bbpp1103_1161719001

56
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT PERANAN-PERANAN PENGURUS MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH 1161719001 T 1161719 0195709679 [email protected] Tutor’s ROSLIZA @ NORHAYATI ABDUL RAHMAN KEDAH LEARNING CENTRE MEI 2014 Semester 1

Upload: yuns-abdullah

Post on 24-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

peranan-peranan pengurus

TRANSCRIPT

Page 1: BBPP1103_1161719001

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

BBPP1103PRINCIPLES OF MANAGEMENT

PERANAN-PERANAN PENGURUS

MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH

1161719001

T 1161719

0195709679

[email protected]

Tutor’s

ROSLIZA @ NORHAYATI ABDUL RAHMAN

KEDAH LEARNING CENTRE

MEI 2014 Semester

ISI KANDUNGAN

1

Page 2: BBPP1103_1161719001

1.0

PENGENALAN

Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja untuk mencapai

matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu. Mereka perlu bekerjasama

dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Zainal Ariffin Ahmad

dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’ telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan

2

Bil Rangkaian Muka Surat

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

PENGENALAN

PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PENGURUS2.1 PERANAN SEBAGAI TUNGGAK2.2 PERANAN SEBAGAI PEMIMPIN2.3 PERANAN SEBAGAI PEGAWAI PERHUBUNGAN2.4 PERANAN SEBAGAI PENYAMPAI MAKLUMAT2.5 PERANAN SEBAGAI PERUNDING2.6 PERANAN SEBAGAI PENCETUS IDEA

ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN PERTAMA BERDASARKAN ARTIKAL: PERANAN TUNGGAK

ANALISIS PERANAN PENGENALAN PENGURUSAN KEDUA BERDASARKAN ARTIKAL YANG KE 2 : PERANAN PEMIMPIN

ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN KETIGA BERDASARKAN ARTIKAL YANG KE 3 : PERANAN PERUNDING

KESIMPULAN

RUJUKAN

3 – 4

4 - 22

23 - 25

25 - 32

33 - 34

35

36

Page 3: BBPP1103_1161719001

manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. pula

mentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-

matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu

Dalam organisasi ini selalunya, pengurusan atasan sesebuah organisasi akan menentukan hala

tuju organisasi tersebut melalui penetapan tujuan, matlamat, dan strategi untuk mencapai

matlamat tersebut. Organisasi di sini tidak sahaja tertakluk kepada syarikat perniagaan, bahkan ia

merangkumi syarikat bukan untuk badan kerajaan, badan berkanun, badan bukan berkanun,

organisasi bukan untung, persatuan, kelab dan pelbagai konfigurasi kumpulan manusia. Tujuan

atau misi sesebuah organisasi bolehlah dikatakan pewajaran kepada kewujudan organisasi

tersebut. la memaksa organisasi menyoal ‘Apakahsebenarnya matlamat kita?’ Penetapan

matlamat ini akan membantu sesebuah organisasi untuk menterjemahkan misinya kepada sasaran

prestasi yang spesifik dan supaya boleh diukur.

Matlamat organisasi merujuk kepada objektif yang ingin dicapai oleh pengurusan dalam menuju

misi sesebuah organisasi. Untuk mencapai matlamat organisasi, selalunya pengurus atasan

sesebuah organisasi akan menggubal dan melaksanakan strategi. Menurut Chandler, strategi

ialah suatu penetapan matlamat jangka panjang sebuah organisasi, dan pengambilan tindakan dan

pengagihan sumber untuk mencapai matlamat tersebut.Kita juga boleh melihat strategi sebagai

satu rancangan tindakan meluas untuk berinteraksi dengan persekitaran demi mencapai matlamat

jangka panjang organisasi.

Pengurus merupakan individu yang menjalankan fungsi tersebut atas sumber manusia, aset

terpenting organisasi, kewangan, fizikal dan maklumat organisasi. Pengurus bertanggungjawab

menyelia kerja-kerja subordinatnya. Jika pengurus gagal melaksanakan fungsi berkaitan dengan

cekap dan berkesan, matlamat organisasi tidak akan tercapai. Pengurus menentukan, merumus,

mengarah, atau memberi nasihat tentang dasar kerajaan serta organisasi berkepentingan khas,

membuat undang-undang, kaedah dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi

pihaknya, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar kerajaan dan undang-undang, atau

merancang, mengarah, dan menyelaras dasar dan aktiviti perusahaan, organisasi, jabatan atau

3

Page 4: BBPP1103_1161719001

seksyen dalamannya membuat sesuatu keputusan itu sangat penting sebab melalui keputusan

tersebutlah segala perancangan yang diatur dan telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan

lancar dan jayanya.

Membuat keputusan merupakan salah satu tanggungjawab utama pentadbir. Setiap pentadbir

yang berjaya mestilah berkeupayaan rnembuat keputusan yang dapat membantu organisasi

mencapai matlamat dan pada masa yang sama dapat mernuaskan keperluan-keperluan ahli-ahli

dalam organisasi. Membuat keputusan ini mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan dan

perhubungan antara pihak pentadbir dengan kakitangan bawahan.

2.0 PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PENGURUS

kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain

pengurus. Seseorang pengurus yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam

menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan

untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin

Mohamad).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang

mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pengurus (atau Ketua Jabatan)

secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya

kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim &

Iran Herman.

Pengurus diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pengurus

dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu

organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas

seseorang pengurus memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut

adalah seperti;

4

Page 5: BBPP1103_1161719001

2.1 PERANAN SEBAGAI TUNGGAK

Setiap organisasi tidak akan wujud tanpa seorang ketua. Ketua atau pemimpin merupakan

tunggak penting bagi menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Sesebuah

organisasi tidak akan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya tanpa kepimpinan yang baik

dan berkesan. Tanggungjawab seorang ketua atau pemimpin itu adalah sangat berat dan tidak

semudah yang disangkakan. Justeru, seorang ketua yang baik dan berkesan bukan sahaja

mempunyai daya kepimpinan tetapi juga pengurus yang berkelibar.

Oleh yang demikian, menurut Manning dan Curtis untuk mencapai kejayaan dalam kepimpinan

atau untuk menjadi seorang ketua yang cemerlang seseorang ketua perlu mempunyai kebolehan

bagaimana untuk memikat hati semua orang, memotivasi dan menggalakkan mereka

mencurahkan segala keupayaan dan komitmen mereka dengan cara yang terbaik serta

menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

Seorang pengurus perlu menjalankan tugas-tugas istiadat. Misalnya, naib canselor sebuah

universiti mesti terlibat dalam majlis pelancaran program di universiti, manakala ketua sebuah

jabatan bertanggungjawab untuk melayan para pelanggannya.

Persoalan yang sering menjadi perbincangan dalam bidang kepimpinan adalah adakah seorang

pemimpin itu dilahirkan atau dibentuk. Banyak pendapat mengatakan bahawa pemimpin itu

dilahirkan dan sesetengah pandangan mengatakan bahawa sifat-sifat kepimpinan itu perlu

dibentuk dan diperolehi melalui pendidikan rasmi atau pengalaman (Johannsen, 2010).

Walaupun berbagai pandangan mengenai perkara ini, namun seseorang ketua harus mempunyai

trait atau sifat-sifat yang membolehkan dia menjadi seorang pemimpin yang disegani baik

disedari ataupun tidak disedari oleh seseorang. Trait ini juga sebenarnya boleh dipelajari dan

sterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian yang menjadikannya satu amalan atau perangai

yang akan menjadi amalan dan sikap kepada individu tertentu. Hal ini seterusnya memberi

gambaran dan membentuk identiti atau personaliti kepada seseorang yang akhirnya akan

5

Page 6: BBPP1103_1161719001

menjadikannya satu daya tarikan yang akan memertabatkan seseorang itu menjadi seorang ketua

ataupun pemimpin.

Selain dari gaya kepimpinan, faktor persekitaran dan keupayaan pengikut atau orang bawahan,

trait merupakan salah satu komponen yang amat penting yang harus ada pada seseorang

pemimpin. Manning dan Curtis dalam buku mereka bertajuk The Art of Leadership

menyenaraikan beberapa trait dan kualiti kepimpinan antaranya; Bersemangat, berwawasan,

berkebolehan, mantap, prihatin, berkeyakinan, berterusan, berkrisma, berintegriti, daya tahan

yang tinggi iaitu sabar dan tabah.

Pemimpin yang beritegrasi dan mempunyai sahsiah yang tinggi seperti berkeyakinan, asertif,

melaksanakan apa yang dicakap, rajin dan sabar selalunya dihormati dan disegani bukan sahaja

oleh orang bawahannya tetapi semua pihak yang berurusan dengannya.

Selain trait seseorang ketua atau pemimpin juga harus mengetahui apa itu etika dalam

kepimpinan. Etika ini amat penting bagi mengawal tingkah laku dan hala tuju seseorang ketua

dalam kepimpinannya. Menurut Manning dan Curtis etika ini penting kerana ianya merupakan

falsafah yang akan menentukan sama ada sesuatu itu betul atau salah atau baik atau buruk

sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin.

Oleh itu, jika seseorang mempunyai trait yang baik dan layak menjadi pemimpin maka secara

tidak lansung ianya akan menjadi pedoman dan garis panduan kepada pemimpin tersebut dalam

membuat tindakan atau penyelesaian masalah. Selalunya pemimpin yang mempunyai trait yang

baik dan sempurna akan tidak menyalahi etika kepimpinan dan biasanya mendapat sanjungan

dari orang bawahan dan orang ramai. Secara tidak lansung ini akan menaikkan statusnya sebagai

pemimpin yangberwibawa dan disegani.

Sebagai kesimpulan, trait dan etika memainkan peranan penting dalam menentuikanm

kecemerlangan seseorang pemimpin. Trait yang baik dan diaplikasi dengan betul dan selalu

berpegang teguh pada etika kepimpinan dan pengurusan selalunya membawa kejayaan kepada

6

Page 7: BBPP1103_1161719001

pemimpin itu sendiri dan organisasi yang dipimpinnya. Oleh itu dalam memilih pemimpin trait

dan etika merupakan tunggak penting yang harus diambil kira sebelum seseorang itu dilantik

atau diangkat sebagai pemimpin kerana itu yang akan menentukan keupayaan mereka untuk

menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

2.2 PERANAN SEBAGAI PEMIMPIN

Pemimpin merupakan ketua atau peneraju dalam sesuatu institusi baik institusi yang besar mahu

pun kecil di mana tedapat golongan yang dipimpin dibawahnya. Lazimnya pemimpin adalah

seorang yang mempunyai tanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi

dalam pelbagai hal. Pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam membawa sesuatu

organisasi atau institusi mengikut hala tuju yang dikehendaki samada ianya sesuatu yang baik

atau pun yang sebaliknya.

Pemimpin melihat organisasi dengan perspektif yang lebih luas, menilai kesannya serta berusaha

untuk menggembelingkan pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran

supaya apa yang hendak dilakukan memperoleh kerestuan ramai.

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di

dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin

yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan

hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang

dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh

pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan

organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung

besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg

plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang

pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah

pangawasan seorang pemimpin.

7

Page 8: BBPP1103_1161719001

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke

masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai

kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada

orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam

masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk

mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya

kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan

pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan

baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap

bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam

memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah

kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi

sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa

hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan

melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku

selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi

tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air

di Kedah. Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya

ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga

mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk

dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang

teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita

membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi

seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau

memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi

keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai

8

Page 9: BBPP1103_1161719001

pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang

lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang

pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh

penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja

konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin

itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha

untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja

boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke

dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H

Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan

kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan

manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di mulakan dari peringkat

fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat

hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan

memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba

memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan

kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu

mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja

di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan

memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu

di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai

matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama

dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan

merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan

faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Terdapat juga kajian

yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan pretasi organisasi[1].Akhir

9

Page 10: BBPP1103_1161719001

kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan

memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

2.2.1 Peranan Pemimpin

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin

dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu

organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas

seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut

adalah seperti;

a. Sumber rujukan.

Pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan.

Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai

hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar

b. Model.

Sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan

yang boleh diteladani.

c .Pendorong.

Pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan

sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan

khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.

d. Pembimbing:

Selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan

dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan

dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang.

e. Jurucakap/jurubicara.

10

Page 11: BBPP1103_1161719001

Peranan ini menyerupai peranan “pegawai perhubungan awam”. Iaitu berperanan sebagai

jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak luar.

f. Orang tengah.

Jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan sebagai orang

tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana

pihak.

Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu

pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang

dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.

2.2.2 Nilai – Nilai Seorang Pemimpin Yang Baik

Seorang pemimpin merupakan seorang yang menjadi ‘role model’ atau ikutan setiap orang ynag

dipimpin. Sebagai orang yang telah dilantik sebagai pemimpin, secara automatiknya beliau akan

berada pada hierarki yang paling tinggi dalam organisasi dan dipertanggungjawabkan untuk

mentadbir, mengurus, melaksana, memantau dan memastikan setiap objektif bagi organisasi

tersebut tercapai dengan jayanya. Namun, keberkesanan pentadbiran seseorang pemimpin adalah

tertakluk kepada cara pelaksanaan atau cara kerja orang yang dipimpinnya. Dengan itu, untuk

memastikan sesebuah organisasi bergerak dinamik, baik dari peringkat pentadbiran hingga ke

akar umbi, sesorang pentadbir atau pemimpin harus mempunyai nilai-nilai yang tertentu atau pun

kualiti kepimpinan yang hebat. “Kepimpinan Melalui Teladan”, slogan yang sering dilaungkan

ini merupakan asas kepada suatu bentuk kepimpinan yang berkesan dan efektif.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, khususnya bagi seorang pegawai perkhidmatan

awam yang telah dilantik menjadi seorang pemimpin,beberapa nilai-nilai kepimpinan atau kualiti

kepimpinan perlu diimplementasikan serta diterap dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai

seorang pemimpin yang baik. Berikut merupakan beberapa nilai-nilai yang perlu ada sebagai

peimpin yang baik:

11

Page 12: BBPP1103_1161719001

i) Amanah dan Jujur

Sebagai seorang pemimpin yang baik, sikap amanah serta jujur perlu diterapkan agar pemimpin

sentiasa dihormati oleh orang yang dipimpin. Sikap amanah dapat mengelak seorang pemimpin

daripada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran. Semua tugas pentadbiran dilaksanankan

dengan baik tanpa berlaku apa-apa masalah.

ii) Ikhlas

Ikhlas membawa maksud tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sampingan demi kepentingan

sendiri. Sebagai pemimpin yang baik tujuan pentadbiran atau kepimpinan hanyalah untuk

kebaikan semua yang terdapat atau tergolong dalam struktur pentadbiran atau organisasi yang

dipimpin.

iii) Bertanggungjawab.

Nilai ini dapat menjamin seorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab kepimpinannya

dengan telus. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggunjawab juga, seorang pemimpin akan

bertanggungjawab ke atas setiap tindak tanduk serta arahan yang dikeluarkan terhadap yang

dipimpin. Baik buruk setiap akhiran daripada kepimpinan beliau harus diterima dengan terbuka.

iv) Bersih

Bersih di sini membawa maksud nilai murni seperti tidak tamak, tiada hasad dengki, khianat,

dendam dan segala sifat negatif dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Selain

dari kebersihan rohani yang disebut tadi, bersih dari aspek fizikal juga merupakan nilai yang

perlu ada pada setiap pemimpin. Bersih juga membawa kepada pakaian, persekitaran mahu pun

kepada pemilikan harta secara sah oleh seorang pemimpin itu.

v) Bekerjasama

Seperti yang kita sedia maklum, kerja yang bermutu adalah hasil daripada kerjasama yang baik.

Sebagai seorang pemimpin, nilai kerjasama yang baik perlu ada dalam sanubari. Arahan tidak

cuma dikeluarkan tetapi seorang pemimpin perlu bekerjasama dengan orang bawahan tanpa

12

Page 13: BBPP1103_1161719001

mengira peringkat. Dengan ini pemimpin akan disegani dan mudah untuk melaksanakan tugas

sebagai pemimpin.

vi) Dedikasi / Tekun

Dedikasi dengan tugas kepimpinan tanpa mengira penat atau lelah. Sifat atau nilai ini akan

menjamin seorang pemimpin akan terus istiqamah dan tanpa jemu memimpin sesuatu organisasi

atau institusi ke arah kecemerlangan. Pepatah “Genggam bara api, biar sampai jadi abu”. Jika

nilai ini tersemat pada setiap pemimpin, maka institusi tidak akan mengalami kegagalan.

vii) Sederhana

Kesederhanaan adalah satu nilai yang tak kurang penting dalam kepimpinan. Kesederhanaan

membawa maksud antara lainnya menolak keterlaluan ataupun kekurangan dalam pucuk

kepimpinan. Pemimpin yang ekstrem akan hanya membawa kepada kepincangan organisasi.

Pengikut samada akan taksub atau pun menolak terus dasar kepimpinan yang diterajui sekiranya

pemimpin mengamalkan nilai ekstrem. Kesederhanaan adalah nilai yang boleh diterapkan bukan

shaja dalam bentuk melaksanakan tugas seharian tetapi dalam percakapan, arahan, pergaulan

mahu pun pakaian.

viii) Berdisiplin

Nilai disiplin adalah suatu nilai yang amat sinonim dengan kepimpinan. Tunggak kejayaan

sesebuah organisasi adalah terus menerus berlandaskan kepada disiplin,baik di peringkat rendah

malah juga di peringkat tertinggi. Patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan,

peraturan dan ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu organisasi. Perkara ini yang dinamakan

disiplin dan pemimpin yang berdisiplin tidak akan lari dari perkara ini.

ix) Adil

Adil membawa maksud memberikan hak kepada yang berhak serta meletakkan sesuatu kena

pada tempatnya. Pemimpin perlu ada nilai keadilan ini. Pemimpin seharusnya tidak pilih kasih

atau pilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua. Setiap yang dipimpin harus di

13

Page 14: BBPP1103_1161719001

beri hak sama rata tanpa mengira tahap atau perin kat. Nilai ini amat perlu dalam melaksanakan

kepimpinan.

x) Bersyukur

Pemimpin yang rendah diri dan baik harus mempunyai nilai bersyukur iaitu menerima kesediaan

dan rasa rendah diri untuk sebarang nikmat Allah dan sentiasa berterima kasih kepada-Nya.

Bersyukur dan berterima kasih kepada yang dipimpin dan kepada orang lain yang memberi

bantuan serta sumbangan dalam organisasi. Nilai bersyukur juga dapat menjadikan seorang

pemimpin itu dapat melenyapkan rasa tidak puashati,keluh kesah dan marah apabila menghadapi

masalah. Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang baik.

Sebagai kesimpulannya, itu di antara sifat-sifat atau nilai-nilai murni yang perlu ada dalam setiap

pemimpin. Jika setiap pemimpin dapat mengimplementasikan setiap nilai yang di katakan tadi,

maka akan lahirlah pemimpin yang disegani dan menjadi ikutan setiap insan. Tiada lagi

berlakunya korupsi yang berleluasa di peringkat tinggi, sikap kroni atau pilih kasih dan

sebagainya. Sesungguhnya setiap pemimpin perlu komited dengan tugas kepimpinan tanpa

meninggalkan nilai-nilai yang baik dalam kepimpinan.

2.3 PERANAN SEBAGAI PEGAWAI PERHUBUNGAN

Perhubungan awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan

dan dirancang di mana sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan

persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan

dengan cara menilai pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat berhubung dan

14

Page 15: BBPP1103_1161719001

menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapainya melalui

perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan bersama.

Menurut Hamdan Adnan, perhubungan awam adalah sebagai suatu fungsi pengurusan yang

berwatak berterusan dan terancang, melalui mana-mana organisasi-organisasi awam atau swasta

dan institusi-institusi mencari jalan untuk menjalin dan mengekalkan persefahaman, simpati dan

sokongan daripada sesiapa saja yang ada kaitan dengan mereka secara menilai pendapat awam

mengenai diri mereka supaya dapat mengkorelasasikan seberapa boleh dasar-dasar dan

peraturan-peraturan mereka untuk mencapai melalui sebaran meluas maklumat-maklumat yang

dirancang bagi mendapatkan kerjasama yang lebih berhasil serta penyelesaian yang lebih cekap

untuk kebaikan bersama.

Menurut Muhamad Rosli Selamat, berdasarkan Webster’s International Dictionary edisi ketiga

mentafsirkan perhubungan sebagai suatu promosi bagi menjalin hubungan yang rapat dan baik di

antara institusi dengan individu-individu lain, public khas atau masyarakat umum melalui

penyebaran maklumat. Adalah menjadi tanggungjawab asas sesebuah organisasi untuk menjana

maklumat kerana tanpa maklumat tidak mungkin sesebuah organisasi boleh berfungsi.

Manakala menurut Bahtiar Mohamad, Hassan Abu Bakar dan Saidathul Nizah Mat Tazin,

perhubungan awam merupakan aktiviti promosi yang dirancang untuk membina nama baik bagi

individu atau pun institusi. Berdasarkan pelbagai definisi yang dinyatakan maka jelaslah

perhubungan awam merupakan suatu yang penting dalam melaksanakan program sesesuatu

ogganisasi dalam menyampaikan maklumat kepada public. Publik kini memerlukan maklumat

tentang sesesuatu organisasi dengan terkini. Segala tindakan dan perlakuan organisasi akan

menggambarkan imej organisasi keseluruhannya. Organisasi mesti bersedia menonjolkan imej

yang baik dan aktiviti perhubungan awam adalah penghubung antara public dan organisasi.

Selain itu, selaras dengan amalan perhubungan awam adalah dalam pembuatan keputusan yang

komplek terutamanya dalam masyarakat plural. Fungsinya perhubungan awam menjadi lebih

efektif melalui sumbangan kepada persefahaman bersama antara kumpulan dan institusi.

15

Page 16: BBPP1103_1161719001

Perhubungan awam berkhidmat dengan kepelbagaian yang meluas dalam masyarakat dan

memerlukan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat bagi menjayakan misi

organisasi. Pengurusan organisasi perlu memahami sikap dan nilai publik dalam usaha mencapai

matlamat organisasi.

2.3.1 Peranan Pegawai Perhubungan

Dasar pegawai perhubungan adalah bertujuan untuk mempastikan imej baik sesesuatu organasasi

terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan dan kerjasama

yang diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam

hubungannya dengan orang ramai. Dengan demikian menjadi tugas dan tanggungjawab pihak

yang terbabit menyampaikan sesesuatu aktiviti organisasi bagi membolehkan masyarakat umum

membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi.

Menurut Muhamad Rosli Selamat, perhubungan awam merupakan komponon penting dalam

pengurusan sesebuah organisasi dan ia dianggap sebagai salah satu fungsi pengurusan moden.

PR berfungsi untuk memantau proses komunikasi dua hala antara organisasi dengan public-

publiknya. Di samping itu PR juga digunakan sebagai alat untuk menilai dan mengukur tahap

kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi berkenaan. Komunikasi dua hala

bermatlamat untuk mewujudkan persefahaman di antara organisasi dengan public di mana

melalui proses komunikasi tersebut pendapat public dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran

perencanaan dan perancangan proses PR.

Seterusnya, dalam mengalami proses PR yang berkesan memerlukan usaha pemikiran,

perencanaan dan organisasi yang dinamik dan rasional di kalangan setiap individu ahli

organisasi. Bagi tujuan tersebut, setiap individu yang terlibat mestilah mempunyai pengetahuan,

kejujuran, kewibawaan, kesetiaan dan kesungguhan dalm menjalankan tugas bagi menjamin

kesan dan objektif organisasi tercapai.

16

Page 17: BBPP1103_1161719001

Seorang pengurus berperanan untuk menyampaikan maklumat yang relevan kepada pihak di luar

unit dan juga di luar organisasi. Pengurus juga akan memperuntukkan masa untuk berinteraksi

dengan pihak di luar organisasinya. Oleh yang demikian, seseorang pengurus berperanan sebagai

saluran komunikasi di antara jabatannya dengan jabatan-jabatan lain di dalam mahupun di luar

organisasi.

Contohnya, seorang pengurus sumber manusia mungkin menghubungi pengurus kewangan untuk

menyemak dana yang diperuntukkan untuk pengambilan pekerja baharu dalam organisasi

sebelum pengambilan pekerja dimulakan.

2.3.2 Tugas-Tugas Pengurus Perhubungan

Antara tugas-tugas yang telah dikenalpasti sebagai tugas utama bagi seorang pengurus

perhubungan ialah:

a. Mengenalpasti kumpulan sasaran utama pelanggan dan mengenalpsati cara terbaik untuk

berkomunikasi dengan mereka.

Tugasan ini adalah tugasan paling utama dan kritikal bagi seseorang pengurus perhubungan . Ini

kerana sebagai seorang yang berperanan untuk menyebar segala maklumat organisasi yang

penting kepada umum, ia adalah menjadi tanggungjawab yang berat bagi seseorang yang

memegang jawatan ini. Proses menyebarkan maklumat bukan sahaja dengan menentukan cara

yang terbaik dan paling efektif di dalam memastikan mesej yang ingin disampaikan itu dapat

difahami dan seterusnya mempengaruhi seseorang itu malah ia juga meliputi dengan tugas paling

penting sekali iaitu mengenalpasti kumpulan sasaran utama pelanggan yang ingin disampaikan

mesej tersebut.

b. Membangun dan mengekalkan imej dan identity korporat syarikat yang merangkumi

penggunaan logo dan tanda niaga

17

Page 18: BBPP1103_1161719001

Imej dan identity korporat sesebuah syarikat itu adalah sangat penting bagi memastikan sesebuah

syarikat itu dalam bersaing di dalam pasaran global pada hari ini. Penggunaan logo yang unik

seperti logo McDonald’s yang terkenal di serata dunia dapat menjamin syarikat untuk menjamin

peneraju tutama di dalam industri tersebut.

c. Menguruskan bajet yang diperuntukan bagi komunikasi dengan efektif

Sebagai seorang pengurus yang bertanggungjawab di dalam menguruskan urusan berkenaan

dengan komunikasi antara organisasi dan pelanggan, seseorang pengurus itu hendaklah bijak di

dalam menggunakan bajet yang telah diperuntukan di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang

telah dirancang oleh syarikat.

2.3.3 Keperluan Ilmu Pengetahuan Pengurus Pegawai Perhubungan

Sebagai seorang pengurus perhubungan yang tugasnya berbeza dengan pengurus-pengurus lain,

terdapat beberapa pengetahuan serta ilmu yang harus ada di dalam memegang jawatan ini.

Antaranya ialah:

a. Penguasaan Bahasa Inggeris

Sebagai seorang yang berperanan sebagai jurucakap syarikat, pengurus perhubungan awam perlu

mempunyai kemahiran yang baik di dalam pertuturan dan penulisan di dalam bahasa inggeris.

Kemahiran dari segi tatabahasa dan penggunaan bahasa inggeris yang sesuai amat kritikal

terutama sekiranya syarikat ingin bersaing di dalam pasaran global.

b. Pengetahuan Tentang Undang-Undang & Kerajaan

Pengurus perhubungan awam juga hendaklah mengetahui tatacara dari segi perundangan

sesebuah Negara dimana syarikat itu beroperasi. Kemampuan membina perhubungan yang baik

dengan agensi kerajaan dapat menjamin kestabilan syarikat tersebut,

c. Perkhidmatan Berorietasikan Pelanggan dan Individu

18

Page 19: BBPP1103_1161719001

Sebagai cabang utama syarikat di dalam menghubungkan pihak awam dengan syarikat, pengurus

perhubungan awam perlulah berkemahiran tinggi di dalam perkhidmatan pelanggan. Ini

menjamin kepuasan pelanggan sewaktu berhubungan dengan syarikat terbabit.

2.4 PERANAN SEBAGAI PENYAMPAI MAKLUMAT

Pengurus perlu berinteraksi dengan pihak lain dan membentuk satu jaringan kerja yang efektif.

Pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kenalan di dalam organisasi dan juga pihak lain yang

berada di luar organisasi dengan baik supaya kesannya akan menguntungkan organisasi itu

sendiri.

Rogers, Edwin , melihat komunikasi adalah satu proses pemindahan idea dan berkongsi

maklumat untuk mewujudkan kesefahaman di antara penyampai dan penerima maklumat.

Peranan komunikasi adalah sangat luas. Wright dan Schramm menyatakan bahawa antara

peranan komunikasi ialah pengawas keadaan sekeliling, penggalak perbincangan dan pembawa

idea kepada perubahan.

Dalam konteks organisasi, komunikasi dapat dilihat dari sudut hubungan yang terjadi di antara

jabatan dengan bahagian, bahagian dengan unit dan seterusnya. Dalam sesuatu organisasi,

individu-individu yang bernaung di bawah organisasi tersebut akan sentiasa berinteraksi semasa

menjalankan tugas atau untuk menyelesaikan masalah serta berusaha untuk mencapai matlamat

organisasi. Pada amalannya interaksi di antara individu terjadi melalui jaringan komunikasi yang

terdapat di tiap-tiap jabatan, bahagian dan unit adalah menunjukkan bentuk perhubungan dan

kegiatan kerja yang membolehkan organisasi melaksana, menyelaras dan mengawal aktiviti

kerja.

Dalam sesuatu organisasi yang berbentuk formal perhubungan individu serta pengaliran

maklumat dalam organisasi khususnya semasa menjalankan tugas terjadi dalam tiga bentuk

(Goldhaber, 1983, F. Luthan, 1985)

19

Page 20: BBPP1103_1161719001

Dalam konteks membentuk rangkaian kerja dengan pihak luar, pengurus perlu berbincangan

mengenai sesuatu projek dengan pengurus dari institusi latihan kemahiran, jabatan atau

organisasi lain. Pengurus juga perlu mengadakan perhubungan dengan pemimpin - pemimpin

masyarakat, pegawai kerajaan dan pengubah – pengubah polisi peringkat kebangsaan atau

tempatan.

Contoh peranan sebagai jurucakap ialah apabila beliau menghadiri mesyuarat pengarah –

pengarah di peringkat ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur, segala maklumat yang diterima akan

disampaikan kepada semua pekerja bawahan semasa beliau kembali ke institut. Beliau juga

berperanan untuk membentangkan laporan pencapaian pelajar – pelajar institut di sepanjang sesi

pengajian kepada Pengarah Bahagian Kemahiran di ibu pejabat MARA Kuala Lumpur pada

hujung semester.

Oleh kerana pengurus itu adalah penghubung individu, maka ia dianggap sebagai nadi penting di

dalam unitnya. Ia mungkin tidak mengetahui segala-galanya tetapi ia tentu mengetahui lebih

daripada kakitangan lain hasil hubungannya dengan kakitangan di dalam dan pihak luar.

a. Sebagai pengawas.

Sebagai pengawas, pengurus menjelajahi persekitaran untuk mendapatkan maklumat. Maklumat

dapat diperolehi melalui perbualan, percakapan, dan secara spekulasi. Memandangkan pengurus

itu berhubung dengan pihak lain, maka ia mempunyai kelebihan mengumpulkan maklumat untuk

organisasi.

b. Sebagai penyampai.

Pengurus mestilah berkongsi dan membahagikan maklumat yang diterima dari pihak luar.

Sebagai penyampai, pengurus perlu memberikan sebahagian daripada maklumat yang diperolehi

itu terus kepada kakitangan bawahannya yang tidak berpeluang mendapatkan maklumat tersebut.

Apabila kaki-tangannya mempunyai kesukaran untuk berhubung dengan kakitangan yang lain,

maka pengurus kadang kala hendaklah menghantarkan maklumat tersebut terus kepada

kakitangan yang lain itu.

20

Page 21: BBPP1103_1161719001

c. Sebagai jurucakap.

Sebagai jurucakap, pengurus menghantarkan sebahagian maklumatnya kepada mereka yang di

luar dari unitnya. Sebagai contoh, seorang penyelia pengeluaran di sebuah gedung

mencadangkan kepada pihak pembekal supaya mengubah jadual bekalannya untuk memenuhi

jadual pengeluaran gedungnya.

2.5 PERANAN SEBAGAI PERUNDING

Setiap organisasi akan berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan permintaan dari semasa ke

semasa. Tuntutan dan permintaan ini mungkin datang dari sebuah organisasi terhadap organisasi

luar, seperti contoh; tuntutan pihak pengurus syarikat A dari syarikat pembekal atau

pemasarannya dan juga tuntutan yang bersifat dalaman, seperti tuntutan kesatuan sekerja

terdahap majikan untuk menaikkan gaji tahunan. Penyelesaian segala masalah yang timbul

adalah melalui perundingan, iaitu para pengurus bertanggung jawab mewakili syarikatnya untuk

merunding mengenai sesuatu perkara dengan pihak luar untuk membela organisasinya dan juga

berusaha menyelesaikan sebarang pertikaian yang berlaku antar pihak pengurusan dengan pihak

pekerja.

Pengurus perlu mengambil tanggungjawab bagi mewakili organisasi untuk mengadakan

perbincangan dan tawar-menawar apabila wujudnya masalah atau konflik yang berkaitan.

Misalannya, timbul perselisahan berkenaan pembayaran pampasan, keselamatan dan kesihatan

subordinat dan persoalan diskriminasi di tempat kerja.

Pengurus akan bertindak berunding dengan mana-mana wakil subordinat atau wakil daripada

kesatuan sekerja. Pada masa yang sama, perundingan juga perlu dilakukan apabila terdapatnya

perselisihan dengan pelanggan, pembekal dan organisasi-organisasi yang lain. Oleh yang

demikian anda sebagai seorang pengurus perlu meningkatkan kemahiran sebagai seorang

perunding.

21

Page 22: BBPP1103_1161719001

Sebagai contoh, pengurus besar mengadakan perundingan dengan kesatuan sekerja atau

pengurus jualan mengadakan perundingan kontrak dengan pembeli atau pengurus akan

berunding dengan penyelia tentang isu-isu kerja dan lain-lain. Perundingan diibaratkan sebagai

satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup

untuk mengadakan perundingan.

2.6 PERANAN SEBAGAI PENCETUS IDEA

Pengurus akan dapat menyumbang idea untuk melaksanakan sesuatu projek dan membuat

keputusan yang sesuai berkaitan dengan masalah yang di hadapi. Pengurus juga terlibat dengan

usaha – usaha untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat di antara pekerja dalam

organisasi atau masalah yang berlaku semasa berhubung dengan pihak luar. Pengurus yang

berpengalaman dan berpengetahuan akan bertindak bersendirian mengatasi masalah tersebut.

Pekerja perlu dilibatkan untuk mendapatkan jalan penyelesaian sesuatu masalah jika sekiranya

dirasakan sumbangan idea daripada pekerja sesuai untuk menjayakan sesuatu keputusan. Jika

berlaku konflik di antara pengurusan dengan pengurus lain atau pekerja, pembekal atau

pelanggang terhadap sesuatu masalah, pengurus hendaklah bertindak menyelesaikan masalah

tersebut dengan mendapatkan keputusan secara bersama atau bermuafakat.

Contoh pengurus bertindak sebagai penyelesai masalah ialah mengatasi masalah kualiti

persekitaran dan latihan yang tidak tersusun. Pengurus telah membentuk satu jawatankuasa

amalan persekitaran berkualiti (5S). Dengan menetapkan sasaran untuk mendapatkan sijil.

3.0 ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN PERTAMA BERDASARKAN ARTIKAL

“PERANAN TUNGGAK”

Perkara utama yang harus diketahui ialah pemimpin merupakan agen perubahan dalam sesebuah

organisasi. Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan dalam

sesebuah organisasi. Di samping itu, pemimpin juga turut berperanan merangka serta

menjalankan pelan pembangunan. Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran

22

Page 23: BBPP1103_1161719001

yang mempunyai kolaborasi antara ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun

pembaharuan dalam organisasi.

Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana mereka merupakan

agen perubahan ketara dan aspek penting dalam menentukan keberkesanan pengurusan sesebuah

organisasi. Perkara utama yang harus kita ketahui ialah pemimpin merupakan agen perubahan

dalam sesebuah organisasi. Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai

wawasan dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pemimpin juga turut berperanan merangka

serta menjalankan pelan pembangunan. Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan

persekitaran yang mempunyai kolaborasi antara ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan

ataupun pembaharuan dalam organisasi.

pemimpin yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat

dan wawasan organisasi. Kepemimpinan sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawab

merealisasikan matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang

cemerlang secara holistik. “Pemimpin Unggul Penjana Utama Ke arah Kecemerlangan sesebuah

Organisasi”,slogan ini amat sesuai kita gunakan.

Dalam hal ini, pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai pemain utama dalam

usaha penambah baikan sekolah serta melestarikannya. Walau bagaimanapun, kepemimpinan

sekolah bukanlah hanya dipikul oleh pengetua sahaja, tetapi juga melibatkan guru yang

berkhidmat di sekolah tersebut. Kewujudan sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada

penyertaan yang berterusan daripada guru-guru yang kompeten. Perkara yang menjadi gandingan

mantap untuk memantapkan pengetua ialah kepimpinan transformasi. Kepemimpinan

transformasi sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang berkesan dan berupaya untuk

mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa kepada kecemerlangan

organisasi. Malahan, gaya kepemimpinan ini dikaitkan dengan gaya kepemimpinan karismatik

yang menunjukkan ciri-ciri dan tingkah laku unggul pemimpin yang berupaya untuk

membangkitkan inspirasi serta berkebolehan merangsang intelektual dan bertimbang rasa secara

individu terhadap orang bawahannya.

23

Page 24: BBPP1103_1161719001

MAJALAH JAUHARI (2010)

seseorang pemimpin itu harus berpandangan jauh iaitu dapat melihat dan merancang matlamat

organisasi dengan jelas seperti mana mantan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang

menjadikan Wawasan 2020 sebagai tunggak hala tuju kepimpinannya manakala Yang Amat

berhormat Datuk Sri Najib Abdul Razak dengan konsep Satu Malaysia. Selain itu pemimpin

harus mempunyai keupayaan dalam meneraju organisasi yang dipimpinnya sebagai satu dasar

kukuh untuk mendapat kepercayaan dalam menerajui sesebuah organisasi. Selalunya pengikut

akan taat dan patuh jika pemimpin mereka menunjukkan keupayaan yang luar biasa dan

mencapai standard yang tinggi dalam prestasi kepimpinannya seperti mendapat pengiktirafan

dunia seperti pengiktirafan oleh Arab Saudi ke atas Tun Abdullah Bedawi dalam misinya

memertabatkan Agama Islam di tahap antara bangsa dalam kepimpinannya.

Menurut kajian Growing Global Executive Talent pada tahun 2008 oleh DDI menyokong

bahawa trait dan etika memainkan peranan penting dalam menentukan kemahiran kepimpinan

seseorang di mana dapat kajian tersebut mendapati komponen dalam trait kepimpinan individu

seperti keupayan memmtivasi pasukan (34.7%), dapat menjalankan tugas dengan pelbagai

budaya (33.5%), membangunkan sifat semulajadi (25.7%) dapat membuat keputusan (23.8%),

keupayaan mengatur strategi (23.81%) kreativiti dan inovasi (22.8%) manakala yang berhubung

dengan etika adalah 16% dan selebihnya adalah berkaitan dengan sahsiah diri, kemahiran

interpersonal dan personal dan lain-lain (Johannsen, 2010).

Sehubungan dengan itu, untuk mencapai kepimpinan yang cemerlang seseorang ketua atau

pemimpin seharusnya mempunyai trait yang baik dan sesuai bagi menjadikannya seorang ketua

di samping berpegang teguh kepada peraturan dan kod etika sesuatu organisasi atau pertubuhan

di mana beliau selaku pemimpin. Menurut Walker (2005) menjelaskan bahawa pemimpin yang

berpegang teguh kepada kod etika akan dapat memertabatkan dirinya dan jika seseorang

pemimpin tidak mengamal atau melanggar kod etika yang telah ditetapkan sama ada yang telah

ditentukan atau etika sebagai seorang individu dalam masyarakat maka sudah tentu imej atau

24

Page 25: BBPP1103_1161719001

kreadibiliti beliau sebagai pemimpin akan terjejas. Contohnya banyak pemimpin yang mulanya

disanjung dan dihormati seluruh masyarakat dunia jatuh kerana masalah peribadi seperti pecah

amanah, skandal seks, rasuah dan hilang kepercayaan.

Menurut Adair (2009), untuk mendapat ketua atau kepimpinan yang disegani maka para

pengikut seharusnya melihat seseorang yang hendak dilantik sebagai ketua atau pemimpin

hendaklah dilihat sama ada dia mampu diangkat sebagai seorang ketua, berpengetahuan sesuai

dengan matlamat organisasi, bijak mengurus masa, bijak mengendali dan merancang serta

mengawal sesuatu serta boleh menilai sesuatu dengan berdasarkan pencapaian. Oleh itu, ketua

dan pengikut perlu memainkan peranan penting dalam menentukan siapakah yang layak menjadi

pemimpin dalam sesuatu organisasi.

4.0ANALISIS PERANAN PENGENALAN PENGURUSAN KEDUA BERDASARKAN

ARTIKAL YANG KE 2

“PERANAN PEMIMPIN”

Peranan pengurusan ke 2 adalah “Pemimpin” Dalam Islam pemimpin disebut dengan Khalifah.

Khalifah (Ar.: Khaliifah adalah wakil, pengganti atau duta). Sedangkan secara itilah Khaliifah

adalah orang yang bertugas menegakkan syariat Allah s.w.t , memimpin kaum muslimin untuk

menyempurnakan penyebaran syariat Islam dan memberlakukan kepada seluruh kaum muslimin

secara wajib, sebagai pengganti kepemimpinan Rasulullah s.a.w .

Dari pengertian diatas jelas bahwa pemimpin menurut pandangan Islam tidak hanya menjalankan

roda pemerintahan begitu saja namun seorang pemimpin harus mewajibkan kepada rakyatnya

untuk melaksanakan apa saja yang terdapat dalam syariat Islam walaupun bukan beragama

Islam. Serta mempengaruhi rakyatnya untuk selalu mengikuti apa yang menjadi arahan dari

seorang pemempin.

25

Page 26: BBPP1103_1161719001

Kebanyakan orang mengaitkan kepimpinan dengan kuasa. Dengan kuasa yang ada, pemimpin

mampu melakukan apa sahaja termasuk memaksa orang bawahan tunduk kepada telunjuk

mereka atau menekan dan mengganggu kehidupan orang-orang yang tidak mereka sukai melalui

tekanan mental atau fizikal. Keadaan ini memang wujud tetapi ia bukanlah cara kepimpinan yang

harus dijadikan contoh. Pemimpin yang hebat perlu bijak menaikkan semangat orang-orang yang

mereka pimpin agar turut bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi atau negara. Mereka

mampu membuka mata pengikut-pengikut untuk melihat gambaran organisasi secara meluas.

Jadi, bagaimanakah cara anda ingin mempengaruhi orang yang anda pimpin untuk mengikut

anda? Orang zaman sekarang sudah banyak terdedah kepada pelbagai informasi yang boleh

didapati melalui buku-buku, majalah-majalah, televisyen, radio, internet dan macam-macam lagi.

Jadi, mereka ini tidak mudah untuk dipengaruhi dan tidak akan menerima segala cadangan atau

arahan tanpa menyuarakan soalan atau pendapat mereka sendiri. Namun, mereka akan

mendengar dan mengikut arahan pemimpin jika mereka nampak arah yang ingin dituju dengan

jelas. Tetapi mereka akan merasa ragu untuk mengikut pemimpin yang tidak pasti ke mana ia

ingin membawa orang-orang yang dipimpin dan sentiasa berdolak-dalik dengan kata-kata dan

tindakan ke atas orang yang anda pimpin. Ia boleh dilihat melalui perwatakan anda dan tindak

tanduk mereka.

Menjadi seorang pemimpin tidak hanya berkisar pada kemahiran apa yang anda miliki,

kebijaksanaan anda, apa yang anda tahu dan apa yang anda lakukan. Anda adalah ibarat cermin

kepada pengikut anda. Apa yang anda lakukan menjadi ikutan mereka.

Kajian ada menunjukkan salah satu kunci kejayaan pemimpin adalah kepercayaan dan keyakinan

penuh yang diberi oleh pengikut kepada pemimpin mereka. Jika mereka percaya kepada

seseorang pemimpin, mereka sanggup 'meredah lautan' dan melakukan apa sahaja untuk

membantu pemimpin tersebut mencapai sesuatu matlamat. Kepercayaan ini amat penting kerana

apabila timbul keraguan terhadap kepimpinan anda, keadaan akan menjadi tidak stabil dan

kucar-kacir. Ini akan membantut usaha anda untuk menyatupadukan pasukan yang anda pimpin.

26

Page 27: BBPP1103_1161719001

Kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin dibina melalui perhubungan yang baik di antara

pemimpin dan orang-orang yang mereka pimpin, komunikasi yang jelas dan ketinggian etika

seorang pemimpin. Jika kuat dan utuh hubungan anda dengan orang yang dipimpin, maka akan

bertambah kuatlah kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kebolehan anda sebagai seorang

pemimpin yang boleh mereka harapkan.

Jadilah pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Seorang pemimpin yang hebat tidak akan

mengaku bahawa kejayaan yang diraih adalah semata-mata kerana usaha mereka seorang tetapi

ia adalah hasil titik peluh dari setiap pekerja yang telah bersama-sama berusaha untuk

menjayakan usaha tersebut

Pemimpin akar umbi seperti ketua kampung dan imam memainkan peranan penting dalam

menentukan corak kepimpinan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk

Seri Mohd. Shafie Apdal.

Sehubungan itu, Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pemimpin akar umbi

berkenaan perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan

berkesan kerana kegagalan berbuat demikian boleh memberi tempias kepada kepimpinan negara.

"Saya memperingatkan mereka (pemimpin akar umbi) tentang betapa pentingnya pilihan raya

akan datang untuk kita mempunyai pemimpin yang boleh menjadi tempat kita bergantung bukan

hanya dalam memimpin negara tetapi juga dalam konteks landasan agama Islam.

"Kita perlukan seorang pemimpin yang boleh membawa kita ke arah kejayaan selaku umat Islam

di negara ini dan bukan ke arah yang terpesong," katanya selepas mengadakan perjumpaan

dengan ketua kampung dan imam di sini semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

27

Page 28: BBPP1103_1161719001

Menurutnya, umat Islam di negara ini tidak boleh silap memilih pemimpin kerana sekali berlaku

kesilapan ia akan memudaratkan umat dan negara.

Teknologi Dekatkan Pemimpin Dengan Rakyat

Laman interaktif sosial Twitter kini semakin hangat menjadi pilihan pengguna apabila selain

selebriti, para pemimpin dilihat menggunakannya sebagai medan perdebatan pelbagai isu secara

langsung dengan rakyat termasuk mengumpul sebanyak mungkin pengikut.

Mendahului para pemimpin negara Asia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib

Tun Razak menjadi peneraju yang kini mengumpul hampir 70,000 pengikut, tidak termasuk

pengikut beliau di laman interaktif Facebook.

Laman #tanyanajib kini begitu meriah apabila dihujani ribuan soalan dan pendapat yang serius

dan kelakar daripada pelbagai lapisan masyarakat. Daripada persoalan mengenai isu-isu dunia,

negara, pendidikan dan sosial, soalan berunsur peribadi turut diajukan.

Populariti yang diraih Najib juga dirasai beberapa ahli politik dalam negara yang turut membuka

akaun Twitter untuk menyampaikan ideologi mereka antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Khairy Jamaluddin.

Pensyarah Jabatan Komunikasi dan Media, Kolej Antarabangsa INTI Subang, Mohd. Khairul

Irwan Mansor berpendapat, para mahasiswa universiti harus memanfaatkan peluang berinteraksi

secara langsung dengan perdana menteri dan pemimpin lain bagi menyampaikan idea dan

pandangan mereka.

“Para pelajar dapat menyuarakan pelbagai isu membabitkan remaja dan belia serta

membincangkan masalah-masalah dalam pendidikan, sosial dan sebagainya.

28

Page 29: BBPP1103_1161719001

“Tidak semestinya perlu suarakan pandangan mereka berkaitan isu politik, sebaliknya perkara-

perkara yang dekat dengan diri mereka,” katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maizatul

Akmal Yahaya pula menggalakkan lebih ramai rakyat melihat perkembangan laman Twitter

pemimpin bagi mengetahui perkembangan terkini dalam negara dengan lebih pantas berbanding

media tradisional.

“Saya sering mengikuti perkembangan laman Twitter perdana menteri dan saya lihat beliau

sering menghantar maklumat mengenai inisiatif terbaru yang diambil kerajaan termasuk

perkembangan aktiviti hariannya.

“Contohnya, baru-baru ini beliau mengumumkan pelancaran Dana Belia bernilai RM20 juta di

laman Twitter beliau,” katanya.

Tambahnya, kewujudan laman Twitter pemimpin menunjukkan mereka serius dengan komitmen

mendekati rakyat secara langsung tanpa pihak ketiga.

“Perdana Menteri juga menjawab soalan-soalan remeh mengenai kehidupan peribadi beliau sama

ada di Twitter, Facebook atau YouTube,” katanya.

Jurutera Darco Industrial Water Sdn. Bhd., Md. Jazli Md. Johari bagaimanapun meragui

kesemua komen-komen, idea dan pandangan pengikut laman Twitter para pemimpin negara

sempat dibaca sepenuhnya oleh para pemimpin berkenaan.

“Saya yakin ribuan pandangan dikemukakan masyarakat setiap hari tetapi tidak semuanya akan

mendapat perhatian serius. Bayangkan berapa ribu komen baru yang masuk setiap hari ke dalam

laman Twitter berkenaan.

29

Page 30: BBPP1103_1161719001

“Adakah pemimpin mempunyai masa untuk meneliti kesemua pandangan masyarakat yang

diajukan,” katanya.

Sementara itu, di laman Twitter Najib, beliau memberitahu seronok membaca soalan kreatif

rakyat dan menyediakan jawapan kepada beberapa soalan menerusi video di laman YouTube.

Selain media massa, segala aktiviti Najib juga dapat diikuti melalui Twitter.

Beliau juga berkata akan cuba untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan serta meminta

diberikan masa untuk meneliti soalan-soalan tersebut.

Salah satu soalan yang dijawab di laman YouTube ialah soalan oleh pemilik akaun Twitter,

Danial Fahmi mengenai perancangan perkembangan belia di Malaysia bagi membanteras

masalah sosial secara berterusan.

Dalam pada itu, pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Abdul Amir Abdul Malik, 19,

berkata dia pernah menyampaikan ucapan tahniah kepada perdana menteri melalui laman Twitter

#tanyanajib kerana menjadikan Twitter sebagai medium untuk mendekati rakyat.

“Bagi saya ia adalah perkara yang hebat apabila pemimpin negara mempunyai akaun Twitter.

Najib ialah perdana menteri pertama di Asia yang mempunyai akaun Twitter.

“Kini, pelajar juga dapat berhubung dengan pemimpin tanpa melalui prosedur yang ketat,”

katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohamad Izwan Ismail, 24, pula berasa hairan

apabila perdana menteri mempunyai masa untuk melayani soalan-soalan di Twitter.

“Tetapi saya lihat ada banyak perkara yang sebelum ini tidak diketahui masyarakat diperoleh di

sini, contohnya aktiviti-aktiviti dan pelan-pelan yang dijalankan perdana menteri.

30

Page 31: BBPP1103_1161719001

“Tetapi saya yakin beliau ada pembantu yang memantau perjalanan laman Twitter itu,” katanya.

Terdedah serangan penggodam

Pakar Teknologi Maklumat, Kavitha Muthy pula berkata, Twitter merupakan trend terkini para

ahli politik bagi menyebarkan ideologi mereka tetapi ia adalah kaedah berkesan dan pantas untuk

maklumat sampai dengan cepat kepada rakyat.

Ciri-Ciri Yang Baik Mengikut Padangan Tokoh Terkemuka

Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin

perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut.

Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam

melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera

yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan

adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin

daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai

anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna.

(Ahmad Ibrahim Abu Sin, ).

Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang

hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya.

Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan

pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak

melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali

perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin

juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para

ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-

31

Page 32: BBPP1103_1161719001

undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama

Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, ).

Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa

seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri.

Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah

organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi

atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa Hj.

Daud).

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang pemimpin

perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai

modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik.

Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama,

kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud).

Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana

berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang

pemimpin. (Mustafa Hj. Daud).

5.0 ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN KETIGA BERDASARKAN ARTIKAL

YANG KE 3

“PERANAN PERUNDING”

32

Page 33: BBPP1103_1161719001

Accenture, perunding pengurusan, teknologi dan penyumberan luar terkemuka dunia

menyifatkan strategi kerajaan mendapatkan perkhidmatan perunding luar untuk merumus dasar

sebagai langkah terbaik untuk mencapai penggunaan sumber dengan lancar dan teratur.

Pengarah Urusan Analisis ASEAN, Nils Michaelis, berkata langkah itu mampu

mengoptimumkan sumber dana kerajaan yang diperoleh daripada cukai untuk digunakan secara

tepat bagi mencapai objektif pentadbiran kerajaan yang terbaik.

Katanya, perkhidmatan itu membolehkan kerajaan mencari kaedah amalan pentadbiran terbaik

pada peringkat global dan berkesan yang mana secara tidak langsung ia menjadikan perbelanjaan

negara lebih berbaloi.

Pentadbiran Lestari

“Selain manfaat pentadbiran lestari, perubahan arah aliran dalam perkhidmatan analisis

perunding luar juga mungkin menjadi faktor perkhidmatan itu semakin mendapat sambutan kini

terutamanya dalam ekonomi baru sedang membangun, berbanding sebelum ini hanya tertumpu

di negara maju.

“Perubahan teknologi dan kandungan data yang besar juga memerlukan analisis tepat dan

berkesan menerusi perkhidmatan perunding luar kerana industri analisis data menjadi semakin

kompleks lebih-lebih lagi selepas lonjakan penembusan internet mudah alih,” katanya dalam satu

taklimat di Kuala Lumpur.

Beberapa pihak sebelum ini mempertikaikan kewajaran langkah kerajaan yang didakwa

membelanjakan RM7.2 bilion mendapatkan firma perunding antara tempoh 2009-2013.

Kurang Tenaga Pakar

33

Page 34: BBPP1103_1161719001

Accenture berkata, perkembangan teknologi dan pertambahan populasi menjadikan data lebih

kompleks untuk dianalisis dan industri itu menghadapi kekurangan tenaga pakar terutama

dengan kelebihan skil analisis.

“Tindakan untuk mendapatkan perkhidmatan perunding luar adalah terbaik kerana ia

mengurangkan beban kewangan kerajaan menanggung kakitangan dan cabang pentadbiran khas

analisis kompleks disamping memperoleh hasil dimahukan,” katanya.

Mengikut kajian syarikat itu, purata syarikat besar yang menggunakan perkhidmatannya meraih

peningkatan perniagaan antara 20 peratus hingga 50 peratus hasil keberkesanan perkhidmatan

analisis komersial Accenture.

Tinjauan 400 syarikat

Sementara itu, laporan perkhidmatan analisis Accenture hasil tinjauan 400 syarikat ASEAN

membabitkan sektor awam, perbankan, sumber, komunikasi dan pembuatan menunjukkan 76

peratus pengurus kanan responden komited mengambil kira analisis dalam membuat keputusan.

Bagaimanapun, hanya 19 peratus responden terbabit berpuas hati dengan keberkesanan

menggunakan analisis dalam membuat keputusan ekoran kekurangan tindakan yang betul bagi

melaksanakan polisi atau perubahan.

Artikal Berita Harian

6.0 KESIMPULAN

34

Page 35: BBPP1103_1161719001

Secara keseluruhannya, pengurus telah menunjukkan komitmen yang baik selaku penyebar

maklumat dalam memimpin organisasi mereka. Kesemua mereka didapati jelas, memahami dan

kerap memainkan peranan tersebut. Hal ini seperti yang diakui oleh kakitangan organisasi

subordinat yang bersetuju bahawa pemimpin mereka telah menjalankan peranan tersebut. Secara

tidak langsung dapatan ini juga menunjukkan subordinat sedar akan kepentingan mengurus

maklumat oleh pemimpin mereka. Peranan ini boleh mempengaruhi perjalanan dan iklim

organisasi. Selain itu, peranan penyebar maklumat penting bagi memastikan perjalanan

pementasan lancar. Secara tidak langsung maklumat yang disampaikan dengan betul dapat

membantu dalam mengadakan persembahan yang berjaya.

Justeru itu, bahawa individu yang bergelar pemimpin berwibawa itu merupakan seorang insan

yang memiliki sifat keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain dalam sesuatu kelompok.

Kewibawaan yang dimiliki akan membantu seseorang pemimpin itu dalam memimpin keluarga,

masyarakat, dan negara dengan lebih berkesan dan sempurna. Sebagaimana yang telah

ditegaskan, kewibawaan merupakan satu asas penting yang membolehkan seseorang pemimpin

mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta memupuk motivasi ahli-ahli organisasi dalam

melaksanakan amanah yang diberikan. Sesuatu kemahiran dalam apa jua bidang yang dimiliki

oleh seseorang pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaanya. Jadi, kemahiran pengurusan

yang dimiliki oleh seseorang pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaannya dalam

mentadbir dan menguruskan organisasi.

Untuk mendapatkan kepimpinan yang berkualiti perlulah ada perhubungan antara pemimpin

dengan pihak lain dalam menjalankan semua perubahan dan tugas walaupun peranan ketua

adalah sangat penting. Peranan ketua adalah amat penting tetapi ia memerlukan sokongan dan

bantuan daripada rakan sekerja yangsama.

7758 Patah Perkataan

35

Page 36: BBPP1103_1161719001

7.0 RUJUKAN

Ab Samad Kechot (1998) Bentuk-bentuk komunikasi dan kesan ke atas organisasi: Satu kajian

ke atas Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur (Tesis Sarjana Sastera). Fakulti Sains Sosial

dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab Samad Kechot (2005) Istana Budaya: Kajian mengenai kepimpinan dan pengurusannya (PhD

Dissertation). Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd (1997) Komunikasi untuk pemimpin. Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and

Spa

Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Atory Hussain (1986), Tingkahlaku organisasi dalam pengurusan moden. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

“Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Dalam Sesebuah Organisasi” Diperolehi Pada 4 Julai 2014

daripada world wide web : http://mylittletask.blogspot.com/2010/11/ciri-ciri-pemimpin-yang-

baik-dalam.html

“Pengurusan Sumber Manusia” Diperolehi Pada 4 Julai 2014 daripada world wide web :

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/bbsm-1103-pengurusan-sumber-manusia/

“Perhubungan Awam” Diperolehi Pada 8 Julai 2014 daripada world wide web :

http://perjuanganosmaismail.blogspot.com/2011/09/sem6-perhubungan-awam.html

36

Page 37: BBPP1103_1161719001

“Trait Dan Etika Pemimpin” Diperolehi Pada 10 Julai 2014 daripada world wide web :

http://arenchek.blogspot.com/2012/03/trait-dan-etika.html

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

y=2008&dt=1007&pub=kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm#ixzz37WV08xAl

http://www.bharian.com.my/articles/Gunakhidmatperundingluarlangkahterbaik/Article/

http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/emajalah2010.pdf

37