bbm observe 1

9
Mari lihat gambar

Upload: aisian-lim

Post on 01-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Mari lihat gambar

Ayat tunggal susunan songsangApi boleh menyebabkan kebakaranKebakaran boleh disebabkan oleh api.

Ibu menyimpan mancis di tempat yang tinggi.Mancis disimpan oleh ibu di tempat yang tinggi.

Berhati-hati ketika melalui jalan yang licin.Ketika melalui jalan yang licin, berhati-hati.

Tutup semua peralatan elektrik sebelum meninggalkan rumah.Sebelum meninggalkan rumah, tutup semua peralatan elektrik.

Kebakaran itu berlaku disebabkan oleh kecuaian manusia.Disebabkan oleh kecuaian manusia, kebakaran itu berlaku.

Berkelah di Pantai Teluk CempedakHore! Hore! Kita sudah sampai di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Kamal dan adiknya melompat-lompat gembira.Bapa pun mencari tempat yang sesuai. Bapa membentangkan tikar lalu meletakkan barang-barang di atas tikar itu. Ibu membantu bapa mengangkat barang-barang itu.Ibu, bolehkah kami bermain bola di pantai? tanya Kamal.Boleh, tetapi kamu jangan pergi ke kawasan yang berbatu-batu. Kawasan itu licin dan berbahaya, kata ibu.Baiklah ibu, kata Kamal dan adiknya. Tiba-tiba, wajah ibu nampak cemas kerana Kamal dan adiknya sudah hampir ke laut. Bapa cepat-cepat mendapatkan mereka.Kamal perlu berhati-hati semasa di laut. Kanak-kanak tidak boleh bersendirian di laut kerana tempat itu berbahaya dan kamu boleh lemas, kata bapa.Oh, Kamal minta maaf, ayah! Adik, mari kita bermain berhampiran dengan ibu, kata Kamal sambil memimpin tangan adiknya.