bahagian a

Upload: kulaan

Post on 07-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan geo tingkatan 1

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A(30 markah)1) Berdasarkan petikan di bawah, anda diminta untuk melengkapkan jadual yang telah diberikan. Pelajar diminta menulis dan melengkapkan semula jadual di kertas jawapan yang disediakan.

Malaysia merupakan negara hutan hujan tropika yang kaya dengal pelbagai flora dan fauna. Kepelbagaian flora dan fauna inilah yang membolehkan pelbagai aktiviti di jalankan di sini. Antara tahun 2008 sehingga 2011, terdapat beberapa kawasan telah diterokai untuk dijalankan beberapa aktiviti. Oleh yang demikian menyebabkan kawasan Hutan Hujan Tropika telah diterokai.Pada tahun 2008, negeri Pahang mencatatkan kawasan yang diterokai ialah 58 hektar. Meningkat kepada 61 hektar pada tahun 2009. Walau bagaimanapun menurun kepada 55 hektar pada 2010 dan terus menurun sebanyak 2 hektar pada tahun 2011.Sarawak merupakan antara negeri yang paling luas diterokai. Jumlah keseluruhan kawasan yang diterokai di Sarawak antara tahun 2008 hingga 2011 ialah 415 hektar. Pada tahun 2008, Sarawak mencatatkan 105 hekta, menurun kepada 102 hektar pada tahun 2009. Pada tahun 2010, luas kawasan yang diterokai di Sarawak berjumlah 108 hektar.Negeri Sabah merupakan antara negeri yang diterokai. Pada tahun 2011, jumlah kawasan yang diterokai ialah 81 hektar. Pada tahun, 2008 jumlah kawasan yang diterokai ialah 77 hektar menurun kepada 70 hektar pada 2009 dan meningkat semula kepada 75 hektar pada tahun 2010

JADUAL PENEROKAAN HUTAN TAHUN 2008 HINGGA 2011NEGERITAHUN/HEKTAR

2008200920102011

JUMLAH KESELURUHAN

Sumber daripada Jabatan Perhutanan Malaysia2) Pelajar diminta membina graf bar mudah berdasarkan maklumat dibawahJADUAL KAWASAN HUTAN YANG DITEROKA DI MALAYSIA 2013NEGERIHEKTAR

PAHANG80

KEDAH30

PERAK45

SABAH75

SARAWAK60

Sumber daripada Jabatan Perhutanan Malaysia 2013BAHAGIAN B(70 markah)3) Berikan maksud atau konsep penerokaan hutan (10 markah)

4) Huraikan dua faktor yang menyebabkan berlakunya penerokaan hutan di Malaysia. (20markah)

5) Berikan dua kesan yang berlaku disebabkan oleh penerokaan hutan di Malaysia (20markah)

6) Nyatakan dan huraikan dua langkah yang boleh diambil bagi memastikan alam sekitar dan hutan terpelihara akibat kesan daripada penerokaan hutan (20 markah)