bahagian a.docx

31
Definisi Tingkah Laku Bukan Lisan Tingkah laku bukan lisan bermaksud segala tingkah laku yang berasaskan kepada pergerakan badan termasuklah konteks mata, gaya bahasa badan. Kesemua komponen tersebut adalah sangat penting kerana ia akan menilbulkan perasaan selesa di antara kaunselor dank lien. Tingkah laku nonverbal dapat juga dilihat melalui memek muka, gaya duduk dan sebagainya. Ia amat berguna kerana dapat membantu kaunselor untuk lebih memahami klien dan seterusnya membantu klien yang mengalami masalah Terdapat beberapa cara bersesuaian yang boleh digunakan ketika sesi kaunseling dijalankan. Kaunselor perlu mempelajari beberapa skil agar sesi yang dijalankan lebih baik dan bermanfaat kepada klien. Skil pemerhatian memerlukan seseorang kaunselor memerhati diri sendiri dank lien dalam sesuatu sesi. Antara perkata yang perlu diberi perhatian adalah tingkah laku non – verbal, ekspresi muka dan bahasa badan. Banyak kajian dijalankan tentang komunikasi bukan lisan dan kesannya terhadap proses dan keberkesanan komunikasi. Tanpa berkata apa-apa, seseorang itu boleh berkomunikasi menerusi reaksi yang dipaparkan pada orang lain. Isyarat bukan lisan pada hakikatnya berlaku tanpa disengajakan. Dari reaksi seseorang dapat dilihat bahawa kebanyakkan tindakan dan perasaan seseorang digambarkan pada perlakuan ketika berkomunikasi. Kajian berhubung komunikasi bukan lisan membuktikan bahawa 65% dari makna interaksi sesame insane datangnya daripada komunikasi bukan lisan. Definisi komunikasi bukan lisan dikemukakan oleh Wood (2001), Gamble & Gamble (2002), Trenholm & Jensen (1998) dan ramai lagi. Secara umumnya, kesemua bentuk komunikasi yang bertujuan menyampaikan

Upload: pojanluiz

Post on 13-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahagian A.docx

TRANSCRIPT

Definisi Tingkah Laku Bukan LisanTingkah laku bukan lisan bermaksud segala tingkah laku yang berasaskan kepada pergerakan badan termasuklah konteks mata, gaya bahasa badan. Kesemua komponen tersebut adalah sangat penting kerana ia akan menilbulkan perasaan selesa di antara kaunselor dank lien. Tingkah laku nonverbal dapat juga dilihat melalui memek muka, gaya duduk dan sebagainya. Ia amat berguna kerana dapat membantu kaunselor untuk lebih memahami klien dan seterusnya membantu klien yang mengalami masalahTerdapat beberapa cara bersesuaian yang boleh digunakan ketika sesi kaunseling dijalankan. Kaunselor perlu mempelajari beberapa skil agar sesi yang dijalankan lebih baik dan bermanfaat kepada klien. Skil pemerhatian memerlukan seseorang kaunselor memerhati diri sendiri dank lien dalam sesuatu sesi. Antara perkata yang perlu diberi perhatian adalah tingkah laku non verbal, ekspresi muka dan bahasa badan. Banyak kajian dijalankan tentang komunikasi bukan lisan dan kesannya terhadap proses dan keberkesanan komunikasi. Tanpa berkata apa-apa, seseorang itu boleh berkomunikasi menerusi reaksi yang dipaparkan pada orang lain. Isyarat bukan lisan pada hakikatnya berlaku tanpa disengajakan. Dari reaksi seseorang dapat dilihat bahawa kebanyakkan tindakan dan perasaan seseorang digambarkan pada perlakuan ketika berkomunikasi. Kajian berhubung komunikasi bukan lisan membuktikan bahawa 65% dari makna interaksi sesame insane datangnya daripada komunikasi bukan lisan.Definisi komunikasi bukan lisan dikemukakan oleh Wood (2001), Gamble & Gamble (2002), Trenholm & Jensen (1998) dan ramai lagi. Secara umumnya, kesemua bentuk komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej atau maklumbalas tanpa perkataan merupakan komunikasi tanpa lisan. Suara yang sebak bunyinya, nada suara, muka masa, senyuman sinis, cara berpakaian, barang perhiasan diri, cara duduk, berdiri isyarat tangan dan jara seseorang ketika bercakap dengan seseorang yang lain mengukuhkan mesej dalam komunikasi. Komunikasi tanpa lisan menerusi perlakuan, atribut dan objek selain dari perkataan memberikan makna sosial (Seiler & Beall, 2002). Secara ringkasnya, kesemua tindakan menunjukkan mesej yang cuba disampaikan tersebut melalui komuniasi bukan lisan.

Jenis Komunikasi Bukan Lisan ( Non Verbal Communication )1. Kinesics ( Pergerakan )Pergerakan badan dan apa yang dilihat pada wajah menggambarkan seribu makna. Reaksi yang ditunjukkan memberitahu orang lain pelbagai perkata tentang seseorang. Ini termasuklah perasaan, emosi dan tujuan seseorang melakukannya. Gerak mata juga merupakan isyarat komunikasi tanpa lisan. Pergerakan badan yang lemah atau agresif serta pandangan mata terhadap seseorang mempunyai makna tertentu yang mampu ditafsirkan oleh individu individu yang melihatnya

2. Penampilan FizikalPenampilan fizikal boleh membentuk tanggapan pertama terhadap seseorang individu yang baru dikenali. Contohnya ketinggian, berat badan, warna kulit dan bentuk badan, jantina, saiz, warna mata, rambut dan bentuk muka. Seringkali kita membentuk stereotaip terhadap ciri ciri fizikal. Pada masa yang sama, pemikiran yang stereotaip ini juga seringkali dibentuk oleh budaya dan juga media. Masyarakat cenderung mengambil kira faktor fizikal sebagai faktor utama penampilan diri di samping menilai orang lain. Contohnya seseorang lelaki yang tinggi sering dianggap nakal dan ganas. Rupa bentuk fizikal berkait rapat dengan budaya kerana setiap budaya mempunyai persepsi dan tanggapan yang berbeza terhadap rupa bentuk fizikal.

3. Artifak ( Objek )Artifak boleh menyatakan identiti seseorang sama ada berbentuk gender, stail, situasi tertentu, keagamaan, semangat patriotic, professional, personaliti, status dan minat seseorang. Untuk menggambarkan identiti, kita boleh melihat klien dari segi pemakaian, barang yang sering dibawa, stail yang sering digunakan, serta pelbagai lagi objek yang boleh dillihat.

4. Haptics ( Sentuhan )Sentuhan merupakan komunikasi bukan lisan yang menyampaikan makna dalamperhubungan. Walaupun ia merupakan bentuk komunikasi bukan lisan yang dikatakanprimitif, ianya memberikan maksud tertentu. Setiap orang mempunyai tanggapan yang berlainan terhadap sentuhan. Reaksi seseorang juga berbeza apabila disentuh. Sentuhan yang dianggap biasa bagi seseorang mungkin dianggap biadap atau bermotif seksual bagi seseorang yang lain. Sentuhan yang dianggap biasa sekiranya dilakukan dengan ketiadaan orang lain dianggap memalukan apabila dilakukan di khalayak ramai. Dengan kata lain, tanggapan terhadap sentuhan mungkin positif atau negatif.Sentuhan yang dimaksudkan dalam komunikasi tanpa lisan ialah sentuhan menggunakan tangan, lengan atau lain-lain bahagian badan terhadap seseorang yang lain.Sentuhan yang dimaksudkan di sini mungkin berbentuk cubitan, cuitan, genggaman dan pelukan. Sentuhan itu juga menggambarkan kekuatan, empati atau memahami situasi tertentu. Namun, setiap orang mempunyai perlakuan menyentuh yang berbeza. Pengkaji komunikasi bukan lisan mengidentifikasi beberapa tujuan sentuhan.

5. ParalanguageParalanguage merupakan komunikasi vokal dan cara anda menuturkan sesuatu perkataan. Ia digunakan bersama-sama pertuturan dengan tujuan mengukuhkan apa yang dipertuturkan. Ciri-ciri paralanguage melibatkan nada suara, kelajuan, volumedan kualiti. Ini termasuklah bunyi keluhan, ketawa, mengerang, pause atau ritma bunyi. Persepsi berkait rapat dengan paralanguage kerana ia melibatkan tanggapan terhadap seseorang sama ada fizikal, personaliti atau penilaian. Suara seseorang berupaya memberitahu orang lain bagaimana menginterpretasi mesej yang ingin disampaikan. Kiu vokal digunakan untuk menyatakan perasaan: bisikan umpamanya menghurai hubungan intim antara dua insan; manakala intonasi yang tinggi menandakan kemarahan. Suara juga mempengaruhi tanggapan seseorang dan kerana itu kiu vokal dikawal untuk mengukuhkan imej. Setiap orang pada lazimnya tahu mengawal suara untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, atau marah.

6. Proxemics ( Ruang Personal )Penggunaan ruang memainkan peranan dalam keberkesanan komunikasi. Jarak dan ruang personal dalam komunikasi tanpa lisan terdapat dalam bentuk peribadi atau fizikal sama ada dilihat dari aspek kemesraan, peribadi, jarak sosial dan jarak rasmi mencerminkan tahap hubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Pada kebiasaannya, setiap individu berusaha mengenal pasti dan memelihara ruang yang dianggap hak miliknya. Oleh itu kita semestinya perlu menghormati ruang orang lain agar tidak menimbulkan pergeseran. Sebarang pergeseran yang berlaku sama ada kecil atau besar akan mengganggu jalinan komunikasi

7. SenyapKadangkala seseorang akan menyepi diri atau diam seribu bahasa. Isyarat senyapmerupakan komunikasi tanpa lisan. Bertindak senyap kadang kala lebih memberi makna dari pengucapan biasa. Pasangan yang memahami antara satu sama lain tidak memerlukan kata-kata untuk menyatakan perasaan. Seseorang yang terlalu marah akan menyepi diri dan mungkin menyakitkan hati orang yang melihatnya kerana tidak jelas maksudnya. Apa yang nyata, komunikasi tidak dapat dijalin dengan berkesan sekiranya ini berlaku.

Sebelum ( Penerokaan )Tingkah Laku Bukan Lisan Negatif Murid Yang Dikenalpasti1. Mengganggu Rakan ( Sharom )Antara tingkah laku bukan lisan negatif yang dapat dikenalpasti semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan sewaktu berpraktikum ialah murid sering mengganggu rakan dari segi fizikal. Murid tersebut sering menumbuk rakan, menyepak rakan, serta mencubit rakan tidak kira di dalam kelas mahupun di luar kelas. Murid ini juga sering kali mengejek rakan lain dengan panggilan nama tertentu supaya rakan mereka sakit hati secara verbal.

Semasa proses pengajaran bermula,. murid ini sangat memberi respons dan sangat aktif. Walaubagaimana pun, tingkah laku bukan lisan negatif murid ini sering berlaku sewaktu murid-murid membuat latihan ataupun semasa aktiviti permainan. Murid kurang memberi perhatian terhadap kerja yang diberi dan mula mengganggu rakan. Murid ini dianggap hiperaktif kerana tidak dapat duduk diam dan sering bergerak di dalam kelas. Contohnya, murid ini akan bergerak mencari rakan yang mudah dibuli atau diganggu sekiranya berasa bosan dengan aktiviti atau kerja yang diberikan oleh guru terutamanya semasa sesi latihan. Murid ini akan mencubit, duduk sebelah rakan tanpa membuat apa apa, memukul rakan dan bermacam macam lagi. Tingkah laku ini juga sering timbul apabila guru tidak memberi fokus terhadap pelajar tersebut kerana masih membimbing murid lain dalam kelas pemulihan. Murid ini sering menimbulkan kekecohan di dalam kelas menyebabkan terdapat murid yang menangis, bergaduh dan tidak fokus dengan apa yang diajar oleh guru. Tingkah laku ini hanya dapat dielak sekiranya guru memberi amaran keras dan tegas terhadap murid tersebut atau memberi denda kepada murid. Tingkah laku ini boleh dikaitkan dengan latarbelakang murid yang berkemungkinan menjalani kehidupan yang sukar di rumah. Kemungkinan besar murid ini terdedah dengan benda benda yang negatif seperti memukul orang, mengganggu rakan yang mungkin hasil daripada persekitarannya di rumah. Murid ini mungkin terlalu terpengaruh dengan cerita cerita ganas atau mungkin terdapat sebahagian daripada warga rumah menunjukkan ciri ciri tersebut menyebabkan murid tersebut terikut ikut akan tingkah laku tersebut.

2. Senyap ( Avril )Antara tingkah laku bukan lisan yang dapat dikesan pada pelajar saya adalah suka senyap. Murid ini sering diam apabila guru bertanya soalan atau apa apa melibatkan pengajaran. Murid ini akan menggelengkan kepala, tunduk kepala, meletakkan tangan di bawah meja dan menyandar tanda tidak mahu belajar dan tidak tahu apa apa. Dia hanya akan bercakap sekiranya terdapat aktiviti yang menyeronokkan dijalankan seperti bermain.

Semasa sesi pengajaran iaitu sesi interaksi bersama murid, guru akan membimbing murid murid pemulihan membaca dan menyebut perkataan secara individu. Pada waktu ini lah murid ini sering menunjukkan tingkah laku ini di mana dia sering diam apabila disuruh mengajuk semula perkataan yang disebut oleh guru. Dia akan sentiasa menggelengkan kepala apabila disuruh menyebut semula perkataan dengan alasan tidak tahu. Murid ini juga akan bersandar dan meletakkan tangan di bawah meja sebagai tanda tidak tahu dan tidak ingin belajar. Kemudian, murid ini akan mencari kertas kosong dan melukis sesuatu pada kertas tersebut. Dia juga akan berjalan jalan di dalam kelas untuk mencari permainan yang boleh dimainkan seperti bola, bongkah dan tanah liat. Dia akan bermain dan melukis sendirian tanpa menghiraukan rakan- rakannya yang lain yang mengikuti sesi pengajaran. Interpretasi awal terhadap murid ini adalah murid berkemungkinan tidak mempunyai atau kurang motivasi untuk belajar. Murid ini sering menunjukkan tanda tanda kurang berminat untuk belajar dan cuba mengelakkan daripada pengajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Ini mungkin disebabkan oleh persekitaran murid yang kurang memberikan galakkan untuk belajar seperti kelas yang tidak tersusun, guru yang mengajar sambil lewa, ketiadaan bahan bantu belajar di rumah dan sebagainya.

3. Suka duduk di atas meja ( Affin )Murid ini sering duduk di atas mejanya apabila guru mengajar di hadapan. Dia akan duduk di atas meja apabila dia berasa tidak selesa. Malah, murid ini akan menyepak meja serta kerusi milik rakannya di dalam kelas. Murid ini akan berjalan-jalan di dalam kelas dan duduk serta menyepak sesuka hati barang-barang yang terdapat di dalam kelas.

Tingkah laku ini berlaku apabila guru kurang mengawasi kelas terutamanya semasa sesi interaksi atau penerangan kepada murid di kelas perdana. Murid ini akan bertingkah laku sedemikian apabila dia berasa bosan. Murid ini pendiam namun dia sering membuat kecoh di dalam kelas dengan menyepak meja. Hal ini menyebabkan rakan mereka selalu bising untk menegur murid ini. Murid ini hanya akan duduk di atas kerusi dengan baik apabila guru menyuruh murid membuat latihan. Berkemungkinan besar tingkah laku ini juga disebabkan oleh pengaruh dari persekitaran murid tidak kira dari segi persekitaran sekolah mahupun di rumah. Murid mungkin kurang diberi penekanan dari segi pendidikan moral daripada guru mahupun ibu bapa. Interpretasi awal terhadapa tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid ini adalah murid ini berkemungkinan mengalami masalah emosi kerana sering menyepak kerusi dan meja. Dia mungkin sedang meluahkan emosi melalui tingkah laku tersebut. Cadangan Klien Yang Akan DipilihBerdasarkan tingkah laku- tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid murid yang telah saya kaji, saya telah memilih adik Sharom sebagai klien saya untuk menjalankan terapi dan memberi bimbingan serta kaunseling kepadanya. Tujuan utama saya memilih murid ini adalah dia menunjukkan satu tingkah laku yang betul - betul mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. TIngkah laku tersebut iaitu mengganggu rakan dari segi fizikal dan emosi menyebabkan murid serta guru terkesan akibat daripada perilaku yang ditunjukkan olehnya. Murid ini akan mengganggu rakan dan menyebabkan rakannya mengadu kepada guru lantas menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Proses pengajaran dan pembelajaran akan makin sukar dikawal apabila murid ini menganggu rakan sehingga tahap rakan mereka menangis. Guru akan mengambil masa yang agak lama untuk memperbetulkan keadaan dan ini menyebabkan semua murid akan ketinggalan isi pelajaran yang hendak di sampaikan. Oleh yang demikian, murid ini perlu diberi terapi, bimbingan serta kaunseling untuk mengenalpasti punca masalah tersebut berlaku dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut. Saya percaya jika murid ini dapat mengubah tingkah laku tersebut, kelas akan menjadi lebih terkawal dan pengajaran akan menjadi lebih lancar dan berkesan. Guru juga telah berjumpa dengan klien untuk memberitahunya bahawa terdapat sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan menerangkan kepada klien bahawa dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian masalah. Guru juga akan memberitahu klien bahawa ianya perlu diselesaikan dan bersedia dengan proses kaunseling yang akan diberikan oleh guru dengan hati yang terbuka dan mempercayai guru / kaunselor dengan sepenuh hati.

Cadangan TerapiCadangan terapi yang dipilih adalah terapi seni. Terapi ini dipilih kerana ia adalah satu profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Dengan erti kata lain, terapi ini digunakan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh klien dengan melihat kepada latarbelakang murid sebagai penanda aras kepada punca masalah tingkah laku bukan lisan negatif itu berlaku. Matlamat terapi seni ini dijalankan adalah membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah yang mereka hadapi, membangunkan kemahiran dalaman seperti membuat keputusan secara rasional, mengurus tingkah laku, mengurangkan tekanan, serta jati diri. Malah, luahan seni daripada klien sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan dapat membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni dan perlahan perlahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. .Di samping mendapatkan maklumat-maklumat yang saya inginkan, terapi seni secara tidak langsung menguatkan daya imaginasi klien. Terapi seni mampu membina pemikiran kreatif kepada murid. Perkara yang sudah nyata mengenai terapi seni ialah ia mampu meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus murid. Hal ini secara tidak langsung membantu murid untuk memperbaiki kemahiran kinestetik mereka dan dapat membantu mereka dalam melatih untuk memperbaiki tulisan.

Bahagian BSemasa ( Pengenalpastian Masalah )Sebaik sahaja terapi telah dipilih dan murid juga sudah diberitahu mengenai kaunseling yang akan dijalankan terhadapnya, guru memilih tempat yang sesuai untuk menjalankan terapi. Guru telah memilih pusat sumber yang berada di hujung blok kelas untuk menjalankan terapi kerana ia sangat sesuai dan kondusif. Pusat sumber tersebut tidak menjadi laluan lalu lalang murid dan kurang mendapat gangguan dari segi bunyi bising dan sebagainya. Murid tersebut telah dipanggil untuk menjalani terapi seni di pusat sumber. Guru telah menyediakan warna, kertas serta alat tulis kepada murid dan guru memulakan proses terapi dengan membina hubungan yang baik dengan murid. Guru telah menyediakan sedikit makanan kepada murid berbentuk gula gula dan bertanya sedikit mengenai khabar dan apa yang dilakukannya sepanjang hari. Kemudian, baru guru memulakan sesi dengan beberapa soalan soalan yang mengkehendaki murid melukis sesuatu.Murid telah diberi dua tugasan untuk sesi terapi seni iaitu melukis mengenai Keluarga Saya dan satu lagi Impian Saya . Murid diberikan ruang masa yang tidak terhad untuk melukis kedua dua gambar. Murid boleh melukis sesuka hati mengikut kreativiti masing masing mengenai tajuk tajuk yang telah diberikan berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh guru.Sebaik sahaja selesai sesi melukis bagi terapi seni ini, murid diminta untuk menceritakan mengenai lukisan tersebut. Murid diminta untuk menceritakan setiap aspek aspek yang telah dilukis termasuk dengan warna, corak, serta simbol simbol yang telah dilukis.

Murid melaksanakan sesi terapi seni.

Keluarga Saya

Interpretasi LukisanBerikut merupakan hasil lukisan yang telah dilukis oleh klien berdasarkan tajuk Keluarga Saya . Berdasarkan lukisan tersebut, kita dapat menginterpretasikan bahawa orang dilukis tersebut adalah orang yang sangat penting dalam hidup klien dan ia bukannya ibu atau bapa klien kerana nama yang ditulis pada orang berbaju hitam dan berbaju merah jambu tersebut bukannya mak ataupun ayah Klien diminta untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenai gambar tersebut. Menurut klien, kedua-dua individu yang dilukis olehnya adalah pakcik dan makciknya yang sering menjaganya di rumah. Warna baju yang dilukis oleh klien adalah warna yang diminati oleh pakcik dan makciknya. Warna hitam menunjukkan personaliti yang tegas dan perahsia, manakala merah jambu menunjukkan personaliti yang lemah lembut dan sopan santun. Kuning pula bermaksud sangat periang suka bergembira. Kedua-dua mereka sering memberi layanan yang baik kepada klien di rumah seperti menyediakan makanan, membawa berjalan jalan, membantu menyiapkan kerja rumah, bermain dan sebagainya. Klien menyatakan bahawa ibu dan bapanya tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur, Klien telah ditinggalka oleh ibu bapa nya di Serian dan menetap bersama sama dengan pakcik dan makciknya di rumah. Ibu bapa klien jarang menjenguk klien di Sarawak. Ketika musim perayaan, klien akan bersama sama dengan pakcik dan makciknya ke Kuala Lumpur untuk beraya bersama sama dengan ibu bapa serta adik beradiknya di sana. Dari segi susunan, klien telah menyatakan bahawa orang berbaju hitam merupakan orang yang paling penting sekali dalam hidup klien kerana dia melukis individu tersebut terlebih dahulu kemudian baru individu wanita tersebut. Pakcik yang bekerja sebagai polis nya selalu membawanya berjalan jalan, bermain pistol pistol mainan melayannya dengan baik. Makciknya pula Cancan pula seorang jururawat sering memasak makanan yang sedap untuk klien. Makciknya seorang yang penyayang kerana sering menasihati klien tanpa memarahinya ketika membuat salah.Menurut klien, terdapat banyak lagi pakciik dan makcik yang tinggal di rumah yang sama namun hanya dua orang individu ini sahaja yang betul betul rapat dengan klien. Setelah disoal, klien menyatakan bahawa individu lain yang tidak dilukis adalah individu yang kurang rapat dengan klien kerana sering melayannya dengan kurang baik. Menurut klien, dia sering dimarahi oleh pakcik dan makciknya yang tidak dilukis dalam gambar kerana terlalu nakal. Klien juga sering dipukul dan oleh pakciknya yang lain namun tidak bagi Irwin dan Cancan. Sebab itulah klien tidak melukis pakcik dan makciknya yang lain dalam lukisan tersebut. Pakcik Irwin dan makcik Cancan jarang berada di rumah dan ini menyebabkan klien berasa sedikit tertekan dan kurang selesa dengan makcik dan pakcik nya yang lain di rumah. Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan lukisan serta cerita yang telah disampaikan oleh klien adalah klien hidup bersama dengan pakcik dan makcik nya tanpa kasih sayang ibu bapa yang sebenar. Klien hidup bersama pakcik dan makciknya yang mempunyai banyak ragam dan ini kemungkinan besar mempengaruhi hidup klien di sekolah. Klien banyak terpengaruh dengan kehidupan pakcik dan makcik nya yang berada di rumah yang tidak disukai oleh klein kerana sering memarahi dan memukulnya di rumah.Walaubagaimanapun, klien masih lagi tetap sayang akan pakcik dan makciknya yang jarang berada di dalam rumah. Ini mungkin punca masalah tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien sering berlaku di dalam kelas.

Impian Saya

Menurut klien, dia telah melukis kereta siput. Dia sangat menginginkan kereta siput kerana dia ingin berasa selamat ketika memandu di jalan raya. Dia menyatakan bahawa dia ingin membawa pakcik Irwin dan makcik Cancan berjalan jalan dengan berasa selamat suatu hari nanti. Menurut klien, ekzos yang banyak melambangkan kereta ini boleh bergerak laju sekira ianya diperlukan sahaja. Benda seperti berus di bawah kereta adalah brek yang akan melambatkan perjalanan kereta. Klien tidak ingin mewarna kereta tersebut kerana dia suka berwarna putih kerana ia nampak ringkas dan kemas. Dia tidak ingin menonjolkan sesuatu miliknya kerana khuatir ia akan dicuri atau diganggu orang lain kerana terlalu menarik. Secara keseluruhannya, lukisan ini dapat diinterpretasikan bahawa klien sangat mementingkan keselamatan dan kesejahteraan orang lain yang dia sayang. Dia sangat menyayangi pakcik dan makciknya sehingga mengimpikan kereta yang lambat supaya dapat mengelak daripada sebarang kemalangan jalan raya. Klien juga seorang yang tidak suka kan perhatian daripada orang kerana khuatir diri dan keluarganya berasa tidak selamat.

Selepas ( Penyelesaian dan Tindakan )Selepas pelaksanaan terapi dilakukan, klien dan guru berbincang mengenai apa yang dihadapi oleh klien. Guru memberikan nasihat yang baik serta pandangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh klien dalam menghadapi situasit tersebut. Guru telah menyatakan bahawa klien perlu ubah sikap daripada nakal kepada baik dan sering mendengar kata tidak kira sesiapa sahaja bagi mengelakkan diri daripada dipukul dimarahi dan tidak disayangi oleh orang lain. Guru juga memberi kaunseling mengenai implikasi apabila berkelakuan tidak baik terhadap keluarga dan rakan sekeliling. Guru mengaitkan dengan tingkah laku mengganggu rakan dengan pekerjaan pakcik Irwin iaitu polis. Guru menyatakan bahawa setiap yang jahat pasti akan ada balasannya. Oleh yang demikian, klien hendaklah memikirkan sendiri sama ada hendak menjadi pakcik Irwin atau pun penjahat yang pakcik Irwin cuba tangkap. Selain itu, guru juga turut menggunakan teori kaunseling iaitu teknik modifikasi tingkah laku untuk mengawal tingkah laku murid. Modifikasi tingkah laku merupakan pendekatan yang sistematik bagi mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip pelaziman. Antara teknik modifikasi yang bolej dilaksanakan bagi mengatasi tingkah laku bukan lisan negatif klien adalah dengan token ekonomi. Token ekonomi merupakan satu sistem untuk membahagikan peneguhan simbolik yang ditukar kepada peneguh sebenar yang diidamkan. Merit atau mata akan diberikan sekiranya kriteria respon yang diinginkan telah murid tunjukkan. Merit atau mata yang guru sediakan adalah berbentuk sticker atau pelekat yang akan dikumpulkan oleh murid. Merit akan ditarik balik oleh guru sekiranya murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Terdapat perubahan yang berlaku terhadap klien selepas beberapa hari menjalani terapi seni tersebut. Klien mula menunjukkan sikap hormat terhadap guru. Klien juga kurang mengganggu rakan kerana sering diperingatkan dengan pekerjaan pakciknya iaitu polis dan penarikan semula token sekiranya bertingkah laku negatif semula. Klien juga sering menyebut bahawa saya ingin menjadi polis dan berbuat baik kepada guru menunjukkan klien cuba untuk mengelakkan dirinya daripada membuat perkara yang tidak sepatutnya di dalam sekolah. Ini merupakan satu tanda klien sudah memahami masalah yang dihadapinya dan cuba untuk mengubah diri daripada nakal kepada rajin dengan menjadikan benda baik serta jahat sebagai panduanOleh itu, terapi seni merupakan terapi yang berkesan dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Guru perlu bijak dalam memilih terapi yang sesuai untuk murid-murid di sekolah. Sesuatu terapi tidak berkesan sekiranya tiada bantuan dan kerjasama daripada murid-murid. Malah, guru perlu mengambil kira pelbagai aspek dalam melaksanakan proses terapi supaya isu-isu sensitif yang boleh menurunkan tahap motivasi murid sehingga menyukarkan murid atau klien berkongsi masalah samaada berbentuk positif mahupun negatif.

RumusanKesimpulannya, peranan guru di sekolah adalah sangat penting kerana guru yakni sebagai kaunselor secara terlatih mahupun tidak perlu menegur, memberi nasihat serta menyediakan pelbagai aktiviti yang membantu murid menghilangkan tingkah laku negatif dalam diri mereka. Teguran yang membina diri serta kata-kata motivasi daripada guru di sekolah dapat memupuk murid untuk berminat dengan aktiviti pembelajaran di dalam kelas, malah, aktiviti yang pelbagai di sekolah berupaya mencungkil keistimewaan murid yang mempunyai bakat dan keperibadian yang berbeza dalam usaha memberikan layanan sama rata kepada semua murid di sekolah. Kesannya, murid yang mempunyai pelbagai tingkah laku ini dapat menikmati aktiviti yang menarik minat mereka mahupun sebaliknya. Malahan, murid juga akan berasa selesa serta kondusif untuk belajar tanpa diganggu oleh sebarang masalah pembelajaran yang dtimbulkan oleh rakan. Oleh itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan guru dapat membantu mengurangkan masalah ini seterusnya menjaga identiti dan sahsiah diri yang positif tidak memburukkan nama diri sendiri, keluarga, sekolah dan sebagainya. Akhir sekali, aktiviti terapi dalam bimbingan dan kaunseling membantu klien untuk mengenal pasti fikiran dan perasaan melalui lukisan supaya klien boleh memperolehi persepsi dan penilaian tingkah lakunya serta memahami diri sendiri. Malchiodi (2006) menyatakan bahawa proses melukis dipersepsikan sebagai kesempatan untuk ekspresi kendiri secara imaginative, autentik dan spontan, sesuatu pengalaman dalam tempoh masa yang membawa pemulihan emosi dan transformasi kendiri. Hal ini bertujuaan untuk penambahbaikan kesihatan dan perkembangan pengalaman. Jadi, selain membantu dalam penyelesaian masalah murid, teknik ini juga digunakan untuk menambah baik dan mengekalkan kesihatan mental seseorang individu.

RefleksiPertama sekali saya begitu bersyukur kepada Tuhan atas berkat yang telah dilimpahkan kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing, Puan Roha bt Tamit atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami.Sememangnya tugasan EDU 3073 ini banyak memberi pengetahuan serta pengalaman dalam menjalankan sesi bimbingan serta kaunseling terhadap murid-murid di sekolah. Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami juga telah diberi peluang untuk melaksanakan sendiri aktiviti bimbingan serta kaunseling melalui pelbagai jenis terapi yang akan dijalankan di sekolah kelak secara hands on. Oleh yang demikian, kami banyak mempelajari ilmu asas bimbingan kaunseling sebelum melaksakan ia di sekolah kelak.Antara kekuatan yang telah saya perolehi melalui tugasan ini adalah saya telah belajar bagaimana untuk menginterpretasikan sesuatu hasil kerja yang dihasilkan oleh klien dalam apa jua bentuk terutamanya dari segi lukisan. Melalui pembacaan yang telah saya buat dari pelbagai sumber, saya telah belajar untuk mengenalpasti dan menterjemahkan emosi, tingkah laku, hasrat, serta mesej yang cuba disampaikan oleh klien dalam bentuk lukisan kepada bentuk lisan. Ia adalah satu kemahiran yang perlu ada pada seorang guru kerana murid murid pada peringkat ini cenderung untuk melukis dan meluahkan perasaan mereka dalam bentuk non-verbal. Selain itu, saya juga telah belajar bagaimana untuk menjalankan sesi terapi di sekolah mengikut prosedur prosedur yang telah disarankan dalam panduan memberi kaunseling disekolah. Saya telah belajar bahawa kaunseling yang berjaya adalah kaunseling yang melalui beberapa peringkat penting seperti peringkat permulaan iaitu penerokaan masalah, pertengahan iaitu pengenalpastian masalah serta mencari intervensi bagi mengatasi masalah tersebut dan penutup iaitu tindakan susulan serta bagaimana menamatkan sesi kaunseling. Tugasan pada kali ini juga membolehkan saya memahami setiap individu yang berada di sekeliling saya dengan baik sekali. Hal ini menyedarkan saya mengenai besarnya amanah yang akan dipegang untuk memberi ilmu kepada murid setelah melihat bagaimana sukarnya untuk mendidik seorang anak bangsa dengan baik tanpa adanya sokongan daripada pihak sekolah, ibu bapa dan rakan-rakan. Nilai yang perlu diterapkan dalam diri adalah nilai keikhlasan dalam mendidik murid-murid dari segi akademik mahupun sahsiah. Sifat empati yang tinggi telah memberi saya semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh semasa berada di IPG agar dapat menjadi guru yang berkualiti untuk membantu murid-murid agar mereka seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, terdapat beberapa kelebihan yang dapat dilihat dari diri sendiri dan murid.Kelemahan yang telah dikenalpasti semasa menyiapkan tugasan ini adalah mengatur jadual waktu untuk menjalankan sesi terapi di sekolah. Saya mengalami pengurusan masa yang agak teruk sekali apabila tiba waktu praktikum kerana masa malam banyak digunakan untuk membuat rancangan pengajaran harian manakala waktu petang pula terlibat dengan aktiviti sekolah dan sering tidur apabila tiada aktiviti sekolah. Cadangan penambahbaikkan masalah tersebut adalah, saya perlu membuat perancangan dengan lebih awal mengenai apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan membuat jadual kerja harian yang sistematik dalam mengurus masa. Pengurusan masa yang efektik akan membolehkan mana-mana individu untuk berkerja dengan proaktif dan efisien dalam melaksanakan mana-mana tugasan yang telah diberikan. Pengurusan masa yang baik juga memerlukan kita untuk sentiasa peka dan patuh kepada sesuatu perkara sekiranya kita ingin hidup dan berkerja dengan penuh sistematik dan tersusun terutamanya dalam melaksanakan sesuatu tugas. Akhir sekali, tugasan yang telah dibuat ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai ilmu pedagodi dan bidang bimbingan dan kaunseling.Di samping itu, hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan yang lain berusaha dan bersedia sebagai seorang bakal guru untuk menghadapi cabaran yang bakal dihadapi, berdikari untuk mencari dan berfikir sendiri sesuatu yang sesuai kepada anak murid pada masa akan datang selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami semua di dalam bidang ini.