bahagian a edit (1)

9
Tugasan A : Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. 1.0 Pengenalan. Masalah pembelajaran mempunyai pelbagai takrifan. Menurut Abdul Rahman Bin Talib (2007), ia ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapatkan pendidikan formal. Mengikut pandangan Individual, With Disabilities Education Act (1997), masalah Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Bagi pendapat The Joint Committee On Learning Disabilities (1990) pula, Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat 1

Upload: leezm-mleez

Post on 11-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tugasan edu3093

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian a Edit (1)

Tugasan A :

Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru dari segi inovasi

teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang

mempunyai masalah pembelajaran.

1.0 Pengenalan.

Masalah pembelajaran mempunyai pelbagai takrifan. Menurut Abdul

Rahman Bin Talib (2007), ia ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai

masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh

mendapatkan pendidikan formal. Mengikut pandangan Individual, With

Disabilities Education Act (1997), masalah Pembelajaran didefinisikan

sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang

melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau

penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan

mendengar, berfikir dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk

mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan

penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan

dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Bagi pendapat The Joint Committee On Learning Disabilities (1990)

pula, Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang

pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur,

membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah

Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian system saraf

pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal

tingkah laku, persepsi dan interaksi social mungkin wujud bersama-sama

masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada

berlakunya masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran mungkin wujud

seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah emosi, kerencatan

mental atau gangguan emosi.

Sementara itu, teknologi pula diertikan sebagai proses, kaedah dan

idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan untuk

1

Page 2: Bahagian a Edit (1)

mencapai kejayaan. Menurut Evan & Nation (2000), teknologi ialah suatu

seni atau sains dan bagaimana alat itu digunakan untuk mencapai tujuan-

tujuan tertentu. Mengikut pendapat Galibrath (1967) pula, Teknologi ialah

keupayaan menggunakan pengetahuan kemahiran saintifik atau

pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga

mampu menunjukkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan tugasan

sehingga tugasan itu mencapai kejayaan.

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan ini, masalah

pembelajaran melibatkan pertuturan akan digunakan. Masalah pertuturan ini

jika tidak di atasi dengan baik boleh mengganggu perkembangan bahasa

murid dari segi lisan. Ketidakbolehan bertutur dengan baik adalah

disebabkan oleh alat artikulator gagal berfungsi dengan baik. Kecacatan

pada alat ini menyebabkan murid gagal menyebut sesuatu perkataan

dengan tepat, sebutan bunyi yang tidak jelas, pic yang berubah serta tidak

konsisten dan intonasi yang tidak jitu. Oleh yang demikian, murid gagal

untuk membaca dengan sempurna.

1.1 Langkah-langkah yang dijalankan

1.1.1 Penggunaan ‘Powerpoint interaktif’.

Salah satu cara untuk membantu murid yang mengalami masalah

pembelajaran melibatkan masalah pembelajaran ialah menggunakan

aplikasi powerpoint interaktif. Melalui powerpoint interaktif, guru guru di

sekolah bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan

menambah baik perisian tersebut di sekolah. Sebagai guru, sudah tentulah

mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka.

Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian

tersebut. Di samping itu juga guru dapat menyediakan bahan bantu belajar

yang sesuai dengan tahap penguasaan murid seperti menghasilkan suku

2

Page 3: Bahagian a Edit (1)

kata bagi membantu murid menyebut sesuatu perkataan dengan tepat.

Apabila menghasilkan slaid powerpoint seperti ini, fungsi bunyi perlu

dimasukkan untuk memudahkan murid memahami cara sebutan yang betul.

Di samping itu, guru turut membantu membunyikan suku kata yang

ditunjukkan.

Pembinaan slaid powerpoint interaktif yang baik dari segi

persembahan, pemilihan warna tulisan dan warna latar yang digunakan

dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar. Dalam pada itu,

murid juga boleh mengendalikan sendiri powerpoint interaktif yang

disediakan. Hal ini dapat membantu murid berlatih menyebut suku kata

berulang kali sehingga sebutan yang dibuat menjadi tepat. Murid lebih

berasa seronok lagi jika powerpoint interaktif di masukkan dengan movie

(video) yang bersesuai dengan tajuk yang dipelajari.

1.1.2 Penggunaan Alat Audio.

Selain menggunakan salid powerpoint interaktif, guru dapat

membantu murid yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya

masalah pertuturan dengan menggunakan alat audio. Salah satu punca

masalah pertuturan ialah gangguan bunyi. Gangguan bunyi ini merujuk

kepada bunyi-bunyi yang hampir sama yang didengar dipersekitaran murid.

Oleh itu, penggunaan alat audio boleh membantu murid mengenalpasti bunyi

yang betul. Sebagai contoh, apabila murid menggunakan fon kepala untuk

mendengar bunyi sebutan yang dihasilkan oleh alat audio. Penggunaan fon

kepala ini dapat menghalang bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki supaya

tidak mengganggu pendengaran dan pemahaman murid terhadap bunyi

yang dihasilkan. Di samping itu, guru berperanan membimbing dan

memandu murid menggunakan alat audio dengan betul agar proses

pembelajaran murid tidak terganggu dan mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran yang dikehendaki.

3

Page 4: Bahagian a Edit (1)

1.2.3 Penggunaan Kamus Elektronik (Electronic Dictionary).

Kewujudan kamus elektronik ini sebenarnya banyak membantu murid-

murid istimewa untuk menguasai maklumat dengan lebih cepat. Hal ini

dikatakan demikian kerana penggunaan media bercetak dalam kalangan

murid istimewa boleh menyebabkan mereka cepat berasa bosan.

Penyesuaian isi kandungan yang terdapat dalam kamus elektronik dengan

isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dapat membantu murid

meningkatkan kemahiran yang hendak dicapai. Ini bermakna guru perlu

menyusun kandungan pembelajaran murid dengan maklumat yang terdapat

dalam kamus elektronik agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan lancer. Kajian oleh Edyburn (1991) membuktikan

bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat

dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan

penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh

Jones, Torgesen dan Sexton (1987), menunjukkan penggunaan komputer

dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang

menghadapi masalah pembelajaran.

1.2.4. Ipad

IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang

dikeluarkan oleh Syarikat Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada

komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar daripada telefon pintar. iPad

boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi untuk

penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang

tidak mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk

yang digunakan untuk mengawal peranti. Oleh itu, ipad sangat sesuai

digunakan oleh murid yang mempunyai masalah pembelajaran

4

Page 5: Bahagian a Edit (1)

IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan

guru memuat-turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. Hal ini

memberi kesan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid

yang mempunyai masalah pembelajaran yang mudah berasa bosan jika

tanpa sebarang peralatan yang membantu. IPad juga disertai dengan

aplikasi iBook yang membolehkan guru dan murid membaca pada bila-bila

masa sahaja dan memuat-turun ebook dalam format PDF. Dengan

permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan

untuk pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk

pengguna iPad memuat turun buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook

store dan boleh dibaca pada iPad. Selain itu, iPad yang mempunyai skrin

warna penuh sangat menarik minat murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran untuk terus ingin memuat turun novel serta buku cerita kanak-

kanak dan juga majalah dapat membaca seperti buku yang sebenar,

bezanya buku dalam iBook berbentuk digital. Aplikasi iBook ini juga boleh

dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret atau dengan

sebelah muka surat dalam mod landskap. Aplikasi yang pelbagai ini amat

sesuai untuk golongan murid seperti di atas bagi mempercepatkan tahap

kefahaman mereka untuk topik yang bersesuaian jika diberi bimbingan

penggunaan nya.

Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi.

Dengan adanya perisian tersebut ianya membolehkan kanak-kanak yang

Pintar cerdas dan Berbakat untuk melayari web, memeriksa e-mail, dan

memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Dengan ada nya

kemudahan ini, mereka boleh berinteraksi dengan kawan dan bertukar

maklumat. Bukan itu sahaja, ipad juga mempunyai kemera depan dan

belakang yang membolehkan guru dan murid yang bermasalah

pembelajaran dapat merakam video aktiviti mereka. Video boleh di ulang

tayang bagi menambahbaik kelemahan aktiviti pemgajaran dan

membelajaran mereka.

5

Page 6: Bahagian a Edit (1)

3.0 Kesimpulan

Berdasarkan langkah-langkah yang dinyatakan tersebut, inovasi teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dapat memberi

peluang kepada guru untuk membantu murid yang mengalami masalah

pembelajaran pendidikan khas. Sesungguhnya, segala kekurangan yang

terdapat dalam kalangan murid-murid yang mengikuti pendidikan khas dapat

diatasi melalui penggunaan teknologi yang canggih dan terkini.

RUJUKAN

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Siri Pendidikan : Pendidikan Khas

Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin. (1997). Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan :

Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Publicaion &

Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Daud Hamzah. (1996). Perkembangan Kanak-Kanak Dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.

Bhd.

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. (1996).

Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran. Diambil daripada

http://www.academia.edu/5358016/

Penggunaan_Inovasi_Teknologi_Dalam_Pengajaran_Cabaran_Guru_

Dalam_E-Pembelajaran

6

Page 7: Bahagian a Edit (1)

7