bahagian 1 : sasaran (aims) a) perkara yang dipelajari dalam … · 2020. 4. 1. · pengakap...

28
1 BAHAGIAN 1 : SASARAN (AIMS) A) Perkara yang dipelajari dalam setiap Sasaran (Aims) Sasaran pertama : Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih Perkara yang dipelajari daripada sasaran pertama ini adalah saya dapat menentukan kualiti udara dan air yang bersih di persekitaran tempatan serta mengetahui demostrasi hubungan tindakan peribadi dengan ketersediaan udara dan air yang bersih dalam persekitaran tempatan dan global. Sasaran kedua : Pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli Perkara yang dipelajari daripada sasaran kedua ini adalah saya dapat memahami perhubungan ekosistem dengan spesies asli bagi haiwan, tumbuhan dan habitat yang mereka perlukan, mengetahui demostrasi perhubungan antara tindakan tersendiri dengan kebolehwujudan habitat semulajadi yang cukup untuk memelihara spesies asli serta lebih peka dengan isu konservasi global yang memberi kesan kepada biodiversiti. Sasaran ketiga : Pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran Perkara yang dipelajari daripada sasaran ketiga ini adalah saya dapat mengenalpasti kesan tempatan daripada bahan-bahan berbahaya kepada manusia dan persekitaran, mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu, kumpulan dan komuniti untuk mengurangkan risiko tersebut, memahami kesan global daripada bahan-bahan berbahaya tersebut serta tindakan yang boleh diambil untuk mengubah persekitaran dunia.

Upload: others

Post on 28-Jan-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    BAHAGIAN 1 : SASARAN (AIMS)

    A) Perkara yang dipelajari dalam setiap Sasaran (Aims)

    • Sasaran pertama : Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia

    dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih

    Perkara yang dipelajari daripada sasaran pertama ini adalah saya dapat

    menentukan kualiti udara dan air yang bersih di persekitaran tempatan serta

    mengetahui demostrasi hubungan tindakan peribadi dengan ketersediaan

    udara dan air yang bersih dalam persekitaran tempatan dan global.

    • Sasaran kedua : Pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi

    yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli

    Perkara yang dipelajari daripada sasaran kedua ini adalah saya dapat

    memahami perhubungan ekosistem dengan spesies asli bagi haiwan,

    tumbuhan dan habitat yang mereka perlukan, mengetahui demostrasi

    perhubungan antara tindakan tersendiri dengan kebolehwujudan habitat

    semulajadi yang cukup untuk memelihara spesies asli serta lebih peka dengan

    isu konservasi global yang memberi kesan kepada biodiversiti.

    • Sasaran ketiga : Pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko

    daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran

    Perkara yang dipelajari daripada sasaran ketiga ini adalah saya dapat

    mengenalpasti kesan tempatan daripada bahan-bahan berbahaya kepada

    manusia dan persekitaran, mengenalpasti langkah-langkah yang boleh

    diambil oleh individu, kumpulan dan komuniti untuk mengurangkan risiko

    tersebut, memahami kesan global daripada bahan-bahan berbahaya tersebut

    serta tindakan yang boleh diambil untuk mengubah persekitaran dunia.

  • 2

    • Sasaran keempat : Pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan

    dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai

    Perkara yang dipelajari daripada sasaran keempat ini adalah saya dapat

    mengenalpasti pilihan tindakan dan tanggungjawab saya sebagai individu,

    berkumpulan, komuniti dan negara yang boleh mempengaruhi alam sekitar,

    memahami bagaimana saya boleh mengubah tindakan untuk menambah baik

    kesan kepada alam sekitar serta mengetahui demostrasi bagaimana

    penyelesaian tempatan dapat memberi kesan kepada masalah global.

    • Sasaran kelima : Pengakap berkerja ke arah membina dunia yang sentiasa

    bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar

    Perkara yang dipelajari daripada sasaran kelima ini adalah saya dapat

    mengenalpasti pelbagai jenis bahaya alam sekitar dan bencana alam serta

    dapat menjelaskan mengapa ia berlaku, mengetahui demonstrasi cara bagi

    membantu komuniti bersedia untuk bertindak balas terhadap bahaya alam

    sekitar dan bencana alam di kawasan setempat, memahami bagaimana

    perubahan kepada alam sekitar dapat mempengaruhi bahaya alam sekitar dan

    bencana alam serta mempraktikkan amalan alam sekitar yang paling sesuai.

    B) Kesan kepada diri, masyarakat dan alam sekitar melalui ilmu yang dipelajari

    dalam setiap Sasaran (Aims)

    Kesan kepada diri

    Saya sebagai seorang pengakap telah mempelajari pelbagai ilmu secara teori dan

    praktikal dari setiap sasaran World Scout Environment Programme yang

    sememangnya telah memberi impak yang besar kepada diri saya seperti pemerolehan

    ilmu, kemahiran dan nilai untuk saya menjadi warganegara dunia yang bekerja kearah

    dunia menjadikan dunia tempat yang lebih baik dalam memelihara dan memulihara

    alam sekitar dengan berfokuskan kepada elemen-elemen alam sekitar antaranya

    udara dan air yang bersih, pengekalan habitat semulajadi untuk memelihara spesies

    asli, pengurangan risiko daripada penggunaan bahan berbahaya terhadap manusia

    dan persekitaran serta sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana

    alam sekitar.

    Kesan kepada masyarakat

    Pelaksanaan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari dengan

    berfokuskan kepada 5 Sasaran yang digariskan dalam World Scout Environment

    Programme sememangnya dapat memberi impak sosial yang besar di kalangan

    masyarakat dunia khususnya di Malaysia. Kesedaran dan sikap prihatin dalam diri

    masyarakat timbul terutamanya di kalangan golongan petani yang mengamalkan

  • 3

    aktiviti pertanian di pelbagai kawasan di seluruh negara Malaysia khususnya. Mereka

    akan lebih peka untuk menjaga kualiti air dan udara melalui pelaksanaan amalan

    pertanian yang mesra alam seperti menghasilkan kompos di dalam penyediaan media

    tanaman untuk menggurangkan pencemaran alam. Kedua, mereka lebih peka untuk

    memastikan pengekalan habitat semulajadi di sesuatu kawasan bagi pemeliharaan

    spesies asli daripada kepupusan. Ketiga, mereka lebih peka untuk tidak menggunakan

    bahan berbahaya bagi mengurangkan risiko terhadap manusia dan persekitaran.

    Keempat, mereka lebih peka untuk mempraktikkan dan menggunakan amalan alam

    sekitar yang paling sesuai bagi mengelakkan timbulnya pelbagai kesan kepada

    masalah global. Kelima, mereka lebih peka untuk sentiasa melakukan persediaan

    awal bagi menghadapi pelbagai ancaman dan bencana alam sekitar yang akan

    berlaku.

    Kesan kepada alam sekitar

    Penerapan ilmu, kemahiran dan nilai dari setiap sasaran yang di gariskan World Scout

    Environment Programme dalam pelaksanaan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar

    Melalui Pertanian Lestari sememangnya telah memberi impak alam sekitar yang

    sangat besar kepada dunia. Pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran pertama seperti

    mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan kompos dapat membantu

    mengurangkan pencemaran alam khususnya serta membantu menghidupkan kembali

    tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama

    di setiap kawasan tanaman. Kedua, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran kedua

    seperti mengekalkan kawasan semulajadi tempatan dari segi ekosistem hidupan dan

    kaitannya terhadap spesies asli untuk memelihara spesies ahli yang wujud di Malaysia

    khususnya daripada kepupusan iaitu tumbuhan seperti Bunga Ixora Javanica

    (Jejarum) dan serangga seperti Rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing. Ketiga,

    pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran ketiga seperti penghasilan racun organik

    dengan menggunakan bahan-bahan tanaman (tumbuhan) bagi menggantikan racun

    bukan organik (kimia) yang boleh mengurangkan risiko berbahaya terhadap

    persekitaran. Keempat, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran keempat seperti

    penghasilan Biochar dan Karbon Aktif melalui penggunaan amalan alam sekitar

    seperti bahan-bahan sisa tanaman, perternakan dan perhutanan untuk meningkatkan

    kualiti tanah dan hasil tanaman serta dalam masa yang sama dapat membantu

    menjaga alam sekitar. Kelima, pelaksanaan aktiviti berdasarkan sasaran kelima

    seperti mengenalpasti cara-cara persiapan menghadapi ancaman dan bencana alam

    sekitar di kawasan setempat pertanian antaranya mengurangkan kejadian hujan asid

    melalui liming di mana batu kapur merupakan bahan utama untuk diletakkan ke dalam

    air tasik yang berasid untuk dineutralkan semula tasik yang tercemar ; mengurangkan

    berlakunya penipisan lapisan ozon dengan mengawal penghasilan dan pembebasan

    Chlorofluorocarbons (CFCs) ke alam sekitar melalui penggunaan alatan peti sejuk,

    bahan dorong dalam penyembur serta bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang

    elektronik ; mengurangkan pengasidan laut dengan mengutamakan pengurusan ke

    arah melindungi refugia semula jadi dan mengurus tekanan tempatan pada terumbu

    karang di dalam laut ; mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi mengatasi isu

    pemanasan global antaranya mempromosikan bahan api alternatif seperti

    penggunaan tandan kosong buah kelapa sawit sebagai tenaga yang diperbaharui

    (renewable energy), penghasilan kompos, penggunaan metana untuk menghasilkan

    tenaga, penggunaan sumber tenaga solar, penanaman semula pokok serta

  • 4

    mempromosikan sistem pengangkutan bersepadu dan penggunaan NGV bagi

    kenderaan.

    C) Kaedah atau pendekatan lain yang boleh digunakan selain daripada Sasaran

    (Aims) yang dipelajari

    Kaedah atau pendekatan lain yang boleh digunakan selain daripada Sasaran (Aims)

    yang telah saya pelajari adalah seperti berikut :

    • Kaedah biologi

    Saya dan rakan-rakan sekumpulan boleh menggunakan kaedah biologi untuk

    mengawal makhluk perosak tanpa penggunaan racun bukan organik (kimia)

    dalam aktiviti pertanian yang mendatangkan risiko daripada bahan berbahaya

    terhadap manusia dan persekitaran. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan

    penggunaan racun perosak dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam

    sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu dan burung

    helang digunakan untuk menangkap haiwan perosak seperti tikus.

    • Kaedah tanaman tutup bumi

    Saya dan rakan-rakan sekumpulan boleh menggunakan kaedah tanaman

    tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di kawasan

    tanaman. Kaedah ini adalah bertujuan untuk membantu menghidupkan

    kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia

    semenjak sekian lama secara langsung menyumbang kearah pemuliharaan

    alam sekitar di kawasan tanaman.

    • Kaedah pertanian tetap

    Saya dan rakan-rakan sekumpulan boleh menggunakan kaedah pertanian

    tetap untuk mengelakkan kemusnahan kawasan tanah yang lain dan alam

    sekitar seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga iaitu hutan. Kaedah

    ini jugat amat membantu untuk menjimatkan ruang kawasan tanaman dan

    memelihara alam sekitar.

  • 5

    BAHAGIAN 2 : PROJEK

    A) Latar belakang projek yang dijalankan

    World Scout Environment Programme bertemakan ‘Pemeliharaan Alam Sekitar

    Melalui Pertanian Lestari’ telah dijalankan oleh pasukan kami yang terdiri daripada 17

    orang ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Daerah Universiti Putra

    Malaysia dan 4 orang ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia – Daerah

    Universiti Malaya dengan kerjasama pihak tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti

    Sains, Universiti Malaya pada 7 hingga 9 Disember 2018 di Pusat Penyelidikan

    Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia &

    Port Dickson, Negeri Sembilan. Projek ini adalah satu inisiatif untuk menyelamatkan alam

    sekitar dari terus terancam oleh ancaman manusia dan ancaman semulajadi dengan

    melaksanakan beberapa aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari

    seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan memulihara

    alam sekitar. Objektif projek ini antaranya mendedahkan kepada para peserta tentang

    cara dan teknik pengurusan alam sekitar dalam sektor pertanian, pendedahan tentang

    faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, usaha-usaha

    pengurusan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh dilakukan terutama dari segi

    pertanian dan pembinaan jaringan perhubungan dengan komuniti setempat melalui projek

    pemeliharan alam sekitar melalui pertanian lestari. Sehubungan itu, projek ini berteraskan

    kepada 5 sasaran utama yang dirangka dalam World Scout Environment Programme

    antaranya sasaran pertama ; pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia

    dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih, sasaran kedua ; pengakap

    berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi yang cukup dapat diwujudkan untuk

    memelihara spesies asli, sasaran ketiga ; pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang

    risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran, sasaran keempat ;

    pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan dan menggunakan amalan alam

    sekitar yang paling sesuai serta sasaran kelima ; pengakap berkerja ke arah membina

    dunia yang sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar.

    Disamping itu, program pemindahan ilmu ‘Sasaran 1’ sehingga ‘Sasaran 5’ juga diadakan

    bersama komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 9 December

    2018 bagi menimbulkan kesedaran dan memindahkan ilmu ‘Sasaran 1’ sehingga

  • 6

    ‘Sasaran 5’ yang dipelajari oleh para peserta kepada kalangan komuniti peladang bahawa

    bidang pertanian amatlah berkait rapat dengan alam sekitar dan harus dipelihara dengan

    sebaiknya. Tuntasnya, projek ini juga menjadi salah satu platform untuk generasi muda

    iaitu kami ahli-ahli Kelanasiswa Malaysia dapat berinteraksi dan berbakti kepada komuniti

    dan alam sekitar di dunia.

    B) Kesan terhadap diri, masyarakat atau alam sekitar melalui projek yang

    dijalankan

    Kesan terhadap diri

    Pendidikan alam sekitar melalui projek yang telah dijalankan ini sememangnya telah

    diterapkan dalam jiwa saya yang mana membolehkan saya untuk berusaha menghadapi

    cabaran alam sekitar yang dihadapi oleh planet (bumi) dengan menghubungkan

    masyarakat dengan alam semulajadi berdasarkan kepada sasaran-sasaran projek yang

    telah dipelajari serta membolehkan saya untuk menjelajah dengan diri sendiri dalam

    meneroka dunia semulajadi. Sehubungan itu, melalui pendidikan tersebut juga

    membolehkan saya mempunyai kesedaran holistik terhadap alam semulajadi dan

    memberi kesan secara langusung terhadap tindakan diri saya sehari-hari yang secara

    progresif membina rasa peribadi tanggungjawab saya terhadap alam sekitar.

    Kesan terhadap masyarakat

    Pendidikan alam sekitar melalui projek yang telah dijalankan ini sememangnya telah

    memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk turut sama mengambil

    bahagian dalam menjaga alam sekitar. Mekanisme atau pendekatan yang diperkenalkan

    melalui projek yang dijalankan tersebut akan membolehkan masyarakat dapat menangani

    sebarang permasalahan pencemaran alam sekitar secara kolektif dan efektif. Projek ini

    yang akan digerakkan secara berterusan di pelbagai kawasan komuniti setempat

    membolehkan tindakan dapat diambil dengan cekap dan pantas dalam pemeliharaan dan

    pemuliharaan alam sekitar.

    Kesan terhadap alam sekitar

    Pendidikan alam sekitar melalui projek yang telah dijalankan ini sememangnya telah

    memberi impak yang besar terhadap alam sekitar yang merangkumi lebih daripada

    sekadar tumbuh-tumbuhan, haiwan dan pemuliharaan. Sehubungan itu, dengan adanya

    tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara langsung dapat mengawal

    kehilangan habitat dan spesies asli, pengurangan akses kepada air bersih dan udara

    bersih, penggunaan bahan yang lebih berbahaya memasuki persekitaran semulajadi dan

    lebih ramai orang yang terjejas oleh bencana alam.

  • 7

    C) Perkongsian pengalaman sepanjang menjalankan projek

    Pelaksanaan World Scout Environment Programme (WSEP) di Malaysia banyak

    memberi pengalaman kepada diri saya dari segi ilmu, kemahiran dan nilai yang dipelorehi

    daripada pelbagai bahan, sumber dan inisiatif yang telah dirangka untuk saya sebagai

    seorang pengakap dalam linkungan umur belia sentiasa bersedia bekerja kearah dunia

    dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak untuk kebaikan persekitaran tempatan dan

    global. Kekuatan bagi kajayaan projek ini adalah dimana saya bersama ahli-ahli kumpulan

    projek yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang pengajian di Universiti Putra

    Malaysia dan Universiti Malaya antaranya penyelidikan, bahasa asing, kejuruteraan, alam

    sekitar, perhutanan, pendidikan, pengurusan sumber dan sebagainya. Kami dapat

    berkongsi idea dan berkerjsama dalam satu pasukan dalam memastikan setiap sasaran

    projek WSEP yang digariskan dapat tercapai dan dapat diaplikasikan semula bersama

    komuniti setempat seperti Komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan.

    Suhubungan itu, saya bersama rakan-rakan sekumpulan juga telah mendapat didikan

    ilmu, kemahiran dan nilai berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui

    pertanian lestari daripada bimbingan tenaga-tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti

    Sains, Universiti Malaya yang mempunyai pengkhususan ilmu dan kemahiran dalam

    bidang tersebut.

    D) Sifat kelangsungan projek yang dijalankan

    Saya bersama ahli-ahli pasukan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian

    Lestari dengan kerjasama pihak tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti Sains,

    Universiti Malaya telah meneruskan kelansungan bagi pelaksanaan projek ini melalui

    pemindahan ilmu ‘Sasaran 1’ sehingga ‘Sasaran 5’ yang telah dipelajari kepada

    komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 9 December

    2018 untuk diamalkan dalam kehidupan mereka sehari-hari dan menimbulkan kesedaran

    bahawa bidang pertanian amatlah berkait rapat dengan alam sekitar dan harus dipelihara

    dengan sebaiknya.

    Penerangan Program Pemindahan Ilmu ‘Aim 1’ sehingga ‘Aim 5’

  • 8

    Pemindahan Ilmu ‘Aim 1’ dan ‘Aim 2’

    Pemindahan Ilmu ‘Aim 3’

    Pemindahan Ilmu ‘Aim 4’

  • 9

    Pemindahan Ilmu ‘Aim 5’

    Sehubungan itu, projek ini juga telah menjadi salah satu platform untuk generasi muda

    iaitu kami ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dapat berinteraksi dan

    berbakti kepada komuniti dan alam sekitar di seluruh negara Malaysia khususnya melalui

    kempen-kempen kesedaran dan pelaksanaan program-program pertanian lestari yang

    dijalankan. Hal ini kerana, untuk sentiasa memastikan sektor pertanian di Malaysia dapat

    dipelihara dan dikawal daripada awal bagi mengelakkan kesan yang negatif kepada alam

    sekitar dan generasi akan datang tidak dapat menikmatinya lagi. Ini adalah selari dengan

    visi Jabatan Pertanian Malaysia iaitu mengwujudkan industri pertanian berdaya saing,

    pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam.

  • 10

    E) Pembelajaran sepanjang pelaksanaan projek

    • Sasaran Pertama : Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia

    dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih

    Aktiviti menentukan kualiti udara

    Salah satu cara saya untuk menentukan udara yang bersih adalah dengan

    melihat kehadiran Liken di sesuatu kawasan. Liken ini digunakan sebagai

    penanda pencemaran udara kerana Liken sangat peka terhadap pencemaran.

    Liken ini dapat dilihat di tempat batang pokok, tebing, diatas tanah terutama di

    daerah kutub utara, di atas batu, di tepi pantai atau gunung-gunung yang tinggi.

    Saya telah mencari spesies Liken yang terdapat di kawasan berhampiran

    Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya,

    Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia untuk menentukan tahap kualiti udara di

    kawasan tersebut. Saya telah menemui dan mengenalpasti spesies Liken

    yang hidup di atas batang pokok, lalu memotong dan mengukur Liken tersebut

    serta memasukkan ke dalam sampul surat untuk tujuan pemerhatian dan

    pelaporan. Antara spesies Liken yang dikenalpasti bukan sahaja tumbuh subur

    pada pokok, ianya juga tumbuh meliputi tanah dan batu-batuan besar yang

    terdapat di tepi jalan seperti Cladonia, Usnea, Hypogymnia dan Lecanora

    conizaeoides.

  • 11

    Aktiviti menghasilkan kompos dan pendedahan kegunaan kompos di dalam

    penyediaan media tanaman untuk menggurangkan pencemaran alam

    Penyertaan saya bersama ahli-ahli pasukan melalui aktiviti mengitar semula

    sisa organik untuk menghasilkan kompos sememangnya dapat membantu

    mengurangkan pencemaran alam khususnya serta membantu menghidupkan

    kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia

    semenjak sekian lama.

    Saya telah dapat menyediakan kompos dengan menggunakan tinja kambing

    dan habuk kayu. Proses penyediaan kompos iaitu dengan memasukkan tinja

    kambing dan habuk kayu ke dalam bekas berselang-seli dengan habuk kayu

    menjadi lapisan sehingga penuh dan seterusnya saya menyiramkan dengan

    air. Selepas proses ini selesai, saya telah menutup pasu dengan

    menggunakan sarung guni dan mengikat guni tersebut dengan menggunakan

    tali rafia. Saya juga telah memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos

    untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah dengan mengaulkan kompos

    tersebut setiap 2 hari dan di basahkan sehingga tidak berbau dan bertukar

    menjadi seperti tanah.

    Penggunaan baja organik dalam aktiviti pertanian adalah salah satu usaha

    untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan

    selesa. Baja organik ini sudah semestinya tidak akan mencemarkan air bawah

    tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah.

    Sehubungan itu, baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk

    menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat

    berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan

    tidak dapat menahan air semasa hujan lebat. Baja organik bukan sahaja dapat

    membekalkan keperluan nutrien pertumbuhan tumbuhan yang berterusan,

    tetapi juga memperbaiki keadaan air tanah, suhu dan gas untuk

    mempromosikan pematangan tanah.

    Disamping itu, kesan-kesan lain penggunaan baja organik seperti karbon

    dioksida yang dikeluarkan oleh nutrien organik boleh digunakan sebagai bahan

    untuk fotosintesis, meningkatkan tanaman melawan penyakit, kemarau dan

    banjir, meningkatkan keselamatan dan perlindungan alam sekitar terhadap

    makanan manusia dan haiwan serta mengurangkan kehilangan nutrien dan

    meningkatkan penggunaan baja. Baja organik mempunyai sumbangan yang

    besar kepada pembangunan pertanian yang mampan, kerana kos

    pengeluaran pertanian yang lebih rendah dan pencemaran alam sekitar yang

    lebih kecil.

  • 12

    Kesimpulannya, melalui kaedah ini dapat memperkembangkan lagi usaha-

    usaha mewujudkan jaminan sumber makanan (food security) dalam kalangan

    masyarakat khususnya di Malaysia. Ia dapat dilihat bila mana sumber input

    pertanian boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pembelian

    baja. Tambahan pula aktiviti pertanian yang dihasilkan menggunakan kompos

    lebih 'organik' dan sihat.

    Aktiviti menentukan kualiti air

    Saya telah didedahkan dengan kaedah mengambil sampel air dengan

    menggunakan meter oksigen terlarut DO (dissolved oxygen) atau sering

    juga disebut dengan permintaan oksigen (oxygen demand) merupakan salah

    satu parameter penting dalam analisis kualiti air dan oksigen terlarut dalam air.

    Metode pengukuran DO dengan menggunakan DO Meter (meter oksigen)

    merupakan alat elektronik yang dapat menukar isyarat dari probe yang

    diletakkan ke dalam sampel air. Kelebihan menggunakan DO Meter ini iaitu

    pengukuran lebih cepat, tepat dan dapat mengukur beberapa sampel.

    Cara penggunaan DO Meter ini pertama iaitu dengan memasukkan probe

    dalam larutan garam tertentu. Kemudian DO yang berada dalam larutan garam

    akan mengubah potensi elektrik larutan tersebut. Perubahan tersebut boleh di

    baca dalam DO meter.

    Nilai DO yang biasanya diukur dalam bentuk kepekatan ini menunjukan jumlah

    oksigen (O2) yang tersedia dalam suatu badan air. Semakin besar nilai DO

    pada air, ternyata air tersebut memiliki kualiti yang baik. Sebaliknya jika nilai

    DO rendah, dapat diketahui bahawa air tersebut telah tercemar.

    DO dipengaruhi oleh beberapa hal diantaranya, suhu air, adanya fotosintesis

    tumbuhan air (di badan air), penguraian bahan organik atau nutrien dalam air,

    gerakan dan campuran air, aliran air, keaslian air, ketinggian tempat serta

    kedalaman air (hubungan dengan udara).

  • 13

    Berdasarkan kepada hasil ujian kualiti air dengan pengambilan sampel air di

    tasik Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya,

    Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia telah menujukkan bahawa bacaan nilai DO

    adalah rendah. Hal ini disebabkan, tiadanya aliran pengerakkan air, kurang

    berlaku penguraian bahan organik atau nutrien dalam air serta suhu air yang

    rendah.

    • Sasaran kedua : Pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi

    yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli

    Aktiviti mengenalpasti kawasan semulajadi tempatan, mengetahui

    perhubungan ekosistem dengan spesies asli bagi haiwan, tumbuhan dan

    habitat yang mereka perlukan serta memahami demostrasi perhubungan

    antara tindakan tersendiri dengan kebolehwujudan habitat semulajadi yang

    cukup untuk memelihara spesies asli

    Saya telah meneliti kawasan semulajadi tempatan di Malaysia dengan

    memerhati ekosistem dan kaitannya terhadap spesies asli. Sehubungan itu,

    Saya dapati bahawa dengan adanya kawasan semulajadi tempatan sangat

    memain peranan penting untuk memelihara spesies ahli di Malaysia iaitu

    tumbuhan seperti Bunga Ixora Javanica (Jejarum) dan serangga seperti

    Rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing.

  • 14

    Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk pemeliharaan spesies

    tumbuhan dan serangga asli tersebut adalah melalui pelaksanaan kempen-

    kempen kesedaran pemeliharaan kawasan habitat semulajadi tempatan

    kepada warganegara dunia khususnya masyarakat di Malaysia melalui sosial

    media seperti facebook.

  • 15

    • Sasaran ketiga : Pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko

    daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran

    Aktiviti mengenalpasti bahan berbahaya seperti racun bukan organik (kimia)

    terhadap manusia dan persekitaran

    Penggunaan racun bukan organik (kimia) dalam aktiviti pertanian yang telah

    dikenalpasti iaitu racun serangga Carbacide 85.

    Selain racun perosak (serangga) yang terdiri daripada bentuk bahan kimia

    (bukan organik) antaranya racun rumpai, racun kulat dan racun bakteria.

    Racun makhluk perosak atau ringkasnya racun perosak ialah sebarang bahan

    atau sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah,

    menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak dalam

    pelbagai jenis aktiviti pertanian yang dijalankan.

    Jenis-jenis makhluk perosak selain serangga seperti patogen tumbuhan,

    rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod dan mikrob yang

    merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi vektor untuk

    penyakit. Walaupun ada kebaikan dalam menggunakan racun perosak ini, ia

    tetap memberi kesan yang buruk seperti potensi keracunan terhadap manusia

    dan haiwan lain.

    Kadar penggunaan yang sangat tinggi untuk racun perosak sememangnya

    menimbulkan kebimbangan kerana ia akan menimbulkan berbagai-bagai

    kesan buruk ke atas alam sekitar dan manusia sendiri seperti kerintangan dan

    kecederaan kepada tanaman. Kerintangan yang dimaksudkan disini adalah

    keupayaan perosak mewujudkan daya rintangan yang akan menyebabkan

    kerugian kepada petani dengan perbelanjaan yang lebih besar diperlukan

    untuk mengawal makhluk perosak. Keadaan ini selalunya wujud akibat

    penggunaan satu jenis racun sahaja secara berterusan. Manakala kecederaan

    kepada tanaman dimaksudkan disini adalah berlakunya perubahan-

    perubahan pada bentuk, warna daun dan pertumbuhan pokok pada tanaman.

    Racun yang terkena atau diserap oleh tumbuh-tumbuhan boleh menyebabkan

    daun menjadi kerinting dan kadang-kadang terdapat tompok-tompok kuning di

  • 16

    atas permukaan daun. Terdapat juga tanaman yang terencat pertumbuhannya

    akibat sisa racun di dalam tanah.

    Aktiviti penghasilan racun organik bagi menggantikan racun bukan organik

    (kimia) yang boleh mengurangkan risiko berbahaya terhadap manusia dan

    persekitaran.

    Cara-cara untuk menghasilkan racun organik dengan menggunakan bahan-

    bahan tanaman (tumbuhan) yang telah saya pelajari adalah seperti berikut.

    Bahan Resepi 1 :-

    Daun Kunyit, Daun Gelengang-fungus, Halia, Kunyit, Lengkuas, Bawang,

    Patawali, Serai wangi-lalat buah, Bunga Betik, Cili-yang bergigit, Molasses-

    extract microbe (2kg), lain-lain bahan (1kg) dan 5ml dalam 1L air paip.

    Bahan Resepi 2 :-

    Cili segengam, Bawang putih (satu biji), 500ml air paip (semalaman) dan

    minyak masak (satu sudu) sewaktu blend.

    Bahan Resepi 3:-

    Serai (2 batang)/halia, 500ml air paip dan sabun (satu sudu) selepas campur.

  • 17

    Racun organik yang dihasilkan ini adalah sejenis bahan aktif herba organik. Ia

    bertindak untuk mengawal serangga secara sentuhan dan sistematik. Ia

    sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman berbuah, sayuran dan

    bunga-bungaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah, mengawal, membaja dan

    merawat.

    Racun organik ini diekstrak Herba 100% yang mempunyai kelebihan tertentu

    antaranya mampu mengawal serta menghapuskan pelbagai jenis serangga

    perosak seperti Hamama, Pelombong daun, Thrips, Aphids, Lalat Putih,

    Prutela dan Ulat ratus. Kedua, dapat menjimatkan wang, tenaga dan kos dalam

    kerja-kerja menghasilkan racun organik ini. Ketiga, membantu memelihara

    tanaman dari serangan lama dan baru. Keempat, membantu pokok yang

    bermasalah pada awalnya sehingga menghasilkan buah berkualti tinggi dan

    bermutu. Kelima, membantu pertumbuhan dan pembiakan tisu. Keenam,

    merupakan racun herba yang selamat digunakan dan hasil yang selamat

    dimakan tanpa ada waswas tanpa kesan sampingan. Di samping itu, ia juga

    memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan kimia yang memberi

    kesan yang negatif terhadap manusia dan persekitaran.

    • Sasaran keempat : Pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan

    dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai

    Aktiviti penghasilan Biochar dengan menggunakan amalan alam sekitar

    Saya bersama ahli-ahli pasukan projek telah melakukan praktikal untuk

    pembuatan Biochar melalui penggunaan amalan alam sekitar seperti bahan-

    bahan sisa pertanian.

    Teknologi Biochar adalah teknologi pertanian terkini untuk meningkatkan kualiti

    tanah dan hasil tanaman serta dalam masa yang sama dapat membantu

    menjaga alam sekitar. Biochar atau lebih dikenali sebagai arang hitam ini

    diperbuat daripada sisa pertanian, perternakan dan perhutanan. Sisa tersebut

    akan dibakar di dalam keadaan oksigen yang terhad dan menghasilkan bahan

    pepejal yang dipanggil Biochar. Masa pembakaran bergantung pada jenis sisa

    yang digunakan. Proses pembakaran ini dipanggil ‘pyrolysis’.

    Biochar yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan terbakar atau sisa pertanian

    yang dibakar yang terperangkap dalam tanah adalah merupakan karbon yang

    stabil dan bukannya bahan bakar serta boleh disimpan dalam tanah dalam

    jangka masa yang sangat panjang sehingga ribuan tahun.

  • 18

    Terdapat banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada permukaan Biochar

    yang sangat luas dan juga struktur pori-porinya yang kompleks, di mana ianya

    dapat menerima bakteria dan juga berfungsi untuk membantu tumbuhan

    menyerap nutrien daripada tanah.

    Aktiviti penghasilan Karbon Aktif

    Saya bersama ahli-ahli pasukan projek telah melakukan praktikal untuk

    pembuatan Karbon Aktif. Karbon Aktif ini juga dihasilkan daripada sisa

    tanaman, perternakan dan perhutanan. Sisa tersebut dibakar dalam

    persekitaran oksigen yang terhad bagi menghasilkan produk Biochar dan

    seterusnya di aktifkan menggunakan bahan kimia bagi meningkatkan lagi

    keupayaan penyerapan. Keupayaan penyerapan Karbon Aktif bergantung

    kepada cara penyediaan Karbon Aktif dan bahan yang digunakan.

    Penggunaan campuran Biochar dengan bahan kimia (nitrogen, fosforus dan

    potassium) tersebut sememangnya akan meningkatkan hasil bijiran tanaman

    dua kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman yang hanya menggunakan

    bahan penyuburan biasa.

    Sehubugan itu, teknologi Karbon Aktif ini merupakan bahan yang mempunyai

    saiz liang yang mempunyai keupayaan penyerapan yang sangat baik. Karbon

    Aktif mampu mengatasi sebarang masalah kontaminasi atau pencemaran

    dalam air, tanah dan udara disamping membantu kita menjaga alam sekitar.

  • 19

    • Sasaran kelima : Pengakap berkerja ke arah membina dunia yang sentiasa

    bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar

    Saya telah mengenalpasti ancaman dan bencana alam semula jadi serta

    punca-punca terjadinya bencana tersebut. Berikut langkah-langkah yang telah

    dilakukan iaitu dengan melukis empat proses bagaimana ancaman dan

    bencana alam sekitar boleh berlaku antaranya ‘acid rain’, ‘ozone hole’,

    ‘ocean acidification’ dan ‘pelepasan GHG’.

    Saya juga turut mengenalpasti cara-cara persiapan menghadapi ancaman dan

    bencana alam sekitar di kawasan setempat di dalam sektor pertanian. Peta

    minda dilukis untuk memperlihatkan dengan lebih jelas berkenaan perubahan

    kepada alam sekitar dapat mempengaruhi bahaya dan bencana alam sekitar.

    Hujan Asid (asid rain) ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada

    5 yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di

    udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid

    nitrik. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan

    yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang

    terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini,

    penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di

    bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak

    dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan

    berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar

    ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun

    sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

    Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk mengurangkan kejadian

    hujan asid iaitu tasik yang tercemar boleh dipulih melalui liming di mana batu

    kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid

    untuk dineutralkan. Kedua, kilang-kilang perlu mengehadkan pelepasan gas

    pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah

    kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur

    dioksida. Selain itu, pemasangan ’scrubbers’ di cerobong asap di kilang-kilang

    perlu dilakukan untuk menapis gas sulfur dioksida. Ketiga, menggalakkan

    pemasangan pengubah bermangkin pada enjin kenderan, ini dapat

  • 20

    mengurangkan gas nitrogen oksida sebanyak 90% di mana gas pencemar

    dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk

    mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida (asap ekzos).

    Lapisan Ozon (ozone hole) adalah salah satu daripada gas-gas yang

    membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen (O2) yang kita bernafas

    membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O3), molekul

    triatom oksigen kurang dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya

    1/3,000,000 daripada gas atmosfera. Ozon tertumpu di bawah atmosfera di

    antara 15 km dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan

    ozon’. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme

    utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan

    tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari. UV dikaitkan dengan

    pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras UV juga

    mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma

    akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman. Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh lapisan ozon atmosfera amat penting untuk semua hidupan

    di bumi.

    Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah

    kloroflorokarbon (CFCs) buatan manusia yang telah meningkatkan kadar

    penyingkiran ozon yang menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam

    paras ozon global. CFCs ini digunakan oleh masyarakat moden dengan cara

    yang tidak terkira banyak seperti peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur

    serta bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

    Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk mengurangkan

    berlakunya penipisan lapisan ozon adalah mengawal penghasilan dan

    pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan dan

    penghasilan berkaitan CFC untuk turun ke paras yang lebih rendah.

    Pengasidan lautan (ocean acidification) ialah nama yang diberikan kepada

    pengurangan berterusan pH lautan Bumi, disebabkan oleh pengambilan

    karbon dioksida (CO2) hasil kegiatan manusia daripada atmosfera.

    Sebahagian daripada komponen karbon dioksida ini akan bertindak balas

    dengan air menghasilkan asid karbonat bagi mengekalkan keseimbangan

    kimia. Molekul-molekul asid karbonat pula bertindak balas dengan molekul air

    membentuk ion bikarbonat dan ion hidronium sehingga meningkatkan

    keasidan laut. Peningkatan keasidan air laut telah mendatangkan banyak

    akibat seperti penurunan mendadak metabolisme obor-obor jumbo (dosidicus

    gigas), penurunan sistem keimunan kerang biru, pemutihan batu karang, kadar

    hakisan kimia substrat terumbu yang boleh memberi impak yang besar kepada

    komuniti ikan yang bergantung padanya.

    Pengasidan yang teruk dan pemanasan akan menyebabkan berlakunya

    pengurangan daya tahan terumbu melalui pertumbuhan karang yang merosot

    dan peningkatan kadar kematian karang. Di samping itu, pengasidan laut

    mungkin membuatkan karang lebih mudah terpecah dari tropika

  • 21

    impak ribut. Keupayaan batu karang untuk bertahan dengan kenaikan paras

    laut juga berkurang disebabkan oleh kadar pertumbuhan yang menurun

    disebabkan oleh pengasidan laut. Akhirnya, terumbu yang sudah diancam oleh

    tekanan tempatan mungkin lebih terdedah kepada pengasidan laut.

    Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk menguruskan

    pengasidan laut adalah dengan mengutamakan pengurusan ke arah

    melindungi refugia semula jadi dan mengurus tekanan tempatan pada terumbu

    karang. Strategi pengurusan yang melindungi 'refugia semula jadi' dari tekanan

    lain dapat membantu terumbu menghadapi perubahan yang diramalkan dalam

    iklim dan kimia laut. Berikut ciri-ciri yang mungkin menunjukkan habitat yang

    kurang terdedah kepada pengasidan laut antaranya kawasan karbonat yang

    kaya seperti terumbu karang, pulau batu kapur, flat terumbu yang luas,

    kompleks terumbu karang dan deposit sedimen karbonat. Kedua, kompleks

    terumbu karang tinggi yang dipancarkan dengan baik oleh air laut. Pengaruh

    air laut yang segar membawa jumlah alkaliniti dan keadaan tepu yang lebih

    tinggi yang menyokong karang. Ketiga, rumput laut terletak berhampiran batu

    karang mungkin memberi kesan penimbunan tempatan jangka pendek untuk

    terumbu karang yang berdekatan kerana rumput laut dapat mengurangkan CO

    yang terlarut.

    Pelepasan GHG (Gas Rumah Hijau) adalah gas atmosfera yang menyerap

    dan memancarkan radiasi dalam lingkungan haba inframerah. Proses ini

    adalah penyebab utama kesan rumah hijau. Antara gas rumah hijau utama

    yang terdapat dalam atmosfera bumi adalah wap air, karbon dioksida, metana,

    nitro oksida dan ozon. Seandainya pelepasan gas rumah hijau berterusan

    pada kadar yang tetap, maka suhu permukaan bumi boleh melebihi nilai-nilai

    tertinggi dengan kesan berpotensi yang boleh membahayakan ekosistem,

    biodiversiti dan gaya hidup penduduk di seluruh dunia. Ada kemungkinan

    bahawa pemanasan antropogenik (disebabkan manusia) seperti yang

    disebabkan oleh gas rumah hijau peringkat tinggi dilihat akan mempengaruhi

    banyak sistem fizikal dan biologi. Pemanasan pada masa depan dijangka

    mempunyai pelbagai kesan termasuklah kenaikan paras permukaan laut,

    kehilangan biodiversiti serta perubahan pengeluaran pertanian dalam

    peringkat rantau.

    Langkah-langkah persiapan yang boleh diambil untuk mengurangkan

    pelepasan gas rumah hijau bagi mengatasi isu pemanasan global antaranya

    mempromosikan bahan api alternatif seperti menggunakan tandan kosong

    buah kelapa sawit sebagai tenaga yang diperbaharui (renewable energy).

    Kedua, penghasilan kompos. Ketiga, penggunaan metana untuk menghasilkan

    tenaga. Keempat, menggunakan sumber tenaga solar. Kelima, aktiviti

    penanaman semula pokok. Keenam, mempromosikan sistem pengangkutan

    bersepadu dan penggunaan NGV bagi kenderaan.

    Punca-punca yang mampu meningkatkan risiko berlakunya ancaman dan

    bencana alam sekitar terutamanya di dalam bidang pertanian iaitu melibatkan

    kesilapan pengurusan ladang seperti penggunaan racun kimia yang

    berlebihan. Walaubagaimanapun, terdapat juga risiko bencana yang

  • 22

    berada diluar bidang pengurusan ladang seperti cuaca, serangan serangga

    perosak atau serangan penyakit terhadap tumbuhan dan ternakan. Oleh yang

    demikian, dengan mengenalpasti pelbagai jenis bahaya dan bencana alam

    sekitar serta punca bencana terbabit adalah penting dalam pengurusan

    persediaan menghadapinya untuk membendung sebarang bencana dan

    mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas.

    Perubahan alam sekitar turut memainkan peranan dalam menentukan risiko

    dan jenis bencana yang mungkin terjadi. Perubahan alam sekitar ini antaranya

    seperti perubahan iklim, perubahan suhu sekeliling serta pencemaran air,

    tanah dan udara. Dengan mengenali perubahan-perubahan ini akan merubah

    amalan pertanian di sesebuah kawasan.

    Tuntasnya, pembelajaran langkah-langkah untuk mempersiapkan diri dan pulih

    dari bencana alam semula jadi akan mengurangkan kesan jangka panjang

    bencana terhadap hidupan dan alam sekitar.

    F) Penambahbaikan kelangsungan projek di masa hadapan

    Penambahbaikan kelangsungan projek di masa hadapan iaitu saya bersama ahli-ahli

    pasukan Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari akan mengadakan

    pelbagai program berbentuk seminar dan pameran amali kaedah-kaedah

    mengendalikan aktiviti-aktiviti dalam bidang pertanian lestari dengan menitik beratkan

    langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan pelbagai

    komuniti setempat khususnya di Malaysia.

    Sehubungan itu, saya bersama ahli-ahli pasukan projek turut akan meneruskan projek ini

    ke pelbagai tahap dengan melibatkan pelbagai tenaga pengajar berkemahiran tinggi

    dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang membolehkan kami

    memperolehi ilmu, kemahiran dan nilai tambahan sesuai dengan peredaran semasa

    berdasarkan sasaran-sasaran yang telah digariskan World Scout Environment

    Programme untuk kami dapat menyumbang bakti dalam memindahkan ilmu, kemahiran

    serta nilai yang dipelajari terhadap warganegara dunia bermula dengan komuniti

    setempat.

  • 23

    G) Pandangan terhadap keseluruhan pengalaman yang dilalui

    Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari berdasarkan kepada

    sasaran-sasaran yang dirangka dalam World Scout Environment Programme

    sememangnya telah menyumbang kearah Pencapaian Dunia Mapan SDGs

    (Sustainable Development Goals) 2030 yang diguna pakai oleh semua Negara

    Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Member States) pada

    tahun 2015. Kami sepasukan telah berjaya merialisasikan beberapa matlamat SDGs

    melalui pelaksanaan projek ini untuk keamanan dan kemakmuran rakyat dan planet ini

    bermula dengan komuniti setempat pada masa sekarang dan ke masa depan.

    Matlamat-matlamat SDGs yang telah dicapai antaranya Matlamat Ketiga ; Kesihatan &

    Kesejahteraan yang baik (Good Health and Well-Being) iaitu memastikan kehidupan

    yang sihat dan mempromosikan kesejahteraan di semua peringkat usia untuk

    pembangunan mapan seperti memberi tumpuan kepada kebersihan yang lebih baik dalam

    mengurangkan pencemaran sekeliling untuk membantu menyelamatkan berjuta-juta

    nyawa. Kedua, Matlamat Kesembilan ; Industri, Inovasi dan Infrastruktur (Industry,

    Innovation and Infrastructure) iaitu penggunaan bahan yang sesuai seperti sisa

    pertanian, perternakan dan perhutanan untuk menghasilkan satu bahan yang berinovasi

    yang mampu memberi pelbagai impak yang besar kepada komuniti setempat dan alam

    sekitar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian secara lestari seperti Biochar, Karbon

    Aktif, Racun Organik dan Kompos. Ketiga, Matlamat Kesebelas ; Bandar dan Komuniti

    Lestari (Sustainable Cities & Communities) iaitu pelaksanaan program pemindahan

    ilmu pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari berdasarkan kepada sasaran-

    sasaran yang digariskan dalam World Scout Environment Programme untuk komuniti

    setempat seperti Komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan.

    Keempat, Matlamat Kedua Belas ; Penggunaan dan Pengeluaran yang

    bertanggungjawab (Responsible Consumption and Production) iaitu penggunaan

    dan pengeluaran lestari dengan mempromosikan kecekapan sumber dan tenaga yang

    mapan, menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, hijau dan amalan yang baik serta

    kualiti hidup yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat dalam membantu mencapai

    keseluruhan rancangan pembangunan, mengurangkan kos ekonomi, alam sekitar

  • 24

    dan sosial pada masa depan. Kelima, Matlamat Ketiga Belas ; Tindakan Iklim (Climate

    Action) iaitu menggalakkan komuniti setempat untuk mengambil bahagian bersama

    dalam meningkatkan taraf alam sekitar yang lebih baik dengan menjalankan pelbagai

    aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari serta membolehkan

    mereka lebih peka untuk sentiasa melakukan persediaan awal bagi menghadapi pelbagai

    ancaman dan bencana alam sekitar yang akan berlaku. Keenam, Matlamat Kelima Belas

    ; Kehidupan di Darat (Life on Land) iaitu pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam

    sekitar melalui pertanian lestari dapat mengurangkan ancaman kepada manusia dan

    haiwan yang hidup di daratan seperti penyakit-berjangkit dengan mengelakkan

    penggunaan bahan berbaya yang berisiko.

  • 25

    TANDATANGAN

    Pengakuan

    Saya mengaku bahawa penulisan refleksi kendiri ini adalah hasil daripada projek kami untuk keperluan World Scout Environment Programme. Saya juga mengumumkan bahawa idea projek ini berasal dari pasukan kami dan pelaksanaannya juga dibantu dengan kerjasama pelbagai pihak yang mengambil bahagian sebagai perkhidmatan komuniti mereka.

    …………………………………………………..

    Mohd Azrol Hafizi Bin Azman

    Ahli Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari

    Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

    Universiti Putra Malaysia

    Tarikh : 30 Ogos 2019

    Kelulusan

    Saya mengesahkan bahawa saya telah menyelia dan membimbing projek ini dan saya

    bersetuju bahawa projek ini layak dijadikan projek yang baik untuk projek pemeliharaan dan

    pemuliharaan alam sekitar dan dapat diterima sepenuhnya untuk World Scout Environment

    Programme.

    ………………………………………

    Akhtar Nurfitri Mat Zain Mentor Projek Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari

    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

    Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

  • 26

    Pengesahan

    ……………………………………………………

    Prof. Dr. Paramasivam A/L Muthusamy

    Pesuruhjaya & Penasihat

    Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

    Universiti Putra Malaysia

    ……………………………………………………

    Kalaimani A/L Supramaniam

    Pesuruhjaya Kebangsaan – Alam Sekitar

    Malaysia

  • 27

    RUJUKAN

    • Media Sosial – Facebook

    https://www.facebook.com/azrol.hafizi.1

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2248699161830912&set=pcb.2248719

    078495587&type=3&theater

    • Pautan Laporan Aktiviti - scout.org

    https://www.scout.org/node/520437

    https://www.facebook.com/azrol.hafizi.1https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2248699161830912&set=pcb.2248719078495587&type=3&theaterhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=2248699161830912&set=pcb.2248719078495587&type=3&theaterhttps://www.scout.org/node/520437

  • 28

    LAMPIRAN

    PENGHARGAAN

    Tenaga Pengajar

    Dr. Rosazlin Abdullah Dr. Pozi Milow

    Nadia Farhana Ismail Nurul Jannah Aziz

    Ahmad Daniel bin Zainal Abidin Ainul A’syara Kamal Noor Aizimah Azman

    Anggra Junia Siti Fatimah Sulaiman

    Di Bantu Oleh:

    Nur Sa’adah Abdul Halim Azreen Suhana Zelnor

    Norizan Moez Halim Mohd Yusof

    Persekutuan Pengakap Malaysia

    Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

    Mentor :

    Tuan Akhtar Nurfitri Mat Zain Tuan Rozaini Abdul Rahim