bahasa_muzik1

10
 1 B A H ASA MU ZI K PENGENALAN Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang b erkaitan de ngan p engetahuan dan ke f ahaman tentang el e men m uzi k, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara ters ebut seterus nya m em baw a ke pada k e mahi ran me m baca, m enulis, menganalisis dan menilai karya muzik. 1. KONSEP-KONSEP MUZIK 1. Irama, melodi dan e kspres i m erupa kan k onsep m uzik utama yang dikenal pasti. 2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik da pat dihi m punkan d i baw ah konsep-konsep utama tersebut. K ons ep U tam a K ons ep B erk aitan Irama Detik Meter  Tekanan Tempo Corak irama Tempoh masa (Nilai not) Melodi Pi c Skel Frasa H ar moni Warna ton Tekstur Bentuk Ekspresi Mud Dinamik

Upload: lin-chen

Post on 29-May-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 1/10

 

1

BAHASA MUZIK

PENGENALAN

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara

yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik,

konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik,

dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara

tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis,

menganalisis dan menilai karya muzik.

1. KONSEP-KONSEP MUZIK

1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti.

2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di baw ah

konsep-konsep utama tersebut.

Konsep Utama Konsep Berkaitan

Irama

DetikMeter TekananTempo

Corak iramaTempoh masa (Nilai not)

Melodi

PicSkelFrasaHarmoniWarna ton

Tekstur 

Bentuk

Ekspresi MudDinamik

Page 2: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 2/10

 

2

1.1 IRAMA

Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa  (duration) dan

tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1.1 Detik

Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan

berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik.

Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik

seperti dalam carta 1, 2 dan 3.

1.1.2  Meter 

Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan

seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan

dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.

Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik

berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya.

Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim

(a) Meter lazim

Meter , dan dikenali sebagai meter lazim.

Dalam meter lazim duaan , setiap bar mengandungi dua detik krocet ( q  ).

Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver ( ). 

2 3 4 6 3 2 44 4 4 8 8 2 2

2

4

3

44

4

2

4

q = e e

Page 3: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 3/10

 

3

(b) Meter Tak Lazim

Meter merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai

persamaan nilai masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik

asas yang dinotasikan sebagai   

Setiap krocet bertitik ( ) mew akili tiga

kuaver ( ).

Contoh:

                                                                                                                                                                                             1.1.3 Tekanan

Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali

terdapatdetik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan

yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu

diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan

sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

Contoh:

1.1.4 Tempo

Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah

lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau

sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti

Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk

digit mengikut sukatan metronome dan ditulis seperti berikut:

= 114 ; = 80 ; = 60

68

q . q .  q . e e e

q q .h

Page 4: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 4/10

 

4

1.1.5 Corak Irama

Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun

menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata.

Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai

panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik

yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.

Contoh :

Pengumpulan not mengikut nilai perlu difahami bagi kekeliruan antara meter 

seperti dan .

( a ) Corak Irama Rentak

Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk

mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah

lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau

dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti

berikut :

i) Rentak Mac 

atau

ii) Rentak Waltz

3

4

6

8

Page 5: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 5/10

 

5

iii) Rentak Inang

iv) Rentak Masri

v) Rentak Zapin

vi) Rentak Joget

vii) Rentak Sumazau

( b ) Corak Irama Ostinato

Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental

berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan

harmoni.

Page 6: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 6/10

 

6

1.1.6 Tempoh Masa Dan Nilai Not

Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk

seperti . Masa senyap ( period of si lence ) dilambangkan

dengan tanda rehat pelbagai bentuk seperti

Carta 1

Nama not Lambang Not Lambang Rehat Persamaan NilaiKrocet

Semibrif 4 krocet

Minim 2 krocet

Krocet 1 krocet

Kuaver ½ krocet

Nilai sesuatu not dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu titik di tepi not tersebut.

Titik tersebut mew akili separuh daripada not asal.

Carta 2

Nama notLambang Not Lambang Rehat Persamaan Nilai

Krocet

Minim bertitik

h3 Krocet

Krocet bertitik q . 1½ krocet

x e q h w

w

h

eq

.

Page 7: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 7/10

 

7

Perkaitan ni lai antara not dan tanda rehat dapat dilihat secara grafik seperti berikut.

Carta 3

Not & TandaRehat

Perbandingan Nilai Masa

w

h

q

e

Ikon boleh digunakan untuk mew akili not dan tanda rehat.

Contoh: boleh diw akili lambang

boleh diw akili lambang

1.2 MELODI

Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun

atau mendatar. Susunan pic ini terd iri daripada bunyi panjang atau pendek

yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic

dan not diubah.

Contoh melodi:

Lenggang Kangkung

h q 

4 bit

2 bit

1 bit

1bit

2

Page 8: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 8/10

 

8

1.2.1 Pic

Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi ataubunyi rendah.

Contoh:

Pic rendah Pic tinggi

Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar.

(i) Pergerakan

bertangga

1.2.2 Skel

Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun

mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam

muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major 

dan skel minor (harmonik).

(i) Skel Major 

menaik

(ii) Skel minor menaik

q Q

(iii) Pergerakan

mendatar 

(ii) Pergerakan

melompat

&

Page 9: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 9/10

 

9

1.2.3 Frasa

Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik

yang signifikan atau satu keratan lagu. Dalam penulisan skor muzik, frasa

ditanda dengan simbol berikut:

Contoh:

1.2.4 Harmoni

Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau

lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri

daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan

ostinato.

Contoh :

1.2.5 Warna ton

Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh

sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.

Contoh :

i) Dram bes - bunyi berat

ii) Kastanet - bunyi ringan

Page 10: bahasa_muzik1

8/9/2019 bahasa_muzik1

http://slidepdf.com/reader/full/bahasamuzik1 10/10

 

10

1.2.6 Tekstur 

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam

sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada

bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

1.2.7 Bentuk

Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik.

Segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-

segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk

sesebuah karya muzik.

1.3 EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan

oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat

disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

1.3.1 Mud

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu

dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud

lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

1.3.2 Dinamik

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang

dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat

dan istilah seperti beransur lembut ( ) dan beransur kuat

( ).