bahasa melayu pemahaman tahun 5.doc

9
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 SOALAN OBJEKTIF Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 16 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 1. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya. A menenun C memilin B menganyam D menyulam 2. “Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari,” kata Salmiah kepada gadis itu. A saya C patik B aku D hamba 3. “Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa Idah. A janganlah C jemputlah B usahlah D silalah Soalan 4 berdasarkan Gambar 2 4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya. A tongkol C papan B biji D buah Soalan 5 berdasarkan Gambar 3

Upload: venisha-jaraman

Post on 15-Dec-2015

153 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5

Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5

SOALAN OBJEKTIFTiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C, dan D.Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.Soalan 1 hingga Soalan 16Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.

A menenunC memilinB menganyamD menyulam2. Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari, kata Salmiah kepada gadis itu.A sayaC patikB akuD hamba3. Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan, pelawa Idah.A janganlahC jemputlahB usahlahD silalahSoalan 4 berdasarkan Gambar 2

4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.

A tongkolC papanB biji

D buahSoalan 5 berdasarkan Gambar 3

5. Tukang rumah itu sedang _______sekeping papan.

A mengetam

C memakuB memahat

D menggergajiSoalan 6 berdasarkan Gambar 4

6. Pengembara itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan penat.A atas C bawahB tepi D luarSoalan 7 berdasarkan Gambar 5

7. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.A bebola

C bebuliB bebawang

D bebendulSoalan 8 berdasarkan Gambar 6

8. Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.

A membelahC mencantasB menebusD menebangSoalan 9 berdasarkan Gambar 7

9. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

A tergamamC terdiamB tersentakD terpukauSoalan 10 berdasarkan Gambar 8

10. Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan ___________ ke tempat lain.

A berpindah C berlepasB bertolak D berlalu11. Wahida rajin mengemas rumah._______,dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.A Lantaran ituC Tambahan pulaB Namun demikianD Selain itu12. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.A mundar-mandirC hiruk-pikukB lintang-pukangD simpang-siur13. ____Majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.A TatasusilaC TatacaraB TatatertibD Tatahias14. Ceramah ______Keburukan Permainan Video itu disampaikan oleh pegawai kesihatan Hospital Kuala Lumpur.A denganC terhadapB sepertiD tentang

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10

15. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.

A kepingC helaiB naskhahD kajangSoalan 16Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.16. Kecantikan Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.A bagai pinang dibelah dua Bbagai cincin dengan permataC bagai bulan dipagari bintang Dbagai bertih digorengSoalan 17Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.17. Orang kaya itu mengusir pengemis yangmeminta sedekah di rumahnya.A menolak

C menghalauB mengugut

D memanggil Soalan 18Pilih lawan kata yang sesuai bagi kata yang bergaris.

18. Walaupun berbadan kurus, budak itu kuat makan.A gemuk C besarB lebar

D pendekSoalan 19 berdasarkan Gambar 11

19. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?

A ringan tulangC habis akalB berat mulutD rambang mata

Soalan 20 berdasarkan Gambar 12Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

20. A Bilakah kamu sampai di sini?

B hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie? C Mengapakah kamu datang ke sini? D Adakah kamu baru sampai?Soalan 21 hingga Soalan 25Pilih ayat yang betul.21. A Oh, panasnya cuaca pada hari ini! B Eh, sakitnya kakiku tersepak batu! C Wah, tergamak engkau mencuri notaku!

D Nah, tingginya lelaki dari Scotland itu!22. A Lambat amat sekali kura-kura itu berjalan. B Tutur kata anak Puan Maimon benar sopan. C Paling cantik nian lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu. D Hasil kraf tangan golongan istimewa it sungguh unik.23. A Fazli lebih bijak dari abangnya. B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan. C Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah. D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.

24. A Sudah satu setengah jam saya Kamil di perhentian bas. B Semua orang pekerja tidak dibenarkan meninggalkan bangunan itu. C Nazir menabung separuh daripada gaji bulanannya. D Tiap malam, William mengikuti kelas muzik.25. A Bilakah nenek akan keluar dari hospital? B Siapakah daya kami untuk menentang arahan majikan. C Diakah yang membongkar rahsia itu. D Siapakah dia yag bersalah? Soalan 26 dan Soalan 27Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.26. Di tepi sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh.A Terdapat beberapa rumpun pokok buluh di tepi sungai itu.B Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu.C Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh.D Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok buluh itu.27. Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh, kata Haiza kepada Jamil.A Jamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.B Jamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.C Jamil dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.D Haiza memberitahu Jamil bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.Soalan 28Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yangbergaris dengan betul.28. I Rumah saya agak jauh dari sekolah. II Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar raya lain. III Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu, kata Khairil kepada rakan baiknya. IV Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.A II sajaC III dan IV sajaB I dan II sajaD I, II, dan III sajaSoalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.29. I Mahmud menerima kad ucapan dari sahabat penanya di Brunei Darussalam. II Dia mengulang kaji pelajaran hingga larut malam. III Tolong berikan surat ini kepada Encik Lim, kata kerani itu kepada Hakimi. IV Di masa lapang, Vince dan abangnya gemar memancing ikan.A II dan III sajaC II, III, dan IV sajaB I, II, dan III sajaD I, II, III, dan IV30. I Mesyuarat PIBG itu membincangkan masalah disiplin murid-murid dan lain-lain hal yang berkaitan. II Pak Mat tidak dapat menoreh getah kerana sudah seminggu hujan turun dengan lebatnya. III Tuk Penghulu meminta orang ramaiberkumpul di Dewan Serba Guna hujung minggu ini. IV Pada pandangan saya, beliau memang layak menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2006.A I dan II sajaC I, III, dan IV sajaB II dan III sajaD II, III, dan IV sajaSoalan 31 hingga Soalan 35Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyaMENABUNG BERSAMA NIKKIE JAMINAN MASA DEPAN YANG CERA2 Mei 13 Mei 2006

Bersempena dengan ulang tahun Bank Nikkie yang ke-10, kami telah menawarkan pelbagai keistimewaan dan hadiah yang menarik sepanjang promosi kami kepada para pelanggan.

Kadar dividen yang tinggi Hadiah wang tunai menanti ahli Kelab Nikkie yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM Hadiah-hadiah yang lumayan melalui pelbagai peraduan yang bakal diadakan Sebuah tabung Nikkie yang cantik apabila anda mendepositkan RM200Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-61401697 atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Nikkie hari ini.Anda boleh juga melayari laman web kami di alamat: http://www.banknikkie.com.my/banknikkie31. Kata dividen dalam iklan bermaksud...A manfaat yang diperoleh.B peratus keuntungan yang diagihkan sama rata.C simpanan wang di bank.D keuntungan yang dibayar kepada penyimpan.32. Siapakah yang paling layak menerima hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?A pelajar yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahunB pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, atau SPMC calon yang akan menduduki tiga peperiksaan utamaD graduan dari universiti tempatan33. Mengapakah pihak Bank Nikkiemengadakan promosi tersebut?A untuk memperkenalkan Bank Nikkie kepada orang ramaiB untuk meminta orang ramai mengunjungi Bank NikkieC untuk menjual tabung NikkieD untuk meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-1034. Apakah ganjaran yang diterima oleh mereka yang membuat simpanan sebanyak RM200?A tabung Nikkie yang cantikB kadar faedah yang tinggiC hadiah wang tunaiD dibenarkan melayari laman web Bank Nikkie35. Yang manakah penyataan yang tidak benar?A pihak Bank Nikkie ingin menggalakkan pelajar menabungB tiada perkhidmatan internet disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjutC peraduan yang diadakan menawarkan hadiah yang menarikD promosi tersebut berlangsung selama dua mingguSoalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksudA keunikan..C kebesaranB kelebihan.D keindahan.37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid Antarabangsa Serendah, kecualiA pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.38. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa empat tahun itu?A 500 orangC 50 000 orangB 25 000 orangD 100 000 orang

39. Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian orang ramai?A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman ituB pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenanganC bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk setempatD pengunjung sering menaiki menara tinjau40. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baruB untuk memperindah Bandar Raya Kuala LumpurC untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kitaD untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid