bangladesh dan isu-isu

12
1.0 LATARBELAKANG NEGARA YANG DIPILIH – BANGLADESH Negara Bangladesh terletak di Selatan Asia yang bersempadan dengan negara India di sebelah barat, utara dan timur dan negara Myanmar di bahagian tenggaranya. Bangladesh berkeluasan 143,998 kilometer persegi yang hanya merangkumi 0.028% daripada keluasan bumi. Dhaka merupakan ibu negara Bangladesh dan merupakan bandar terbesar di Bangladesh. Negara yang beriklim monsun tropika berhaba ini mengalami cuaca panas dan kering. Pada bulan Oktober hingga Jun, Bangladesh akan mengalami hujan lebat dan lembab yang melampau pada musim tengkujuh serta sejuk yang dingin mengikut bulan-bulan tertentu sepanjang tahun. Bencana alam seperti banjir, siklon dan ribut juga sering terjadi di negara ini. Siklon lazimnya terjadi secara berkala pada bulan April dan Mei (BLiS). Jumlah penduduk negara Bangladesh dikatakan yang ketujuh terbesar di dunia dan merupakan salah satu negara yang padat dengan penduduk. Penduduk Bangladesh pada tahun 2013 menurut laman web The World Bank ialah sebanyak 156.6 juta (The World Bank, 2014). Sebahagian besar daripada penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. Agama rasmi bagi negara Bangladesh ialah Islam dimana lebih daripada separuh penduduknya beragama Islam dan selebihnya beragama Hindu. Bahasa yang lazimnya digunakan oleh penduduk negara Bangladesh ialah Bengali, manakala bahasa lain yang turut 1

Upload: nnhnorhayati

Post on 08-Apr-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Isu-isu di Negara Bangladesh yang menyebabkan negara itu mundur sehingga sekarang.

TRANSCRIPT

Page 1: Bangladesh Dan Isu-Isu

1.0 LATARBELAKANG NEGARA YANG DIPILIH – BANGLADESH

Negara Bangladesh terletak di Selatan Asia yang bersempadan dengan negara

India di sebelah barat, utara dan timur dan negara Myanmar di bahagian tenggaranya.

Bangladesh berkeluasan 143,998 kilometer persegi yang hanya merangkumi 0.028%

daripada keluasan bumi. Dhaka merupakan ibu negara Bangladesh dan merupakan

bandar terbesar di Bangladesh. Negara yang beriklim monsun tropika berhaba ini

mengalami cuaca panas dan kering. Pada bulan Oktober hingga Jun, Bangladesh akan

mengalami hujan lebat dan lembab yang melampau pada musim tengkujuh serta sejuk

yang dingin mengikut bulan-bulan tertentu sepanjang tahun. Bencana alam seperti banjir,

siklon dan ribut juga sering terjadi di negara ini. Siklon lazimnya terjadi secara berkala

pada bulan April dan Mei (BLiS).

Jumlah penduduk negara Bangladesh dikatakan yang ketujuh terbesar di dunia

dan merupakan salah satu negara yang padat dengan penduduk. Penduduk Bangladesh

pada tahun 2013 menurut laman web The World Bank ialah sebanyak 156.6 juta (The

World Bank, 2014). Sebahagian besar daripada penduduknya tinggal di kawasan luar

bandar. Agama rasmi bagi negara Bangladesh ialah Islam dimana lebih daripada separuh

penduduknya beragama Islam dan selebihnya beragama Hindu. Bahasa yang lazimnya

digunakan oleh penduduk negara Bangladesh ialah Bengali, manakala bahasa lain yang

turut dituturkan ialah bahasa Inggeris. Matawang Bangladesh ialah Taka (BLiS).

Sebelum digelar negara Bangladesh, Bangladesh dinamakan Pakistan Timur yang

telah mengisiytiharkan kemerdekaan dari Pakistan pada tahun 1971. Bangladesh

menganggotai beberapa gabungan antarabangsa antaranya ialah NAM, Negara-Negara

Komanwel, OIC, IMF dan WTO. Bangladesh merupakan sebuah negara yang

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Negara Bangladesh diketuai oleh Presiden

dan pemerintahan negara dikendalikan oleh Perdana Menteri yang dipilih setiap lima

tahun. Pada 31 Julai 2000, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mengetuai

delegasi 73 anggota dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia. Manakala,

pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Bangladesh ialah pada 17 November

2013 dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Bangladesh (BLiS). Presiden Bangladesh

yang terkini ialah Abdul Hamid dari parti Bangladesh Awami League yang mula

1

Page 2: Bangladesh Dan Isu-Isu

menjawat jawatan tersebut mulai 14 Mac 2013 menggantikan Zillur Rahman yang mati

dibunuh pada 20 Mac 2013 (Bangladesh Parliament, 2013).

Pada tahun 2008, Bangladesh adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia

dalam kumpulan negara-negara di Asia Selatan. Jumlah dagangan meningkat sebanyak

64.6 peratus daripada AS $438300000 (RM1,598.0 juta). Syarikat-syarikat Bangladesh

melabur sebanyak AS $5.9 juta (RM21.0 juta) di Malaysia, terutamanya dalam sektor

pengilangan makanan, produk getah, produk tekstil dan produk logam fabrikasi.

Manakala, Malaysia pula telah melabur AS $ 1.4 bilion (RM5.0 bilion) di Bangladesh

dalam perkhidmatan pengangkutan, tekstil, infrastruktur pembuatan dan komunikasi serta

produk makanan (Mustapa, 2010).

2.0 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN NEGARA BANGLADESH

2.1 RASUAH DAN KORUPSI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rasuah atau dalam bahasa

Inggerisnya bribery bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok,

menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap); merasuahi, memberi rasuah

(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014). Korupsi pula bermaksud amalan atau

perbuatan yang salah atau tidak amanah seperti pecah amanah, menerima rasuah.

Bangladesh berada ditangga yang ke-136 daripada sejumlah 174 buah negara

yang telah diindeks untuk persepsi korupsi bagi tahun 2013 (Lampiran A). Skor

minimum ialah 0 dimana ia merujuk kepada negara yang tinggi korupsinya,

manakala skor maksimum 100 yang merujuk kepada negara yang rendah kadar

korupsinya. Skor Bangladesh ialah 27 dimana ia menunjukkan skor yang lebih

menghampiri ke arah skor 0 dan jauh dari skor 100 (Transparency Intenational,

2014). Ini menunjukkan bahawa negara Bangladesh merupakan negara yang

mempunyai kadar rasuah yang agak tinggi. Kedudukan Bangladesh pada tangga

ke-136 berbanding 175 buah negara yang jauh lebih rendah kadar rasuahnya. Ini

bermakna, daripada 175 buah negara, Bangladesh berada di tempat ke-40 negara

tertinggi kadar rasuah.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh National Household Survey,

sebanyak 63.7 peratus daripada 7,906 isi rumah yang ditemu bual, terpaksa

2

Page 3: Bangladesh Dan Isu-Isu

memberi rasuah untuk mendapatkan khidmat atau servis dari pihak kerajaan.

Sejumlah 6,900 takas (RM290.37) setahun terpaksa dikeluarkan oleh penduduk

Bangladesh untuk merasuah yang merangkumi satu persepuluh daripada purata

pendapatan setahun mereka. Jumlah keseluruhan rasuah mencecah 2.1 bilion

euros (RM85 bilion) pada tahun 2013 melebihi dua kali ganda jumlah rasuah yang

dibayar oleh penduduk Bangladesh pada kajian lepas (Shaikh Azizur, 2013).

Penduduk Bangladesh tanpa mengira kedudukan dan harta terlibat dengan

rasuah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka merasuah polis, pegawai

pendaftaran tanah untuk memastikan urusan mereka dapat diambil tindakan dan

selesai dengan cepat. Lebih banyak rasuah yang diberi, lebih cepat urusan

tersebut selesai. Sebagai contoh, seorang peniaga pakaian bernama Abdur Rahim

yang berusia 37 tahun terpaksa merasuah polis setiap hari sebanyak 200 takas

(RM8.42) semata-mata untuk memastikan kelangsungan perniagaan menjual

pakaiannya di Dhaka. Kutipan rasuah itu dibuat oleh agen tempatan yang

dikenali sebagai 'lineman'. Abdur menyatakan bahawa pendapatan beliau yang

diambil oleh agen tersebut mencecah satu pertiga daripada pendapatan harian

beliau (Shaikh Azizur, 2013). Jika rasuah tidak diberi, pada hari yang berikutnya

agen tersebut tidak akan membenarkan kedai beliau beroperasi seperti biasa.

Rasuah juga melibatkan pemerintahan atasan. Semasa Fakhruddin

Ahmed menjadi ketua kerajaan yang sementara, beliau membuka banyak

penyiasatan mengenai rasuah di kalangan pegawai-pegawai atasan pemerintah

kerajaan. Langkah-langkah yang diambil beliau ialah dengan membekukan akaun

bank dan menyita kenderaan-kenderaan mewah pegawai yang terlibat. Antara

yang ditahan ialah Tarique Rahman yang merupakan anak kepada Khaleda Zia,

mantan Perdana Menteri Bagladesh. Tarique ditahan di atas kesalahan pemerasan

ugut. Khaleda juga ditahan pada September 2007 kerana terlibat dengan rasuah.

Malahan, Sheikh Hasina juga pernah ditahan atas kesalahan korupsi dan dakwaan

membunuh pihak parti lawan (www.infoplease.com/country/bangladesh.html?

pageno=7).

Hasil daripada kajian Transparency International Bangladesh, kadar

korupsi yang paling tinggi adalah di agensi penghijrahan buruh dengan kadar 77

3

Page 4: Bangladesh Dan Isu-Isu

peratus daripada semua jenis aktiviti di agensi tersebut yang terlibat dengan

rasuah. Ini bermakna hanya 23 peratus aktiviti di agensi tersebut tidak terlibat

dengan rasuah. Jumlah ini sangatlah kecil dan tidak mencecah separuh daripada

jumlah keseluruhan aktiviti. Manakala, sektor lain yang terlibat dengan rasuah

dan korupsi dalam kadar yang tinggi ialah penguatkuasaan undang-undang iaitu

sebanyak 75.8 peratus, pentadbiran tanah sebanyak 59 peratus dan servis

kehakiman sebanyak 57.1 peratus (Shaikh Azizur, 2013).

2.2 KESIHATAN

Bangladesh berhadapan dengan pelbagai masalah serta isu berkaitan dengan

kesihatan, antaranya isu tahap kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak, isu

penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, masalah kekurangan zat

makanan, masalah kebersihan di kawasan setinggan, masalah kecederaan akibat

kemalangan jalan raya, dan kesan ke atas kesihatan akibat perubahan iklim dunia

yang semakin membimbangkan. Beberapa tinjauan di peringkat nasional yang

telah dijalankan menunjukkan kadar kematian ibu mengandung, bayi dan kanak-

kanak di Bangladesh telah menurun. Namun jumlah kes yang dianggarkan oleh

agensi UN dan Bank Dunia pada tahun 2010 tersebut yang terdapat di Bangladesh

masih dikira tinggi, menjadikan Bangladesh berada di tangga ke-4 dari bawah

berbanding negara-negara dari seluruh dunia dengan mencatatkan kira-kira 240

kematian ibu mengandung dalam 10,0000 kelahiran. Jumlah ini tidak mengenai

sasaran MDG bagi tahun 1990-2015, yang mensasarkan 200 kematian ibu

mengandung dalam 10,0000 kelahiran (Toolkits, 2014).

Walaupun kadar kematian bayi dan kanak-kanak telah menurun, namun

kanak-kanak di Bangladesh berhadapan dengan masalah kekurangan zat

makanan. Hampir separuh daripada kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah

menghidapi anaemia, 41 peratus daripada mereka terbantut pertumbuhan, dan 36

peratus mengalami kurang berat badan (Toolkits, 2014). Penduduk Bangladesh

menghadapi masalah penyakit berjangkit seperti selsema burung, batuk kering,

pneumonia, HIV dan sebagainya telah menyebabkan kira-kira 38 peratus daripada

semua kematian. Ditambah pula dengan kadar kematian ibu mengandung dan

4

Page 5: Bangladesh Dan Isu-Isu

bayi, dan kematian yang disebabkan oleh masalah kekurangan zat makanan pada

tahun 2008. Masalah penyakit tidak berjangkit juga semakin meruncing dan

membebankan. Penyakit tidak berjangkit seperti barah, kencing manis, penyakit

berkaitan dengan jantung, penyakit pernafasan kronik, dan sebagainya

menyumbang kepada kira-kira 52 peratus daripada semua kematian. Penyakit

kardiovaskular adalah penyakit tidak berjangkit yang paling kerap berlaku, ianya

menyumbang kira-kira 27 peratus daripada jumlah kematian untuk semua

peringkat umur pada tahun 2008 (Commonwealth Health Online, 2014).

Bangladesh juga mengalami masalah kekurangan tenaga kerja dalam

bidang kesihatan yang serius (WHO 2006) dan terdapat ketidaksamarataan dalam

pengagihan tenaga kerja tersebut dari aspek kedudukan geografi, bilangan dan

kemahiran. Hanya sedikit tenaga kerja yang mahir ditempatkan di kawasan

pendalaman. Keadaan ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan tenaga kerja yang mahir tidak dapat diserap ke dalam perkhidmatan

kesihatan awam. Walaupun terdapat banyak fasiliti perkhidmatan kesihatan

awam, namun tenaga kerja dalam bidang tersebut tidak bermotivasi, infrastruktur

klinik tidak dijaga dengan rapi dan terdapat kekurangan bekalan ubat. Kurangnya

kesedaran terhadap kesihatan menyebabkan ramai pesakit tidak hadir ke klinik

yang disediakan untuk mendapat rawatan. Kebanyakan pesakit lebih gemar untuk

mendapatkan rawatan daripada pihak yang tidak bertauliah atas faktor kewangan

kerana pihak yang tidak bertauliah ini menawarkan kos rawatan yang murah.

Setiap tahun, 4-5 milion rakyat Bangladesh menjadi miskin akibat perbelanjaan

tinggi dalam bidang kesihatan (Syed Masud, Md. Awlad, & Mushtaque, 2009).

Bangladesh kini sedang berusaha untuk memastikan liputan perkhidmatan

kesihatan yang menyeluruh untuk keseluruhan populasinya. Untuk itu, program

UHC (Universal Health Coverage) diperkenalkan yang bertujuan supaya semua

rakyat Bangladesh, terutama yang miskin dan yang berada di kawasan pedalaman,

mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang asas tanpa sebarang

kekangan kewangan. Bangladesh memerlukan lebih banyak pelaburan dalam

dana awam, meningkatkan syarat serta memantau perkhidmatan yang ditawarkan

oleh sektor swasta. Sektor kesihatan awam juga harus sedar akan kepentingan

5

Page 6: Bangladesh Dan Isu-Isu

pihak tidak bertauliah dalam aspek penjagaan kesihatan, dimana kapasiti pihak

tidak bertauliah ini harus dibangunkan melalui latihan, dan pemantauan yang

membina supaya ianya mendapat tempat dalam aliran utama sistem kesihatan

(Syed Masud, Md. Awlad, & Mushtaque, 2009).

Masalah air yang tercemar juga menjadi salah satu isu yang penting di

Bangladesh. Air yang tercemar boleh mendatangkan masalah kesihatan yang

kronik kepada penduduk Bangladesh. Ini menyebabkan wujud lebih ramai

penduduk yang sakit dan bertambah miskin kerana tidak mampu keluar mencari

rezeki kerana mengalami masalah kesihatan. Maka tidak tidak hairanlah

Bangladesh dikatakan merupakan negara yang kesembilan paling tercemar di

dunia menurut statistik global Environmental Performance Index bagi tahun 2014.

Bangladesh juga telah disenaraikan sebagai negara yang mempunyai udara yang

paling tercemar di dunia menurut data dari 178 buah negara (Dhaka Tribune,

2014).

3.0 KESIMPULAN

Secara amnya, isu-isu yang membelenggu negera Bangladesh ialah isu rasuah dan

korupsi, masalah kesihatan dan masalah kemiskinan. Masalah rasuah dan korupsi,

kemiskinan dan kesihatan merupakan isu sejagat. Isu rasuah dan korupsi sememangnya

diketahui memberi kesan yang negatif ke atas pembangunan sesebuah negara dan negara

Bangladesh juga tidak ketinggalan mengalaminya dalam satu tempoh yang agak lama.

Namun apabila melibatkan soal manusia, kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan

manusia yang tamak dan haloba serta mempunyai keinginan untuk hidup senang dengan

cara yang mudah iaitu dengan memberi dan meminta rasuah. Sedangkan, isu moral,

amanah dan integriti yang wajib diamalkan oleh individu yang beragama Islam dibuang

jauh dari amalan kehidupan seharian. Sedangkan Allah telah menetapkan agar

hambaNya amanah dalam menjalani kehidupan seperti firman Allah S.W.T di dalam

surah Al-Anfaal ayat 27 yang bermaksud:

6

Page 7: Bangladesh Dan Isu-Isu

'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan

RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu

mengetahui (salahnya).

(Surah Al-Anfaal ayata 27)

Masalah kemiskinan yang dialami oleh penduduk negara Bangladesh merupakan

masalah yang mempunyai perkaitan rapat dengan usaha dan peluang yang perlu

dilaksanakan oleh pemerintah negara. Bantuan-bantuan yang sewajarnya perlu diberikan

kepada golongan yang miskin seperti zakat dan bantuan-bantuan lain yang melibatkan

kewangan dan bukan kewangan. Adalah amat menyedihkan apabila ada di antara

penduduk yang hidup dalam keadaan yang teramat miskin sehingga tidak mampu untuk

mengadakan makanan dan minuman kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Sesungguhnya dalam Islam golongan yang kaya dan mampu perlu membantu golongan

yang miskin agar tidak berlaku masalah seperti ini. Apabila kemiskinan melanda,

kesihatan tubuh badan juga merosot kerana makanan yang diambil tidak mengandungi

khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Justeru, lahirlah penduduk yang ramai tetapi

tidak mempunyai tubuh yang sihat dan otak yang cerdas. Ini kerana, faktor pemakanan

mempunyai pengaruh yang besar di dalam kesihatan tubuh badan dan minda seseorang.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah isu rasuah, korupsi, kemiskinan dan kesihatan yang

telah dikupas menunjukkan bahawa terdapat hubung kait satu isu tersebut di antara satu

sama lain. Jika rasuah dan korupsi dapat dihapuskan, maka penduduk Bangladesh akan

dapat keluar dari kehidupan kemiskinan dan dapat menikmati makanan yang sihat untuk

terus sihat, hidup dan bekerja yang akhirnya akan memberi kesan yang postitif kepada

pembangunan dan kemajuan negara Bangladesh.

7