badrul hisham bin kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, detektif sarjan...

32
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05-180-07/2012, B-05-181-07/2012, B-05-182-07/2012 & B-05-183-07/2012 ANTARA 1. BADRUL HISHAM BIN KAMARUDDIN 2. MOHD AMIRUL HAKIM BIN KAMARUDDIN 3. SYED MOHAMED ANIS ALKAFF BIN SYED OSMAN 4. AZAHAR BIN ALI ... PERAYU- PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Perbicaraan Jenayah No. 45A-185-2009 Di antara Pendakwa Raya Lawan 1. Badrul Hisham bin Kamaruddin 2. Mohd Amirul Hakim bin Kamaruddin 3. Syed Mohamed Anis AlKaff bin Syed Osman 4. Azahar bin Ali) Koram : Azahar bin Mohamed, HMR Rohana bt. Yusuf, HMR Zakaria bin Sam, HMR

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

(BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05-180-07/2012,

B-05-181-07/2012, B-05-182-07/2012 & B-05-183-07/2012

ANTARA

1. BADRUL HISHAM BIN KAMARUDDIN 2. MOHD AMIRUL HAKIM BIN KAMARUDDIN 3. SYED MOHAMED ANIS ALKAFF BIN SYED OSMAN 4. AZAHAR BIN ALI ... PERAYU-

PERAYU DAN

PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN

(Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan

Perbicaraan Jenayah No. 45A-185-2009

Di antara

Pendakwa Raya

Lawan

1. Badrul Hisham bin Kamaruddin 2. Mohd Amirul Hakim bin Kamaruddin 3. Syed Mohamed Anis AlKaff bin Syed Osman 4. Azahar bin Ali)

Koram : Azahar bin Mohamed, HMR Rohana bt. Yusuf, HMR Zakaria bin Sam, HMR

Page 2: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

[1] Badrul Hisham bin Kamaruddin (“perayu pertama”), Mohd

Amirul Hakim bin Kamaruddin (“perayu kedua”), Syed Mohamad

Anis Alkaff bin Syed Osman (“perayu ketiga”) dan Azahar bin Ali

(“perayu keempat”) telah didakwa dan dibicarakan bersama-sama

di Mahkamah Tinggi, Shah Alam kerana mengedar cannabis

seberat 22,007 gram dengan niat bersama, satu kesalahan di

bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”)

dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan (“Kanun”).

Dalam kes ini, pihak pendakwaan bergantung kuat kepada

keterangan pegawai polis yang bertindak sebagai agent povocateur

atau penyamar sulit.

[2] Butir-butir pertuduhan terhadap kesemua perayu adalah

seperti berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama pada 21.2.2009 jam

lebih kurang 4.20 petang, bertempat di hadapan Kilang

Aluminium New Age, 160 B Subang Village, Jalan

TUDM, Petaling Jaya dalam Negeri Selangor Darul

Ehsan, telah memperedar dadah berbahaya iaitu

Cannabis seberat 22,007 gram dan dengan itu kamu

Page 3: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

3

telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen

39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama

seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum

dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”

[3] Di akhir perbicaraan, YA hakim bicara telah mendapati

keempat-empat perayu bersalah dan mensabitkan pertuduhan

berkenaan terhadap mereka. YA hakim bicara telah menjatuhkan

hukuman mati mandatori terhadap kesemua perayu. Tidak puas

hati dengan keputusan tersebut, mereka telah mengemukakan

rayuan ke Mahkamah ini.

[4] Kami telah mendengar rayuan mereka dan di akhir

pendengaran, kami dengan sebulat suara memutuskan bahawa

rayuan kesemua perayu adalah tidak bermerit dan dengan yang

demikian ditolak. Diperturunkan sekarang alasan terperinci

keputusan kami.

[5] Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah

dihuraikan dengan terperinci oleh YA hakim bicara dalam

penghakiman beliau yang dapat dilihat di muka surat 1046

sehingga muka surat 1061, Rekod Rayuan Jilid 11. Memadai di

sini, kami perturunkan keterangan-keterangan yang penting sahaja

Page 4: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

4

yang disandarkan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan

pertuduhan tersebut.

[6] Pada 3.2.2009, Cif lnspektor Alpiyang bin Ali (“SP9”) telah

mengarah D/L/Koperal Zahurin bin Radzi (“SP3”) untuk bertindak

sebagai penyamar sulit dalam satu operasi untuk membanteras

aktivit pengedaran dadah. Berikutan itu, SP3 telah diperkenalkan

oleh seorang sumber kepada perayu kedua di sebuah kedai makan

di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Perayu kedua dikatakan boleh

membekalkan bekalan dadah cannabis. Dalam pertemuan

tersebut, SP3 memperkenalkan diri sebagai “Adi” kepada perayu

kedua yang dikenali sebagai “Mamat”. SP3 memberitahu perayu

kedua bahawa beliau ingin membeli cannabis bagi pihak seorang

‘tauke’. Persetujuan telah dicapai di antara perayu kedua dan SP3

di mana perayu kedua akan membekalkan cannabis seberat 40

kilogram pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

[7] Pertemuan selanjutnya berlaku pada 15.2.2009 di Restoran

Pelita yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Di situ, SP3

dan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin

Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

berjumpa perayu kedua dan perayu pertama. SP3

memperkenalkan SP5 kepada perayu pertama dan kedua sebagai

Page 5: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

5

‘taukehnya’. Perbincangan dijalankan di mana perayu kedua

bersetuju akan membekalkan cannabis seberat 25 kilogram dengan

harga RM2,100.00 sekilogram. Masa, tarikh dan tempat

penghantaran akan ditentukan kemudian. Perayu kedua turut

meminta SP3 menyediakan sebuah kereta untuk mengisi cannabis

tersebut dan kereta akan dikembalikan setelah urusan

penghantaran dadah selesai dijalankan.

[8] Pada 21.2.2009, SP3 dihubungi oleh perayu kedua. Perayu

kedua meminta SP3 berjumpa beliau di Restoran Nawas Maju di

Kg. Melayu Subang (“Restoran NM”). Atas arahan SP9, SP3 dan

SP5 pergi ke restoran tersebut bersama-sama dengan Detektif

Sarjan Cham Bee Wan (“SP4”). SP4 ditugaskan untuk membawa

kereta Proton Saga bernombor plat palsu TAL 2138 (“kereta

Proton”) untuk kegunaan penghantaran dadah sepertimana yang

diminta oleh perayu kedua.

[9] Pada jam 4.15 petang, SP3 dan SP5 berjumpa dengan

perayu pertama dan perayu kedua di Restoran NM. Perayu kedua

meminta ditunjukkan wang pembelian. SP5 membuka satu beg

galas yang dibawanya yang mengandungi wang berjumlah

RM52,500.00 dan menunjukkan wang tersebut kepada perayu

pertama dan perayu kedua. Kemudian, perayu kedua meminta

Page 6: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

6

kunci kereta yang akan digunakan untuk menghantar dadah

tersebut. SP5 menelefon SP4 untuk mengesahkan lokasi

kedudukan kereta Proton tersebut dan kemudiannya menunjukkan

kepada perayu pertama dan perayu kedua. Selepas itu, perayu

pertama keluar dari Restoran NM dan menuju ke tempat kereta

Proton yang pada masa itu dipandu oleh SP4. Perayu pertama

mengambil kunci kereta daripada SP4. Beliau memandu

berseorangan kereta Proton tersebut menuju ke sebuah kawasan

letak kereta di Kem TUDM Subang. Sementara itu, perayu kedua

terus menunggu di Restoran NM bersama-sama dengan SP3 dan

SP5. Semua pergerakan ini telah diperhatikan oleh satu pasukan

polis yang diketuai oleh Inspektor Mohd Airil bin Mohd Adnan

(“SP6”).

[10] Setelah sampai di tempat letak kereta di Kem TUDM, kereta

Proton berhenti dan perayu pertama dilihat duduk sebentar di

dalam kereta tersebut. Kemudian perayu pertama keluar dari

kereta Proton dan menuju ke sebuah kereta Volvo PAW 5288

(“kereta Volvo”) yang turut berada di kawasan tersebut. Perayu

pertama dilihat masuk ke dalam kereta Volvo tersebut yang dipandu

oleh perayu ketiga dan terdapat seorang penumpang hadapan, iaitu

perayu keempat. Perayu pertama, perayu ketiga dan perayu

Page 7: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

7

keempat berbual-bual di dalam kereta tersebut. Kemudian kereta

Volvo dilihat bergerak sedikit ke hadapan dan berhenti. Tidak

berapa lama selepas itu, datang seorang budak lelaki iaitu anak

perayu pertama, Mohd Khairul Ain bin Badrul Hisham (“Mohd

Khairul Ain”) membawa sebuah beg dan menyerahkan beg itu

kepada orang yang berada dalam kereta Volvo melalui tingkap

kereta. Mohd Khairul Ain terus meninggalkan tempat itu. Kereta

Volvo kemudiannya beredar dan bergerak menghampiri kereta

Proton. Perayu pertama keluar dari kereta Volvo tersebut bersama

dengan dua buah beg berwarna hitam dan merah dan meletakkan

beg-beg tersebut ke dalam but kereta Proton. Ketika pemerhatian

dibuat di kawasan Kem TUDM, Subang, pasukan SP6 berada pada

jarak 20 meter dari tempat peristiwa tersebut berlaku.

[11] Perayu pertama kemudiannya memandu keluar kereta Proton

dan menghala semula ke Restoran NM seorang diri. Kereta Volvo

dan perayu ketiga dan perayu keempat masih berada di kawasan

tempat kereta di Kem TUDM tersebut. Ketika kereta Proton sampai

di hadapan Kilang Aluminium New Age Subang New Village,

pasukan serbuan diketuai oleh ASP Md Suhud bin Kasan (“SP8”)

telah menahan kereta tersebut dengan perayu pertama di

dalamnya. Pemeriksaan but kereta Proton mendapati dua buah

Page 8: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

8

beg, iaitu sebuah beg hitam putih jenama “Blue Star”, yang

mengandungi 18 ketulan mampat ganja dan beg merah kelabu

jenama “The Apex” yang mengandungi 7 ketulan mampat ganja.

SP8 telah merampas kesemua ketulan mampat tersebut.

[12] Tidak lama kemudian, pasukan serbuan yang diketuai oleh

Inspektor Mohd Ikbal bin Mohd Isa (“SP12”) telah menyerbu sebuah

rumah di dalam Kem TUDM yang didiami keluarga perayu pertama

dan menangkap perayu ketiga dan perayu keempat. Mohd Khairul

Ain turut juga ditangkap. Manakala pasukan yang diketuai oleh Cif

Inspektor Basri bin Hussein (“SP7”) telah membuat tangkapan ke

atas perayu kedua di Restoran NM sejurus selepas SP8

menangkap perayu pertama.

[13] Ahli kimia, Zulkefli bin Mohd Edin (“SP1”) telah memeriksa

dan menganalisis kesemua ketulan mampat yang ditemui dalam but

kereta Proton tersebut. SP1 mengesahkan kesemua ketulan

mampat tersebut adalah cannabis seberat 22,007 gram seperti

yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ADB.

[14] Di hadapan Mahkamah ini, peguam perayu pertama dan

perayu kedua dengan disokong oleh peguam perayu ketiga dan

perayu keempat telah berhujah bahawa YA hakim bicara telah

Page 9: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

9

khilaf apabila gagal untuk memutuskan bahawa wujudnya keraguan

munasabah terhadap identiti eksibit-eksibit cannabis yang menjadi

hal perkara pertuduhan terhadap kesemua perayu. Dihujahkan

bahawa berat kasar yang telah ditimbang oleh pihak polis iaIah

23,200 gram. Namun SP1 mengesahkan bahawa berat kasar iaIah

22,543.19 gram. Oleh yang demikian, telah dihujahkan bahawa

terdapat perbezaan 656.81 gram yang gagal diperjelaskan oleh

pihak pendakwaan dan ini menimbulkan keraguan tentang identiti

eksibit dadah yang berkenaan.

[15] Dalam menimbangkan isu keraguan mengenai identiti eksibit-

eksibit yang ditimbulkan ini, kami mendapati keterangan saksi-saksi

pendakwaan adalah jelas mengenai rantaian eksibit daripada mula

ia dirampas oleh SP8 dari but kereta Proton pada masa yang

material, diserahkan kepada pegawai penyiasat Cif Inspektor Razali

Selvaraju (“SP13”), dihantar ke seksyen forensik untuk

pemeriksaan kesan cap jari oleh SP10, dihantar untuk analisis

kimia oleh SP1 dan akhirnya kepada SP13 kembali untuk simpanan

stor. Rantaian eksibit cannabis tersebut telah diperjelaskan dan

diberi pertimbangan dengan berhati-hati serta penuh teliti oleh YA

hakim bicara dalam penghakiman beliau, sepertimana yang dapat

dilihat di muka surat 1056 sehingga 1061 Rekod Rayuan Jilid 11.

Page 10: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

10

Adalah penting untuk ditekankan bahawa kesemua saksi ini telah

mengecam eksibit yang berkenaan melalui tandaan-tandaan yang

dibuat oleh SP8 dan SP13 serta SP1. Semua saksi pendakwaan

yang berkaitan telah menjelaskan bagaimana eksibit-eksibit ini

dikendalikan dan disimpan. Penjelasan ini bersama-sama dengan

rantaian pergerakan eksibit yang tidak putus cukup untuk

membuktikan bahawa cannabis yang dirampas dari kereta Proton

yang dipandu oleh perayu pertama adalah dadah yang sama yang

dianalisis oleh SP1 dan juga cannabis yang sama yang

dikemukakan kemudiannya di Mahkamah. Walaupun terdapat

perbezaan berat di antara timbangan SP1 dan SP8, namun SP8

telah menjelaskan bahawa alat timbang yang beliau gunakan tidak

dikaliberasi berbanding dengan alat timbangan SP1. Dalam

hubungan ini, autoriti yang ingin kami rujuk adalah kes Hasbala

Mohd Sarong v Public Prosecutor [2013] 6 CLJ 945 di mana

tentang perbezaan berat di antara pihak polis dan ahli kimia, Raus

Sharif PMR ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah

Persekutuan telah menggariskan prinsip berikut:

“The different in the gross-weight which is 171.45 grams less

could be due to the fact that the drug exhibits were weighed by

PW3 nearly three months after the drug exhibits were weighed by

PW6. We take judicial notice that environmental factors such as

Page 11: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

11

climate condition and humidity can attribute to the difference in

weight of the impugned drug exhibits. Given that there was an

interval of nearly three months before the drug exhibits were sent

to PW3, we are driven to the conclusion that the drug exhibits

being cannabis could have dried up a little and this could be the

reason for the lesser weight. At this juncture, we might hasten to

also add that the weighing process by the police is not the

determining factor in the weight of the drugs, rather it is the

weighing done by the chemist which determines the actual weight

of the drugs and forms the basis of the charge. It is common

knowledge that the weighing process undertaken by the police

after the seizure of the drugs is only for classification purposes in

the determination of the charge that will be most likely to be

preferred against the accused and/or arrested person. More often

than not the disparity in weight of the drugs recorded is inevitable

due to different weighing methods preferred and the different

weighing apparatus used by the police force and the chemist

department.”

[16] Seterusnya kami beralih kepada hujah peguam perayu

pertama dan perayu kedua, bahawa YA hakim bicara telah terkhilaf

dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan aktiviti pengedaran dadah

melalui penjualan terus menurut seksyen 2 ADB terhadap semua

perayu. Menurut seksyen 2, tafsiran bagi perkataan ‘pengedaran

Page 12: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

12

dadah’ termasuklah melakukan perbuatan menjual. Menurut

peguam, kes PP v Saari Jusoh [2007] 2 CLJ 197 yang dirujuk dan

diikuti oleh YA hakim bicara boleh dibezakan secara fakta kerana di

dalam kes ini, dadah tidak berpindah tangan atau diserah. Peguam

telah berhujah bahawa YA hakim bicara telah khilaf dalam

membuat dapatan fakta bahawa wujudnya penjualan kerana dadah

belum berpindah milik kepada SP3 dan SP4, dan wang untuk

membeli dadah tersebut juga belum diserahkan kepada perayu-

perayu. Selain dari itu, telah dihujahkan bahawa tiada keterangan

dibuktikan untuk mengesahkan dadah tersebut datang dari kereta

Volvo. Menurut peguam lagi, kereta Proton ditahan sebelum

sampai di Restoran NM dan ini bermakna dadah tersebut tidak

ditunjukkan kepada SP3 dan SP5. Peguam juga berhujah Mohd

Khairul Ain, anak perayu pertama tidak dipanggil.

[17] Pada pandangan kami dalam menimbangkan isu yang di

timbulkan ini, keterangan-keterangan berikut wajar di beri perhatian:

(i) Perkenalan SP3 dengan perayu kedua melalui sumber;

(ii) Pertemuan dan perbincangan serta persetujuan di

antara perayu pertama dan perayu kedua mengenai

Page 13: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

13

kuantiti dan harga dadah dengan SP3 dan SP5 di

Restoran Pelita;

(iii) Wang pembelian ditunjukkan kepada perayu pertama

dan perayu kedua di Restoran NM;

(iv) Permintaan perayu kedua untuk SP3 dan SP5

menyediakan sebuah kereta untuk tujuan urusan

penghantaran dadah;

(v) Dadah dipindahkan dari kereta Volvo ke kereta Proton;

(vi) Perayu pertama memandu kereta Proton yang berisi

dadah tersebut ke arah Restoran NM, di mana SP3 dan

SP5 berada untuk penerimaan.

[18] Pada pandangan kami, berdasarkan semua keterangan dan

keadaan sekeliling kes ini, khususnya keterangan yang telah kami

huraikan di atas yang wajar dilihat secara keseluruhan dan bukan

berasingan, rumusan yang boleh dibuat adalah bahawa urusan

penjualan dadah tersebut telah lengkap, sungguhpun dadah yang

berkenaan tidak bertukar tangan secara fizikal. Ini adalah kerana,

sebelum itu perayu kedua telah meminta wang pembelian

ditunjukkan dan seterusnya SP5 telah membuka beg galas yang

Page 14: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

14

mengandungi wang sejumlah RM52,500. Hanya setelah berpuas

hati, perayu kedua telah meminta kunci kereta Proton yang akan

digunakan untuk mengambil dadah tersebut. Kemudiannya, perayu

pertama telah memandu kereta itu dan menuju ke satu tempat, di

mana kereta Volvo sedang sedia menanti. Di tempat itu, perayu

pertama dilihat membawa 2 beg yang yang diperolehi daripada

kereta Volvo tersebut. Kedua-dua beg tersebut yang kemudiannya

disahkan mengandungi dadah yang berkenaan diletakkan dalam

but kereta Proton. Mengambil kira semua keterangan ini, adalah

jelas pada pandangan kami bahawa penyerahan dadah tersebut

telah berlaku di mana SP3 dan SP5 sedang menunggu di Restoran

NM bersama-sama dengan perayu kedua. Maksud ‘menjual’ telah

diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Sa’ari

bin Jusoh (supra) yang memutuskan bahawa “a sale is therefore

complete upon transfer of the property in the goods even though the

price has not been paid. A sale in this sense cannot therefore be

described as an act preparatory to the sale or negotiations leading

to the sale or even as an agreement for the sale.” Didalam kes

Wan Marzuki bin Wan Abdullah v PP [2013] 1 CLJ 177,

Mahkamah memutuskan bahawa penjualan dadah tersebut telah

lengkap walaupun dadah belum bertukar tangan secara fizikal

Page 15: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

15

tetapi memadai sekiranya dadah tersebut ‘readily available’ kepada

pembeli.

“.. whether there is actual delivery is a question of fact and of

degree. It depends on the particular facts of an individual case.

Varying fact patterns may be envisaged. An accused (as vendor)

may physically hand the drug to the buyer (usually an agent

provocateur). Or he may place it near the buyer. Or he may

make readily available for the buyer to take control of it as

happened in Sa’ari Jusoh. Or he may place it in a vehicle or a

room and hand the keys to the same to the buyer. In all these

cases there is actual delivery. There may be cases where

delivery is constituted by more than one act. Take this yery case.

The acts of the appellant in bringing the drug to the petrol station

and placing it near PW5 when taken cumulatively constitute

actual delivery.”

[19] Dalam keadaan kes ini, penyerahan dadah telah berlaku

apabila dadah tersebut dimuatkan di dalam kereta Proton yang

disediakan oleh SP3 dan SP5 untuk tujuan penerimaan dadah

tersebut sebagaimana yang dipersetujui oleh perayu pertama dan

kedua sebelum ini. Keterangan juga menunjukkan kereta Proton

yang dipandu oleh perayu pertama telah ditahan semasa di dalam

perjalanan menuju ke Restoran NM, di mana SP3 dan SP5 berada

Page 16: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

16

bersama-sama dengan perayu kedua. Tindakan perayu pertama

sudah cukup membuktikan adanya penyerahan dadah tersebut di

dalam kes ini walaupun dadah tersebut belum secara fizikal

berpindah tangan kepada SP3 dan SP5. Walaupun wang masih

belum bertukar tangan, namun perayu pertama dan perayu kedua

telah melihat wang yang dibawa oleh SP3 dan SP5 dan berpuas

hati dengannya. Wang tersebut adalah bersamaan dengan harga

dadah yang telah dipersetujui.

[20] Seterusnya peguam perayu ketiga dan perayu keempat

berhujah bahawa tiada keterangan untuk menunjukkan bahawa

dadah yang berkenaan datang daripada kereta Volvo. Kami

mendapati hujah ini tidak bermerit berdasarkan keterangan berikut:

(i) Kereta Proton telah disediakan oleh pihak polis untuk

operasi kes ini yang kemudiannya telah diserahkan

kepada SP4;

(ii) Sebelum SP4 menyerahkan kereta Proton kepada

perayu pertama di Restoran NM, telah dipastikan

bahawa kereta tersebut tidak membawa sebarang

dadah berbahaya;

Page 17: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

17

(iii) Perayu pertama telah memandu kereta Proton ke

tempat letak kereta Kem TUDM dan

memberhentikannya berdekatan kereta Volvo;

(iv) Perayu pertama dilihat keluar daripada kereta Proton

dan menuju ke arah kereta Vovo. Perayu pertama

kemudian masuk di bahagian penumpang belakang

kereta Volvo;

(v) Pada ketika itu, perayu ketiga dan perayu keempat

berada dalam kereta Volvo;

(vi) Tidak berapa lama selepas perayu pertama masuk,

Mohd Khairul Ain, anak perayu pertama datang dan

menyerahkan satu beg warna hitam melalui tingkap

kereta Volvo;

(vii) Kemudian, perayu pertama keluar dari kereta Volvo

dengan membawa 2 buah beg ditangannya dan menuju

kembali ke kereta Proton;

(viii) Perayu pertama telah meletakkan kedua-dua beg di but

kereta Proton;

Page 18: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

18

(ix) Kereta Proton menuju semula ke arah Restoran NM

dan telah ditahan di satu tepi jalan tidak jauh dari

restoran tersebut;

(x) Sewaktu ditahan, kedua-dua beg berada dalam but

kereta proton;

(xi) Kedua-dua beg tersebut mengandungi dadah yang

kemudiannya disahkan oleh SP1 sebagai cannabis

yang kesemuanya seberat 22,007 gram; dan

(xii) Pada semua masa yang berkenaan, kereta Proton

sentiasa diawasi oleh pihak polis. Kereta Proton tidak

berhenti di mana-mana kecuali di tempat letak kereta di

KemTUDM tersebut.

[21] Pada pandangan kami, walaupun tiada keterangan secara

terus namun menurut keterangan ikut keadaan secara

keseluruhannya, kami mendapati bahawa hanya kesimpulan berikut

sahaja yang boleh dibuat: kedua-dua beg tesebut yang

mengandungi dadah yang berkenaan datang dari kereta Volvo.

Prinsip undang-undang berkaitan keterangan ikut keadaan telah

dijelaskan dalam kes Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296.

Pada pandangan kami, berdasarkan keterangan yang ada, adalah

Page 19: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

19

tidak mungkin bahawa dadah tersebut dibawa oleh Mohd Khairul

Ain dalam satu beg yang dibawa oleh beliau.

[22] Peguam perayu ketiga dan perayu keempat telah juga

berhujah bahawa kegagalan memanggil Mohd Khairul Ain telah

menimbulkan kelompangan di dalam kes pendakwaan. Adalah

menjadi prinsip undang-undang bahawa pihak pendakwaan hanya

perlu memanggil saksi-saksi penting untuk melengkapkan naratif

kes pendakwaan. Sekiranya pihak pendakwaan gagal memanggil

mana-mana saksi yang boleh menyebabkan kelompangan di dalam

kes pendakwaan, maka adverse inference di bawah seksyen 114(g)

Akta Keterangan terpakai terhadap pihak pendakwaan dan

sekaligus memudaratkan kes pendakwaan. Pada pandangan kami,

Mohd Khairul Ain bukanlah saksi yang boleh dikategorikan oleh

Lord Roche dalam kes Seneviratne v R [1936] 3 ALL ER 36

sebagai “essential to the unfolding of the narratives on which the

prosecution is based”. Peranan Mohd Khairul Ain di dalam kes ini

amat minimal. Beliau dilihat menyerahkan satu beg warna hitam

kepada orang yang berada dalam kereta Volvo. Pada masa yang

material perayu pertama, perayu ketiga dan perayu keempat

berada dalam kereta Volvo tersebut. Kes pendakwaan berpaksikan

kepada penjualan dadah menggunakan SP3 dan SP5 sebagai

Page 20: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

20

penyamar sulit. Susun atur kes pendakwaan telah dibentangkan

dengan lengkap melalui, antara lain, keterangan SP3, SP4 dan

SP5. Ketiadaan keterangan Mohd Khairul Ain tidak menyebabkan

apa-apa kelompangan di dalam kes pendakwaan berdasarkan

kepada peranan beliau yang sangat minimal. Selain itu, pihak

pendakwaan tidak pernah menyembunyikan kewujudan Mohd

Khairul Ain. Sehubungan ini, kami ingin merujuk kes Pendakwa

Raya v Manser bin Mohd Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560, di

mana Mahkamah Agung pada ketika itu telah memutuskan tentang

pemakaian seksyen 114(g):

“In our instant case under appeal, there can be no doubt that the

basis of the prosecution’s case to substantiate the charge was on

the sale of the cannabis resulting from negotiation. There is

ample evidence of direct negotiation between PW9 and the first

respondent, and the carrying of the cannabis from room ‘K by the

second respondent at the behest of the first respondent. On that

basis, and given the roles played by Cholar and Amran as

reflected from the evidence adduced, it is difficult to see how the

two of them can be material to the point in issue, ie sale through

negotiation. Furthermore, the materials on record do not in any

way suggest that the prosecution had withheld them with ulterior

motives. We do not think any adverse inference should be drawn

Page 21: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

21

against the prosecution for the non- production of them, at least at

this stage of the trial.”

[23] Berdasarkan prinsip di atas, kami berpendapat kegagalan

memanggil Mohd Khairul Ain ini tidak memudaratkan kes

pendakwaan dan adverse inference di bawah seksyen 114(g) tidak

terpakai di dalam kes ini.

[24] Ini membawa kami kepada alasan seterusnya yang

disandarkan oleh kesemua peguam perayu yang telah berhujah

bahawa YA hakim bicara telah khilaf dalam membuat dapatan

bahawa wujudnya niat bersama di antara kesemua perayu untuk

mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 34 Kanun,

sedangkan tiada wujudnya keterangan untuk menunjukkan

penglibatan kesemua perayu dengan dadah yang telah ditemui di

dalam kereta Proton. Mereka berhujah bahawa tidak ada

keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk

menunjukkan sebarang niat bersama di antara kesemua perayu di

dalam kes ini.

[25] Seterusnya, peguam perayu-perayu telah menarik perhatian

kami kepada fakta-fakta berikut. Dadah yang dirampas tidak

berada bersama perayu kedua semasa beliau ditangkap. Kereta

Page 22: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

22

Proton yang dipandu oleh perayu pertama semasa beliau ditangkap

bukan kereta beliau. Semasa perjumpaan di antara perayu

pertama dan perayu kedua dengan SP3 dan SP5 di Kuala Lipis, di

Restoran Pelita mahupun di Restoran NM, tidak adanya sebarang

dadah dibawa atau diserahkan oleh perayu pertama dan perayu

kedua kepada SP3 dan SP5. Tidak ada sebarang keterangan

dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan untuk menunjukkan

nexus atau hubung kait di antara keempat-empat perayu untuk

membuktikan niat bersama antara mereka dan wujudnya pre-

arrange plan untuk mengedar cannabis tersebut. Tiada keterangan

untuk menunjukkan sama ada kejadian di tempat kereta di Kem

TUDM Subang tersebut adalah merupakan rentetan kejadian yang

berlaku di Restoran NM tersebut ataupun telah dirancang sebelum

itu oleh perayu pertama dan perayu kedua bersama perayu ketiga

dan perayu keempat. Tiada keterangan langsung terhadap perayu

ketiga dan perayu keempat terlibat dalam apa-apa perbincangan,

urusniaga, perjumpaan ataupun pembekalan dadah dengan SP3

dan SP5. Tiada sebarang keterangan ataupun bukti mengenai

pemilikan dadah tersebut oleh perayu ketiga dan perayu keempat.

Perayu ketiga hanya merupakan pemandu kereta Volvo, manakala

perayu keempat merupakan penumpang kereta tersebut.

Page 23: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

23

[26] Seskyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti

berikut:

‘When a criminal act is done by several persons, in furtherance of

the common intention of all, each of such persons is liable for that

act in the same manner as if the act were done by him alone’.

[27] Seksyen ini memperuntukkan bahawa apabila suatu

perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai

niat bersama mereka semuanya, setiap seorang daripada mereka

itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti

seolah-olah perbuatan itu dilakukan olehnya seorang (sila lihat:

Sabarudin bin Non & Ors v PP [2005] 4 MLJ 37). Mengulas

penggunaan seksyen 34 Kanun, Mahkamah Persekutuan di dalam

kes Ghazalee bin Kassim & Ors v Public Prosecutor [2009]

MLJU 402 menyatakan:

“Section 34 of the Penal Code is invoked by the prosecution in

order to prove that although an accused did not directly commit

the criminal act, he was involved in a series of other acts with the

others to show that he had the common intention of committing

that criminal act with the others. The accused need not be

present together with the others who had committed the actual

criminal act. It is sufficient that he participated jointly with the

Page 24: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

24

others. It must however be shown that there was a prior arranged

plan with the others. In other words, all those who are charged

pursuant to section 34 of the Penal Code, must have the common

intention to commit the offence charged.”

[28] Sama ada wujudnya ‘niat bersama’ adalah merupakan suatu

persoalan fakta yang perlu dinilai daripada keadaan sekitar dalam

setiap kes. Niat bersama boleh dibuat inferen daripada keadaan di

sekeliling sesuatu kes (Namasiyiam & Ors v Public Prosecutor

[1987] 2 MLJ 336). Dalam kes Mahbub Shah v King-Emperor

[1945] AIR PC 118, the Majlis Priviy telah berkata:

“It is clear to their Lordships that common intention within the

meaning of the section implies a pre-arranged plan, and to convict

the accused of an offence applying the section it should be

proved that the criminal act was done in concert pursuant to the

pre-arranged plan. As has been observed, it is difficult, if not

impossible, to procure direct evidence to prove the intention of an

individual; in most cases it has to be inferred from his act or

conduct or other relevant circumstances of the case.”

[29] Berbalik kepada kes ini, YA hakim bicara telah mengambil

kira dan menilai dengan begitu teliti dan terperinci isu niat bersama

ini sebelum beliau membuat dapatan berikut:

Page 25: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

25

“Perlakuan setiap Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 sebagaimana

yang telah dihuraikan terdahulu daripada ini dengan jelas

menunjukkan penglibatan Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 dalam

pengedaran dadah melalui jualan terus kepada AP2 dengan niat

bersama. Ini jelas dilihat daripada peranan setiap seorang dalam

melengkapkan pengedaran melalui penjualan terus Cannabis

22,007 gram kepada AP2. Tertuduh 1 telah ditangkap pada

masa kereta itu dalam perjalanan ke Restoran NM setelah kereta

itu dihalang dari hadapan dan belakang oleh pasukan SP8.

Setelah Tertuduh 1 ditangkap, Tertuduh 2, 3 dan 4 juga turut

ditangkap. Penglibatan setiap orang yang yang telah dijelaskan

terdahulu dari ini melalui pemerhatian daripada saksi-saksi

pendakwaan yang kredibel sebagaimana yang telah saya

huraikan terdahulu daripada ini diterima oleh Mahkamah ini.

Persoalan sama ada terdapat niat bersama di antara Tertuduh 1

hingga Tertuduh 4 dapat dilihat daripada betapa rapinya peranan

mereka. Di samping itu walaupun Tertuduh 3 dan Tertuduh 4

tidak terlibat dengan rundingan bagi penjualan terus Cannabis

kepada AP2 namun kehadiran keduanya dari Changloon dan

Kuala Kedah yang tiba pada hari dan saat yang dijanjikan

Cannabis akan dibekalkan kepada AP2 untuk dimasukkan ke

dalam but kereta TAL 2138, keterangan yang menunjukkan beg

yang dihulur masuk ke dalam PAW 5288 ketika Tertuduh 1, 3 dan

Tertuduh 4 berada di dalamnya, pemunggahan sesuatu daripada

PAW 5288 ke dalam beg itu dan selanjutnya pemindahan beg

Page 26: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

26

tersebut ke dalam but TAL 2138 yang kemudiannya disahkan

sebagai Cannabis dengan berat 22,007 gram menunjukkan

wujudnya elemen niat bersama dalam kes ini. Kewujudan niat

bersama iaIah suatu persoalan fakta dan dalam setiap kes

perkara ini boleh dibuat inferen daripada keadaan di sekeliling

sesuatu kes. Berdasarkan kepada fakta yang telah dihuraikan ini

intipati niat bersama jelas dibuktikan terhadap Tertuduh 1 hingga

Tertuduh 4. Dalam keadaan fakta kes ini walaupun Tertuduh 3

dan Tertuduh 4 tidak teriibat dengan rundingan penjualan dengan

AP2 pihak pendakwaan telah mengasaskan intipati niat bersama

di antara Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 bagi kesalahan

pengedaran terus Cannabis dengan berat 22,007 gram melalui

penjualan yang merupakan suatu kesalahan sebagaimana yang

dipertuduhkan.”

[30] Pada pandangan kami, YA hakim bicara telah membuat

dapatan yang betul berdasarkan keterangan yang ada. Keterangan

menunjukkan rundingan jual beli dijalankan oleh perayu pertama

dan perayu kedua dengan SP3 dan SP5. Penglibatan perayu

ketiga dan perayu keempat pula adalah semasa hari penghantaran

dadah tersebut, di mana dadah yang berkenaan diambil oleh

perayu pertama dari kereta Volvo dan diletakkan dalam but kereta

Proton. Kereta Proton yang mana telah dikosongkan sebelum

diserahkan kepada perayu pertama dijumpai mengandungi dadah

Page 27: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

27

di dalam dua buah beg yang disimpan di dalam but kereta tersebut.

Kami mendapati tiada kekhilafan di dalam dapatan YA hakim bicara

bahawa kesemua perayu mempunyai niat bersama antara mereka

untuk mengedar dadah yang berkenaan. Walaupun tiada

keterangan menunjukkan perayu ketiga dan perayu keempat

terlibat di dalam rundingan jual beli dadah, namun keterangan-

keterangan yang ada menunjukkan penglibatan mereka bersama

dengan perayu pertama dan perayu kedua di dalam menjayakan

penjualan dan penghantaran dadah kepada SP3 dan SP5.

Berdasarkan keterangan yang ada dan keadaan sekeliling kes ini,

tidak mungkin perayu ketiga dan perayu keempat hanya berada di

situ secara kebetulan sahaja pada masa perayu pertama masuk ke

kereta Volvo tersebut untuk mengambil dadah yang berkenaan.

Pada pandangan kami, kehadiran perayu ketiga dan keempat

dalam kereta tersebut telah dirancang dengan rapi terlebih dahulu

dengan perayu pertama dan perayu kedua dengan satu tujuan

sahaja iaitu untuk menghantar dadah tersebut kepada perayu

pertama, yang kemudiannya akan menyerahkan kepada SP3 dan

SP5. Justeru, melihat keterangan secara keseluruhan, terdapat

keterangan yang amat jelas bahawa kesemua perayu mempunyai

niat bersama-sama antara mereka untuk mengedar dadah yang

Page 28: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

28

berkenaan. Kami mendapati tiada kekhilafan di dalam dapatan YA

hakim bicara dalam membuat dapatan yang sedemikian.

[31] Peguam perayu pertama dan perayu kedua juga telah

berhujah bahawa YA hakim bicara telah terkhilaf apabila gagal

membuat dapatan bahawa seorang yang bernama Mohd Faizul bin

Mohd Zin yang dikenali sebagai ‘Joe’ adalah seorang saksi penting

dan oleh yang demikian harus dipanggil oleh pihak pendakwaan

sebagai saksi. Dihujahkan bahawa kewujudan Joe di dalam kes ini

telah ditimbulkan pada peringkat kes pendakwaan lagi. Mengikut

peguam, Joe memainkan peranan penting di dalam memerangkap

perayu kedua dan secara tidak langsung memerangkap perayu

pertama. Joe merupakan seorang kenalan perayu kedua, di mana

beliau telah berhutang dengan perayu kedua sebanyak

RM11,000.00. Joe dikatakan akan membayar balik perayu kedua

sekiranya perniagaan kulit ular di antara Joe, SP3 dan SP5 berjaya.

Perayu ketiga dan keempat juga mengesahkan semasa mereka

berada di kawasan tempat letak kereta Kem TUDM Subang,

adanya seorang lelaki yang tidak dikenali dan terdapatnya sebuah

kereta lain (selain darlpada kereta Volvo and Proton) di tempat

tersebut.

Page 29: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

29

[32] Memang benar nama Joe ini dicadangkan oleh pihak

pembelaan kepada saksi pendakwaan sebagai pengedar dadah

sebenar di dalam kes ini. Namun kesemua saksi pendakwaan

menafikan penama ini ada memainkan apa-apa peranan di dalam

kes ini. Pada pandangan kami, tiada apa-apa keperluan untuk

memanggil Joe sebagai saksi memandangkan tiada keterangan

menunjukkan beliau terlibat ataupun memainkan apa-apa peranan

di dalam penjualan dadah di dalam kes ini. Oleh yang demikian,

kegagalan memanggil dan menawarkan Joe ini tidak

memudaratkan kes pendakwaan.

[33] Peguam perayu pertama dan peguam perayu kedua juga

telah berhujah bahawa terdapat perlanggaran hak perayu-perayu

untuk suatu perbicaraan yang adil dan merujuk kepada kes Lee

Kwan Woh v PP [2009] 5 CLJ 631 bagi menyokong hujahnya.

Mengikut peguam, pihak pembelaan telah dikritik secara tidak adil

oleh YA hakim bicara dalam penghakimannya apabila

menggunakan perkataan yang kasar atau tidak wajar, yang

menyamakan pembelaan mereka seperti “burung kakak tua diajar

bercakap”. Pada pandangan kami, walaupun YA hakim bicara telah

menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai dan wajar

digunakan dalam sesuatu penghakiman Mahkamah, namun

Page 30: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

30

meneliti keseluruhan penghakiman YA hakim bicara, kami

mendapati penggunaan perkataan-perkataan yang sedemikian

tidak menyebabkan miscarriage of justice. YA hakim bicara telah

membentangkan dengan panjang lebar versi pembelaan bagi setiap

perayu-perayu (lihat muka surat 1082 – 1092 Rekod Rayuan Jilid

11). Setelah meneliti dan menimbangkan pembelaan kesemua

perayu, YA hakim bicara telah tidak mempercayai dan menolak

versi tersebut. YA hakim bicara telah memberikan analisis dengan

teliti terhadap pembelaan yang dikemukakan oleh setiap daripada

perayu. YA hakim bicara juga telah memberikan sebab-sebab

terperinci mengapa beliau menolak pembelaan semua perayu. YA

hakim bicara telah menggunakan pendekatan yang tepat dan betul

dalam menilai pembelaan perayu-perayu. Kami bersetuju dengan

penemuan di atas yang dibuat oleh YA hakim bicara, yang pada

pandangan kami, disokong oleh fakta dan keadaan sekeliling yang

terdapat dalam kes ini. YA hakim bicara telah mengarahkan dirinya

dengan betul apabila menolak pembelaan perayu-perayu

berdasarkan keterangan yang ada. Tiada sebarang sebab yang

mewajarkan kami mengganggu dapatan fakta tersebut (sila lihat

Teng Howe Seng v PP [2008] 5 CLJ 186). Dalam hubungan ini,

kami berpendapat bahawa YA hakim bicara tidak melakukan apa-

Page 31: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

31

apa kekhilafan yang boleh dirayukan (appealable error) yang

memerlukan campur tangan Mahkamah ini.

[34] Setelah menimbangkan dengan teliti dan berhati-hati semua

keterangan serta juga hujah kesemua pihak, kami sebulat suara

telah memutuskan bahawa YA hakim bicara telah membuat

keputusan yang betul apabila mendapati semua perayu bersalah

dan mensabitkan mereka atas pertuduhan yang berkenaan. Kami

berpuas hati bahawa sabitan dan hukuman terhadap semua perayu

adalah selamat. Dengan yang demikian, rayuan ini ditolak. Kami

mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka.

Bertarikh 21 Ogos 2014.

(DATO’ AZAHAR BIN MOHAMED) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Bagi Pihak Perayu Pertama: Hisham Teh Poh Teik dan Perayu Kedua Tetuan Teh Poh Teik & Co.

Dato’ Salehuddin Saidin Tetuan Salehuddin Saidin & Associates

Page 32: Badrul Hisham Bin Kamaruddin dan 3 yang lain filedan seorang lagi pegawai polis, Detektif Sarjan Redzuan Yap bin Abdullah (“SP5”) yang juga bertindak sebagai penyamar sulit telah

32

Bagi Pihak Perayu Ketiga : Muhammad Rafique Rashid Ali Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners Bagi Pihak Perayu Keempat: Kitson Foong Tetuan Kit & Associates Bagi Pihak Responden : Lailawati Ali

Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara.