hari nanti mendung yang menyeliputi awan berarak pergi.

              Terdapat beberapa faktor yang dapat membantu saya menyiapkan tugasan ini. Antaranya

ialah pengalaman mengajar saya yang telah melangkaui 17 tahun dapat saya gunakan untuk

menyiapkan tugasan ini.Bak kata orang bijak pandai ,guru yang  paling hebat ialah berguru dengan

pengalaman. Selain itu, bahan-bahan tutorial yang dibekalkan oleh pensyarah pembimbing  amat 

banyak membantu.Tidak dilupakan juga tunjuk ajar dan penerangan daripada pensyarah

pembimbing yang telah banyak memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya  juga saling

berhubung antara rakan-rakan melalui e-mail dan telefon untuk bertukar-tukar maklumat.

              Namun begitu, terdapat juga halangan yang mengganggu dalam menyiapkan proses

menyiapkan tugasan ini. Masa merupakan faktor sering menjadi halangan utama. Tugas sebagai

pendidik di sekolah yang memerlukan saya memperuntuk banyak masa terhadap anak didik saya.

Tambahan pula peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi. Kadangkala saya terpaksa

pulang lewat dari sekolah kerana terlibat dengan kelas tambahan. Tidak cukup setakat itu, sebagai

seorang guru tidak dapat menidakkan akan kesibukan tugas rutin seorang guru. Selain mengajar

saya juga perlu sentiasa mengemaskini data Sistem Maklumat Murid(SMM) dan juga Aplikasi

Pangkalan Data Murid (APDM). Namun begitu, ini bukanlah batu penghalang untuk saya

menyiapkan tugasan saya ini.

              Di pengakhiran refleksi ini ingin saya titipkan ucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah pembimbing EDU 3083 Encik Ridzuan b Ahmad atas bimbingan serta tunjuk ajar

beliau yang banyak memberi bimbingan dan suntikan motivasi sehingga dapat saya menyudahkan

tugasan ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang tidak lokek untuk berkolaborasi

dan sudi meluangkan masa untuk berbincang dan berkongsi maklumat. Juga buat keluarga

tersayang yang sentiasa memahami diri saya yang ada kalanya sibuk dengan tugasan. Semoga

kalian diberkati oleh Yang Maha Esa.

BIBLIOGRAFI

Kamaruddin, K. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah.Tanjung Malim :

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad, J. (2003). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Mustafa, S. I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.Puchong,Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Razali, M. F. (2010). Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung Terowong.Kuala Lumpur:

Pendidik Sdn Bhd.

Razali, M. F. (2010). Tugas Rencam Bebankan Guru. Kuala Lumpur: Pendidik Sdn Bhd.

Page 12: Beban Tugas Guru