baru

15
6.0 PERBANDINGAN ANTARA DIALEK KELANTAN DAN KEDAH Telah kita ketahui bahawa apabila dua dialek yang sememangnya relatifnya berbeza dari segi tempat, negeri, budaya dan masyarakat, perbezaan yang ketara dapat dikenal pasti, namun perbezaan ini memberi keunikan yang tersendiri kepada kedua-dua dialek ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang telah dikenalpasti selepas kajian dilakukan 6.1 Persamaan subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara Setelah kajian ilmiah dilakukan, terdapat beberapa persamaan yang dapat dikenalpasti iaitu persamaan fonologi dan semantik daripada empat konteks daripada keseluruhan kajian yang dijalankan. Dari konteks fonologi, terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara yang mempunyai persamaan. Perkataan yang mempunyai persamaan bunyi serta contoh ayat boleh dirujuk dalam Jadual 1. Subdialek Kota Bharu Subdialek Kedah Utara Perkataan : katok Contoh ayat : Mung nok keno katok ko? Perkataan : katok Contoh ayat : Katok ulaq tu cepat.

Upload: ahmad-zulhafiz

Post on 26-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

baru

TRANSCRIPT

6.0 PERBANDINGAN ANTARA DIALEK KELANTAN DAN KEDAH

Telah kita ketahui bahawa apabila dua dialek yang sememangnya relatifnya berbeza dari segi tempat, negeri, budaya dan masyarakat, perbezaan yang ketara dapat dikenal pasti, namun perbezaan ini memberi keunikan yang tersendiri kepada kedua-dua dialek ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang telah dikenalpasti selepas kajian dilakukan

6.1 Persamaan subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah UtaraSetelah kajian ilmiah dilakukan, terdapat beberapa persamaan yang dapat dikenalpasti iaitu persamaan fonologi dan semantik daripada empat konteks daripada keseluruhan kajian yang dijalankan.

Dari konteks fonologi, terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara yang mempunyai persamaan. Perkataan yang mempunyai persamaan bunyi serta contoh ayat boleh dirujuk dalam Jadual 1.

Subdialek Kota BharuSubdialek Kedah Utara

Perkataan : katokContoh ayat : Mung nok keno katok ko?Maksud : Kamu nak kena pukul?

Perkataan : katokContoh ayat : Katok ulaq tu cepat.Maksud : Pukul ular tu cepat

Perkataan : ComeContoh ayat : Come anok demo.Maksud : Comel anak kamu.Perkataan : ComeContoh ayat : Awat come sangat aih anak hang tu?Maksud : Kenapa comel sangat anak kamu itu?

Jadual 1

Dalam subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara, persamaan bagi perkataan comel dan pukul telah dikenal pasti. Cara untuk membunyikan kedua-dua perkataan juga turut mempunyai persamaan. Perkataan come dalam subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara membawa maksud comel dalam bahasa Melayu baku, iaitu kata adjektif. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2009:286), comel bermaksud cantik dan menarik.

Begitu juga dengan kata adjektif pukul. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2009:1243), pukul bermaksud ketuk. Perkataan katok membawa erti pukul dalam bahasa Melayu. Hal ini boleh dilihat dalam Jadual 1. Perkataan tersebut sering kali digunakan dalam pertuturan seharian masyarakat di Kelantan dan Kedah.

Manakala, dari konteks semantiknya pula, terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara yang mempunyai persamaan. Misalnya perkataan comel dan pukul. Seperti fonologi, perkataan comel dan pukul dalam kedua-dua dialek turut memberi maksud yang sama seperti dalam Jadual 1. Melalui contoh ayat dalam jadual tersebut, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan terbabit membawa erti yang sama.

Berdasarkan kajian, perkataan yang mempunyai fonologi yang sama secara tidak langsung akan memberikan makna semantik yang sama. Namun demikian, tidak semua perkataan yang sama bunyinya akan memberi makna semantik yang sama. Contoh perkataan yang tidak memberi makna yang sama adalah seperti dalam Jadual 2.

Subdialek Kota BharuSubdialek Kedah Utara

Perkataan : KckContoh ayat : Tokse kck ngan demoPerkataan : KckContoh ayat : Pi kck adik, dia meghajuk

Jadual 2

Melalui contoh ayat dalam Jadual 2 dapat dilihat perbezaan makna yang jelas antara subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah Utara. Dalam subdialek Kota Bharu, kck memberi erti cakap. Berbeza pula dengan subdialek Kedah Utara, kck bermaksud pujuk. Oleh itu, dapat dilihat sedikit kelainan yang diperolehi antara kedua-dua subdialek ini dan ini menunjukkan juga terdapat keunikan dalam subdialek mengikut negeri sendiri.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat juga perkataan yang sama bunyinya yang digunakan dalam masyarakat tempatan kedua-dua dialek ini dalam kegiatan seharian, walaupun kedua-dua dialek ini secara kasarnya memang mempunyai jurang perbezaan yang besar. Subdialek Kota Bharu yang dikenali percakapannya yang lembut berbanding Subdialek Kedah Utara sememangnya berbeza sama sekali kerana dituturkan dengan kasar dan keras. Namun demikian, terdapat juga persamaan yang wujud bagi kedua-dua subdialek ini.

6.2 Perbezaan antara subdialek Kota Bharu dan subdialek Kedah UtaraDari aspek kosa kata, memang terdapat pelbagai ragam kata yang berbeza antara dialek Kelantan dan Kedah. Contoh yang paling jelas ialah buah gajus. Dalam dialek Kelantan buah ini disebut ketereh atau teghe. Sebaliknya, buah ini dalam dialek Kedah disebut janggus. Ini menggambarkan bahawa adanya perbezaan yang jelas dari sudut kosa kata antara satu dialek dengan dialek yang lain.Selain itu, menurut pandangan Mohamad Shahidan (2005:44) juga, perbezaan antara dialek ini juga jelas terpancar melalui kata ganti nama orang pertama tunggal dan kata ganti nama orang kedua tunggal. Bagi masyarakat di Kedah, kata ganti nama orang pertama tunggal yang sering digunakan ialah aku dan saya. Bagi kata ganti nama orang kedua tunggal pula ialah hang. Situasi ini dapat dilihat melalui bait-bait pantun di bawah:Anak merbah di paya Tuk Barat,Pakai kain dua seragi,Hang tak megah aku tak minat,Orang lain ramai lagi.

Perkataan hang yang terdapat di awal baris ketiga dalam rangkap pantun di atas sebenarnya lebih jelas menggambarkan kosa kata dialek Kedah. Perkataan ini sering digunakan semasa dua orang yang telah lama berkenalan bercakap. Oleh itu, menggunakan perkataan hang dalam percakapan juga menunjukkan bahawa adanya kemesraan dan keakraban yang telah lama terjalin dalam perhubungan. Selain itu, perkataan ini juga digunakan dalam kalangan rakan sebaya antara mereka. Melalui penjelasan ini, dapat disimpulkan bahawa perkataan hang merujuk kepada awak, kamu dan engkau.Perbezaan yang dapat dikenali pasti dalam dialek Kelantan apabila kita membaca pantun di bawah:Buah sumpit leka bersumpit,Keratlah mengkuang panjang lima,Lekanya ambo berbuat baik,Berbuat baik tumpangnya di demo.

Kosa kata yang digunakan dalam pantun di atas ialah ambo dan demo. Kedua-dua kosa kata ini merujuk kepada kata ganti nama orang pertama tunggal dan kata ganti nama tunggal kedua. Ambo dalam bahasa Melayu ialah aku ataupun saya. Demo pula merujuk kepada awak atau kamu.Selain daripada penggunaan ambo dan demo, terdapat juga kosa kata lain yang berbeza dengan dialek Kedah. Kosa kata tersebut ialah tak ambuh, royak dan bangat. Contohnya dalam pantun di bawah:Empat puluh petang parit dijangat,Paritnya satu dijemur kain,Adik tak ambuh royak katku bangatMudohlah ambo mencari yang lain.

Tak ambuh di sini merujuk kepada tidak mahu. Manakala, royak pula membawa maksud beritahu. Manakala, bangat pula boleh didefinisikan sebagai pantas atau cepat.Kesemua kosa kata yang dibincangkan di atas memperlihatkan bahawa kosa kata dialek juga menjadi identiti penuturnya. Melalui dialeklah kita dapat menduga negeri asal seseorang penutur. Menguasai dialek-dialek dari negeri lain juga dianggap sebagai satu keistimewaan. Anak kelahiran di Semenanjung yang lain misalnya, wajar berbangga jika dapat mengetahui dan menguasai dialek yang dituturkan di utara dan pantai timur negara ini. Hal ini demikian kerana mereka berupaya untuk memperluaskan kosa kata dan dapat mengunakannya dengan tepat apabila berbual-bual dengan orang yang menggunakan dialek-dialek ini.7.0 KAITAN TEORI TRANSFORMASI GENERATIF (TG) DENGAN KAJIAN DIALEKKajian dialek mempunyai kaitan dengan teori-teori aliran linguistik antaranya, teori transformasi generative dan sebagainya. Teori transformasi generative ini merupakan teori yang berpengaruh dalam bidang linguistik. Teori ini dipelopori oleh tokoh bahasa barat iaitu Noam Chomsky sebagai satu aliran yang banyak mempengaruhi aliran linguistik. Teori ini menekankan berkaitan dengan bidang sintaksis, semantik dan juga fonologi generatif dalam pengkajian sesuatu bahasa. Di samping itu, teori transformasi generative ini merupakan reaksi daripada fahaman yang dibawa oleh aliran struktural yang dipelopori oleh Leornard Bloomfield yang mengaitkan bahasa ialah suatu kebiasaan (habit). Tokoh linguistik tempatan Nik Safiah Karim (1988:1) menyatakan bahawa kemunculan teori transformasi generative telah mengatasi kelemahan-kelamahan dan masalah dalam pengkajian bahasa yang tidak boleh diatasi oleh teori structural. Aliran transformasi generative merupakan aliran yang paling berpengaruh dalam linguistik. Kenyataan ini dibuktikan dalam kenyataan International Encyclopedia Of The Social Science, Jilid 9 yang menyatakan bahawa aliran transformasi generatif adalah model yang paling berpengaruh. Kajian-kajian linguistik oleh pengkaji tempatan juga telah menggunakan transformasi generatif sebagai asas dan model dalam kajian mereka. Teori ini menggunakan rumus-rumus bahasa yang sangat terperinci dan boleh menghuraikan struktur bahasa secara luaran dan dalaman. Justeru, teori ini adalah satu teori linguistik yang paling sesuai digunakan sebagai asas pengkajian bahasa dan dikaitkan dengan kajian-kajian dialek seperti mana yang kami kaji dalam tugasan ini. Hal ini demikian kerana jika dilihat dari segi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik, penggunaan setiap dialek yang kami kaji adalah tidak sama dengan bahasa Melayu Standard. Oleh itu, kami mengaitkan kajian kami dengan teori transformasi generatif kerana kami melihat kepada perbezaan-perbezaan yang wujud dan struktur-struktur bahasa serta makna dalam setiap dialek tersebut disamping memudahkan kami untuk mengkaji struktu bahasa dialek tersebut.Transformasi generatif juga menerangkan analisis terhadap aspek bunyi walaupun teori ini lebih tertumpu kepada analisis tatabahasa, sintaksis dan semantik. Kajian ini dibuat dalam buku kedua yang dihasilkan oleh Noam Chomsky, Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mengkaji bahagian sintaksis, semantik dan fonologi. Analisis bunyi bahasa yang juga dikenali sebagai fonologi generatif telah dijalankan seiring dengan kajian yang dilakukan terhadap bidang tatabahasa. Kajian ini dilihat dalam analisis struktur permukaan dalam kemampuan berbahasa. Ayat dikatakan mempunyai struktur permukaan dan diketahui atau disedari oleh penuturnya. Struktur ini dimanifestasikan melalui bunyi dan ejaan. Pada peringkat awal, sesuatu perkataan atau ayat akan dapat menerangkan kebolehan penutur untuk memahami (memberikan interprestasi semantik) ayat-ayat bahasanya, termasuk segala selok belok terhadap perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna dan syarat penggunaannya dalam ayat. Hal ini bermaksud seorang penutur pada peringkat permukaan boleh memahami sesuatu ayat yang diungkapkan atau ditulis oleh orang lain. Namun begitu, untuk membolehkan mereka lebih memahami penggunaan bahasa khususnya dialek, mereka perlulah memahami struktur dalaman sesuatu bahasa. Maka, boleh disimpulkan bahawa teori transformasi sesuai dikaitkan dengan dialek dan penggunaannya. Hal ini boleh dilihat dalam dialek yang kami kaji iaitu dialek di negeri Kelantan dan dialek negeri Kedah yang menggunakan sebutan, istilah, perkataan, semantik dan struktur ayat yang berlainan. Dialek ini banyak menggunakan perkataan berlainan untuk mengungkapkan sesuatu perkara yang sama maknanya dengan bahasa Melayu standard. Berikut merupakan contoh penggunaan ungkapan mengikut dialek:

Subdialek kota bharuBahasa melayu

[hunga]lari

[nyo ]kelapa

[ngepen]iklan

[kleh]tengok

[kor]kukur kelapa

[to?se]tidak mahu

[kkece?]cakap

[jjla]lahap

[t]pukul

[go?]reban

[iga?]tangkap

[jo ?o]redup

Subdialek kedah utaraBahasa melayu

[ligan]kejar

[nyioq]kelapa

[ban]reban

[klih]nampak

[awat]kenapa

[grk]basikal

[hang]awak, kamu

[cnge]garang

[dpa]mereka

[gheyau, tegheyak]nagis

[gon]cerun bukit

[hawin]lempar

Disamping itu, Noam Chomsky telah memperkenalkan dua konsep tatabahasa dalam teori ini iaitu kemampuan berbahasa dan perlakuan bahasa. Dalam konsep ini bahasa manusia mampu menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya, sedangkan keupayaan otak manusia terhad. Kemampuan bahasa merujuk kepada kemampuan generatif yang ada pada seorang penutur untuk menghasilkan keupayaan. Di samping itu, persekitaran juga mampu mempengaruhi penuturan seseorang dan ia dipengaruhi oleh faktor penggunaan bahasa seseorang seperti terbatuk, terbahak atau gangguan emosi. Penghasilan bahasa tidak seratus peratus dan inilah yang dimaksudkan dengan perlakuan bahasa. Walaubagaimanapun, ayat juga mempunyai struktur dalaman yang kewujudannya dan bentuknya diketahui oleh penuturnya tetapi tidak semestinya dimanifestasikan melalui bunyi atau ejaan. Ayat pada peringkat struktur dalaman biasanya digambarkan melalui rajah pohon yang menunjukkan penjenisan struktur sintaksis (constituent-structure tree diagram). Hal ini boleh dilihat bila kita menganalis ayat dengan menggunakan rumus TG. Sebagai contoh:

a) Nyamuk berdehau bawah dapur. (Dialek Kelantan)

Pada peringkat awal, ayat akan mempunyai rajah pohon yang berikut:

Ayat

FN Predikat NFKFN Nyamuk awalan KK.tN ber dehau bawah dapurPada peringkat permukaan, tatabahasa akan berusaha menerangkan kebolehan penggunaan menghasilakan dan segala yang dilafazkan atau yang ditulis. Pada peringkat ini ayat diatas akan menjadi ayat seperti dibawah: Ayat

FN Predikat NFKFN NyamukKK.tN berdehau bawahdapur Oleh itu, dapatlah dikatakan bahasa transformasi generatif ini telah membolehkan kita menganalisis tatabahasa dan juga bidang lain seperti semantik, sintaksis dan fonologi. Teori ini sangat berkait rapat dengan penggunaan bahasa oleh penutur seperti dialek Kelantan dan dialek Kedah.

8.0KESIMPULANKajian tentang dialek yang telah kami lakukan merupakan satu kepelbagaian daripada bahasa yang terdapat di Malaysia. Dialek inilah yang telah memvariasikan bahasa melayu kerana secara umumnya dialek Kelantan dan dialek Kedah merupakan hiponim atau himpunan daripada bahasa Melayu. Kajian terhadap struktur bahasa dialek bertujuan memudahkan kaedah penggunaan bahasa tersebut sama ada dari aspek tatabahasa atau makna bahasa tersebut. Dialek ini sangat sesuai digunakan pada peringkat pertuturan seharian. Oleh itu, kepelbagaian dialek ini seharusnya dikaji dari semasa ke semasa bagi membolehkan penggunaannya sesuai dengan konteks penggunaan. Ringkasnya, perbincangan-perbincangan sebelum ini boleh dirumuskan bahawa dialek Kelantan dan Kedah ini mengalami rumus-rumus teori transformasi generatif yang mana berlaku transformasi dari segi sebutan setiap dialek di Malaysia. Penggunaan dialek ini boleh dilihat ataupun dikaji dari sudut kemampuan berbahasa penutur sama ada dari aspek struktur dalaman dan permukaan. Teori transformasi generatif telah membuka jalan untuk kita mengkaji struktur bahasa. Persoalan terhadap kajian ini telah berjaya diterangkan dengan menggunakan rumus-rumus transformasi generatif. Perbezaan antara dialek yang kami kaji juga dapat diterangkan dengan mengaitkan kepada rumus transformasi generatif. Segala persoalan yang berkaitan dengan semantik, fonologi, struktur tatabahasa dan sintaksis dirujuk berasaskan teori transformasi generatif. Permasalahan kajian seperti mengapa hanya konsonan getaran gigi gusi lelangit keras /r/ digugurkan apabila berada diakhir kata dan tidak diawal atau ditengah kata. Rumus pengguguran geseran lelengit lembut bersuara telah menyelesaikan masalah ini dengan disertakan contoh-contoh yang membuktikan pernyataan tersebut. Manakala masalah seperti struktur ayat dalam bahasa dialek diselesaikan dengan menggunakan rajah pohon yang membahagikan ayat kepada beberapa konstituen. Kesimpulannya, keistimewaan dialek ini adalah merupakan identiti kepada sesebuah masyarakat dan cirinya berbeza dengan penutur bahasa yang lain. Namun dalam beberapa konteks penggunaan dialek ini adalah tidak sesuai, khususnya dalam bidang pendidikan. Kesesuaian penggunaannya bergantung kepada konteks yang diperkatakan dan audien yang menerima mesej tersebut. Walau bagaimanapun, dialek merupakan variasi kepada bahasa melayu yang boleh digunakan dalam pertuturan harian dan jenaka. Justeru, kemampuan berbahasa dan juga perlakuan bahasa sangat mempengaruhi penggunaan bahasa tersebut.