afix redzuan bendung segeranov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 21 - 27 November 2019, 24 - 30 Rabiulawal 1441 Choctopbychedora setaraf jenama antarabangsa Jangan berdiam diri terhadap diskriminasi minyak sawit MUKA 15 MUKA 9 Selangor cadang ADN isytihar harta My IPR bantu kumpul data penerima inisiatif MUKA 14 MUKA 3 Bandar Pintar Sedunia adalah pengiktirafan besar buat Sela- ngor apabila menjadi satu-satu- nya negeri di Malaysia dipanggil untuk menghadiri persidangan berkenaan. “Di Barcelona, kita (Selangor) mendapat jemputan daripada ja- watankuasa atau penganjur per- sidangan bandar pintar. “Malah, hanya sebahagian ne- gara dijemput sebagai negara manakala Selangor dijemput se- bagai negeri ke ekspo terbabit,” katanya. Amirudin berkata, jemputan itu jelas menandakan kewujudan Selangor sebagai bandar pintar disedari umum. “Jemputan ini satu pengiktira- fan dan sebagai tanda penghar- gaan kewujudan Selangor dalam merealisasikan usaha ke arah ban- dar pintar. “Malah, menerusi jemputan ini setiap negara atau negeri ter- libat boleh bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman ke arah usaha merealisasikan tempat masing-masing ke arah bandar pintar,” katanya. Bendung segera jenayah seksual OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengin- gatkan rakyat supaya menjauh- kan diri daripada terlibat de- ngan jenayah seksual, memeliha- ra maruah keluarga dan memu- puk sikap menghormati wanita serta kanak-kanak. Baginda selaku Pengerusi Lem- baga Pengampunan Negeri Sela- ngor bertitah demikian selepas mendapati bilangan kes yang di- bawa kepada Lembaga Pengam- punan Negeri Selangor mem- babitkan kes jenayah seksual seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui kenyataan yang dikeluarkan Se- tiausaha Sulit baginda, Dato’ Mo- hamad Munir Bani pada 20 No- vember lalu. “Sultan Selangor menzahirkan Selangor bawa nama ke Barcelona SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal membawa nama ke Bar- celona apabila inisiatif negeri pintarnya mendapat perhatian menerusi Kongres Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress), yang dijangka bermu- la hujung bulan ini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menariknya per- sidangan berkenaan tidak me- manggil mana-mana wakil dari Malaysia sebaliknya Selangor ter- lebih dahulu ke hadapan dipilih duduk bersama negara-negara besar lain. “Selangor dijangka duduk ber- sama Kerajaan Singapura yang diwakili menteri luarnya. “Pada persidangan berkenaan, kita akan membentangkan ini- siatif Negeri Pintar Selangor ber- hubung penemuan atau hasil terbaru serta berkongsi nilai dan inisiatifnya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Negeri Se- langor, di sini pada 12 November lalu. Amirudin pada Belanjawan Peringatan tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah rasa kebimbangan baginda ter- hadap peningkatan permasala- han jenayah seksual yang sema- kin serius dan berleluasa dalam masyarakat. “Baginda amat risau dan ber- dukacita dengan perkembangan kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan implikasi negatif dan mampu meruntuhkan insti- tusi keluarga serta moral masya- rakat di Selangor. “Jenayah seksual semakin kri- tikal ini menyebabkan kesengsa- raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya dilindungi pelaku. “Jenayah seperti ini perlu di- banteras tanpa kompromi kerana ia boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan ke- bimbangan serta prasangka bu- ruk terhadap keluarga yang terli- bat,” titah baginda. Sultan Sharafuddin turut mengesyorkan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pelaku jenayah seksual untuk memberi peringatan kepada ma- syarakat supaya menjauhi per- buatan keji itu. Baginda turut menyeru semua pihak supaya meningkatkan usa- ha untuk membendung jenayah seksual berkenaan melalui pen- didikan, penguatkusaan undang- undang dan menekankan nilai agama. “Mengikut ajaran Islam, mere- ka yang terlibat dalam melakukan jenayah seksual adalah berdosa besar. “Adalah menjadi hasrat dan harapan Sultan Selangor supaya rakyat dapat hidup aman tente- ram dan bebas daripada ancaman jenayah seksual dalam negeri ini,” titah baginda. #Selangor2020 mengumumkan inisiatif Smart Selangor akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta dan menyasarkan ke- majuan projek sebanyak 46 pera- tus menjelang akhir 2020. Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM300 juta sepanjang enam tahun bagi mencapai gagasan Negeri Pin- tar Utama (Premier Smart State) pada 2025 dan setakat ini sudah mencapai sasaran 26 peratus. Sementara itu, Amirudin me- nganggap jemputan Kongres Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara SMARTSEL Sdn Bhd dengan Global Reach Technology UK (GLOBALREACH) dan Dune Global Sdn Bhd (DUNE GLOBAL) ketika Kongres Expo Smart City Dunia 2019 (SCEWC) di Barcelona, Sepanyol pada 20 November lalu

Upload: others

Post on 10-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 21 - 27 November 2019, 24 - 30 Rabiulawal 1441

Choctopbychedora setaraf jenama antarabangsa

Jangan berdiam diri terhadap diskriminasi minyak sawit

MUKA 15MUKA 9

Selangor cadang ADN isytihar harta

My IPR bantu kumpul data penerima inisiatif

MUKA 14MUKA 3

Bandar Pintar Sedunia adalah pengiktirafan besar buat Sela- ngor apabila menjadi satu-satu- nya negeri di Malaysia dipanggil untuk menghadiri persidangan berkenaan.

“Di Barcelona, kita (Selangor) mendapat jemputan daripada ja-watankuasa atau penganjur per-sidangan bandar pintar.

“Malah, hanya sebahagian ne-gara dijemput sebagai negara manakala Selangor dijemput se-bagai negeri ke ekspo terbabit,” katanya.

Amirudin berkata, jemputan itu jelas menandakan kewujudan Selangor sebagai bandar pintar disedari umum.

“Jemputan ini satu pengiktira-fan dan sebagai tanda penghar-gaan kewujudan Selangor dalam merealisasikan usaha ke arah ban- dar pintar.

“Malah, menerusi jemputan ini setiap negara atau negeri ter-libat boleh bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman ke arah usaha merealisasikan tempat masing-masing ke arah bandar pintar,” katanya.

Bendung segera jenayah seksual

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengin-gatkan rakyat supaya menjauh- kan diri daripada terlibat de-ngan jenayah seksual, memeliha-ra maruah keluarga dan memu-puk sikap menghormati wanita serta kanak-kanak.

Baginda selaku Pengerusi Lem- baga Pengampunan Negeri Sela- ngor bertitah demikian selepas mendapati bilangan kes yang di- bawa kepada Lembaga Pengam-punan Negeri Selangor mem-babitkan kes jenayah seksual seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi.

Perkara itu dizahirkan melalui kenyataan yang dikeluarkan Se- tiausaha Sulit baginda, Dato’ Mo-hamad Munir Bani pada 20 No-vember lalu.

“Sultan Selangor menzahirkan

Selangor bawa nama ke BarcelonaSHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal membawa nama ke Bar-celona apabila inisiatif negeri pintarnya mendapat perhatian menerusi Kongres Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress), yang dijangka bermu-la hujung bulan ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menariknya per-sidangan berkenaan tidak me-manggil mana-mana wakil dari Malaysia sebaliknya Selangor ter-lebih dahulu ke hadapan dipilih duduk bersama negara-negara besar lain.

“Selangor dijangka duduk ber-sama Kerajaan Singapura yang diwakili menteri luarnya.

“Pada persidangan berkenaan, kita akan membentangkan ini- siatif Negeri Pintar Selangor ber-hubung penemuan atau hasil terbaru serta berkongsi nilai dan inisiatifnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Negeri Se- langor, di sini pada 12 November lalu.

Amirudin pada Belanjawan

Peringatan tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah

rasa kebimbangan baginda ter-hadap peningkatan permasala-han jenayah seksual yang sema- kin serius dan berleluasa dalam masyarakat.

“Baginda amat risau dan ber-dukacita dengan perkembangan kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan implikasi negatif dan mampu meruntuhkan insti-tusi keluarga serta moral masya-rakat di Selangor.

“Jenayah seksual semakin kri-tikal ini menyebabkan kesengsa- raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya dilindungi pelaku.

“Jenayah seperti ini perlu di- banteras tanpa kompromi kerana ia boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan ke-bimbangan serta prasangka bu-ruk terhadap keluarga yang terli-bat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengesyorkan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pelaku jenayah seksual untuk memberi peringatan kepada ma- syarakat supaya menjauhi per-buatan keji itu.

Baginda turut menyeru semua pihak supaya meningkatkan usa-ha untuk membendung jenayah seksual berkenaan melalui pen-didikan, penguatkusaan undang-

undang dan menekankan nilai agama.

“Mengikut ajaran Islam, mere-ka yang terlibat dalam melakukan jenayah seksual adalah berdosa besar.

“Adalah menjadi hasrat dan harapan Sultan Selangor supaya rakyat dapat hidup aman tente-ram dan bebas daripada ancaman jenayah seksual dalam negeri ini,” titah baginda.

#Selangor2020 mengumumkan inisiatif Smart Selangor akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta dan menyasarkan ke-majuan projek sebanyak 46 pera-

tus menjelang akhir 2020.Katanya, Kerajaan Negeri

memperuntukkan RM300 juta sepanjang enam tahun bagi mencapai gagasan Negeri Pin-

tar Utama (Premier Smart State) pada 2025 dan setakat ini sudah mencapai sasaran 26 peratus.

Sementara itu, Amirudin me- nganggap jemputan Kongres

Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara SMARTSEL Sdn Bhd

dengan Global Reach Technology UK (GLOBALREACH) dan Dune Global Sdn Bhd (DUNE GLOBAL) ketika Kongres Expo Smart City Dunia 2019 (SCEWC) di Barcelona, Sepanyol pada 20 November lalu

Page 2: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

2Utama

SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SEPANG - Pakatan Harapan (PA-KATAN) berpegang teguh pada prinsip mengekalkan tadbir urus lebih baik dalam memenu-hi harapan dan keperluan rakyat secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, PAKATAN mampu menerajui Kerajaan Pusat dengan mencipta lebih banyak kejayaan pada penggal hadapan sekiranya prinsip itu dikekalkan.

“Bukan mudah untuk kekal (prinsip) dan menolak politik populis perkauman, namun saya percaya kebenaran yang terton-jol pada 2018 dapat kita teruskan (penggal hadapan).

“Tetapi, dengan syarat, kita tunaikan segala tanggungjawab kepada rakyat termasuk mem-

berikan kemakmuran dan kese-jahteraan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan perayaan Deepavali 2019 peringkat Selangor di De-wan Orang Ramai, Sungai Pelek di sini pada 16 November lalu.

Turut hadir, EXCO Pember-dayaan & Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau; EXCO Kebudayaan & Pelancongan, Peradaban Me-layu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari serta Ahli Dewan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Amirudin berkata, politik adu domba berasaskan perkauman dan hasutan harus dilawan ke- rana dibimbangi akan mence-tuskan pergaduhan seterusnya menggugat keharmonian ne-gara.

Katanya, membezakan aras dan kedudukan politik berdasar-

kan kaum bukan amalan kerajaan PAKATAN, khususnya di Selangor.

“Kalau ikut perkembangan terkini, politik perkauman su-dah popular kembali. Pada 2018, orang sudah tinggalkan politik kaum dan sempit, tetapi tahun ini seolah-olah mereka menda- pat vitamin baharu yang muncul menjadi arus perdana.

“Bagaimanapun, PAKATAN per-lu bersikap dengan prinsip bahawa kita menolak politik sempit kerana Malaysia bukan negara satu kaum, sebaliknya dihuni melalui kesepa-katan semua kaum,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 ma- syarakat setempat pelbagai kaum hadir memeriahkan sam-butan perayaan itu dan mere-ka dihiburkan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian tradisional masyarakat India ser-ta nyanyian.

Penuhi keperluan tanpa prejudis

Lawan politik adu domba

SHAH ALAM - Integriti dalam kalangan penjawat awam Se- langor terus diperkasakan bagi membendung gejala rasuah, sekali gus memantapkan tadbir urus yang telus.

Pengarah Suruhan-jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Dato’ Alias Sa-lim berkata, usa- ha berterusan Kerajaan Negeri yang berkolabora-si dengan pihak- nya dalam pelbagai program wajar dipuji.

“Kita merancang untuk men-gadakan pelbagai program den-gan kerjasama pelbagai jabatan supaya ketirisan dan tahap in-tegriti penjawat awam sentiasa tinggi.

“Selangor beri kerjasama bagus mengumpul kakitan-gan awam bukan sahaja pihak berkuasa tempatan tetapi juga anak syarikatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian se-lepas merasmikan Konvensyen

Pegawai-Pegawai Integriti di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri, di Holiday Inn Glen-marie, di sini pada 18 November lalu.

Alias berharap pro-gram yang diadakan itu

memberi impak kepada kakitangan

apabila kembali bekerja.

“Mereka da-pat praktikkan di tempat kerja

selain program ini dapat memberi im-pak besar kepada

Kerajaan Negeri.“Peranan ketua unit juga

perlu bagi memastikan mereka menjalankan enam teras pen-ting dalam merangka program dan meningkatkan keyakinan masyarakt terhadap penjawat awam serta pada kakitangan kerajaan peringkat negeri,” ka-tanya.

Konvensyen itu dihadari kira-kira 500 penjawat awam meng-hadiri bermula jam 8 pagi hing-ga 4 petang.

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara Malaysia menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)

atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

Tingkat integriti penjawat awam, bendung rasuah

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 3: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

Utama3SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM350,000 bagi menjayakan Pertandin-gan Anugerah Kampung Tra-disi Terbaik tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, peruntukan besar itu bertujuan mengiktiraf kam-pung tradisi terbaik, sekali gus dijadikan kampung contoh atau mentor kepada kampung lain.

Katanya, ia juga sebagai usa-ha memajukan kampung yang ada serta memaksimumkan pen-gupayaan komuniti luar bandar khususnya dalam aspek kepimp-inan sosial dan ekonomi kam-pung.

“Tahun ini, kaedah penilaian dan skop pertandingan disemak semula, diperluas dan disesuai-kan dengan keperluan semasa.

“Pelbagai kategori dipertan- dingkan iaitu Pertandingan Kam-pung Tradisi Terbaik, Anugerah Usahawan Desa Terbaik, Anuge-rah Inovasi Kampung Terbaik dan Rumah Tradisional Tercan-tik,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap merasmikan Anuger-ah Kampung Tradisi Terbaik Se- langor di Hotel Acapella, di sini pada 16 November lalu.

Amirudin berkata, Pertandin-gan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Selangor 2019 dibaha-

gikan kepada dua kategori uta-ma iaitu Kategori Pinggir Bandar dan Kategori Luar Bandar.

“Ia dinilai berdasarkan ci-ri-ciri kedesaan dan kedudukan kampung serta empat kategori khas turut dipertandingkan ia- itu Kepimpinan, Ekonomi, Inova-si dan Rumah Tradisional Terbaik Selangor.

“Pertandingan Anugerah Kam-pung Tradisi Terbaik pada tahun ini sudah memasuki kali kelima penganjurannya selepas 2014, 2015, 2016 dan 2017.

“Setinggi-tinggi tahniah ke-pada semua kampung, peser-ta termasuklah mereka yang bekerja di belakang tadbir dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya.

Johan bagi Anugerah Kam-pung Tradisi Terbaik (Kategori Pinggir Bandar) dimenangi Kam-pung Perigi Nanas, Klang; naib juara, Kampung Padang Jawa, Petaling dan tempat ketiga, Kampung Sungai Tua Baharu, Gombak.

Bagi Kategori Luar Bandar, jo-han dimenangi Kampung Sun-gai Apong, Sabak Bernam; naib johan, Kampung Sijangkang, Kuala Langat dan tempat ketiga Kampung Kalong Tengah, Hulu Selangor.

Masing-masing berjaya mem-bawa pulang RM25,000 bagi jo-han; RM15,000 naib juara dan

Kampung tradisi terbaik bakaljadi mentor

Usaha upaya komuniti luar bandar

tempat ketiga RM10,000.Bagaimanapun, Amirudin turut

menasihatkan kampung yang tidak berjaya pada tahun ini, jan-gan berputus asa dan mereka boleh mencuba lagi pada tahun hadapan.

“Kepada kampung yang ber-jaya, diharapkan kejayaan anda dijadikan contoh serta pem-bakar semangat bagi kampung lain dan dapat memberikan panduan khususnya dalam as-

pek pengurusan kampung dan pembangunan ekonomi desa,” katanya.

Sementara itu, Pertandingan Persembahan Lagu “Kitakan Se-kampung” pula johan dimenan-gi Kumpulan Suarasa Kuang, Gombak yang berjaya memba-wa pulang RM5,000; naib juara, Kumpulan Taming Sari, Sabak Bernam (RM4,000) dan tempat ketiga, Kumpulan Azuara Gemi-lang, Petaling (RM3,000).

Ia dinilai berdasarkan ciri-ciri kedesaan dan kedudukan kampung serta empat kategori khas turut dipertandingkanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

SHAH ALAM - Skim Insurans Berkelompok Ketua Kampung bakal dilancar seawal tahun de-pan demi menghargai khidmat semua ketua kampung di ne-geri ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri memastikan Skim Insurans Berkelompok Ketua Kampung itu akan dilaksanakan sebaik- nya bagi memberi perlindungan kepada semua ketua kampung yang menghadapi bencana.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan dengan syarikat insurans bagi memastikan kelancaran dan

proses pelaksanaannya kelak berjalan dengan baik dan tera-tur.

“Malah, kita sudah menda- pat tawaran dan kini sedang dalam proses menilai beberapa agensi yang bersesuaian un-tuk mengambil Skim Insurans Berkelompok Ketua Kampung.

“Selepas ini, kita akan tengok tawaran agensi mana terbaik dan kita akan uruskan secepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui selepas merasmikan Anugerah Kampung Tradisi Ter-baik Selangor di Hotel Acapella, di sini, pada 16 November lalu.

Menerusi pembentangan Be-lanjawan 2020, Kerajaan Negeri mengumumkan Skim Insurans Berkelompok Ketua Kampung di Selangor.

Pencarum iaitu ketua kam-pung akan menerima perlindun-gan sekiranya berlaku kematian, hilang keupayaan kekal, manfaat belanja perubatan, elaun peng-hospitalan dan belanja penge-bumian yang disebabkan oleh kemalangan.

Insurans itu akan memberi pe-lindungan berjumlah RM15,000 untuk kematian dan cacat kekal, RM13,000 untuk caj hospital ser-ta khairat kematian RM1,000.

Skim insurans berkelompok dilancar tahun depan

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Amirudin Shari bergambar bersama peserta Anugerah Kampung Tradisi Terbaik dan Rumah Tra-disional Tercantik serta Pertandingan Lagu Kitakan Sekampung Selangor pada 16 November lalu

Page 4: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

4Utama

SelangorKini 21 - 27 November 2019

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melancarkan sistem My IPR bagi mengumpulkan maklumat pen-erima Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam tempoh terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sistem yang di-jangka dilancar pada Disember ini atau selewat-lewatnya Januari 2020 itu bakal mengumpulkan data semua penerima IPR secara bersepadu.

“Pelaksanaan IPR sebelum ini sememangnya mempunyai kele-mahan tertentu, iaitu data pen-erima terlibat tidak dikumpul di bawah satu bumbung.

“Disebabkan itu, kita terpaksa pergi dari agensi ke agensi ber-

kaitan untuk mengumpulkan data penerima ini untuk diletak di bawah satu unit data yang be-sar,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menjawab soalan tamba-han Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) pada sidang Dewan Negeri Selangor pada 13 November lalu.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri sebe-lum ini berhadapan masalah mencari kayu ukur terbaik dalam menentukan rekod penerima IPR.

“Jika kita menggunakan kayu ukur e-Kasih, kita akan dapat an-gka penerima tertentu dan jika guna kayu ukur Bantuan Sara

My IPR bantu kumpul data penerima

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri berhasrat mempergiatkan Pro-gram Bedah Buku bersiri mem-babitkan penterjemahan karya agung ke bahasa Melayu di Per-pustakaan Raja Tun Uda.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pendekatan itu diambil bagi mempromosikan perpustakaan awam berkenaan sebagai pusat rujukan orang ra-mai, selain meningkatkan kualiti pemikiran rakyat di negeri ini.

“Perpustakaan ini sudah mem-ulakan siri-siri bedah buku yang kita terbitkan bermula tahun ini.

“Walaupun tempatnya agak dalam tetapi kita akan cuba mempopularkan menjadi tem-

pat tumpuan ramai, di samping berkongsi maklumat dan buku yang akan diterjemahkan.

“Penterjemahan ini penting dan harus diperbanyakkan serta dilebarkan supaya pandangan mereka (karya) ini dapat dilihat daripada pelbagai konteks,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan, di sidang Dewan Negeri Selangor, di sini pada 12 November lalu.

Pada masa sama, katanya, se-takat ini lebih 22 karya penter-jemahan ke bahasa Melayu yang sudah diterbitkan daripada karya barat dan tempatan.

“Antara karya yang paling ce-pat habis ialah karya Al-Ghazali seperti Al-Munqidh Min Adala

Pergiat program bedah bukuPromosi karya agung

RAWANG - Sikap buruk se- setengah masyarakat dapat dili-hat dengan penemuan pelbagai jenis sampah termasuk almari di dalam Sungai Klang.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, sampah-sarap itu ditemui oleh organisasi bu-kan kerajaan, Clean Ocean yang menjalankan kerja-kerja pem-bersihan Sungai Klang menggu-nakan mesin Interceptor.

“Ketika membersih Sungai Klang, Iterceptor menyedut sampah terampai atau sampah dalam sungai. Pencipta me- sin penyedut sampah itu be- ritahu ada orang buang patung beruang besar ke sungai, mung-

kin selepas dia tidak dapat pu-juk teman wanitanya.

“Tidak cukup dengan itu, ada topi keledar, ada paka-ian, almari dan bermacam lagi ditemui dalam Sungai Klang. Sukar dibayangkan macam mana orang boleh buang almari ke dalam sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Karnival Alam Sekitar dan Kepenggunaan 2019 di Dataran Setia Tasik Biru, Kundang, di sini 16 November lalu.

Amirudin percaya, sikap membuang sampah di mera-ta-rata termasuk ke dalam sun-gai disebabkan sudah terbiasa

dengan gaya hidup tidak me-mentingkan kebersihan.

Katanya, akibat perbuatan itu, sungai tidak boleh diguna-kan sebagai sumber bekalan air kerana sudah tercemar.

“Malahan sekarang ada is-tilah mikro plastik iaitu plastik yang belum habis terhurai, di-makan ikan dan kemudian kita pula makan ikan itu,” katanya.

Amirudin berkata, masya-rakat awam perlu sedar keper- luan menjaga alam sekitar ada-lah tanggungjawab bersama, bukannya hanya menyerahkan kepada Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan atau EXCO Alam Sekitar sahaja.

Tergamak buang almari dalam sungai

Terdahulu pada 4 November lalu, Kerajaan Negeri mengumum-kan Interceptor 002 digunakan untuk pembersihan sungai di bawah Gerbang Maritim Selangor (SMG)

Hidup (BSH) pula kita akan dapat angka lain.

“Melalui penjajaran ini, saya akui sejak dari awal memang ada sedikit kekurangan, namun kita dapat kesan dan berikan kepada mereka yang layak,” katanya.

Penterjemahan ini penting dan harus diperbanyakkan serta dilebarkan supaya pandangan mereka (karya) ini dapat dilihat daripada pelbagai konteksAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

(pembendung kesesatan) dan beberapa karya lain khususnya berkenaan Maqasid Syariah atau ‘Islamic Jurisprudence’ yang kita terbitkan berulang kali,” katanya.

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 5: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

Utama5SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SERDANG - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meng-gesa kerajaan, industri juga pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk berganding bahu meningkatkan keupayaan bi-dang sekuriti makanan di ne-gara ini.

Baginda bertitah, ia perlu ditingkatkan melalui penggu-naan teknologi sistem perta-nian pintar yang mampu men-jana produktiviti dalam sektor pengeluaran makanan.

“Bidang sekuriti makanan ini harus dibangun bersama secara keutamaan termasuk menyediakan pelaburan atau dana penyelidikan dalam te-

knologi sistem pertanian.“Teknologi pertanian ini ter-

masuk sistem penentu kedudu-kan global (GPS) pertanian, na-noteknologi, robotik, automasi dan pertanian ketepatan beru-paya meningkatkan keupayaan serta daya saing pengusaha se-ktor pertanian,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Isti-adat Konvokesyen UPM ke-43, Di Dewan Besar, Pusat Kebu-dayaan dan Kesenian Sultan Sa-lahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, di sini pada 16 November lalu.

Sultan Sharafuddin, turut bertitah graduan usahawan tani yang dikeluarkan UPM boleh mengaplikasikan amalan ter-baik pertanian secara komersial dan berteknologi tinggi.

Justeru, titah baginda uni-versiti berkenaan perlu terus giat mentransformasikan te-knologi kepada satu bentuk produk atau pakej bersesuaian yang memenuhi kehendak dan permintaan pasaran.

“Kini, UPM sudah memfail-kan lebih 2,700 harta intelek, melesenkan 190 teknologi un-tuk dikomersial dan menjana jualan kasar pengkomersialan produk melebihi RM60 juta.

“Sebagai contoh, produk REMDII UPM yang bebas ster-oid sudah dipasarkan di le-bih 200 farmasi dan klinik di seluruh negara yang mem-bantu lebih 10,000 penghidap ekzema, terutama dalam kala-ngan bayi serta kanak-kanak,” titah baginda.

Sultan titah tingkat sekuriti makanan

Pemain industri, pakar digesa berganding bahu

Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalaman bersama graduan ketika Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali ke-43 di Serdang pada 16 November lalu

SHAH ALAM - Inisiatif penubu-han Casa De Cat diilhamkan Duli Yang Maha Mulia Tengku Per-maisuri Selangor, Tengku Per-masuri Norashikin menggamit perhatian isteri Tengku Mahkota Kelantan, Cik Puan Sofie Louise Johansson.

Menerusi laman sosial Ins-tagram, Selangor Royal Office berkongsi beberapa keping foto kunjungan mesra Cik Puan Sofie yang juga seorang pencinta hai-wan ke teratak kucing berkenaan di sini, pada 15 November lalu.

Cik Puan Sofie mempunyai mi-nat dan pandangan sama terh-adap nasib haiwan terbiar seperti kempen Selangor Bebas Haiwan Terbiar (SFS) yang dilancarkan Tengku Permaisuri Norashikin untuk menangani isu berkaitan di Selangor.

Casa De Cat cetusan idea baginda untuk dijadikan sebuah kediaman yang menempatkan dan mengumpul kucing terbiar diselamatkan Tengku Permaisuri Norashikin sendiri.

Setakat ini, Casa De Cat dihuni lima ekor anak kucing, manakala 12 ekor lagi yang turut diselamat-kan baginda dari jalanan, kini ditempatkan di beberapa lokasi berbeza.

Baginda yang juga Penaung Diraja program SFS kendalian Persatuan Pencinta Haiwan Se-langor (SPCA) sebelum ini ber-hasrat mewujudkan sebuah lo-kasi yang mampu menjadi transit kepada kucing terbiar sebelum mereka diambil sebagai haiwan angkat.

Kempen SFS dan SPCA ada-lah bagi menggalakkan orang awam menghubungi persatuan terbabit untuk menangani isu haiwan terbiar dalam komuniti masing-masing dengan program tangkap, kembiri dan lepas yang bersubsidi.

Sehingga kini, kempen berke-naan berjaya mengumpul dana RM170,000 termasuk sumban-gan daripada Yayasan Raja Muda Selangor berjumlah RM20,000.

Dana yang berjaya dikumpul hanya mampu digunakan untuk membiayai subsidi program kem-biri bagi kira-kira 3,000 haiwan terbiar sahaja.

Selain program tangkap, kem-biri dan lepas, SFS juga melobi untuk kerajaan tempatan turut mengamalkan cara yang le-bih berperikemanusiaan dalam menangani isu haiwan terbiar berbanding cara sedia ada iaitu tangkap dan bunuh.

Casa De Cat gamit perhatian Cik Puan Sofie

PELABUHAN KLANG - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan untuk bersama-sama menyertai Kejo-hanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) bagi edisi ke-30.

Berlangsung selama sembilan hari bermula 16 sehingga 23 No-vember, baginda yang menyertai pertandingan itu buat kali kedua

akan menggunakan kapal layar ‘Fujin’.

Pengurus Jabatan Acara dan Pelancongan Fokus Tourism Se- langor, M Faroul Mustaffa berka-ta, penyertaan Tengku Amir Shah akan menyerikan lagi saingan kali ini yang bermula di Pelabuhan Klang dan berakhir di Pulau Lang-kawi.

“Ini adalah kali kedua tuanku

menyertai kejohanan dan tahun lalu baginda hanya menyertai per-lumbaan di Pulau Pinang.

“Namun, tahun ini baginda akan bermula di Pelabuhan Klang dan akan belayar melalui semua ‘check point’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan The Raja Muda Selangor International Regatta Kali Ke-30 di Kelab Kapal Layar Diraja

Selangor, di Pelabuhan Klang pada 15 November lalu.

M Faroul berkata, edisi kali ini turut mempromosikan budaya dan adat resam diamalkan di Se- langor buat semua peserta sepan-jang empat hari.

Sebanyak 320 pelayar mem-babitkan 72 pasukan dari 34 nega-ra akan mengambil bahagian.

Empat ‘check point’ edisi kali

ini adalah Pelabuhan Klang, Pulau Pangkor, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

RMSIR yang mula dianjurkan pada 1990 adalah kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan pa-ling sukar di Asia Tenggara hasil il-ham Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Dato’ Johan Ariff dan Jonathon Muhiudeen.

Tengku Amir Shah berkenan sertai RMSIR edisi ke-30

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 6: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

6Utama

SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri meneliti semula proses pena-waran kepada pembeli yang menyewakan Rumah Selangor-ku sebagai langkah mengeka-ng isu penyewaan kepada pihak ketiga berleluasa.

EXCO Perumahan dan Ke-hidupan Bandar, Haniza Tal-ha berkata, pihaknya men-erusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengeluarkan notis bagi mendapatkan keterangan dar-ipada pembeli yang menyewa-kan unit berkenaan.

“Malah, kita juga melaksan-akan tindakan penyelarasan bersama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjalan-

kan operasi bersepadu untuk kesalahan yang bersampingan dengan isu penyewaan.

“Kesalahan penyewaan ini an-taranya membuat pengubahsua-ian tanpa kelulusan, pendawaian haram dan kacau ganggu ber-dasarkan peruntukan mengikut Akta Pihak Berkuasa Tempatan 1971 (Akta 171) serta Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya.

Beliau (PAKATAN-Lembah Jaya) berkata demikian menjawab per-tanyaan Azmizam Zaman Huri (PAKATAN-Pelabuhan Klang) ber-hubung tindakan Kerajaan Negeri kepada pemilik yang menyewa-kan Rumah Selangorku kepada pihak ketiga, pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini pada 12 November lalu.

Haniza berkata, sehingga kini

LPHS melakukan enam sesi la-watan tapak merangkumi 19 unit Rumah Selangorku bagi tujuan siasatan atas kesalahan penyewaan kepada pihak ketiga.

Katanya, enam unit Ru-mah Selangorku di Pangsapuri Azaria, Bandar Parkland dikelu-arkan notis selepas dipercayai menyewakan unit kepada war-ga asing.

“Siasatan di lokasi terbabit turut dijalankan di Pangsapu-ri Putra, Taman Putra Prima Pu-chong (2 unit); Pangsapuri Azaria, Bandar Parkland (10 unit) dan Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hill Kajang (1 unit); Pangsapu-ri De Palma, Setia Alam (2 unit); Pangsapuri De Kiara, Setia Alam (2 unit) dan Pangsapuri Trifo-lis, Bandar Bukit Tinggi, Klang (2 unit),” katanya.

Elak pembeli sewakan unit

Teliti semula proses tawaran Rumah Selangorku

SHAH ALAM - Perbincangan antara Kerajaan Negeri dan pe-megang taruh industri hartanah akan diadakan bagi menetap-kan nilai ambang baharu pemi-likan hartanah strata oleh warga asing.

Bagaimanapun, EXCO Peru-mahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, nilai am-bang baharu yang diputuskan nanti tidak semestinya sama seperti diumumkan Kemente-rian Kewangan dalam Belan-jawan 2020.

“Kita di Selangor akan meng-kaji unit yang sudah siap, be-rapa lama tak terjual dan faktor lain sebelum buat keputusan dasar untuk sementara ini.

“Kalau tiada halangan dan ada keputusan kita akan men-gubah nilai ambang bagi pemi-likan rumah warga asing tahun depan.

“Kadar penurunan tidak se-mestinya RM600,000 tetapi ada penurunan hanya untuk tahun 2020 sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pembukaan Ekspo Har-tanah & Perumahan Malaysia (MAPEX) Shah Alam/Klang di Central-I City Mall, di sini pada 15 November lalu.

Haniza berkata, pada masa ini dasar perumahan Selangor menetapkan nilai ambang bagi pemilikan rumah warga as-ing pada harga RM2 juta serta membabitkan unit strata sahaja.

Katanya, data dikeluarkan

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara dari Januari hingga Jun 2019 menunjukkan hanya 65 unit daripada 1,189 hartanah bernilai RM600,000 hingga RM1 juta yang dilancarkan tidak di-jual.

Manakala bagi hartanah bernilai RM1 juta dan ke atas terdapat 195 daripada 1,179 unit hartanah yang belum di-jual.

“Nilai rumah yang tidak terjual kira-kira RM281 juta. Jadi di Selangor unit berhar-ga RM600,000 dan ke atas ada 260 unit sahaja tidak termasuk pangsapuri perkhidmatan kera-na ia dikira unit komersial.

“Berbanding dengan negeri lain seperti Johor, Kuala Lum-pur dan Pulau Pinang, Selan-gor masih berada di kedudukan agak baik kerana tidak terlalu banyak rumah tak terjual,” ka-tanya.

Harga hartanah warga asing diumum tahun depan

Haniza Talha melawat ruang pameran Ekspo Hartanah dan Peru-mahan Malaysia (MAPEX), Shah Alam/Klang di Central I-City, Shah Alam pada 15 November lalu

SHAH ALAM - Kerajaan Neg-eri mengumumkan Program In-sentif Generasi Muda Selangor (iGems) melalui pemberian in-sentif RM300 seorang bagi per- kahwinan pertama.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairud-din Othman berkata, program penjajaran semula Insentif Per-kahwinan Belia itu mewajibkan pemohon yang layak menghadiri kursus kekeluargaan.

Katanya, sejumlah RM550,603 diperuntuk bagi 2019/20 dengan anggaran 1,500 belia berumur 40 tahun ke bawah akan mendapat manfaat.

“Program ini berkonsepkan pemberian insentif RM300 seo-rang bagi pemohon dan pasan-gan yang menepati syarat utama dengan menghadiri kursus sela-ma setengah hari secara bersa-ma.

“Kursus merangkumi aspek pengurusan kewangan, emo-si dan kemahiran keibubapaan ditekan bagi memenuhi keperl-uan ilmu rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Pro-gram Insentif Generasi Muda Se- langor (iGems) di Lobi Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada 13 November lalu.

Syarat utama permohonan ada-lah anak Selangor berusia 40 tahun ke bawah dan hanya layak untuk perkahwinan pertama sahaja.

Pendaftaran permohonan bo-leh dibuat melalui laman sesawang igems.yawas.my bermula 18 No-vember.

“Sebagai penghargaan kepa-da mereka yang terlepas Program Insentif Perkahwinan Belia, iG-ems dibuka kepada mereka yang berkahwin bermula 1 September 2018 hingga terkini.

“Bagi yang berkahwin 1 Sep-tember 2018 sehingga 31 Di- sember 2019, permohonan boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020.

“Manakala bagi yang ber- kahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh per-nikahan,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata,

Yayasan Warisan Anak Selangor akan bertindak sebagai agen-si pelaksana dan menguruskan keseluruhan program, manakala Lembaga Penduduk dan Pem-bangunan Keluarga Negara diberi mandat melaksanakan kur-sus.

Katanya, pelaksanaan kursus akan bermula pada Januari 2020 dan akan menjelajah ke sembilan daerah di Selangor.

iGems tawar insentif perkahwinan pertama RM600

Kita di Selangor akan mengkaji unit yang sudah siap, berapa lama tak terjual dan faktor-faktor lain sebelum kita buat keputusan dasar untuk sementara iniHANIZA TALHAEXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar

Program ini berkonsepkan pemberian insentif RM300 seorang bagi pemohon dan pasangan yang menepati syarat utama dengan menghadiri kursus selama setengah hari secara bersamaMOHD KHAIRUDDINEXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 7: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

Utama7SelangorKini 21 - 27 November 2019

KUALA LUMPUR - Kerajaan sen-tiasa memantau perkembangan ekonomi bagi memastikan per-tumbuhan kekal dalam landasan yang kukuh, kata Menteri Hal Eh-wal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia memandangkan pertumbu-han ekonomi negara masih ber-hadapan dengan risiko ketidak-tentuan ekonomi dan kewangan global serta sektor berkaitan ko-moditi.

Namun begitu, kerajaan men-

jangkakan sasaran pertumbuhan ekonomi pada 2019 sebanyak 4.7 peratus, boleh dicapai berdasar-kan prestasi petunjuk ekonomi utama seperti kadar pertum-buhan Indeks Pelopor (LI) yang menunjukkan momentum per-tumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Ia juga dalam fasa pengemba- ngan bagi tempoh empat hingga enam bulan ke hadapan.

Ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2019 mencatatkan pertum-

buhan pada kadar 4.4 peratus di- sokong oleh aktiviti domestik yang menggalakkan, terutama penggunaan swasta, menurut Azmin dalam kenyataan akhbar pada 15 November lalu.

Kedudukan sektor luar juga kekal mampan, dengan jumlah eksport bersih yang tinggi, mem-bolehkan akaun semasa imba- ngan pembayaran terus mencat-atkan lebihan.

Indeks Pengurus Pembelian (IPP) untuk sektor pembuatan juga

telah meningkat kepada 49.3 mata pada Oktober 2019, paras tertinggi dalam tempoh enam bulan.

Sementara itu, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurun-kan Nisbah Keperluan Rizab Ber-kanun (SRR) sebanyak 50 mata asas kepada 3.0 peratus, telah berkuat kuasa pada 16 November 2019.

Langkah itu diambil untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewa- ngan domestik bagi menyokong pasaran kewangan supaya ber-

fungsi dengan cekap seterusnya menggalakkan aktiviti ekonomi dalam negara.

Justeru, pertumbuhan ekonomi negara akan terus dipacu oleh ak-tiviti permintaan domestik yang menyumbang lebih 90 peratus ke-pada KDNK.

Katanya, pertumbuhan ini akan terus diterajui oleh penggunaan swasta terutama aktiviti berkaitan pelancongan domestik dan jualan akhir tahun sempena cuti sekolah. – BERNAMA

Pastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh

Kerajaan sentiasa pantau perkembangan

SHAH ALAM - Kecekapan ope- rasi Kumpulan Darul Ehsan Ber-had Waste Management (KDEB-WM) dalam menguruskan sisa pepejal ditingkatkan lagi de-ngan memeterai Perjanjian Petronas SmartPay Fleet Card Scheme.

Pengarah Urusan KDEB-WM, Ramli Mohd Tahir berka-ta, perjanjian dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) itu membolehkan subkontraktor mendapat kemudahan mengi-si minyak di semua stesyen mi-nyak Petronas dengan meng-gunakan Petronas SmartPay Fleet Card.

“Perkhidmatan yang dise-diakan oleh Petronas ini boleh

memudahcarakan operasi KDEB-WM agar lebih lancar, efisien dan kos berkesan.

“Bagi fasa pertama ini, sera-mai 146 subkontraktor KDEB-WM yang terdiri daripada cawangan Subang Jaya, Kuala Langat, Kajang, Selayang dan Ampang Jaya menerima kad terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Petronas SmartPay Fleet Card Scheme di antara KDEBWM dan PDB di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pada 12 November lalu.

Terdahulu, Ramli dan Pe- ngarah Urusan PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mo-

hamed Tahir menandatangani perjanjian Petronas Smart-Pay Fleet Card Scheme sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan EXCO Kera-jaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kam-pung Baru, Ng Sze Han.

Sementara itu pada sidang media majlis sama, Ramli ber-kata, selain mampu mengata-si isu ketirisan, sistem ini juga membolehkan KDEBWM me- ngumpul pelbagai data pen-ting membabitkan lori kompa-ktor yang digunakan.

Antaranya, KDEBWM mam-pu menilai jenis lori yang da- pat memberi kadar penjimatan terbaik.

KDEBWM-Petronas Dagangan Berhad tingkat operasi, elak ketirisan

Amirudin Shari (tengah) bergambar selepas Gimik pelancaran ketika Majlis Menandatangani Per-janjian Petronas Smartpay Fleet Card Scheme antara KDEBWM dan PDB di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 12 November lalu

SHAH ALAM - Pemain industri dan pengusaha kecil dan seder-hana (PKS) di negeri itu digesa mengikuti perkembangan te-knologi serta aplikasi ditawar SIRIM.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Indus-tri Kecil dan Sederha-na, Dato’ Teng Chang Khim berkata, langkah itu bagi membantu meningkatkan pro-duktiviti.

Katanya, untuk kekal relevan syarikat perlu melabur dalam tiga bidang utama iaitu automa-si, bakat mahir dan peningkatan kemahiran serta inovasi.

“SIRIM memainkan peranan penting dalam menyokong mat-lamat pembangunan perindus-trian negeri melalui peningkatan kemahiran dan pembangunan modal insan.

“Malah, Kerajaan Persekutu-an juga sudah memperuntukkan RM210 juta bermula tahun ini hingga 2021 untuk menyokong peralihan dan perpindahan ke Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Keterli-batan SIRIM-Industri di Auditori-um Dato’ Yahaya Ahmad, SIRIM, Seksyen 2, di sini pada 13 Novem-ber lalu.

Chang Khim turut memuji program anjuran SIRIM yang me-

nekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti, lati-han, pengujian serta pensijilan.

Katanya, SIRIM yang dilantik Kementerian Perdagangan Antara-bangsa dan Industri (MITI) bertindak se-bagai salah sebuah agensi untuk melak-sanakan penilaian ke-sediaan ke arah IR4.0.

“Justeru, pemain in-dustri digalak menyer-

tai program ini dan bekerjasama dengan SIRIM dan rakan kong-sinya, sekali gus memberi mak-lum balas kepada agensi terbabit untuk penambahbaikan supaya dapat berkhidmat lebih baik ke-pada pelanggannya,” katanya.

Selain MITI, program itu turut mendapat kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Ma-laysia, Perbadanan Pembangu-nan Perdagangan Luar Malaysia, Persekutuan Pekilang Malaysia, Malaysian Industrial Develop-ment Finance Bhd, MPC, Ma-chinery & Engineering Industries Federation, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Lebih 200 wakil daripada agensi kerajaan, persatuan in-dustri dan usahawan di Sela- ngor menyertai program berte-makan “Kelestarian Perniagaan dalam Pasaran yang Mencabar” itu.

Pemain industri disaran rebut kepakaran teknologi SIRIM

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 8: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

8Nasional

SelangorKini 21 - 27 November 2019

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar pulang semula kon-tena berisi jutaan sisa plastik dari luar negara yang tidak mematuhi syarat ditetapkan, kata Kemen-terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT berkata, kontena yang tidak memiliki lesen import sisa plastik, di samping kontena me- ngandungi sisa plastik yang tidak bersih dan tidak homogen antara yang akan dihantar pulang.

“Ia adalah antara langkah yang diambil bagi mengatasi import haram jutaan tan sisa plastik dari luar negara ke Malaysia,” kata KPKT dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen, pada 14 Novem-ber lalu.

Ia sebagai menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang mahu pihak ke-menterian menjelaskan apakah

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menolak dakwaan bahawa kem-pen Buy Muslim First (BMF) dapat mengurangkan harga barang.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Muez Abd Aziz berka-ta, dakwaan seumpama itu tidak berasas kerana harga barang dan produk adalah berdasarkan kepa-da tawaran oleh pengilang, pem-bekal serta peruncit.

Beliau berkata demikian se-bagai membalas dakwaan Ahli Parlimen Tumpat (Kelantan), Che Abdullah Mat Nawi daripada PAS yang dilaporkan berkata, bahawa kempen BMF berjaya menurun-kan harga barang secara drastik.

Muez berkata, pengilang, pem- bekal dan peruncit memberikan diskaun mengikut tempoh ter-tentu di pasar raya atau premis perniagaan, menyebabkan se- suatu produk yang ditawarkan itu menjadi lebih murah.

“Ia juga bergantung kepada inisiatif dan kempen jualan oleh pihak peruncit dalam bersaing

KUALA LUMPUR - Sebanyak 388,098 nama pemilih yang me- ninggal dunia telah dipotong daripada senarai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 2017 sehingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Ha-nipa Maidin berkata, jumlah itu termasuk 91,154 nama pemilih meninggal dunia yang dipotong daripada senarai itu sejak Januari hingga 31 Ogos tahun ini.

“Pada 2017, sebanyak 179,118 nama pemilih yang telah me- ninggal dunia dipotong daripada senarai daftar pemilih, manaka-la pada 2018 sebanyak 117, 826 nama telah dipotong,” katanya pada sesi jawab lisan pada persi-dangan Dewan Rakyat, pada 13 November lalu.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang mahu Perdana Menteri menyatakan langkah yang telah dan sedang diambil oleh SPR un-tuk membersihkan daftar pemi-lih.

Kenakan syarat lebih ketat

Malaysia pulangkan semula kontena sisa plastik

langkah kawalan yang telah dan akan diambil kementerian bagi mengatasi import haram jutaan tan sisa sampah dari luar negara ke Malaysia.

KPKT menegaskan hanya im-port sisa plastik yang bersih dan

homogen sahaja dibenarkan di-hantar ke Malaysia dengan an-tara yang diluluskan adalah sisa plastik yang berasal dari Jepun, Amerika Syarikat serta Eropah termasuk Asia Barat.

Negara itu membekalkan

sisa plastik berkualiti tinggi dan bersih seperti Acrylonitrile buta-diene styrene (ABS) lumps serta Polyethylene (PE) film.

KPKT turut mengenakan syarat lebih ketat bagi import sisa plas-tik HS Code dan kod tariff 39.15.

“Kementerian juga menjalan-kan operasi bersepadu bagi mengetatkan kawalan di pintu masuk Pelabuhan Persekutu-an dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Perbadanan Pe- ngurusan Sisa Pepejal dan Pem-bersihan Awam dan Pihak Ber- kuasa Pelabuhan,” kata kemente-rian.

Kementerian juga akan me-neliti isu berkaitan perundangan, peraturan, penguatkuasaan dan kawalan dari semasa ke semasa melalui platform Mesyuarat Ja-watankuasa Induk Pengurusan Skrap Plastik Import yang di-pengerusikan bersama Ketua Se-tiausaha KPKT serta Ketua Setiau-saha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Pe-rubahan Iklim (MESTECC). - BERNAMA

Tiada asas dakwa BMF turunkan harga barang

produk tempatan lebih penting selain turut menawarkan harga yang berpatutan.

“Kalau ada sekalipun (BMF), ia sudah ada dalam Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Pihak kami sedang bekerja keras untuk mempromosikan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

“Kita berpegang kepada itu sahaja. Kita hanya promosikan barangan tempatan dan ia lebih

penting,” katanya.Katanya, Kem-

pen Beli Bara- ngan Malaysia mampu memberi pilihan terbaik den-gan penjimatan se-hingga 20 peratus kepada pengguna bagi membeli ba-

rangan keperluan.Katanya, harga produk ‘house

brand’ yang jauh lebih murah berbanding jenama lain akan menjadi pilihan pengguna dan secara tidak langsung, mere-ka turut menyokong barangan buatan Malaysia.– BERNAMA

SPR bersih 389,000 nama pemilih meninggal dunia

Mohamed Hanipa berkata, SPR juga telah membersihkan nama mereka yang melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan daripada senarai daftar pemilih.

Beliau berkata, pada tahun 2017, sebanyak 11,799 nama pemilih yang hilang taraf ke-warganegaraan telah dipotong, 3,496 pada 2018 manakala dari Januari sehingga 31 Ogos lalu se-banyak 3,940 nama juga telah di-ambil tindakan sama.

Mohamed Hanipa berkata, pengemaskinian data itu di- buat berdasarkan maklumat yang didapati daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

“Pembersihan dan pengemas-kinian ini bagi memastikan pro- ses pilihan raya di negara ini ber-jalan dengan telus dan bersih,” katanya.

Ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai sistem pendaftaran automatik, Hanipa berkata, SPR akan cuba melaksanakan sistem itu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU15). – BERNAMA

Dakwaan seumpama itu tidak berasas kerana harga barang dan produk adalah berdasarkan kepada tawaran oleh pengilang, pembekal serta peruncit.DATUK MUEZ ABD AZIZKetua Setiausaha kementerian

sesama mereka untuk menarik perhatian peng-guna,” katanya ketika di-hubungi BERNAMA.

Muez berkata, ke-menterian juga tidak bercadang untuk mengubah atau memasuk-kan BMF dalam kempen Beli Ba-rangan Malaysia yang dijalankan sejak 1984.

Beliau menyifatkan cadangan BMF dibuat secara umum dan kementerian melihat promosi

Gambar hiasan

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 9: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Nasional9SelangorKini 21 - 27 November 2019

JASIN - Pelancaran teknologi 5G berkemungkinan bermula pada pertengahan tahun depan di ka-wasan dan industri yang memer-lukan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, pelancaran tek- nologi 5G itu tidak akan memberi tumpuan kepada negeri tertentu, sebaliknya fokus kepada kawasan dan jenis industri tertentu.

“Teknologi 5G ini telah me- mulakan projek rintis bulan Mei lepas dengan laporan awal telah dikemukakan kepada kita, seka-rang kita tunggu laporan lengkap (projek rintis itu). Apabila (lapo-ran itu) dikemukakan, saya akan bawa ke Kabinet.

“Kita perlukan sebuah polisi nasional untuk lancarkan (tek- nologi 5G) kemungkinan be-sar pertengahan tahun depan, ia suatu perkara boleh berlaku tetapi fokus kepada kawasan dan industri memerlukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Rumah Digital Anjung Gapam, di sini pada 16 November lalu.

Majlis itu dirasmikan Ketua

Menteri Melaka, Adly Zahari dan turut hadir EXCO Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kera-jaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee, serta Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Rosli Man.

Sementara itu, Gobind ber-kata, usaha kerajaan melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagaikan membina le- buh raya digital yang membawa pembangunan dan kemakmuran ekonomi kepada penduduk luar bandar.

Beliau berkata, melalui NFCP penduduk luar bandar terutama yang tinggal di kawasan terpen-cil memperoleh infrastruktur di- gital seperti kawasan bandar yang membolehkan mereka me- nikmati kemakmuran bersama menerusi ekonomi digital.

“NFCP menyediakan sa- ling hubungan mampan yang menyeluruh dan mampu milik bagi memberi kesejahteraan ke-pada rakyat serta kemakmuran negara. Ini adalah selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan kerajaan

untuk rakyat,” katanya.Sementara itu, Gobind berka-

ta, perkembangan pesat kemu-dahan internet telah menyebab-kan ia menjadi penting seperti kemudahan asas air dan elektrik, malahan kini kemudahan asas itu memerlukan internet untuk di-urus, justeru beliau mahu setiap rakyat di negara ini memiliki ak-ses kepada internet.

Katanya, sekiranya harga kemu-dahan itu diturunkan dan kua- liti ditingkatkan lebih ramai rak-yat dapat memilikinya, malahan menurut laporan Bank Dunia da-lam tempoh enam bulan pertama penurunan harga pakej internet baru-baru ini terdapat peningka-tan 21 peratus permintaan internet jalur lebar talian tetap.

“Hidup setiap rakyat akan berubah bila menggunakan inter-net, kita tidak mahu ada perbe- zaan antara rakyat ada akses dan tiada akses kepada internet. Pada saya internet ini bukan sahaja kemudahan asas tetapi mempe- rkasa semua pengguna dalam ka- langan rakyat daripada segi pen- getahuan,” katanya. – BERNAMA

Teknologi 5G dilancar pertengahan 2020

KUALA LUMPUR - Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit lain tidak boleh berdiam diri atau teragak-agak untuk mengambil tindakan balas sekiranya negara pengimport memilih untuk men-genakan halangan perdagangan yang berdiskriminasi, kata Perda-na Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad.

“Sekiranya ada sebarang buk-ti amalan perdagangan ber- diskriminasi seperti itu melang-gar mana-mana undang-undang antarabangsa, Malaysia dan ne-gara pengeluar lain yang berada di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu mendapatkan intervensi daripada Pertubuhan Perdaga- ngan Dunia (WTO),” katanya pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini pada 19

November lalu.Dr Mahathir berkata, Malaysia

dan negara pengeluar minyak sawit lain sedang meningkat-kan usaha untuk menyebarkan maklumat tepat mengenai perla-dangan minyak sawit lestari bagi menangkis dakwaan palsu ber-kaitan minyak sawit dengan fak-ta yang kukuh serta boleh diper-cayai.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun penghapusan manfaat cukai ke atas minyak sawit oleh kerajaan Perancis, Malaysia masih terus menerima permintaan mi- nyak sawit dari negara itu.

Pada 15 November lalu, peng-gubal undang-undang Perancis mengundi untuk menghapuskan manfaat cukai bagi penggunaan minyak sawit sebagai biofuel, su-sulan bantahan daripada aktivis alam sekitar terhadap keputu-sannya menggunakan tanaman

itu sebagai biofuel sehari sebe- lumnya.

Pada masa hadapan, Dr Ma-hathir berkata, industri minyak sawit perlu mengguna pakai dan melengkapkan dirinya dengan teknologi terkini serta inovasi un-tuk kekal berdaya saing dan rele-van.

“Teknologi baharu yang dise-

rapkan ke dalam keseluruhan rantaian nilai perlu menjadi pe-mangkin bagi pemodenan ke- seluruhan industri, menjadikan-nya lebih produktif dan cekap di samping meningkatkan pertum-buhan dan tokokan nilai.

“Mustahak bagi industri untuk beralih kepada penjenteraan dan memanfaatkan teras teknologi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), yang tidak hanya meningkatkan keseluruhan ke-cekapan operasi industri tetapi membawa kepada pembangu-nan lestari dengan operasi ke- tepatan jelas dicerminkan dalam bentuk pengurangan input bu-ruh dan produktiviti yang ber-tambah baik,” katanya.

Mengenai penggalakan mi- nyak sawit lestari, Perdana Men-teri berkata, negara akan terus berusaha mempromosikan Mi- nyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) sebagai jenama kelestar-ian Malaysia dan memastikan ia diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa.

Pada Oktober lalu, 60 pera-tus daripada kawasan ditanam kelapa sawit Malaysia dan 72.6 peratus daripada 448 kilang sawit telah mendapat pensijilan MSPO.– BERNAMA

Tingkat usaha sebar maklumat tepat

Jangan berdiam diri terhadap diskriminasi minyak sawit

Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan Kongres dan Pamer-an Minyak Sawit Antarabangsa 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 November lalu. Foto BERNAMA

Page 10: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

10Global

SelangorKini 21 - 27 November 2019

BANGKOK - ASEAN and China bersetuju untuk mengadakan satu lagi eksesais maritim bagi memupuk perdamaian di rantau ini.

Menteri Pertahanan Malay-sia, Mohamad Sabu berkata, ke- semua 10 negara anggota AS- EAN dan China pada prinsip ber-sama bersetuju untuk mengam-bil bahagian dalam latihan ten-tera laut pelbagai hala yang kedua itu.

“Kami bersetuju mengadakan eksesais maritim kali kedua itu bagaimanapun belum membin-cangkannya secara terperinci bila dan di mana ia akan diadakan.

“Eksesais bersama tentera laut

KUALA LUMPUR - Malaysia me- ngutuk sekeras-kerasnya sera- ngan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang meng-akibatkan kematian orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, kata Wisma Putra.

Menurut kenyataan kemente-rian itu, serangan Pasukan Perta-hanan Israel (IDF) adalah berlebi-han dan tidak seimbang, selain daripada tidak mengendahkan langsung semua undang-undang

Pupuk perdamaian di rantau

ASEAN-China setuju adakan eksesais maritim

merupakan satu lagi usaha oleh ASEAN dan China dalam mem-pastikan keamanan serta kestabi-lan di rantau ini,” katanya kepada pemberita pada 17 November lalu.

Ditanya sama ada eksesais maritim itu akan menjadi acara tahunan, Mohamad berkata, “ia belum diputuskan lagi.”

Terdahulu, Mohamad meng-hadiri Permukiman ASEAN+ 1(China).

Mohamad berada di Bangkok bagi menghadiri Permukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Per-tahanan ASEAN ke-13 (ADMM) dan ADMM-PLUS ke-6. Thailand merupakan pengerusi ASEAN ta-

hun ini.ADMM adalah mesyuarat

dalam kalangan menteri per-tahanan 10 negara anggota ASEAN bagi membincangkan

AN and China mengadakan lati-han tentera laut yang pertama di pangkalan tentera laut Zhanjiang di selatan China.

Pada September tahun ini, ASEAN dan Amerika Syarikat mengadakan eksesais maritim pertama bermula dari Pang-kalan Tentera Laut Sattahip di Thailand serta berakhir di Si- ngapura.

Dipimpin bersama oleh Ame- rika Syarikat dan Tentera Laut Diraja Thai, eksesais itu merenta-si perairan antarabangsa di Asia Tenggara termasuk Teluk Siam serta Laut China Selatan sebelum berakhir di Singapura. – BERNAMA

Barista Malaysia juara Seni Latte DuniaKUALA LUMPUR - Barista dari Malaysia, Irvine Quek Siew Lhek sekali lagi berjaya mengharum-kan nama negara dengan me-menangi satu lagi kejohanan seni latte dunia.

Selepas memenangi Kejo-hanan Seni Latte Dunia 2018 (WLAC) dianjurkan World Coffee Events tahun lalu, tahun ini beliau memenangi Pertandingan Seni Latte Dunia 2019 (WLAB) dianjur-kan World Coffee Battle di Korea Selatan.

Pada pertandingan itu, Irvine mengalahkan barista dari Korea Selatan, Kim Young Jin, selepas mengumpul 73 mata, berban- ding Kim yang hanya mendap-at 63 mata, pada pertandingan yang diadakan di Seoul, Korea Selatan.

“Saya menang tahun ini pada tarikh yang sama tahun lalu, sele-pas 365 hari saya berjaya menang sekali lagi.

“Ia masa yang amat sukar bagi saya dan ia penuh dengan teka-nan bagi membuat persediaan, saya amat gembira kerana ber-jaya dan saya rasa amat gembira kepada semua yang menyokong saya dan saya gembira saya tidak mengecewakan anda semua,” katanya dalam catatan di Insta-gramnya; irvine_nj.

Irvine ketika menceritakan kegembiraannya kerana me-menangi kejohanan itu berkata; “Rasa bangga untuk berada ber-sama yang terbaik di atas pentas pertandingan yang sama, anda semua adalah mengagumkan dan anda semua menjadi inspira-si saya,” katanya.

Irvine dalam Instagramnya memaparkan seni corak latte see-kor beruang dengan ikan di mu-lutnya, yang direka khas untuk kejohanan itu.

“Buat pertama kalinya saya ambil masa tiga bulan untuk buat hanya satu corak, cuba untuk menjadikan ia satu corak yang sempurna dan buatkan ia lebih realistik dan berimpak,” katanya. - BERNAMA

Kutuk serangan Israel, orang awam jadi korban

Letusan api kelihatan berikutan serangan udara Israel di Khan Yunis, Gaza Selatan pada 15 Novem-ber lalu dan serangan terbaharu Israel terhadap sasaran Jihad Islam melemahkan gencatan senjata yang berlaku selepas pertempuran minggu ini membunuh 34 rakyat Palestin. Foto AFP

antarabangsa.“Malaysia teguh dengan pen-

diriannya membantah sekeras- sekerasnya kepongan berteru-san ke atas Gaza yang merupa-kan hukuman kolektif dan me- ngakibatkan penderitaan dan kesusahan yang memeritkan ke-pada penduduk Gaza dan orga- nisasi bantuan kemanusiaan di Semenanjung dan kawasan lain di Wilayah Palestin yang didudu-ki Israel.

“Malaysia menggesa masya- rakat antarabangsa untuk me- ngambil tindakan serius bagi mengakhiri pendudukan haram Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka,” kata- nya.

Ia juga menggesa kesemua pi-hak menahan diri dan menghor-mati perjanjian gencatan senjata untuk mengelakkan lebih ramai lagi orang awam terkorban.– BERNAMA

Kesemua 10 negara anggota ASEAN dan China pada prinsip bersama bersetuju untuk mengambil bahagian dalam latihan tentera laut pelbagai hala yang kedua ituMOHAMAD SABUMenteri Pertahanan Malaysia

mekanisme pertananan dalam memupuk keamanan dan kesta-bilan di rantau ini serta menge- ratkan kerjasama pertahanan strategik.

Eksesais maritim buat pertama kali diadakan pada 2015.

Pada Oktober tahun lalu, ASE-

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 11: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

NSTITUSI kampung khu- susnya Kampung Tradisi memainkan peranan yang sangat penting dalam struk-tur organisasi pentadbiran

Kerajaan Negeri. Ketua Kampung dilantik bertindak sebagai wakil pimpinan Kerajaan Negeri di peringkat awal umbi yang akan membantu menguruskan serta mentadbir kampung berteraskan dasar yang ditetapkan.

Mereka juga bertindak sebagai pemim- pin dan ketua masyarakat dalam kalangan penduduk bagi memastikan keharmonian dan kebersamaan penduduk kampung sen-tiasa berada dalam keadaan terbaik.

Selain itu, Ahli Majlis Pengurusan Ko-muniti Kampung (MPKK) di peringkat kampung diketuai ketua biro yang dilantik akan bertanggungjawab membantu meran-cang dengan menggunakan sumber diperun-tuk bagi membentuk masyarakat kampung yang bersatu padu dalam usaha mengem-bleng tenaga dalam melaksanakan penam-bahbaikan untuk menjadikan kampung mereka indah dan tersusun selaras dengan pembentukan desa berkualiti.

Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor adalah pertandingan yang direncanakan Kerajaan Negeri untuk me- lahirkan kampung terbaik melalui pelbagai aspek yang dikenal pasti antaranya aspek kepimpinan, ekonomi dan inovasi.

Pertandingan Anugerah Kampung Tra-disi Terbaik pada tahun ini memasuki kali kelima penganjurannya selepas 2014, 2015, 2016 dan 2017 yang menyaksikan tahun itu pelbagai kategori dipertandingkan seper-ti pertandingan Kampung Tradisi Terbaik, Anugerah Usahawan Desa Terbaik, Anuger-ah Inovasi Kampung Terbaik dan Rumah Tradisional Tercantik.

Tahun ini, kaedah penilaian dan skop

pertandingan disemak semula, diperluas dan disesuaikan dengan keperluan semasa. Pertandingan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2019 dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Pinggir Bandar dan Luar Bandar berdasarkan ciri kedesaan serta kedudukan kampung juga empat kategori khas dipertandingkan iaitu Kepimpinan, Ekonomi, Inovasi dan Rumah Tradisional Terbaik Negeri Selangor.

Untuk itu, Kerajaan Negeri memperun-tuk RM350,000 untuk penganjuran ke- seluruhan pertandingan ini. Ia adalah jum-lah besar diperuntuk untuk mengiktiraf kampung tradisi terbaik di Selangor untuk dijadikan kampung contoh (role model) atau mentor kepada kampung lain dalam usaha memajukan kampung yang ada ser-ta memaksimakan pengupayaan komu-niti luar bandar khususnya dalam aspek kepimpinan sosial dan ekonomi kampung.

Kecemerlangan sesebuah Majlis Pen-gurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kampung tidak setakat bergantung pada ketua kampung sahaja. Tetapi kecemer-langan kampung hasil kerjasama padu antara semua Ahli MPKK dan penduduk. Bagaimanapun tidak dinafikan peranan ketua kampung sangat penting kerana tuan- tuan adalah teraju di dalam kampung terse-but.

Sebagai pemimpin, tugas yang dia-manahkan juga adalah ibadah apabila kita melaksanakannya dengan cara yang betul dan telus. Kita perlu sentiasa ingat baha-wa amanat yang diberi oleh rakyat dengan memilih kita sebagai pemimpin mereka, perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mengecewa dan menghampa-kan harapan mereka.

Sejak dahulu lagi, pembangunan desa adalah perkara yang menjadi antara fokus

utama pentadbiran Kerajaan Negeri. Hal ini kerana penduduk desa masih ketinggalan daripada segi pendapatan per kapita ber-banding penduduk di kawasan bandar.

Kerajaan Negeri ingin mengubah strategi pembangunan desa ke arah satu konsep yang menyeluruh dan berstrategi bagi memasti-kan pembangunan luar bandar terutama di kawasan kampung dapat dipertingkatkan se-cara bersepadu serta mampan.

Ini bertujuan untuk meningkatkan pen-dapatan penduduk kampung ke tahap yang maksimum serta mewujudkan semangat kekitaan kitakan sekampung melalui pro-gram yang direncanakan seperti Program Sayangi Desa agar objektif ini dapat menca-pai matlamatnya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga kini giat membangun serta meluaskan konsep Sela- ngor Maju Bersama seperti yang dimaklum-kan di dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019. Di dalam Pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan Negeri mengu-mumkan Skim Insurans Berkelompok bagi Ketua Kampung di dalam Selangor (Tradisi, Bagan, Baru dan Ketua Komuniti India).

Pencarum iaitu ketua kampung akan me-nerima perlindungan jika berlaku kematian, hilang keupayaan kekal, manfaat belanja perubatan, elaun penghospitalan dan belanja pengebumian disebabkan kemalangan. In-surans ini akan memberi pelindungan ber-jumlah RM15,000 untuk kematian dan cacat kekal, RM13,000 untuk caj hospital serta khairat kematian RM1,000.

Kerajaan Negeri memastikan Skim In-surans Berkelompok Ketua Kampung ini dilaksanakan dengan sebaiknya sebagai penghargaan dan keprihatinan kita terhadap komitmen serta jasa bakti yang ditunjukkan ketua kampung.

Kerajaan Negeri akan meneruskan

perbincangan dengan syarikat insurans bagi memastikan kelancaran dan proses pelak-sanaannya kelak berjalan dengan baik serta teratur. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Luar Ban-dar, Desa dan Kampung Tradisi meranca- ng melaksanakan pelbagai program pada 2019 membabitkan semua peringkat bagi memperkasa serta memberdayakan insti-tusi kampung juga desa bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Pemba- ngunan Ekonomi Desa sebagai fokus utama hala tuju negeri bagi 2020.

Sehubungan itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahni-ah kepada semua kampung, peserta ter-masuk mereka yang bekerja di belakang tabir yang mengambil bahagian di dalam Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Ne- geri Selangor 2019.

Kepada kampung yang tidak berjaya pada tahun ini, jangan berputus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Kepada yang berjaya, diharapkan ke-jayaan anda pada tahun ini akan dijadikan contoh serta pembakar semangat bagi kam-pung lain dan dapat memberikan panduan kepada yang lain khususnya di dalam aspek pengurusan kampung dan pembangunan ekonomi desa.

Saya akhiri ucapan saya pada petang ini dengan ucapan terima kasih dan seting-gi-tinggi penghargaan kepada semua ketua kampung yang sudah melaksanakan amanah diberikan Kerajaan Negeri dengan baik ser-ta komitmen ditunjukkan semua ahli MPKK sepanjang Program Anugerah Kampung Tradisi Terbaik ini berlangsung.

Ucapan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2019, pada 16 November 2019

Skim Insurans BerkelompokSkim Insurans Berkelompokhargai perananhargai peranan ketua kampungketua kampung

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 21 - 27 November 2019

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 12: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

Album Klik!13SelangorKini 21 - 27 November 201912 SelangorKini 21 - 27 November 2019

KIRIPelajar Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Alam mengadakan persembahan kebudayaan di Seksyen 23, Shah Alam l ASRI SAPFIE

KANANAksi pemain pasukan UiTM FC dan Pasukan Northern Territories Australia ketika perlawanan persahabatan antarabangsa Kelab Australia di UiTM, Shah Alam l HAFIZ OTHMAN

KIRIPelajar dari pelbagai Sekolah Rendah Agama Integrasi menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat Negeri Selangor Sekolah-Sekolah Agama Selangor kali ke-5 di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangil HAFIZ OTHMAN

KANANPekerja memasang siling bangunan Dewan Bankuet MBSA di Seksyen 13, Shah Alam l ASRI SAPFIE

KIRIPeminat pokok hiasan meneliti pokok Bromeliad di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia,Serdang I FIKRI YUSOF

KANANPeserta Program Bengkel Kraftangan Gubahan Set Hantaran di Dewan Majlis Perbandaran Klang E-Library, Klang I REMY ARIFIN

KIRIPeserta menari tarian tradisonal Majlis Anugerah Kampung Tradisi Terbaik di Hotel Accapella Seksyen 13, Shah AlamI REMY ARIFIN

KANANPengunjung bermain catur gergasi ketika hari tanpa kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam I FIKRI YUSOF

Bergambar bersama peserta bengkel pembuatan sabun anjuran Kelab Rukun Tetangga Taman Kajang Utama, Kajang

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

Menyerahkan sijil kepada peserta kursus jahitan di Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah, SepangADN TANJONG SEPAT

Borhan Aman Shah

Menyantuni penduduk ketika Sambutan Deepavali di Taman Samudera, Gombak

ADN GOMBAK SETIAHilman Idham

Menyempurnakan majlis perasmian Hari Apresiasi Ilmu SK Assunta Satu, Petaling Jaya

ADN TAMAN MEDANSyamsul Firdaus

Menyiram pokok sebagai simbolik perasmian Program Hijaukan Sekinchan di Kampung Baru Site A, Sekinchan

ADN SEKINCHANNg Suee Lim

ADN BATANG KALIHarumaini Omar

Menyampaikan sijil kepada peserta Bengkel Pengacaraan Bersama Luqman Hakim di Kampung Sentosa, Batang Kali

Page 13: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

14ADN

SelangorKini 21 - 27 November 2019

SPRM sambut baik cadangan Selangor

ADN perlu isytihar harta

Dato’ Alias Salim menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Pegawai-Pegawai Integriti di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam pada 18 November lalu

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Tindakan Selan-gor mahu setiap Ahli Dewan Ne- geri (ADN) mengisytiharkan har-ta masing-masing bagi menja-min ketelusan dan mengelakkan pembabitan salah guna kuasa oleh wakil rakyat dipuji Suruhan-jaya Pencegahan Rasuah Malay-sia (SPRM).

Pengarah SPRM Selangor, Da- to’ Alias Salim berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha Kerajaan Selangor menjadi negeri yang telus dan berintegriti walaupun setakat ini belum ada peruntukan mewajibkan semua ADN melaku-kan perkara itu.

“Tiada peruntukan mewajib-kan mereka membuat pengisyti-haran harta.

“Bagaimanapun, kita me- nyambut baik dan mengalu-alu-kan usaha Kerajaan Negeri su-paya Selangor terus menjadi negeri yang telus dan berinteg-

mempertimbangkan saranan SP- RM supaya ADN turut mengisy-itharkan harta seperti dilakukan Ahli Parlimen, Dato’ Menteri Besar dan EXCO.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, pihaknya akan merangka mekanisme dan me- lakukan perbincangan lanjut berhubung perkara itu kerana keutamaan pengisyitiharan har-ta sebelum ini tertakluk kepada kuasa eksekutif.

“Kita sedia merangka dan berbincang jika ada keperluan untuk ADN isytihar harta seperti di Parlimen.

“Tetapi sebahagian besar (ADN) tidak terbabit dalam kua-sa eksekutif, sebab itu keputu-san Kerajaan Negeri sebelum ini mengehadkan kita isytihar harta pada EXCO,” katanya.

Pasang bidal jimatkan air

KLANG - Pengurusan Air Sela- ngor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan bidal iaitu satu produk baharu menjimatkan air secara percuma kepada pen-duduk Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, di sini pada 17 No-vember lalu.

Ahli Dewan Undangan Ne- geri Pelabuhan Klang, Azmizam Huri berkata, pengguna disaran menggunakan bidal pada pili di kediaman masing-masing kera-na alat penjimatan air hasil ino-vasi Air Selangor itu membantu menjimatkan penggunaan air sehingga 10 peratus.

“Selain kempen menjimat-kan air, Kerajaan Negeri juga

mahu memberikan penerangan dan penjelasan mengenai inisiatif peduli rakyat.

“Salah satu yang terkandung dalam inisiatif itu ialah pemberi-an air percuma tetapi dengan cara penjajaran semula bagi mengenal pasti hanya penerima yang be-nar-benar layak boleh menerima skim air percuma ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih Bandar Parklands DUN Pelabuhan Klang di Padang Awam Pangsapu-ri Arista. Yang turut dihadiri Jabat-an Perkhidmatan Pengebilan Air Selangor, Yusof Saroji.

Katanya, menerusi penjajaran semula skim air baharu itu, Kera-

jaan Negeri menetapkan air per-cuma hanya layak diterima oleh keluarga yang isi pendapatan- nya RM4,000 dan ke bawah.

Bagaimanapun, katanya, me- reka yang layak menerima air percuma itu perlu memohon sama ada secara dalam talian atau mengisi borang.

Sementara itu, Yusof berka-ta, pihaknya turut membuka kaunter pertanyaan dan pen-daftaran bagi Skim Air Percuma Selangor untuk penduduk di ka-wasan terbabit.

Katanya, penduduk juga di-nasihat supaya memasang bidal bagi memastikan penggunaan air dapat dijimatkan.

Katanya, ekoran penamba-han penduduk, penggunaan air domestik juga sentiasa men-ingkat dan peningkatan itu me- ningkatkan kos penyelengga-raan air.

“Pengguna disarankan sen-tiasa berjimat dan menghargai pemberian air percuma ini untuk manfaat bersama,” katanya.

Pada program itu, penduduk turut disajikan dengan bebe- rapa aktiviti menarik seperti sukaneka, tarik tali dan cabutan bertuah.

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N16N16 SUNGAI TUASUNGAI TUA

nNama: Amirudin Shari

nUmur: 39 tahun nNegeri kelahiran: Johor

nAnak: Enam orang

nMakanan kegemaran: Masakan kampung

nAktiviti masa lapang Membaca

nPendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia Universiti Putra Malaysia

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Koordinator Institut Kajian Dasar

n Alamat pejabat ADN: Jalan 1, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

nNombor telefon ADN: 03-6187 5950

nE-mel: [email protected]

N16 SUNGAI TUA

Pihaknya mengalu-alukan usaha Kerajaan Selangor menjadi negeri yang telus dan berintegriti walaupun setakat ini belum ada peruntukan mewajibkan semua ADN melakukan perkara ituDATO’ ALIAS SALIMPengarah SPRM Selangor,

riti,” katanya.Beliau berkata demikian se-

lepas merasmikan Konvensyen Pegawai-Pegawai Integriti di ba-

wah Pentadbiran Kerajaan Ne- geri, di Holiday Inn Glenmarie, pada 18 November lalu.

Sebelum ini, Selangor sedia

Page 14: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

15SelangorKini 21 - 27 November 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

IAPA sangka anak tempatan mampu menghasilkan ka-sut buatan tangan jenama sendiri sehingga mendapat sambutan menggalakkan

pelanggan yang mahukan alternatif bagi rekaan sama setaraf jenama antarabangsa.

Chedora Ismail, 36, begitu teruja den-gan sepatu sehingga menjadi pengumpul kasut sejak di bangku sekolah. Begitulah titik tolak dia berkecimpung dengan serius dalam perniagaan kasut.

Namun, pengasas Choctopbychedo-ra itu sedikit kecewa apabila kebanyakan kasut di pasaran tidak menepati kehendak dan hanya bercorak ‘plain’ (kosong) serta warna yang tidak pelbagai.

“Daripada situ, idea menghasilkan kasut dengan pelbagai corak dan reka bentuk tercetus. Saya mahukan reka bentuk dan coraknya lebih muda juga segar sesuai dengan jiwa saya.

“Walaupun tiada pengalaman dan pengetahuan khusus dalam bidang pem-buatan kasut, saya tekad dan berazam mahu mengeluarkan kasut sendiri,” katan-ya kepada SelangorKini.

Atas minat yang mendalam itu, secara tidak langsung membuatkan dia mula be-lajar mengenai pasaran kasut dan selok- belok cara berniaga kasut, sejak 2013.

Sepanjang tempoh itu, dia semakin matang dalam per-niagaan dan belajar menge-nai hukum permintaan ser- ta bekalan, memahami ke-hendak juga minat pelang- gan selain sentiasa belajar daripada kesilapan.

“Saya bersyukur kerana keluarga dan rakan memberi sokongan serta galakkan un-tuk serius dalam perniagaan ini,” katanya.

Chedora berkata, menjadi cabaran apa-bila perlu memastikan kasut yang direka sesuai dengan cuaca di sini, malah corak dan reka bentuk juga perlu menepati ke-hendak semua lapisan.

“Saya perlu belajar bagaimana corak dan reka bentuk ini boleh dipakai daripa-da kanak-kanak, remaja hingga dewasa,” katanya.

Revolusi corak curi hati peminatUniknya, kasut Choctopbychedora tu- rut mengetengahkan corak seperti batik, songket dan abstrak yang sebelum ini hanya direka pada kain pasang serta pakaian.

Selain cantik dan seni pembuatan yang halus, revolusi kasut dengan corak berke-naan mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda ketika pering-

kat permulaan perniagaan hingga kini.

Choctopbychedora mempu-nyai kira-kira 12 jenis reka ben-tuk dengan 80 corak berbeza antaranya kasut baji, klasik Mary Jane serta abstrak dan ‘paisley’.

Antara material yang digu-nakan seperti kapas, kanvas dan polyurethane dengan saiz empat hingga 14 bagi dewasa

serta kanak-kanak antara 21 hingga 34.Selain harga berpatutan antara RM69

(kanak-kanak), RM99 (dewasa) dan RM119 (edisi khas), kasut keluaran Choctopbyche-dora dihasilkan menggunakan material berkualiti yang diimport dari Thailand, In-donesia dan China yang dijahit rapi.

“Saya juga menerima tempahan corak. Mereka hanya perlu tempah dan saya akan buat seperti yang diminta. Setiap dua atau tiga bulan kita akan tukar corak, malah seti- ap rekaan hanya dikeluarkan dalam kuan-titi yang terhad,” katanya.

Tembusi pasaran luarTidak hanya dipasarkan di dalam negara, kasut rekaan Chedora mendapat tempat dalam kalangan peminat di Singapura, Brunei, Australia dan Arab Saudi.

Malah, katanya, dia turut membekalkan kasutnya kepada pelanggan di Singapura

atas jenama pelanggan itu sendiri.“Kita mempunyai tujuh ejen dan ‘drop-

ship’ di seluruh negara yang memasarkan kasut ini dengan cara mereka sendiri. Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen dengan hanya ber-modalkan RM2,700.

“Namun, saya hanya sasarkan lima ejen lagi kerana bimbang bekalan tidak men-cukupi. Sambutan yang diterima di luar jangkaan walaupun pada peringkat per-mulaan.

“Walaupun ia hanya dijual menerusi media sosial Instagram, namun kami men-erima tempahan lebih 250 pasang sehari,” katanya.

Chedora berkata, walaupun berge-lumang dengan pahit dan manis per-niagaan, namun tidak mematahkan se-mangatnya untuk terus menghasilkan kasut yang selesa serta lembut dipakai sehingga merancang membuka sebuah kedai.

Koleksi Choctopbychedora boleh di-beli secara dalam talian dan bagi mereka yang ingin melihat koleksi Che Dora, boleh mengunjungi laman Instagram atau Face-book Choctopbychedora serta secara ‘walk in’ di rumahnya menerusi temujanji ter-lebih dahulu.

S

Teks NORHAYATI UMOR Foto HAFIZ OTHMAN

Choctopbychedora Choctopbychedora setaraf setaraf jenama antarabangsajenama antarabangsa

Kasut buatan tangan anak tempatan

‘Teruja’ dengan sepatu sehingga

menjadi pengumpul kasut

sejak di bangku sekolah. Begitulah titik tolak Chedora

berkecimpung secara serius

dalam perniagaan kasut

Choctopbychedora

Page 15: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH JAUHAR SENAPI

Empat unsur peribahasa Melayu adalah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan.

Semua unsur ini merangkul peri-bahasa menjadi elemen penting bahasa Melayu sebagai baha-sa kebangsaan dan komunikasi seharian. Menurut Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, peribahasa merupakan salah satu “kegeniusan bangsa Melayu”. Justeru, mari kita perhitungkan kembali dalam bicara kita hari ini, apakah terselit genius ini?

Kebanyakan peribahasa terbi-na dari unsur alam. Seperti prosa dan puisi tradisional, unsur alam yang dekat dengan sekeliling manusia menjadi sumber inspira-si untuk mengindah dan meleng-kapkan peribahasa.

Selain itu, benda, tindakan, kejadian dan pelakuan sehari-an pada waktu itu turut menjadi unsur dalam penelitian sebelum dipindah ke dalam bentuk peri-bahasa. Semua ini ramuan yang menjadikan peribahasa sebagai wadah komunikasi berkesan.

Sebagai contoh simpulan ba-hasa “cakar ayam” yang memba-wa maksud tulisan yang buruk dan sukar dibaca. Mengapa perlu digunakan pelakuan haiwan se-bagai sinonim tulisan buruk? Hal ini memberi ringkasan terhadap situasi itu lalu melayarkan imagi-nasi kepada manusia.

Kita akan lantas terbayangkan bagaimana seekor ayam imenca-kar dan bagaimana bentuk dan hasil cakarannya. Begitu juga dengan “buah tangan”, “jalan ten-gah”, “lintah darat” dan “tali barut”.

Namun begitu, pada zaman moden begini berapa ramaikah antara kita yang masih merasa berselut di sawah? Berapa ra-maikah yang memugar tanah di kaki hutan? Berapa ramaikah turun ke laut menangkap ikan? Dan berapa ramaikah menar-ik hidung lembu ke padang ra-gut? Ironinya, seperti peribahasa sendiri, hidup kita semakin diper-

mudah teknologi dan perkem-bangan ekonomi. Kita membeli ayam yang sudah siap disembelih dan dipotong dari pasar raya. Kita menghantar mesej WhatsApp atau Facebook yang dapat diter-ima kawan kita dengan pantas. Seperti peribahasa yang suatu ketika dahulu memudah dan memantaskan sesuatu deskripsi berkenaan situasi, tindakan atau pelakuan. Secara tidak langsung ini memberi gambaran bahawa kita sebenarnya sudah jauh dari-pada alam menghijau mahupun haiwan. Mungkin segelintir dar-ipada kita masih tinggal di kam-pung dan merasai keindahan alam tetapi ia tidak sama seper-ti dahulu. Keindahan alam han-ya tinggal pada foto-foto yang dimuat naik ke media sosial, pada kata-kata pembuka majlis dan tulisan dan yang terakhir seka-li pada puisi tradisional kita. Ja-rak kita dengan alam yang jauh menyebabkan peribahasa terasa

asing di bibir. Ia tanggal daripada lidah memori tanpa kita sedari.

Bahasa juga adalah cerminan penggunanya. Jika kasar dan kotor ba-hasanya maka si peng-gunanya kemungkinan besar bersikap sebegi-tu. Seperti kata pepatah “adakah dari telaga yang jernih akan mengalir air yang keruh?” Kehidupan moden yang serba pantas sedikit sebanyak terbias

pada apa yang kita ucapkan. Per-cakapan sudah menjadi singkat dan kurang, baik di pejabat mah-upun di rumah. Kerana wujudnya alatan moden seperti telefon pin-tar, ruang perbualan via teks ter-buka luas. Ini bermaksud manu-sia semakin kurang bergantung kepada kiasan, perumpamaan dan simpulan bahasa kerana ia boleh berkomunikasi secara ter-us tanpa lapis.

Ibnu Khaldun menyebut ba-hasa dan sistem tulisan sebagai salah satu ciri tamadun dan ia ba-hasa juga berevolusi. Ia dinamik dan sering berubah atas sebab

yang pelbagai seperti perkem-bangan teknologi, ekonomi dan persilangan budaya. Adakah peribahasa juga mendapat ke-san daripada faktor-faktor ini? Kita lihat simpulan bahasa “cakar awan” yang memberi maksud bangunan-bangunan tinggi. Be-gitu juga dengan perumpamaan “bagai Belanda minta tanah” yang memberi maksud tidak cuk-up dengan sesuatu dan mahu lebih lagi. Jangan kita lupa ke-pada “dunia di hujung jari” dan “menara gading”.

Kedua-dua peribahasa ini boleh dikira relatif baharu. Den-gan peribahasa yang mengung-kapkan maksud keterkinian, ia menjadi relevan dan mula hing-gap di lidah dan bibir penutur. Se-dikit sebanyak, penggunaannya oleh pemimpin-pemimpin utama negara dan “menggazetkannya” ke dalam buku teks akan mem-buatkan ia lebih banyak digu-nakan. Cuma, seperti pergerakan teknologi yang pantas, ia mudah dilupakan dengan kehadiran isti-lah-istilah baharu, yang bercam-pur bahasanya akibat faktor-fak-tor yang seperti disebutkan pada awal perenggan ini.

Istilah-istilah baharu muncul dan tersebar dengan pantas. Ia menjadi trend dan meniti di bibir pengguna sebelum hilang dan di-ganti istilah baharu. Istilah-istilah ini juga membentuk “peribahasa baharu”. Mungkin tidak keterlalu-an jika dikatakan, peribahasa se-benarnya turut berevolusi seiring

perkembangan teknologi. Ob-jek-objek terdekat dijadikan sim-pulan bahasa. Kejadian dan tra-gedi menjadi perumpamaan yang baharu. Sikap dan perangai buruk atau baik sama ada oleh pemi-mpin atau rakyat menjadi bida-lan dan pepatah yang catchy dan segar. Sebagai contoh, seorang pengguna Twitter menulis peri-bahasa baharu “umpama harga petrol” dan dia menyertakan mak-sudnya sekali iaitu sesuatu yang sentiasa naik atau meningkat dan jarang-jarang turun atau berku-rang. Kemudian ada pengguna Facebook yang menulis “setelah habis bateri telefon bimbit baru membeli powerbank” yang diser- takan maksudnya sebagai tidak bersedia terhadap situasi yang di-jangkakan. Ada juga yang menulis “bagaikan mencari jarum dalam jerami menggunakan magnet” (kita boleh fikirkan terus apa mak-sudnya).

Pada masa mendatang perib-ahasa baharu dijangka terus wu-jud. Selagi manusia berbahasa dan ruang teks ada, maka ia akan terus bercambah dan digunakan. Persoalannya, adakah ahli-ahli bahasa akan mengakui “periba-hasa-peribahasa” tadi? Perlukah ia dimasukkan ke dalam kamus peribahasa bercetak yang diik-tiraf agensi utama bahasa?: Per-debatan tentang ini tampaknya belum ada lagi. Hanya ada su-ara-suara yang antara entah den-gar entah tidak saja yang mem-bincangkannya secara santai.

Tak ada batas di sini

Tak dan ada bertemubagai ti dan ada bertemusebelum ada ada tak: ada adati tak ada erti sebelum ti ada ada.

tak bertemu ada seperti tibertemu ada menjadi tak adati bertemu ada seperti takbertemu ada mengada tiada.

Md Faqir Khir

Keindahan alam hanya tinggal pada foto-foto yang dimuat naik ke media sosial, pada kata-kata pembuka majlis dan tulisan dan yang terakhir sekali pada puisi tradisional kita. Jarak kita dengan alam yang jauh menyebabkan peribahasa terasa asing di bibir. Ia tanggal daripada lidah memori tanpa kita sedari.

Page 16: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

InformasiTerkinidi jari anda17SelangorKini 21 - 27 November 2019

Seni

Jadikan pameran terbuka aktiviti berterusan

Impi bina pasar seni di Selangor

Dato’ Paiman Keromo (tiga dari kanan) meneliti karya peserta sempena Perasmian Pameran Terbuka 2019 di Galeri Shah Alam. Gambar bawah: Shaliza Juana Mohd Jeffri bersama karyanya The Hypno-tism of The Virtues dan The Vices.

SHAH ALAM - “Dalam kehidu-pan kadang-kadang kita berada di bawah, kadangkala di atas, ka-dang-kadang ramai manusia ber-pura-pura, menikam belakang dan sebaliknya.”

Itu yang diluahkan Shaliza Jua-na Mohd Jeffri, pelukis “The Hyp-notism of The Virtues and The Vices” yang berjaya memenangi Anugerah Insentif pada Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2019, kali ini.

Pelukis sepenuh masa itu ber-kata, karya dihasil melalui akrilik di atas kanvas bersaiz 152 senti- meter (cm) x 140 cm berdasarkan realiti kehidupan manusia masa kini.

Katanya, idea berkenaan tim-bul apabila melihat kerenah, gelagat dan hasad dengki ma-nusia yang sentiasa mahu men- jatuhkan antara satu sama lain.

“Saya menggunakan elemen tangga yang menggambarkan tangga kejayaan manakala ular pula walaupun berwarna-warni dan cantik, namun berbisa.

“Bentuk latar belakang ling-karan pula menggambarkan ke-hidupan manusia yang kadang-kala berada di bawah kadangkala di atas, namun ramai yang berni-

at mahu jatuhkan manusia lain.“Menyentuh berkenaan warna

pula, hitam putih dipilih meng-gambarkan hitam putih kehidu-pan manakala warna-warni pada ular memberi gambaran cantik tidak semestinya baik dan seba-liknya,” kata anak kelahiran Pon-tian, Johor itu.

Beliau ditemui SelangorKini pada Majlis Perasmian Pameran Galeri Shah Alam 2019 yang di-adakan sejak 11 November hing-ga 26 Disember ini di sini, pada 13 November lalu.

Seorang lagi penerima anu- gerah berkenaan, Nur Syamila Sidek turut meluahkan kesyuku-ran apabila hasil karyanya berta-juk “Rumah Angkut” turut terpilih.

“Karya ini atas pengalaman saya sendiri yang membawa maksud perasaan keterasingan apabila berlaku perpindahan da- ripada satu kawasan ke satu ka-wasan.

“Perasaan itu saya luahkan menerusi lukisan ini dan ia juga membawa maksud penerimaan orang sekeliling terhadap diri saya ketika berlakunya perpin-dahan itu,” katanya yang melu-ahkan hasil karya menggunakan media campuran, bersaiz 91 cm x 91 cm.

Sebanyak lima pengkarya menerima insentif berjumlah RM2,500 sebagai galakan dalam menghasilkan karya terbaru serta bermutu tinggi.

Tema realiti kehidupan

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Pelukis dan peng-karya seni di Selangor digesa menjadikan pameran terbuka yang mempamerkan hasil seni visual sebagai acara berkesinam-bungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Per-badanan Adat Melayu dan Wa-risan Selangor, Dato’ Paiman Keromo berkata, langkah itu membolehkan pameran terbabit menjadi satu perniagaan, seka-li gus memberi manfaat dan se-mangat kepada pengkarya seni.

“Saya amat mengalu-alukan jika kita dapat mewujudkan pasar seni di Selangor pada masa akan datang bagi melibatkan semua pihak dalam aktiviti seni visual.

“Sebagai contoh mereka mempunyai tempat untuk ber-karya di pasar seni setiap hari dan pada masa sama ada orang da-tang berkunjung sama ada mahu membeli atau melihat hasil seni pengkarya.

“Hal ini juga memandangkan Selangor belum mempunyai satu tapak kekal untuk pengkarya seni berkarya atau memasarkan hasil

seni mereka,” katanya.Beliau berkata demikian keti-

ka berucap merasmikan Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2019 di sini pada 13 November lalu.

Pada masa sama, Paiman turut memuji inisiatif Galeri Shah Alam menganjurkan pameran terbuka saban tahun, yang mampu me- ningkatkan pemikiran intelektual dan kefahaman seni visual tem-patan juga antarabangsa.

“Pameran ini memberi ruang dan peluang kepada pengkarya seni khususnya pendatang baha-ru untuk meluahkan ekspresi, em-osi, dan pengalaman melalui arca serta kanvas menggunakan pel-bagai medium.

“Malah, pameran ini juga mampu dijadikan bahan ruju-kan kepada individu, pengumpul kurator dan penggiat seni sama ada di peringkat institusi penga-jian tinggi atau sekolah,” katanya.

Pameran anjuran Galeri Shah Alam dengan kerjasama Lemba-ga Amanah Yayasan Seni Selan-gor itu mempamerkan 85 karya serta dibuka secara percuma ke-pada orang ramai bermula 11 No-vember hingga 26 Disember ini.

SHAH ALAM - Pelukis dan peng-karya seni dinasihat tidak ber-putus asa dalam menghasilkan karya kerana setiap satu dari-padanya mempunyai peranan pada masa akan datang.

Pelakon, Sabri Yunus berkata, tiada kegagalan da-lam hidup terutama mereka yang terbabit dalam aktiviti keseni-an memandangkan ia satu bidang yang luas.

“Apa yang penting jangan sesekali kita fikir ada orang lain lagi bagus daripada kita, sebaliknya cuba untuk berusaha menghasil-kan seni bersifat kreatif dan ino-vatif.

“Malah, saya lihat Pameran Terbuka Galeri Shah Alam hari ini menampilkan kolaboratif peng-karya seni lama dan baharu dan saya percaya ia dapat memberi ruang kepada mereka untuk menimba ilmu antara junior dan

senior,” katanya.Beliau berkata demikian ketika

ditemui SelangorKini pada Majlis Perasmian Pameran Galeri Shah Alam 2019, di sini pada 13 No-vember lalu.

Pengarah drama Pok Ya Cong Codei itu turut memu-ji inisiatif Galeri Shah Alam menganjurkan program berkenaan yang sedikit sebanyak memberi pengharga- an kepada pengkarya seni.

“Saya percaya ke-semua hasil pada pa-meran kali ini sudah ditapis dan diadili oleh

juri bertauliah, manakala me-nyentuh soal kualiti pula bagi saya masing-masing mempunyai maksud tersendiri memandang-kan tema adalah bebas.

“Masing-masing mempunyai genre berbeza, namun ia satu pencapaian baik daripada kese-mua pengkarya seni ini,” katanya.

Sabri Yunus nasihat pelukis terus berkarya

Page 17: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

18PBT

SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari memaklum-kan Majlis Daerah Kuala Langat berjaya menukar statusnya ke-pada majlis perbandaran.

Beliau berkata, perkara itu disahkan melalui surat Kemen-terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 31 Oktober lalu.

“Oleh demikian, saya ber-harap Kabinet juga akan mem-beri kelulusan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk

membolehkan mereka meneri-ma status bandar raya.

“Sementara Majlis Daerah Kuala Selangor pula perlu me- ngemukakan semula cadangan dan beberapa kertas kerja untuk dinaik taraf daripada daerah ke-pada perbandaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini pada 13 November lalu.

Pengiktirafan itu berdasarkan perkembangan kutipan hasil stabil dijalankan pihak berkua-sa tempatan berkenaan selain

langkah agresif diambil dalam menggerakkan aktiviti dan pro-gram yang dirancang secara berterusan.

Setakat ini, Selangor mem-punyai dua majlis bandaraya iai-tu Shah Alam dan Petaling Jaya serta enam majlis perbandaran iaitu Subang Jaya, Selayang, Ampang Jaya, Klang, Kajang dan Sepang.

Sementara itu, majlis daerah ialah Hulu Selangor, Sabak Ber-nam, Kuala Langat dan Kuala Se-langor.

SHAH ALAM - Selepas mendapat status penaik tarafan sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), kini tiba masa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memberi sepenuh tumpuan terhadap usa-ha pembinaan sebuah terminal bas yang dilengka-pi pelbagai kemudahan.

Yang Dipertuanya, Mo- hamad Zain A Hamid ber- kata, pihaknya sudah me- ngenal pasti tapak termi-nal bas itu yang terletak bersebelahan pasar awam Banting.

“Tapak sudah ada, cu-ma bangunan terminal belum ada lagi dan se-karang kita sedang me-ngukur tapak berkenaan

bagi tujuan pembinaan.“Kita juga akan berusaha mencari dana pembi-

naan daripada beberapa pihak termasuk kemente-rian dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Zain berkata, pihak-nya komited meningkatkan segala kemudahan di kawasan pentadbiran terbabit bagi memastikan keselesaan penduduk terjamin sepanjang masa.

“Saya berterima kasih dengan pengumuman dibuat Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-hubung status penaik tarafan MDKL kepada MPKL.

“Kita berada pada tahap bersedia sepenuhnya dengan penaik tarafan ini,” katanya.

Sehingga kini, Selangor mempunyai dua majlis bandaraya iaitu Shah Alam dan Petaling Jaya ser-ta enam majlis perbandaran iaitu Subang Jaya, Se-layang, Ampang Jaya, Klang, Kajang dan Sepang.

Sementara itu majlis daerah ialah Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

RAWANG - Gara-gara mendirikan struktur pembinaan secara haram, enam pemilik gerai di Taman Setia, di sini, terpaksa berputih mata apabila premis mereka dirobohkan dalam satu operasi bersepadu dijalankan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pada 14 November lalu.

Operasi perobohan bermula jam 9.30 pagi itu diadakan bersama Polis Diraja Malaysia, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Jabatan Perhilitan Dae-rah Gombak hasil maklumat diterima orang awam.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, ope- rasi itu diketuai Unit Khas, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS dengan kekuatan 47 staf dalaman ter-

masuk tujuh staf dari jabatan luar.Katanya, pihaknya turut me-

robohkan dua garaj kenderaan premis di bawah Sekyen 46(1)a Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 menerusi operasi selama hampir tiga jam itu.

“Kita juga membuat sitaan terhadap premis-premis terbabit antaranya ke-dai runcit, gerai jualan sate, kedai ma-kan dan stor menyimpan tong gas.

“Tindakan dibuat di bawah Akta Un-dang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007 atas kesalahan beroperasi tanpa lesen penjaja yang sah daripada MPS.

“Manakala, sitaan terhadap stor menyimpan tong gas dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Zin berkata, Jabatan Perhi- litan turut mengambil tindakan de-ngan merampas beberapa jenis haiwan peliharaan yang didakwa mencetuskan kacau ganggu di sekitar kawasan ter-babit.

“Antara haiwan dirampas adalah angsa, itik, ayam dan monyet yang menyebabkan gangguan di kawasan pangsapuri di Taman Setia Rawang.

“Tindakan ini dibuat berdasarkan Seksyen 82 Akta Kerjaan Tempatan 1976 atas kesalahan menyebabkan kacau ganggu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kawasan taman berkenaan menjadi lokasi tum-puan memandangkan lima kes wabak denggi dilaporkan setakat ini.

MPS roboh enam gerai, rampas haiwan peliharaan

KPKT sahkan pada 31 Oktober

Kuala Langat kini berstatus perbandaran

Tumpu bina terminal bas serba lengkap

Page 18: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

19SelangorKini 21 - 27 November 2019

PBTInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengadakan opera-si penguatkuasaan di pusat jagaan, taska dan tadika bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini atau kecuaian membabitkan kanak-kanak.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, menerusi opera-si itu, pihaknya akan memeriksa semua premis tersebut untuk memastikan pemiliknya penuhi piawaian serta garis panduan yang dibenarkan.

“Berdasarkan rekod sehingga bulan ini, terdapat 99 pusat jagaan dan 147 premis taska di bawah pentadbiran MPSJ.

“Menerusi pemeriksaan di pusat jagaan, MPSJ mendapati ada premis yang melakukan operasi tidak sah iaitu tidak mempunyai lesen perniagaan wa-laupun berdaftar dengan Jabatan Keba-jikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Azfarizal berkata, pihaknya menggesa semua pemilik pusat jagaan, taska dan tadika untuk memastikan premis mereka mempunyai lesen per-niagaan dan iklan yang sah sebelum memulakan operasi terbabit.

“MPSJ tidak akan berkompromi den-gan mana-mana premis yang tidak ber-lesen semasa operasi dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tinda-kan kompaun RM1,000 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah UUK 3, Undang-Undang Kecil Pe-lesenan Tred, Perniagaan dan Perindustri-an (MPSJ) 2007.

Operasi bersepadu itu turut disertai JKM dan Jabatan Pendidikan Negeri Se-langor.

Untuk sebarang pertanyaan, pemi-lik perniagaan boleh hadir ke Ibu Pe-jabat MPSJ atau menghubungi Jabatan Pelesenan MPSJ di talian 03-8026 3131 sambungan 3173, 3176, 3177, 7418 atau 4321.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Persatuan Soka Gakkai Malay-sia (SGM) membina Taman Kea-manan Ikeda untuk aktiviti ria-dah masyarakat setempat.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Yasid Bidin berkata, pi-haknya sudah menjalankan ker-ja landskap, menaik taraf jalan serta sistem perparitan di seki-tar taman itu.

“Tujuan taman ini ditubuh-kan untuk menyediakan satu tempat yang indah dan tenang bagi membolehkan masyarakat berehat dan menenangkan diri serta melakukan aktiviti riadah pada waktu lapang.

“Kewujudan taman ini diharap dapat menjadi landasan untuk masyarakat memupuk persa-habatan dan membina rangkaian kepercayaan,” katanya.

Beliau berkata demiki-an pada Majlis Perasmian Pra Pelancaran Taman Keamanan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan zon kutipan le-tak kereta berbayar di kawasan baharu ber-mula 2 Disember ini.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korpo-ratnya berkata, pelaksanaan zon kutipan itu membabitkan 14 kawasan baharu meliputi 63 lokasi jalan di sekitar Petaling Jaya.

“Kutipan fi tempat letak kereta bertu-juan untuk memastikan pengurusan dan penyelenggaraan petak letak kereta awam dapat dilaksana dengan cekap.

“MBPJ juga mahu memastikan tiada penyalahgunaan petak letak kereta awam selaras misi MBPJ menyediakan kemuda-han dan perkhidmatan berkualiti demi kesejahteraan bandar,” katanya dalam ke-nyataan.

Antara kawasan terbabit ialah Seksyen 5, PJS3 (Taman Sri Manja), PJS5 (Pusat Per-niagaan PJCC), PJS10, PJU 1A, PJU5, Kota Damansara, PJU6 dan PJU 7.

Kenyataan itu turut menyebut kadar fi tempat letak kereta di kawasan baharu yang terbabit adalah sama seperti kawasan sedia ada.

MBPJ memaklumkan berkuatkuasa Isnin hingga Jumaat bermula 8.00 pagi hingga 6.30 petang, kadar bayaran ditetapkan ada-lah RM0.60 sejam, RM5 sehari dan RM100 sebulan.

Orang ramai boleh membuat bayaran dengan mendapatkan kupon letak kereta daripada ejen yang dilantik oleh MBPJ ber-hampiran lokasi atau menggunakan ap-likasi Smart Selangor Parking (Google Play-store dan Appstore).

Manakala, cara semak atau bayar kom-paun ialah dengan melayari Sistem Per-hubungan Pelanggan MBPJ https://emb-pj.mbpj.gov.my/, menggunakan aplikasi SmartPJenforcement (Google Playstore) dan Smart Selangor Parking (Google Play-store dan Appstore).

Gesa pemilik miliki lesen sah

Pastikan taska, tadika penuhi piawaian

MBPJ laksana kutipan parkir berbayar di 63 lokasi

Ikeda di Padang Taman Besar Taman Klang Jaya, di sini pada 15 November lalu.

Hadir sama Ahli Dewan Ne-geri Sentosa, Dr G. Gunarajah dan Timbalan Yang Dipertua MPK, Elya Marini Darmin.

Taman yang menelan kos RM600,000 melalui peruntukan SGM itu bermula sejak Novem-ber 2018 dengan keluasan 792 meter persegi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Soka Gakkai Malaysia, Lok Chee Khong berkata, idea untuk mendirikan taman ber- kenaan berasal daripada aca-ra dwitahunan “Run For Peace” untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan keamanan.

Katanya, bagi memastikan taman itu kekal terpelihara, pi-haknya berhasrat memagar kawasan terbabit bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan vandalisme.

MPK-SGM bina Taman Keamanan Ikeda

Page 19: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

20Pendidikan

SelangorKini 21 - 27 November 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Pelajar sekolah yang tercicir dalam akademik kerana terpaksa bekerja akan dibantu melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sehingga kini se- ramai 183 pelajar sekolah mene-ngah tidak meneruskan pengajian kerana bekerja, sementara tujuh orang masih di sekolah rendah.

“Program PTRS ini boleh dilak-sana pada waktu fleksibel tertak-luk kepada waktu ditetapkan se-kolah masing-masing.

“Di samping itu, program ini juga dilaksana kepada pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mazwan Johar (PAKATAN-Sungai Ramal) pada sidang Dewan Negeri Sela- ngor berhubung tindakan Kera-jaan Negeri untuk memastikan pelajar sekolah yang bekerja tidak ketinggalan dalam akademik.

Amirudin berkata, seramai

11,031 pelajar sekolah mene-ngah di Selangor tidak menerus-kan pengajian setakat ini.

Katanya, 183 pelajar memilih untuk bekerja, berhenti sekolah (10,094), berkahwin (19), ke- miskinan (9) dan masalah keluar-ga (123).

Faktor lain ialah sukar ke se-kolah (43), takut ke sekolah (11) dan tidak berminat ke sekolah (549).

“Sementara sebanyak 1,250 pula adalah jumlah bagi murid sekolah rendah yang tidak me- neruskan pembelajaran, daripa-da jumlah itu yang bekerja (7), berhenti sekolah (863), berkah-win (2) dan kemiskininan (15).

“Mereka turut berdepan masa-lah keluarga (198), sukar ke se-kolah (29), takut sekolah (8) dan tidak berminat ke sekolah (128),” katanya.

Program Tuisyen Rakyat Selangor

Bantu pelajar tercicir cemerlang

SHAH ALAM - Beberapa langkah sedang disusun bagi menyele-saikan hutang lapuk ditanggung Universiti Selangor (UNISEL) yang dianggar hampir RM30 juta.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hutang itu menye-babkan UNISEL mencatatkan pe-nurunan pendapatan sejak 2006.

“Kerajaan Negeri sedang me- nyusun beberapa aspek seperti hutang lapuk dan pada 12 Novem-ber, kita mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah.

“Trend penurunan (pendapa-tan) berlaku sejak 2006 dan kes-eluruhan beban (hutang) hampir RM30 juta.

“Bagaimanapun, UNISEL kini berubah dan Ahli Dewan Negeri boleh melawat ke sana. Setakat ini di Kampus Bestari Jaya sahaja terdapat 4,000 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika menjawab soalan tambahan dikemukakan Ronnie Liu (PAKA-TAN-Sungai Pelek) berhubu-ng pemberian perbelan-

jaan modal pada sidang Dewan Negeri Selangor, pada 13 Novem-ber lalu.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri turut memberikan sub-sidi hampir RM45 juta kepada UNISEL bagi memastikan Fakul-ti Kejuruteraan terus beroperasi kerana banyak institut pengaji-an tinggi menutup fakulti berke-naan kerana kekurangan pelajar.

Pada masa sama, katanya, UNISEL mempunyai 11,328 pela-jar sehingga akhir 2018 dengan pelajar tertinggi di dua fakulti, iaitu Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial serta Perniagaan dan Per-akaunan di Kampus Shah Alam dengan jumlah pelajar sekitar 7,000 orang.

Secara keseluruhan UNISEL mencatatkan pendapatan sekitar RM111 juta dengan kos operasi RM109 juta.

BANGI - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan memuktamadkan pena-waran program Diploma Reka- bentuk Fesyen Islam melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Srikandi Skill Col-lege (SSC).

Pejabat Timbalan Rektor Pe- ngurusan Korporat (Pembangu- nan & Pengantarabangsaan) KUIS, Raja Nor Ashikin Raja Ramli ber-kata, jaringan industri itu bertu-juan melahirkan pelajar berke-mahiran dan mempunyai asas pengetahuan Islam.

“SSC merupakan anak syarikat Siti Khadijah Holdings Sdn Bhd dalam menghasilkan jahitan re-kaan fesyen Islam.

“Dengan memeterai MoU ini, pembangunan fesyen berteras- kan Islam dan sumbangan kepa-karan, pengalaman serta khid-mat dalam bidang akademik dan industri dapat diperluas di institut ini,” katanya kepada

Fokus selesai hutang lapuk UNISEL

SelangorKini.Dalam majlis sama, KUIS turut

memeterai MoU dengan Pertu-buhan Poligami Harmoni Ma-laysia (HARMONI) dalam usaha

mengetengahkan keharmonian rumahtangga menurut Islam.

MoU itu lebih kepada kerjasa-ma dalam penganjuran seminar, konsultasi, khidmat nasihat dan

modul rumahtangga harmoni yang boleh dikongsi bersama masyarakat.

Antara program berjaya dilak-sanakan adalah Seminar Psiko-

KUIS luas pembangunan fesyen berteras Islamlogi Komunikasi Bermadu pada 26 Oktober lalu.

Majlis MoU itu dihadiri Timba- lan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid dan disaksikan Dekan Fakulti Pengaji-an Peradaban Islam KUIS, Dr Md Noor Hussin.

SSC diwakili Ketua Pegawai Ek-sekutif, Ir Aminuddin Mohd Na-sir sementara HARMONI diwakili Presidennya, Abdul Syaheed Is-mail dan disaksikan Setiausaha Agung, Musa Mohd Amin.

Pada masa sama, Raja Nora-shikin berkata, MoU itu menja-di titik tolak kepada perkemba- ngan KUIS dalam meluaskan ja-ringan bukan hanya dalam bi-dang akademik semata-mata.

“Ia dapat diperluas dengan ja-ringan pihak industri yang akan membuka mata pelbagai pihak dengan kesepaduan ilmu Islam syumul itu boleh diaplikasi dalam segenap sudut dan kehidupan seharian,” katanya.

Page 20: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

21SelangorKini 21 - 27 November 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

21 Khamis 5:34 5:44 7:00 1:04 4:26 7:01 8:14 22 Jumaat 5:34 5:44 7:01 1:05 4:27 7:01 8:15 23 Sabtu 5:34 5:44 7:01 1:05 4:27 7:02 8:15 24 Ahad 5:35 5:45 7:01 1:05 4:27 7:02 8:15 25 Isnin 5:35 5:45 7:02 1:06 4:28 7:02 8:16 26 Selasa 5:35 5:45 7:02 1:06 4:28 7:02 8:16 27 Rabu 5:35 5:45 7:02 1:06 4:28 7:03 8:16

21 Khamis 5:31 5:41 6:58 1:02 4:24 6:59 8:12 22 Jumaat 5:31 5:41 6:59 1:02 4:24 7:00 8:13 23 Sabtu 5:31 5:41 6:59 1:02 4:24 7:00 8:13 24 Ahad 5:32 5:42 6:59 1:02 4:25 7:00 8:13 25 Isnin 5:32 5:42 6:59 1:03 4:25 7:00 8:14 26 Selasa 5:32 5:42 7:00 1:03 4:25 7:01 8:14 27 Rabu 5:32 5:42 7:00 1:03 4:26 7:01 8:15

21 Khamis 5:31 5:41 6:59 1:02 4:25 7:00 8:13 22 Jumaat 5:31 5:41 6:59 1:02 4:25 7:01 8:14 23 Sabtu 5:31 5:41 7:00 1:03 4:25 7:01 8:14 24 Ahad 5:32 5:42 7:00 1:03 4:26 7:01 8:14 25 Isnin 5:32 5:42 7:00 1:03 4:26 7:01 8:15 26 Selasa 5:32 5:42 7:01 1:04 4:26 7:02 8:15 27 Rabu 5:32 5:42 7:01 1:04 4:27 7:02 8:15

21 - 27 NOVEMBER 201924 - 30 RABIULAWAL1441

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan menganjurkan program Berkhatan Perdana bagi 80 anak yatim dan asnaf Selangor di Masjid Tengku Am-puan Jemaah Bukit Jelutong di sini pada 26 Novem-ber ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induknya, Mohd Salim Mohamed Sain berkata, penganjuran program ju-lung kali pertama itu mendapat kerjasama daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pusat Perubatan Uni-versiti Pengurusan dan Sains (MSU) dan Masjid Teng-ku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Katanya, program terbabit akan dijadikan aktiviti tahunan pada masa akan datang.

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga kerana kos untuk berkhatan kini agak mahal.

“Selain berkhatan dituntut oleh agama Islam ia juga bagi penjagaan kesihatan yang sempurna,” ka-tanya dalam kenyataan.

Mohd Salim berkata, Pusat Perubatan MSU akan menyediakan empat doktor pakar selain meng-gunakan kaedah laser bagi membolehkan proses berkhatan cepat siap dan mereka yang berkhatan

Mohd Salim Mohamed Sain menunjukkan poster pro-gram Berkhatan Perdana anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan

Program Berkhatan Perdana

YIDE santuni 80 anak yatim, asnafProgram Berkhatan Perdana itu dijangka turut dihadiri

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yang akan menyem-purnakannya dan menyantuni anak yatim juga asnaf.

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran boleh hubungi Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisi-ti, Md Arifin Jaafar menerusi talian 012-905 5173 atau Ekse-kutif Kebajikan, Muhammad Zubair Azizan (017-756 9476).

Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat Negeri Selangor Sekolah- Sekolah Agama Selangor kali ke-5 di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 12 November lalu

BANGI - Seramai 500 pe-lajar Tahun 6 dari 100 Se-kolah Rendah Agama In-tegrasi (SRAI) Daerah Hulu Langat menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Selangor Sekolah-Sekolah Agama Selangor kali ke-5.

Penolong Pegawai Tad-bir Agama Unit Pendidikan Islam, Daerah Hulu Langat, Misri Kabut berkata, majlis yang mengangkat tema ‘Se-langorku Bergema Wahyu Ilahi’ dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh 66 pelajar dari 66 sekolah.

“Pelajar terlebih dahulu menyelesaikan sesi bacaan di peringkat sekolah sebe-lum mengkhatamkan al-Quran mengikut adat kita bermula dari surah adh-Dhuha sehingga surah an-Nas.

“Majlis turut diselitkan dengan program Tadab-bur al-Quran menerusi surah al-Alaq yang disam-paikan Pencetus Ummah (PU) Mukhsin Ahmad,” katanya.

Beliau berkata, majlis khatam al-Quran ini ber-langsung serentak di semua daerah dan secara keseluruhan terdapat 42,000 pelajar SRAI di Sela- ngor.

Berlangsung di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, majlis penutup disempurnakan Yang Dihor-matkan Tok Ungku Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Hulu Langat, Abdul Jalil Dato’ Engku Abdul Rani.

500 pelajar selesai khatam al-Quran

cepat sembuh.“Seramai 80 orang ditawarkan untuk menyertai program

ini yang terdiri daripada anak yatim berdaftar dengan YIDE dan asnaf di bawah LZS,” katanya.

Abdul Jalil dalam ucapannya berkata, beliau yak-in sekiranya pembacaan al-Quran diamalkan setiap hari mampu melahirkan insan berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

Beliau turut mengingatkan guru untuk memanfaat penghujung sesi persekolahan dengan aktiviti ber-manfaat bagi memastikan pelajar hadir sepenuhnya ke sekolah.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan guru supaya mengisi hari terakhir persekolahan de- ngan program bermanfaat seperti qiamullail, kema-hiran sembelihan binatang, bacaan tahlil dan wirid selepas solat fardhu.

“Aktiviti tersebut dilaksanakan sebagai langkah untuk memastikan semua murid dapat hadir sepe-nuhnya ke sekolah seperti biasa,” katanya.

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(201401006213 (1082296-U))

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1. PN0000000476 KERJA-KERJA MEROBOH PAGAR LAMA, MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PAGAR JENIS “ANTI CLIMB SECURITY FENCING” (2019-2021)

Page 21: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 21 - 27 November 2019

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia,

Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Sijil Arborist dan Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap bagi kerja-kerja berikut:

BIL NO. TENDER TAJUK KERJA BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANGHARGA

DOKUMEN

1. MPSepang (LAND) 400-

10/12/36

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT BAGI KAWASAN TAMAN TASIK CYBERJAYA DAN KAWASAN LETAK KENDERAAN UNTUK MAJLIS

PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019

KEW 221002 (Membersih kawasan) & 221402 (Hiasan

Jalan/Kawasan), UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

2. MPSepang (LAND) 400-

10/12/37

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT BAGI KAWASAN JALAN PROTOKOL SEBAHAGIAN PERSIARAN MULTIMEDIA (HADAPAN AUTOVILLE POKOK

TEDUHAN YANG DITANAM OLEH PIHAK CYBERVIEW) DAN TEKNORAT (1) CYBERJAYA UNTUK MAJLIS

PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019

KEW 221002 (Membersih kawasan) & 221402 (Hiasan

Jalan/Kawasan), UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

3. MPSepang (LAND) 400-

10/12/38

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT BAGI KAWASAN TAMAN MINI CYBERJAYA

UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019

KEW 221002 (Membersih kawasan) & 221402 (Hiasan

Jalan/Kawasan), UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

4. MPSepang (LAND) 400-

10/12/39

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAN LANDSKAP LEMBUT BAGI KAWASAN PROTOKOL JALAN PUTRA PRIMA

TENGAH, JALAN PUTRA PRIMA BARAT DAN KAWASAN KEJIRANAN FASA 3A, FASA 4A, FASA 4B, DAN FASA

4D DI TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019.

KEW 221002 (Membersih kawasan) & 221402 (Hiasan

Jalan/Kawasan), UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

5. MPSepang (LAND) 400-

10/12/40

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT BAGI KAWASAN PROTOKOL LINGKARAN PUTRA

PRIMA, JALAN PUTRA PRIMA UTARA, JALAN PUTRA PRIMA UTAMA DAN KAWASAN KEJIRANAN FASA 1A, FASA

1B, FASA 2A, FASA 3B, DAN FASA 8A, DI TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

TAHUN 2019.

KEW 221002 (Membersih kawasan) & 221402 (Hiasan

Jalan/Kawasan), UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

6. MPSepang(LAND)400-

10/12/41

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT BAGI KAWASAN KEJIRANAN DI TAMAN PRIMA TROPIKA DAN TAMAN ALAM PUTRA, SERI KEMBANGAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019.

KEW 221002 (Membersih kawasan) & 221402 (Hiasan

Jalan/Kawasan), UPEN, ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 18hb November 2019 hingga 2hb Disember 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor yang membawa sijil asal dan surat wakil (sekiranya bukan penama di dalam lesen) semasa pembelian Dokumen Tender. Dokumen yang perlu dibawa adalah Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Sijil Arborist dan Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti tersebut:-

Tarikh : 25hb November 2019 (Isnin) Masa : 10.00 Pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 2hb Disember 2019.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, Unit Perancang Ekonomi Negeri

(UPEN) DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap bagi kerja-kerja berikut:

BIL NO. TENDER TAJUK KERJA BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANGHARGA

DOKUMEN

1. MPSepang (LAND) 400-

10/12/35

CADANGAN KERJA-KERJA PEMANGKASAN POKOK TEDUHAN PAKEJ (1) DI JALAN SEBAHAGIAN PERSIARAN

CERIA, PERSIARAN RIMBA PERMAI, SEBAHAGIAN PERSIARAN APEC, PERSIARAN CYBERPOINT SELATAN, LINGKARAN CYBERPOINT TIMUR DAN BARAT, JALAN

CYBERPOINT 1-6 CYBERJAYA, MUKIM DENGKIL UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG PADA TAHUN 2019.

CIDB, SPKK, G4 CE 14 (Landskap Luar Bangunan) ATAU B 09 (Landskap Dalam

Bangunan), DAN CE 21 (Kejuruteraan Awam), Sijil

Kursus Penyelengaraan Landskap DAN UPEN.

RM150.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 18hb November 2019 hingga 2hb Disember 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti tersebut:-

Tarikh : 25hb November 2019 (Isnin) Masa : 10.00 Pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 2hb Disember 2019.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Selepas hampir dua tahun Pencarian Ratu Ais, kini tiga finalis protege berjaya meraih gelaran itu untuk menjaya-kan misi pengembaraan bersama Ekspedi-tor Negara, Dr Sharifah Mazlina Abdul Kadir ke Antartika bermula 18 Disember ini.

Ketiga-tiga protege berkenaan dipilih untuk membawa cabaran sebagai inspirasi baharu anak muda ke Kutub Selatan selepas mengalahkan kira-kira 1,000 peserta lain se-jak penyertaannya dibuka pada 2017.

Sharifah yang juga penjelajah wanita ne-gara dan mentor Ekspedisi Wanita Berkum-pulan ke Antartika (AWETA) berkata, mere-ka adalah peserta terbaik yang berjaya melalui pelbagai ujian mencabar daripada semua aspek termasuk mental dan fizikal.

“Kita membuat pemilihan protege be-nar-benar berkualiti untuk membawa misi ini secara berkumpulan, selain menepati piawaian yang kita mahukan sebagai pro-tege.

“Malah, mereka juga memenuhi lima elemen penting iaitu mental, emosional, fizikal, sosial dan spiritual memandangkan kekuatan fizikal bukan ukuran semata-ma-ta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada si-dang akhbar bagi Misi Negara: AWETA 2018/2019 di Restoran Hakim Seksyen 7 di sini, pada 14 November lalu.

Terdahulu, tiga protege yang diperke- nalkan ialah Siti Jumaidah Bensali, 34; Salehah Abu Nor, 33, dan Nurul Atiqah

Tamarun, 31.Mengulas lanjut, Sharifah berkata, lalu-

an yang akan digunakan untuk ekspedisi di benua tanpa habitat manusia itu ialah ‘Last Degree 89 selsius To The South Pole’ dengan jarak sejauh 110 kilometer (km).

“Mereka akan menggunakan teknik berski ketika suhu di bawah sub-zero bagi mencari kapsul yang saya tanam dalam ekspedisi 2004 sebelum menanam kapsul baharu,” katanya.

Katanya, tiga hari sebelum memasuki benua berkenaan, pihak Antartika akan membuat pemeriksaan peralatan bagi memastikan barang yang dibawa mengi-kut spesifikasi ditetapkan.

“Kami tidak dibenarkan membawa per-alatan melebihi 45 kilogram selain perlu menyokong kempen hijau di sana,” katanya.

Pada masa sama, Sharifah berkata, se-bagai usaha menyokong misi jelajah berke-naan, pihaknya membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyertai Program Bergambar Di Antartika Bersama AWETA.

Katanya, antara tempat menarik yang boleh dipilih untuk bergambar adalah Crystal Globe 90 Darjah Selsius South, 90 S Metal Landmark, South Pole Edmundson Signboard dan Uniob Glacier Base Camp.

“Mereka hanya perlu ke laman sesa-wang www.aweta2018.my dan memilih pakej yang dikehendaki.

“Harga yang ditawarkan sangat berpa-tutan, sekali gus dapat membantu AWETA untuk mencari dana tambahan bagi eks-pedisi ini,” katanya.

Takluk Antartika

Tiga Ratu Ais bawa cabaran

Tiga Ratu Ais iaitu Siti Jumaidah Bensali, Salehah Abu Nor dan Nurul Atiqah Tamarun bergambar di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam pada 14 November lalu.

Page 22: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

23SelangorKini 21 - 27 November 2019

Sukan

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Hatrik daripada penyerang, Muhammad Danial Zharfan Zainal mem-bantu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik menang besar 5-0, sekali gus muncul juara Piala Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Edisi Ke-32 2019.

Menentang SK Seksyen 27(2) pada per-lawanan akhir di Padang SUK Selangor, seorang lagi penyerang, Muhamad Adib Fahmi Muhamed Fairus turut membantu kemenangan pasukan dengan menyum-bang dua gol di setiap babak.

Muhamad Adib Fahmi memecah ke-buntuan jaringan selepas menggegar ga-wang lawan dengan gol tunggal babak pertama pada minit ke-22 bagi kedudukan 1-0 memihak SK Bandar Anggerik.

Bersambung babak kedua, Muhammad Danial Zharfan menggandakan jaringan kedua buat SK Bandar Anggerik pada minit ke-33 dan disusuli gol kedua peribadi 11 minit kemudian bagi menjadikan kedudu-kan 3-0.

Sentuhan berbisa Muhammad Danial Zharfan berterusan pada minit ke-53 apa-bila melengkapkan hatrik bagi memasti-kan pasukannya selesa mendahului 4-0.

Skuad bimbingan Hazlan Atan meleng-kapkan hari gemilang mereka dengan ja-ringan kelima pada penghujung permain-an menerusi Muhamad Adib Fahmi dan kedudukan 5-0 kekal sehinggat tamat per-

lawanan.Kejayaan itu menyaksikan SK Bandar

Anggerik membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala serta pingat manaka-la SK Seksyen 27(2) menerima hadiah RM3,000 selaku naib juara.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat untuk menyaksi-kan perlawanan akhir dan menyampai-kan hadiah diiringi EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairuddin Oth-man serta Orang Besar Daerah Petaling merangkap Pengerusi kejohanan, Dato’ Emran Kadir.

Perangsang Selangor muncul pena-ja utama kejohanan buat kali ketujuh berturut-turut dengan dana berjumlah RM671,310 di bawah program Sukan Un-tuk Semua dalam usaha membangunkan bakat atlet remaja dalam sukan bola sepak di samping menggalakkan budaya bersu-kan dalam kalangan pelajar sekolah.

Emran berkata, sejak 2015, seramai 14 pemain remaja bawah 12 tahun dikenal pasti dan diserap ke pasukan bawah 12 ta-hun dan 15 tahun negara menerusi kejo-hanan ini.

Sementara itu, bagi penentuan tem-pat ketiga dan keempat memihak SK Sri Kelana apabila menewaskan SK Lembah Subang 4-3.

SK Sri Kelana membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala RM1,000 untuk SK Lembah Subang.

Piala Raja Muda Selangor Edisi Ke-32

SK Bandar Anggerik juara

Pasukan bola sepak SK Bandar Anggerik muncul juara Piala Raja Muda Selangor di Padang SUK, Shah Alam pada 14 November lalu.

KERAJAAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Daerah Kuala Langat seperti berikut :-

2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Khamis, 28 November 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas.

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Khamis, 28 November 2019 bermula pada jam 2.00 petang di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.Seksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Jumaat, 29 November 2019 bermula pada jam 8.30 pagi di alamat tersebut di atas.

5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor secara online melalui Sistem Tender Online 2.0 (STOS 2.0) dengan melayari laman sesawang https://tender.selangor.my sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender.

6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Jumaat, 06 Disember 2019. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan.

8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

10.Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 10 Januari 2020 (Jumaat) di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.Seksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

11.Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12.Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad.

# Tawaran Terbuka kepada: T2 : (i) Syarikat 100% milik warganegara; atau (ii) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau (iii) Syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di

BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

PROJEK PEMBANGUNAN LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG, DAERAH KUALA LANGAT

Pakej E1Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Paip M.S. Bergarispusat 2000 mm Dan 1600 mm Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dari Jalan Bukit Jugra Ke Banting, Kuala Langat, Selangor

2081/15/7 TERBUKA/T2

1. Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK Gred G7 Kategori Pengkhususan CE20 dan CE21

2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1 (Bekalan Air)

3. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor (seperti perkara 5 di bawah)

4. Petender mempunyai pengalaman pemasangan paip bersaiz bergarispusat 1000mm (minima). Dokumen sokongan pengalaman ini perlu dikemukakan untuk pembuktian semasa pendaftaran tender

RM2,000.00/satu set

(tidak akan dikembalikan)

Tarikh:28 November

2019(Khamis)

Masa: 10.00 pagi

Tempat:Tingkat 15,

UPEN

(WAJIB)

Tajuk No.Tender

Taraf/JenisSyarikat

Syarat-syaratPendaftaran

HargaDokumen

Tarikh danMasa Taklimatdan Lawatan

Tapak

Page 23: AFIX REDZUAN Bendung segeraNov 27, 2019  · seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram adalah tinggi. Perkara itu dizahirkan melalui ... raan kepada mangsa terlibat yang sepatutnya

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

KUALA LUMPUR - Sektor korpo-rat dalam negara digesa men-gambil bekas atlet-atlet nega-ra bagi meneruskan kehidupan mereka dengan karier baharu, selepas mereka bersara daripada bidang sukan masing-masing.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong yang membuat gesaan itu ber-kata, badan-badan korporat itu boleh mengambil mereka untuk bekerja sama ada sebagai jurula-tih bidang sukan berkaitan yang sesuai, atau sebagai pekerja biasa.

Beliau berkata, kejohanan-ke-johanan liga korporat adalah platform terbaik untuk peneru-san karier bekas atlet-atlet ke-bangsaan ini selepas mereka bersara daripada bidang sukan.

Dengan merujuk kepada Ke-johanan Badminton Korporat Senheng Purple League 2019 sebagai contoh, beliau berkata, kejohanan itu membantu bekas pemain-pemain badminton ke-bangsaan untuk terus bermain badminton secara aktif walau-pun telah bersara.

“Lebih penting lagi, kita ma-hukan program ini menjadi tempat pertemuan antara sek-tor korporat dan atlet-atlet kita supaya diharapkan ada antara mereka yang dapat mengiktiraf jaguh-jaguh seperti Ong Ewe Hock (bekas pemain badminton negara), yang telah memberikan sumbangan besar kepada nega- ra,” katanya semasa berucap di majlis penutup kejohanan, dan penyampaian hadiah kepada

pemenang di Arena Sukan Lee Chong Wei, di sini pada 17 No-vember lalu.

Syarikat peralatan elektrik dan perabut untuk isi rumah, LionMas mengungguli kejuaraan sulung kejohanan selepas menewaskan

syarikat Top Glove 9-4 dalam per-lawanan akhir, dan membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi kejuaraan dan juga pingat, manakala Top Glove menerima wang tunai RM25,000 dan pi-ngat.

Syarikat telekomunikasi red ONE (redPHOENIX) memenangi perlawanan klasifikasi ketiga/ke- empat dengan menewaskan syarikat insurans AIG, 10-4, dan meraih hadiah tunai RM15,000, manakala AIG membawa pulang tunai RM10,000.

Lapan syarikat korporat men-gambil bahagian dalam edisi su-lung kejohanan ini, yang terdiri daripada Pensonic, LionMas, red ONE (redPHOENIX), SenQ, OPPO, Top Glove, AEON Credit Service dan AIG.– BERNAMA

Galak syarikat korporat ambil bekas atlet bekerja

UPM lahir atlet bertaraf dunia

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SERDANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Universiti Putra Ma-laysia (UPM) atas kejayaan melahirkan juara dunia dalam sukan di pelbagai pe- ringkat.

Baginda bertitah atlet terbabit bu- kan sahaja mengharumkan nama ne- gara, malahan menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usa-ha bersungguh-sungguh akan mem-buahkan hasil.

“Ini sekali gus membuktikan ba-hawa rakyat Malaysia boleh bersaing hebat pada peringkat antarabangsa.

“Lebih memberangsangkan ialah atlet ini juga adalah duta dan alum-ni UPM yang menjadi kebanggaan warga universiti,” titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Konvoke- syen UPM ke-43, Di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah Alhaj, di sini pada 11 November lalu.

Baginda yang juga Tuanku Canse-lor UPM menggesa graduan berjuang meningkatkan martabat ibu bapa, keluarga dan negara ke peringkat le-bih tinggi berdasarkan ilmu yang dipe-lajari.

Sultan Sharafuddin bertitah gra-duan harus bersyukur atas nikmat dan kelebihan dimiliki dengan men-jauhi perlakuan tidak sopan sehingga

mengundang tanggapan negatif ma-syarakat.

“Graduan perlu menyanjung tinggi perlembagaan dan undang-undang negara supaya bebas daripada salah laku yang boleh mencalarkan maruah keluarga, bangsa serta negara.

“Beta juga menggesa graduan supaya meneruskan sinergi dengan alma mater (universiti yang pernah menjadi tempat belajar) UPM sebagai tanda syukur atas pengorbanan dicurahkan warga univer-siti bagi merealisasikan kejayaan pada hari ini,” titah baginda.

Dalam konvokesyen itu, UPM meraikan 6,015 graduan pelbagai pro-gram yang berjaya menamatkan pe- ngajian di universiti berkenaan.

Masing-masing terdiri daripada 632 penerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (1,554), ijazah sarjana muda (3,337) dan diploma (492).

Antara atlet negara yang bergra- duasi ialah Bibi Nuraisyah Ishak (olah-raga), Cheong Jun Hoong (terjun), Navinraj A/L Subramaniam (olahraga), Johnathan Wong Guanjie (menembak) dan Lawrence Petrus (ragbi).

Konvokesyen tahun ini turut me-nyaksikan Graduan Sulung bagi lima program iaitu empat Sarjana Pe-rubatan Dalaman, Sarjana Perubatan Ortopedik (dua), Sarjana Kejuruteraan Komunikasi (empat), Sarjana Sains Dwi-Ijazah UPM-Kasetsart University (dua) dan Sarjana Muda Sains Pengu-rusan Perladangan (12).

Sultan Sharafuddin zahir ucap tahniah

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bertitah ketika Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali ke-43 di Serdang pada 16 November lalu

Kita mahukan program ini menjadi tempat pertemuan antara sektor korporat dan atlet- atlet kita supaya diharapkan ada antara mereka yang dapat mengiktiraf jaguh-jaguh seperti Ong Ewe Hock yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara

STEVEN SIMTimbalan Menteri Belia dan Sukan