basuhkepala

Download basuhkepala

If you can't read please download the document

Upload: fahmi2010

Post on 10-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

basuh kepala

TRANSCRIPT

Ertinya : Ya Allah! Halangilah rambutku dan kulitku dari neraka. Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansari r.a: Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk menceduk air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau menceduk air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau menceduk lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau menceduk lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk. Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 346