bahagian a

27
BIODATA SAYA Nama : punggodi A/P maniam Subjek : Kurikulum dan pedagogi sains pendidikan rendah umur : 20 no k.p : 921209-01-5040 e-mel : [email protected] kelas : 2 PISMP SN 1 Mentor : CIK DG BIBAH AG TUAH Tutor : pn. Normah abdul aziz Bahagian B ( II) : Pelaksanaan strategi pendekatan inkuiri dalam pengajaran Sains Sekolah Rendah.

Upload: -punggodi

Post on 21-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian A

BIODATA SAYA

Nama : punggodi A/P maniam

Subjek : Kurikulum dan pedagogi sains pendidikan

rendah

umur : 20

no k.p : 921209-01-5040

e-mel : [email protected]

kelas : 2 PISMP SN 1

Mentor : CIK DG BIBAH AG TUAH

Tutor : pn. Normah abdul aziz

Bahagian B ( II) : Pelaksanaan strategi pendekatan inkuiri dalam pengajaran Sains Sekolah Rendah.

Page 2: Bahagian A

Tugasan pertama: Transkripsikan aktiviti penyoalan semasa proses inkuiri penemuan.

Topik yang saya memilih untuk mengajar ialah topik ukuran. Ini adalah topik

tahun 4. Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat menyatakan pelbagai

cara mengukur panjang dan dapat menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang dalam

sistem metrik.

Pada permulaan, saya memperkenalkan tajuk pembelajaran hari itu kepada

murid-murid. Saya juga meminta murid mengeluarkan benda-benda yang boleh

digunakan untuk mengukur panjang dan bertanya bahan-bahan yang mereka

keluarkan. Selepas itu, saya meminta murid untuk menyenaraikan dua contoh alat ukur

untuk mengukur panjang meja mereka dan juga meminta disenaraikan unit piawai dan

unit pengukuran purba yang mereka tahu.

Kemudian, saya membahagikan mereka kepada empat kumpulan dan meminta

mereka untuk memerhatikan objek-objek di sekeliling kelas mereka seperti papan putih,

meja makmal, almari, pintu, tingkap makmal, kabinet makmal dan lain-lain lagi. Selepas

itu, saya melakukan pengundian dan memberikan unit pengukuran yang berbeza

kepada setiap kumpulan seperti ada kumpulan yang dapat unit pengukuran piawai dan

ada yang dapat unit pengukuran zaman purba. Selepasa pengundian, mereka mula

mengukur dan merekodkan objek-objek yang mempunyai pelbagai ukuran dengan

menggunakan alat ukur yang berbeza . Semasa aktiviti uji kaji dilaksanakan terdapat

beberapa soalan yang mereka tanya pada saya.

Murid: Cikgu, apakah alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kepanjangan meja?

Cikgu: Kepanjangan itu bermaksud kita ukur tinggi atau lebar meja itu kan, jadi

mestilah kita perlu guna alat pengukur yang panjang. Apa yang kita boleh

guna?

Murid: Cikgu, boleh pita pengukur, pembaris panjang , dan benang. Boleh tak?

Page 3: Bahagian A

Cikgu: Cuba dulu, nanti kita akan tengok pengukuran kamu.

Murid dari kumpulan lain pula bertanya soalan mengenai pengukuran zaman purba.

Murid: Cikgu, bolehkah menggunakan unit pengukuran zaman purba untuk mengukur

meja?

Cikgu: Pertamanya cari dulu apa unit pengukuran yang biasa kita dengar ?

Murid: Cikgu, kami biasa dengar depa dan jengkal sahaja

Cikgu: Jadi aplikasikan unit pengukuran itu dulu dan nanti kita akan bincang.

Murid: Tapi cikgu macam mana boleh mengukur kepanjangan meja ini dengan unit

pengukuran jengkal?

Cikgu : (Saya demonstrasikan kepada murid-murid.)

Selain kumpulan ini, satu lagi kumpulan pula tanya saya soalan lain tentang unit

pengukuran zaman purba.

Murid: Cikgu, saya ada dengar tentang unit pengukuran batil dan tahil di rumah saya.

Tapi sebenarnya bila kita boleh gunakan unit pengukuran ini?

Cikgu: Kelas sebenarnya batil dan tahil juga merupakan unit pengukuran zaman purba

jadi kamu biasa tak dengar tentangnya. Batil dan tahil kedua-dua unit

pengukuran ini digunakan untuk mengukur berat pada masa dahulu.

Murid: Apa benda kita boleh ukur dengan unit pengukuran tersebut, Cikgu?

Cikgu: Biasanya digunakan semasa waktu perdagangan untuk mengukur berat barang

atau berat manusia atau haiwan.

Murid dari kumpulan lain pula sambung bertanya tentang unit pengukuran piawai.

Murid : Cikgu, kenapakah tidak boleh gunakan unit hektar untuk ukur kelas kita?

Page 4: Bahagian A

Cikgu: Hektar itu adalah unit pengukuran yang digunakan untuk mengukur permukaan

yang besar dan luas. Biasanya kita akan gunakan unit hektar untuk ladang

atau kebun seperti ladang kelapa sawit, ladang getah dan lain-lain lagi.

Murid: Cikgu, kalau macam itu apa unit pengukuran yang sesuai untuk ukur kelas kita

ini?

Cikgu: Kamu melihat dulu apa jenis kepanjangan kelas kita ada?

Murid: Cikgu, lebar dan penjang. Kalau kelas kita luas permukaan kecil bolehkah kita

gunakan pita pengukur untuk mengukur?

Cikgu: Ya, pandai. Kita boleh gunakan pita pengukur untuk mengukur kelas kita sebab

ia tidak begitu luas dan kalau kamu semua rajin bolehlah guna pembaris

panjang untuk ukur.

Murid: Cikgu bapa saya selalu cakap tentang pengukuran ladangnya iaitu dalam unit

ekar? Adakah ekar dan hektar adalah sama? Sebab sebutannya macam sama

cikgu.

Cikgu: Sebenarnya ekar ialah unit ukuran untuk keluasan sepertimana unit ukuran

hektar. Tetapi unit ekar ini digunakan dalam unit imperial biasanya kita akan

gunakan ekar di peringkat antarabangsa.

Murid: Cikgu jadi kita boleh menggunakan ekar atau hektar untuk mengukur keluasan

tanah?

Cikgu: Boleh tapi kedua-dua unit pengukuran ini melibatkan cara penggiraan yang

berbeza.

Page 5: Bahagian A

Semasa mereka melakukan aktiviti uji kaji bersama ahli kumpulan ada murid yang

bertanya saya cara penggunaan alat pengukur.

Murid: Cikgu, bagaimanakah menggunakan pita pengukur untuk mengukur

Kepanjangan meja ini?

Cikgu: (Saya mendemostrasikan cara mengukr meja dengan pita pengukur kepada

murid-murid.)

Tugasan II : Nyatakan kelemahan, kekuatan dan langkah penambahbaikan

Page 6: Bahagian A

Saya menjalankan aktiviti inkuiri penemuan di Sekolah Kebangsaan Seri Bali,

Chaah. Sasaran aktiviti inkuiri penemuan saya ialah murid Tahun 5 Perdana dan 31

murid-murid dalam kelas mereka. Saya menjalankan aktiviti inkuiri penemuan ini di

makmal Sains di sekolah tersebut. Seluruh pejalanan aktiviti inkuiri penemuan yang

saya menjalankan bersama murid-murid telah dirakamkan dan disimpan dalam CD.

(boleh dirujuk dalam lampiran). Semasa pengajaran saya berlaku beberapa masalah

teknikal dan ini menganggu rakaman saya jadi masa untuk membuat rakaman saya

menjadi agak panjang. Segala kebaikan, kelemahan dan langkah-langkah

penambaikan yang perlu diambil telah dinyatakan dibawah.

Kelemahan pendekatan inkuiri:

Page 7: Bahagian A

Semasa pelaksanaan pendekatan inkuiri di sekolah, saya rasa sangat tertekan

kerana mungkin saya adalah guru pelatih yang baru melatih diri untuk mengajar dan

murid-murid tidak begitu berkenalan dengan saya. Bilangan murid yang agak banyak

iaitu 31 murid di dalam kelas tersebut sebenar-benarnya menakutkan dan

membimbangkan sebelum sesi pengajarannya bermula.

Semasa sesi pembelajaran bermula, saya memperkenalkan objektif

pembalajaran saya dan tanya beberapa solah pada murid sebagai aktiviti imbas

kembali. Pada ketika tersebut, ada murid yang tidak jelas dengan penjelasan saya.

Jadi, ada murid yang ingin bertanya soalan tetapi saya boleh melihat rasa ketakutan

dalam diri mereka. Hal ini kerana, mungkin saya telah menunjuk muka garang saya

pada mereka dan menyebabkan mereka rasa tertekan untuk bertanya soalan. Muka

garang dan suara yang lantang merupakan kelemahan sifat fizikal saya terhadap murid-

murid sekolah rendah. Biasanya murid-murid di sekolah rendah inginkan perhubungan

yang mesra bersama gurunya untuk mendapat hasil pembelajaran yang bermakna.

Sebagai contohnya, saya memberikan aktiviti berkumpulan kepada mereka

untuk menyenaraikan unit pengukuran zaman dahulu dan unit pengukuran zaman

sekarang (unit piawaian). Pada masa tersebut, dalam kalangan mereka terdapat

beberapa orang murid yang terkeliru dan ingin bertanya soalan. Mula-mula mereka

cuba tanya dengan rakan sebelah mereka dan apabila mereka juga tidak tahu, mereka

menoleh ke arah saya dan cuba tanya soalan mereka. Seorang murid yang bernama

Syafiq bertanya saya “Cikgu, saya nak tanya unit ukuran hektar itu sesuai tak kita

gunakan untuk ukur kelas ini?” walaupun dia ingin untuk mendapatkan jawapan

daripada tetapi dia begitu rasa takut tetapi soalan yang ditanya sangat dihargai.

Keduaanya, seorang murid perempuan yang bernama Siti Norsafiah juga

bertanya saya ‘Cikgu, di rumah saya biasanya ayah saya gunakan unit pengukuran

ekar apabila dia berbincang tentang urusan ladangnya, jadi bolehkah kita gunakan unit

ukuran tersebut untuk ukur kelas kita? Soalan yang ditanya oleh murid itu sememang-

memangnya satu soalan yang harus dipuji dan dibincang bersama-sama tetapi dia tidak

tahu bagaimana kemukakan soalan itu di hadapan kelas kerana dia berasa takut untuk

pandang terhadap saya dan bertanya, Jadi saya mendekati murid tersebut dan

Page 8: Bahagian A

menasihati dia kamu tidak boleh takut pada guru kamu walaupun dia nampak garang.

Kalau kamu tidak mahu tanya soalan macam mana kamu akan faham dan dapat

belajar. Murid tersebut senyum dan ulang balik soalannya untuk dibincang. Secara

langsung daripada situasi ini saya berfikir dan saya harus menyesuaikan diri saya

dengan murid-murid di kelas bagi mengelakkan perasaan takut dalam kalangan mereka

serta membentuk satu suasana yang mesra.

Saya juga mengalami masalah komunikasi dengan murid-murid di dalam kelas 5

Perdana. Hal ini kerana, kebanyakkan murid yang terdapat dalam kelas tersebut

adalah murid Melayu dan bahasa pengantar utama mereka ialah Bahasa Melayu

dengan loghat mereka sendiri. Pada keadaan ini, saya memang mengalami konflik

bersama murid untuk menggunakan Bahasa Melayu saya yang agak kurang fasih dan

mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa. Ini menjadikan murid tidak beberapa

faham apabila saya tanya soalan dan saya dikehendaki menggunakan bahasa kedua

iaitu Bahasa Inggeris bagi memastikan mereka faham apa yang saya sedang ajar dan

cuba sampaikan pada mereka.

Kekuatan pendekatan inkuiri:

Page 9: Bahagian A

Kekuatan bagi proses pengajaran saya menggunakan pendekatan inkuiri ini

ialah cara saintifik yang saya guna semasa waktu P&P. Biasanya di sekolah ini murid

belajar subjek Sains melalui cara tradisional iaitu ‘Chalk and talk’. Saya pula

menggunakan pelbagai kaedah mengajar iaitu pedagogi pembelajaran seperti aktiviti

berkumpulan, aktiviti mencetuskan idea murid, dan sesi perbincangan antara murid dan

guru. Saya juga pandai menerangkan setiap aktiviti yang akan dijalankan secara

menarik supaya mereka tidak berasa bosan. Contohnya apabila saya membahagikan

mereka untuk aktiviti kumpulan mereka sangat gembira dan begitu aktif untuk

melibatkan diri. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah menarik perhatian murid di kelas dan

mereka berasa sangat seronok untuk belajar.

Mereka juga sangat aktif semasa melakukan aktiviti pengukuran di dalam kelas

kerana mereka dapat belajar secara langsung dan mereka dapat faham dengan lebih

cepat dan mudah diingati. Contohnya ada pelajar yang saya tanya ‘ Cikgu macam

mana nak gunakan pita pengukur ini ukur kepanjangan meja ini?’. Ada juga murid yang

tanya ‘ Cikgu, macam mana unit jengkal ini untuk mengukur kepanjangan meja ini,

sebab saiz jengkal semua murid berbezakan?’ Soalan-soalan yang ditanya oleh murid

membuktikan pada saya ini adalah senang untuk melahirkan sifat inkuiri dalam

kalangan murid jikalau guru mengambil langkah pengajaran yang betul dan tepat. Pada

masa yang sama, keadaan ini juga membuktikan sayalah orang yang membantu

mereka bagi menghilangkan rasa ketakutan dan mengeluarkan buah fikiran dengan

lebih yakin.

Saya juga pandai memanipulasikan alatan mengukur di makmal. Ini adalah suatu

cara yang paling mudah untuk menarik perhatian murid ke dalam dunia P&P. Hal ini

kerana, apabila murid melihat seorang guru yang suka buat demonstrasi di hadapan

mereka dan menerangkan, mereka suka untuk melihat dan mengikut langkah

pengajaran guru tersebut sebab isi kandungan yang ingin disampaikan kepada murid

akan menjadi lebih jelas dan terang.

Bukan sahaja itu, keadaan kelas yang diberikan bagi saya juga amat sesuai bagi

proses P&P saya. Saya menjalankan aktiviti inkuiri penemuan tentang topik pengukuran

dan saya memilih makmal sains bagi melaksanakan aktiviti ini. Hal ini kerana,

Page 10: Bahagian A

berbanding dengan kelas, makmal adalah tempat yang paling sesuai, selamat dan

kondusif untuk menjalankan aktiviti uji kaji. Bukan sahaja itu, di dalam makmal tersebut

terdapat semua benda yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti uji kaji saya seperti

pembaris panjang, pita pengukur, benang, dan sebagainya. Seterusnya, mengadakan

aktiviti uji kaji di dalam makmal sangat membantu say untuk mendapat perhatian dan

kerjasana daripada murid yang sepenuhnya semasa proses P&P. Selepas waktu

penerangan, murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti uji kaji

menggunakan alat-alat yang terdapat dalam makmal. Pada akhir pembelajaran mereka,

saya dapat melihat murid dapat membelajari sesuatu yang jelas dan mudah difahami

dengan menjalankan aktiviti uji kaji dengan sendiri. Bukan sahaja itu, ada murid yang

meminta saya untuk menjagi guru Sains mereka selepas ini dan mereka sangat suka

cara pengajaran saya.

Langkah penambahbaikan:

Page 11: Bahagian A

Mungkin saya boleh menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas seperti

power point untuk memberi maklumat yang lebih lanjut kepada murid-murid supaya

mereka dapat faham dengan lebih jelas. Bukan sahaja itu, oleh sebab saya hanya

menggunakan papan putih dan mengadakan sesi perbincangan mungkin murid-murid

berasa bosan terhadap aktiviti pembelajaran. Jikalau saya menggunakan pembelajaran

melalui visual untuk menarik perhatian murid. Pembelajaran visual yang dimaksudkan

ialah penggunaan sumber video, ilustrasi, carta-carta yang boleh membantu murid

untuk faham lebih dalam lagi. Contohnya, apabila seorang murid tanya saya ‘ Cikgu,

macam mana unit jengkal ini untuk mengukur kepanjangan meja ini?’, dan mungkin

saya boleh menunjukkan gambar atau video cara pengukuran yang betul pada mereka.

Ini akan membantu mereka untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas serta dapat

mengetahui cara pelaksanaan. Seterusnya, saya juga boleh menggunakan

pembelajaran melalui audiotori kerana semua pelajar mempunyai gaya pembelajaran

yang berbeza dan bukan semua cara pengajaran yang guru ajar akan sesuai dengan

semua murid. Semua murid masing-masing mempunyai perbezaan individu dan

sebagai seorang guru kita harus mengambil kira semua keperluan murid-murid semasa

sesi pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, saya juga boleh memberi latihan pengukuhan kepada murid supaya

dapat menguji tahap kefahaman mereka. Ini bukan sahaja membantu saya untuk

mengenali tahap penguasaan pembelajaran mereka tetapi membantu para pelajar

untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka terhadap topik tersebut. Saya juga boleh

menggunakan sumber teknologi maklumat seperti penggunaan internet di dalam kelas.

Hal ini kerana, soalan yang ditanya oleh sebahagian murid di dalam kelas agak

mencabar. Saya hanya seorang guru pelatih yang sedang belajar dan saya tidak

mempunyai ilmu pengetahuan sebagaimana seorang guru di sekolah mengajar. Jadi

penggunaan sumber internet di kelas boleh membantu saya untuk mencari maklumat

yang secukupnya bagi menjawab soalan murid.

Sebagai seorang guru, saya harus menggunakan pelbagai jenis kaedah pedagogi

semasa sesi pengajaran selaras dengan kehendak murid dan ini akan membentuk

P&P yang lebih efektif.

Page 12: Bahagian A

BAHAGIAN C:

Page 13: Bahagian A

Saya Punggodi A/P Maniam pelajar dari 2 PISMP Sains 1 akhirnya dapat juga

siapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya tepat pada masanya. Justeru, saya

ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu

Pn.Normah Abdul Aziz atas tunjuk ajar beliau dalam kerja kursus pendek iaitu dengan

jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan iaitu yang turut terlibatsecara

langsung dan tidak langsung dalam membantu perjalanan tugasan ini. Sekali lagi

sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya mengalami pelbagai cabaran,

kedugaan, dan juga kejayaan. Segala kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman

yang saya mendapat dan mengalami telah dihuraikan dalam jadual di bawah.

Page 14: Bahagian A

Aspek Penerangan

Strength(kekuatan) Saya menjadi seorang yang rajin dan bersifat kritikal semasa

membuat kerja kursus ini. Hal ini terbukti apabila saya sering

ke pusat sumber untuk mencari maklumat dengan teliti

mengenai topik yang diberikan.

Sumber buku yang terdapat di pusat sumber kebanyakkannya

ditulis dalam bahasa Inggeris dan ini membantu saya untuk

memahami dan dapat gambaran yang jelas tentang setiap

kajian kes tersebut serta membuat perancangan yang teliti

utnuk esei saya.

Walaupun saya tidak dapat mencari buku yang diperlukan

saya tetap telah menjadi sabar sehingga saya dapat menemui

cara penyelesaian saya. Iaitu saya telah berjumpa dan

menghubungi rakan-rakan lain untuk mendapatkan maklumat

dan membincangkan perkara-perkara yang kurang memahami.

Saya juga seorang berpengalaman dalam menyediakan

Rancangan Pelajaran Harian. Hal ini kerana semasa semester

1, saya dilatih untuk menyediakan satu rancangan pelajaran

harian bagi kerja kursus saya. Ini membantu saya untuk

menghasilkan hasil kerja yang lebih berkualiti bagi kerja kursus

kali ini.

Semasa menyediakan RPH, saya merujuk Kurikulum Standard

Sekolah Rendah bagi membantu saya menyediakan RPH

yang lebih berkualiti.

Apabila, saya memasuki kawasan sekolah pada hari pertama,

saya sangat seronok untuk mengajar murid-murid di sekolah

sebagai seorang guru. Hal ini kerana, ini adalah kali pertama

saya mengajar di sekolah dan sebelum ini saya hanya masuk

ke kelas sebagai guru ganti sahaja.

Saya juga dapat belajar cara-cara menyediakan rancangan

pelajaran harian proses P&P ini di sekolah.

Dengan menulis rancangan pelajaran harian, saya dapat

Page 15: Bahagian A

RUJUKAN

Sumber akademik

Page 16: Bahagian A

BIBLIOGRAPHY Arends, R. I. (1994). Learning to teach. Palatino: McGraw-Hill, Inc.

Bruce. J, Marsha. W. (1986). Models of teaching. United State: Prentice- Hall, Inc.

Choy Sau Kam, Khaw Ah Hong dan Lai Kim Leong (2001). Satu Kajian Kes Tentang Jenis dan Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Oleh Guru Pelatih KDPM Semester Empat (Ambilan Julai 1999). Jurnal Penyelidikan MPBL (4):86-92.

Malaysia, B. P. (2005). Choice Of Teaching Methods: Teacher-Centred Or Student-Centred. Penyelidikan Pendidikan, 57-73.

Mok Soon Sang (2009). Nota Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran. Multimedia – ESResources Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.

Ling, S. S. (2007/2008). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains. Universiti Teknologi Malaysia, 1-8.

Rahman, F. B. (2009/2010). Sistem Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Inkuiri Penemuan Menerusi Web. Universiti Teknologi Malaysia, 1-10.

Umar, I. N. (n.d.). Aplikasi Pendekatan Inkuiri Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web . Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, 1-9.

Sumber bukan akademik

Haury, David L. (1993). Teaching Science Through Inquiry. Rujuk pada september 17, 2011, daripada http://www.ericdigests.org/1993/inquiry.htm

(n.d.). Retrieved September 17, 2012, from Definisi inkuiri penemuan: http://www.tutor.com.my/tutor/lada/tourism/menu_2_5.htm

Tiada nama pengarang. Definisi inkuiri penemuan. Rujuk pada September 17, 2012, deripada http://www.tutor.com.my/tutor/lada/tourism/menu_2_5.htm

Salleh, M. (2012, Mac 6). Kaedah Inkuiri Penemuan. Retrieved September 20, 2012, from Blogspot: http://izyanizan.blogspot.com/2012/03/kaedah-inkuiri-penemuan_06.html