bbek1103

Upload: jeshwary-kumar

Post on 19-Oct-2015

205 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

BBEK1103

TRANSCRIPT

MODUL 2

KEANJALAN PERMINTAAN

Tindakbalas pengguna untuk mengubah kuantiti barangan diminta apabila harga barangan berubah adalah amat penting kepada firma. Menurunkan harga barangan boleh membawa peningkatan jumlah hasil jika jualan dapat ditingkatkan secukupnya. Justeru itu untuk mempengaruhi jualan, firma memerlukan polisi perletakkan harga yang strategik yang akan juga mempengaruhi kos pengeluaran dan keuntungan.

Konsep keanjalan mengukur tahap tindakbalas kuantiti barangan diminta apabila faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan berubah. Terdapat tiga faktor yang utama iaitu harga, pendapatan dan harga barangan berkaitan. Penurunan harga misalannya boleh membawa peningkatan jumlah hasil jika kuantiti diminta meningkat dengan lebih banyak Disebaliknya, tindakan menurunkan harga boleh juga mengurangkan jumlah hasil jika tindakan tersebut tidak dapat mempengaruhi jumlah kuantiti barangan diminta. Berdasarkan faktor yang dianalisa, terdapat 3 jenis keanjalan; keanjalan harga, keanjalan pendapatan dan keanjalan silang. Perbincangan seterusnya akan dibahagikan mengikut jenis keanjalan di atas.

KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

Keanjalan harga melihat tindakbalas kuantiti barangan diminta terhadap perubahan harga Ianya boleh diukur dengan mengira kecerunan keluk permintaan. Keanjalan harga (Ep) dikira dengan membahagikan peratus perubahan kuantiti barangan diminta dengan peratus perubahan harga, ceteris paribus.

Di mana ( P dan (Q merujuk kepada perubahan di dalam kuantiti dan harga barangan. Nilai negatif yang didapati menunjukkan perhubungan di antara harga dan kuantiti barangan yang diminta. Nilai keanjalan adalah nilai mutlak (absolute value) yang dikira. Keanjalan boleh dibahagikan kepada dua seperti berikut :-

i. Keanjalan harga titik

Ianya mengukur keanjalan harga pada satu titik di atas keluk permintaan. Dalam ertikata lain, ianya mengukur keanjalan pada satu tingkat harga sahaja.

Illustrasi 1

Rajah 1 : Keanjalan Harga Titik

Formula di atas menunjukkan keanjalan harga titik bagi keluk permintaan. Sebagai contoh, bagi keluk Dx di atas, pada titik B, keanjalan permintaan adalah seperti berikut :-

Ini bermakna kuantiti barangan diminta berkurangan sebanyak 5% bagi setiap 1% peningkatan harga, dengan andaian faktor lain tidak berubah. Untuk melihat nilai keanjalan setiap titik pada Dx, sila rujuk jadual di bawah.

Jadual 1 : Nilai Keanjalan Harga bagi Keluk Permintaan Linear

TitikPengiraanNilai keanjalanTahap

B-1(5/1)-5Anjal

C-1(4/2)-2Anjal

D-1(3/3)-1Unitari

E-1(2/4)-0.5Kurang anjal

F-1(1/5)-0.2Kurang anjal

Hasil daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pada satu keluk permintaan yang berbentuk linear, tahap keanjalan adalah berbeza pada setiap tingkat harga. Di sepanjang keluk permintaan, pada peringkat di atas titik tengah, Ep lebih besar daripada 1, pada titik tengah, Ep =1 dan di bawah titik tengah, Ep kurang daripada nilai 1. Ini bermakna, keluk permintaan yang bersifat cerun negatif lebih anjal atas daripada titik tengah dan kurang anjal di bawah titik tengah.

ii. Keanjalan harga lengkuk

Selalunya kita akan cuba mengukur keanjalan di antara dua titik di atas keluk permintaan. Ini dikenali sebagai keanjalan harga lengkuk. Jika kita menggunakan formula keanjalan harga titik, ianya akan memberi hasil yang berbeza mengikut arah perubahan harga, samada meningkat atau menurun.

Untuk mengukur perubahan harga daripada titik C ke D menggunakan formula keanjalan titik adalah seperti berikut.

Tetapi bagi pergerakkan daripada D ke C, nilai keanjalan adalah berbeza.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kita akan menggunakan formula di bawah untuk mengukur keanjalan harga lengkuk iaitu menggunakan purata harga dan kuantiti di antara dua titik.

Di mana subskrip 1 dan 2 menunjukkan nilai awal dan nilai baru harga dan kuantiti. Dengan menggunakan formula di atas, kita dapati bahawa perubahan daripada titik C ke D atau D ke C adalah sama.

Illustrasi 3

Ini bermakna di antara dua titik pada keluk permintaan Dx, perubahan 1% harga secara purata membawa 1.4% perubahan ke atas kuantiti barangan X diminta. Nilai negatif menunjukkan hubungan negatif di antara harga dan kuantiti barang X diminta.

Jika dibandingkan keanjalan keluk permintaan individu dan keluk permintaan pasaran, keanjalan keluk permintaan individu adalah lebih anjal kerana wujudnya barangan pengganti daripada firma lain. Keanjalan permintaan pasaran lebih rendah kerana adalah lebih sukar untuk mencari pengganti daripada industri atau pasaran yang lain.

Nilai keanjalan titik boleh juga dikira daripada fungsi regressi yang didapati seperti di bawah :-

Nilai (Q/(P adalah ditunjukkan oleh nilai koefisien a1. Oleh itu formula keanjalan permintaan harga ialah

KEANJALAN HARGA, JUMLAH HASIL & HASIL MARGINAL

Hubungan di antara keanjalan permintaan harga, jumlah hasil dan hasil marginal adalah sangat penting kerana sifat keanjalan keluk permintaan menentukan samada tindakan mengubah harga akan membawa pulangan yang positif atau negatif kepada keuntungan firma. Jumlah hasil bersamaan harga didarab dengan kuantiti jualan,

manakala hasil marginal ialah perubahan jumlah hasil dengan se unit perubahan kuantiti keluaran atau jualan.

Di mana

TR =Jumlah hasil

P=Harga barangan

Q=Kuantiti barangan

MR=Hasil marginal

Tiga situasi akan berlaku kesan daripada penurunan harga yang bergantung kepada sifat keanjalan permintaan.

Jadual 2 : Kesan Penurunan Harga Barangan ke atas Jumlah Hasil

Keanjalan permintaanKesan ke atas jumlah hasil

AnjalEp >1Meningkat

Anjal unitari/ satuEp = 1Tidak berubah

Tidak anjalEp