bahagian a – membina ayat
DESCRIPTION
Tahun 4TRANSCRIPT
Bahagian A – MEMBINA AYAT
Panduan menjawab
1.Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2.Gariskan Kata Kunci yang terdapat dalam arahan soalan sama ada dikehendaki menyatakan situasi,aktiviti, suasana,kebaikan, faedah, kegunaan dan sebagainya.
3.Gariskan latar tempat yang dinyatakan dalam arahan soalan jika ada seperti kedai,kantin, padang,bilik darjah dan sebagainya.
Markah akan ditolak jika :
1.Terdapat kesalahan ejaan,imbuhan dan tanda baca.
2.Terdapat aktiviti atau perbuatan yang berulang.
3.Terdapat kosa kata yang salah,dan berulang-ulang.
4.Membina ayat tunggal.5.Menulis kurang daripada 5 ayat.
Kosa Kata
• 1. mencantas pokok bunga• 2. membersihkan longkang• 3. menyapu dedaun kering• 4. menghidangkan makanan• 5. menanam pokok bunga
Contoh Ayat1. Bapa saya mencantas pokok bunga menggunakan
sebilah gunting besar yang tajam .
2. Seorang pemuda membersihkan longkang menggunakan cangkul supaya air tidak bertakung.
3. Mak Cik Siti menyapu dedaun kering di halaman rumah supaya sentiasa kelihatan bersih.
4. Ibu menghidangkan makanan di atas meja yang disediakan untuk penduduk kampung yang
bergotong -royong.
5. Kakak duduk mencangkung sambil menanam pokok bunga yang cantik dan berwarna-warni