bahagian perkhidmatan pelanggan tingkat 3, kompleks pkns ... pkns - manual.pdf · antara cara...

18
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik 40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472 Fax: +603.5510 3895 Email: [email protected]

Upload: others

Post on 15-Nov-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik 40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472 Fax: +603.5510 3895 Email: [email protected]

Page 2: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 2/18

Isi Kandungan

Isi Kandungan .......................................................................................................................................... 2

Pengenalan.............................................................................................................................................. 3

Paparan Muka Hadapan ..................................................................................................................... 3

Manual Penggunaan Sistem Pembayaran Online PKNS ......................................................................... 4

Log Masuk Pengguna .......................................................................................................................... 4

Pendaftaran Pengguna Baru ............................................................................................................... 4

Lupa Kata Laluan ................................................................................................................................. 6

Halaman Utama .................................................................................................................................. 6

Daftar/Kemaskini Bil ....................................................................................................................... 6

Buat Pembayaran ............................................................................................................................ 8

Maklumat Pembayaran ................................................................................................................. 14

Sejarah Pembayaran ..................................................................................................................... 16

Kemaskini Profil Peribadi .............................................................................................................. 17

Terima Kasih .......................................................................................................................................... 18

Page 3: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 3/18

Pengenalan

Sistem Pembayaran Online atau ePay PKNS merupakan satu sistem yang diperkenalkan untuk

memudahkan pembayaran bil secara online dengan menggunakan pelbagai cara pembayaran. Di

antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di

Malaysia, FPX dan lain-lain. Untuk membuat pembayaran secara debit terus, anda hanya perlu

mempunyai akaun bank di Malaysia.

Paparan Muka Hadapan

Muka hadapan Sistem Pembayaran Online PKNS adalah seperti berikut:

Komponen-komponen yang ada di muka hadapan Sistem Pembayaran Online PKNS ini ialah:

Ruangan “Header”

Ruangan “Log Masuk Pengguna”

Ruangan “Footer”

Pautan “Daftarkan Diri”

Lupa Kata Laluan

Pautan “Muat Turun Manual Pengguna”

Page 4: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 4/18

Manual Penggunaan Sistem Pembayaran Online PKNS

Log Masuk Pengguna

Untuk menggunakan Sistem Pembayaran Online PKNS ini, anda perlu log masuk terlebih dahulu di

bahagian ‘Log Masuk Pengguna’. Sekiranya anda pernah mendaftar, masukkan No Kad Pengenalan

serta katalaluan dan pilih butang “Log Masuk” untuk log masuk ke sistem.

Pendaftaran Pengguna Baru

Sekiranya anda belum pernah menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar diri di pautan ‘Daftar

Diri’ terlebih dahulu.

Sebagai pengguna baru, anda perlu memasukkan No Kad Pengenalan dan emel bagi mendaftarkan

diri anda ke dalam sistem. Sistem akan menyemak sama ada anda pengguna berdaftar atau

pengguna baru setelah anda memilih butang ‘Semak Pengguna’.

Page 5: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 5/18

Jika anda merupakan pengguna berdaftar, paparan seperti di bawah akan terpapar. Pilih butang

tutup dan log masuk seperti biasa.

Jika anda merupakan pengguna baru, halaman seperti di bawah akan terpapar dan anda perlu

mengisi butir-butir yang di perlukan untuk mendaftarkan diri anda ke dalam sistem ini.

Page 6: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 6/18

Setelah anda selesai mengisi butir-butir yang di perlukan, sila pilih butang “Daftar Pengguna Baru”.

Anda sekarang sudah berjaya mendaftarkan diri anda sebagai pengguna Sistem Pembayaran Online

PKNS .

Lupa Kata Laluan

Seandainya anda terlupa kata laluan, anda boleh meminta sistem untuk menghantar kata laluan

anda melalui emel dengan memilih pautan ‘Dapatkan di sini’. Anda perlu memasukkan No Kad

Pengenalan dan alamat emel yang telah anda daftar. Seterusnya, tekan butang “Hantar” .

Setelah anda berjaya log masuk ke sistem, halaman seperti di bawah akan terpapar.

Halaman Utama

Pada halaman utama ini, terdapat 4 pautan yang boleh anda pilih iaitu ‘Daftar/Kemaskini Bil’, ‘Buat

Pembayaran’, ‘Sejarah Pembayaran’ dan ‘Kemaskini Profil Peribadi’.

Daftar/Kemaskini Bil

Pada pautan ‘Daftar/Kemaskini Bil’, pengguna boleh mendaftar bil-bil yang akan dibayar secara

online serta mengemaskini maklumat bil sedia ada di dalam sistem ini. Setelah memilih pautan

‘Daftar/Kemaskini Bil’, halaman seperti di bawah akan terpapar.

Page 7: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 7/18

Pada halaman ini pengguna perlu memilih jenis bil yang akan didaftarkan dan no akaun pemilik dan

pilih butang ‘Daftar Bil’ dan halaman seperti di bawah akan terpapar.

Setelah rekod dipaparkan, sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul dan sekiranya betul,

sila pilih butang ‘Maklumat Pendaftaran ini Disahkan Betul’ . Jika tidak, sila tekan butang Batal.

Sekarang anda telah berjaya mendaftarkan bil anda.

Page 8: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 8/18

Buat Pembayaran

Seterusnya pengguna perlu memilih pautan ‘Buat Pembayaran’ bagi memulakan proses pembayaran

bil. Sila pilih pautan ‘Buat Pembayaran’ dan paparan seperti di bawah akan terpapar.

Sila pilih pada bahagian tindakan pada pautan ‘Bayar’ dan skrin di bawah akan terpapar dan

pengguna perlu mengisi ‘No Bil’ dan ‘Jumlah (RM)’ dan pilih butang ‘Semak Pembayaran’.

Bayaran minima yang boleh diterima ialah RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja) dan bayaran

maksima yang boleh diterima untuk setiap transaksi ialah RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu

Sahaja). Sekiranya pengguna ingin membuat pembayaran berjumlah lebih daripada RM5,000.00, sila

bahagikan kepada beberapa transaksi.

Page 9: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 9/18

Setelah pengguna menekan butang ‘Semak Pembayaran’ , paparan seperti berikut akan terpapar.

Pengguna perlu memilih cara bayaran yang akan dibuat, kemudian pilih butang ‘Buat Pembayaran’.

Page 10: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 10/18

Halaman seperti di bawah akan terpapar.

Contoh Pembayaran Menggunakan Kad Kredit

Di halaman ini, pengguna boleh melihat butiran pembayaran untuk tujuan semakan dan seterusnya

pengguna perlu memasukkan maklumat-maklumat wajib untuk pembayaran seperti Nombor Kad

Kredit (jika bayaran melalui kad kredit) dan sebagainya. Setelah itu, pengguna perlu menekan butang

“Proceed” untuk mengesahkan pembayaran tersebut.

Halaman berikut menunjukkan paparan yang akan dilihat apabila pengguna meneruskan

pembayaran.

Page 11: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 11/18

Bergantung kepada jenis kad kredit yang digunakan, halaman yang dipaparkan mungkin berbeza.

Tetapi kebiasaannya, pengguna perlu memasukkan One Time Pin (OTP) sebelum bayaran boleh

diproses.

Contoh Pembayaran Menggunakan Maybank2u

Page 12: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 12/18

Pada halaman ini, pengguna boleh melihat butiran pembayaran untuk tujuan semakan. Setelah itu,

pengguna perlu menekan butang “Proceed” untuk mengesahkan pembayaran tersebut.

Halaman berikut menunjukkan paparan yang akan dilihat apabila pengguna meneruskan

pembayaran.

Pengguna perlu log masuk ke Maybank2u untuk meneruskan pembayaran. Paparan seterusnya

adalah:

Pengguna perlu menyemak butiran pembayaran dan sekiranya tiada sebarang masalah, pilih butang

‘Continue’. Halaman berikutnya adalah:

Page 13: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 13/18

Masukkan TAC Number dan pilih butang ‘Continue’ untuk menamatkan proses pembayaran.

Sekiranya pembayaran adalah berjaya, anda akan dikembalikan ke halaman ePay PKNS dengan

status Pembayaran Berjaya.

Page 14: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 14/18

Maklumat Pembayaran

Pembayaran Berjaya

Paparan berikut adalah untuk Pembayaran Berjaya.

Sistem akan menghantar SMS dan Emel kepada anda, jika anda mendaftarkan nombor telefon

bimbit dan emel.

Pembayaran Tidak Berjaya

Berikut adalah paparan sekiranya pembayaran anda Tidak Berjaya.

Sekiranya pembayaran anda tidak berjaya, sistem akan cuba menghubungi semula bank untuk

mengesahkan pembayaran tersebut. Proses ini boleh memakan masa diantara 1 hingga 15 minit.

Page 15: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 15/18

Jika pembayaran masih tidak berjaya (mungkin kerana bank menolak permintaan pembayaran

anda), anda boleh mencuba untuk membuat pembayaran semula menggunakan cara pembayaran

lain.

Manual ini menunjukkan proses pembayaran melalui kad kredit dan sistem perbankan online

(Maybank2U). Walaubagaimanapun, pembayaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara lain. Sila ikut

arahan di dalam borang pembayaran online tersebut dan pastikan setelah pembayaran berjaya

dilakukan, anda dikembalikan ke halaman ePay PKNS. Jika tidak, pembayaran anda mungkin

dikategorikan sebagai tidak berjaya atau mengalami masalah. Jika anda mendapati wang anda sudah

ditolak daripada akaun dan status pembayaran adalah Pembayaran Tidak Berjaya, sila tunggu 24 jam

untuk pengesahan. Sekiranya selepas 24 jam, status anda masih tidak berubah, sila hubungi PKNS

Careline di 1800887567 atau melalui http://careline.pkns.gov.my/

Anda juga boleh melihat sejarah pembayaran dengan melihat halaman Sejarah Pembayaran

Page 16: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 16/18

Sejarah Pembayaran

Untuk menyemak pembayaran yang telah dilakukan, pengguna perlu memilih ‘Sejarah Pembayaran’

bagi melihat senarai pembayaran yang telah dilakukan.

Halaman di atas memaparkan senarai pembayaran yang telah anda lakukan.

Anda boleh melihat maklumat lanjut tentang Pembayaran tersebut dengan menekan link di ruangan Status. Paparan berikut akan dapat dilihat apabila anda menekan link tersebut.

Page 17: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 17/18

Kemaskini Profil Peribadi

Untuk mengemaskini profil, pengguna perlu memilih pautan ‘Kemaskini Profil Peribadi’ dan halaman

seperti di bawah akan terpapar.

Untuk mengemaskini profil, pengguna perlu memilih butang ‘Kemaskini Maklumat’ untuk

menyimpan data yang telah dimasukkan.

Page 18: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS ... PKNS - Manual.pdf · antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia,

Manual Pengguna - Sistem Pembayaran Online ePay PKNS

© 2014 – ePay PKNS Muka Surat 18/18

Terima Kasih

Terima kasih kerana menggunakan Sistem Pembayaran Online ePay PKNS ini. Sekiranya terdapat

sebarang kesulitan semasa mengendalikan sistem ini, sila hubungi pihak PKNS dengan segera melalui

talian bebas tol 1800887567 atau melalui laman web rasmi PKNS Careline di

http://careline.pkns.gov.my

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS)

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan

Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik

40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472

Fax: +603.5510 3895

Email: [email protected]