bahasa melayu ujian menjawab soalan

5
BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap har kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan frma yang besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca ya mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. ening kepala dikatakan ‘gejala’ kerana sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu. Banyak !aktor yang menyebabkan pening kepala. ara doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-sa ketika. "ni kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya. akar-pakar perubatan telah mengumpulkan #$% sebab berlakunya sakit pening kepala di bawah tiga kelas & mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab ber!ungsi. ening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala itu sendiri. 'isalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan menimbulkan pening kepala. (pabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan menimbulkan pening kepala. Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering diserang sakit ini. ening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan da ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala. )ekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. *ika tekanan darah itu turun semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan. 'enjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjag makan dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang berkekalan. *ika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor. *ika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan !aktor-!aktor mental dan f+ikal serta dapat mengawal !aktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah. . 'engapakah penyakit pening kepala dikatakan satu ‘gejala’ (. erana separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka menghidap pening kepala B. erana satu perempat daripada kakitangan frma tidak datang bekerja akibat pening kepala /. erana pening kepala bukan sejenis penyakit yang mengganggu kebanyakan manusia 0. erana pening kepala mengganggu hampir semua orang sama ada orang awam atau kakitangan frma #. 'engapakah para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapi oleh seseorang pada sesuatu ketika (. erana memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu perubatan B. erana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk mengumpulkan sebab-sebab pening kepala /. erana para doktor susah hendak mencari sebab yang mengakibatkan pening kepala 0. erana sakit pening kepala dapat dikumpulkan kepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal %. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan (. (pabila mengidap penyakit darah tinggi B. (pabila tumbuh bengkak pada tengkorak /. *ika salah makan atau mengambil ubat

Upload: epal-mt

Post on 05-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

menjawab soalan

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Soalan 1 hingga Soalan 5Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. Gejala ini menjadi punca yang mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan gejala kerana ia sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu.Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebabberlakunya sakit pening kepala di bawah tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan menimbulkan pening kepala.Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian mengakibatkan pening kepala.Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.

1. Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu gejala?

A. Kerana separuh daripada orang yang datangberjumpa doktor setiap hari mengadu mereka menghidap pening kepalaB. Kerana satu perempat daripada kakitangan firma tidak datang bekerja akibat pening kepalaC. Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang mengganggu kebanyakan manusiaD. Kerana pening kepala mengganggu hampir semua orang sama ada orang awam atau kakitangan firma

2. Mengapakah para doktor mendapati sukar untukmenentukan sebab-sebab pening kepala yang dihidapioleh seseorang pada sesuatu ketika?

A. Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran yangtinggi dalam ilmu perubatanB. Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk mengumpulkan sebab-sebab pening kepalaC. Kerana para doktor susah hendak mencari sebab yang mengakibatkan pening kepalaD. Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan kepada tiga kelas, antaranya sebab mekanikal

3. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?

A. Apabila mengidap penyakit darah tinggiB. Apabila tumbuh bengkak pada tengkorakC. Jika salah makan atau mengambil ubatD. Apabila seseorang itu banyak makan ubat

4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan pening kepala?

A. Menjaga makan dan minumB. Selalu buang air besar dan kecilC. Menjaga kesihatan badanD. Mengamalkan senaman setiap hari

5.Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?

A. Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening kepalaB. Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan pening kepalaC. Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan darahD. Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan sebab pening kepala

Soalan 6 hingga Soalan 10Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10 Jun 1997Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga, Salwa, calon SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya Fadila, 12 tahun.Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.11 Jun 1997Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah berjemaah bersama ayah dan ibuku.

12 Jun 1997Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan danmengadu untungsebagai petani pula di kampung itu.Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di Pahang. Mereka lepasan universiti.

21 Jun 1997Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar melepaskan pucuk masing-masing.Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan dalam keluarga.

6.Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri aku kecuali

Amenetap di bandarBdatang dari keluarga yang kayaCberusia 22 tahunDmempunyai tiga orang adik

7.Berapa orangkah anak Haji Daud?

A3 orangB5 orangC6 orangD7 orang

8.Apakah yang dilakukan oleh aku pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?

ASembahyang SubuhBMasih enak tidurCMasih berselimutDMasih dalam bilik

9.Mengadu untungdalam petikan di atas bermaksud

AHaji Daud mencuba nasib di kampung ituBHaji Daud dan isterinya membuka kampung ituCHaji Daud mengadu kehidupannya kepada penulisDHaji Daud mencari rezeki di kampung itu

10.Pada pendapat anda, mengapakah aku berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?

AKerana adik-adiknya tidak menghormati dirinyaBKerana mereka tidak pernah sembahyangberjemaahCKerana ahli keluarganya saling mementingkan haldiriDKerana ayah dan adiknya sibuk mengejar hartaBenda

SOALAN 11 HINGGA SOALAN 15Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hadi: Selamat pagi.

En. Ali: Selamat pagi, sila duduk.

Hadi: Terima kasih. Jika tidak keberatan bolehkahsaya menemu ramah Encik Ali?

En. Ali: Boleh, apa salahnya.

Hadi: Sebelum melanjutkan pertanyaan, saya ucapkantahniah atas kejayaan Encik Ali mendapattempat pertama dalam pertandingan perisiankomputer. Kejayaan tersebut telah menaikkannama Malaysia di peringkat antarabangsa.

En. Ali: Terima kasih. Saya tidak menduga kejayaansaya itu telah mendapatliputanyang meluas oleh akhbar di Malaysia.

Hadi: Hal ini demikian kerana inilah kali pertamaanak Malaysia berjaya dalam pertandinganperisian komputer yang dianjurkan oleh MicroSoftware Inc yang terkenal itu. Sayadifahamkan Encik Ali ialah pelajar tahun akhirdalam bidang perisian komputer di UniversitiLondon. Sebelum itu di manakah Encik Alibelajar?

En. Ali: Selepas SPM saya terus mendapat tempat diITM, Shah Alam. Saya belajar sehinggamendapat diploma dalam bidang komputer.Selepas itu baharulah sayamelanjutkan pelajarandi luar negara.

Hadi: Berbalik kepada perisian yang direka ciptaEncik Ali, apakah nama perisian itu dan tujuanperisian itu?

En. Ali: Perisian itunamanya Solve 2000 dan ia direkauntuk mengatasi masalah pepijat tahun 2000.Pada tahun itu semua komputer dan alat-alatseperti pemain VCD dan mesin basuh tidakdapat bekerja lagi kerana tidak dapatmembaca. Hal ini berlaku kerana kebanyakankomputer telah disetkan tarikh sehingga tahun1999 sahaja.

Hadi: Setahu saya sudah terdapat banyak perisian dipasaran untuk mengatasi masalah pepijattahun 2000 itu, jadi apakah kelebihan perisianyang direka oleh Encik Ali ini?

En. Ali: Kebanyakan perisian itu mahal harganya se-dangkan perisian ciptaan saya ini murah danmudah digunakan. Perisian inijuga berupayamengenali komputer yang menghadapimasalah pepijat tahun 2000 dan mengubahtarikhnya supaya komputer dapat berfungsi.Walau bagaimanapun perisian ini hanya untukkomputer sahaja bukan alat-alat elektrik yanglain.

Hadi: Bolehkah Encik Alimenerangkan kesanpepijat tahun 2000 itu terhadap kehidupankita?

En. Ali: Sekarang ini kita banyak bergantung kepadakomputer. Misalnya kita boleh mengambilwang di bank dengan menggunakan kadsahaja. Kita menggunakan pelbagai perisianuntuk menulis, membuat graf, membina data,melukis dan sebagainya. Kita juga bolehmenghantar surat elektronik atau berhubungdengan kawan menggunakan komputer. Semuahal itu dilakukan dengan menggunakanperisian-perisian tertentu. Seperti yang sayakatakan tadi, kebanyakan perisian itu bolehmembaca hingga tahun 1999 sahaja, jadi pada1 Januari 2000 komputer tidak dapat lagiberbuat demikian kerana tarikh sudah berubah.Inilah yang dikatakan pepijat tahun 2000 itu.Jadi, apabila komputer tidak dapat berfungsitentulah banyak kesan buruknya.

Hadi: Sebelum saya berundur, pertanyaan saya yangakhir ialah adakah semua alat elektrikmenghadapi masalah pepijat tahun 2000 ini?

En. Ali: Oh, tidak! Hanya alat elektrik yang boleh kitajangkakan masa ia akan berfungsi akanterlibat. Misalnya mesin perakam pita video,apabila kita hendak merakamkan sesuatuprogram dari televisyen kita tentukan waktudan tarikh mesin itu befungsi. Alat seperti inidan keluaran yang lama akan menghadapimasalah pepijat tahun 2000.

Hadi: Maksudnya, komputer dan perisian keluaranlama akan menghadapi masalah yang sama?

En. Ali: Ya, begitulah.

Hadi: Saya berundur dulu dan lagi sekali tahniah danterima kasih.

En. Ali: Sama-sama.

11.Siapakah Hadi?

APenemu ramahBPemberitaCPelajar universitiDPelajar ITM

12.Perkataan liputan dalam petikan di atas bermaksud

AlaporanBperbincanganCperbahasanDsanjungan

13.Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?

ABeliau bekas pelajar ITMBBeliau kini belajar dalam negeri dalam bidangkomputerCBeliau telah mereka cipta perisian Solve 2000DBeliau telah mengangkat nama Malaysia di matadunia

14.Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1 Januari 2000?

AKerana komputer itu dijangka rosak secara tiba-tibaBKerana komputer itu tidak dapat membaca padatarikh berkenaanCKerana komputer itu dapat membaca selepas tarikh1999DKerana komputer itu tidak dipasang perisianrekaan Encik Ali

15.Masalah pepijat tahun 2000 akan berlaku kepada

Akomputer dan alat-alat elektrik keluaran lamaBkomputer, perisian lama serta beberapa alatelektrikCperisian dan komputer yang baru dikeluarkansahajaDsemua jenis komputer dan mesin perakam video