bagaimana anda mengatasi masalah beg sekolah yang berat berisi buku

6
PERTANDINGAN INOVASI SEKOLAH RENDAH ANJURAN UTe M “INNOVATING TECHNOLOGY for SOCIETAL WELL-BEING” Disediakan oleh, NURUL ATIQAH BINTI SHAKOR 0179700217 SK KAMPONG TENGAH, KUALA SG BARU, 78200, ALOR GAJAH, MELAKA.

Upload: chigula

Post on 13-Apr-2016

329 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

inovasi

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana Anda Mengatasi Masalah Beg Sekolah Yang Berat Berisi Buku

PERTANDINGAN INOVASI SEKOLAH RENDAH ANJURAN UTe M

“INNOVATING TECHNOLOGY for SOCIETAL WELL-BEING”

Disediakan oleh,NURUL ATIQAH BINTI SHAKOR

0179700217SK KAMPONG TENGAH, KUALA SG BARU,

78200, ALOR GAJAH, MELAKA.

Page 2: Bagaimana Anda Mengatasi Masalah Beg Sekolah Yang Berat Berisi Buku

Bagaimana anda mengatasi masalah beg sekolah yang berat berisi buku?

SMART DESK

Apa itu SMART DESK?

Meja murid sekolah yang diubahsuai menjadi tempat menyimpan barang, boleh ditutup serta dikunci.

Mengapa SMART DESK?

Kerana ia praktikal, setiap murid mempunyai meja sendiri, maka mereka boleh menyimpan buku-buku mereka di dalam laci meja mereka sendiri.

Tidak perlu menempah locker untuk setiap murid, kos yang sangat tinggi diperlukan.

Setiap sekolah tidak mempunyai loker untuk murid, namun murid mempunyai meja sendiri dan sekolah boleh mengubahsuai meja tersebut menjadi loker menyimpan buku.

Meja murid hanya memerlukan papan dan engsel untuk diubahsuai menjadi SMART DESK.

Mereka boleh mengunci SMART DESK untuk memastikan barang yang disimpan tidak hilang, guru boleh membimbing murid menyimpan kunci.

Murid hanya perlu membawa pulang buku yang diperlukan untuk membuat kerja sekolah sahaja ke rumah, buku yang tidak digunakan boleh disimpan di dalam laci SMART DESK.

SMART DESK juga dapat mengelakkan masalah murid yang sering tertinggal buku atau salah mengikut jadual.

Ini hanyalah draf awal cadangan SMART DESK untuk membantu murid mengatasi masalah beg berat ke sekolah, seringkali kita dengar kebanyakan murid membawa balik beg yang berat, namun hanya menggunakan beberapa buah buku untuk kerja sekolah, jika tinggal buku disekolah, kemungkinan buku akan hilang, kami warga SK Kampong Tengah bersepakat untuk membantu murid dengan SMART DESK, yang membolehkan murid menyimpan buku di bawah meja dengan selamat dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban murid membawa beg yang berat.

Page 3: Bagaimana Anda Mengatasi Masalah Beg Sekolah Yang Berat Berisi Buku

Apakah cara yang boleh digunakan untuk memastikan kasut sekolah sentiasa bersih?

PVC WIPES COMBO

Apa itu PVC WIPES COMBO?

PVC WIPES COMBO adalah gabungan kasut kulit tiruan (PVC) dan tisu basah (WIPES) yang direka sendiri menggunakan tisu dan sabun.

Mengapa PVC WIPES COMBO?

Polivinil Klorida (PVC) adalah kulit sintetik yang mempunyai sedikit persamaan dengan material getah namun mempunyai pelbagai ciri yang berbeza dengan getah.

Kasut kulit tiruan (PVC) lebih murah dan ringan malah senang dibersihkan hanya dengan mengelap menggunakan tisu basah (WIPES).

Kasut PVC lebih kuat dan lembut, tidak mudah koyak dan rosak. Kasut PVC juga adalah kalis air, maka ia boleh mengelakkan masalah kasut

basah kerana hujan dan datang ke sekolah dengan selipar. Kasut PVC juga sesuai dibawa ke padang untuk aktiviti bersukan kerana ianya

mempunyai ciri-ciri kasut yang menyerap hentakan. WIPES pula boleh dibuat sendiri dengan kos yang rendah hanya menggunakan

tisu burger dan air sabun. WIPES boleh diletakkan di setiap kelas, dan murid boleh mengelap kasut PVC

mereka bila-bila masa terluang apabila kasut kotor. Murid juga boleh membina sendiri WIPES dan menyimpannya di rumah untuk

kegunaan keluarga

Ini hanyalah draf awal cadangan PVC WIPES COMBO untuk membantu murid memastikan kasut sekolah sentiasa bersih, seringkali kita dengar kebanyakan murid balik dengan kasut kotor akibat bermain sukan, terpijak lumpur, kawan pijak kasut dan sebagainya. Idea PVC WIPES COMBO datang daripada murid tahun 2Arif yang kebetulan memakai kasut PVC dan dimurnikan lagi dengan idea WIPES dari warga guru SK Kampong Tengah.

Hasil perbincangan dengan murid.

Page 4: Bagaimana Anda Mengatasi Masalah Beg Sekolah Yang Berat Berisi Buku