bahasa malaysia kertas 2: bahagian b berita tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu....

2
Soalan Tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu. Contoh Jawapan SEREMBAN, Sabtu Sederet rumah kedai lima pintu, dua buah rumah papan dua tingkat dan dua buah kereta serta sebuah motosikal musnah sama sekali dalam suatu kebakaran yang berlaku di Jalan Tunku Kurshiah pada jam 10.30 malam tadi. Dalam kejadian tersebut, 19 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak terlalu cepat. Empat buah kereta bomba dengan 24 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Daerah Seremban, Encik Aliff Saziq berkejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon pada jam 10. 45 malam tadi. Kebakaran berlaku dengan pantas sehingga kesemua pemilik rumah kedai tidak sempat menyelamatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai. Api bertambah marak selepas sepuluh minit kebakaran berlaku dipercayai akibat letupan tong gas. Pihak bomba yang tiba pada jam 11.00 malam hanya berjaya mengawal kebakaran kira- kira 45 minit kemudian, seterusnya menyelamatkan rumah-rumah yang berhampiran daripada turut terbakar. Pemilik sebuah kedai motosikal kerugian hampir RM750,000.00 dalam kebakaran tersebut berkata bahawa semasa kejadian, dia baru sahaja selesai membersih kedainya apabila tiba-tiba terdengar dua letupan kuat sebelum api menyambar pintu hadapan kedainya. Tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Beberapa orang penghuni mengalami cedera ringan akibat melecur. Mereka kini dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besar Seremban. BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B BERITA

Upload: ledieu

Post on 16-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B BERITA Tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu. Contoh Jawapan SEREMBAN, Sabtu Sederet rumah kedai lima pintu, dua buah rumah papan

Soalan

Tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu.

Contoh Jawapan

SEREMBAN, Sabtu Sederet rumah kedai lima pintu, dua buah rumah papan dua tingkat

dan dua buah kereta serta sebuah motosikal musnah sama sekali dalam suatu kebakaran

yang berlaku di Jalan Tunku Kurshiah pada jam 10.30 malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, 19 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak

sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak terlalu cepat. Empat buah

kereta bomba dengan 24 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Daerah

Seremban, Encik Aliff Saziq berkejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan

telefon pada jam 10. 45 malam tadi.

Kebakaran berlaku dengan pantas sehingga kesemua pemilik rumah kedai tidak sempat

menyelamatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.

Api bertambah marak selepas sepuluh minit kebakaran berlaku dipercayai akibat letupan

tong gas.

Pihak bomba yang tiba pada jam 11.00 malam hanya berjaya mengawal kebakaran kira-

kira 45 minit kemudian, seterusnya menyelamatkan rumah-rumah yang berhampiran

daripada turut terbakar. Pemilik sebuah kedai motosikal kerugian hampir RM750,000.00

dalam kebakaran tersebut berkata bahawa semasa kejadian, dia baru sahaja selesai

membersih kedainya apabila tiba-tiba terdengar dua letupan kuat sebelum api menyambar

pintu hadapan kedainya.

Tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Beberapa orang penghuni

mengalami cedera ringan akibat melecur. Mereka kini dirawat sebagai pesakit luar di

Hospital Besar Seremban.

BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B BERITA

Page 2: BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B BERITA Tulis berita tentang suatu kebakaran di tempat kamu. Contoh Jawapan SEREMBAN, Sabtu Sederet rumah kedai lima pintu, dua buah rumah papan

Jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan sementara punca kebakaran masih

disiasat. Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca

daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik.

BAHASA MALAYSIA KERTAS 2: BAHAGIAN B BERITA