sistem pembayaran online pkns - manual.pdf · 2014-04-14 · 4 sejarah pembayaran untuk melihat...
TRANSCRIPT
-
MANUAL PENGGUNA SISTEM PEMBAYARAN ONLINE
eziPay PKNS
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik 40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472 Fax: +603.5510 3895 Email: [email protected]
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 2/12
Isi Kandungan
Pengenalan.............................................................................................................................................. 3
Paparan Muka Hadapan ..................................................................................................................... 3
Pendaftaran Pengguna ............................................................................................................................ 4
Pendaftaran Pengguna ....................................................................................................................... 4
Log Masuk ........................................................................................................................................... 5
Halaman Utama ...................................................................................................................................... 6
Daftar / Kemaskini Bil ......................................................................................................................... 7
Buat pembayaran ............................................................................................................................... 8
Sejarah Pembayaran ......................................................................................................................... 11
Terima Kasih .......................................................................................................................................... 12
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 3/12
Pengenalan
Sistem pembayaran online eziPay PKNS merupakan satu sistem yang diperkenalkan untuk memudahkan pembayaran bil secara online. Di antara cara pembayaran yang boleh digunakan ialah kad kredit, debit terus dari akaun bank di Malaysia dan MEPS cash. Untuk membuat pembayaran secara debit terus, anda hanya perlu mempunyai akaun bank di Malaysia.
Sistem ini boleh diakses melalui URL http://ezipay.pkns.gov.my.
Paparan Muka Hadapan
Muka hadapan Sistem pembayaran online eziPay PKNS adalah seperti berikut:
Komponen‐komponen yang ada di muka hadapan laman web ini ialah:
Ruangan “Banner” Ruangan halaman utama yang menerangkan tentang sistem e‐pay PKNS. Ruangan Log Masuk Pengguna bagi pengguna yang sudah berdaftar.
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 4/12
Pendaftaran Pengguna
Pendaftaran Pengguna
Untuk menggunakan sistem pembayaran online eziPay PKNS, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna. Untuk mendaftar, pengguna perlu memilih pautan ‘daftarkan diri’ pada pautan seperti di bawah yang ditunjukkan oleh anak panah:
Halaman pendaftaran pengguna akan terpapar dan anda perlu memasukkan butiran diri maklumat perhubungan.
Kata Laluan Pengguna perlu memasukkan kata laluan dan ulang kata laluan untuk pengesahan kata laluan.
Daftar Pengguna Baru Setelah memasukkan kesemua maklumat yang diperlukan, tekan pada butang ‘Daftar Pengguna Baru’.
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 5/12
Log Masuk
Setelah proses mendaftarkan diri berjaya, pengguna boleh mula menggunakan sistem dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftar semasa pendaftaran pengguna.
Tekan butang untuk masuk ke Sistem epay PKNS..
Sistem akan secara automatik memindahkan cursor di ruangan No KP apabila jumlah nombor dalam sesuatu ruangan sudah mencukupi. Untuk ruangan pertama, enam (6) nombor diperlukan. Dalam ruangan kedua, hanya dua (2) nombor diperlukan dan dalam ruangan ketiga, hanya empat (4) nombor diperlukan. Selepas itu, cursor akan secara automatik berada di ruangan Katalaluan
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 6/12
Halaman Utama
Setelah log masuk, anda akan dapat melihat halaman utama eziPay PKNS seperti di bawah:
1 Maklumat Pengguna Memaparkan nama anda setelah log masuk.
2 Daftar/Kemaskini Bil Untuk anda daftar dan mengemaskini bil.
3 Buat Pembayaran Untuk membuat bayaran secara online.
4 Sejarah Pembayaran Untuk melihat semula pembayaran yang pernah dilakukan.
5 Kemaskini Profil Peribadi Untuk mengemaskinikan profil anda
6 Log Keluar Untuk log keluar dari sistem
7 Halaman Utama Untuk kembali ke halaman utama Sistem Pembayaran Online
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 7/12
Daftar / Kemaskini Bil
Pada pautan ini, anda dapat mengemaskini bil yang sedia ada. Sekiranya anda belum pernah mendaftarkan sebarang bil, anda perlu mendaftarkannya terlebih dahulu. Apabila pautan ini dipilih, halaman seperti dibawah akan terpapar.
Untuk pendaftaran bil, anda perlu memilih jenis bil pada menu drop down Jenis Bil dan pilih bil yang hendak didaftarkan. Pengguna juga perlu memasukkan No Akaun Pemilik yang terdapat pada bil atau anda boleh memilih pautan untuk melihat contoh bil dan satu pop‐up akan terhasil seperti pada halaman dibawah.
Setelah memilih butang Daftar Bil, halaman seperti dibawah akan dipaparkan.
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 8/12
Halaman diatas menyatakan rekod no akaun didaftarkan oleh nama pemilik seperti diatas dan jika
rekod nama ini betul, anda perlu memilih butang untuk mendaftarkan bil ini ke dalam sistem. Seterusnya halaman seperti dibawah akan terpapar.
Apabila senarai bil terpapar, anda telah berjaya mendaftarkan bil anda kedalam sistem. Anda boleh terus membuat bayaran dengan menekan link Bayar.
Buat Pembayaran
Apabila anda berjaya mendaftarkan bil kedalam sistem, anda boleh terus membuat bayaran dengan memilih pautan Bayar. Anda juga boleh pergi ke halaman utama dan memilih menu Buat Pembayaran. Apabila pautan ini dipilih, paparan seperti dibawah akan terpapar.
Untuk membuat pembayaran, anda perlu memilih pautan Bayar dan halaman seperti dibawah akan terpapar.
1 No Bil Ruangan untuk anda masukkan No Bil
2 Jumlah Ruangan untuk anda masukkan jumlah yang hendak dibayar. Jumlah minima ialah RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja)
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 9/12
Setelah anda mengisi semua petak kosong yang diperlukan, anda perlu memilih butang
untuk menyemak bayaran yang akan dilakukan dan meneruskan proses pembayaran bil.
Setelah anda memilih butang ini, halaman seperti diatas akan dipaparkan. Bagi meneruskan proses pembayaran ini, anda perlu memilih cara pembayaran yang akan anda gunakan
dan kemudian pilih butang dan halaman dibawah ini akan terpapar.
Sila baca maklumat yang dipaparkan dan pilih butang OK untuk meneruskan pembayaran.
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 10/12
Halaman ini akan terpapar dan anda perlu mengisi ruangan yang diperlukan dan seterusnya pilih
butang untuk pembayaran.
Sistem akan membuat semakan dengan bank yang anda pilih dan sekiranya berjaya, anda akan dikembalikan ke Sistem eziPay PKNS yang akan mengesahkan dan seterusnya menyimpan rekod pembayaran anda.
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 11/12
Sejarah Pembayaran
Dalam halaman ini, anda dapat melihat sejarah pembayaran yang telah anda lakukan sebelum ini. Anda boleh membuat carian mengikut kriteria tertentu dengan pilihan yang ada.
Anda juga boleh mencetak senarai ini untuk simpanan anda.
-
Manual Pengguna Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS
© 2013 eziPay PKNS Muka Surat 12/12
Terima Kasih
Terima kasih kerana menggunakan Sistem Pembayaran Online eziPay PKNS ini. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan semasa mengendalikan sistem ini, sila hubungi pihak PKNS dengan segera.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 3, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik 40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: +603.5520 1234 / 5520 1472 Fax: +603.5510 3895 Email: [email protected]