bbmn

36
BAHAN BANTU BELAJAR

Upload: liew-hui-hui

Post on 30-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Bahan Bantu Belajar Untuk Mengatasi Masalah Pengamatan

Bahan Bantu Belajar

Bahan Bantu Belajar (BBB) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

Kepelbagaian BBB dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar.

Pengenalan

Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan.

Kepentingan Bahan Bantu Belajar(BBB) dalam Pengajaran dan PembelajaranKepentingan BBBMengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBB bolehlah dirumuskan seperti berikut:

BBB menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBB seperti berikut:

memberi rangsangan dan minat murid-muird.membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

Menurut Mok Soon Sang, 1996:

Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran.Jenis-jenis BahanJenis-jenis Bahan Bantu Belajar dalam kumpulan maujud diklasifikasikan kepada 3 kumpulan seperti berikut:bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

BBB Jenis Maujud2. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah, peta dan sebagainya.

3. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya.

BBB Jenis MediaKelebihan dalam penggunaan BBB jenis media:Dapat memotivasikan murid dalam pembelajaran.Bermotivasi untuk belajar dengan menggunakan medium yang baru.Menarik jika dibandingkan dengan chalk & talk Mengaplikasikan kesemua unsur multimedia dapat menarik perhatian pengguna

BBB yang diklasifasikan dalam kumpulan media adalah: bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem bergerak dan sebagainya.sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan sebagainya.sistem video/TV/komputer: perakam pita video, rencana, dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya.

BBB Jenis Teknologi Maklumat dan KomunikasiKewujudan bahan teknologi pendidikan dikatakan berupaya meningkatkan kefahaman mengenai konsep penggunaan bahan bantu belajar (BBB) dalam pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung berupaya mempertingkatkan strategi metakognitif dalam pengajaran dan seterusnya meningkatkan proses kognitif pelajar. Selain itu, kelebihan dalam penggunaan BBB jenis teknologi maklumat dan komunikasi adalah seperti berikut:Mesra PenggunaIkon yang digunakan dalam pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Arahan tidak mengelirukanInteraktifDapat membenarkan keadaan pembelajaran yang aktif

BBB yang diklasifasikan dalam kumpulan teknologi maklumat dan komunikasi adalah:KomputerInternetE-pembelajaran

Ciri-ciri BahanKESESUAIANBahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

Melibatkan pelbagai deria terutamanya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini penting untuk murid yang bermasalah pengamatan dapat merasai dan memahami sesuatu konsep melalui pancaindera mereka.Boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran.

PELBAGAI KEGUNAANMenghasilkan BBB yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar dan kecil.

Mudah dibawa ke dalam kelas dan ke luar bilik darjahMUDAH ALIHGuru harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentuKegunaan BBB boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan murid.Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

ADAPTASIBahan-bahan boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana pelajar-pelajar harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang dijalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya. Guru menghasilkan BBB dengan bahan-bahan yang selamat digunakan oleh kanak-kanak seperti kain flanel yang lembut.Tidak menggunakan biji-bijian yang kecil seperti kacang dalam BBB untuk mengelakkan kanak-kanak menelannya.BBB sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.KESELAMATANGuru memberitahu murid-muridnya tentang cara mengendalikan BBB yang betul supaya mereka tidak mengalami sebarang kesulitan apabila menggunakannya. Jika semua murid menggunakan BBB dengan berhati-hati, maka kecederaan atau kemalangan dapat dielakkan.

Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya. KESULITAN MENGIKUT PERINGKATBahan itu kemas dan utuh dari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti.Dibuat dengan perincian yang tepat. Namun,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya.Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah.

Tahan lama dan ekonomimenarik dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada BBB berkenaan. Warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan. Warna berfungsi sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Menarik

Sekian, Terima Kasih!!!