bajet2 12 - myrepositori.pnm.gov.my 2012_1.pdf- kpdnkk kesal dakwaan harga barang naik - sekolah...

94
PAKEJAN MAKLUMAT BAJET2 12 Disusun oleh: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 2011

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PAKEJAN MAKLUMAT

BAJET2 12

Disusun oleh:PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA2011

SENARAIKANDUNGAN

Senarai Kandungan

1. Pengenalan

2. Sumber Internet http://www.treasury.gov.my

3. Sumber Elektronik 3.1 Utusan Malaysia - Sekolah pertama terima RM100

- Pendidikan yang benar-benar percuma

- Insentif RM 500: Pemohon jangan terpedaya

- Tiada had masa tuntut RM100

- Projek tebatan banjir mula awal tahun depan

- Bajet tingkat taraf hidup

3.2 Sumber nst emedia

- Bajet 2012: Bagaimana ia mempengaruhi perancangan kewangan anda?

- Bajet tumpu 2 strategi

- Kerajaan Selangor diminta bayar gaji minimum RM1,500

- PM jamin lindung ekonomi

- 153 projek tanpa lesen

- 83 projek terbengkalai dipulih

- Syor warga kota guna kenderaan hibrid, EV

- Peniaga perlu manfaat skim disedia kerajaan

- Pemandu teksi gesa pemudah permit, jaga kebajikan

- Pastikan bantuan persekolahan RM100 diagih sebelum cuti

- Tiada pembubaran

- Lebih selesa

- Sasar jadi pengeluar getah utama dunia

- 2.97 juta guna Klinik 1Malaysia

- Bantuan RM100, baucar buku sebelum Januari

- Bajet turut beri manfaat kumpulan pertengahan

- Pelaburan pendidikan Malaysia baik

- Skim rumah pertamaku tak terhad projek PR1MA

- KPDNKK kesal dakwaan harga barang naik

- Sekolah kena kembalikan semua yuran

- Mekanisme tentukan layak bantuan RM500

- Guna kuasa pengguna berbelanja ikut keperluan

- Pakej khas lindungi ekonomi

- Industri automotif diberi perhatian

- 15,000 bakal hilang kerja

- Membela nasib masyarakat bandar

- Penantian 13 tahun

- Projek PR1MA bantu warga pendapatan sederhana tak tercicir arus pembangunan

- 4 inisiatif bela polis (HL)

- Perluas bantuan persekolahan RM100 bukti kerajaan utamakan pendidikan

- Bekalan beras negara mencukupi

- Swasta pun dapat (HL)

- Inovasi dan kehidupan manusia

- Bajet 2012 harapan baru rakyat hidup lebih sempurna

- Had gaji belum putus

- Boleh mohon RM500

- Belanjawan mesra wanita

- RM74.9 juta untuk bekas polis

- RM5.9 bilion diperuntuk bantu ramai sertai PKS

- Keserasian bajet 2012 dengan simpanan emas

- Insentif, strategi Bajet 2012 sokong pertumbuhan ekonomi

3.3 Sumber blis

- Melaka bentang Bajet 2012 berjumlah RM307.6 Juta

- Lim Guan Eng kelirukan rakyat dalam pembentangan Bajet 2012, kata Adun BN

- Bajet 2012 mampu tangani masalah golongan berpendapatan rendah, kata Najib

- RAM jangka Bajet 2012 tingkatkan permintaan Agregat

- Najib mungkin kurangkan cukai korporat dalam Bajet 2012, kata UHY

- Naza Group harap kerajaan turunkan struktur duti kereta dalam Bajet 2012

- CUEPACS yakin 80 peratus tuntutan dipertimbangkan dalam Bajet 2012

- Bajet 2012 Kementerian pertahanan dijangka tiada kenaikan peruntukan

- Bajet 2012 tumpukan kepada mengurangkan kos kehidupan

- Bajet 2012 dijangka saksi usaha tingkat keyakinan

- Bajet 2012 diharap sedia lebih banyak peruntukan bina projek perumahan rakyat

- AMRESEARCH jangka Bajet 2012 akan legakan bebenan rakyat

- Awang tengah yakin peruntukan Bajet 2012 tumpu kepada pembangunan

- Taib yakin kerajaan pusat tahu keperluan Sarawak dalam Bajet 2012

- Kedah akan tingkatkan peruntukan bagi R&D dalam Bajet 2012

- Muhyiddin yakin Bajet 2012 beri perhatian isu-isu dihadapi rakyat

- Kurangkan kadar cukai pendapatan individu dalam Bajet 2012, kata Md Mah Sing

- K’jaan akan guna pakej rangsangan sederhana dalam Bajet 2012, kata Prof Ariff

- Tenaga harap Bajet 2012 tangani isi subsidi

- Input meja bulat dikemuka untuk pertimbangan Bajet 2012, kata Najib

- Masalah kemiskinan tumpuan NIKRA ketujuh dan Bajet 2012

- Perak sedia tambah peruntukan projek pembangunan negeri dalam Bajet 2012

- Kenaikan harga barang, keselamatan makanan input penting sedia Bajet 2012

- Selangor peruntukan RM1.5 Bilion dalam Bajet 2012, kata Abdul Khalid

- Bajet 2012 garis langkah pacu pelaburan swasta, kata Husni

- Melaka mohon kelulusan empat projek infrastruktur dalam Bajet 2012

- Bajet 2012 diharap sediakan lebih banyak geran penyelidikkan

- 10 kumpulan fokus bantu rumuskan Bajet 2012, kata Ahmad Husni

- MIC akan mohon pakej bantuan lebih besar dalam Bajet 2012

4. Rujukan

SUMBER:

ELEKTRONIK

 

Sekolah pertama terima RM100

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN [email protected]

KOTA BHARU 16 Nov. - Wang sumbangan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid sekolah rendah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012 di Parlimen bulan lalu mula dinikmati di negeri ini, semalam.

Seramai 344 murid daripada keluarga miskin di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Peringat di sini menjadi penerima pertama wang tersebut yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut berkata, penyerahan wang itu menandakan kerajaan menunaikan apa yang telah dijanjikan sebelum ini dan membuktikan bahawa kerajaan peka kepada kebajikan rakyat.

"Sebanyak RM34,400 wang tersebut diagihkan hari ini. Banyak lagi sekolah akan menerima wang ini kerana ia telah dijanjikan sebelum ini kepada rakyat.

"Asalnya wang ini terdapat dalam Bajet 2012 tetapi kita memikirkan balik lebih baik ia diberi awal-awal sebelum tamat sesi persekolahan tahun ini," katanya selepas Majlis Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Kala di sini petang semalam.

Sementara itu seorang penerima, Nur Fatihah Izzati Faizal Azman, 12, ketika ditemui gembira dengan pemberian sumbangan daripada kerajaan itu.

"Saya mahu beli alat tulis, pakaian dan kasut sekolah baru. Hari ini dapat RM100 jadi mesti cukup untuk belanja barang-barang sekolah bagi sesi persekolahan tahun depan," katanya.

Rakannya, Nur Haslinda Abdul Manaf, 12, turut bersyukur kerana bantuan tersebut mampu mengurangkan beban untuk ibu bapanya membeli kelengkapan sekolahnya.

"Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan. Saya sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa sumbangan atau pun biasiswa jadi bila tahu akan dapat duit saya sangat gembira.

"Bolehlah kurang sikit perbelanjaan untuk beli peralatan sekolah terutama alat tulis dan pakaian," katanya.

 

Pendidikan yang benar-benar percuma

Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

RAMAI ibu bapa tersenyum lebar apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012 kini sedang disalurkan ke akaun pelajar masing-masing.

Mana tidaknya belum lagi berakhir sesi persekolahan tetapi pelajar telah menerima wang bantuan. Bayangkan jika sebuah keluarga mempunyai lima orang anak bersekolah sudah tentu jumlah bantuan diterima adalah RM500. Ini dikira lumayan kerana jumlah itu sudah boleh menyelesaikan pembelian pakaian seragam dan alat tulis apabila bermulanya sesi persekolahan baru yang tidak sampai dua bulan lagi.

Sebenarnya tidak banyak negara di dunia ini seperti kita yang memberi keutamaan kepada perkembangan bidang pendidikan. Sejak dahulu pendidikan percuma diberikan kepada pelajar di peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

Pendidikan percuma maksudnya kerajaan membiayai sepenuhnya pembinaan infrastruktur sekolah, membayar gaji guru dan staf sokongan, membiayai bayaran bil elektrik dan air, menyediakan keperluan perabot, pusat sumber, makmal komputer, makmal sains, buku teks, kerusi meja, peralatan pengajaran guru, kemudahan peralatan sukan dan olahraga, yuran peperiksaan awam dan penyediaan hampir keseluruhan kemudahan pembelajaran pelajar.

Malah bagi sebahagian pelajar diberikan pula bantuan dalam bentuk wang melalui skim biasiswa atau dermasiswa, disediakan makanan dan tempat tinggal secara percuma di asrama.

Sekiranya kita mengimbau kembali sejarah iaitu sejak negara merdeka hingga kini didapati kerajaan setiap tahun dalam belanjawan menyediakan peruntukan tertinggi kepada bidang pendidikan. Ini menandakan kerajaan sentiasa memandang tinggi dan menaruh keyakinan bahawa pelaburan besar dalam bidang pendidikan akan membawa hasil pulangan berganda.

Ini terbukti melalui peningkatan berterusan indeks kemajuan dan daya saing negara jika dibandingkan dengan negara sedang membangun lain. Kita percaya pencapaian dan kemajuan negara yang dinikmati hari ini sedikit sebanyak adalah hasil kejayaan dasar, perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan yang terbaik dan berkualiti.

Tambahan peruntukan berterusan dapat dilihat dalam Bajet 2012 di mana kerajaan memperuntukkan RM50.2 bilion untuk pendidikan. Ini termasuk RM1.9 bilion kepada Kementerian Pelajaran khusus untuk pembangunan semua jenis sekolah dan RM1 bilion lagi kepada dana khas pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah.

Ini bermakna bayaran tambahan yang dibayar oleh ibu bapa sejak beberapa tahun lepas tidak perlu lagi kerana diserapkan dalam peruntukan melalui bajet yang disediakan oleh kerajaan.

Istilah pendidikan percuma ini menjadi isu besar sejak dua tahun lepas. Ramai ibu bapa mempersoalkan mengapa mereka masih membayar bayaran tambahan RM33.50 bagi pelajar

 

sekolah menengah dan RM24.50 sekolah rendah semasa pendaftaran di awal sesi persekolahan sedangkan kerajaan menguar-uarkan pendidikan percuma kepada semua pelajar.

Isu tersebut bukan saja dibincangkan melalui tulisan di akhbar tetapi juga dibahaskan dengan panjang lebar di Dewan Rakyat. Melalui jawapan yang diterima daripada Kementerian Pelajaran bahawa bayaran tambahan itu bukanlah untuk pembangunan atau pengurusan sekolah.

Sebenarnya bayaran tambahan itu adalah untuk kegunaan anak-anak dalam mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran seperti membeli kertas pendua dan kertas jawapan untuk latih tubi dan ujian, menyediakan hadiah dan pengurusan sukan tahunan, melaksanakan aktiviti kokurikulum termasuk kegiatan keagamaan, pasukan seragam atau kelab dan bayaran insurans peribadi pelajar.

Bagaimanapun isu tersebut dapat diredakan apabila pihak sekolah dengan kerjasama ahli jawatankuasa PIBG memberikan penerangan tentang untuk apa bayaran tambahan itu. Pun begitu, kegawatan tentang bayaran tambahan yang dikenakan kepada ibu bapa hampir tidak wujud dan tidak kedengaran di kalangan ibu bapa pelajar SRJK (C). Keadaan ini mungkin kerana ibu bapa lebih memahami dan meletakkan pendidikan anak-anak sebagai keutamaan lantas mereka sedia memberikan sumbangan kepada sekolah tanpa banyak soal.

Ini terbukti jika kita melihat keunggulan dan kehebatan kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut khususnya yang terletak di Lembah Klang atau bandar-bandar besar di seluruh tanah air. Sekali pandang mungkin kita menganggap sekolah itu adalah sebuah kolej atau kolej universiti.

Hampir semua sekolah mempunyai dewan yang besar dan ada antaranya mempunyai sehingga lima atau enam gelanggang badminton di dalamnya serta dilengkapkan dengan sistem pembesar suara dan pendingin hawa.

Ini belum lagi dikira bilik darjah yang berhawa dingin, memiliki lebih daripada satu makmal komputer, sistem mini mikrofon untuk kegunaan guru semasa mengajar di bilik darjah, peralatan pengajaran canggih, tandas bersih dan pusat sumber dilengkapi berbagai jenis buku terkini.

Jika kita bertanya kepada guru besar sekolah itu dari manakah sumber kewangan untuk melengkapkan infrastruktur dan peralatan canggih sekolah mereka. Jawapannya sudah pasti melalui sumbangan ibu bapa atau badan kebajikan tertentu.

Lazimnya ibu bapa yang berpendapatan besar akan memberi sumbangan besar sementara ibu bapa berpendapatan kecil seperti pemandu teksi, penjaja atau pekerja kilang akan memberi sumbangan sesuai dengan pendapatan mereka.

Apa yang menariknya badan korporat, institusi kewangan, syarikat perniagaan, pertubuhan politik, para dermawan atau ‘philanthropist’ dan badan bukan kerajaan (NGO) turut melaksanakan tanggung jawab sosial dengan memberi sumbangan tidak sedikit jumlahnya kepada kemajuan sekolah-sekolah berkenaan.

 

Selain itu, ibu bapa juga menyedari bahawa SRJK (C) adalah merupakan sekolah bantuan modal. Ini bermakna kerajaan hanya menyediakan kemudahan dari segi modal atau keperluan asas seperti kemudahan infrastruktur, gaji guru dan staf, perabot dan lain-lain.

Namun demikian sekarang ini pihak kerajaan menyediakan banyak bantuan seperti buku teks percuma, bayaran bil elektrik dan air serta bantuan lain yang hampir sama seperti yang diberikan kepada sekolah kebangsaan.

Oleh itu, ibu bapa berpendapat mereka mempunyai tanggungjawab dan bersedia memberi sumbangan diperlukan sekolah demi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak- anak mereka.

Selain itu, persatuan bekas pelajar atau alumni turut memainkan peranan memberikan idea, sokongan moral dan material bagi membantu dan menyokong perkembangan sekolah-sekolah tersebut.

Tidak terlewat sebagai ingatan kepada ibu bapa apabila sekolah memulakan sesinya pada awal Januari 2012 nanti janganlah banyak bersoal jawab dengan pihak sekolah apabila diberikan senarai peralatan yang perlu dibeli.

Ini disebabkan ibu bapa masih dikehendaki menyediakan buku latihan, alat tulis, kamus, tali leher, lencana sekolah, baju-T, pakaian sukan, pakaian seragam untuk unit beruniform dan lain-lain peralatan untuk kegunaan anak mereka. Inilah masanya menggunakan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 itu.

PENULIS adalah Pengerusi Yayasan Guru

Malaysia Berhad.

 

Insentif RM500: Pemohon jangan terpedaya

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihati mereka yang layak mendapat insentif RM500 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, tidak terpedaya dengan sindiket pendaftaran permohonan palsu.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mengedar dan menjual borang permohonan palsu untuk mendapatkan insentif tersebut sedangkan ia hanya dijangka diedarkan mulai Januari depan.

"Borang permohonan sebenar belum dikeluarkan lagi dan pendaftaran adalah percuma.

"Ia masih dalam proses penyediaan terakhir dan akan diedarkan ke pejabat LHDN seluruh negara, serta akan dimuat naik ke laman web rasmi LHDN sebaik sahaja mendapat kelulusan Kementerian Kewangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, LHDN tidak melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pendaftaran permohonan bantuan RM500 itu.

Dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif tunai berjumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, Masrun mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu oleh mana-mana sindiket mengenai bantuan wang insentif tersebut.

 

Tiada had masa tuntut RM100

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN [email protected]

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu untuk membolehkan pelajar mengambil wang bantuan khas awal persekolahan RM100, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Justeru, katanya, ibu bapa yang ada kesulitan untuk menuntut wang bantuan tersebut sepanjang minggu ini masih dibenarkan mendapatkannya selepas tempoh itu.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya wang itu akan dipulangkan semula kepada kerajaan jika tidak dituntut dalam minggu ini kerana ia tetap akan dikeluarkan termasuk semasa cuti sekolah.

‘‘Itu hak pelajar, kita beri minggu ini sebab hendak kejar waktu persekolahan, jadi kita minta ibu bapa sama-sama pergi ambil duit supaya boleh beli peralatan sekolah.

‘‘Bagi yang tidak sempat ambil dalam minggu ini mereka boleh tuntut daripada pihak sekolah sebab duit itu hak pelajar termasuk semasa cuti sekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan hadiah kepada 74 pemenang daripada 24 kategori sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia.

Beliau mengulas langkah kerajaan mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara seperti diumumkan dalam Bajet 2012 melalui akaun sekolah masing-masing.

Abd. Ghafar berkata, ia hanya akan dipulangkan semula jika pelajar terbabit menolak untuk mengambil wang tersebut.

‘‘Mereka boleh maklumkan pada sekolah sama ada melalui surat atau menghubungi sekolah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Ghafar yang ditanya mengenai kebenaran melanjutkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah menengah memberitahu, pihak sekolah akan menentukan sama ada boleh menyediakan kemudahan tersebut dengan mengambil kira pandangan dan kesediaan ibu bapa dan pelajar.

‘‘Sekiranya pihak sekolah tempat seseorang pelajar itu didaftarkan tidak dapat menyediakan kemudahan itu, pelajar yang masih ingin meneruskan aliran tersebut dibenarkan menukar sekolah dengan dibantu oleh pasukan petugas yang diwujudkan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing,” katanya.

ARKIB : 16/11/2011

Projek tebatan banjir mula awal tahun depan

ABDUL Ghani Othman (kanan) melihat mesin membancuh kopi Keurig sambil diberi penerangan oleh Michelle Stacy (dua dari kiri) sempena majlis perasmian kilang V.S. Industri di Senai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Kerja-kerja membina laluan air untuk projek tebatan banjir di Segamat yang menelan kos kira-kira RM60 juta akan dimulakan awal tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, projek melibatkan beberapa fasa itu turut melibatkan pengalihan aliran Sungai Segamat dengan membuat satu jajaran baru sepanjang 1.3 kilometer bermula dari Kampung Bukit Jawa hingga Kampung Abdullah.

Beliau berkata, hingga kini Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dalam proses akhir menyiapkan semula reka bentuk projek tersebut tanpa menjejaskan Sekolah Agama Kampung Jawa.

“Ini kerana rekaan awal projek tersebut memerlukan sekolah agama berkenaan dirobohkan. Malah, ia juga melibatkan beberapa buah kampung dan kerajaan berusaha untuk meminimumkan kesan projek kepada penduduk setempat.

“Jajaran baru di Sungai Segamat itu perlu dibina bagi mengalihkan limpahan air apabila hujan lebat berterusan sekali gus mengakibatkan banjir,” katanya selepas merasmikan Kilang VS Industry Production di sini hari ini.

 

 

Kerajaan Pusat menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor melibatkan kos RM1 bilion dengan projek RTB di Johor dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Daerah Segamat menjadi lokasi paling teruk terjejas akibat banjir terutama pada akhir Januari lalu berbanding kejadian 2006.

Abdul Ghani berkata, pihaknya memerlukan sokongan penduduk setempat bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan terutama melibatkan kampung dan prasarana sedia ada.

“Kerjasama semua amat diperlukan bagi kelancaran projek sekali gus mengurangkan risiko berlaku banjir serta kerugian yang terpaksa ditanggung akibat bencana alam ini. Kita sedang berusaha bagi merealisasikan projek tersebut,” katanya.

ARKIB : 15/11/2011

Bajet tingkat taraf hidup

MELAKA 14 Nov. – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi negeri ini membabitkan peruntukan sebanyak RM307.6 juta untuk keperluan rakyat, agar dapat diagih, dikongsi dan dimanfaatkan secara adil serta saksama.

Menurutnya, bajet yang dibentangkan itu menumpukan kepada dua strategi utama iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah berpendapatan tinggi dan merealisasikan Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Beliau berkata, sebanyak RM245.1 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM62.5 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan mengurus pula katanya, sebanyak RM72.9 juta adalah bagi emolumen dan RM98.9 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan manakala RM1 juta bagi pembelian aset.

‘‘Bagi pembangunan pula melibatkan peruntukan sebanyak RM62.5 juta. Ini bagi menampung keperluan infrastruktur sebanyak RM22.8 juta, pertanian RM3.5 juta, sosial RM24.7 juta dan pembangunan masyarakat RM11.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan bajet tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketiga (Bajet) Penggal Keempat, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, hasil kerajaan dianggarkan berjumlah RM245.3 juta yang diperoleh daripada hasil cukai sebanyak RM99 juta, hasil bukan cukai RM76.5 juta dan terimaan bukan hasil, RM69.8 juta.

Menurutnya, dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, kerajaan negeri dijangka mengekalkan rekod bajet lebihan bagi tempoh lapan tahun berturut-turut sejak 2005 dengan lebihan yang dijangka adalah sebanyak RM155,000.

 

Beliau berkata, melalui peruntukan bajet tersebut, kerajaan negeri akan membantu rakyat yang menghadapi kesukaran kos sara hidup yang membebankan.

‘‘Kerajaan akan menyediakan bantuan ekonomi seperti menyediakan peluang pekerjaan untuk keluarga miskin, memberi pelaburan saham Kobemas kepada 24,000 ahli, adakan kursus kemahiran dan membuka empat Kedai Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Dalam memantapkan pembangunan pendidikan, katanya, kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM16.4 juta dalam bentuk biasiswa, dermasiswa, peralatan persekolahan, tuisyen, pinjaman pendidikan dalam dan luar negara.

Menurutnya, dalam usaha merealisasikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau, kerajaan negeri akan melaksanakan program seperti projek pembangunan bandar hijau, program Zon Gaya Hidup Bebas Asap dan program Amalan Hijau.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 17 November 2011

Headline: Bajet 2012: Bagaimana ia mempengaruhi perancangan kewangan anda? Publication: HM Date of publication: Oct 22, 2011 Section heading: Main Section Page number: 039

ANDA pasti sudah mengikuti pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Apa pandangan anda mengenai bajet yang dibentangkan? Ketika rakyat gusar memikirkan kos sara hidup yang semakin meningkat, pengumuman bajet mengembalikan fokus ekonomi kepada rakyat. Bajet 2012 jelas memberi kesan kepada kita semua, termasuk golongan seperti anda iaitu ibu bapa. Oleh itu, kali ini kita membincangkan kaedah perancangan kewangan yang boleh diselaraskan mengikut pengumuman Bajet 2012. - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah Pengumuman ini pastinya menggembirakan ramai orang. Walaupun RM500 mungkin tidak begitu banyak, namun bagi seorang ibu atau bapa, RM500 sangat membantu kerana boleh digunakan untuk membeli lampin, makanan serta pakaian untuk si kecil. Malah, wang itu boleh juga digunakan untuk membeli barang keperluan penting seperti pakaian sekolah, peralatan sekolah dan buku. Dalam membelanjakan wang itu, kami nasihatkan anda membeli barang yang penting sahaja dan pastikan tidak membazir. - Had pinjaman suami isteri untuk Skim Rumah Pertamaku ditingkatkan ke RM400,000 Impian membeli rumah idaman anda kini semakin hampir. Dahulu, Skim Rumah Pertamaku hanya memberi pinjaman sehingga RM220,000 dan ini menghadkan pilihan, terutama suami isteri yang tinggal di kawasan bandar. Dengan peningkatan jumlah pinjaman ini, anda boleh mula merancang berpindah ke rumah baru yang lebih besar dan selesa. Dalam memilih rumah idaman, ambil kira pelbagai faktor seperti lokasi, kemudahan awam, kesesuaian dengan jiran, jarak dari tempat kerja, saiz rumah, bilangan ahli keluarga dan paling utama, bajet anda. Walaupun mampu melangsaikan bayaran bulanan tetapi jangan lupa anda juga perlu membayar caj perkhidmatan (jika membeli apartmen/kondominium), cukai pintu serta caj penyelenggaraan. - Pengecualian penuh duti impot dan duti eksais untuk kenderaan hibrid Anda dan keluarga ingin menjimatkan wang sambil memelihara alam sekitar? Tidak salah jika menimbang membeli kenderaan hibrid yang terbukti menjimatkan petrol (berbanding kenderaan menggunakan petrol) terutama jika dipandu dengan cermat. Tambahan pula, ia tidak mencemar alam sekitar pada kadar kenderaan biasa. Jika anda dan keluarga kerap menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama, kereta hybrid mungkin pilihan terbaik. Pengumuman kerajaan melanjutkan pengecualian duti import dan duti eksais sehingga 2013 memang tepat pada masanya. Ia membuatkan kereta hibrid lebih berbaloi dan mampu milik. - Pemansuhan yuran sekolah Langkah ini dianggap amat penting kerana buat pertama kali dalam sejarah, pendidikan diberikan secara percuma kepada rakyat. Ibu bapa yang mempunyai ramai anak bolehlah menarik nafas lega kerana beban yuran sekolah diringankan. Walaupun penjimatan ini tidaklah sebanyak mana (RM 24.50 untuk yuran sekolah rendah dan RM33.50 yuran sekolah

1  

menengah), ia masih mampu menampung elaun harian anak yang bersekolah (antara RM2 hingga RM3 sehari). Tambahan pula, pemansuhan yuran ini sangat dialu-alukan oleh keluarga kurang berada dan mempunyai ramai anak. Bayangkan jika ibu bapa mempunyai enam anak, tiga antaranya bersekolah menengah. Jumlah penjimatan menjadi RM174. Banyak bukan? Dengan penjimatan itu, anda bolehlah menggunakannya untuk membeli peralatan sekolah atau menambahkan wang simpanan sedia ada. Selain itu, anak-anak yang masih bersekolah (rendah atau menengah) bakal menerima wang saku RM100 setiap seorang. Nasihatkan mereka menabung duit itu dan membelanjakannya untuk membeli barang yang perlu sahaja. - Sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sektor swasta dinaikkan daripada 12 peratus ke 13 peratus(untuk mereka yang bergaji kurang RM5,000) Sekali imbas, berapalah sangat nilai 1.0 peratus daripada keseluruhan gaji kita? Namun, sebenarnya langkah ini sangat berguna kepada pekerja swasta untuk jangka masa panjang. Kami di SIDC sentiasa menekankan perancangan kewangan untuk persaraan dari awal, dan kenaikan sumbangan KWSP 1.0 peratus banyak membantu dalam rancangan kewangan untuk persaraan anda. Mengikut kajian, 70 peratus menghabiskan wang persaraan dalam masa 10 tahun selepas bersara. - Warganegara berumur 60 tahun dan ke atas dikecualik caj pendaftaran pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan Ibu bapa yang tergolong dalam kategori warga emas boleh menarik nafas lega kerana caj pendaftaran pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan dimansuhkan! Dengan taraf perkhidmatan dan perubatan di klinik dan hospital kerajaan semakin meningkat dan berkualiti, inilah masanya untuk anda menjimatkan wang ketika berjumpa doktor. Anda tidak perlu lagi risau dengan kos perubatan serta tidak perlu terlalu bergantung kepada anak untuk menanggung kos lawatan ke klinik atau hospital. - Tambahan bonus setengah bulan gaji (minimum RM500) dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan bersekali dengan gaji Disember 2011. Kami menyimpan yang terbaik untuk bahagian terakhir, iaitu bayaran bonus dan bantuan untuk kakitangan dan pesara kerajaan. Tidak kira berapa kadar bonus anda, sama ada di sektor awam atau persendirian, kami nasihatkan: - Simpan dulu wang itu, kemudian barulah dibelanjakan bila perlu. Paling minimum anda dinasihatkan menyimpan 10 peratus daripada wang yang diterima. - Melaburkan sebahagian wang itu dalam skim pelaburan yang sah. Kerajaan juga mengumumkan pelancaran Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1 Malaysia) dalam pembentangan bajet baru-baru ini. Anda yang berminat dengan skim ini perlu mempunyai pendapatan isi rumah bulanan bawah RM3,000 sebulan. Anda boleh menimbangkan untuk memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun bagi melabur dalam skim ini; - Rancang dan uruskan kewangan anda dengan cermat; dan Layari laman web Pelabur Malaysia (www.min. com.my) untuk panduan menguruskan kewangan.

2  

Artikel ini dibawa oleh (C) Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumat lanjut pengurusan kewangan dan pelaburan bijak, layari laman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my). Jika anda ingin berkongsi, menerbit atau mengedarkan artikel ini sila e-mel ke: [email protected].

Headline: Bajet tumpu 2 strategi Publication: BH Date of publication: Nov 15, 2011 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Amirullah Andi Nur; Badrul Hizar Ab Jabar

AYER KEROH: Kerajaan negeri akan menumpu kepada dua strategi utama dalam Bajet 2012 sebagai langkah memastikan faedah kemajuan dapat dikongsi, diagih dan dimanfaatkan kepada rakyat secara adil di seluruh Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, strategi yang mengambil kira keperluan Melaka itu bagi meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah berpendapatan tinggi dan merealisasikan wawasan Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau. "Strategi pertama memfokus kepada tiga bidang iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, memantapkan pembangunan pendidikan dan memperkasakan infrastruktur. "Strategi kedua membabitkan aspek negeri teknologi hijau, bandar hijau Hang Tuah Jaya, Lembah Solar Dunia Melaka dan menggalakkan teknologi hijau," katanya pada pembentangan Bajet 2012 kerajaan negeri di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam. Persidangan ketiga bagi penggal keempat ini berlangsung selama empat hari, sehingga Khamis ini. Mohd Ali berkata, Bajet 2012 mencatat lebihan kira-kira RM155,000 itu akan menyediakan peruntukan RM307.6 juta dan daripada jumlah itu, RM245.1 juta bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, manakala RM62.5 juta bagi pembangunan. Katanya, bagi perbelanjaan mengurus, RM72.9 juta adalah bagi emolumen; RM98.9 juta (perkhidmatan dan bekalan); RM69.1 juta (pembelian aset dan kenaan bayaran tetap), manakala baki RM3.2 juta untuk perbelanjaan lain. Bagi RM62.5 juta peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM22.8 juta untuk keperluan infrastruktur; RM3.5 juta (pertanian); RM24.7 juta (sosial) dan RM11.5 juta (pembangunan masyarakat). "Hasil kerajaan negeri bagi 2012 dianggarkan berjumlah RM245.177 juta merangkumi RM99 juta menerusi hasil cukai; RM76.5 juta (hasil bukan cukai) dan RM69.8 juta (terimaan bukan hasil). "Jadi, kerajaan negeri mengekalkan rekod bajet lebihan bagi tempoh lapan tahun berturut sejak 2005 dan ini menunjukkan kita terus berusaha memperkukuhkan kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan berhemat," katanya.

3  

Headline: Kerajaan Selangor diminta bayar gaji minimum RM1,500

Publication: BH Date of publication: Nov 15, 2011 Section heading: Main Section Page number: 004

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor diminta membayar gaji minimum RM1,500 kepada semua 19,000 penjawat awam di negeri itu, bukan terhad kepada kakitangan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri (GLC), mulai tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, berkata jika cadangan itu diteruskan ia adalah diskriminasi kepada kakitangan awam lain yang turut memberi sumbangan. Katanya, mustahil Bajet berimbang 2012 dan pendapatan meningkat seperti diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat dilakukan tanpa sumbangan penjawat awam. "Pada pendapat saya, tanpa penjawat awam, GLC tidak mampu bergerak dengan baik kerana ia berhubung kait. Tanpa sokongan penjawat awam, saya rasa GLC juga tidak mampu mengaut keuntungan," katanya kepada pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam. Mohd Isa juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memilih GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 sedangkan GLC itu mampu memberi gaji yang lebih banyak kepada kakitangannya. Katanya, walaupun Abdul Khalid menyatakan gaji penjawat awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, banyak perkara berkaitan Kerajaan Pusat sebelum ini diluluskan sedangkan ia melanggar undang-undang di peringkat persekutuan. "Mengapa (apabila ia membabitkan) hal rakyat, gaji kakitangan awam, kerajaan pakatan pembangkang tidak berani melakukan sesuatu bagi penjawat awam di Selangor. "Adakah dendamnya terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri masih membara sehingga walaupun bajet berimbang, pendapatan bertambah, tidak ada apa-apa untuk kakitangan yang berkhidmat?" katanya. Mohd Isa turut menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap tindakan Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Khim, yang tidak memberi laluan kepadanya bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Besar.

4  

Headline: PM jamin lindung ekonomi Publication: BM Date of publication: Nov 13, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, semalam memberi jaminan bahawa beliau akan melaksanakan pendekatan lebih prihatin bagi memastikan kestabilan ekonomi negara tidak terancam berikutan krisis ekonomi Eropah ketika ini. Menerusi mesej terbarunya dalam laman blog 1Malaysia berhubung langkah yang perlu diambil, Perdana Menteri berkata pengumuman Bajet 2012 adalah antara usaha mengukuhkan ekonomi negara selain menyediakan situasi bagi pelabur asing melihat Malaysia sebagai hab serantau atau global. "Walaupun saya tidak dapat berjanji untuk menyelesaikan krisis ekonomi di Eropah atau meredakan bencana banjir di Thailand, saya boleh berjanji bahawa apa yang saya mampu lakukan akan dilaksanakan dengan penuh keprihatinan supaya kestabilan ekonomi kita tidak terancam. "Rakyat Malaysia pula perlu berkongsi tanggungjawab untuk tidak menanggung risiko pada masa depan," katanya. Kajian Bank Dunia mengenai aktiviti perniagaan di seluruh dunia tahun ini menunjukkan Malaysia mengukuhkan kedudukannya di 20 tempat teratas, iaitu melonjak daripada kedudukan ke-23 tahun lalu kepada 18 bagi tahun ini. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, turut menyifatkan prestasi itu menunjukkan segala usaha dan kerja keras rakyat bagi menjadikan negara ini lebih selesa dan maju berjaya menunjukkan kesan menggalakkan. "Menerusi indeks Bank Dunia, kita mencapai kemajuan kukuh bagi menjadikan negara ini lebih mudah untuk memulakan perniagaan dan kita berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman kredit oleh syarikat perniagaan. "Lebih daripada itu, Bank Dunia juga melaporkan bahawa kita adalah antara yang teratas di dunia dalam mengekalkan kadar kos import pada tahap rendah dan ia suatu yang penting memandangkan wujudnya tekanan sebenar pada kos sara hidup rakyat," katanya. Najib berkata, bagi memastikan ekonomi negara berada di landasan betul, kerajaan mengukuhkan sektor swasta dan memberikan lebih banyak peluang kepada usahawan, terutama di luar bandar. Katanya, dua langkah penting yang dirangka adalah transformasi, termasuk dalam perkhidmatan awam serta membuka sektor baru ekonomi seperti kejuruteraan, khidmat guaman dan telekomunikasi supaya usahawan tempatan dapat bersaing bagi mendapatkan dana pada peringkat global. "Kedua, memperkukuhkan sektor swasta dengan menarik lebih banyak pelaburan asing yang menyokong pemodenan dan pertumbuhan serta membantu mengintegrasikan ekonomi

5  

Malaysia supaya lebih rapat dengan negara maju. "Ia juga meningkatkan persaingan dan seterusnya membantu mengekalkan harga rendah, memacu inovasi dan meningkatkan tahap kemahiran di Malaysia serta menjadikan pekerjaan dalam sektor yang berhadapan dengan eksport lebih terjamin," katanya. Beliau berkata, dari segi domestik, arah yang perlu diambil adalah membangun dan melaksanakan amalan terbaik menerusi inovasi, pemikiran kreatif dan peningkatan produktiviti bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang. (END)

Headline: 153 projek tanpa lesen

Publication: HM Date of publication: Nov 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: Seramai 9,278 pembeli rumah yang menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai di seluruh negara kini boleh tersenyum apabila 83 daripada 167 projek berkenaan yang gagal siap sejak dua tahun lalu, berjaya dipulihkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata sehingga 31 Oktober lalu, semua projek berkenaan dipulihkan kementeriannya hasil kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri. Katanya, kementerian ketika ini menumpu 37 peratus atau 62 projek yang dalam fasa pemulihan dan berada pada pelbagai peringkat kemajuan, manakala baki 22 projek dalam perancangan untuk dipulihkan. "Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat khususnya berkait isu ini. Sebab itu Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai ditubuhkan untuk memantau dan memulihkan projek perumahan terbengkalai. "Malah melalui Bajet 2012, kerajaan memperuntukkan RM63 juta untuk pulihkan 1,270 rumah terbengkalai dengan keutamaan rumah kos rendah," katanya di sini, semalam. Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Seminar Perumahan Kebangsaan 2011 anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA). Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ahmad Kabit; Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam dan Setiausaha Agung Kehormat HBA, Chang Kim Loong. Chor berkata, orang ramai khususnya bakal pembeli rumah perlu berhati-hati ketika memilih projek perumahan supaya tidak terpengaruh dengan pemaju yang menjalankan pembangunan

6  

tanpa mendapat lesen sah. Sementara itu, Ahmad berkata, Selangor dikesan mencatatkan jumlah perumahan haram tanpa lesen yang tinggi iaitu sebanyak 153 projek daripada 195 yang direkodkan kementerian. "Daripada jumlah ini, 54 kes sudah dibawa ke mahkamah untuk tindakan susulan mengikut Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan 1966) dan mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 5 (1) akta berkenaan. "Kami kesan banyak projek haram di Selangor membabitkan syarikat pemaju perumahan kecil-kecilan. Mengikut prosedurnya, lebih lima unit pembangunan pun perlu dapatkan lesen di bawah Akta 118," katanya.

Headline: 83 projek terbengkalai dipulih Publication: BH Date of publication: Nov 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 019 Byline / Author: Oleh Suzalina Halid

KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 projek daripada 167 projek perumahan di seluruh negara yang diisytiharkan terbengkalai sejak 2009 dipulihkan hingga 31 Oktober lalu, sekali gus memberi manfaat kepada 9,278 pembeli. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata sebanyak 62 projek lagi sedang dipulihkan dan berada dalam pelbagai peringkat kemajuan, manakala baki 22 projek masih dalam perancangan untuk dipulihkan. "Kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat khususnya dalam isu yang berkaitan projek perumahan terbengkalai dengan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai untuk memulihkan projek rumah berkenaan. "Melalui Bajet 2012 juga, kerajaan memperuntukkan RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai dengan keutamaan kepada rumah kos rendah," katanya selepas merasmikan Seminar Perumahan Kebangsaan Tahun 2011, di sini, semalam. Pada masa sama, katanya pembeli rumah seharusnya memainkan peranan dengan membuat semakan mengenai maklumat pemaju, berikutan kebanyakan kes projek perumahan terbengkalai datangnya daripada pemaju yang tidak mempunyai lesen. "Saya ingatkan pembeli jangan ghairah dengan terus menandatangani perjanjian jual beli, mereka seharusnya lebih peka dengan hak mereka seperti terkandung dalam perjanjian itu dan membuat semakan di laman web Jabatan Perumahan Negara," katanya. Chor berkata, kementerian juga sudah mengeluarkan 1,232 notis kompaun terhadap pelbagai kesalahan oleh pemaju perumahan dengan nilai kutipan sebanyak lebih RM12 juta bagi membendung masalah projek perumahan terbengkalai ini. Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak 195 projek perumahan tanpa lesen dikesan di seluruh

7  

negara bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dengan 153 daripadanya adalah di Selangor. Daripada jumlah itu, 54 kes membabitkan projek berkenaan dibawa ke mahkamah untuk didakwa mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118), manakala selebihnya masih dalam peringkat penyediaan kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

Headline: Syor warga kota guna kenderaan hibrid, EV Publication: BM Date of publication: Nov 13, 2011 Section heading: Main Section Page number: 019 Byline / Author: Oleh Asrul Sani

KUALA LUMPUR: Warga kota harus merebut peluang memiliki kenderaan hibrid dan elektrik (EV) berikutan langkah kerajaan melanjutkan pengecualian penuh duti import dan eksais kenderaan itu sehingga Disember 2013 seperti diumumkan dalam Bajet 2012. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata kenderaan beroperasi hanya menggunakan tenaga elektrik itu dapat mengurangkan kos penggunaan minyak dan mesra alam. "Kerajaan memberi insentif, jadi saya rasa ini waktu terbaik pengguna beralih memandu kereta kurang karbon. Meskipun masih baru di negara kita, penggunaan kereta hibrid dan EV memberi banyak manfaat penjimatan kos bagi rakyat di bandar," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Karnival New Straits Times (NST)-Maybank Car Of The Year Autoshow 2011 (COTY 2011) di Pusat Konvensyen MATRADE, di sini semalam yang turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun. Hadir sama Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad; Ketua Pembiayaan Pengguna Maybank, Hamirullah Borhan; Ketua Pembangunan Korporat Maybank, Yeoh Cheang Teik dan Pengerusi Panel Hakim COTY 2011, Yamin Vong. Pengunjung boleh melihat lebih dekat semua 50 model yang bertanding dalam COTY 2011 sepanjang dua hari pameran dan memilih model kereta terbaik untuk anugerah PilihanKu serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat daripada peserta pameran. Pembaca sisipan CBT dan BH Auto pula berpeluang menyertai aktiviti khusus seperti sesi bertemu pembaca selain menyaksikan perhimpunan kereta klasik Asia dari jam 10 pagi hingga 6 petang ini. Majlis anugerah NST-Maybank COTY 2011 dijadualkan berlangsung 25 November ini di Hotel Saujana, Petaling Jaya.

8  

Headline: Peniaga perlu manfaat skim disedia kerajaan Publication: BM Date of publication: Nov 13, 2011 Section heading: Main Section Page number: 003 Byline / Author: Oleh Mohd Azis Ngah

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa kalangan penjaja dan peniaga kecil memanfaatkan sepenuhnya peluang dan bantuan disediakan kerajaan bagi memajukan perniagaan agar tidak terus ketinggalan. Ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan menyediakan pelbagai jenis bantuan, skim kewangan melalui peruntukan dalam Bajet 2012 dan peluang itu seharusnya direbut peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan termasuk meningkatkan ilmu keusahawanan. Muhyiddin berkata, kerajaan sudah menggariskan inisiatif khas membantu golongan itu melalui pelbagai skim seperti Skim Dana Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bernilai RM2 juta; dana melalui bank SME sebanyak RM100 juta dan penubuhan Dana Kecergasan PKS bernilai RM10 juta untuk membantu peniaga yang terbabit dalam bencana alam. "Kita sentiasa prihatin dengan nasib peniaga. Kerajaan faham, ada peniaga kecil yang menghadapi mendapatkan bantuan kewangan, sebab itulah kita sediakan pelbagai skim bantuan. "Rebutlah peluang ini dan jangan mengabaikan aspek menambah ilmu perniagaan, kemahiran serta pelbagai skim berkaitan. Itu semua adalah jaminan memajukan diri," katanya berucap di Karnival Warisan Makanan Penjaja, sempena Bulan Penjaja di Jalan Masjid India, di sini, malam tadi. Teks ucapannya dibacakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail; Pengerusi Penasihat Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff. Selain bantuan khas untuk peniaga kecil, Muhyiddin berkata, kerajaan memperuntukkan bantuan subsidi berjumlah RM33.2 bilion semata-mata mahu memastikan rakyat tidak dibebani kos sara hidup yang semakin meningkat. Pada majlis sama, Raja Nong Chik turut menyampaikan lesen penjaja kepada 45 peniaga yang mewakili 11 kawasan Parlimen.

9  

Headline: Pemandu teksi gesa permudah permit, jaga kebajikan Publication: BH Date of publication: Nov 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Haspaizi Mohd Zain

MEMETIK kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlaku. Sebaliknya pada era politik baru kini, kerajaan perlu mendengar denyut nadi rakyat dan perlu turun padang berdepan dengan rakyat bagi mendengar sendiri masalah ataupun keperluan rakyat. Oleh itu sesi Dialog Hentian Teksi anjuran Berita Harian dan Jabatan Penerangan adalah platform terbaik bagi kerajaan menyelami masalah pemandu teksi di ibu kota. Bukan mahu mencari salah siapa, sebaliknya dialog itu forum terbaik bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Dialog kedua diadakan di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) baru-baru ini, selepas kali pertama diadakan di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah mengundang beberapa tokoh yang berkait rapat dengan tugas pemandu teksi iaitu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan dan Ketua Operasi Negeri dan Pelesenan Terminal Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Fuad Ahmad. Pengarang Kumpulan Berita Harian dan Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid bertindak selaku moderator. Dua jam yang diperuntukkan pada sesi dialog sulung itu tidak mencukupi, malah pada akhir perbincangan suasana menjadi semakin 'panas' apabila seorang demi seorang pemandu teksi bangkit mengemukakan masalah. Namun, sesi dialog itu berakhir dengan suasana tenang dan penuh harmoni. Isu kebajikan pemandu teksi menjadi topik hangat. Kebanyakan pemandu teksi di ibu kota khususnya dan negara secara amnya memerlukan jaminan masa depan mereka terutama jika berlaku kemalangan. Soal insurans berkelompok mengambil tempat pada sesi itu. Seperti dibangkitkan pemandu teksi eksekutif, Jabar Ghulam, banyak kemudahan disediakan kerajaan hari ini lebih memberi manfaat kepada pemilik teksi, bukan pemandu. Oleh itu, kerajaan perlu mencari alternatif termasuk menyediakan insurans berkelompok. Begitu juga dengan saman SPAD terhadap pemandu teksi kerana baginya suruhanjaya berkenaan perlu berkompromi dan memberi masa kepada untuk membayar saman. Jika pemandu itu mempunyai 10 saman misalnya, tentu mereka tidak mampu untuk menjelaskannya dalam tempoh singkat. "Ada sedikit masalah dengan SPAD yang bertindak terlalu agresif, saman tetap kena bayar, cuma kita minta sedikit masa, itu saja. Saman tetap saman, bayar tetap bayar dan salah tetap salah, cuma bagi kami sedikit kelonggaran untuk menyelesaikannya," katanya. Namun, bagi SPAD pihaknya memahami kesulitan yang dialami pemandu teksi dan kerjasama erat sentiasa dijalinkan dengan pemandu teksi bagi mendengar masalah mereka. Apatah lagi suruhanjaya berkenaan memang diadakan bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awam

10  

di negara ini. Dengan jumlah pengangkutan awam darat di negara ini sebanyak 350,000 unit iaitu 50,000 membabitkan pemandu teksi, adakalanya SPAD tidak mampu untuk mendengar semua masalah mereka. Jalan terbaik untuk menyuarakan pelbagai masalah melalui persatuan yang menghimpunkan jumlah besar pemandu teksi bagi memastikan suara mereka lebih kuat. "Masalahnya, hari ini kita mempunyai banyak persatuan teksi, misalnya di Johor saja ada 19 persatuan. Mengapa tidak persatuan ini bergabung bagi memastikan suara mereka kuat dan didengari. Berhubung bayaran saman ada 23 kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat yang boleh dikompaun dan boleh diberi lebih masa. "Insurans dan kebajikan pemandu teksi perkara ini sudah dibangkitkan ketika pemandu teksi sekitar Lembah Klang mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. "Isu ini sudah dibawa ke Kabinet dan disampaikan kepada pihak Bank Negara dan ia sedang diperhalusi," jelas Mohd Fuad. Ada juga pemandu yang menyuarakan pandangan diwujudkan caruman untuk mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai jaminan masa depan. Jika mereka mampu membayar sewa RM60 sehari kepada pemilik, mengapa tidak dicarumkan juga setiap hujung bulan simpanan untuk mereka. Isu jenayah dan kesesakan ibu kota turut menarik perhatian pemandu teksi pada sesi dialog itu dan mahu penyelesaian segera dibuat. Menjawab permasalahan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur menjelaskan pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan di sekitar ibu kota. Bagi Mohmad infrastruktur bandar raya Kuala Lumpur belum mantap dan pembaharuan sedang dilakukan kerajaan bagi memberi keselesaan kepada rakyat. Misalnya, balai polis di sekitar ibu kota juga melalui proses pembinaan untuk di naik taraf. Oleh itu, pemandu perlu lebih berhemah dan bersabar. Turut menarik perhatian pada sesi dialog itu ialah penerangan SPAD berhubung pengagihan permit yang membuktikan cara pengagihannya tidak relevan kerana menimbulkan kesukaran untuk mengawalnya. Apa yang dapat dirumuskan, sesi dialog berkenaan perlu diadakan setiap masa bagi mendengar terus masalah pemandu teksi di ibu kota. Pertemuan empat mata membantu memberi penerangan kepada pemandu berhubung kerumitan dan masalah yang timbul. Tidak ada gunanya jika pelbagai peruntukan disalurkan, namun, mereka tidak mengetahui serta memahami bagaimana untuk memanfaatkannya. Memberi pemahaman kepada pemandu teksi penting supaya mereka dapat mengetahui kebenarannya, apatah lagi pemandu teksi adalah 'media' yang sentiasa berhubung dengan orang ramai. Begitu juga kerajaan atau pihak berkuasa, jangan hanya mendengar dan menjawab pada sesi dialog. Jika ada perkara berbangkit yang memerlukan jalan penyelesaian, mereka perlu turun padang dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkenaan.

11  

Kerajaan beri banyak subsidi tingkat khidmat JIKA tidak menghadiri sesi Dialog Hentian Teksi, mungkin penulis tidak menyedari banyak subsidi disalurkan kerajaan kepada pemilik teksi bagi mengurangkan beban. Malah pengumuman Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sememangnya membolehkan pemilik teksi di negara ini menarik nafas lega. Sedar ataupun tidak, pengumuman bajet baru-baru ini menyaksikan kerajaan memperuntukkan RM7,560 bantuan kepada setiap pemilik teksi bagi memastikan mereka tidak dibebani pelbagai kos termasuk peningkatan sara hidup. Bantuan itu juga bagi memastikan pemilik teksi bukan saja dapat memiliki kenderaan yang baik dan sempurna, tetapi juga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Antara bantuan diberikan adalah pemansuhan cukai jalan teksi bajet milik persendirian serta pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Ia jelas membuktikan kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat terhadap beban pemilik teksi persendirian akibat kos operasi semakin meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi melebihi jangka hayat ekonomi. Sudah tentu dengan pemberian subsidi itu kerajaan amat berharap pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan, sekali gus menaikkan imej negara yang mesra pelancong. "Bantuan lain termasuk pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik. Pemandu teksi yang membuat pinjaman penuh bagi memiliki teksi baru buatan tempatan akan menikmati pemberian subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus. "Skim pinjaman ini diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012. "Bantuan RM3,000 diberi bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun, manakala pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas akan menerima bantuan RM1,000, semua bantuan itu turut dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian," jelas Setiausaha Bahagian Analisis Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Siti Halimah Ismail. Bukan itu saja, tanpa kita sedari kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) hari ini sudah banyak menyalurkan subsidi kepada pemandu teksi. Misalnya kerajaan menyalurkan bantuan dalam bentuk bayaran tol yang mana kerajaan memberi subsidi 50 peratus daripada jumlah bayaran sepatutnya dibayar pemandu teksi. Malah, daripada harga pasaran diesel yang dibayar oleh pemandu teksi kerajaan turut memberi subsidi sebanyak RM0.68 sen seliter. Oleh itu, pemandu dan pemilik teksi patut bersyukur dengan pemberian yang begitu banyak bukit keprihatinan kerajaan terhadap nasib mereka. Bagaimanapun, kerajaan juga disarankan menilai apakah pemberian subsidi hanya menguntungkan sebelah pihak atau segala kemudahan dan bantuan dinikmati pemilik teksi dan tetapi menyeluruh termasuk pemandu teksi.

12  

Begitu juga dengan pemilik dan pemandu teksi, segala kemudahan yang disediakan harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Sudah tiba masanya pemandu teksi kita setaraf dengan negara maju. Untuk melaksanakan hasrat itu, pemandu teksi perlu berubah seiring kemajuan negara, sesungguhnya perkhidmatan teksi memberi gambaran sebenar tentang sesebuah negara. Jika perkhidmatan yang diberikan baik dan memuaskan tentu pelancong yang mendapat gambaran serta imej sebenar tentang keharmonian negara. Diharapkan, dengan bantuan yang banyak kita tidak mendengar lagi masalah pemandu teksi cekik darah terutama membabitkan pelancong asing. Di pihak kerajaan juga pemantau secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan periuk nasi pemandu teksi di negara ini tidak diganggu oleh prebet sapu. FAKTA SUBSIDI * Pengumuman bajet baru-baru ini menyaksikan kerajaan memperuntukkan RM7,560 bantuan kepada setiap pemilik teksi bagi memastikan mereka tidak dibebani pelbagai kos termasuk peningkatan sara hidup. * Bantuan RM3,000 diberi bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun, manakala pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas akan menerima bantuan RM1,000, semua bantuan itu turut dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian. * Kerajaan menyalurkan bantuan dalam bentuk bayaran tol yang mana kerajaan memberi subsidi 50 peratus daripada jumlah bayaran sepatutnya dibayar pemandu teksi. * Daripada harga pasaran diesel yang dibayar oleh pemandu teksi kerajaan turut memberi subsidi sebanyak RM0.68 sen seliter. * Pemandu dan pemilik teksi harus menyedari dan sepatutnya bersyukur dengan pemberian yang begitu banyak daripada kerajaan bukit keprihatinan terhadap nasib mereka.

13  

Headline: Pastikan bantuan persekolah RM100 diagih sebelum cuti Publication: BH Date of publication: Nov 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022

BERITA paling menggembirakan sebahagian besar rakyat kelmarin tentunya mengenai langkah kerajaan menyalurkan wang bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar ke dalam akaun setiap sekolah seluruh negara. Dalam tempoh 14 hari, setiap pelajar akan menerima wang bantuan itu seperti dijanjikan dalam Bajet 2012. Bantuan yang pada awalnya akan diagih awal tahun depan dipercepatkan bagi menepati hasrat kerajaan meringankan beban ibu bapa membuat persediaan 'kembali ke sekolah' sebelum sesi baru persekolahan bermula. Bantuan persekolahan itu diumumkan serentak dengan baucar buku RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan Tingkatan Enam. Kedua-dua bantuan itu adalah sebahagian daripada bantuan kepada rakyat tanpa mengira pendapatan isi rumah, sama ada tinggal di bandar atau luar bandar seperti terkandung dalam bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu. Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dijangka menerima bantuan persekolahan itu. Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin menyatakan bayaran berkenaan adalah untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, pihak sekolah akan menerimanya selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula akan menerimanya pada Januari. Lazimnya perbelanjaan keluarga, terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah akan meningkat pada penghujung tahun kerana persediaan menghadapi sesi baru persekolahan. Beban itu menjadi lebih ketara selepas banyak wang dibelanjakan bagi sambutan perayaan seperti hari raya, Deepavali dan Krismas. Mereka yang mempunyai anak bersekolah sudah tentu turut dibebani pelbagai perbelanjaan lain seperti pakaian seragam termasuk kasut, buku tambahan dan alat tulis. Bagi keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000, beban perbelanjaan persekolahan anak begitu terasa apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dalam keadaan sedemikian, tentunya bantuan diberikan kerajaan itu dapat meringankan setiap keluarga terbabit. Ketiadaan yuran sekolah mulai tahun depan selain menikmati buku percuma turut meringankan beban ibu bapa. Kita harap setiap sekolah dapat mengagihkan wang bantuan ini dengan lancar dalam tempoh waktu seperti dijadualkan, sebaik-baiknya sebelum cuti akhir tahun bermula kerana segala persediaan harus dibuat pada Disember. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menggagalkan matlamat sebenar kerajaan untuk meringankan beban ibu bapa dan pelajar. Sementara itu, ibu bapa juga diingatkan jangan menyalahgunakan wang itu, kecuali untuk persekolahan anak mereka.

14  

Headline: Tiada pembubaran

Publication: BH Date of publication: Nov 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002 Byline / Author: Oleh Norfatimah Ahmad; Shaarani Ismail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam tiada kaitan dengan cadangan membubarkan Parlimen seperti khabar angin sejak beberapa hari lalu kononnya beliau akan berbuat demikian pada tarikh 11.11.11. Memulakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Perdana Menteri berseloroh: "Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan." Beliau berkata, mesyuarat itu membincangkan langkah memantapkan parti itu, selain persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang. "Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau tarikh kemungkinan pilihan raya diadakan," katanya. Hadir pada mesyuarat itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas. Menjelaskan lanjut, Perdana Menteri berkata, pemimpin BN diingatkan kembali kepada semangat dan prinsip parti dengan mengamalkan sikap hormat menghormati. "Pemimpin BN juga perlu cenderung membincangkan isu berkepentingan bersama secara tertutup untuk mencari kata sepakat dalam menangani isu sensitif dan sebaliknya," katanya. Mesyuarat juga membincangkan mengenai Bajet 2012, terutama kaedah penyampaian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang RM3,000. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata perkara itu turut dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Dalam Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan Muhyiddin.

15  

Headline: Lebih selesa

Publication: MA Date of publication: Nov 13, 2011 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Mohd Amin Jalil

JEMPOL: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membina rumah untuk generasi kedua di 11 wilayah tanah rancangan itu di seluruh negara melalui Projek Perumahan Warga Felda (PWF) dalam usaha memastikan mereka mendapat kediaman selesa. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, antara 200 hingga 400 unit rumah generasi kedua bakal dibina di setiap wilayah, bergantung kepada kekosongan tanah di kawasan berkenaan. Beliau berkata, projek pertama pembinaan rumah berkenaan akan dibina di Felda Palong 15, dekat sini, tidak lama lagi membabitkan antara 200 hingga 300 unit rumah dan ketika ini ia pada peringkat penawaran tender. "Selepas ini, projek membina rumah untuk generasi kedua Felda akan diteruskan di beberapa wilayah lain secara berperingkat-peringkat, bergantung kepada kekosongan tanah di kawasan terbabit. "Kerajaan memberi subsidi 45 peratus kepada mereka yang benar-benar layak berdasarkan kaedah pinjaman bank dan sewa beli bagi yang tidak mendapat pembiayaan. "Ini sebahagian usaha Felda untuk memastikan generasi kedua memiliki rumah sendiri," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Feldajaya Selatan Raja Alias, di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, Global Ventures, anak syarikat kumpul Felda, Datuk Sabri Ahmad. Pada Bajet 2012 lalu, kerajaan mengumumkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi peruntukan tambahan untuk membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat, termasuk di tanah rancangan. Sementara itu, Mohd Isa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang berkata, pihaknya memberi penerangan kepada semua warga Felda di seluruh negara kecuali Sabah, mengenai isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, tahun depan. "Pihaknya mendapat respons positif daripada warga Felda mengenai langkah kerajaan melakukan penyenaraian FGVH itu kerana usaha kerajaan itu untuk kebaikan dan masa depan peneroka," katanya.

16  

Headline: Sasar jadi pengeluar getah utama dunia Publication: BH Date of publication: Nov 10, 2011 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Mohd Zin Ali

MALAYSIA menyasar untuk kembali menjadi pengeluar getah terbesar dunia dengan memberi tumpuan membuka lebih banyak ladang baru terutama di Sabah dan Sarawak. Negara yang pernah menjadi pengeluar getah terbesar dunia sehingga 1987, kini berada di tempat ketiga di belakang Thailand dan Indonesia. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan, berkata kerajaan kini berusaha memulihkan industri getah dengan menjalankan penyelidikan berterusan seperti membangunkan klon getah baru yang mampu meningkatkan hasil dan cepat ditoreh. Beliau berkata, selain memberikan tumpuan kepada Semenanjung, kerajaan turut memberikan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai banyak tanah sesuai untuk dijadikan ladang getah baru. "Ia akan mengambil masa untuk kembali menjadi nombor satu, mungkin beberapa tahun selepas ia terabai sejak negara mengamalkan dasar peralihan tanaman daripada getah kepada kelapa sawit," katanya selepas merasmikan Pameran Perdagangan Plastik dan Getah Antarabangsa Malaysia (M-Plas) 2011 kelima di Kuala Lumpur, semalam. Selain itu, Jacob berkata, dalam Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bulan lalu, turut mengumumkan peruntukan skim penanaman pokok getah di kawasan baru serta skim penanaman semula getah. "Peruntukan itu akan menyediakan peluang bagi pekebun kecil untuk menanam lebih banyak pokok getah pada masa depan," katanya. Beliau berkata, berdasarkan harga getah masa kini, pihaknya yakin masa depan getah adalah cerah. "Harga getah akan terus meningkat, yang akan menterjemahkan kepada lebih banyak perolehan bagi negara ini," katanya. Sebelum itu, Jacob dalam ucapannya berkata, industri getah menyumbang RM12.8 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun lalu dengan produk getah mencatatkan dua peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Pengilang Produk Getah Malaysia (MRPMA), Kong Ping Yee, berkata kedudukan Malaysia turun dari tempat teratas dari segi pengeluaran getah berikutan perubahan minat terhadap aktiviti hiliran dan pulangan lebih tinggi minyak sawit. Beliau berkata, sebelum ini, harga getah tidak begitu baik dan memerlukan tenaga buruh yang

17  

ramai menyebabkan banyak pihak beralih kepada tanaman kelapa sawit yang lebih menguntungkan. "Saya melihat sasaran untuk kembali menjadi pengeluar terbesar sebagai sesuatu yang realistik terutama melalui pembukaan lebih banyak ladang getah di Sabah dan Sarawak," katanya.

Headline: 2.97 juta guna Klinik 1Malaysia

Publication: BH Date of publication: Nov 10, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Oktober lalu, 2.97 juta menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia (K1M) yang diperkenalkan di seluruh negara sejak 7 Januari tahun lalu bagi memperkasakan perkhidmatan penjagaan kesihatan rakyat. Jumlah kedatangan pesakit itu dicatatkan di 82 klinik 1Malaysia yang dibina dan beroperasi sehingga kini bagi memudahkan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat, khususnya golongan pendapatan rendah dan miskin bandar. Perkhidmatan penjagaan kesihatan itu akan ditingkatkan apabila kerajaan merancang menambah klinik kepada lebih 150 menjelang akhir tahun depan, termasuk 50 klinik baru yang akan dibina menerusi peruntukan Bajet 2012 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, jumlah K1M itu termasuk di Pujut, Miri, Sarawak dan Papar, Sabah yang memulakan operasi pada 1 Oktober lalu. "Sehingga 30 Oktober lalu, 2,970,988 kedatangan di seluruh K1M dicatatkan. Sebanyak 23 K1M sedang disiapkan tahun ini dan beroperasi awal 2012. "Selain itu, tambahan sebanyak 50 buah lagi akan dibina pada 2012 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2012," katanya semalam. Dr Hasan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berkata, anggaran kos bagi membina 50 Klinik 1Malaysia baru sekitar RM11 juta.

18  

Headline: Bantuan RM100, baucar buku sebelum Januari Publication: BH Date of publication: Nov 10, 2011 Section heading: Main Section Page number: 005 Byline / Author: Oleh Faiza Zainudin

KUALA LUMPUR: Bantuan persekolahan RM100 kepada 5.8 juta pelajar sekolah rendah dan menengah membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM580 juta akan mula dibuat sebelum cuti persekolahan akhir tahun. Baucar buku RM200 kepada 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), matrikulasi, politeknik dan Tingkatan Enam yang masih berstatus pelajar pada Januari 2012, akan diserahkan kepada pelajar oleh institusi pengajian dan sekolah masing-masing mulai 16 Disember hingga 31 Disember ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bantuan RM100 secara tunai akan diserah kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Bagaimanapun, mekanisma pembayaran itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Banting, hari ini. Katanya, kerajaan akan menyalurkan peruntukan itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkan kepada pihak sekolah. "BSN akan bayar pada sekolah dan sekolah akan bayar kepada pelajar. Mana-mana sekolah yang belum ada akaun BSN, mereka kena buka di BSN yang berdekatan. Pembayaran akan mula dibuat sebelum cuti sekolah," katanya ketika diminta mengulas tanda tanya ibu bapa mengenai pembayaran bantuan persekolahan itu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2012, bulan lalu. Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi berkata baucar buku bernilai RM260 juta akan agihkan kepada institusi pengajian terbabit mulai 1 Disember hingga 15 Disember ini. Sehubungan itu, semua IPTA, IPTS, politeknik, kolej matrikulasi dan sekolah diminta menyedia dan mengemas kini senarai nama pelajar mereka termasuk nombor kad pengenalan dan kad matrik untuk pengesahan kementerian mulai 1 November hingga 15 November ini. Pelajar yang layak menerima baucar membabitkan rakyat Malaysia; menuntut di Tingkatan Enam dan matrikulasi manakala mereka yang belajar di politeknik, IPTA dan IPTS adalah pelajar yang mengikuti pengajian sama ada pada peringkat diploma, ijazah, sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD). Turut layak mereka yang belajar secara separuh masa, sepenuh masa atau program pengajian jarak jauh (PJJ); pelajar program kerjasama dengan universiti luar negara dan penerima tajaan biasiswa. Najib pada Bajet 2012 turut mengumumkan golongan muda seperti pelajar tempatan institusi

19  

pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan Tingkatan Enam akan menerima baucar buku RM200 bagi meringan beban mereka.

Headline: Bajet turut beri manfaat kumpulan pertengahan

Publication: BH Date of publication: Oct 13, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006

KUALA LUMPUR: Bajet 2012 yang dibentang Jumaat lalu turut mengambil kira kepentingan kumpulan berpendapatan pertengahan, khususnya di kalangan pekerja swasta meskipun tumpuan lebih khusus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan kakitangan awam. Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Dr Sundaran Annamalai, berkata kerajaan perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan berpendapatan rendah pada bajet kali ini kerana kumpulan berkenaan mewakili sebahagian besar daripada isi rumah di negara ini. Namun, katanya kerajaan turut merangka banyak strategi bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana yang merangkumi 40 peratus daripada isi rumah di negara ini turut menerima manfaat daripada pelan perbelanjaan nasional itu. "Kumpulan berpendapatan pertengahan kini menikmati 20 jenis pelepasan cukai yang sekali gus membantu mengukuhkan asas pendapatan boleh guna mereka. "Kerajaan turut memberikan bantuan kewangan secara terus seperti pemberian tunai sekali saja kepada semua pelajar sekolah dan penuntut universiti. "Semua bentuk bantuan berkenaan disasarkan kepada semua rakyat tanpa mengira kumpulan pendapatan mereka," katanya di Balai Berita, semalam. Ketika pembentangan Bajet 2012 Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara lain mengumumkan pelepasan cukai baru di bawah Skim Persaraan Swasta untuk memastikan pekerja swasta dan pekerja sendiri berpendapatan pertengahan mendapat jaminan masa depan. Pelepasan cukai baru itu menambah kepada 19 pelepasan cukai sedia ada yang diumumkan pada pembentangan bajet terdahulu. Sundaran berkata, kumpulan berpendapatan pertengahan juga akan terus menikmati subsidi yang dibelanjakan kerajaan, khususnya membabitkan bahan bakar. "Sebagai contoh, kerajaan kini membelanjakan 45 peratus daripada kos sebenar gas asli cecair (LPG) dalam bentuk subsidi," katanya. Beliau berkata, kerajaan di bawah Bajet 2012 juga menyediakan kemudahan untuk kumpulan

20  

berpendapatan pertengahan memiliki rumah sendiri menerusi penubuhan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai agensi tunggal membangunkan perumahan bermutu pada harga mampu milik.

Headline: Pelaburan pendidikan Malaysia baik Publication: BH Date of publication: Nov 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 014

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan yang setara atau mendahului beberapa negara serantau dari segi pelaburan dalam bidang pendidikan, tetapi kualiti penguasaan bahasa Inggeris mahasiswa di negara ini masih terus menjadi isu. Dr Marie Aimee Tourres, seorang felow penyelidikan kanan di Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM), berkata adalah penting bagi siswazah menguasai bahasa Inggeris untuk memastikan mereka berupaya bersaing dengan berkesan dalam pasaran pekerjaan global. "Namun begitu, dari segi perbelanjaan pendidikan, Malaysia boleh dibandingkan dengan beberapa negara di rantau ini berdasarkan kepada peratusan perbelanjaan yang dikeluarkan ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini," katanya kepada BERNAMA dalam satu wawancara di sini. Beliau berkata, Malaysia sebenarnya mengeluarkan perbelanjaan yang lebih berbanding negara lain. Dalam Bajet 2012, sejumlah RM13.6 bilion diperuntukkan kepada sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan dan pembangunan masyarakat. Dr Tourres berkata, terdapat banyak tumpuan yang diberikan kepada latihan dan melatih semula siswazah, aspek yang penting untuk terus menambah baik pekerja berkemahiran dan berpengetahuan di negara ini. Bagaimanapun, kualiti mahasiswa masih menjadi isu di Malaysia, memandangkan pelajar mendapati sukar untuk menguasai bahasa Inggeris. "Bahasa sememangnya satu isu," katanya, memetik penerbitan terbaru oleh Bank Dunia bertajuk The Road to Academic Excellence, iaitu kajian mengenai perkara yang menyumbang kepada sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia. Kajian itu membandingkan Universiti Malaya (UM) dan National University of Singapore (NUS) dalam bab bertajuk The National University of Singapore and the University of Malaya: Common Roots and Different Paths. Dalam laporan itu, dinyatakan bahawa NUS bergerak seiring tuntutan ekonomi yang berkembang, yang berusaha untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa, dengan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa arahan dan penyelidikan, UM mula memberi tumpuan ketika kemahiran berbahasa Inggeris semakin merosot bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

21  

Penerbitan itu, yang berdasarkan kepada kajian yang dikendalikan oleh dua cendekiawan, Philip Altbach dan Jamil Salmi, turut menyebut bahawa memandangkan sebahagian besar kursus di UM dikendalikan dalam bahasa kebangsaan, universiti itu mempunyai program pengantarabangsaan, petugas akademik dan badan pelajar yang lebih terhad. "Generasi ini terpaksa berdepan dengan standard dan persaingan antarabangsa dalam pasaran pekerjaan, sebagai sebahagian daripada globalisasi," kata Dr Tourres. Beliau memberi contoh Pakistan, tempat beliau memberi syarahan. "Di Pakistan, sungguhpun rakyatnya bertutur dalam dialek yang berbeza, selepas bahasa Urdu, penguasaan bahasa Inggeris mereka lebih baik daripada siswazah kita. "Ini menjadikan mereka mempunyai kebolehpasaran dalam persekitaran global yang kompetitif," katanya.

Headline: Skim rumah pertamaku tak terhad projek PR1MA Publication: BH Date of publication: Nov 8, 2011 Section heading: Main Section Page number: 013 Byline / Author: Oleh Badrul Kamal Zakaria

KUALA LUMPUR: Skim rumah pertamaku (SRP) bagi memudahkan golongan muda memiliki rumah sendiri tidak terhad kepada Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA), malah mereka boleh membeli sebarang rumah kediaman lain dengan menggunakan skim berkenaan. Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron, berkata pemohon boleh menggunakan SRP itu dengan syarat permohonan itu membabitkan rumah pertama. "Ramai yang masih keliru dengan SRP. Skim ini satu daripada langkah yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda terutama berusia 35 tahun ke bawah dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. "Melalui skim ini, mereka boleh membeli sama ada melalui mana-mana pemaju perumahan atau memperolehnya melalui rumah sedia ada, tetapi rumah terbabit perlu tidak melebihi RM220,000, " katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Katanya, melalui skim itu pembeli rumah boleh mendapatkan pembiayaan 100 peratus daripada institusi kewangan sekali gus tidak perlu mengeluarkan wang membayar deposit. "Selain itu, pemahaman orang ramai skim itu untuk golongan muda di kawasan bandar saja juga tidak benar. Memang benar, kerajaan sedang membina rumah PR1MA di kawasan bandar terutama di Lembah Klang, namun ia tidak menghalang mereka yang tinggal di kawasan lain untuk mendapatkan kemudahan ini. "Mereka yang tidak tinggal di Lembah Klang juga boleh menggunakan kemudahan skim ini melalui syarikat perumahan swasta yang lain. Bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada rumah yang disiapkan oleh pemaju perumahan saja dan tidak boleh digunakan untuk membina rumah sendiri," katanya.

22  

Katanya, mulai tahun depan kerajaan bersetuju menaikkan premium pembiayaan skim itu daripada RM220,000 kepada RM400,000 hasil maklum balas bakal pembeli. "Maklum balas yang kita terima rumah di kawasan Lembah Klang masih mahal berbanding dengan jumlah pembiayaan. Malah, daripada maklumat kita terima, rumah mampu milik yang selesa di kawasan bandar berharga sekitar RM250,000 hingga RM350,000 seunit. "Kerajaan bersetuju dengan cadangan itu. Mulai 2012, pemohon SRP perlu berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan bagi individu atau tidak lebih daripada RM6,000 bagi pendapatan isi rumah," katanya.

Headline: KPDNKK kesal dakwaan harga barang naik Publication: MA Date of publication: Nov 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 014

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba menimbulkan suasana panik kononnya harga barang akan naik mendadak di Perak. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, khabar angin perkara itu mula tersebar selepas pembentangan Bajet 2012 pada awal bulan lalu. Katanya, tindakan sebuah stesen televisyen berbayar membuat laporan mengenai perkara itu tanpa merujuk kepada pihaknya terlebih dulu sangat dikesali kerana memburukkan lagi keadaan. "Saya anggap laporan dibuat wartawan berkenaan adalah kekeliruan yang bertujuan mencari publisiti kerana pemantauan dijalankan oleh Pegawai Pemantauan Harga (PPH) PPDNKK Ipoh pada hari sama mendapati tiada kenaikan mendadak seperti dilaporkan," katanya kepada di sini, semalam. Mohd Hilmi berkata, peniaga yang ditemui memaklumkan kenaikan harga sesetengah barangan ketika ini bukan disebabkan oleh pembentangan bajet tetapi berpunca daripada faktor lain seperti perubahan cuaca, kenaikan kos operasi, utiliti serta faktor kontigensi. Beliau memberi contoh, kedudukan harga tinggi bagi ayam hidup, ayam standard dan ayam super berpunca daripada kenaikan kos makanan ayam serta kos utiliti seperti air, elektrik, upah pekerja serta kos ubat-ubatan untuk tumbesaran ayam. Bagaimanapun, katanya, perkara itu bukan faktor utama kerana kebanyakan peniaga mendapat bekalan daripada pemborong kedua atau ketiga, sekali gus menyebabkan ayam hidup atau ayam proses dijual pada harga tinggi sehingga mencecah RM8 sekilogram. "Rantaian pengedaran di peringkat pemborong perlu diperbetulkan dan diperkemaskan bagi mengimbangi harga ayam di pasaran. "Sebagai langkah penyelesaian, pemborong di peringkat kedua dan ketiga perlu dikurangkan

23  

atau dihapuskan supaya peniaga mendapat bekalan ayam pada harga rendah (pemborong peringkat pertama). "Ketika ini mod harga ayam standard di pasaran di seluruh Ipoh adalah RM8.80 sekilogram dengan kebanyakan peniaga menjual pada harga RM8.50 hingga RM9," katanya. Mohd Hilmi berkata, harga barangan yang dilihat meningkat ketika ini adalah sayur-sayuran, terutama sayuran kampung, sayur kekacang dan berbuah seperti pucuk ubi, pucuk paku, kacang kelisa dan ulam-ulaman.

Headline: Sekolah kena kembalikan semua yuran Publication: BH Date of publication: Nov 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 010 Byline / Author: Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sekolah yang mengutip yuran peperiksaan, kokurikulum dan kos kertas peperiksaan perlu mengembalikan yuran terbabit kepada ibu bapa kerana semua yuran itu sudah dimansuhkan dan ditanggung kerajaan melalui pengumuman Bajet 2012. Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata semua pihak perlu bertanggungjawab dan patuh keputusan ditetapkan kerajaan dalam pengumuman Bajet 2012 serta tidak mengambil kesempatan atas keputusan itu. Katanya, pihak sekolah tidak harus membebankan ibu bapa selepas kerajaan memansuhkan semua yuran itu dan jangan mengelirukan atau memberikan tafsiran yang salah atas keputusan yang dibuat. "Perkara ini amat jelas bahawa semua yuran di sekolah rendah dan menengah adalah percuma seperti diumumkan dalam Bajet 2012 dan pihak sekolah tidak perlu lagi mengutip semua yuran itu. "Jika ada sekolah yang tetap mengutip yuran itu bermakna mereka ingkar arahan yang dikeluarkan dan perlu dikenakan tindakan tatatertib kepada mereka yang cuai atas arahan yang dikeluarkan. "Guru besar, pengetua perlu bertanggungjawab jika perkara ini berlaku dan kita meminta ibu bapa yang sudah membayar atau diarahkan membayar yuran itu membuat aduan kepada polis, jabatan pelajaran dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua sekolah tidak mengutip yuran peperiksaan, kokurikulum dan kos kertas peperiksaan kerana semua yuran berkenaan dianggarkan RM150 juta kini ditanggung sepenuhnya kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2012. Dr Mohamad Ali berkata, jika ada sekolah yang didapati meminta yuran itu dibayar, jabatan pelajaran perlu memberikan surat tunjuk sebab kepada sekolah terbabit.

24  

"Kita minta ibu bapa yang sudah membayar tampil membuat laporan supaya tindakan yang wajar boleh diambil hingga ke akar umbi. "Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan atas keputusan yang memberikan kesenangan kepada pelajar dan ibu bapa ini disalah tafsir hingga menyebabkan persepsi buruk diterima kerajaan," katanya.

Headline: Mekanisme tentukan layak bantuan RM500

Publication: BH Date of publication: Nov 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 Byline / Author: Oleh Lum Chee Hong

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen untuk menentukan sama ada penduduk itu layak menerima bantuan RM500. Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, berkata usaha ini bertujuan mencari mekanisme bagi memastikan proses memberi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah yang tidak mempunyai slip gaji dapat dilaksanakan selepas pengesahan pendapatan mereka. "Kita mengambil berat masalah ini kerana ramai penduduk yang kebanyakannya bekerja sendiri tidak mempunyai slip gaji, termasuk pesawah. Bagaimanapun, semua mekanisme ini masih pada peringkat cadangan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai apakah kaedah yang digunakan untuk pendaftaran dan pelaksanaan bantuan `one-off' itu kepada penduduk terutama di kawasan luar bandar. Masrun berkata, kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus mengadakan perbincangan berhubung mekanisme berkenaan. "Kita akan memberitahu mekanisme yang bakal dilaksanakan menerusi kenyataan media selepas persetujuan dicapai," katanya. Sebelum ini, bantuan bernilai RM1.8 bilion itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 pada bulan lalu yang dijangka memberi manfaat kepada 3.4 juta isi rumah bagi meringankan beban mereka.

25  

Headline: Guna kuasa pengguna berbelanja ikut keperluan

Publication: BH Date of publication: Nov 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Mohd Yusof Abdul Rahman

PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, baru-baru ini menyarankan supaya kakitangan awam melakukan boikot secara senyap terhadap kenaikan harga barang. Langkah ini dibuat sebagai memprotes sikap sesetengah peniaga yang menaikkan harga barang, terutama harga ayam, sedangkan penjawat awam masih belum menerima kenaikan gaji dan bonus mereka, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu. Saranan Presiden CUEPACS ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan lain, seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA). Begitu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga mengalu-alukan langkah ini. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik usaha melakukan boikot ini kerana ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna. Seperti mogok menjadi senjata bagi kesatuan sekerja menuntut hak mereka terhadap majikan, boikot pula adalah langkah untuk pengguna mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual barang atau perkhidmatan yang tidak menepati kehendak pengguna. Namun begitu, FOMCA agak bersikap skeptikal dengan saranan memboikot ini kerana ia sudah berulang kali diutarakan, tetapi gagal mendapat sambutan daripada masyarakat pengguna. FOMCA sendiri pada 1990-an sering menyarankan pengguna supaya memboikot peniaga, tetapi tidak mendapat kesan yang diharapkan. Mungkin ada banyak faktor yang menyebabkan usaha ini tidak mendapat perhatian pengguna, seperti mereka tidak mempunyai banyak pilihan, melainkan terpaksa membeli barangan berkenaan kerana ia keperluan asas. Selain itu, tidak wujud persaingan yang sihat sehingga timbul monopoli pasaran oleh pihak tertentu. Justeru, FOMCA lebih giat memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai hak dan tanggungjawab mereka agar mereka secara individu akan bertindak terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab tanpa wujudnya dorongan daripada mana-mana pihak. Pada masa sama, masalah kenaikan harga barang ini memerlukan tindakan daripada pelbagai pihak, khususnya kerajaan. Antaranya, memastikan bekalan bahan makanan sentiasa mencukupi di pasaran. Negara juga perlu menghasilkan bahan makanan secukupnya untuk keperluan rakyat tanpa banyak bergantung kepada import daripada luar. Selain itu, persaingan yang sihat antara peniaga perlu diwujudkan agar tidak ada pihak-pihak tertentu yang memonopoli pasaran. Pengguna juga perlu bijak menggunakan barang alternatif terhadap barang yang mengalami

26  

kenaikan harga. Banyak faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang, bukan semata-mata disebabkan oleh segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Dalam kes seperti ini, tindakan penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan terhadap peniaga terbabit. Pada April 2011 lalu, kerajaan sudah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Pengguna yang mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang secara keterlaluan perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa. Sebahagian besar daripada bahan makanan untuk keperluan negara adalah diimport, seperti beras, gandum, bawang dan cili. Pada tahun lalu, nilai import bahan makanan ialah RM30.2 bilion. Masalah banjir yang berlarutan di Thailand turut menjejaskan sebahagian daripada bekalan makanan yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Justeru, kerajaan perlu memberikan penekanan yang serius terhadap dasar jaminan makanan. Dasar ini perlu dirangka untuk jangka masa panjang sehingga negara mampu mengeluarkan bahan makanan pada tahap kecukupan diri. Dalam hal ini kerajaan perlu memastikan dasar jaminan makanan dirangka untuk jangka panjang, termasuk Dasar Agro Makanan Negara yang dilaksanakan dari 2011 hingga 2020. Pada masa ini, kerajaan juga sudah mewujudkan pelbagai inisiatif untuk rakyat membuat pilihan mereka sendiri, seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Portal 1Malaysia Pengguna Bijak. Pengguna perlu mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap inisiatif ini bagi mendapat pilihan barang yang berharga rendah. Apa yang penting ialah peranan dan kesungguhan pengguna itu sendiri. FOMCA percaya bahawa 'perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik'. Selagi pengguna tidak mahu menggunakan kuasa mereka, termasuk memboikot, maka mereka perlu bersedia untuk menghadapi peniaga yang bersifat tidak mesra pengguna, termasuk menaikkan harga barang sesuka hati. * Penulis ialah Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

27  

Headline: Pakej khas lindungi ekonomi Publication: BH Date of publication: Nov 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Shahrizan Salian

PAKEJ rangsangan khas bernilai RM6 bilion yang disediakan dalam Bajet 2012 akan berfungsi sebagai pelindung kepada ekonomi negara daripada kemungkinan berlakunya satu lagi pusingan krisis ekonomi dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. "Ia adalah bagi memastikan negara menikmati pertumbuhan ekonomi lebih tinggi jika kemelesetan tidak berlaku, dan jika sebaliknya terjadi, maka ia akan dapat melindungi ekonomi kita. "Jika berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan zon Kesatuan Eropah (EU), ia sudah tentu akan menjejaskan angka perdagangan negara. "Disebabkan itu kerajaan menekankan pakej rangsangan ini adalah untuk melindungi kekuatan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia dan Persidangan Persekutuan Akauntan ASEAN ke-17 (MIA-AFA 2011) di Kuala Lumpur, semalam. Dalam pembentangan Bajet 2012 bulan lalu, kerajaan memperuntukkan satu pakej rangsangan khas bernilai RM6 bilion yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta bagi pembangunan beberapa projek tertentu. Ahmad Husni berkata, dengan adanya penampan itu, kerajaan yakin akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima ke enam peratus tahun depan, meskipun di tengah-tengah persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu. "Bagi tahun ini, kerajaan yakin mencapai sasaran ditetapkan, tetapi masih tidak mengetahui kedudukan tahun depan. "Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kita mampu mencapai pertumbuhan 5.1 peratus tahun ini dan 5.2 peratus tahun depan, tetapi keadaan sebenar ekonomi dunia tahun depan masih tidak dapat dipastikan," katanya sambil menambah tumpuan kerajaan kini diberikan kepada usaha meningkatkan perbelanjaan domestik, pelaburan swasta dan perbelanjaan kerajaan bagi mengekalkan pertumbuhan. Beliau juga menegaskan, dalam persekitaran ekonomi semasa, kerajaan lebih prihatin terhadap prospek pertumbuhan berbanding kadar inflasi. Berikutan itu, katanya, dalam senario keadaan terburuk, kerajaan masih mempunyai dana tambahan untuk menyediakan pakej rangsangan seterusnya. "Kita masih mempunyai simpanan seperti dana pembiayaan sokongan bernilai RM4 bilion yang dimasukkan dalam akaun pendapatan dan dana RM5 bilion dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

28  

"Kementerian juga sudah meminta Ketua Akauntan Negara menyemak semula dana amanah bernilai RM30 bilion yang sebahagiannya tidak digunakan," katanya. Kerajaan juga katanya, agak konservatif dalam unjuran pendapatannya bagi tahun depan kerana tidak mengambil kira pencairan beberapa aset kerajaan dan kelompongan dari segi kutipan hutang daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke dalam Bajet 2012. "Kita merancang menswastakan aset yang dimiliki kerajaan dalam bentuk beberapa bidang tanah, untuk menambah kepada pendapatan negara. "Bagi kutipan hutang oleh LHDN, kementerian mendapati jumlahnya meningkat ketara tahun ini selepas makmal kewangan awam dilaksanakan bagi tujuan itu awal tahun ini," katanya.

Headline: Industri automotif diberi perhatian

Publication: BH Date of publication: Nov 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 034 Byline / Author: Oleh Zanariah Abd Mutalib; Mohd Zaky Zainuddin

KAJIAN semula Dasar Automotif Negara (NAP) akan menyeimbangkan antara kepentingan peserta industri tempatan dan luar negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berkata, kepentingan industri automotif tempatan tetap akan diberikan perhatian walaupun kajian semula itu antara lain bertujuan menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam sektor itu. "Setakat ini, sebahagian daripada peserta industri automotif tempatan sudah bersedia menghadapi liberalisasi menerusi NAP, terutama industri kenderaan hibrid dan elektrik berikutan langkah kerajaan melanjutkan pengecualian penuh duti import dan eksais sehingga Disember 2013 seperti diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini," katanya sambil menambah pelaksanaan liberalisasi NAP akan diumumkan kerajaan kelak. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Anugerah ICT-AWANI kedua di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF), Ashran Ghazi dan Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz. Mengenai masalah banjir di Thailand, Mukhriz berkata, pihaknya mendapat maklum balas daripada semua sektor termasuk automotif berhubung perancangan syarikat memindah pusat pengeluaran komponen dari negara jiran itu ke Malaysia. Katanya, kerajaan menggariskan dua pilihan kepada syarikat berkenaan iaitu menggunakan sementara kemudahan yang ada di negara ini sehingga bencana di Thailand pulih atau membina kilang untuk pengeluaran komponen secara tetap. "Peluang muncul di saat negara jiran menghadapi musibah. Namun, Malaysia tidak akan

29  

bertindak agresif untuk menarik syarikat pelbagai sektor beralih ke negara ini kerana tidak mahu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas bencana negara lain. "Bagaimanapun, ia sebenarnya secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik berikutan kestabilan politik dan terlindung daripada potensi bencana besar," katanya. Sementara itu, Ashran berkata, NEF-AWANI kali ini dijangka menampilkan penyertaan lebih 200 syarikat selain penganjur memperkenalkan beberapa elemen baru berbanding edisi sulung tahun lalu. "Antara elemen baru termasuk sesi temu bual membabitkan lima calon peringkat akhir yang dipilih bersama panel hakim untuk memilih mereka menjadi tiga finalis dalam setiap kategori," katanya. Anugerah kemuncak yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI saluran 501 pada 12 Februari tahun depan dibahagikan kepada dua kategori iaitu ICT dan inklusif pilihan rakyat.

Headline: 15,000 bakal hilang kerja Publication: HM Date of publication: Oct 29, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032

MELAKA: Dianggarkan 15,000 kakitangan awam berstatus kontrak di seluruh negara bakal kehilangan pekerjaan apabila kontrak mereka tamat bermula 31 Disember ini. Pegawai dan anggota kerajaan yang bakal ditamatkan kontrak membabitkan peringkat kementerian, badan berkanun, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Difahamkan, kontrak mereka tidak akan disambung tahun depan menerusi notis dikeluarkan terhadap semua kakitangan awam terbabit. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, mereka bakal kehilangan pekerjaan itu membabitkan pelbagai perjawatan di sektor perkhidmatan kerajaan. Katanya, kakitangan berkenaan ada yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun. "Maklumat awal yang kami terima, mereka yang bakal kehilangan mata pencarian itu termasuklah jurutera, arkitek, akauntan, pegawai tadbir dan pegawai tadbir diplomatik. "Kebanyakan kakitangan kontrak itu pula semuanya berkelayakan dan tidak berdepan dengan sebarang masalah disiplin, selain usia mereka masih muda," katanya selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ismail Md Yusof yang bersara wajib bulan depan. Hadir sama, Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng dan Pengarah Imigresen negeri, Kamaludin Ismail. Pada majlis itu turut diadakan sesi dialog di antara Cuepacs serta ahli

30  

KPISM. Omar berkata, pihaknya banyak menerima surat, selain turut dihubungi pegawai dan kakitangan terbabit yang memohon pihaknya supaya melakukan sesuatu bagi membolehkan kontrak mereka disambung. Katanya, pelbagai rungutan diterima pihaknya yang menyatakan mereka akan menghadapi masalah sekiranya hilang mata pencarian kerana sudah mempunyai komitmen dengan pembiayaan pembelian rumah dan kenderaan serta mempunyai anak yang masih kecil. "Ada juga ibu bapa yang mempertikaikan anak mereka yang akan diberhentikan itu mempunyai kelayakan yang baik dengan memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama. "Maklum balas yang kami terima di peringkat ketua jabatan pula, mereka tidak mempunyai masalah dengan kakitangan kontrak terbabit dan hanya menunggu pertimbangan kerajaan," katanya. Beliau berkata, setakat ini Cuepacs sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas pengumuman Bajet 2012 lalu bagi meminta maklum balas mengenai perkara itu. Katanya, beliau berharap Perdana Menteri dapat menimbangkan supaya menyambung kontrak kakitangan terbabit untuk tempoh satu atau dua tahun lagi. "Mereka bakal berdepan dengan pelbagai tekanan sekiranya hilang pekerjaan kerana hilang sumber pendapatan dan perlu mencari kerja lain dengan segera," katanya.

Headline: Membela nasib masyarakat bandar

Publication: BM Date of publication: Oct 30, 2011 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Mior Kamarul Shahid

BANYAK perkara baru diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet Negara 2012 yang terus menjadi bahan perbualan harian. Tidak hairanlah ada yang berpendapat ia bajet pilihan raya walaupun mereka tahu usaha membantu rakyat adalah agenda berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN). Ramai akui bajet tahun depan lebih menyeluruh kerana ia meliputi setiap sektor masyarakat dari luar bandar hingga ke bandar, dari orang miskin meliputi warga emas, kanak-kanak, ibu tunggal, orang berpencen dan orang kurang upaya hinggalah kepada golongan miskin dan kumpulan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Najib mungkin melihat masanya sudah tiba untuk kerajaan menilai semula kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada setiap golongan rakyat supaya tidak ada satu pun kumpulan yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Tanpa mengabaikan nasib rakyat di luar bandar, kerajaan juga tidak alpa terhadap kehidupan rakyat di bandar tanpa mengira kaum. Hari ini rakyat bandar mungkin memerlukan lebih perhatian berikutan perubahan struktur masyarakat - kesan penghijrahan. Analogi mudah, kawasan bandar terus berkembang dengan

31  

bilangan penduduk yang meningkat sedangkan penduduk luar bandar kian berkurangan kerana golongan muda mencari peluang pekerjaan di bandar-bandar. Sebelum ini, dalam setiap perancangan pembangunan kerajaan, penduduk luar bandar sering menerima bantuan kerajaan seperti membina rumah, kemudahan perubatan, bekalan air, elektrik, jalan raya dan sebagainya. Dalam bajet tahun depan, Najib yang juga Menteri Kewangan menyediakan keperluan rakyat di bandar-bandar yang kian mendesak dan memerlukan pembelaan. Umum menyedari tidak semua penduduk bandar hidup senang. Di bandar, segala-galanya memerlukan wang - perumahan, pengangkutan, persekolahan anak, pembantu rumah, perubatan dan sebagainya, di tambah pula dengan kos sara hidup yang meningkat. Golongan ini perlu dibantu agar mereka tidak terus menerus menghadapi kesempitan hidup. Bajet 2012 dilihat sebagai memulakan pendekatan baru untuk membantu penduduk bandar bagi meringankan beban mereka. Dalam Bajet 2012, antara lain kerajaan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga berpatutan. Dengan bayaran maksimum RM2, seseorang boleh bersarapan pagi dan RM4 untuk makan tengah hari. Dengar cerita, bukan pelanggan saja yang Restoran 1Malaysia dikunjungi ramai pelanggan, tetapi bilangan mereka yang berminat menjadi peniaga, juga ramai. Ini sebagai tambahan kepada Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga rendah. Memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap rakyat. Di bandar keperluan memiliki rumah kian mendesak. Bagi membantu pembeli mencapai impian mereka memiliki rumah pertama, kerajaan menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA. PR1MA ialah agensi tunggal untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana. PR1MA berperanan sebagai pemaju projek di tapak pemilikan kerajaan. Mulai sekarang kita akan dapat melihat satu demi satu projek PR1MA dibina di bandar-bandar. Untuk memudahkan penduduk, projek perumahan ini akan dibina di kawasan berhampiran stesen MRT, LRT bagi memudahkan pergerakan mereka menggunakan pengangkutan awam dengan kos yang lebih rendah. Di samping itu, PR1MA turut bekerjasama dengan pihak swasta untuk membangunkan projek-projek perumahan. Pemilikan rumah PR1MA ditentukan dengan adil melalui undian terbuka. Bagi kemudahan kesihatan di bandar, kerajaan menyediakan Klinik 1Malaysia dan sebagainya.

32  

Headline: Penantian 13 tahun Publication: HM Date of publication: Oct 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 046 Byline / Author: Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

KAJANG: Pembeli rumah di Taman Serosa, Cheras, di sini berharap peruntukan membaikpulih rumah terbengkalai diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena Bajet 2012, baru-baru ini dapat menyelesaikan masalah dihadapi sejak 1998. Ini kerana, selepas lebih 13 tahun menanti, belum ada ura-ura projek itu dimulakan semula, sedangkan ansuran bulanan pinjaman perumahan dibayar setiap bulan. Penasihat kepada Jawatankuasa Bertindak Taman Serosa, Datuk Yap Pian Hoon, berkata sudah lama pembeli menanti mendapatkan hak mereka, namun sehingga hari ini menemui jalan buntu, biarpun diambil alih pemaju baru. Katanya, pemaju memberikan alasan kekurangan modal untuk menjalankan semula projek kerana ia sudah digunakan untuk membeli kawasan perumahan itu daripada pemaju lama dan kini mencari sumber baru untuk meneruskan pembinaan. "Saya merujuk masalah ini kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan ketika itu mereka memberi jawapan tiada peruntukan untuk projek itu dan perlu menunggu sedikit masa lagi. "Pelbagai usaha sudah dijalankan dan semuanya tidak berhasil. Kini, kami cuma berharap projek terbengkalai di Taman Serosa termasuk dalam peruntukan membaik pulih rumah terbengkalai yang diumumkan baru-baru ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Serosa, Hussin Saimin berkata, pada Mac lalu syarikat pemaju baru sudah mengambil alih tetapi sehingga kini tiada perkembangan mengenai projek itu. Katanya, rata-rata pemilik menjelaskan RM70,000 kepada bank, biarpun rumah belum siap. "Ansuran bulanan dibayar setiap bulan dan pada masa yang sama terpaksa menyewa rumah lain, ini sangat membebankan pembeli terutama berpendapatan rendah. "Jika projek ini termasuk dalam peruntukan disediakan, ini khabar gembira untuk kami dan mungkin tahun depan kami boleh mendiami rumah ini semula," katanya. Projek yang dimulakan sejak 1998 oleh pemaju milik penuh Bumiputera, Serosa Resources Sdn Bhd (Serosa), itu membabitkan pembinaan tiga jenis rumah iaitu 110 pangsapuri kos rendah 12 tingkat, 240 pangsapuri kos sederhana 16 tingkat dan 60 rumah teres dua tingkat dibina di tanah seluas 2.8 hektar.

33  

Headline: Projek PR1MA bantu warga pendapatan sederhana tak tercicir arus pembangunan Publication: BH Date of publication: Oct 25, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Siti Suriani Othman

USAHA kerajaan membina rumah mampu milik di kawasan bandar seperti di Putrajaya, Cyberjaya, Sungai Besi dan Seremban Sentral amat wajar bagi memberi peluang kepada warga pendapatan sederhana yang 'tersepit' antara kemampuan membeli rumah yang semakin mahal harganya namun tidak layak memohon untuk rumah kos rendah. Kawasan ini yang dikenali sebagai kawasan membangun, kini memperlihatkan peningkatan kos hidup di kalangan penduduknya. Taraf hidup yang umumnya sederhana di Seremban misalnya, kini mula meningkat juga dipengaruhi faktor ia akan dinaik taraf kepada bandar raya dalam tempoh dua tahun lagi. Pembangunan pesat yang sedang berlaku perlu bagi penduduknya, tetapi pada masa sama meningkatkan keperluan pengukuhan ekonomi masyarakat supaya separa dengan kepantasan pembangunan di sekeliling mereka untuk mengelakkan 'keciciran ekonomi' yang seterusnya mencipta jurang antara 'kaya' dan 'miskin' di kawasan pesat membangun ini. Projek PR1MA yang diumumkan dalam Bajet 2012 baru-baru ini menunjukkan sokongan yang baik di kalangan golongan sasaran dengan permohonan melebihi 7,000 bagi fasa pertama pembinaan di Putrajaya. Projek ini diharapkan mampu menjadi antara faktor membantu mengelakkan jurang dalam masyarakat yang tidak mampu mengejar arus pembangunan yang disebutkan. Saya sendiri yang baru pulang dari pengajian di luar negara terkejut dengan harga barangan di Malaysia hari ini. Nilaian RM100 nampaknya kini amat rendah, hanya boleh membeli barangan dapur yang amat sedikit jumlahnya, berbanding empat tahun lalu. Inflasi ialah satu isu penting yang berkaitan, namun perbincangan ini dihadkan kepada skop memiliki rumah sebagai keperluan keluarga yang amat penting dalam menghadapi inflasi yang berlaku. Nilaian RM100 yang diberikan ialah contoh mengisyaratkan tahap kehidupan sedemikian rupa memang membebankan rakyat berpendapatan sederhana. Jika gaji banyak dihabiskan untuk keperluan seharian seperti makanan, untuk mempunyai rumah sendiri nampaknya semakin kelam. Soal perumahan di Malaysia dan stigma tertentu berkaitan soal perumahan mungkin tidak adil jika dibandingkan setara dengan masalah perumahan di Britain. Di Britain misalnya, kerajaan menyediakan rumah sewa bagi golongan berpendapatan rendah yang dipanggil 'council house' atau rumah yang dimiliki majlis perbandaran dan disewa dengan harga murah kepada yang layak. Selain itu, mereka juga layak mendapat pelbagai kemudahan kewangan yang lain dipanggil benefit, yang berfungsi seperti wang kebajikan di negara ini. Pelbagai bentuk wang kebajikan diberikan kepada pemohon yang layak termasuk wang kebajikan untuk ibu tunggal, OKU (termasuk warga emas), anak yang baru lahir dan masih bersekolah, perubatan, serta mereka yang ketagihan alkohol. Bersangkutan council house, selain pengurangan sewa, mereka yang layak juga menikmati kemudahan membersih rumah oleh pihak council, termasuk membaiki kerosakan rumah berkenaan. Kemudahan ini terlaksana sejak abad ke-10 lagi, namun dikurangkan ketika zaman pemerintahan Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain dari 1979 hingga 1990 dan

34  

memperkenalkan Right to Buy Scheme atau Skim Hak Untuk Membeli Rumah seterusnya membolehkan penduduk mempunyai rumah sendiri. Apa yang boleh dipelajari daripada konsep Barat ini ialah kepentingan membuka peluang yang membolehkan penduduk memilik rumah sendiri. Konsep menyewa rumah seperti rumah council nampaknya tidak berjaya, malah bilangan penduduk yang tidak berumah berterusan meningkat di Britain. Di London saja, berdasarkan statistik beberapa tahun lalu mencatatkan lebih 3000 orang merempat dan tidak berumah di London. Hal ini sebenarnya juga berkaitan dengan polisi imigrasi Britain yang terlalu liberal dan mudah bagi warga asing dari Eropah memasuki Britain dengan cara sah (atau tidak sah), namun dalam kalangan warga tempatan sendiri begitu ramai yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Fenomena tidak berumah di Britain ini pernah saya sebutkan dalam salah satu perbincangan di Berita Harian dalam kolum saya beberapa tahun lalu. Namun, saya bangkitkan semula di sini sebagai maklum balas kepada projek PR1MA yang diharapkan dapat membantu mereka yang bukan tidak berkemampuan membeli rumah, tetapi tidak berupaya mengejar arus taraf hidup yang begitu deras di Malaysia yang kita harapkan tidak akan keciciran. Apa yang kita takuti ialah jika golongan ini ketinggalan, kualiti hidup mereka akan merosot dan terus merosot, dan kita akan kehilangan potensi generasi muda yang pastinya wujud dalam kelompok ini. Selain itu, jika ibu bapa terpaksa mengejar kederasan arus ini, kemungkinan juga generasi muda akan 'mencontohi' mereka, dalam sekurang-kurangnya dua keadaan: Sama ada terpaksa mengejar arus ini atau dalam keadaan mereka 'didesak' kehendak (bukan keperluan) semasa dan nafsu. Mereka akan menjadi semakin materialistik dan mula hanya mementingkan pencapaian peribadi dan bukan lagi kepentingan kolektif yang merangkumi keluarga seperti sesetengah masyarakat Barat. Apabila institusi keluarga tidak lagi penting, kita risau masyarakat kita mula mengabaikan orang tua untuk kepentingan sendiri, yang juga antara faktor peningkatan bilangan mereka yang tidak berumah di Britain, dan peningkatan rumah orang tua-tua yang memerlukan perbelanjaan besar oleh pihak kerajaan sedangkan hal ini boleh dibendung terutama dengan kelebihan budaya kita (budaya timur) yang kolektif sifatnya. * Penulis ialah pensyarah di Fakulti Kepemimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia.

35  

Headline: 4 inisiatif bela polis (HL) Publication: BH Date of publication: Oct 24, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Meor Hisham Zulkifli

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai sumbangan dan jasa polis, kerajaan meluluskan empat inisiatif untuk meningkat serta membela kebajikan anggota polis dan keluarga mereka, merangkumi aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan. Sebanyak RM1 juta akan disalurkan oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada yayasan polis sebagai dana awal untuk melaksanakan pelbagai program pendidikan yang disediakan oleh yayasan berkenaan. Kerajaan juga akan menambah bilangan anak polis memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah sains serta menubuhkan sebuah unit bekas polis seperti angkatan tentera bagi menjaga hal ehwal serta kebajikan mereka. Selain itu, kerajaan akan menimbangkan untuk memberikan projek kepada koperasi polis yang ketika ini tidak aktif untuk manfaat ahlinya. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis yang dihadiri lebih 6,000 bekas polis, termasuk penerima Pingat Seri Pahlawan dan Pingat Gagah Berani dari seluruh negara, di sini semalam. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Ketika membentangkan Bajet 2012 bulan lalu, Najib mengumumkan RM442 juta untuk meningkatkan kebajikan serta peralatan anggota polis, selain peruntukan khas tambahan sebanyak RM200 juta untuk melaksanakan program meningkatkan tahap kecekapan serta kemahiran anggota. Najib berkata, keselamatan dan kestabilan adalah tunjang kekuatan negara dengan institusi polis memainkan peranan penting, terutama ketika berjaya menamatkan ancaman komunis. "Tidak ada negara yang berjaya menundukkan ancaman komunis dengan jayanya. Ini disebabkan kita mengambil pendekatan tidak menggunakan kekuatan ketenteraan semata-mata, tetapi turut berjaya memenangi hati rakyat. "Ketika menghadapi kebangkitan komunis antara 1948 hingga 1960 serta era sehingga tahun 80-an, komunis akhirnya terpaksa angkat tangan dan mengaku tidak boleh tunduk kepada kuasa yang disokong dan didukung oleh rakyat," katanya. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela anggota keselamatan yang menumpahkan darah dan keringat untuk menjamin keamanan negara dari dulu hingga sekarang. "Tetapi saya berasa pelik ada orang cuba mengagungkan komunis dan menganggap pengganas sebagai pejuang sebenar. Tetapi, bagi kita menyalahtafsirkan sejarah dan menidakkan jasa anggota keselamatan adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia dosa yang tidak boleh diampun," katanya.

36  

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai bukti berbentuk dokumen dan rakaman mengenai pembabitan Mat Indera yang dikatakan pejuang negara dalam kegiatan komunis termasuk pengakuannya merancang serta mengetuai serangan terhadap balai polis Bukit Kepung pada 1950. "Kerajaan sedia mendedahkannya jika ada keperluan. Selain itu, dalam sebuah buku mengenai komunis di Malaya, Chin Peng (setiausaha agung Parti Komunis Malaya) turut mengaku Mat Indera sebagai anggota komunis," katanya.

Headline: Perluas bantuan persekolahan RM100 bukti kerajaan utamakan pendidikan Publication: BH Date of publication: Oct 24, 2011 Section heading: Main Section Page number: 020

LANGKAH meluaskan bantuan persekolahan RM100 seperti diumumkan pada Bajet 2012 kepada pelajar sekolah swasta dan persendirian, membuktikan kesungguhan kerajaan meringankan beban setiap keluarga yang mempunyai anak bersekolah, menjelang musim baru persekolahan tahun depan. Bantuan tanpa mengira latar belakang sosioekonomi keluarga akan disalurkan kepada setiap sekolah sebelum diagihkan kepada ibu bapa pada Disember ini bagi memastikan setiap pelajar mendapat capaian pendidikan berkualiti dan sama rata. Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan memastikan setiap pelajar di negara ini berpeluang memenuhi setiap potensi dimiliki mereka, sekali gus mengharungi masa depan lebih baik. Perluasan bantuan itu akan memberi manfaat kepada tambahan kira-kira 500,000 pelajar menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang akan menerima bantuan itu seramai 5.8 juta, dengan perbelanjaan keseluruhan di bawah skim itu kepada RM580 juta. Selain bantuan berkenaan, Bajet 2012 turut memberi pelbagai kemudahan lain bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara, termasuk kepada sekolah swasta dan persendirian yang terbukti tidak dipinggirkan. Antaranya ialah sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun. Selain itu sekolah swasta juga diberi potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran turut diberikan. Peruntukan disediakan di bawah Bajet 2012 membuktikan kerajaan sentiasa berlaku adil terutama apabila membabitkan soal pendidikan. Semua institusi pendidikan rendah dan menengah termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah agama, sekolah swasta dan persendirian tidak dilupakan di bawah bajet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu itu. Adalah diharapkan dengan penjimatan kos dinikmati menerusi bantuan dan kemudahan diberikan kerajaan itu, sekolah swasta ini dapat mengurangkan yuran sekolah mereka agar beban ibu bapa dapat diringankan. Langkah mengurangkan yuran ini bertepatan dengan tindakan kerajaan memansuhkan bayaran dikenakan di sekolah rendah dan menengah kerajaan yang pendidikannya mulai 2012 akan benar-benar disediakan secara percuma. Segala usaha mendemokrasikan pendidikan di bawah bajet itu adalah penting demi mencapai aspirasi kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Kita yakin dengan akses yang tidak terbatas untuk mendapatkan pendidikan daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat universiti, setiap lapisan masyarakat di negara ini tidak akan terpinggir apabila negara mencapai wawasannya.

37  

Headline: Bekalan beras negara mencukupi

Publication: BH Date of publication: Oct 24, 2011 Section heading: Main Section Page number: 011

GEORGETOWN: Bekalan beras negara tidak akan terjejas walaupun banjir besar melanda negara pengeluar beras terbesar dunia, Thailand, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe. Sehubungan itu, katanya kerajaan memberi jaminan bekalan beras mencukupi untuk menampung keperluan makanan penduduk di negara ini sekurang-kurangnya sehingga enam bulan akan datang. "Walaupun banjir besar melanda Thailand menjejaskan pengeluaran beras sehingga banyak negara lain di dunia ini terasa kesannya tetapi kita bertuah kerana ia langsung tidak mendatangkan kesan kepada kita buat masa sekarang. "Kita mempunyai stok penimbal beras untuk keperluan penduduk selama enam bulan akan datang dan sehingga sekarang stok itu belum disentuh," katanya selepas melakukan tinjauan harga barang menjelang Deepavali di Pasar Jelutong di sini, semalam. Thailand dilanda banjir besar yang menyebabkan sekurang-kurangnya 256 orang terbunuh dan memusnahkan kediaman serta kehidupan sembilan juta penduduk kebanyakannya di utara dan tengah negara berkenaan. Kelmarin, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra memberi amaran supaya rakyat negara itu bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan paras air yang lebih tinggi dan bencana yang akan berlanjutan selama sebulan lagi. Dalam perkembangan lain, Lian Hoe berkata, kementeriannya mengambil tindakan ke atas 108 peniaga di seluruh negara yang didapati menaikkan harga barang sejak pembentangan Bajet 2012. "Semua peniaga terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang mana kebanyakannya dikesan melalui operasi pemantauan harga oleh penguat kuasa dan pemantau harga. "Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ramai pengguna mengadu mengenai sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati dan tidak munasabah sejak Bajet 2012," katanya. Pengguna diminta membuat aduan terus di setiap Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di seluruh negara jika ada peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

38  

Headline: Swasta pun dapat (HL) Publication: BM Date of publication: Oct 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Syuhada Choo Abdullah

SERDANG: Kerajaan memperluaskan bantuan persekolahan RM100 seperti dibentangkan dalam Bajet 2012, kepada kira-kira 500,000 pelajar sekolah swasta dan persendirian membabitkan keseluruhan peruntukan RM580 juta. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet kelmarin selepas mendapat penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu berada di luar negara. Beliau berkata, walaupun tidak termasuk dalam sistem Kementerian Pelajaran, kerajaan tetap akan memberi bantuan itu kepada pelajar sekolah swasta dan persendirian yang menjadikan keseluruhan kira-kira 5.8 juta pelajar menerima faedah itu. "Perdana Menteri kata semua pelajar... sekolah kerajaan, swasta, persendirian, agama... semua diberi yang jumlahnya RM580 juta. "Kerajaan bersetuju dan kita juga bincang bagaimana hendak memberi duit ini. Sekolah bermula Januari, jadi ibu bapa akan berbelanja pada Disember. Justeru, Perdana Menteri mahu kerajaan bayar pada Disember depan," katanya. Beliau berkata, wang itu akan disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang kemudian diserahkan kepada semua sekolah untuk diagih kepada ibu bapa. "Saya sudah memberi arahan kepada pengarah negeri supaya tolong semak. Jika sekolah itu ada akaun, bagus... jika tiada, suruh buka akaun. Kalau tidak boleh membuka akaun kerana bank jauh, kita bawa tunai ke sekolah untuk diberikan kepada ibu bapa," katanya sambil berseloroh menjemput wakil rakyat Barisan Nasional (BN), terutama di Selangor, untuk turun padang menyampaikan bantuan itu di sekolah. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Selangor di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Kabinet kelmarin turut membuat keputusan meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan menerusi gerakan revolusi makanan di seluruh negara, termasuk memastikan tanah terbiar diusahakan secara optimum. Beliau berkata, usaha itu penting untuk memenuhi keperluan bekalan makanan rakyat serta menstabilkan harganya yang semakin meningkat sehingga membebankan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup. Katanya, ini berikutan fenomena bekalan makanan tidak mencukupi berbanding pertambahan

39  

bilangan manusia, lebih-lebih lagi apabila negara pengeluar utama seperti Thailand mengalami bencana alam, termasuk banjir yang memusnahkan tanaman sehingga menjejaskan pengeluaran dan eksport ke Malaysia. Beliau berkata, segala bantuan ditawarkan kerajaan BN melalui Bajet 2012 mengambil kira keperluan rakyat pada semua peringkat kerana kepemimpinan tertinggi negara turun padang dan memahami keluhan masalah pada peringkat akar umbi, sekali gus menyebabkan pakatan pembangkang kini `sugul' serta gementar. Sementara itu pada sidang akhbar, Muhyiddin berkata, kerajaan akan menggerakkan program transformasi Digital Malaysia selaras hasrat Perdana Menteri supaya proses pembangunan ekonomi negara diasaskan kepada tiga elemen utama, iaitu inovasi, kreativiti serta produktiviti. (END)

Headline: Inovasi dan kehidupan manusia Publication: BM Date of publication: Oct 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026

FOKUS kedua dalam Bajet 2012 ialah mengenai inovasi - bermatlamat mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi. Inovasi bermaksud usaha mencetuskan idea baru dan mempunyai nilai komersial berdaya maju. Justeru, setiap pihak terutama institusi berkenaan perlu menyusun strategi membanyakkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada produk yang bernilai komersial. Rakyat pula perlu menanam daya kreatif dan inovasi untuk bersaing. Pemikiran inovatif penting jika tidak mahu ketinggalan dari segala segi. Perubahan teknologi begitu pantas. Jika hari ini kita menggunakan telefon yang menggunakan model atau teknologi terkini, beberapa bulan lagi, ia sudah ketinggalan apabila telefon baru dengan pelbagai kelebihan dilancarkan di pasaran. Komputer yang kita gunakan lima tahun lalu, sudah dianggap model usang kerana terlalu perlahan dan ada fungsinya ketinggalan zaman. Jika komputer dibeli 10 tahun lalu, ia sudah dianggap barang antik. Inilah kesan inovasi kepada manusia.

40  

Headline: Bajet 2012 harapan baru rakyat hidup lebih sempurna Publication: BH Date of publication: Oct 22, 2011 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Mariani Ali Amran

PEMBENTANGAN Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu memberikan sinar baru kepada segenap lapisan masyarakat sama ada kelompok profesional mahu pun golongan marhaen. Berbekalkan tema Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukan untuk negara. Bajet itu dipecahkan kepada dua elemen utama iaitu perbelanjaan mengurus (RM181.6 bilion) dan perbelanjaan pembangunan (RM51.2 bilion). Bajet paling sempurna dalam sejarah ini menyandarkan lima fokus utama iaitu meningkatkan pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi serta peruntukan bagi program transformasi luar bandar. Selain pemberian subsidi RM33.2 bilion, negara turut mensasarkan pertumbuhan ekonomi mencecah kepada 5.5 peratus pada 2012. Kerajaan turut berhasrat mencapai pengurangan defisit kepada 4.5 peratus. Bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia, peruntukan RM232.8 bilion akan dimanfaatkan untuk melaksana semua rancangan pembangunan negara. Antara perkara dikenal pasti adalah pelaksanaan projek dan program di bawah Rolling Plan Kedua, Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI). Menerusi perancangan pihak kerajaan membantu meringankan beban rakyat, peruntukan bantuan perumahan turut disentuh dalam belanjawan itu. Antara perkara paling menarik ialah: * Peruntukan RM443 juta untuk membina 15,000 unit rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat. * RM63 juta untuk membaikpulih 1,270 rumah terbengkalai. * Peruntukan untuk penyelenggaraan dan membaikpulih perumahan awam dan swasta sebanyak RM40 juta. * Program bantuan sosial Anjung Singgah akan dikembangkan ke Johor, Pulau Pinang dan Sarawak untuk membantu memberi tempat tinggal kepada mereka yang tiada rumah kediaman (homeless). * Had maksimum harga rumah dalam Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM400,000. Dalam usaha mempertingkatkan keselesaan hidup dalam kalangan rakyat, kerajaan sudah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Ia adalah agensi tunggal untuk membangun dan menyelenggara perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana. Pada 2012, disasarkan sebanyak 7,700 unit rumah akan dibina di kawasan Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja, Klang. Menerusi PR1MA, harga seunit rumah lebih rendah berbanding pasaran

41  

disebabkan tanah dan dana mudah cara disediakan kepada pemaju. Kerajaan turut memberikan pengecualian sepenuhnya duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah program PR1MA ini. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi harga seunit rumah yang dijual menerusi PR1MA. Contohnya, satu unit pangsapuri 1,000 kaki persegi di Putrajaya akan dijual pada harga RM150,000 berbanding harga pasaran yang mencecah RM220,000. Selain itu, menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR), 75,000 unit rumah mampu milik akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Tahun 2012 bakal menyaksikan 8,000 unit rumah PPR dibina untuk disewa manakala 7,000 unit lagi untuk dimiliki. Keseluruhan 15,000 unit rumah PPR ini membabitkan kos RM443 juta. Kerajaan turut memberi peruntukan tambahan RM200 juta menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun depan. Berita paling gembira untuk golongan berpendapatan rendah dalam belanjawan ini adalah pengurangan harga rumah. Kos rumah RM65,000 akan dijual pada harga RM45,000 iaitu terdapat pemberian subsidi RM20,000 untuk setiap unit rumah. Peruntukan bantuan perumahan dalam Belanjawan 2012 ini mampu memberikan satu harapan baru kepada rakyat yang terhimpit dengan ketidakmampuan mereka untuk memiliki rumah. Mereka boleh menarik nafas lega dan mengukir senyum kerana janji ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan keperluan paling asas dalam hidup iaitu memiliki rumah kediaman. Menyorot masalah rakyat, kita tidak seharusnya lupa bahawa kebanyakan masyarakat Malaysia terbelenggu dek harga rumah yang tinggi. Hal ini mengekang keupayaan mereka memiliki kediaman yang selesa untuk didiami. Di Malaysia, Pulau Pinang adalah negeri yang menyaksikan lambungan harga rumah yang melampau sehingga menghalang keperluan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendiami rumah yang selesa. Perjuangan Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) selama tiga tahun dalam isu perumahan seakan disuntik dengan semangat baru apabila pihak kerajaan memandang serius isu perumahan yang dihadapi rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2012. PReCISE akan terus berusaha melobi pihak kerajaan dan swasta untuk rakyat mendapatkan kediaman yang selesa. * Penulis ialah Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE)

42  

Headline: Had gaji belum putus Publication: BH Date of publication: Oct 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Meor Hisham Zulkifli; Faiza Zainudin

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kelayakan gaji minimum untuk menyertai program Skim Rumah Pertamaku daripada RM3,000 kepada RM6,000 atau RM7,000, akan diumumkan ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012, minggu depan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata ketika ini kerajaan sedang berunding dengan semua pihak yang terbabit termasuk industri perumahan serta sektor perbankan bagi meningkatkan had kelayakan berkenaan. "Jika sebelum ini pendapatan pemohon adalah bawah RM3,000, kini kita sedang mengkaji untuk meningkatkan had kelayakan berkenaan kepada RM6,000 atau RM7,000. "Keputusan mengenai perkara ini mungkin akan diumumkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Parlimen minggu depan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini melancarkan Program Skim Rumah Pertamaku bagi membolehkan mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 untuk membeli rumah. Kerajaan menerusi Bajet 2012 sudah pun meningkatkan harga rumah yang boleh dibeli menerusi skim itu kepada RM400,000 berbanding RM220,000 sebelum ini. Donald Lim berkata, antara perkara yang turut dikaji adalah sama ada had kelayakan itu membabitkan gabungan pendapatan suami dan isteri yang memohon skim berkenaan. "Perkara itu akan dibincangkan dengan pihak bank kerana apa yang saya tahu bahawa bank menetapkan syarat jumlah bayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan.

43  

Headline: Boleh mohon RM500 Publication: HM Date of publication: Oct 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 050 Byline / Author: Oleh Shamsul Munir Safini

KANGAR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengedarkan borang permohonan bantuan RM500 membabitkan isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan bawah RM3,000 mulai Disember ini. Pengerusinya, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata pengedaran borang itu akan membabitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain melakukan pendaftaran di kawasan pedalaman. Katanya, ia dilakukan bagi memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 lalu diterima Januari tahun depan. "Ia hanya sekeping borang yang ringkas dan borang satu muka surat itu adalah borang pengisytiharan yang perlu disahkan LHDN dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai cara mengisinya, malah boleh dilakukan secara dalam talian. "LHDN akan memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja mencukupi bagi pelaksanaannya dan akan siap sedia selewatnya pertengahan bulan depan," katanya selepas perasmian bangunan baru LHDN cawangan Perlis yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar. Sementara itu beliau berkata, hasil kutipan LHDN meningkat 50 peratus tahun lalu berikutan kesedaran yang timbul dalam kalangan rakyat untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai. Katanya, selain itu, penguatkuasaan yang dilancarkan serta taraf pematuhan yang semakin tinggi termasuk pelaksanaan sistem taksir sendiri juga menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil itu. Menurutnya, di Perlis sahaja jumlah kutipan hasil meningkat 21 peratus dalam tempoh dua tahun iaitu dari RM 75.2 juta pada 2009 kepada RM91 juta tahun lalu. "Sehingga Ogos ini kutipan hasil di negeri ini mencecah RM67.5 juta daripada 36,000 pembayar cukai dan 27,000 daripadanya adalah individu," katanya. Bangunan baru LHDN di negeri ini yang dikenali sebagai Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden. Bangunan bernilai RM25.5 juta itu mula beroperasi pada 25 November tahun lalu dengan 83 kakitangan bagi menggantikan pejabat lama yang beroperasi sejak 21 tahun lalu di tingkat tiga Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di sini.

44  

Headline: Belanjawan mesra wanita Publication: BH Date of publication: Oct 21, 2011 Section heading: Hip Page number: 018 Byline / Author: Oleh Nor Affizar Ibrahim

BAJET 2011 yang dibentangkan baru-baru ini, dilihat mesra wanita dan mempamerkan keprihatinan kerajaan terhadap pelbagai kemudahan serta kebajikan golongan itu. Lebih menarik, hampir semua wanita dipelbagai peringkat usia dan latar belakang menikmati manfaatnya termasuk warga emas, remaja dan kanak-kanak. Bagaimanapun, bajet mesra wanita bukan sesuatu yang baru, sebaliknya sudah berlaku peralihan sejak beberapa tahun lalu, cuma kali ini amat bermakna dan lebih pemurah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, kepentingan wanita terutama dari segi ekonomi dan kesihatan diberi fokus utama dalam bajet negara. Yang jelas, peralihan bajet `memihak' kepada wanita itu adalah atas usaha gigih dan peranan besar yang dimainkan beberapa pihak yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk memperjuang, meningkat martabat, memperkasa dan membela nasib wanita, di negara ini. Langkah seterusnya ialah memastikan peruntukan diberikan itu diguna dan dilaksanakan dengan berkesan supaya mampu merealisasikan matlamat untuk memperkasakan wanita. Perancangan teliti dan pemantauan juga perlu dilakukan supaya hanya yang berhak menikmati faedahnya. Justeru, dalam forum mengenai Bajet 2012: Apa Yang Ada Untuk Wanita yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara-negara Anggota Pergerakan Berkecuali (NIEW), baru-baru mahu memastikan semua wanita tahu hak dan faham apa yang perlu diperoleh dalam Info bajet kali ini. Timbalan Setiausaha, Ekonomi dan Bahagian Antarabangsa, Kementerian Kewangan, Mohd Esa Abdul Manaf, berkata pada asasnya pembentukan bajet tidak memfokuskan untuk kepentingan sesuatu gender saja. Mohd Esa berkata, antara asas diambilkira dalam bajet antara lain adalah berkaitan faktor dalam dan luar negara serta cabaran ekonomi pada masa kini. "Sejak tiga tahun lalu, banyak perkara berlaku, sekali gus membawa program dan transformasi ekonomi. Justeru, bajet kali ini mengambil kira rakyat dan prestasi, selain membela rakyat. Antara isu penting ditekankan ialah meningkatkan pendapatan dan mengenal pasti masalah yang ada, termasuklah tangga gaji wanita," katanya ketika menghuraikan secara ringkas bagaimana bajet dirangka," katanya. Forum itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur. Hadir sama, Pengarah NIEW, Tan Sri Rafiah Salim.

45  

Mohd Esa menambah, sejajar tema Bajet 2011, iaitu dasar transformasi nasional, membela rakyat dan mensejahterakan negara, maka seharusnya ia mencerminkan kepentingan rakyat dan negara dan pada masa sama perlu pengukuhan dari segi pertumbuhan ekonomi. "Bajet disediakan tidak membezakan lelaki dan wanita. Apa yang jelas, tumpuan meningkatkan tenaga kerja dan pendidikan diberikan kepada lelaki mahupun wanita. Begitu juga soal kesihatan. Peruntukan untuk warga emas dan pesara juga tidak membataskan jantina. Dengan jangka hayat wanita lebih panjang daripada lelaki, ia tentu bermakna untuk wanita. Kenaikan gaji untuk guru juga memberi kesan kepada wanita yang mengisi 80 peratus jawatan di negara ini. "Sudah tiba masanya tumpuan khusus diberikan bagi mencari kaedah sesuai bagaimana untuk merancang dengan tepat untuk kepentingan wanita," katanya. Prof Madya Dr Sulachana Nair dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya berkata, sebelum ini bajet lebih menjurus `maskulin' tetapi beberapa tahun kebelakangan ini lebih mesra wanita. "Wanita perlu terus memperjuangkan apa yang diinginkan kerana banyak lagi tertunggak mengenai pembangunan golongan itu. Bajet kali ini sememangnya banyak diberikan kepada wanita. Contohnya, Amanah Ikhtiar Malaysia diberi peruntukkan untuk membantu dan meningkatkan ekonomi kumpulan sasar, khususnya golongan miskin . "Bantuan kewangan RM500 kepada keluarga layak itu dianggap begitu bernilai kepada golongan itu. Peruntukan membantu pelajar juga penting untuk mengelak anak perempuan tercicir atau berhenti sekolah akibat keluarga tidak berkemampuan menanggung perbelanjaan pendidikan," katanya. Bagaimanapun, Sulachana mahu diwujudkan komuniti pemerhati bagi memantau hala tuju peruntukkan itu disalurkan kepada golongan sasarannya, selain masyarakat dimaklumkan mengenai projek yang dilaksanakan. Ukur pertumbuhan ekonomi wanita BAJET gender diperlukan untuk memperkasakan isu gender dalam polisi awam yang sekali gus mampu membangunkan kapasiti wanita, mempromosikan kesaksamaan serta keadilan sosial. Penasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Latifah Merican Cheong, berkata bajet gender juga mengoptimum penggunaan sumber fiskal bagi meningkatkan daya saing dan kestabilan sosial, di samping membantu mencapai sasaran di bawah matlamat pembangunan milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. "Bajet 2012 memberi impak kepada wanita khususnya dari segi kesaksamaan gender. Antara impak secara langsung ialah peruntukan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan program latihan bagi memenuhi keperluan dasar sekurangkurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. "Program Rumah Rakyat 1Malaysia pula membolehkan ibu tunggal memiliki rumah sendiri dan peluang meneroka bidang perniagaan. Peruntukan sudah diberikan, kini bagaimana hendak pastikan ia memberi faedah kepada wanita. Agensi terbabit diperlukan untuk memastikan bajet yang dikhususkan dimanfaatkan kepada wanita," katanya.

46  

Justeru, Latifah menyarankan mewujudkan penilaian impak gender sebagai alat pengukur pencapaian gender arus perdana bagi melihat hasil dalam melaksanakan langkah Bajet 2012. Tambahnya, ini bukan mudah dilakukan kerana memerlukan banyak pelaburan, malah mungkin perlu membangunkan petunjuk aras. "Jika ada sasaran tertentu dan audit penilaian gender, bolehlah diketahui bagaimana projek terbabit memberi kesan kepada wanita dan melihat bagaimana pelaksanaan dasar berorientasikan gender. Dalam hal ini, ketelusan keputusan juga penting sebagai sebahagian daripada rangkai kerja pengurusan," katanya. Info Antara perkara dalam Bajet 2012 yang memberi manfaat kepada wanita: * Peruntukan RM50 juta untuk suntikan imunisasi barah pangkal rahim. * Peruntukkan RM700 bagi pembinaan hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak. * Pembangunan usahawan wanita melalui peruntukan mikro kredit bernilai RM2.1 billion. * Peruntukkan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan program latihan bagi memenuhi keperluan dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dalam Sektor Korporat. * Memberi rangsangan kepada usahawan kecil dengan peruntukan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM300 juta. * Mencadangkan surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit diberi pengecualian duti setem bagi mengurangkan kos pengendalian peniaga dan usahawan mikro.

Headline: RM74.9 juta untuk bekas polis

Publication: BH Date of publication: Oct 20, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 Byline / Author: Oleh Meor Hisham Zulkifli; Faiza Zanudin; Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR: Seramai 74,958 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang berkhidmat ketika zaman darurat sudah menerima bayaran sagu hati khas kerajaan berjumlah RM74.9 juta iaitu sejak 2003 hingga kini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi anggota yang terkorban ketika zaman itu wang bayaran diserahkan kepada duda dan balu mereka. "Kerajaan memperuntukkan RM1,000 secara 'one off' kepada setiap orang bekas anggota polis atau waris yang terbabit. Bayaran khas itu sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa mereka dalam perjuangan melawan komunis ketika zaman darurat.

47  

"Mereka ini wira yang tidak didendang," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) pada sidang Dewan Rakyat semalam. Mohd Nasir ingin tahu sejauh mana kerajaan mengiktiraf dari segi pemberian pampasan dan pencen kepada pasukan keselamatan yang terkorban ketika menentang komunis seperti peristiwa Bukit Kepong. Abu Seman berkata, 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat tersenarai sebagai penerima sagu hati itu. "Mereka ini bekas anggota Home Guard, Special Constabel, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constabel, Border Scout dan Jungle Squad," katanya. Abu Seman berkata, sebagai kerajaan yang prihatin pada rakyat, kerajaan sekali lagi memutuskan untuk memberi sumbangan sebanyak RM3,000 secara one off kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta duda atau balu mereka menerusi Bajet 2012 baru-baru ini. Katanya, selain daripada sagu hati itu, kerajaan juga memberikan bantuan kepada mereka melalui bantuan khairat kematian Tabung Amanah Warisan, bantuan perubatan, bantuan pembelian alat pergerakan dan anggota palsu, bantuan pelajaran dan bantuan bencana alam.

Headline: RM5.9 bilion diperuntuk bantu ramai sertai PKS

Publication: BH Date of publication: Oct 19, 2011 Section heading: Main Section Page number: 033

KERAJAAN memperuntukkan sejumlah RM5.9 bilion dalam Bajet 2012 untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk usahawan muda yang ingin membabitkan diri dalam perniagaan, kata Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim. Beliau berkata, dana itu diagihkan kepada beberapa kementerian dan agensi kerajaan. "Ia diagihkan mengikut fungsi dengan ada dana untuk pembangunan, dana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Revitalisation Fund, Dana Pembiayaan PKS patuh syariah, Dana Kecemasan PKS serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). "Namun, walaupun diletakkan pada beberapa kementerian dan agensi, kami (SME Corp) berperanan sebagai penyelaras untuk memastikan PKS mendapat akses kepada dana berkenaan," katanya pada sidang media selepas perasmian selepas perasmian Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES) 2011 di Kuala Lumpur, semalam. Hafsah juga berkata, SME Corp akan bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia tahun depan untuk menggalakkan inovasi di kalangan PKS di negara ini. "Kita ingin melihat inovasi menjadi budaya di kalangan PKS. Melalui budaya dipacu inovasi dan pertumbuhan diterajui produktiviti, PKS akan menjadi lebih kompetitif dan dapat menghadapi segala cabaran mendatang," katanya. Sementara itu, Mukhriz berkata, dalam APEC YES 2011, pihaknya memang memberi penekanan inovasi kepada usahawan muda.

48  

"Kita ingin memberitahu orang ramai bahawa sama ada di mana saja atau berapa usia mereka, mereka mempunyai ruang untuk melakukan inovasi dalam perniagaan terutama dengan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT)," katanya.

Headline: Keserasian bajet 2012 dengan simpanan emas Publication: BH Date of publication: Oct 18, 2011 Section heading: 1Klassifieds Page number: 001

BAJET 2012 yang dibentangkan minggu lalu adalah bukti keprihatinan kerajaan yang menyedari tekanan hidup rakyat akibat peningkatan kos sara hidup kesan inflasi dan ketidakstabilan ekonomi global. Pada masa sama, kata pakar ekonomi, ia membuka jalan bagi menggiatkan lebih banyak program yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat. Bajet 2012 ini sesuai untuk menangani permasalahan semasa bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat berikutan kerajaan dijangka berdepan masalah menggembleng sumber tenaga jika kebajikan rakyat diabaikan. Oleh itu, bajet 2012 adalah jalan terbaik dan menyeluruh meliputi semua aspek. Transformasi menggalakkan orang ramai bertukar atau menambah portfolio daripada pelaburan saham, unit amanah kepada melabur dalam bentuk emas sedang giat dijalankan oleh pihak Serambi Emas. Pergerakan harga emas yang menurun ketika ini adalah masa yang paling sesuai untuk membeli bagi pelabur mendapatkan harga emas pada harga rendah. Kini semakin ramai orang Melayu yang menukar portfolio pelaburan mereka kepada emas. Di Serambi Emas, usaha giat dijalankan membantu mendidik, bertukar pandangan dan teknik untuk membantu lebih ramai orang Melayu turut serta dan ini adalah usaha murni yang dapat dijalankan dalam usaha memperkasa ekonomi orang Melayu melalui pemilikan, simpanan dan pelaburan emas. Sebelum bajet 2012 dibentangkan, Dato' Salleh Majid (bekas Presiden Bursa saham Kuala Lumpur - kini Bursa Malaysia) menegaskan dalam artikel beliau yang bertajuk "GANDAKAN NILAI HARTA DENGAN PELABURAN EMAS" menyarankan koperasi juga individu beralih kepada pelaburan emas yang terbukti satu pelaburan paling selamat kala ini. Menurut beliau, Serambi Emas adalah syarikat Bumiputera yang terbabit secara profesional dalam urusan jual beli emas dan mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market selain pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai. Keserasian Bajet 2012 dengan program simpanan emas yang dianjurkan oleh pihak Serambi Emas ialah di mana satu cara pembelian mudah diwujudkan iaitu pembeli hanya membayar 35% saja daripada harga emas dan baki 65% melalui kemudahan Ar-Rahnu tanpa sebarang faedah dikenakan. Cara ini dipraktikkan kerana dapat menambah nilai pemilikan emas atau nilai emas dapat digandakan dengan kos modal yang minimum. Ia terbukti lebih menguntungkan kepada pembeli apabila dapat membeli emas fizikal pada harga rendah dan bayaran dijelaskan secara ansuran

49  

dengan kemampuan masing-masing. Di saat pasaran emas pada hari ini, yang baru saja mengalami kejatuhan harga, ini adalah masa yang paling sesuai untuk membeli bagi pelabur mendapatkan harga emas pada harga rendah dan masa terbaik untuk menghubungi wakil Serambi Emas yang tertera di bawah untuk membeli emas, memahami tekniknya dan bertanyakan tentang sebarang kemusykilan. Hubungi : Agensi : 03-4266 1687 (Ampang) Mastura : 017-321 3224 (Selangor) Liha : 013-359 0922 (Kuala Lumpur) Zuraida : 013-351 0475 (Putrajaya) Faiz : 012-706 2623 (kaw. Tengah) Dr. Amir : 012-501 2916 (Johor Bharu) Yazid : 016-750 2224 (Selatan) Azizi : 012-759 5483 (Segamat) Shari : 016-661 9194 (Melaka) Linda : 019-962 0727 (Pantai Timur) Azmi : 019-981 5569 (Pahang) Rizal : 012-455 6070 (Utara) Muhammad : 017-374 6136 (Sabah/Sarawak) TIPS EMAS: 1. Emas adalah pelindung nilai tunai agar masa depan anda tidak terbelenggu masalah ketidakmampuan membayar harga barang keperluan yang semakin meningkat. 2. Simpanan emas dapat memperkasakan ekonomi seorang individu sekali gus mengagih-agihkan kekukuhan ekonomi itu sesama keluarga dan masyarakat melalui ilmu dan zakat 3. Pakar ekonomi menjangkakan peningkatan harga emas akan berterusan sehingga hujung

50  

tahun ini. Belilah emas sekarang sementara harga emas masih lagi rendah dan nikmati kenaikan harga dalam masa terdekat.

Headline: Insentif, strategi Bajet 2012 sokong pertumbuhan ekonomi

Publication: BH Date of publication: Oct 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 040 Byline / Author: Oleh Shahrizan Salian

INSENTIF dan strategi yang digariskan dalam Bajet 2012 akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi negara tahun depan, tetapi belum mencukupi untuk menyerap sepenuhnya kesan pengurangan eksport susulan kelemahan ekonomi global, kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid. "Pelaksanaan projek Program Transformasi Ekonomi dan pemberian dalam Bajet 2012 dirangka untuk menyerap kos sara hidup yang tinggi akan merangsang permintaan domestik dan menjana pertumbuhan ekonomi. "Namun, secara keseluruhannya Bajet 2012 tidak cukup untuk menampung kelemahan faktor luar. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengannya," katanya pada taklimat media tinjauan ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2011 di Kuala Lumpur, semalam. Berdasarkan faktor itu, MIER menyemak unjurannya bagi pertumbuhan ekonomi negara tahun depan kepada lima peratus daripada 5.5 peratus yang dibuatnya pada Januari lalu. Namun, unjuran itu masih berada dalam lingkungan unjuran kerajaan antara lima dan enam peratus yang dibuat dalam Bajet 2012. Bagi tahun ini pula, institut penyelidikan itu menurunkan unjurannya kepada 4.6 peratus daripada 5.2 peratus, lebih rendah daripada 5.5 peratus yang diunjurkan kerajaan. Zakariah menegaskan, jika tiada sokongan permintaan domestik, ekonomi negara akan mencatatkan pertumbuhan lebih kecil daripada diunjurkan itu. Jelasnya, antara faktor luar yang memberi kesan kepada ekonomi negara ialah meningkatnya ketidaktentuan global daripada zon euro yang menjejaskan tinjauan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan China, sekali gus menjejaskan pertumbuhan eksport Malaysia. "Faktor negatif lain termasuk krisis hutang negara Eropah, peralihan risiko global, pergerakan tidak menentu harga komoditi global, prospek industri elektrik dan elektronik yang lemah serta hutang isi rumah yang tinggi," katanya. Beliau berkata, MIER kini sedang menunggu lebih banyak perangkaan yang dijangka diperoleh pada Persidangan Tinjauan Ekonomi Negara (NEOC) bulan depan bagi membolehkannya membuat unjuran yang lebih realistik.

51  

52  

"Mungkin selepas NEOC itu nanti kita akan mendapat gambaran lebih baik mengenai kemungkinan lain yang berlaku tahun depan," katanya. Sementara itu, dalam laporan tinjauan ekonominya bagi suku ketiga ini, Indeks Persekitaran Perniagaan MIER yang menjejaki prestasi pengeluaran domestik jatuh 9.6 mata kepada 104.5 pada suku ketiga berbanding suku kedua lalu. Indeks Keyakinan Ketua Eksekutif turut mencatatkan penurunan daripada 111.9 suku kedua lalu kepada 93.3 mata pada suku ketiga. Namun, Indeks Sentimen Pengguna meningkat sedikit kepada 108.7 mata berikutan keadaan inflasi yang semakin reda.

Sumber : http://www.nstemedia.com.my Tarikh Akses : 16 November 2011

MELAKA BENTANG BAJET 2012 BERJUMLAH RM307.6 JUTA

Date: 14-11-2011 DEWAN-MELAKA (BAJET) MELAKA, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Melaka membentangkan Bajet 2012 dengan menyediakan sebanyak RM307.6 juta berbanding bajet tahun lepas sebanyak RM301.71 juta. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata daripada jumlah itu, RM245.1 juta adalah bagi peruntukkan perbelanjaan mengurus dan RM62.5 juta bagi perbelanjaan pembangunan. "Hasil kerajaan negeri bagi 2012, dianggarkan berjumlah RM245.3 juta yang terdiri hasil cukai RM99 juta, hasil bukan cukai RM76.5 juta dan terimaan bukan hasil RM69.8 juta," kata beliau ketika membentangkan bajet 2012 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. Beliau berkata mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, kerajaan negeri mengekalkan rekod bajet lebihan bagi tempoh lapan tahun berturut-turut sejak 2005. Di bawah peruntukan mengurus, emolumen sebanyak RM72.9 juta, perkhidmatan dan bekalan RM98.9 juta, pemberian dan kenaan tetap RM69.1 juta. RM1 juta untuk pembelian aset dan baki RM3.2 juta untuk perbelanjaan lain. Bagi peruntukan pembangunan pula, keperluan infrastruktur RM22.8 juta, pertanian RM3.5 juta, sosial RM24.7 juta serta pembangunan masyarakat RM11.5 juta. Mohd Ali berkata Bajet 2012 akan menumpukan kepada dua strategi utama iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah berpendapatan tinggi dan merealisasikan Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau. "Ke arah itu, enam teras utama iaitu pembangunan bandar yang efisen dan mampan, pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisen, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti, persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan beridentiti dan tadbir urus bandar yang efektif," katanya. Beliau berkata Melaka berhasrat menjadi negeri hijau pertama di Malaysia menjelang 2020. "Kerajaan negeri turut menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka sebagai badan penyelaras tertinggi bagi memastikan usaha dan program yang dirancang dilaksanakan dengan efektif," katanya. Dua projek perintis pembangunan kawasan khas teknologi hijau sebagai "showcase" iaitu Bandar Hijau Hang Tuah Jaya dan Melaka Solar Valley di Rembia, Alor Gajah. Beliau juga berkata sektor pelancongan di Melaka terus kukuh dan sehingga Julai lepas, seramai 6.7 juta orang telah melawat negeri bersejarah ini berbanding 5.6 juta orang bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 19.6 peratus. "Antara produk pelancongan baru ialah Muzium Hang Tuah di Perkampungan Hang Tuah dan Kompleks Maritim Melaka yang merangkumi Muzium Kapal Selam, Kapal Laksamana Cheng Ho serta Kapal Raja Melaka di Klebang," katanya. Katanya Melaka menyasarkan kedatangan 11 juta pelancong pada tahun ini dengan jumlah tempoh bermalam sebanyak tiga malam dan pendapatan sejumlah RM6 bilion. Beliau juga berkata kerajaan negeri yakin penjawat awam akan terus

1  

mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan sebagai bukti ketelusan dan komitmen pegawai-pegawai kerajaan negeri, Jabatan Audit Negara telah menganugerahkan sijil bersih terhadap Akaun Awam Kerajaan Negeri Melaka pada 2010. --BERNAMA NO NO NHD LIM GUAN ENG KELIRUKAN RAKYAT DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2012, KATA ADUN BN

Date: 01-11-2011 Author: / AZE AZE NH DEWAN-P.PINANG (DEFISIT) GEORGE TOWN, 1 Nov (Bernama) -- Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012. Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, kepandaian Lim bermain silap mata itu ialah dengan menunjukkan defisit yang tinggi dan kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan telah berjimat dan mengurus kewangan dengan baik untuk mendapatkan lebihan. "Mana ada lebihan? Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah tidak membelanjakan wang yang diperuntukkan dalam bajet sehingga menurut Laporan Audit, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya membelanjakan sebanyak 54 peratus daripada bajet yang diluluskan," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Pulau Pinang di sini. Katanya, apabila wang yang diperuntukkan untuk faedah rakyat itu tidak dibelanjakan, maka ia bukannya satu penjimatan malah ia adalah satu kerugian kepada rakyat. "Jika wang yang diperuntukkan tidak dibelanjakan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap dan tidak telus dalam menguruskan kewangan negeri," katanya. Jasmin berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dengan bantuan RM100 untuk warga emas dan anak emas sedangkan pada hakikatnya peruntukan sebenar untuk rakyat tidak dibelanjakan. "Apabila rakyat memohon bantuan daripada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mereka akan menjawab tiada peruntukan, kerajaan negeri tidak beri peruntukan", katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mengatasi masalah kemudahan awam di kawasan luar bandar dan membiarkan jalan-jalan kampung berlopak. Jasmin berkata, walaupun peruntukan untuk pembangunan infrastruktur itu terkandung dalam belanjawan negeri, namun kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan ini bermakna rakyat di negeri ini telah disia-siakan. -- BERNAMA AZE AZE NH

2  

BAJET 2012 MAMPU TANGANI MASALAH GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, KATA NAJIB

Date: 03-10-2011 Author: / NAN KHY NHD PARLIMEN-NAJIB (BAJET) KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. "Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara," katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di sini. Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus. Perdana Menteri berkata strategi yang akan diumumkan dalan Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan. Najib berkata pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan. Selain itu katanya, ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakandalam separuh kedua tahun ini. Katanya ia berikutan aktiviti perbelanjaan, permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan negara. "Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil," katanya. Najib berkata Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global. "Kerajaan akan pastikan ekonomi terus kukuh dengan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik," katanya. Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009. Katanya peningkatan itu menunjukkan kejayaan strategi negara dalam menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta meminimumkan impak dunia luar kepada ekonomi negara. -- BERNAMA NAN KHY NHD

3  

RAM JANGKA BAJET 2012 TINGKATKAN PERMINTAAN AGREGAT

Date: 01-10-2011 Author: / AMY VMD ZK RAM-BAJET KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt dijangka meningkatkan permintaan agregat dengan penaikan taraf industri dan sokongan perniagaan dijangka terus tinggi, kata RAM Holdings Bhd. RAM berkata bajet tahun depan dijangka menumpukan kepada menangani kos hidupyang tinggi, terutamanya bagi segmen pendapatan rendah hingga sederhana, dan meningkatkan kecekapan menerusi liberalisasi pasaran, serta mengurangkan kos perniagaan. "Orang ramai masih bimbang dengan kos hidup yang tinggi walaupun perangkaan nampaknya menunjukkan inflasi berada pada paras pra-kemelesetan yang boleh diurus," kata agensi penarafan itu sambil menambah inflasi makanan meningkat dengan pantas berbanding keseluruhan inflasi, pada sekitar lima peratus. Oleh itu, RAM berkata pengagihan kekayaan kepada isirumah pendapatan rendah seperti pindahan tunai, boleh ditimbangkan oleh kerajaan dalam cadangan Bajet 2012. "Program ini pastinya disambut baik kerana ia akan menambah baik kemampuan bagi strata ekonomi rendah di samping menambah kesan berganda kepada permintaanagregat dalam ekonomi domestik," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini. Ia juga berkata kerajaan dijangka memperkenalkan lebih banyak langkah-langkah untuk menyediakan operasi perniagaan lebih kos efektif di samping menangani halangan dalam menjalankan perniagaan dan pelaburan. "Ini dijangka menambah baik iklim pelaburan domestik dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing," kata RAM. Agensi penarafan itu berkata kerajaan juga dijangka meningkatkan keupayaan menjana pendapatannya tahun depan untuk membiayai objektif sosio ekonominya bagitahun itu. "Meskipun beberapa komponen pendapatan dijangka kekal stabil berbanding pertumbuhan, seperti cukai korporat domestik, mungkin terdapat perubahan besar dalam sumber pendapatan lain tahun depan," kata RAM. Ia menjangka duti eksais ditingkatkan kerana keperluan pembiayaan kerajaan dijangka meningkat tahun depan. -- BERNAMA AMY VMD ZK

4  

NAJIB MUNGKIN KURANGKAN CUKAI KORPORAT DALAM BAJET 2012, KATA UHY

Date: 30-09-2011 Author: / PKP TOM AA UHY-BAJET KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mengurangkan satu atau dua peratus cukai korporat dalam Bajet 2012, kata UHY. Ia berkata bajet tahunan itu akan turut menyaksikan lagi inisiatif peringkat dasar bagi meningkatkan daya tarikan regim cukai Malaysia, untuk kedua-dua perniagaan domestik dan antarabangsa yang melabur di dalam negara. "Berikutan ketidaktentuan di AS dan Eropah, Najib mungkin mengumumkan cadangan cukai yang boleh merancakkan lagi perdagangan antara Asean dan perdagangan dengan China bagi menangani pertumbuhan perlahan berikutan kejatuhan dalam import barangan Malaysia oleh AS dan Eropah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, akan membentangkan bajet di Parlimen pada 7 Okt. UHY ialah rangkaian syarikat perakaunan dan perundingan dengan pejabat di hampir 240 pusat perniagaan utama di 78 negara. -- BERNAMA PKP TOM AA NAZA GROUP HARAP KERAJAAN TURUNKAN STRUKTUR DUTI KERETA DALAM BAJET 2012

Date: 29-09-2011 Author: Amanina Mohamad Yusof / AMY TOM NHD NAZA-BAJET KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kumpulan Syarikat NAZA berharap kerajaan akan mengurangkan struktur duti untuk kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus dalam Bajet 2012 untuk menggalakkan perniagaan lebih banyak melabur dan rakyat berbelanja lebih. Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata ramai yang merungut mengenai struktur duti yang terlalu tinggi. Beliau berkata mengurangkan duti akan mewujudkan minat di kalangan rakyat untuk membeli kereta, terutama dengan keadaan tidak menentu dalam pasaran semasa, katanya. "Ramai orang mempunyai tunai tetapi mereka perlu mempunyai alasan untuk berbelanja. Jika kita boleh turunkan struktur duti, ia akan membantu meningkatkan kuasa menyimpan. "Tidak ada makna kalau mempunyai wang tunai yang begitu banyak dan mereka tidak mahu berbelanja, ekonomi tidak akan berkembang," katanya kepada Bernama selepas melancarkan pasukan NAZA Racing bagi pusingan keempat Ferrari 458 Challenge Pirelli Trofeo di sini hari ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim melancarkan pasukan berkenaan. Mengenai Cabaran Ferrari Asia Pasifik, SM Faisal berkata, syarikatnya berharap untuk membawa siri itu ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kalendar

5  

perlumbaan cabaran berkenaan. "Ini (perlumbaan) adalah ujian sebenarnya, jika mereka gembira dengan pendedahan dan hospitaliti yang kita tunjukkan kepada mereka, saya tidak terkejut kalau tahun depan kita akan mempunyai lima atau enam kereta Malaysia di litar (Sepang)," katanya. Cabaran Ferrari Asia Pasifik, siri yang diuruskan dan diselaraskan oleh Ferrari S.p.A, akan menjadi tuan rumah perlumbaan keempat dalam kalendar mereka untuk pertama kali di Malaysia hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang. Dua gelaran iaitu Trofeo Pirelli dan Coppa Shel, akan direbut oleh lebih 20 pasukan. -- BERNAMA AMY TOM NHD CUEPACS YAKIN 80 PERATUS TUNTUTAN DIPERTIMBANGKAN DALAM BAJET 2012

Date: 27-09-2011 Author: / NFAK SZA KLS CUEPACS-TUNTUTAN GEORGE TOWN, 27 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 80 peratus daripada empat tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan mendapat pertimbangan dalam pembentangan bajet 2012 pada 7 Okt ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas dan mengharapkan berita baik bakal diumumkan bagi menjaga kepentingan penjawat awam di negara ini. "Ini adalah keputusan kongres berdasarkan kepada permintaan dari penjawat awam, saya harap ia dapat dipertimbangkan malah Skim Saraan Malaysia (SSM), dapat digubal semula untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama CUEPACS Pulau Pinang di sini, hari ini. Tuntutan tersebut adalah semakan semula SSM, menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Omar berkata Cuepacs juga yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri dan kemampuan kerajaan dapat memenuhi tuntutan itu yang sememangnya diharap-harapkan oleh lebih 1.2 juta penjawat awam. "Kesemua tuntutan itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan tidak mustahil untuk ditunaikan kerana ada tuntutan yang tidak membabitkan kewangan," katanya. Berkenaan tuntutan pemberian bonus dua bulan, katanya jika kerajaan berbuat demikan, ia akan mencipta sejarah baru dalam memenuhi permintaan penjawat awam. "Diharap (bonus) dapat dipertimbangkan, kalau tidak dapat bonus dua bulan, sekurang-kurangnya (kerajaan) dapat memberi bonus sebulan atau sebulan setengah pun sudah dikira mencukupi," katanya. -- BERNAMA NFAK SZA KLS

6  

BAJET 2012 KEMENTERIAN PERTAHANAN DIJANGKA TIADA KENAIKAN PERUNTUKAN

Date: 26-09-2011Author: / RP BK ZAHID-BAJET GEMAS, 26 Sept (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menjangkakan ada kenaikan peruntukan untuk Kementerian Pertahanan pada Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt. Beliau berkata ini kerana pendekatan kementeriannya ialah menggunakan peruntukan sedia ada dan membuat pendekatan secara kreatif melalui kerjasama pihak awam dan swasta secara perkongsian. "Untuk projek pembangunan, kita bekerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui Perbadanan Perwira Harta. Jadi, ia tidak akan melebihi siling yang telah ditentukan untuk seluruh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). "Harapan kami supaya peruntukan yang kami kemukakan pada Bajet 2012 tidak akan dipotong...insyaAllah," katanya selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini. Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Razali Ahmad dan Pengerusi Pernama Jen Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali. Ahmad Zahid berkata beliau tidak mengharapkan ada penambahan peruntukan padaBajet 2012 kerana kementeriannya faham dengan kekangan dan bebanan kerajaan. "Kita berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan kita amat berterima kasih jika ada hasrat untuk menambah peruntukan," katanya. Ditanya mengenai pembelian aset baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau berkata ia seperti yang telah dirancangkan. "Umpamanya, semua pembelian yang dirancangkan dalam RMK-10 sebelum ini diteruskan, termasuk kapal pelbagai guna (MPV) generasi kedua untuk TLDM," katanya. Kompleks Mutiara Pernama Kem Syed Sirajuddin berharga hampir RM10 juta didirikan di kawasan seluas 0.64 hektar, berdekatan dengan kawasan perumahan anggota tentera dan mula beroperasi pada 12 Sept tahun lepas. Ia setinggi tiga tingkat dengan menyediakan 22 ruang perniagaan dan pasar raya Pernama, selain itu terdapat juga medan selera untuk enam gerai makanan. Antara perkhidmatan yang disediakan di kompleks itu ialah perkhidmatan kedai keluarga, kedai gunting rambut, kedai jahit, kedai dandan rambut, kedai basikal, kedai telefon bimbit dan kedai emas. Turut disediakan di kompleks tersebut ialah perkhidmatan kafe siber, pusat snuker dan biliard, taman permainan kanak-kanak, bilik karaoke dan sebuah gelanggang futsal. Kompleks ini juga dilengkapi sebuah bank iaitu Affin Bank untuk urusan perbankan anggota tentera. -- BERNAMA

7  

RP BK BAJET 2012 TUMPUKAN KEPADA MENGURANGKAN KOS KEHIDUPAN

Date: 26-09-2011 Author: Amanina Mohamad Yusof / AMY VMD AA BAJET-NAZRI KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bajet 2012 dijangka mengumumkan langkah-langkah mengurangkan kos kehidupan serta memberikan peruntukan yang lebih besar untuk projek-projek infrastruktur, terutamanya, untuk kawasan luar bandar, kata ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan. Beliau berkata bajet itu dijangka menangani isu-isu ini dan kemungkinan besar dengan cara mengurangkan cukai pendapatan persendirian terutamanya untuk kumpulan berpendapatan sederhana, dalam usaha meningkatkan kelebihan daya saingnegara. "Tetapi, kita faham yang cukai-cukai alternatif akan diperkenalkan dan ia lebih berasaskan penggunaan dan bukannya pendapatan. "Jadi, terdapatnya peluang yang kita mungkin lihat lebih banyak cukai ke atas utiliti telekomunikasi dan air," kata beliau dalam tembual dengan Bernama hari ini. Dr Nazri juga menjangkakan kenaikan cukai akan dikenakan ke atas minuman keras dan rokok. Ditanya bagaimana bajet ini akan memberi kesan kepada pasaran saham, beliau berkata, saham yang berkaitan politik, berkaitan kerajaan, mungkin mendapat rangsangan dari segi harga saham serta penambahbaikan secara asas. Beliau berkata saham-saham seperti United Malaya Land Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd dan Gamuda Bhd beserta saham pendidikan seperti Seg International Bhd dan Help International Corp juga boleh mendapat manfaat daripada pengumuman bajet ini. "Kebimbangan kita ialah perkembangan global di mana kita melihat faktor-faktor negatif terutamanya di AS dan Eropah," kata beliau sambil menambah kemungkinan terdapatnya beberapa kerancakan (rali) seminggu sebelum bajet dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt. -- BERNAMA AMY VMD AA

8  

BAJET 2012 DIJANGKA SAKSI USAHA TINGKAT KEYAKINAN

Date: 26-09-2011 Author: / DAB MKI RAI THS NHD YEAH-BAJET KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bajet 2012 dijangka menyaksikan usaha untuk meningkatkan keyakinan bagi mengimbangi penurunan dalam permintaan eksport, kata Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng. Beliau juga menjangka bajet berkenaan mesra rakyat, berubah ke arah permintaan domestik dan menggalakkan pembelian rumah. "Saya rasa cabaran utama ialah bagaimana untuk mengimbanginya terhadap ekonomi luar yang perlahan di mana Malaysia mungkin akan terjejas kerana kelembapan ekonomi global. "Jadi, pada masa ini, saya tidak fikir akan ada faktor yang melemahkan keyakinan pengguna, dari segi pembelian mereka. "Perbelanjaan akan dihadkan bagi memastikan bahawa industri domestik dan ekonomi terus berkembang," kata Yeah pada majlis pengumuman perkembangan terkini hartanah REHDA bagi separuh pertama 2011 di sini hari ini. Yeah berkata terdapat keperluan untuk dasar yang berani bagi menggalakkan pelaburan swasta memandangkan terdapat aduan mengenai persekitaran operasi perniagaan yang terhad. "Kita perlu meneliti, untuk melihat bagaimana kita boleh menjadikannya lebih baik dan memperbaiki persekitaran operasi perniagaan. "Salah satu daripada perkara utama adalah untuk melihat sejauh manakah warisan lama atau dasar boleh diubah," katanya. Beliau berkata pelaburan, walaupun di bawah jangkaan pada separuh pertama tahun ini, diunjur meningkat dengan kukuh pada separuh kedua tahun ini dan pada 2012 sebagai hasil daripada usaha yang lebih fokus oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap pelaburan. Yeah berkata RAM menjangka usaha mengetatkan monetari kekal pada kadar yang beransur-ansur walaupun memudahkan pengguna dan tekanan harga aset, khususnya untuk beberapa segmen hartanah di lokasi terpilih, dan mudah tunai lebihan dalam sistem kewangan. -- BERNAMA DAB MKI RAI THS NHD

9  

BAJET 2012 DIHARAP SEDIA LEBIH BANYAK PERUNTUKAN BINA PROJEK PERUMAHAN RAKYAT

Date: 25-09-2011 Author: / NNAI HK HS NONG CHIK-BAJET KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt ini dapat menyediakan peruntukan lebih besar bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ini perlu memandangkan masih terdapat ramai rakyat berpendapatan rendah memerlukan rumahPPR. Selain itu, peruntukan juga diperlukan untuk projek pembangunan di kawasan PPR seperti penyelenggaraan rumah PPR, selain pembinaan dan pembesaran jalan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 80 anak-anak yatim Darul Kifayah pada majlis sambutan hari raya di sini, hari ini. Turut hadir pemangku Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Datuk Razali Abdul Razak. Raja Nong Chik berkata jumlah rumah mampu milik PPR kini hanya tinggal kira-kira 3,000 unit. Sementara itu, Yusuf Hamdain dalam ucapannya berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak rumah PPR kepada bekas polis serta menyediakan peluang perniagaan bagi menambah pendapatan mereka. "Terdapat di kalangan bekas polis dan balu yang hanya menerima wang pencen sebanyak RM200 hingga RM300 (sebulan), mereka ini hidup pada paras kemiskinan. Kita harap kerajaan dapat sediakan rumah PPR dan peluang perniagaan," katanya. -- BERNAMA NNAI HK HS AMRESEARCH JANGKA BAJET 2012 AKAN LEGAKAN BEBENAN RAKYAT

Date: 23-09-2011 Author: / NAB JR AHM AMRESEARCH-BAJET KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama)-- AmResearch Sdn Bhd menjangka Bajet 2012kemungkinan menyasarkan untuk melegakan bebanan rakyat berikutan kos hidup yangtinggi. Bajet itu juga kemungkinan menyediakan bantuan langsung kepada rakyat yang kurang bernasib baik serta mereka dari kumpulan berpendapatan rendah seperti di dalam bentuk baucar tunai," katanya dalam penerbitan EconWatchnya hari ini. "Pengurangan sukarela caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerjadaripada 11 peratus kepada sembilan peratus yang akan mengurangkan kira-kira RM700 juta sebagai pendapatan yang boleh digunakan mungkin juga dilaksanakan bagi membantu kumpulan berpendapatan rendah mengatasi kos hidup yang semakin meningkat," katanya. Bagi kumpulan berpendapatan sederhana , katanya kerajaan kemungkinan memperkenalkan lebih banyak rebat khas, seperti pembelian pendingin udara dan

10  

peti sejuk serta rebat cukai dan potongan yang lebih tinggi. AmResearch juga berkata ekonomi negara juga dijangka tumbuh perlahan sebanyak 5.0 peratus masing-masing pada 2011 dan 2012 dengan risiko lebih tinggi berlaku kemelesetan di negara OECD dan penurunan pertumbuhan di pasaran baharu muncul. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Okt. -- BERNAMA NAB JR AHM

AWANG TENGAH YAKIN PERUNTUKAN BAJET 2012 TUMPU KEPADA PEMBANGUNAN

Date: 22-09-2011Author: / CJ MAI SARAWAK-KEMUDAHAN KUCHING, 22 Sept Bernama) -- Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin peruntukan kepada Sarawak dalam Bajet kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 yang akan dibentang bulan depan akan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas lain di negeri itu. Beliau berkata ia akan membolehkan kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan yang telah dirancang terutamanya pembinaan jalan raya serta bekalan elektrik dan air luar bandar. "Sarawak masih jauh ketinggalan dalam pembangunan ini jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana faktor keluasannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah tamah Aidilfitri Merdeka Raya anjuran Jabatan Penerangan SArawak di sini hari ini. Awang Tengah berkata lebih 90 peratus kawasan disasarkan mendapat kemudahan elektrik dan bekalan air bersih. -- BERNAMA CJ MAI TAIB YAKIN KERAJAAN PUSAT TAHU KEPERLUAN SARAWAK DALAM BAJET 2012

Date: 21-09-2011 Author: / AZM MAI SARAWAK-BAJET KUCHING, 21 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau yakin kerajaan pusat tahu berapa keperluan peruntukan untuk Sarawak pada Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan hadapan. Beliau berkata bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk meminta-minta peruntukan lebih daripada kerajaan pusat kerana sebelum ini peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah mengikut kehendak keperluan semasa. "Bajet untuk Sarawak akan kita peroleh melalui permohonan biasa sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis ramah tamah kakitangan awam Sarawak di Dewan Santapan di Petra Jaya hari ini. Pada Bajet tahun 2011 kerajaan pusat menyediakan RM6.9 bilion untuk

11  

projek infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak. Dalam bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumakan peruntukan RM2.1 bilion bagi membina dan menaik taraf jalan luar bandar di dua negeri itu. -- BERNAMA AZM MAI KEDAH AKAN TINGKATKAN PERUNTUKAN BAGI R&D DALAM BAJET 2012

Date: 21-09-2011 Author: / MKF KAY SN AZIZAN-PERTANIAN ALOR SETAR, 21 Sept (Bernama) -- Kerajaan Kedah akan meningkatkan peruntukan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian melalui Bajet 2012 yang akan dibentang tidak lama lagi. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata perkara itu amat releven memandangkan sektor pertanian di negeri ini amat penting dan memerlukan kaji selidik secara berterusan agar dapat meningkatkan hasil pertanian yang tinggi pada masa akan datang. Beliau berkata kerajaan negeri telah menghantar beberapa anggota jawatankuasa daripada Kumpulan Ladang Sdn Bhd (anak syarikat kerajaan negeri) ke Taiwan Ahad lepas agar mereka belajar mengenai sistem teknologi pertanian di negara itu dan mempraktikkannya kepada petani di negeri ini nanti. "Di Amerika mereka tidak bergantung makanan dari negara lain kerana hasil pertanian yang dikeluarkan hanya untuk keperluan rakyat negara itu sendiri malah mereka juga turut mengeluarkan mesin berteknologi tinggi untuk kegunaan petani di negara itu sendiri," katanya pada perasmian Hari Peladang Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah di sini hari ini. Hari Peladang Penternak dan Nelayan yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman di sini bermula hari ini hingga 26 Sept, bertemakan 'Pertanian Berteknologi Tinggi Asas Kesejahteraan Rakyat'. Mengulas mengenai tindakan syarikat feri penumpang di Langkawi yang menarik balik harga tiket istimewa bagi penduduk Langkawi yang ke tanah besar atau sebaliknya pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah, Azizan berkata: "Kerajaan negeri hanya menyediakan tempat dan tidak terlibat dalam soal ini. "Saya akan minta exco pengangkutan mengkaji mengenai isu itu dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah itu," katanya. Semalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di Langkawi mengadakan bantahan ekoran tindakan pengusaha feri penumpang yang menarik balik harga tiket istimewa kepada penduduk Langkawi sejak Jumaat lepas. -- BERNAMA MKF KAY SN

12  

MUHYIDDIN YAKIN BAJET 2012 BERI PERHATIAN ISU-ISU DIHADAPI RAKYAT

Date: 20-09-2011 Author: / MS MS NH MUHYIDDIN-BAJET DUNGUN, 20 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nanti akan memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi rakyat termasuk mengurangkan kos hidup ketika ini. Bagaimanapun, Muhyiddin berharap semua pihak bersabar dan menunggu pembentangan Perdana Menteri berkenaan bajet itu. "Wallahualam..apa yang terkandung dalam bajet itu, kita berharap ianya akan menyentuh perkara yang dapat mengurangkan kos bebanan rakyat," katanya ketika majlis dialog bersama kepimpinan masyarakat setempat dan pegawai kanan kerajaan, swasta, industri dan badan-badan bukan kerajaan kawasan Dungun, di sini, hari ini. Muhyiddin berkata kerajaan akan mengambilkira keadaan ekonomi negara, soal kos hidup rakyat dan bentuk-bentuk bantuan yang bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan dalam pembentangan bajet itu kelak. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Muhyiddin berkata sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pastinya akan mengambilkira semua aspek yang akan memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat. Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin berkata cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah selaras dengan kematangan rakyat negara ini. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata sekalipun akta berkenaan dimansuhkan, semua pihak termasuk mereka yang extremis dan cuba mengganggu gugat keamanan dan keselamatan negara tidak akan terlepas dengan peruntukan undang-undang negara. "Pemansuhan akta itu diharap memberi ruang kepada rakyat untuk menghayati demokrasi yang lebih tulen, namun rakyat perlulah matang dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindakan dan perlakuan mereka," katanya. Beliau berkata pemansuhan akta ISA itu tidak bermakna rakyat boleh melakukan semua perkara sesuka hati. "Kita perkenalkan undang-undang lain, dan dengan undang-undang sedia ada, ianya (undang-undang yang akan dibuat dan sedia ada) tidak boleh diatasi mana-mana pihak sekiranya mereka terbabit dalam kegiatan yang mengganggu gugat keselamatan negara. "Menerusi ISA, individu ditahan tanpa dakwaan, dan tak akan dilakukan lagi (selepas pemansuhan ISA), tapi kebebasan itu tidak bermakna semua pihak boleh bertindak sewenang-wenangnya," katanya. -- BERNAMA MS MS NH

13  

KURANGKAN KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DALAM BAJET 2012, KATA MD MAH SING

Date: 20-09-2011 Author: / PFBP TOM LAT BAJET-MAHSING KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pengurangan kadar cukai pendapatan individu atau menaikkan pelepasan cukai pendapatan individu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna, merupakan sebahagian daripada senarai harapan Bajet 2012Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd Tan Seri Leong Hoy Kum. Langkah ini akan disambut baik, bukan sahaja oleh golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, malah rakyat Malaysia secara menyeluruh, katanya. Beliau juga berharap melihat lebih banyak tumpuan diberikan terhadap sektor hartanah, sama ada insentif kewangan, potongan cukai atau projekinfrastruktur. Beliau juga menjangkakan lebih banyak pengumuman mengenai penswastaan tanahkerajaan. "Kami berharap pengecualian duti setem kerajaan sebanyak 50 peratus untuk pembeli kediaman kali pertama kurang daripada RM350,000, akan dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Leong yakin kerajaan akan mengimbangi pendekatannya dalam menangani peningkatan harga barangan dan merangsang sektor hartanah, enjin pertumbuhan yang penting untuk negara. "Ia lebih baik jika pelepasan cukai diperluas kepada semua faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan akhir bagi kediaman pertama dan menyediakan geran untuk pemilik kediaman kali pertama," katanya. -- BERNAMA PFBP TOM LAT

K'JAAN AKAN GUNA PAKEJ RANGSANGAN SEDERHANA DALAM BAJET 2012, KATA PROF ARIFF

Date: 19-09-2011 Author: Amanina Mohamad Yusof / AMY TOM LAT BAJET-RANGSANGAN KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kerajaan wajar mengguna pakai pakej rangsangan sederhana dalam Bajet 2012 menerusi reformasi dan liberalisasi kepada bagi merangsang persekitaran pelaburan. Bajet akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt. Bajet juga perlu menghapuskan semua halangan dan penghalang berbanding berbelanja besar, kata Prof Datuk Dr Mohamed Ariff dari Jabatan Ekonomi dan Tadbir Urus The Global University of Islamic Finance. "Bajet itu juga perlu mengkaji perolehan berbanding perbelanjaan. Bagi perolehan, saya mengesyorkan mereka melihat sumber-sumber yang boleh meningkatkan sumber perolehan kerajaan dan pada masa yang sama mengurangkan pergantungkan kepada minyak dan gas," katanya kepada Bernama hari ini.

14  

Mohamed Ariff mencadangkan kerajaan mengurangkan subsidi ke atas barangan tertentu bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. "Kerajaan wajar mengkaji subsidi yang boleh dikurangkan dan tahapnya, ada sektor seperti pendidikan dan kesihatan perlu dikekalkan," katanya menambah, bajet tidak sepatutnya mengguna pakai bajet rangsangan fiskal memandangkan ia akan menimbulkan bebanan hutang negara. -- BERNAMA AMY TOM LAT TENAGA HARAP BAJET 2012 TANGANI ISU SUBSIDI

Date: 18-09-2011 Author: / DAB VMD NHD TNB-BAJET KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd berharap belanjawan 2012, yang akan dibentangkan pada 7 Okt ini, akan menangani isu subsidi dengan segera supaya gangguan dalam pasaran boleh diperbetul. Sudah sekian lama kita mewujudkan gangguan dalam pasaran, sehingga sekarang ini masalah itu semakin besar. Ia mencapai tahap di mana model subsidi tidak lagi mapan. "Sudah tentu tidak sesuai jika keseluruhan subsidi dihapuskan. Tetapi kita perlu mempunyai rancangan untuk menghapuskan beberapa bahagian subsidi secara beransur-ansur supaya gangguan yang diwujudkan boleh diperbetul. Kita tidak mahu masalah ini sampai ke tahap di mana ia tidak lagi dapat dipertahankan oleh mana-mana kerajaan untuk terus memberi subsidi. Ia perlu ditangani segera. Kita perlu mula melakukannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini. Dalam menggalakkan tenaga mesra alam, Che Khalib berkata kerajaan seharusnya memberikan insentif cukai untuk mendorong pengguna komersil dan domestik melihat secara serius penggunaan peralatan penjimatan tenaga bagi perkakasan yang menggunakan elektrik yang tinggi seperti penyaman udara dan peti sejuk. Mungkin kerajaan boleh menimbang pelepasan cukai individu seperti pelepasan cukai pembelian komputer, katanya. Kerajaan boleh pertimbang untuk memberikan pelepasan cukai, mungkin kira-kira RM500 setahun terhadap jumlah tertentu yang dibelanjakan terhadap peralatan penjimatan tenaga, katanya. -- BERNAMA DAB VMD NHD

15  

INPUT MEJA BULAT DIKEMUKA UNTUK PERTIMBANGAN BAJET 2012, KATA NAJIB

Date: 18-08-2011 Author: / IBN NAK DC NAJIB-BAJET KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Segala input dan idea yang dikemukakan peserta pada Perbincangan Meja Bulat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam pembentukan Bajet 2012. Najib dalam entri terbaru blognya www.1malaysia.com.my berkata beliau menghargai semua pihak yang mengambil bahagian dalam perbincangan itu. "Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbincangan ini, juga kepada anda yang telah menghantar idea melalui blog saya ini dan saya berharap anda akan terus mengambil bahagian dalam perbincangan ini dan terus menyokong saya mengorak perjalanan transformasi kita ini bersama," katanya. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata selepas dua minggu bertukar-tukar pendapat dengan rakyat Malaysia, sesi yang bertajuk "Bajet Untuk Pertumbuhan Berdaya Kekal" telah pun berakhir pada 17 Julai lepas. Perbincangan ini adalah yang sama seperti dijalankan ketika merangka Bajet 2011 lalu, katanya. "Saya telah menggunakan kesempatan ini untuk sekali lagi berkomunikasi secara terus dengan rakyat bagi mendapatkan idea dan buah pemikiran anda bagi tujuan pembentangan Bajet 2012 yang akan datang. "Saya berasa amat gembira kerana banyak idea dan cadangan bernas yang telah dicadangkan yang kesemuanya amat berharga untuk saya dalam merumuskan Bajet 2012itu nanti," katanya. Najib berkata beliau mendapati tiga topik utama cadangan yang diterima mengulas mengenai isu berkaitan perkhidmatan awam, pendidikan dan kebajikan awam. "Antara input yang telah diberikan oleh peserta menyentuh mengenai struktur dan kualiti penggajian sektor perkhidmatan awam, pemupukan kreativiti an inovasi dalam sistem pendidikan dan peningkatan bantuan bagi pembangunan kumpulan berpendapatan rendah," katanya. Selain itu, Najib berkata terdapat juga idea-idea kukuh mengenai pertanian, penggunaan, keusahawanan, kebajikan dan pengangkutan awam, semuanya input-input yang berharga bagi kerajaan untuk lebih memahami landskap kepentingan rakyat. Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Okt ini. -- BERNAMA IBN NAK DC

16  

MASALAH KEMISKINAN TUMPUAN NKRA KETUJUH DAN BAJET 2012

Date: 30-07-2011 Author: / TAS MOZ AZH HUSNI-NKRA IPOH, 30 Julai (Bernama) -- Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke-7 yang berkaitan dengan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat akan memfokuskan kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di luar bandar, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah. Katanya masalah kemiskinan penduduk miskin bandar dan miskin tegar luar bandar juga merupakan antara isu yang diambil kira dalam penyediaan Bajet 2012. "Enam NKRA yang ada sebelum ini tidak memfokuskan secara terperinci masalah ini tetapi selepas ianya diputuskan di dalam mesyuarat kabinet minggu lalu, ia akan dibincangkan secara lebih mendalam demi memastikan golongan ini tidak terpinggir. "Kita akan membuat kajian dan penyelidikan yang lebih terperinci bagi membantu rakyat dalam menangani kos kenaikan harga barangan makanan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Surau Ah-Saniah KampungSeberang Sungai Tapah di sini hari ini. Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata antara yang akan diambil kira ialah bagi memastikan peruntukan yang disalurkan sampai kepada penerima. Beliau menjelaskan dalam penyediaan bajet itu, kerajaan akan membuat perancangan melihat kepada mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 di bandar dan kumpulan miskin tegar di luar bandar. Husni pada majlis itu turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM160,000 kepada surau berkenaan yang sebelum ini dibina dengan kos RM450,000. Minggu lepas, Kabinet memutuskan untuk menambah satu lagi NKRA iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang kian meningkat. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan bahawa perkara itu diambil kira disebabkan fenomena global kenaikan harga barangan makanan yang sudah membawa impak kepada rakyat Malaysia. "Maka kerajaan berpendapat ini sudah pun menjadi isu utama di kalangan rakyat dan justeru itu, kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat," kata Najib. Enam teras NKRA sedia ada ialah membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutanawam dalam jangka masa sederhana. -- BERNAMA TAS MOZ AZH

17  

PERAK SEDIA TAMBAH PERUNTUKAN PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI DALAM BAJET 2012

Date: 26-07-2011 Author: / ZAZ ZAZ HS ZAMBRY-PROJEK IPOH, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak bersedia menambah peruntukan projek pembangunan negeri bagi kesejahteraan rakyat dalam Bajet 2012 sekiranya mempunyai kemampuan kewangan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata ia sekaligus dapat membantu para kontraktor di negeri ini terutama kontraktor kelas F dan dapat menggerakkan ekonomi dari peringkat akar umbi. "Ini bertujuan menggerakkan ekonomi negeri Perak. Jika ada kemampuan, kerajaan negeri bersedia untuk menambah lagi peruntukan itu (untuk bajet tahun depan)," katanya ketika berucap pada program 'Tsunami Biru' anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak di kediaman Menteri Besar di sini malam tadi. Dalam Bajet 2010, kerajaan negeri memperuntukkan RM179 juta untuk projek pembangunan negeri manakala jumlah itu meningkat sebanyak RM94 juta kepada RM273 juta dalam Bajet 2011. -- BERNAMA ZAZ ZAZ HS KENAIKAN HARGA BARANG, KESELAMATAN MAKANAN INPUT PENTING SEDIA BAJET 2012

Date: 09-07-2011 Author: / TAS ZAZ AHM HUSNI-BAJET IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Masalah kenaikan harga barang dan pelaksanaan program keselamatan makanan merupakan dua input penting yang dimasukkan dalam penyediaan Bajet 2012, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata penyediaan bajet tahun depan itu kini memasuki fasa mendapatkan input dari badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan wakil universiti untuk memastikan golongan sasaran tidak terus tersepit. "Kita bukan sahaja menyasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.0 peratus pada 2012 tetapi pertumbuhan yang sekata sehingga mencapai negara maju pada 2020." "Dalam penyediaan bajet itu, kita menyediakan pelbagai maklumat bagi memastikan transformasi ekonomi dapat dinikmati seluruh rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pintu Gerbang Gugusan Manjoi di sini hari ini. Katanya bajet yang disediakan itu merangkumi pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Ahmad Husni berkata antara elemen yang diberikan penekanan adalah kemudahan untuk penduduk di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur yang berpendapatan di bawah RM3,000 yang ternyata agak tersepit dengan kenaikan harga barang.

18  

"Kerajaan merancang mengadakan sistem pengangkutan awam yang selesa untuk kemudahan mereka ke tempat kerja serta mewujudkan Skim Rumah Pertamaku untuk golongan tersebut," katanya. Beliau berkata dengan adanya pengangkutan awam yang sempurna, golongan sasaran tidak perlu menggunakan kenderaan masing-masing ke tempat kerja serta sekaligus boleh mengurangkan kesesakan jalan raya. Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata antara matlamat transformasi ekonomi adalah memastikan lapan juta penduduk negara ini memperolehi pendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 sebulan manakala dua juta lagi berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan. "Kita juga sedang menyediakan dasar dan inisiatif bagi meningkatkan pendapatan penduduk yang kini berada di bawah RM2,000 sebulan," katanya. -- BERNAMA TAS ZAZ AHM SELANGOR PERUNTUK RM1.5 BILION DALAM BAJET 2012, KATA ABDUL KHALID

Date: 27-06-2011 SELANGOR-BAJET SHAH ALAM, 27 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion dalam Bajet 2012 dengan memberikan penekanan pada program-program kebajikan di negeri ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM700 juta akan diperuntukkan untuk program kebajikan yang antara lain bertujuan merapatkan jurang ketidakseimbangan pendapatan di Selangor. "Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang pendapatan yang nampaknya semakin membesar di Malaysia. Pembangunan untuk golongan yang berada mesti diteruskan, tetapi kami bertekad penuh untuk memastikan bahawa golongan miskin tidak terus terperangkap dalam lingkaran miskin," katanya dalam kenyataan di sini. Menurut kenyataan itu, pengumuman itu dibuat Abdul Khalid semasa merasmikan Dialog Bajet Negeri Selangor di Subang Jaya dekat sini, hari ini. Ini adalah kali ketiga kerajaan pembangkang mengadakan Dialog Bajet Negeri Selangor selepas mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008. Abdul Khalid berkata peruntukan itu tidak akan digunakan sebagai huluran wang semata-mata tetapi sebagai benih dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi sendiri yang kukuh. Beliau juga berkata kerajaan negeri bercadang mengurangkan kadar untung kontraktor kerajaan dari 30 peratus kepada tujuh peratus. "Kami berbuat demikian untuk menjamin nilai yang lebih baik untuk rakyat dan menghapuskan amalan orang tengah yang mengakibatkan ketirisan yang serius dan merugikan rakyat,"katanya. --BERNAMA VSS NAK BK

19  

BAJET 2012 GARIS LANGKAH PACU PELABURAN SWASTA, KATA HUSNI

Date: 31-05-2011 Author: / MI SD KY HUSNI-BAJET KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Bajet 2012 dijangka menggariskan beberapa langkah yang bertujuan memacu pelaburan swasta ke dalam negara ekoran persaingan sengit daripada negara-negara lain di rantau ini yang berusaha menarik pelaburan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Malaysia memerlukan sektor swasta yang lebih dinamis untuk mencapai pertumbuhan pelaburan yang disasarkan iaitu sebanyak 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. "Kita memerlukan cadangan yang berkaitan daripada pemilik-pemilik kepentingan bagi memastikan sasaran pertumbuhan pelaburan jangka panjang terus berada di landasan yang betul," kata menteri itu dalam ucapan pembukaannya pada satu perbincangan kumpulan tumpuan mengenai Bajet 2012. Perbincangan bertajuk "Bajet 2012: Memacu Pelaburan Swasta" hari ini menandakan permulaan penekanan pertemuan kumpulan tumpuan tahun ini kepada usahamerangsang pelaburan swasta. Hasil perbincangan-perbincangan ini, yang melibatkan wakil-wakil dari sektor swasta dan awam, dijangka memberikan input berharga bagi perumusan Bajet 2012. Beberapa bidang utama yang dibincangkan termasuklah penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi. Ahmad Husni berkata pelaburan swasta merupakan sumber penting pertumbuhan di Malaysia yang, secara purata, menyumbang lebih 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh 1995-97. Bagaimanapun, pada masa ini ia menyumbang sebanyak 10 peratus KDNK, katanya sambil menambah bahawa kadar pertumbuhan purata adalah 19.6 peratus dalam tempoh prakrisis (1991-1997) dan selepas itu susut kepada 7.9 peratus (1999-2010). Meskipun inisiatif-inisiatif di bawah Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi telah menampakkan hasil yang positif, namun Malaysia tidak boleh mudah berpuas hati, katanya. "Kita sedang menghadapi keadaan tidak menentu di luar negara berikutan krisis di Timur Tengah, bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun serta masalah hutang kerajaan Kesatuan Eropah. "Memandangkan cabaran-cabaran ini, kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memacu pelaburan swasta," tegas beliau. -- BERNAMA MI SD KY

20  

MELAKA MOHON KELULUSAN EMPAT PROJEK INFRASTRUKTUR DALAM BAJET 2012

Date: 23-05-2011 Author: / FBR BD AZH MELAKA-BAJET MELAKA, 23 Mei (Bernama) -- Kerajaan Melaka akan memohon kelulusan untuk empat projek infrastruktur dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober ini. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ia terdiri daripada projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir besar, projek lebuh raya pantai yang menghubungkan Melaka Raya-Masjid Tanah-Linggi-Port Dickson, projek perparitan serta pembentungan bagi pengurusan sisa pepejal, dan projek naik taraf lebuh raya Ayer Keroh. Beliau berkata projek naik taraf lebuh raya itu turut merangkumi pembinaan jejantas di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dan persimpangan Istana berhampiran Hospital Pantai di sini. "Projek ini penting untuk memberi kemudahan lebih baik kepada rakyat dan menampung pembangunan pesat Melaka," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pekan Bukit Baru di sini, hari ini. Mohd Ali berkata infrastruktur sedia ada kelihatan tidak seiring dan tidak mampu menampung pembangunan pesat negeri dan antara kesan yang dialami ialah banjir kilat akibat sistem perparitan yang tidak dinaik taraf. Katanya projek naik taraf lebuh Ayer Keroh juga penting bagi sektor pelancongan Melaka kerana ia merupakan pintu masuk utama pelancong ke sini dan ia sering mengalami kesesakan yang teruk terutamanya pada musim cuti umum. "Saya juga akan memohon supaya projek laluan tram antara Ayer Keroh dan Pusat Bandar Melaka diluluskan segera, kerana perkhidmatan itu mampu membantu mengurangkan kesesakan di lebuh Ayer Keroh dan membantu melicinkan perjalanan pelancong masuk ke Melaka," katanya. Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk memohon kelulusan bagi membangunkan beberapa lagi produk pelancongan untuk memajukan lagi sektor itu di Melaka. Sementara itu, Mohd Ali berkata kerajaan membelanjakan RM4.9 juta untuk membayar pampasan kepada pemilik 26 buah rumah serta kedai berusia lebih 50 tahun yang dipindahkan dari kawasan pekan Bukit Baru itu. "Ini merupakan sebahagian daripada projek pembangunan pekan kecil di Melaka, sebelum ini kerajaan negeri sudah majukan pekan di Selandar dan saya harap selepas siap nanti pekan Bukit Baru mampu menjadi sebuah pusat perniagaan yang terkemuka di Melaka," katanya. Beliau berkata projek pembangunan itu melibatkan pembangunan 43 buah rumah kedai setinggi tiga tingkat di atas tanah seluas kira-kira 1 hektar dan kerja pembinaan bakal dimulakan 1 Ogos ini. -- BERNAMA FBR BD AZH

21  

BAJET 2012 DIHARAP SEDIAKAN LEBIH BANYAK GERAN PENYELIDIKKAN

Date: 18-05-2011 Author: / FBR BD AZH BAJET-PENYELIDIKAN MELAKA, 18 Mei (Bernama) -- Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober ini diharap menyediakan lebih banyak geran bagi tujuan penyelidikan, kata Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Profesor Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan. Beliau berkata geran penyelidikan tersebut amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan kemajuan pesat bidang sains dan teknologi dalam negara. "Persaingan untuk geran ini tinggi, jadi kita mesti berusaha gigih untuk memperolehinya," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Kualiti UTeM 2011 di kampus induk universiti itu di Durian Tunggal dekat sini, hari ini. Pada majlis itu, Ahmad Yusoff menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlangkepada 142 petugas universiti itu. Ahmad Yusoff berkata UTeM berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang dalam bidang penyelidikan dimana pada tahun lepas, produk reka cipta universiti itu berjaya memperolehi 41 anugerah dalam dan luar negara. Katanya tahun ini produk reka cipta UTeM berjaya memperolehi 18 anugerah di mana lima daripadanya diperolehi menerusi satu pameran reka cipta di Geneva, Switzeland. Ahmad Yusoff berkata UTeM akan berusaha memperolehi lebih banyak geran penyelidikan bagi meneruskan usaha menghasilkan lebih banyak produk reka cipta, sekaligus memajukan bidang penyelidikan dalam negara. Beliau berkata selain geran penyelidikan, UTeM juga berharap dapat memperolehi bantuan untuk menambah fasiliti di kampus induk universiti itu seperti membina bangunan baru untuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Sementara itu, beliau berkata UTeM bakal memperkenalkan program baru sarjana muda dalam bidang teknologi kejuruteraan berteraskan elektrik, elektronik, mekanikal dan pembuatan. "Kami menyasarkan kemasukan 570 pelajar dalam program sarjana muda bidang teknologi kejuruteraan pada kemasukkan September ini dan menjelang 2015 kami sasar kemasukkan 6,000 pelajar," katanya. UTeM kini mempunyai lebih 7,500 penuntut dan 750 tenaga pengajar akademik bagi enam fakulti iaitu empat fakulti kejuruteraan, sebuah fakulti teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dan sebuah fakulti pengurusan teknologi dan tekno keusahawanan. -- BERNAMA FBR BD AZH

22  

10 KUMPULAN FOKUS BANTU RUMUSKAN BAJET 2012, KATA AHMAD HUSNI

Date: 16-05-2011 Author: / NCD RV AS AA HUSNI-KUMPULAN KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 10 kumpulan fokus akan mengadakanpertemuan dan perbincangan untuk membantu merumuskan Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. Beliau berkata antaranya, kumpulan fokus itu akan membabitkan kediaman mampu milik dan kemiskinan bandar, meningkatkan infrastruktur dan pendapatan luar bandar dan melibatkan isu-isu ekonomi dan sosial. "Kerajaan amat komited bagi memastikan yang orang ramai mesti ada rumah atau kediaman. Jadi, di bawah Bajet 2012, kami akan ada kumpulan fokus hanya untuk perbincangan dan mendapatkan maklumat mengenai kediaman mampu milik dan kemiskinan bandar. "Mesyuarat akan bermula pada akhir bulan ini dan pada bulan Jun, kami seharusnya dapat memperhebatkan lagi perbincangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) dan 19 bank untuk Skim Rumah Pertamaku di sini. Ahmad Husni berkata satu kumpulan fokus untuk mempersungguhkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi, adalah antara yang perlu diberi penekanan. "Kita tahu inovasi amat penting. Kita boleh lihat China dan Amerika Syarikat berlumba-lumba mahu menjadi ekonomi nombor satu di masa hadapan. Apa yang paling penting bukan hanya pada saiz ekonomi tetapi negara mana yang boleh menghasilkan produk yang inovatif. "Maka, negara itulah yang akan menguasai ekonomi dunia dan Malaysia tidak mahu ketinggalan," tambah beliau. Beliau berkata bidang-bidang lain yang akan dibincangkan termasuklah menerajui pelaburan persendirian, menceburi rantaian bekalan global, menangani kenaikan inflasi dan mengatasi hutang isi rumah. -- BERNAMA NCD RV AS AA

23  

MIC AKAN MOHON PAKEJ BANTUAN LEBIH BESAR DALAM BAJET 2012

Date: 15-05-2011 Author: / FBR BD RHM MIC-BAJET MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- MIC akan memohon pakej bantuan yang lebih besar untuk masyarakat India pada Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini. Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata bantuan itu penting bagi memastikan masyarakat India di negara ini terus maju dan menyumbang dalam pembangunan negara. MIC sedang membincangkan perkara itu dengan teliti dan akan menyampaikan permohonan itu kepada Najib yang juga Menteri Kewangan selepas perbincangan itu selesai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Festival Sains Untuk Kanak-Kanak peringkat negeri di Planeterium Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini. Palanivel berkata tanpa pakej bantuan yang lebih besar, agak sukar bagi MIC untuk membantu dan memenangi hati masyarakat India di negara ini. Najib dijadual membentangkan Bajet 2012 yang inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi dengan bertemakan "Transformasi Bersama Rakyat". Mengenai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13, Palanivel berkata MIC telah mengenal pasti beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang perlu diberi tumpuan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar pada pilihan raya itu nanti. Beliau berkata MIC juga sedang mengatur kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13. Katanya parti juga sedang mengenal pasti calon untuk bertanding pada pilihan raya umum itu nanti dan menegaskan ia akan membabitkan gandingan muka baru danorang lama untuk memastikan keseimbangan antara pengalaman dan semangat barudalam MIC. -- BERNAMA FBR BD RHM

Sumber : http://www.mylib.pnm.my Tarikh Akses : 16 November 2011

24  

RUJUKAN

RUJUKAN

Ucapan Bajet Tahun 2012.[Online]. Available: http://www.treasury.gov.my Utusan Malaysia.[Online]. Available: http://www.utusanmalaysia.com.my Nst Emedia.[Online]. Available: http://www.nstemedia.com.my Blis.Bernama.[Online]. Available: http://www.mylib.pnm.my