bagi menjamin...lesen perniagaan masing-masing melalui portal malaysiabiz. marilah kita sama-sama...

13

Upload: others

Post on 04-Mar-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan
Page 2: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

ELANJAWAN TAHUN 2021 yang bernilai RM322.5 bilion adalah penzahiran konsep Prihatin Rakyat yang didokong teguh oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun Negara berada dalam situasi yang sukar

dan mencabar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan sama sekali. Ini merupakan tekad Kerajaan dalam memastikan wabak COVID-19 ditangani dengan berkesan bagi menjamin matlamat kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan serta ketahanan ekonomi.

BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KELANGSUNGAN EKONOMI DEMI KEMAKMURAN BERSAMA

BELANJAWAN 2021:

RM322.5 BILION

B

Belanjawan ini juga mencerminkan hasrat dan keperluan rakyat dan perniagaan, hasil maklum balas daripada 6,000 respons yang diterima melalui pelbagai platform dan sesi libat urus. Kerajaan telah menggubal sebuah Belanjawan yang berprinsip melindungi (protect) rakyat dan perniagaan dan membantu mereka untuk melonjak kembali (rebound), serta menjamin (secure) masa depan mereka yang lebih berdaya tahan dan lestari. Kerajaan sedar bahawa yang paling membimbangkan rakyat adalah kesihatan mereka dan punca rezeki bagi menyokong kelangsungan hidup masing-masing.

Sehubungan itu, Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal memastikan rakyat sentiasa dilindungi. Ini jelas dilihat melalui peruntukan yang tertinggi untuk rakyat dalam Belanjawan 2021 berbanding belanjawan negara yang pernah dibentangkan sebelum ini. Pelbagai langkah yang digubal bukan sahaja bagi keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat untuk hari ini, tetapi juga bagi membantu rakyat membina sebuah masa depan yang lebih kukuh.

Belanjawan 2021 ini juga akan meneruskan momentum yang telah dicapai selepas pelaksanaan empat pakej rangsangan terdahulu yang berjumlah RM305 bilion iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN.

Ucapan penuh di www.pmo.gov.my

2 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 3

FOKUS03 Belanjawan 2021: RM322.5 bilion Bagi Menjamin Kesejahteraan Rakyat dan Kelangsungan Ekonomi Demi Kemakmuran Bersama

05 Inisiatif Belanjawan 2021 Pelancaran Portal MalaysiaBiz

06 Inisiatif Belanjawan 2021 Menghargai Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

07 Inisiatif Belanjawan 2021 Pelancaran Dasar Pelancongan Negara 2020 -2030

08 Bagaimana Belanjawan 2021 Membantu Rakyat

10 Majlis Pekerjaan Negara

LENSA KERAJAANPRIHATIN

12 Melawat Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

14 Perdana Menteri Komited Mendengar Keluh Kesah Pemandu Grab

15 Menyantuni Rakyat Negeri Johor

16 Lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Banjir di Pantai Timur

RANGKUMAN AKTIVITI 18 Liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin APEC 2020

20 Perasmian Persidangan Perwakilan ANULAE

21 Semarak Cinta Rasul

22 Kunjungan Hormat

Ketua EditorMarhaini Kamaruddin

16.

18.12.

3..

EditorRozaman bin Ismail Ismail Amsyar Mohd SaidMohd Yusof SaariShahruddin Mohamad Nor

TimMohamad Ruzainie ReezmanMohamad Aisham ManapWirawati Dewi AhmadNajibah Mohamad Nor

Ts. Azhar OsmanLiyana Safra ZaabarNorazlinawati WalidNurul Fazira Mohamad Zain

Page 3: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

Infografik Kementerian Kewangan Malaysia

5 langkah mudah Portal MalaysiaBiz untuk urusan permohonan pendaftaran dan pelesenan perniagaanLayari https://malaysiabiz.gov.my/

PELANCARAN PORTAL MALAYSIABIZ

INISIATIF BELANJAWAN 2021:

Dalam mendepani kesan ekonomi pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, Kerajaan mengambil pendekatan secara inklusif dan menyeluruh dalam usaha menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Ini termasuk usaha memperkasa agenda pendigitalan yang merupakan salah satu daripada teras dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Justeru, proses digitalisasi ini akan terus dipergiat dan tumpuan juga diberikan kepada pembangunan ekonomi digital bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19.

Kepada para usahawan kecil dan sederhana sekalian, manfaatkanlah peluang ini untuk mendaftar dan memohon lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

“Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd YassinPerdana Menteri MalaysiaPelancaran Portal MalaysiaBiz7 Disember 2020

4 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 5

Page 4: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

PELANCARAN DASAR PELANCONGAN NEGARA 2020 - 2030

INISIATIF BELANJAWAN 2021:

“Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd YassinPerdana Menteri MalaysiaPelancaran Dasar Pelancongan Negara 2020 -203023 Disember 2020

Kerajaan sedar bahawa negara memerlukan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan semula industri pelancongan ini. Maka, saya yakin melalui Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 – 2030 yang digagaskan Kerajaan Perikatan Nasional ini, kita mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global. Ini akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi Pengukuhan Daya Saing, Pembangunan Sektor Pelancongan Secara Lestari dan Inklusif, serta Kesedian Mengharungi Bencara pada masa akan datang

MENGHARGAI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

OLONGAN Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada masyarakat yang sentiasa dekat dan diberi perhatian oleh YAB Perdana Menteri dan Kerajaan.

Sebagai Kerajaan yang prihatin, YAB Perdana Menteri komited memastikan golongan ini mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

YAB Perdana Menteri sendiri telah beberapa kali turun menemui golongan ini sebagaimana ketika kunjungan beliau ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak serta PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini.

G

INISIATIF BELANJAWAN 2021:

Rentetan itu, Kerajaan melalui Kementarian Kewangan telah mengumumkan beberapa inisiatif di dalam Belanjawan 2021 yang boleh membantu golongan OKU, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 ke RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 ke RM450) serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 ke RM500.

Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, YAB Perdana Menteri juga telah mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000, yang pastinya golongan OKU juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang akan mendapat faedah dari kenaikan

itu. YAB Perdana Menteri juga menyatakan komitmen bagi memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera. Insya-Allah.

Mengikut rekod JKM, bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini adalah berjumlah 581,265 orang. YAB Perdana Menteri berharap kempen mendaftarkan OKU dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada OKU yang tercicir dan tidak diberikan perhatian. Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan ini tidak terlepas daripada menerima bantuan Kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik COVID-19.

YAB Perdana Menteri juga mendoakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara.

Infografik Kementerian Kewangan Malaysia

6 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 7

Page 5: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

8 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 9

Infografik Kementerian Kewangan MalaysiaUntuk mendapatkan inisiatif keseluruhan Belanjawan 2021, sila layari belanjawan2021.treasury.gov.my

Page 6: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

MAJLIS PEKERJAAN NEGARA

AB PERDANA MENTERI, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pekerjaan Negara atau National Employment Council (NEC) secara maya pada 10 Disember

2020. NEC dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’. NEC merupakan majlis tadbir urus tertinggi dalam penetapan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif Kerajaan khusus dalam mencapai sasaran mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta menangani isu pengangguran.

NEC memainkan peranan yang penting bukan sahaja bagi meneruskan momentum pemulihan ekonomi dan meningkatkan penciptaan pekerjaan bahkan untuk menangani isu-isu lain yang berkaitan seperti kekurangan pekerja di sektor tertentu (underemployment), kesaksamaan peluang untuk golongan rentan dan penggajian.

Selaras dengan penubuhan NEC, warganegara yang terkesan atau sedang mencari pekerjaan boleh mula mendaftar melalui portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/. Portal ini merupakan pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan termasuk program

peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Dengan penubuhan NEC, YAB Perdana Menteri yakin inisiatif penciptaan pekerjaan bermula tahun 2021 dan ke hadapan akan menjadi lebih terancang dan dilaksana secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan. Usaha ini akan dipandu oleh Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional yang akan dibangunkan kelak bagi memacu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

Merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan demi kesejahteraan rakyat

Y

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pekerjaan Negara secara maya.

• Pasukan Petugas Khas Pendidikan Nasional

• Pasukan Petugas Khas TVET• Pasukan Petugas Khas Sumber

Manusia dan Keusahawanan• Pasukan Petugas Khas Real

Economy• Pasukan Petugas Khas

Deeptech & Future Skills

PASUKAN PETUGAS KHASYANG AKAN MENYOKONG NEC5

10 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 11

Page 7: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

ADA 11 NOVEMBER 2020, YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkesempatan turun ke Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, lokasi yang dikuatkuasakan sebagai kawasan Perintah Kawalan

Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bagi melihat sendiri proses ujian saringan COVID-19 dilakukan ke atas penduduk di situ.

Difahamkan PKPD dibuat selepas 113 individu di mana sebahagian besarnya dari Sabah disahkan positif virus itu selepas saringan dilaksanakan bermula pada awal Oktober lalu. Kadar positif juga tinggi, iaitu 35.4 peratus. Dianggarkan sekitar 500 orang penghuni mendiami kawasan tersebut.

PSelain prosedur menjalani ujian, YAB Perdana Menteri juga tertarik dengan khidmat Jabatan Penerangan yang menguar-uarkan langkah yang perlu diambil penghuni. Langkah ini dilihat amat membantu usaha pihak kesihatan dan keselamatan memastikan proses saringan berjalan lancar dalam keadaan jumlah kehadiran yang ramai.

YAB Perdana Menteri meneliti proses yang dibuat pasukan kesihatan. Mereka banyak berinteraksi dan memberi penerangan selain menenangkan individu yang sebahagian besarnya pertama kali menjalani ujian saringan itu. Ia bukan satu tugas mudah untuk ‘mententeramkan’ perasaan individu yang diambil ujian saringan, apatah lagi kepada mereka yang berada di lokasi yang dikategorikan sebagai zon merah. Syabas diucapkan!

LENSA KERAJAAN PRIHATIN: MELAWAT KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Dari aspek penyediaan keperluan makanan kepada penduduk yang dikenakan PKPD, didapati pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil langkah awal dengan menyediakan 500 bakul makanan untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan. Langkah ini akan membantu mengurangkan kegusaran penduduk mengenai bekalan makanan walaupun premis perniagaan di Medan 88 dibuka seperti biasa dan mereka bebas bergerak di dalam kawasan berpagar itu.

Sama-samalah kita berdoa agar penghuni Medan 88 yang lain serta seluruh penduduk yang berada di kawasan PKPD di seluruh negara dijauhi daripada jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni frontliners bertugas semasa sesi lawatan ke Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

12 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 13

Page 8: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

PERDANA MENTERI KOMITED MENDENGAR KELUH KESAH PEMANDU GRAB

EJAK negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, pemandu dan riders e-hailing dikenali sebagai ‘frontliners’ tidak didendang turut memain peranan penting. Pada 24

November 2020 yang lalu, YAB PM berkesempatan bertemu dengan sekumpulan pemandu dan riders Grab.

Mendengar luahan hati mereka, rata-ratanya menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik dan stabil. Namun tidak mahu berpeluk tubuh, mereka menjadi pemandu/rider Grab, sekurang-kurangnya dapatlah membantu menampung kehidupan bersama keluarga.

Ada antara mereka terpaksa memandu atau menghantar pesanan pelanggan lebih 8 jam sehari. Ramai juga yang telah menjadi pemandu atau riders sepenuh masa setelahhilang pekerjaan tetap.

YAB PM amat menghargai sumbangan besar para pemandu dan riders dalam menjana ekonomi negara. Mereka bukan sahaja mencari rezeki untuk diri sendiri bahkan turut membantu memperluaskan rantaian ekonomi para peniaga lain.

YAB Perdana Menteri juga berpesan kepada semua pemandu/rider, agar dalam pada gigih mencari rezeki, jangan sesekali lupa menjaga keselamatan diri

Apa juga cabaran dan dugaan yang datang jangan putus asa atau cepat mengalah. Sematkan semangat ini dalam diri. Semoga Allah memberkati usaha anda semua dan melindungi kita daripada sebarang musibah.

SLuahan pemandu dan penghantar Grab berhubung beberapa isu mendapat perhatian YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluangkan masa bertemu sekumpulan daripada mereka di Pusat Pemandu Grab di Petaling Jaya

LENSA KERAJAAN PRIHATIN:

ADA 13 DISEMBER 2020 YAB Perdana Menteri berkesempatan ke Johor, menghadiri beberapa program bersama rakyat di Pagoh dan Gambir.

Seawal pagi YAB Perdana Menteri ke Pelancaran Program Komuniti Rendah Karbon di Kampung Sengkang Batu 22 di Bukit Gambir, di mana beliau melihat sendiri proses pengolahan baja kompos daripada najis ternakan kambing oleh pengusahanya, Encik Norazman Alias.

Syabas saya ucapkan kepada Encik Norazman. Saya harap usaha beliau menjadi pendorong kepada penduduk lain untuk turut menggunakan baja kompos, bukan sahaja kerana sesuai bagi semua jenis tanaman, bahkan dapat membantu penjagaan alam sekitar YAB Perdana Menteri

Beliau kemudiannya ke Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Sayur, Ladang Berkelompok Batu 18 dan

P

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sendiri proses pengolahan baja kompos daripada najis ternakan kambing oleh pengusahanya, Encik Norazman Alias.

MENYANTUNI RAKYAT NEGERI JOHOR

Batu 19 Sengkang 1, Grisek yang diusahakan oleh Syarikat Tan So Tiok & Sons Sdn Bhd. Hasil ladang itu turut dipasarkan ke Melaka dan Lembah Klang serta dieksport ke Singapura. Pendapatan tahunannya mencecah RM50 juta. Syabas juga buat pengusahanya!

Dari situ, program turun padang YAB Perdana Menteri diteruskan dengan menghadiri sambutan Deepavali bersama masyarakat setempat di Dewan Muniandy, Sagil dan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Temiang, Renchong.

Pada majlis di Dewan Muniandy, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM180,000 bagi menaik taraf dewan itu yang digunakan oleh penduduk untuk pelbagai majlis termasuk perkahwinan, acara kebudayaan dan sukan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri sambutan Deepavali bersama masyarakat setempat di Dewan Muniandy, Sagil

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Sayur, Ladang Berkelompok Batu 18 dan Batu 19 Sengkang 1, Grisek

“ “ “ “

LENSA KERAJAAN PRIHATIN:

14 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 15

Page 9: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

LAWATAN KE PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA (PPS)BANJIR DI PANTAI TIMUR

ADA 22 DISEMBER 2020, YAB Perdana Menteri ke Kelantan dan Terengganu bagi meninjau situasi terkini banjir serta keadaan mangsa bencana itu. Difahamkan seramai 688 petugas daripada 39 jabatan kerajaan

telah ditugaskan di 14 PPS di dalam Parlimen Rantau Panjang sejak gelombang pertama banjir melanda jajahan itu pada 4 Disember lepas. Setakat ini terdapat 154 mangsa daripada 59 keluarga ditempatkan di PPS SK Gual Tinggi. Di PPS SK Bukit Mentok, Kemaman pula seramai 614 mangsa banjir melibatkan 149 keluarga masih berada di pusat tersebut.

Daripada lawatan kedua-dua PPS itu, YAB Perdana Menteri telah menyaksikan penugasan anggota di PPS menjadi lebih sukar kerana mereka tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Agensi Bencana Negara (NADMA) semasa mengendalikan mangsa banjir.

Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian YAB Perdana Menteri sendiri segala SOP yang ditetapkan dipatuhi dengan baik, apatah lagi kesemua petugas telah menjalani simulasi pengurusan mangsa banjir bagi memenuhi prosedur yang ditetapkan Kerajaan.

Usai taklimat, beliau bertemu beberapa mangsa banjir di kedua-dua PPS itu bagi bertanya khabar dan menyerahkan sedikit sumbangan. Berdasarkan perbualan dengan mangsa-mangsa banjir yang sempat ditemui, mereka semua bersyukur dan berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan serta memuji langkah yang diambil pihak berkuasa dalam mencegah penularan COVID-19 di PPS berkenaan.

P

LENSA KERAJAAN PRIHATIN:

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Penempatan Banjir

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau keadaan banjir melalui helikopter.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama mangsa banjir ketika melakukan lawatan ke pusat pemindahan banjir (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir Salmah Said, 68, bersama anaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Sanadi, 37, ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi

16 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 17

Page 10: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

LIPUTAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN

KE-37 DAN MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN EKONOMI APEC 2020

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia di Kuala Lumpur pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan menerusi sidang video secara langsung dari Hanoi, Vietnam. Liputan dan berita penuh di www.pmo.gov.my

12 - 15 & 20 NOVEMBER 2020

Koleksi gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menteri yang terlibat dalam acara yang bersejarah ini

18 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 19

Page 11: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

SEMARAK CINTA RASULKOLEKSI GAMBAR DI SIDANG VIDEO YAB PERDANA MENTERI BERSAMA JEMAAH MENTERI

...menekankan inisiatif untuk menambah baik aspek integriti dan tadbir urus kerajaan...

PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN ANULAE

PETIKAN UCAPAN YAB PERDANA MENTERI DI MAJLIS PELANCARAN PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN KALI KE-27 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (ANULAE) PADA 28 DISEMBER 2020 DI MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC)

Oleh kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan antara warga kerja barisan hadapan yang sering terdedah dengan tarikan rasuah, maka usaha membanteras jenayah ini perlu kekal sebagai agenda penting yang perlu dilaksanakan meluas dalam kalangan penjawat PBT. Ini agar kita dapat mewujudkan sebuah budaya kerja yang berintegriti tanpa berkompromi dengan mana-mana nilai dan etika.

Selain itu, saya turut menyeru agar PBT dan agensi yang berkaitan dapat turun ke lapangan dengan lebih kerap untuk meninjau dan memahami keadaan semasa dan meneliti isu-isu berhubung warga kakitangan mereka yang saban masa bertemu dengan orang ramai untuk menyelesaikan urusan seharian.

“...sedar dan prihatin terhadap kebajikan para penjawat awam termasuk barisan petugas hadapan yang turut menjadi sebahagian daripada anggota kakitangan awam...“ Oleh sebab itu, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan sumbangan penjawat awam, beberapa

inisiatif telah diumumkan baru-baru ini menerusi Belanjawan 2021 seperti bantuan khas secara one-off sebanyak RM600 kepada kakitangan awam dengan gred 56 dan ke bawah. Manakala pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen layak mendapat elaun sebanyak RM300.

Manakala petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia juga diberi bantuan one off sebanyak RM500 sebagai tambahan kepada elaun khas Covid-19 sebanyak RM600 yang telah diberikan kepada mereka semenjak bulan Mac atas usaha menangani Covid-19. Petugas barisan hadapan lain yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula akan menerima elaun sebanyak RM300.

Ucapan penuh di www.pmo.gov.my

20 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 21

Page 12: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

KUNJUNGAN HORMAT

25 NOVEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Puan Yang Terutama (PYT) Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia

di pejabat YAB PM di bangunan Parlimen.

Melalui PYT Kamala, YAB PM telah menyampaikan penghargaan Kerajaan Malaysia selaku hos APEC 2020 kepada Presiden Donald Trump atas penglibatan beliau mewakili Amerika Syarikat pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Ekonomi APEC yang telah berlangsung secara maya pada 20 November lepas.

Selain itu, perbincangan juga tertumpu kepada beberapa hal berkaitan mempertingkat kerjasama dua hala termasuk bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan pendidikan serta isu-isu geopolitik serantau dan keselamatan antarabangsa.

Perdana Menteri mengakhiri pertemuan dengan menzahirkan harapan agar hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat yang terjalin sekian lama dapat diperkukuhkan lagi pada masa hadapan.

8 DISEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Dato Paduka Haji Alaihuddin Mohd Taha, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia yang akan menamatkan perkhidmatannya hujung bulan Disember 2020.

Pertemuan berlangsung di pejabat YAB Perdana Menteri di bangunan Parlimen. Perbincangan berkisar mengenai usaha untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala istimewa sedia ada antara kedua-dua negara, dan hasrat Malaysia agar Brunei dapat mempertimbang cadangan mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik (Reciprocal Green Lane).

Perbualan diakhiri dengan rakaman ucapan terima kasih kepada TYT Dato Paduka Haji Alaihuddin atas khidmat, sumbangan dan persahabatan yang ditawarkan sepanjang enam tahun perkhidmatan beliau di Malaysia. Terima kasih dan selamat maju jaya.

26 NOVEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Bai Tian, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia yang menamatkan perkhidmatannya pada 27 November 2020.

Pada pertemuan di pejabat YAB Perdana Menteri di bangunan Parlimen, YAB Perdana Menteri telah menyatakan penghargaan Kerajaan atas sumbangannya dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan China, sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin pada 1974.

TYT Bai Tian menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dalam pelbagai aspek kepada negara itu, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda Wuhan awal tahun ini. Beliau menganggap Malaysia sebagai negara sahabat sangat akrab yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika China berdepan musibah.

Sehubungan itu, TYT Bai Tian menyatakan Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan menerima vaksin COVID-19 keluaran China. YAB Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan Malaysia atas komitmen yang dibuat oleh kerajaan China itu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada TYT Bai Tian yang akan pulang bertugas di Beijing selepas tiga tahun berada di negara ini.

KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED, KETUA PENGARAH PUSAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH NASIONAL

KUNJUNGAN HORMAT PUAN YANG TERUTAMA (PYT) KAMALA SHIRIN LAKHDHIR, DUTA BESAR AMERIKA SYARIKAT KE MALAYSIA

24 NOVEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang akan bersara wajib pada 5 Disember 2020.

YAB PM sangat menghargai segala usaha dan sumbangan Tan Sri Abu Kassim dalam usaha beliau memerangi rasuah dan memastikan integriti tadbir urus negara berada pada tahap yang tertinggi.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan. Saya doakan semoga Tan Sri sentiasa dirahmati Allah SWT dan dikurniakan kebahagiaan. Persaraan Tan Sri bukan mudah untuk dicari pengganti.”

KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN TUAN YANG TERUTAMA (TYT) DATO PADUKA HAJI ALAIHUDDIN MOHD TAHA, PESURUHJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN TUAN YANG TERUTAMA (TYT) BAI TIAN, DUTA REPUBLIK RAKYAT CHINA KE MALAYSIA

22 • Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 Buletin Perdana 4/2020 • Nov - Dis 2020 • 23

Page 13: BAGI MENJAMIN...lesen perniagaan masing-masing melalui Portal MalaysiaBiz. Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan

Pejabat Perdana Menteri,

Blok Utama,

Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

Malaysia

6 0 3 - 8 8 8 8 8 0 0 0 | w w w . p m o . g o v . m y | b p @ p m o . g o v . m y

BULETIN PERDANA