bahagian a

Upload: nur-farhanim

Post on 12-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A: Bincangkan secara eksklusif sejauhmanakah hasrat untuk membina masa depan Malaysia tersebut dapat direalisasikan berdasarkan kepelbagaian latar belakang etnik, sosio-budaya, sosioekonomi, dan agama.Dalam memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing, Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif menyediakan satu sistem pendidikan negara yang berkualiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Laporan awal pelan tersebut memaklumkan bahawa pelan itu menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua. Pelan tersebut juga dihasilkan oleh kementerian melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan meluas pihak awam termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).Lazimnya, kepelbagaian dan keadaan kompleks sistem pendidikan sesebuah negara yang ingin melaksanakan transformasi mengambil masa beberapa tahun sebelum hasilnya dapat dizahirkan dan dilihat. Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu segera memulakan tindakan berani, bersungguh-sungguh dan drastik dalam melaksanakan transformasi yang penting serta kritikal ini. Berdasarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pelan pelan tersebut mempunyai tiga objektif utama iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan negara melalui penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian dan menggalakkan perpaduan di kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem. Jelas laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tersebut, ia juga memberi fokus kepada mewujudkan visi serta aspirasi jelas bagi sistem pendidikan dan setiap murid bermula 2013 hingga tahun 2025. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 September 2013. Pelan ini telah melakarkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan kebangsaan, antaranya bertujuan untuk memupuk identiti nasional dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah Negara. Apabila wujudnya intergrasi nasional, maka akan terbentuklah identiti nasional bagi sesebuah Negara. Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian. Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya. Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.Seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, terdapat lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, kecekapan, dan perpaduan. Malah pelan tersebut juga menyatakan mengenai aspirasi murid dimana identiti nasional perlu diwujudkan dalam diri setiap murid. Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha dan anjakan agar identiti nasional dan perpaduan dapat direalisasikan berdasarkan kepelbagaian latar belakang etnik, sosiobudaya, sosioekonomi, dan agama.Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Kepelbagaian latar belakang etnik berkait rapat dengan sosiobudaya kerana pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Manakala agama merupakan pegangan atau kepercayaan kaum masing-masing terhadap tuhan mereka. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan Negara yang berbilang kaum dan terdapat pelbagai kepercayaan yang dianuti oleh setiap masyarakat. Manakala sosioekonomi pula ialah melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi. Oleh itu, Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial.Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam memupuk identiti nasional dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum bagi menghadapi cabaran abad ke-21 ialah dengan memperkukuh dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi. Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) merupakansatuprogram khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya,dan agama. Antara objektif RIMUP adalah menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Dari aspek kepelbagaian latar belakang etnik, program khas RIMUP seperti karnival kebudayaan yang memberi pendedahan tentang latar belakang sesebuah etnik seperti adat resam serta kepercayaan etnik tersebut dapat membantu seseorang murid untuk lebih menghormati dan memahami latar belakang etnik yang berlainan. Malah program tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan berikutan penglibatan semua pihak termasuk ahli keluarga murid itu sendiri. Justeru nilai perpaduan dapat dipupuk bukan sahaja dalam diri setiap murid tetapi juga dalam diri semua pihak yang terlibat seperti guru, staf sekolah, masyarakat setempat serta ahli keluarga mereka. Jika dilihat dari sudut sosiobudaya, RIMUP membolehkan murid berkongsi kebudayaan sesebuah kaum yang lain yang tidak akan merosakkan kepercayaan mereka seperti sambutan perayaan yang dilaksanakan di setiap sekolah. sebagai contoh, sambutan hari raya aidilfitri yang disambut oleh kaum cina dan india, sambutan tahun baru cina yang disambut oleh kaum india dan melayu dan begitu juga sambutan deepavali yang disambut oleh kaum cina dan melayu. Walaupun terdapat budaya yang berbeza dalam setiap perayaan tersebut, namun setiap kaum dan etnik dapat menerima dan merayakannya serta menghormati perayaan masing-masing. Justeru perpaduan dan identiti nasional dapat dibentuk. Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum berjaya mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah. Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah.Tindakan kerajaan yang seterusnya berdasarkan Pelan tersebut ialah memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan. Setiap murid sekolah rendah, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan akan menggunakan kurikulum bahasa Malaysia yang standard mulai kohort Tahun 4 pada tahun 2014. Di sekolah jenis kebangsaan, murid yang menghadapi masalah dengan perubahan ini akan mengikuti kelas pemulihan Bahasa Malaysia selepas waktu persekolahan bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6, selepas menjalani program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS). Kesan tindakan ini dapat dilihat dari aspek sosiobudaya dimana setiap kaum dan etnik yang mempunyai bahasa yang berbeza akan dapat disatukan di bawah satu bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti sebagai rakyat Malaysia iaitu bahasa Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar ataupun bahasa kebangsaan bagi negara kita. Justeru melalui tindakan ini, kaum dan etnik yang bukan berbangsa melayu dapat memahirkan diri mereka dengan penggunaan bahasa kebangsaan agar dapat membentuk satu identiti nasional.Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kerajaan telah Memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pelaksanaan KSSM yang baharu memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat masyarakat. Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat masyarakat akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama utama lain di Malaysia. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi sesetengah kelas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral apabila nilai sejagat diajar. Kesan tindakan ini dapat dilihat daripada aspek agama iaitu tindakan ini akan memupuk perpaduan antara pelajar islam dengan pelajar yang beragama lain. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar tersebut akan didedahkan dengan pemahaman, nilai serta konsep asas yang diamalkan oleh setiap agama yang berlainan. Justeru bukan sahaja perpaduan dapat dipupuk, malah nilai-nilai murni juga dapat diterapkan seperti sikap menghormati kepercayaan agama lain. Selain itu, perkongsian sesetengah kelas antara murid islam dan bukan islam sewaktu sesi pengajaran nilai sejagat akan membolehkan murid tersebut berinteraksi dan bergaul dengan lebih baik sesama mereka. Sebagai contoh, sewaktu sesi pengajaran tersebut, guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pelajar islam dan bukan islam dalam satu kumpulan. Hal ini juga merupakan salah satu langkah bagi mewujudkan perpaduan tanpa mengambil kira faktor keagamaan masing-masing.Langkah kerajaan yang seterusnya adalah Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak. Setiap sekolah di Malaysia, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, perlu mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif. Keperluan ini termasuklah akses kepada air bersih yang telah dirawat, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, serta kemudahan bilik air, bilik darjah, meja dan kerusi yang mencukupi untuk murid dan guru. Proses ini akan dimulakan dengan menaik taraf semua sekolah bagi memenuhi standard infrastruktur asas menjelang tahun 2015. Sabah dan Sarawak, yang kini menghadapi cabaran infrastruktur yang paling besar, akan menjadi perintis projek ini. Setelah semua sekolah memenuhi standard infrastruktur asas ini, Kementerian akan sekali lagi melakukan proses naik taraf infrastruktur untuk memenuhi keperluan asas penyampaian kurikulum yang berkesan, seperti makmal Sains dan bengkel Kemahiran Hidup. Kesan tindakan ini dapat dilihat dari aspek sosioekononomi dimana sekolah di kawasan pedalaman seperti di kawasan sabah Sarawak yang mengalami masalah kewangan dapat dinaik taraf dengan lebih baik melalui peruntukan yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Kebanyakkan murid di kawasan pedalaman sabah dan Sarawak berasal dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan dari pelbagai aspek. Justeru sekolah-sekolah di pedalaman sabah dan Sarawak tidak dapat memungut sumbangan yang sebaiknya dari tabung PIBG sekolah bagi membantu menambahbaik infrastruktur sekolah. Namun dengan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu memenuhi keperluan infrastruktur sekolah tanpa mengira lokasi dan saiz sekolah akan dapat membantu dalam aspek ekonomi serta merapatkan jurang perpaduan antara penduduk sabah Sarawak yang berbilang etnik dengan pihak kerajaan. Penduduk-penduduk ini akan lebih berkeyakinan dengan pihak kerajaan apabila melihat usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Di samping itu, bagi mewujudkan identiti nasional dan perpaduan, pihak kerajaan juga ingin membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Jika dilihat dari sudut sosiobudaya dan kepelbagaian latar belakang etnik, tindakan yang dilaksanakan ini akan melibatkan semua murid dari latar belakang etnik dan sosiobudaya yang berbeza. Sebagai contoh, dalam sesuatu badan beruniform akan terdapat ahli atau murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik. Walaupun mereka daripada latar belakang etnik yang berbeza, mereka harus bekerjasama dan saling membantu kerana aktiviti yang dilaksanakan dalam badan beruniform mementingkan semangat setia kawan dan semangat berkumpulan. Sebagai contoh iaitu aktiviti perkhemahan dimana mereka akan bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi mendirikan khemah dan membahagikan tugas dengan baik antara mereka agar semua dapat dilaksanakan secara berhemah. Justeru secara tidak langsung hal ini akan berjaya memupuk perpaduan antara ahli kumpulan yang berlainan latar belakang etnik dan sosiobudaya.Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 turut dinyatakan tentang lima aspirasi bagi sistem pendidikan Malaysia dan salah satunya adalah ekuiti untuk semua murid. Konsep utama ekuiti adalah 50% pengurangan dalam jurang pencapaian antara bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender menjelang 2020. Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak, tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi. Sistem pendidikan yang direncanakan bagi Malaysia ialah semua kanak-kanak warganegara, tanpa mengira siapa ibu bapa mereka, atau tempat mereka belajar, akan dilengkapi keperluan untuk membuka segala peluang bagi masa depan mereka. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan separuh jurang sosioekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid menjelang 2020. Pengurangan jurang sosioekonomi dan antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia. Malah dari aspek sosioekonomi juga Sistem pendidikan akan giat menyokong mobiliti sosial dengan menyediakan sokongan tambahan kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan dengan itu memastikan latar belakang sosioekonomi murid tidak lagi menjadi penghalang kejayaan hidupnya. Kerajaan akan menyediakan bantuan yang adil pada setiap murid tanpa mengambil kira kaum atau etnik yang berlainan. Hal ini demikian kerana walaupun mereka daripada kaum dan etnik yang berbeza, mereka masih berada di bawah satu identiti nasional iaitu sebagai rakyat Malaysia.Di samping itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga ada menyebut mengenai sekolah wawasan yang mula diperkenalkan pada 2003 bagi menggalakkan lebih banyak interaksi dan integrasi antara murid dari pelbagai jenis sekolah. Di bawah konsep ini, tiga jenis sekolah, biasanya satu SK, satu SJKC dan satu SJKT berkongsi pekarangan dan kemudahan sekolah yang sama tetapi mengekalkan pentadbiran sekolah yang berasingan. Implikasi wujudnya sekolah wawasan ini dapat dilihat daripada aspek kepelbagaian latar belakang etnik dan sosiobudaya dimana wujudnya pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan menemukan pelajar kepada satu andaian atau budaya baru dalam hidup mereka. Di dalam kawasan sekolah tersebut, murid yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang etnik serta sosiobudaya akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama atau dikongsi bersama. Manakala setiap sekolah tetap mempunyai bangunan dan pentadbiran mereka sendiri. Murid-murid akan dibiarkan bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama. Justeru identiti nasional dan perpaduan akan dapat diterap dan dicapai secara semulajadi.

BAHAGIAN B: Dengan merujuk kepada cabaran ke arah Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama, cadangkan secara ilmiah pedagogi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru di dalam bilik darjah dan nyatakan justifikasi anda menggunakan kaedah tersebut.Antara objektif yang penting dalam sistem pendidikan ialah memastikan pencapaian keberhasilan murid secara saksama dapat tercapai. Walaubagaimanapun, sehingga kini keberhasilan murid masih kurang saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak, seperti di Sabah dan di Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit. Sebaliknya, jurang pencapaian antara gender adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki pada semua peringkat. Jurang pencapaian antara gender mula ketara di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke universiti, iaitu 70% daripada kohort universiti terdiri daripada pelajar perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun ia memerlukan perhatian bagi memastikan negara tidak mempunyai kohort murid lelaki yang tercicir, sama ada meninggalkan sistem persekolahan lebih awal atau merupakan kumpulan berpencapaian rendah.Oleh itu bagi menjamin atau memastikan objektif Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama tercapai, seseorang guru boleh memainkan peranan dengan memilih dan mengaplikasikan pedagogi pengajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994).Antara pedagogi pengajaran berkesan yang dapat diaplikasikan oleh guru ialah dengan menggunakan pendekatan konstruktisme. Idea asal konstruktisme diambil daripada teori kognitif Piaget dan zon perkembangan proksimal Vygotsky. Pendekatankonstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhankognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakanproses pembelajaran yang menerangkanbagaimana pengetahuandisusun dalamminda manusia. Pengetahuandikembangkansecara aktif oleh pelajaryang mana pembelajaranmerupakanhasil daripada usaha pelajaritu sendiri untuk pembinaan konsep ataupengetahuansendiri. Guru cuma berperanansebagaifasilitator ataupun pembimbing. Berfikirmerupakanalamprosesmembinapengetahuanbaru,melaluiteori konstruktivisme kita dapat lihat bahawa murid perlu berfikir sendiri bagi menyelesaikan masalah. Hal ini akan menjana idea murid-murid dalam membuat sesuatu keputusan. Teori ini menitik beratkan penglibatan murid-murid berfikir secara aktif dalam menyelesaikan masalah yang mana menuntut kebolehan berfikir pelajaryang lebih tinggi. Sebagai contoh guru memberi sesuatu topik yang umum untuk mereka bincangkan secara kritis dan kreatif. Guru hanya sebagai pemerhati dan pembimbing. Murid-murid sendiri yang perlu melahirkan dan melontarkan idea-idea mereka.Selain itu, pendekatan konstruktivisme juga memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka sendiri sesuatu topik baru yang diajar. Sebagai contoh, aktiviti eksperimen tentang proses fotosintesis. Murid akan melakukan eksperimen tersebut dan menganalisis sendiri hasil yang diperolehi. Manakala guru akan bertindak sebagai pembimbing sewaktu eksperimen dijalankan. Hal ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada murid-murid tentang bagaimana proses tersebut berlaku dan akan meningkatkan tahap pemikiran murid tersebut ketika mereka menganalisis hasil dapatan eksperimen yang dijalankan. Ini secara tidak langsung akan melatih pelajar menggunakan High Order Thinking Skill sewaktu proses pembelajaran.Seterusnya pendekatan konstruktivisme juga lebih berpusatkan murid. Ini bermakna murid lebih mudah memahami sesuatu ilmu baru. Hal ini kerana, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang.Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Sebagai contoh, guru menerangkan konsep asas tentang rantaian makanan dan mengaitkan dengan pengalaman pelajar seperti bertanya murid tentang adakah mereka pernah melihat seekor haiwan dimakan oleh haiwan lain. Kemudian guru akan mengemukakan soalan dan memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif bagi mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Sudah tentu ini membolehkan mereka lebih memahami pelajaran tersebut dan boleh mengaplikasikan pelajaran tersebut dalam kehidupan. Melalui pendekatan konstruktivisme, guru dapat mengadakan kajian lapangan seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan dengan topik yang diajar. Hal ini demikian kerana dapat merangsang minat pelajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan belajar di persekitaran yang sama. Sebagai contoh, seorang guru sains yang ingin mengajar muridnya tentang topik haiwan boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke zoo. Hal ini secara tidak langsung juga dapat mengukuhkan ingatan pelajar tentang topik tersebut sekiranya pelajar dapat melihat dan menyentuh sendiri haiwan tersebut. Oleh itu, motivasi pelajar dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan dalam pembelajaran.Kelebihan lain yang turut diperolehi melalui pendekatan kontruktivisme ialah dapat memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana terdapat nilai koperatif dan kolaboratif yang akan diterapkan dalam diri murid-murid melalui aktiviti secara berkumpulan. Sebagai contoh, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan adil. Kemudian guru memberi setiap kumpulan sub topik pembelajaran yang berbeza yang akan diajar pada hari itu kepada setiap kumpulan dan meminta setiap kumpulan mengadakan perbincangan tentang sub topik yang diperolehi dan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Oleh itu, setiap murid akan melontarkan idea dan pandangan masing-masing sewaktu perbincangan. Ini akan menjadikan murid lebih kendiri dan berfikiran matang dalam mengetengahkan pendapat dan berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain. Oleh kerana setiap murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep yang dipelajari mereka. Malah, aktiviti ini juga akan dapat meningkatkan kemahiran sosial murid-murid. Hal ini kerana kemahiran sosial ini diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.Tambahan lagi, pendekatan konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisionalseperti syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme merupakan salah satu pedagogi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru dalam bilik darjah bagi mencapai objektif Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama.

13