bahan dan keperluan ikan hiasan

16
BAHAN DAN KEPERLUAN Bahan dan keperluan untuk ikan hiasan Kompenan Utama A. Akuarium Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan. Fungsi utama akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan terus hidup, berkembang dan membesar. Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi. Lazimnya, akuarium bersegi lebih digemari kerana ianya akan menampilkan keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur dan hiasan dalamnya. Ukuran akuarium boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan ketebalan kaca yang berbeza – beza. Ini adalah bagi memastikan akuarium tersebut mampu menampung tekanan air supaya akuarium tidak pecah.

Upload: miz

Post on 26-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

keperluan ikan

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

BAHAN DAN KEPERLUAN

Bahan dan keperluan untuk ikan hiasan

Kompenan Utama

A. Akuarium

Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan. Fungsi utama akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan terus hidup, berkembang dan membesar.

Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi.

Lazimnya, akuarium bersegi lebih digemari kerana ianya akan menampilkan keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur dan hiasan dalamnya.

Ukuran akuarium boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan ketebalan kaca yang berbeza – beza. Ini adalah bagi memastikan akuarium tersebut mampu menampung tekanan air supaya akuarium tidak pecah.

Akuarium bersegi berukuran 100 x 40 x 40 cm atau 90 x 40 x 35 cm memerlukan kaca dengan ketebalan sekitar 5 mm dan akuarium yang berukuran 20 x 20 x 20 cm atau 60 x 20 x 25 cm pula memerlukan kaca dengan ketebalan 3mm.

Akuarium Tidak Bersegi

Akuarium Bersegi

Page 2: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

B. Penyaring

C.

Fungsi penyaring adalah untuk menyaring unsur – unsur halus yang

tidak dikehendaki di dalam akuarium seperti bakteria, parasite, kulat,

virus, alga dan lain – lain pathogen.

Cara penyaring berfungsi adalah sangat mudah iaitu ia menyedut air

yang kotor melalui lapisan penyaring kemudian mengeluarkannya

kembali dalam keadaan bersih.

Untuk menapis kotoran, penyaring menggunakan span, buih, pasir dan

batu kerikil yang telah ditambah karbon aktif atau zeolit yang bertujuan

untuk membunuh bakteria, menapis kotoran dan menjernihkan air.

Terdapat dua lapisan penyaring iaitu penyaring atas dan penyaring

pusat.

Penyaring

Page 3: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

PERALATAN SAMPINGAN

A. Aerator

Aerator merupakan alat yang digunakan di dalam

akuarium untuk menghasilkan oksigen.

Cara aerator berfungsi adalah cukup mudah, iaitu tekanan udara

yang dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan air di dalam akuarium sehingga

terhasilnya penyebaran oksigen.

Aerator

Page 4: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

B. Lampu

LAMPU

Lampu berfungsi sebagai

penerang untuk mencantikkan

akuarium.

Harga lampu berbeza - beza mengikut jenis

nya.

Lampu neon berwarna ungu atau

hijau mampu memberi pesona

tersendiri terhadap ikan dan boleh

memperindahkan lagi dekorasi akuarium

pada waktu malam.

Lampu Akuarium

Page 5: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

C. Tapak Under Gravel

Tapak Under Gravel terdiri daripada lapisan bahan anti karat (plastik)

berlubang dengan kaki penahan untuk membolehkan terdapatnya ruang bagi

memudahkan pengaliran air bersih. Tapak Under Gravel berfungsi untuk

menyaring kotoran.

Tapak Under Gravel

Page 6: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

D. Kain Kasa

Kain kasa berfungsi untuk menghalang pasir halus dan batu halus

daripada menembusi permukaan dasar akuarium.

Kain kasa lazimnya bewarna putih.

Ukuran kain kasa bergantung kepada ukuran saiz akuarium.

Kain Kasa

Page 7: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

E. Pasir dan Batu

Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di

dalam akuarium ikan hiasan.

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan

Page 8: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

F. Blok Algae

Blok Algae digunakan untuk

menyahkan kulat yang terdapat di

dalam akuarium.

Blok ini juga memastikan ikan

bebas daripada penyakit kulat

khususnya.

G. Anti Klorin

Anti Klorin dititiskan ke dalam akuarium selepas air dimasukkan.

Pasir Halus, Batu Halus, Batu Kecil, Batu Besar.

Blok Algae

Page 9: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

Anti klorin berfungsi untuk menyahkan klorin yang terdapat di dalam air

bagi memastikan semua ikan peliharaan bebas daripada penyakit.

H. Makanan

Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang boleh diberikan kepada

ikan hiasan.

Antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering,

makanan basah dan makanan rumusan.

Makanan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Perkara

penting harus diberi perhatian semasa memberi makanan untuk ikan

hiasan adalah :

Jangan memberikan makanan

kepda ikan terlalu banyak

kerana ia boleh mengotorkan air

di dalam akuarium.

Menetapkan masa

memberikan makanan

kepada ikan hiasan iaitu waktu

pagi dan petang.

Anti Klorin

Page 10: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

I. Tumbuhan Akuatik

Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan

fotosintesis sepanjang masa atau sekurang – kurangnya beberapa

bulan dalam setahun.

Tumbuhan akuatik akan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan

hasil daripada proses

fotosintesis.

Tumbuhan akuatik juga berfungsi

sebagai tempat perlindungan bagi

ikan – ikan kecil daripada serangan

musuh.

Makanan Rumusan

Page 11: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

J. Tumbuhan

Tiruan

Tumbuhan tiruan turut diletakkan di dalam akuarium namun

ianya digunakan sebagai perhiasan di dalam akuarium.

Tumbuhan tiruan ini juga merupakan tempat bermain dan

berlindung bagi ikan hiasan yang dipelihara.

Page 12: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

K. Poster

Penggunaan poster sebagai latar belakang digunakan supaya hiasan

di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan menarik.

Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium.

Latar belakang yang biasa digunakan adalah gambar tumbuhan,

pemandangan laut dan batu – batuan.

Tumbuhan Tiruan

Page 13: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan

L. Model

Penggunaan model sebagai aksesori tambahan mampu

menambahkan keindahan di dalam sesebuah akuarium.

Poster

Model Yang Digunakan

Page 14: Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan