bagi pihak lembaga pengarah, saya dengan sukacitanya … · dalam laporan tahunan 2007 bank negara...

6
21 Penyata Pengerusi Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007. PERSEKITARAN OPERASI Ekonomi Malaysia meneruskan pertumbuhan kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan 6.3% pada 2007 (2006: 5.9%). Pertumbuhan didorong terutamanya oleh permintaan tempatan yang mantap walaupun dengan persekitaran ekonomi luar yang lebih lemah akibat kemerosotan permintaan daripada Amerika Syarikat. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan awam dan disokong oleh sentimen pengguna yang lebih kukuh dan keyakinan perniagaan yang kekal di tahap yang tinggi. Sektor perkhidmatan telah menjadi pemacu pertumbuhan utama pada 2007, dengan peningkatan 9.7% (2006: 6.5%). Pertumbuhan ini disokong oleh kegiatan domestik yang lebih pesat dalam bidang kewangan dan insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, komunikasi, pemborongan dan peruncitan. Industri Insurans Hayat Malaysia, mencatatkan pertumbuhan 6.15% (2006: 8.94%) dari segi jumlah premium perniagaan baru (premium tunggal dan premium tahunan), manakala industri Insurans Am mencatatkan pertumbuhan 3.91% (2006: 3.17%) dari segi premium bertulis kasar. TINJAUAN PRESTASI Bagi tahun yang dilaporkan, jumlah hasil operasi Kumpulan meningkat sedikit sebanyak 0.88% kepada RM2.30 bilion (2006: RM2.28 bilion). Dalam perniagaan insurans konvensional, Bahagian Insurans Hayat mencatatkan pendapatan premium kasar RM1.46 bilion (2006: RM1.45 bilion) manakala Bahagian Insurans Am mengalami peningkatan kecil 1.55% dari segi jumlah premium kasar kepada RM459.65 juta (2006: RM452.64 juta). Bagi perniagaan insurans takaful, Bahagian Takaful Keluarga dan Bahagian Takaful Am masing-masing mencatatkan sumbangan kasar RM25.75 juta dan RM0.85 juta dalam tempoh enam (6) bulan dari 1 Julai 2007 (tarikh operasi dimulakan) sehingga 31 Disember 2007. Kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai RM73.27 juta bagi tahun semasa (2006: kerugian selepas cukai RM1.66 juta). Bahagian Insurans Am menyumbang untung sebelum cukai lebih tinggi berjumlah RM27.97 juta (2006: RM5.58 juta), namun begitu Bahagian Insurans Hayat dan Dana Pemegang Saham masing-masing mencatatkan kerugian RM42.81 juta (2006: keuntungan RM34.32 juta) dan RM45.61 juta (2006: RM22.57 juta). Tiada sumbangan daripada perniagaan insurans takaful kerana perniagaan masih di peringkat permulaan dengan tempoh operasi selama hanya enam (6) bulan.

Upload: lelien

Post on 30-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

20 21

Penyata Pengerusi

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007.

PERSEKITARAN OPERASI

Ekonomi Malaysia meneruskan pertumbuhan kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan 6.3% pada 2007 (2006: 5.9%). Pertumbuhan didorong terutamanya oleh permintaan tempatan yang mantap walaupun dengan persekitaran ekonomi luar yang lebih lemah akibat kemerosotan permintaan daripada Amerika Syarikat. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan awam dan disokong oleh sentimen pengguna yang lebih kukuh dan keyakinan perniagaan yang kekal di tahap yang tinggi.

Sektor perkhidmatan telah menjadi pemacu pertumbuhan utama pada 2007, dengan peningkatan 9.7% (2006: 6.5%). Pertumbuhan ini disokong oleh kegiatan domestik yang lebih pesat dalam bidang kewangan dan insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, komunikasi, pemborongan dan peruncitan. Industri Insurans Hayat Malaysia, mencatatkan pertumbuhan 6.15% (2006: 8.94%) dari segi jumlah premium perniagaan baru (premium tunggal dan premium tahunan), manakala industri Insurans Am mencatatkan pertumbuhan 3.91% (2006: 3.17%) dari segi premium bertulis kasar.

TINJAUAN PRESTASI

Bagi tahun yang dilaporkan, jumlah hasil operasi Kumpulan meningkat sedikit sebanyak 0.88% kepada RM2.30 bilion (2006: RM2.28 bilion). Dalam perniagaan insurans konvensional, Bahagian Insurans Hayat mencatatkan pendapatan premium kasar RM1.46 bilion (2006: RM1.45 bilion) manakala Bahagian Insurans Am mengalami peningkatan kecil 1.55% dari segi jumlah premium kasar kepada RM459.65 juta (2006: RM452.64 juta). Bagi perniagaan insurans takaful, Bahagian Takaful Keluarga dan Bahagian Takaful Am masing-masing mencatatkan sumbangan kasar RM25.75 juta dan RM0.85 juta dalam tempoh enam (6) bulan dari 1 Julai 2007 (tarikh operasi dimulakan) sehingga 31 Disember 2007.

Kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai RM73.27 juta bagi tahun semasa (2006: kerugian selepas cukai RM1.66 juta). Bahagian Insurans Am menyumbang untung sebelum cukai lebih tinggi berjumlah RM27.97 juta (2006: RM5.58 juta), namun begitu Bahagian Insurans Hayat dan Dana Pemegang Saham masing-masing mencatatkan kerugian RM42.81 juta (2006: keuntungan RM34.32 juta) dan RM45.61 juta (2006: RM22.57 juta). Tiada sumbangan daripada perniagaan insurans takaful kerana perniagaan masih di peringkat permulaan dengan tempoh operasi selama hanya enam (6) bulan.

22 23

Penyata Pengerusi (bersambung)

Kerugian dalam Dana Pemegang Saham dialami terutamanya kerana pengiktirafan kerugian nilai saksama RM24.17 juta yang timbul daripada urus niaga swap kadar faedah yang dibuat pada tahun semasa dengan sebuah bank berlesen dan peruntukan tambahan yang dibuat untuk pinjaman tidak berbayar bernilai RM60.25 juta (2006: RM7.88 juta) dalam anak syarikat yang terlibat dalam pemberian kemudahan kredit.

Swap kadar faedah telah dilaksanakan dengan matlamat utama mengurangkan bayaran kupon Nota Jangka Sederhana bernilai RM200 juta yang diterbitkan oleh Kumpulan dalam tahun yang dilaporkan. Kerugian nilai saksama yang dicatatkan oleh swap kadar faedah timbul terutamanya akibat ketidakstabilan ketara kadar faedah pasaran AS berikutan krisis hutang berkualiti rendah. Namun berasaskan aliran tunai, Kumpulan telah memperolehi penjimatan faedah RM1.4 juta dalam pembayaran kupon daripada swap kadar faedah pada tahun dilaporkan.

Dana Pemegang Saham juga menyaksikan peningkatan dalam belanja pengurusan pada tahun dilaporkan, terutamanya kerana belanja pengurusan perniagaan takaful serta belanja jualan dan pemasaran lebih tinggi bagi perniagaan unit amanah yang sejajar dengan peningkatan volum produk unit amanah.

Pada 31 Disember 2007, aset Kumpulan berjumlah RM7.79 bilion, iaitu kenaikan 8.65% berbanding RM7.17 bilion pada 2006.

TINJAUAN OPERASI PERNIAGAAN

Bagi tahun yang dilaporkan, Kumpulan terus memberi tumpuan kepada empat operasi teras sedia ada, iaitu Operasi Insurans Hayat Malaysia, Operasi Insurans Am Malaysia, Operasi Amanah Saham Malaysia dan Operasi Antarabangsa, dan juga perniagaan takaful yang baru ditubuhkan. Butiran prestasi dibincangkan pada lembaran yang dilampirkan.

PELABURAN

Pada tahun yang dilaporkan, jumlah pelaburan Kumpulan merosot 4.17% kepada RM370.61 juta (2006: RM386.72 juta). Memandangkan pasaran saham Malaysia semakin memberangsangkan pada 2006-2007, Kumpulan telah menambahkan portfolio saham dengan matlamat meningkatkan hasil pelaburan. Strategi disusun untuk melabur dalam saham bermodal besar, saham dengan pulangan dividen tinggi serta mempunyai tahap dagangan yang tinggi. Penyusunan semula portfolio yang tepat pada masanya telah membawa manfaat apabila Kumpulan mencatatkan keuntungan lebih tinggi menerusi penjualan pelaburan yang disebut harga pada 2007 berbanding tahun sebelumnya. Namun begitu, keuntungan ini diimbangi sebahagiannya oleh peruntukan tambahan yang dibuat bagi pinjaman tidak berbayar dan peruntukan kemerosotan nilai bagi sekuriti hutang korporat yang mengalami penurunan penarafan dan kegagalan bayaran kupon dan jumlah pokok oleh anak syarikat insurans tempatan.

Pada tempoh yang mendatang, Kumpulan akan terus mengkaji dan meminda strategi dan campuran portfolio pelaburan memandangkan persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah untuk menjamin perlindungan modal, keuntungan dan aliran pendapatan yang konsisten.

22 23

Penyata Pengerusi (bersambung)

MAA SENTIASA PRIHATIN TERHADAPPELANGGAN

PERUNTUKAN PINJAMAN

Pada akhir Disember 2007, nilai dibawa bagi pinjaman tidak berbayar berjumlah RM649.92 juta (2006: RM764.00 juta), merangkumi 8.34% (2006: 10.66%) daripada jumlah aset Kumpulan. Pada tahun yang dilaporkan, hasil kutipan pinjaman tidak berbayar berjumlah kira-kira RM105.03 juta. Pinjaman tidak berbayar ini bersandarkan hartanah dan/atau saham yang dicagarkan oleh peminjam.

Dalam usaha mengutip semula hutang bagi pinjaman tidak berbayar, Kumpulan telah membincangkan rancangan penjelasan hutang dengan peminjam. Bagi peminjam yang tidak mempunyai rancangan penjelasan yang sewajarnya dan di mana tindakan undang-undang telah diambil, pihak pengurusan telah menilai semula proses kutipan untuk pinjaman tidak berbayar, khususnya tempoh yang dianggarkan untuk mengutip hutang dan jumlah yang boleh diperolehi daripada cagaran yang disandarkan. Pada tahun yang dilaporkan, Kumpulan telah menetapkan diskaun 20% daripada nilai pasaran terbuka bagi hartanah cagaran lokasi utama dan meletakkan nilai jualan paksa bagi hartanah cagaran yang tidak terletak di kawasan utama, seperti yang disyorkan oleh pentaksir luar. Nilai ditetapkan bagi pinjaman tidak berbayar ini seterusnya diberi tambahan diskaun selama 3 tahun bagi pinjaman tidak terjejas dan 5 tahun bagi pinjaman terjejas. Akibat penilaian semula ini, peruntukan tambahan bagi pinjaman tidak berbayar berjumlah RM186.78 juta (2006: RM25.94 juta) diperuntukkan bagi pinjaman tidak berbayar pada 2007.

Kumpulan telah menetapkan sasaran untuk menyelesaikan isu hutang tidak berbayar dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

DIVIDEN

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2007, Lembaga Pengarah tidak mengesyorkan bayaran dividen, kerana modal perlu dikekalkan untuk memenuhi keperluan operasi semasa dan masa depan Kumpulan.

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI CADANGAN KORPORAT

Kumpulan dengan sukacitanya menyampaikan perkembangan terkini berikut:

(a) Pada 12 Jun 2007, MAA Takaful Berhad (“MAA Takaful”), sebuah anak syarikat, telah memperuntukkan 99,999,998 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham yang masing-masing merangkumi 74,999,998 dan 25,000,000 saham biasa, kepada Syarikat dan Solidarity Company BSC (Closed) (“Solidarity”). Selepas peruntukkan tersebut, jumlah modal terbitan dan berbayar MAA Takaful meningkat kepada RM100,000,000 dan penyertaan ekuiti Syarikat dan Solidarity dalam MAA Takaful masing-masing kini merangkumi 75% dan 25%.

Bank Negara Malaysia menerusi surat bertarikh 15 Jun 2007 mendaftarkan MAA Takaful sebagai pengendali takaful di bawah Seksyen 8 Akta Takaful 1984 untuk menjalankan perniagaan takaful keluarga dan takaful am berkuatkuasa 1 Julai 2007.

24 25

Penyata Pengerusi (bersambung)

(b) Pada 13 Disember 2007, Columbus Capital Singapore Pte Ltd (“CCS”), anak syarikat milik penuh MAA International Investments Ltd yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh Syarikat, telah melanggan 3,500,000 saham keutamaan pada harga terbitan AUD1.00 sesaham, yang merangkumi 9.1% daripada kepentingan ekuiti diperbesar dalam Columbus Capital Pty Limited (“CCAU”), sebuah syarikat sekutu, untuk jumlah pertimbangan tunai AUD3.5 juta (“Langganan”). Pertimbangan tunai telah dijelaskan menerusi dana yang dihasilkan secara dalaman.

Selepas selesai Langganan, CCS memegang sejumlah 18.5 juta saham keutamaan yang mewakili kepentingan ekuiti 48.1% dalam CCAU.

PERKEMBANGAN BARU

Pada September 2007, Kumpulan mengumumkan penerimaan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) untuk memulakan perbincangan dengan bakal rakan kongsi untuk memperolehi kepentingan dalam Malaysian Assurance Alliance Berhad (“MAA”), anak syarikat insurans tempatan.

Seterusnya, pada Mac 2008, Kumpulan mengumumkan bahawa BNM telah memberi kelulusan untuk memulakan perbincangan dengan AmAssurance Berhad bagi syarikat tersebut memperolehi kepentingan ekuiti dalam anak syarikatnya, MAA Takaful.

Cadangan penjualan pegangan kepada bakal rakan kongsi ialah sebahagian daripada rancangan strategik Kumpulan untuk memanfaatkan rangkaian global, kepakaran pelaburan, pengetahuan produk lebih luas, kecekapan operasi dan pengurusan risiko dengan rakan kongsi baru. Semua ini akan meletakkan perniagaan insurans Kumpulan pada kedudukan yang lebih kukuh dengan manfaat sinergi yang dicari-cari, dan pada masa yang sama memberi peluang kepada Kumpulan untuk merungkai nilai aset insurans, termasuk jenama MAA.

Buat masa ini, perbincangan dengan pihak berkenaan masih dijalankan.

PERKHIDMATAN PELANGGAN

Tumpuan kepada pelanggan dan perkhidmatan pelanggan yang bermutu tinggi sentiasa menjadi matlamat Kumpulan. Berbekalkan metodologi Six Sigma dan status kualiti ISO 9001, operasi insurans Malaysia telah meneruskan tumpuan terhadap usaha memperbaiki sistem IT dan proses dalaman, meneruskan program latihan dan pendidikan kakitangan untuk memastikan pelanggan dan ejen mendapat perkhidmatan yang terbaik.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kumpulan akan meneruskan usaha untuk melabur dalam teknologi maklumat terkini bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi dan penjimatan kos. Bagi operasi Malaysia, Kumpulan telah melakasankan Rancangan Strategi Teknologi Maklumat (IT) secara berperingkat dengan matlamat

24 25

Penyata Pengerusi (bersambung)

PERKEMBANGAN BARU UTAMA

TANGGUNGJAWABSOSIAL KORPORAT

TEKNOLOGI MAKLUMAT

utama untuk menyokong keperluan perniagaan masa depan. Rancangan Strategi IT menangani isu utama yang meliputi:• Penjajaran organisasi bagi pelaksanaan strategi IT yang berkesan • Pembangunan aplikasi, automasi dan penyepaduan sistem • Penyimpanan data, pencarian data dan risikan perniagaan • Strategi e-niaga• Inisiatif pemodelan proses

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Kumpulan sentiasa komited terhadap usaha untuk menjadi warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab. Untuk tujuan ini, Kumpulan telah menubuhkan Dana Kebajikan Buah Pinggang MAA-Medicare pada 1994 dengan matlamat menyediakan rawatan dialisis buah pinggang pada kos yang lebih rendah. Setakat ini, Kumpulan telah meluaskan rangkaian kepada dua belas (12) pusat dialisis buah pinggang untuk memenuhi keperluan jumlah pesakit baru yang bertambah ramai bagi perkhidmatan perubatan yang diberi subsidi.

Kumpulan juga menjadi penaung Yayasan Amal Budimas pada 2002 dengan tujuan menjaga kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan dari golongan miskin. Pada tahun yang dilaporkan, pihak Yayasan telah menambah rumah untuk anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di bawah naungannya daripada lima (5) kepada sepuluh (10) buah rumah, dengan sokongan kewangan terus diberikan.

Akhir sekali, Kumpulan akan terus memperuntukkan sumber bagi melanjutkan objektif aktiviti kebajikan ini pada tahun-tahun akan datang.

Butiran mengenai Dana Kebajikan Buah Pinggang MAA-Medicare Kidney dan Yayasan Kebajikan Budimas dibincangkan secara berasingan pada lembaran yang dilampirkan.

PROSPEK

Dalam Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia, tinjauan bagi ekonomi Malaysia pada 2008 dijangka terus mantap, dengan unjuran pertumbuhan antara 5% - 6%, disokong oleh permintan tempatan kukuh yang mampu menampung kemelesetan ekonomi global. Dipacu oleh perkembangan kegiatan ekonomi tempatan, industri insurans Malaysia dijangka memanfaatkan pemulihan insurans motor sejajar dengan tahap jualan kereta lebih tinggi dan juga permintaan bagi produk berkaitan pelaburan dan produk insurans lain berkaitan simpanan untuk tujuan pendidikan dan perubatan.

Namun begitu, pelonggaran peraturan dan liberalisasi sektor insurans tempatan oleh Bank Negara Malaysia, sejajar dengan usaha membina industri insurans yang lebih mantap, kompetitif dan dinamik di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, telah menyaksikan penyertaan beberapa peserta insurans asing yang memperolehi kepentingan dalam syarikat insurans tempatan. Syarikat insurans asing diiktiraf ini sudah mempunyai pasukan teras untuk mengusahakan rancangan perluasan dan menyediakan kepakaran teknikal, operasi, pelaburan dan pengurusan yang diperlukan. Justeru, persaingan di dalam sektor insurans dijangka semakin sengit pada tahun yang mendatang.

26 27

Penyata Pengerusi (bersambung)

Pada tahun dilaporkan, BNM menerbitkan Kertas Konsep Dipinda bagi Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (“RBC”) bagi Syarikat Insurans yang menetapkan syarat bagi syarikat insurans untuk menentukan tahap kecukupan modal yang sejajar dengan profi l risikonya. Tarikh pelaksanaan RBC dijadualkan pada 1 Januari 2009. Rangka kerja baru ini akan mengubah cara syarikat insurans menguruskan risiko dan pelaburan mereka untuk mencapai pemadanan aset-liabiliti yang lebih baik bagi dana insurans.

Dalam hal ini, MAA telah mengambil langkah awal, termasuk pengimbangan portfolio pelaburan, menjajarkan semula strategi pelaburan dan menyusun semula tawaran produk, untuk memenuhi keperluan RBC yang berkenaan. Di samping itu, Lembaga Pengarah MAA Holdings Berhad juga harus mempertimbangkan menjual sebahagian daripada aset Kumpulan, dan/atau keperluan bagi meraih dana secara dalaman dan luaran, oleh Syarikat, jika perlu.

Kumpulan sedar akan pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi dan juga persekitaran persaingan sengit yang dihadapi. Namun begitu, Kumpulan telah menyusun rancangan tindakan termasuk tinjauan dan pemantauan rancangan-rancangan ini, untuk menghadapi segala cabaran dan memastikan modal mencukupi dan pengurusan risiko yang baik dan keduanya, produk dan perkhidmatan terus inovatif dan kompetitif bagi memenuhi keperluan pelanggan semasa dan pelanggan sasaran.

PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan dan kakitangan di atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan dalam menjamin pertumbuhan dan kejayaan berterusan Kumpulan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa kawal selia di atas panduan dan sokongan berterusan yang diberikan, juga kepada para pelanggan, ejen, rakan niaga dan pemegang saham di atas sokongan, keyakinan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi selama ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Lembaga Pengarah di atas panduan dan sumbangan terhadap Kumpulan.

TUNKU TAN SRI ABDULLAH IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMANPengerusi