catatan qalam - anjung...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiam,...

6
Catatan Selamat menjalani ibadah puasa…. Moga perjalanan hidup kita sentiasa dalam bimbingan dan redhaNya serta dalam pengampunanNya. Amiiiin……ya Rabb Disediakan oleh Nor Adila Mohd Noor Pensyarah ACIS UiTMCTKD EDISI MEI 2018 BIL. 5/2018 AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU SURA HUJUNG, 23000 QALAM Penasihat Dr. Azarudin Awang Editor Nor Adila Mohd Noor Sidang Redaksi Ruhaizah Abd. Ghani Che Norzila Sulong Bulan Penghayatan Ad-Deen

Upload: others

Post on 13-Jun-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan

Catatan Selamat menjalani ibadah puasa….

Moga perjalanan hidup kita

sentiasa dalam bimbingan dan redhaNya

serta dalam pengampunanNya. Amiiiin……ya Rabb

Disediakan oleh

Nor Adila Mohd Noor Pensyarah ACIS

UiTMCTKD

EDISI MEI 2018 BIL. 5/2018

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU

SURA HUJUNG, 23000

QALAM

Penasihat

Dr. Azarudin Awang

Editor

Nor Adila Mohd Noor

Sidang Redaksi

Ruhaizah Abd. Ghani

Che Norzila Sulong

Bulan Penghayatan Ad-Deen

Page 2: Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan

SALAM MAWADAH WA RAHMAH BUAT

Warga UiTMCTKD yang diingati sekelian.. Bertemu kembali di lem-

baran dan edisi Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya.

Pastinya peluang yang ada untuk beramal tidak akan di tinggalkan be-

gitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang kita lalui setiap tahun..Dan

seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadhan

kali ini. Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan

dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya

yang kufur tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasa-

kan kesalahan sebagai satu kebiasaan sehingga pada suatu ketika indi-

vidu itu sukar untuk meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada

kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika

melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita bersama-sama

mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri masing-masing. Bebera-

pa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena ini: seha-

rusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’,

mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut

su’ul khatimah (kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan

memuhasabah diri tatkala datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim

pula, bagi mengatasi kemalasan dari kekerasan hati ialah, pertama ali-

hkan hatimu dari kekerasan dunia lalu tempatkan ia diakhirat,kedua

hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian Al-Quran.

Justeru, marilah kita sentiasa menanamkan kesungguhan untuk terus

mentarbiyah diri. Sesungguhnya Bulan Ramadhan ini merupakan me-

dan tarbiyah yang paling berharga untuk diikuti bermula dengan puasa

itu sendiri, tadarrus Al-Quran, bersolat terawih, bersahur,

Page 3: Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan

Bermaksud:

Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum,tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari lagha (percakapan yang tidak berguna) dan ka-ta-kata yang keji. (Riwayat Muslim)

Makan Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu tinggalkan,walau hanya sekadar me-neguk seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang Makan sahur dan malaikat mendoakannya. (Riwayat Imam Ahmad)

Apabila Salah seorang di antara kamu ber-buka, maka hendaklah ia berbuka dengan tamar (kurma kering). Jika tidak mendapat-kannya maka hendaklah ia berbuka dengan air itu suci dan menyucikan. (Riwayat Imam Ahmad)

memperbanyakkan sedekah, beriktikaf, berzikir, berqiamullail pada

malam lailatul qadar dan berbagai lagi..Semoga Ibadah yang dilalui

mampu menggugurkan sifat sifat mazmumah yang melekat di dalam

diri kita dan digantikan pula dengan sifat-sifat mahmudah.

Sesungguhnya, selain di dalam bulan Ramadhan, musuh utama kita

yang tidak dapat dilihat ialah Syaitan dan nafsu. Maka di bulan rama-

dhan ini hanya nafsu sahaja yang ada. Sewajarnyalah kita mesti lebih

kuat dan mudah lagi untuk membuat pelbagai kebaikan dan pengisla-

han diri serta perbanyak memohon pertolongan dariNya....

Akhirnya...Selamat memeriahkan bulan Ramadhan. Sekiranya para

sahabat boleh menang berperang dalam keadaan berpuasa di bulan

Ramadhan....maka marilah kita sama sama berperang melawan hawa

nafsu di bulan Ramadhan agar kita dapat hidup suburkan Ramadhan

kali ini dengan iman dan taqwa kepada Rabb kita dalam membentuk

peribadi yang mulia...InsyaAllah...

Jazakumullahukhairan kathira….

Wassalm.

Page 4: Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa pera-

turan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara

yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan

orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara

yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram

atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan be-

rusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi

bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka per-

hatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di

manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik

bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur ma-

kanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan da-

ripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat

ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiar-

kan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya

rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud

sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran

daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Puasa Anda

MEMBERI KESAN PADA DIRI?

Ramadhan datang membawa seribu makna. Inilah sebaik baik bulan yang didalamnya

terkandung Rahmat Allah yang tidak terbilang. Tetapi adakah ibadah kita sepanjang

bulan mulia ini membawa kesan yang baik pada diri? Adakah kita dapat merasakan

perubahan positif pada sikap dan akhlak? Dan adakah kita dapat rasakan erti sebenar

daripada ibadah puasa yang kita tunaikan setiap kali menyambut ramadhan?

MUNGKIN sukar untuk anda menjawabnya, tetapi beberapa soalan berikut boleh mem-

bantu anda menilai kualiti ibadah puasa kita yang lepas-lepas dan membaikinya pada

ramadhan kali ini.

Adakah anda ;

Dapat selalu bersegera menghadap Allah apabila sahaja masuk waktu sembahyang?

Lebih khusyuk dan menjaga tertib dalam sembahyang?

Sentiasa ingat Allah terutama apabila mendapat nikmat?

Selalu rasa berdosa dan bersegera bertaubat?

Semakin cermat dalam sikap dan tingkah laku terhadap sesama manusia?

Semakin merendah diri?

Semakin penyabar dan tabah apabila berhadapan dengan karenah sesiapa sahaja?

Selalu bersangka baik dengan Allah dan manusia?

Sentiasa bersedia membantu mereka yang tidak mampu atau berhajat?

Mudah memaafkan kesilapan orang?

Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada?

Makin belas kasihan dan menghargai orang susah dan orang miskin?

Jika anda jawab YA bagi soalan –soalan diatas, Ahamdulillah,

Page 5: Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan

Penghujung Ramadhan.. inilah saat-saat yang kritikal, maka…

Waktu ini eloklah kita giatkan lagi meghitung-hitung

diri,menilai dan meningkatkan prestasi ibadah puasa kita.

Anggaplah ini Ramadhan terakhir sebelum kita dipanggil

bertemu dengan Allah, dimana kita akan menghadapi waktu

yang sempit di alam barzakh dan di padang masyar kelak. Harus-

lah berhati hati, jangan sampai detik-detik terakhir ini

memusnahkan apa yang telah kita capai sepanjang hidup kita.

Demikian juga Hampir sebulan menjalani Ibadah puasa. Pada

hari-hari terakhir Ramadhan kita mungkin berdepan dengan

dugaan yang bermacam-macam. Bacaan Al-Quran mungkin ter-

ganggu dengan keghairahan untuk menyiapkan baju raya. Ruang

kosong dinihari yang sebelumnya diisi dengan solat tahajud, di-

ganti dengan kesibukan menyiapkan kuih raya.

Akhirnya, ingatlah bahawa kita tidak akan mempunyai dorongan

yang kuat untuk memohon kepada Allah, jika kita tidak benar-

benar tahu apa yang kita pohonkan. Itulah sebabnya kita perlu

menghitung diri setiap hari…………Allahua‟lam.

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam

sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang ber-

puasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu ada-

lah perisai. Sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpua-

sa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bo-

doh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya

maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpua-

sa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada

malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami

kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal,

keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati

puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka

dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat

makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Ke-

cenderungan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan

perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani

yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan

akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain,

sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan

menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan

ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat

dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya

sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah

punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah

s.w.t..

Page 6: Catatan QALAM - ANJUNG...mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kan-

tung perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat me-

neguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah seper-

tiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minu-

man dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan

at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya

perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turu-

tan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan

kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara

kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada

bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang

masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Rama-

dan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan

mengingati- Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara

duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka

yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dil-

akukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari

Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk

waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada me-

madailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Ma-

ghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik

(berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila ma-

suk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan

Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa

sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda

s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang

berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa

tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa).

(Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih,

witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan

solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana

meninggalkan rukun wajib solat seperti meninggalkan tomakninah se-

masa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana

sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga

menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting

dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan

berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali

mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan

Qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua

peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya

sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah

selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah

s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehing-

galah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum)

pahala qiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)