bahagian 3 amalan terbaik dalam pembangunan sosial

9
BAHAGIAN 3 : AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT DISEDIAKAN OLEH : ATIKAH BINTI ISHAK NO MATRIK : A157676 SESI : 2016/2017 KOD KURSUS : LMCP1522 KURSUS : PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

Upload: atikah-ishak

Post on 22-Mar-2017

362 views

Category:

Education


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

BAHAGIAN 3 : AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIALPENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.

RAHMATDISEDIAKAN OLEH : ATIKAH BINTI ISHAKNO MATRIK : A157676SESI : 2016/2017

KOD KURSUS : LMCP1522KURSUS : PEMBANGUNAN MAPAN

DALAM ISLAM

Page 2: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL

• Menurut Midgley (2003:37), pembangunan sosial adalah suatu proses perubahan sosial yang terencana dan direka untuk mengangkat kesejahteraan penduduk secara menyeluruh, dan menggabungkannya dengan proses pembangunan ekonomi yang dinamik.

Page 3: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

Amalan terbaik ialah amalan baik yang kebiasaannya dilakukan oleh seseorang secara berterusan sehingga menjadi ikutan kepada orang lain. Antara contoh amalan terbaik ialah :1) SEDEKAH DAN INFAK2) PERSAUDARAAN DAN TA’AWUN3) KEADILAN SOSIAL

Page 4: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

1) SEDEKAH DAN INFAKSedekah dari segi bahasa : adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة)yang bermaksud benar.Sedekah dari segi istilah : pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah, sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.Infak : Bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT secara umum.Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya.

Page 5: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

DALIL SEDEKAH DAN INFAK

Page 6: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

KELEBIHAN SEDEKAH DAN INFAK1) Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri

kepada Allah SWT2) Mendapat Ganjaran Pahala3) Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan4) Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan5) Melahirkan Rasa Syukur6) Terhindar Dari Sifat Kedekut7) Melatih Berfikiran Positif Dan Adil8) Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik9) Menjauhkan Diri Dari Sikap Bongkak Dan Sombong10) Menolak bala dan memanjangkan umur

Page 7: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

2) PERSAUDARAAN DAN TA’AWUN• Orang Islam yang kaya mahu pun yang miskin adalah saudara, sebagaimana

difirmankan oleh Allah swt.:

• Erti persaudaraan yang dimaksudkan ialah, yang kuat menolong yang lemah yang kaya menolong yang miskin dan yang berdaya serta bertenaga membantu yang sudah tidak berdaya dan tak bertenaga.

• Manakala konsep ta’awun ialah lahir dari proses tafahum (saling memahami). Ta’awun dapat dilakukan dengan hati (saling mendoakan), saling menasihati, dan saling membantu antara satu sama lain. Saling membantu dalan kebaikan adalah kebahagiaan tersendiri. Kerana manusia adalah makhluk sosial yang perlu berinteraksi dan memerlukan bantuan org lain.

Page 8: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

3) KEADILAN SOSIAL• Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan

tauhid dan khilafah.• Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan, keadilan juga seharusnya

mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, sosial, politik, budaya dan lain-lain.• Konsep keadilan ini ditonjolkan di dalam setiap perhubungan, antara pemimpin dan

rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri, mahupun ibu bapa dan anak-anak.• Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh

ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh ketakwaannya yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya.

• Keadilan yang diperkenalkan oleh Islam adalah yang tidak dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan individu dan kecenderungan peribadi. 3 asas-asas keadilan sosial :1)Meletakkan hak yang sama rata2)Persamaan manusia3)Tanggungjawab sosial

Page 9: Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial

DALIL KEADILAN SOSIAL