bahasa malaysia kertas 2: bahagian b – · pdf filesoalan kepentingan bersukan. jelaskan...

1
Soalan Kepentingan bersukan. Jelaskan tajuk ini. Contoh Jawapan Sukan ialah kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga. Pelbagai kegiatan sukan yang boleh dilakukan seperti bermain badminton , bola sepak, bola jaring, hoki, dan berlari. Banyak kebaikan diperoleh daripada aktiviti ini. Bersukan atau bersenam baik untuk kesihatan tubuh badan. Orang yang bersukan akan sentiasa bertenaga, sihat, dan aktif sepanjang hari berbanding dengan orang yang tidak bersukan. Apabila tubuh badan menjadi sihat, kita bertenaga untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar atau bekerja.Di samping itu, daya fikiran bertambah baik kerana tahap kecergasan badan semakin memuaskan. Kegiatan sukan juga dapat mengisi masa lapang, terutama pada waktu petang dan hari cuti. Kita boleh memanfaatkan masa dengan berjoging atau bersenam di taman-taman rekreasi bersama-sama keluarga. Oleh itu, masa terluang tidak terbuang begitu sahaja. Menyertai kegiatan sukan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama insan. Hal ini kerana banyak kegiatan atau pertandingan sukan yang dianjurkan untuk memupuk perpaduan dan hubungan yang erat antara keluarga, masyarakat, dan kaum-kaum di Malaysia. Aktiviti sukan juga memberikan pulangan yang lumayan apabila kita terbabit secara langsung dalam sesuatu jenis sukan yang diminati. Hal ini telah terbukti di serata dunia bahawa banyak ahli sukan hidup mewah kerana bergiat aktif dalam bidang sukan, di samping mendapat bayaran penajaan. Kesimpulannya, kegiatan sukan amat bermanfaat untuk kita. Masyarakat yang aktif ialah masyarakat yang gemar bersukan kerana melalui kegiatan sukan, kualiti hidup akan bertambah baik. BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B – PERBINCANGAN

Upload: duongnhu

Post on 07-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B – · PDF fileSoalan Kepentingan bersukan. Jelaskan tajuk ini. Contoh Jawapan Sukan ialah kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga. Pelbagai

Soalan Kepentingan bersukan. Jelaskan tajuk ini. Contoh Jawapan Sukan ialah kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga. Pelbagai kegiatan sukan yang boleh dilakukan seperti bermain badminton , bola sepak, bola jaring, hoki, dan berlari. Banyak kebaikan diperoleh daripada aktiviti ini. Bersukan atau bersenam baik untuk kesihatan tubuh badan. Orang yang bersukan akan sentiasa bertenaga, sihat, dan aktif sepanjang hari berbanding dengan orang yang tidak bersukan. Apabila tubuh badan menjadi sihat, kita bertenaga untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar atau bekerja.Di samping itu, daya fikiran bertambah baik kerana tahap kecergasan badan semakin memuaskan. Kegiatan sukan juga dapat mengisi masa lapang, terutama pada waktu petang dan hari cuti. Kita boleh memanfaatkan masa dengan berjoging atau bersenam di taman-taman rekreasi bersama-sama keluarga. Oleh itu, masa terluang tidak terbuang begitu sahaja. Menyertai kegiatan sukan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama insan. Hal ini kerana banyak kegiatan atau pertandingan sukan yang dianjurkan untuk memupuk perpaduan dan hubungan yang erat antara keluarga, masyarakat, dan kaum-kaum di Malaysia. Aktiviti sukan juga memberikan pulangan yang lumayan apabila kita terbabit secara langsung dalam sesuatu jenis sukan yang diminati. Hal ini telah terbukti di serata dunia bahawa banyak ahli sukan hidup mewah kerana bergiat aktif dalam bidang sukan, di samping mendapat bayaran penajaan. Kesimpulannya, kegiatan sukan amat bermanfaat untuk kita. Masyarakat yang aktif ialah masyarakat yang gemar bersukan kerana melalui kegiatan sukan, kualiti hidup akan bertambah baik.

BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B – PERBINCANGAN