bapa saya

2
Bapa saya Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Lee Ming Tat. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati. Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji benih sayur, menyiram sayur dan memotong sayur yang sudah masak. Lepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah dipotong itu ke pasar untuk dijual bagi mendapatkan duit. Bapa rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-kawannya di kedai kopi. Bapa saya merupakan seorang yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya. Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak. Kadang-kala, dia memasak nasi lemak kepada kami. Saya berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat. Ibu Saya Saya mempunyai seorang ibu kesayangan. Ibu saya bernama Tan Li Ping dan berumur 40 tahun. Dia merupakan seorang wanita yang cerdik lagi cantik. Ibu sangat sayang akan kami sekeluarga dan mengurus rumah tangga dengan penuh tanggungjawab. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia sibuk membuat kerja rumah dan menjaga kami adik-beradik di rumah. Selain itu, dia amat mementingkan pelajaran kami. Dia sering membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami adik-beradik semasa kami menghadapi masalah dalam pelajaran.

Upload: kasturi1989

Post on 20-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

n9

TRANSCRIPT

Bapa sayaSaya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Lee Ming Tat. Dia berumur 40 tahun. Dia sangat tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati.Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji benih sayur, menyiram sayur dan memotong sayur yang sudah masak. Lepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah dipotong itu ke pasar untuk dijual bagi mendapatkan duit. Bapa rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-kawannya di kedai kopi. Bapa saya merupakan seorang yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya. Bapa saya suka makan nasi lemak. Dia juga pandai memasak. Kadang-kala, dia memasak nasi lemak kepada kami. Saya berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat.

Ibu Saya

Saya mempunyai seorang ibu kesayangan. Ibu saya bernama Tan Li Ping dan berumur 40 tahun. Dia merupakan seorang wanita yang cerdik lagi cantik. Ibu sangat sayang akan kami sekeluarga dan mengurus rumah tangga dengan penuh tanggungjawab. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang penyayang dan bertanggungjawab. Diasibuk membuat kerja rumah danmenjaga kami adik-beradik di rumah. Selain itu, dia amat mementingkan pelajaran kami. Dia sering membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami adik-beradik semasa kami menghadapi masalah dalam pelajaran.Ibu juga mengajar kami membaca pada setiap malam. Ibu saya juga pandai memasak. Masakan ibu sungguh sedap. Setiap hari, dia memasak makanan yang lazat kepada kami. Ibu saya akan menghidangkan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kami sekeluarga supaya dapat menyihatkan badan kami. Ibu saya mempunyai hobinya sendiri. Hobi ibu ialah menanam bunga. Pada waktu petang, ibu akan menyiram bunga yang ditanamnya di halaman rumah. Di samping itu, ibu saya seorang yang peramah, rajin dan baik hati. Apabila saya melakukan kesalahan, ibu akan menasihati saya dengan lemah lembut Ibu berjasa kepada keluarga kami. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.