bacaan pagi 1

23
Keperihalan : Azam Tahun Baharu Saya Setiap orang mempunyai azam yang tersendiri. Begitu juga denga mempunyai sebuah azam dan azam saya pada tahun ini ialah ingin menjadi berjaya. Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu peperiksaan UPSR. Justeru, azam saya yang paling utama pada t mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Untuk mencapai azam tersebut, saya mestilah belajar dengan bersung sungguh. Saya juga perlu sentiasa membaca buku untuk memastikan saya l memahami pelajaran yang telah diajar oleh guru-guru di dalam kelas. Selain itu, saya juga berazam untuk menjadi murid yang lebih rajin yang baik pada tahun ini. Saya perlulah membuang sikap malas menjadi murid yang lebih berjaya pada tahun ini. i samping itu, saya juga berazam untuk menjadi murid yang terbaik cemerlang di sekolah saya. Saya berharap agar saya dapat menyertai leb pertandingan yang dianjurkan di sekolah pada tahun ini supaya saya dap murid yang terbaik. !khir sekali, saya berharap agar saya dapat berusaha dengan lebih supaya saya boleh mencapai azam ini Keperihalan : Sekolah Saya "ama sekolah saya ialah Sekolah Jenis #ebangsaan $%ina& Phui %hoi. Sek terletak di #uala #urau, Perak. #a'asan sekolah saya sangat besar dan 1

Upload: menulis-dengan-hati

Post on 04-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Keperihalan : Azam Tahun Baharu Saya

Setiap orang mempunyai azam yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Saya mempunyai sebuah azam dan azam saya pada tahun ini ialah ingin menjadi murid yang berjaya.

Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu peperiksaan UPSR. Justeru, azam saya yang paling utama pada tahun ini ialah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Untuk mencapai azam tersebut, saya mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya juga perlu sentiasa membaca buku untuk memastikan saya lebih memahami pelajaran yang telah diajar oleh guru-guru di dalam kelas.

Selain itu, saya juga berazam untuk menjadi murid yang lebih rajin serta anak yang baik pada tahun ini. Saya perlulah membuang sikap malas saya supaya saya menjadi murid yang lebih berjaya pada tahun ini.

Di samping itu, saya juga berazam untuk menjadi murid yang terbaik dan cemerlang di sekolah saya. Saya berharap agar saya dapat menyertai lebih banyak pertandingan yang dianjurkan di sekolah pada tahun ini supaya saya dapat menjadi murid yang terbaik.

Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat berusaha dengan lebih gigih supaya saya boleh mencapai azam iniKeperihalan : Sekolah Saya

Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Phui Choi. Sekolah saya terletak di Kuala Kurau, Perak. Kawasan sekolah saya sangat besar dan cantik.

Bangunan sekolah saya diperbuat daripada batu dan mempunyai beberapa buah blok bangunan iaitu blok A, blok B dan Blok C. Kelas saya terletak di blok B. Di sekolah saya juga mempunyai bilik guru, makmal komputer, makmal Sains dan stor sukan.

Selain itu, sekolah saya juga mempunyai seuah kantin yang besar dan sentiasa bersih. Sekolah saya juga mempunyai sebuah dewan dan sebuah stadium yang sangat besar dan selesa untuk kegunaan para guru dan murid-murid.

Di samping itu, di sekolah saya juga terdapat sebuah bilik Guru Besar. Guru Besar sekolah saya ialah Encik Lim. Sekolah saya juga mempunyai 37 orang guru dan 450 orang murid-murid.

Saya berasa sangat gembira dan bangga dapat bersekolah di sini. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan selalu menjaga nama baik sekolah saya.

Keperihalan : Sahabat Baik Saya

Setiap orang mempunyai sahabat baik. Begitu juga dengan saya. Sahabat baik saya bernama Park Wei Kang. Wei Kang seorang sahabat yang sangat baik hati.

Wei Kang berumur 10 tahun. Wei Kang sekeluarga tinggal di Taman Kota, Kedah. Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.

Bapa Wei Kang bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa Wei Kang memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Wei Kang pula seorang suri rumah tangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.

Pada waktu rehat, saya dan Wei Kang bersama-sama pergi ke kantin untuk menikmati makanan. Kami juga suka meminjam buku cerita dari perpustakaan. Pada masa lapang, Wei Kang suka membaca buku cerita dan bermain badminton. Kami selalu bermain badminton di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya. Wei Kang bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Dia juga belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang kawan baik seperti Wei Kang. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.

Surat Kiriman Rasmi : Gangguan Bekalan Air

Lee Siew Peng,42, Jalan Delima,33300 Kuala Kangsar,Perak.______________________________________________________________

Pengarah,Jabatan Bekalan Air Kuala Kangsar,33300 Kuala Kangsar,Perak. 3 OGOS 2014 Tuan,Aduan Gangguan Bekalan Air

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Jalan Delima, ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air di kawasan kami.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, gangguan ini telah berlaku hampir 2 minggu. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. Gangguan ini telah menyebabkan kami sukar untuk menjalankan aktiviti harian seperti memasak, mandi, mencuci dan sebagainya.

3. Sehuungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mengatasi masalah ini dengan segera.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................(LIEW SIEW PENG)Wakil Penduduk,Jalan Delima.

Surat Kiriman Rasmi : Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau,34500 Kuala Kurau,Perak.______________________________________________________________

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau,34350 Kuala Kurau,Perak. 15 OKTOBER 2014 Tuan,Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut. 3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami : Tarikh : 27 Oktober 2014 Masa : 10.00 pagi Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring

Kerjasama daripada tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................................(FARAH BINTI ALI)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu.Autobiografi : Aku Sebuah Kereta

Aku sebuah kereta. Nama aku ialah Proton Wira. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Perak.

Badan aku diperbuat daripada besi. Aku berwarna biru. Badanku dipasang dengan empat tayar.

Setelah siap, aku dihantar ke kedai menjual kereta. Aku dihantar dengan sebuah kontena ke kedai kedai tersebut. Di situ juga terdapat rakanku yang lain seperti Waja, Perdana dan Saga. Aku berasa seronok kerana setiap hari ada pengunjung yang datang untuk melihatku.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda ke kedai. Nama pemuda itu ialah Encik Ramlan. Pemuda itu tertarik denganku. Setelah selesai urusanjual beli, aku menjadi milik pemuda itu. Semenjak hari itu, aku berkhidmat dengn tuan baruku.

Encik Ramlan menjaga saya dengan baik. Beliau memanduku dengan cermat. Beliau memanduku ke tempat kerjanya setiap hari. Encik Ramlan mencuci saya dua kali sebulan.

Aku berasa gembira dan bangga kerana mempunyai tuan sepertinya. Aku berharap agar dapat berkhidmat kepada tuan aku dengan lebih lama.

Autobiografi : Aku Sebuah Basikal

Aku sebuah basikal. Nama saya ialah BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat basikal yang terletak di Shah Alam.

Badanku diperbuat daripada besi dan getah. Aku berwarna biru dan hijau. Badanku juga dipasang dengan dua tayar.

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai basikal yang terletak di Perak. Aku dihantar dengan sebuah lori ke kedai basikal. Aku telah dipamerkan di hadapan kedai.

Pada suatu hari, seorang budak lelaki bersama bapanya datang ke kedai tersebut. Setelah membelek-belek basikal yang terdapat di kedai tersebut, budak tersebut akhirnya telah memilihku. Bapanya telah membayarku dengan harga RM 500.

Nama tuan aku ialah Raju. Raju seorang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Taman Melati. Raju menjagaku dengan baik. Dia akan menunggangku ke sekolah setiap hari. Raju juga akan mencuci badanku setiap dua kali seminggu.

Aku berasa gembira dan bangga mendapat tuan sepertinya. Aku berharap agar dapat memberi khidmat dengan lebih lama untuk tuan aku.

Autobiografi : Aku Sehelai Kemeja

Aku sehelai kemeja. Namaku ialah Padini. Aku dilahirkan di sebuah kilang tekstil yang terletak di Kuala Lumpur.

Aku berasal daripada kapas yang dipintal menjadi benang. Kemudian,benang itu ditenun menjadi kain. Selepas menjadi kain, aku dibentuk menjadi sehelai kemeja. Aku mempunyai lengan panjang. Badanku berwarna merah.

Setelah siap, aku disimpan di dalam sebuah kotak lalu dihantar ke sebuah kedai kain yang terletak di Pulau Pinang. Aku dihantar menggunakan sebuah van. Aku telah dipamerkan di salah sebuah kedai pakaian di pusat membeli belah.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda ke kedai. Nama pemuda itu ialah Encik Basri. Beliau membelek-belekku selama satu jam. Akhirnya, beliau tertarik hati dengan diriku. Encik Basri terus ke kaunter untuk membayarku dengan harga RM 50.00.

Encik Basri menjaga aku dengan baik. Beliau memakaiku ke tempat kerjanya. Beliau akan mencuci setelah memakai aku.. Encik Basri akan kelihatan tampan setelah memakai saya. Saya berasa gembira dan bangga kerana mempunyai tuan sepertinya.

Keperihalan : Berkelah Bersama Keluarga

Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga makan angin di Tanjung Bidara. Kami sungguh gembira kerana dapat berkelah di kawasaan pantai itu. Kami sampai di sana kira-kira jam 9.00 pagi.

Selepas menukar pakaian, ayah mengajak kami berenang dan bermandi-manda. Ibu berpesan kepada saya dan adik supaya mandi di tepi pantai sahaja. Ketika kami bermandi-manda, ayah memerhati dari jauh untuk memastikan keselamatan kami.

Setelah puas berenang, kami naik ke pantai untuk menikmati hidangan tengah hari. Ibu sudah pun menyediakan makanan. Kami makan dengan berselera sekali.

Saya berkesempatan mengutip beberapa kulit siput yang terdapat di tepi pantai. Kami juga mengambil gambar sebagai kenangan. Ibu dan adik pula membeli cenderamata yang cantik untuk dibawa pulang.

Tepat jam 3.00 petang, kami meninggalkan Tanjung Bidara dengan perasaan gembira. Ayah berjanji akan membawa kami ke sana lagi. Perkelahan kali ini sangat menyeronokkan.

Keperihalan : Sukan Tahunan Sekolah

Sekolah saya akan mengadakan sukan tahunan pada bulan April hadapan. Banyak persediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan tersebut diadakan.

Rumah sukan yang akan bertanding ialah Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat untuk merancang latihan yang perlu dijalankan.

Murid-murid akan mengadakan latihan sukan mengikut rumah sukan masing-masing. Mereka berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dan lain-lain lagi.

Setiap murid perlu menyertai ujian kelayakan bagi beberapa acara yang dipertandingkan. Ahli-ahli yang melepasi ujian kelayakan akan menyumbang mata kepada rumah sukan mereka. Beberapa orang atlet yang layak daripada setiap rumah sukan akan dipilih untuk bertanding dalam sukan tahunan nanti.

Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa akan membuat persediaan untuk menghias padang. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan bendera rumah sukan yang berwarna-warni.

Pihak sekolah juga mengadakan raptai supaya sukan tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahunan tersebut dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan seperti yang dirancangkan.LAPORAN LAWATAN PERSATUAN BAHASA MALAYSIASEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) TAMAN MELATI

Pada hari Sabtu yang lalu, seramai 30 orang murid SJK (T) Taman Melati telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan. Lawatan ini telah diringi oleh tiga orang guru.

Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan ke Kuala Lumpur telah mengambil masa selama dua jam. Pelbagai aktiviti telah dilakukan di dalam bas seperti menyanyi dan permainan kecil.

Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 10.20 pagi. Di Muzium Negara, kami mengetahui sejarah rakyat Malaysia. Kami juga sempat mencatat maklumat penting.

Selepas itu, kami makan di Tasik Perdana. Selepas makan, kami mengunjungi Pasar Budaya. Kami membeli pelbagai cenderamata sebagai buah tangan.

Semasa waktu pulang, kami singgah di Putrajaya. Kami kagum akan keindahan Putrajaya. Kira-kira pada pukul 6.30 petang, kami tiba di sekolah.

Laporan disediakan oleh, 14 Februari 2014.....................................(ANAND A/L KUMAR)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia.LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAPSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG TUPAH

Pada hari Sabtu, 23 Mac 2014 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Bukit Jaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjadikan ahli pengakap berjiwa berani.

Perkhemahan ini disertai oleh 90 ahli pengakap dan 4 orang guru. Kami bertolak pada jam 8.00 pagi dari sekolah. Kami menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah..

Setiap ahli dibahagikan kepada lapan kumpulan dan telah diberikan tugas masing-masing. Setelah tiba di Bukit Jaya, kami membersihkan tapak dan mendirikan khemah.

Selepas itu, kami memulakan ekspedisi ke Bukit Jaya. Kami menikmati keindahan flora dan fauna.. Kami juga telah melakukan persembahan selepas tiba di Bukit Jaya.

Pada hari keesokkan, kami pulang pada jam 11.15 pagi. Peserta berasa gemira sepanjang perkhemahan ini. Kami berharap perkhemahan ini akan diadakah lagi.

Laporan disediakan oleh, 27 Mac 2014.(RAJU A/L RISHI)Setiausaha PengakapSyarahan : Kepentingan Air kepada Manusia

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya para hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Kepentingan Air kepada Manusia

Hadirin sekalian, Air merupakan salah satu unsur yang terpenting dalam kehidupan manusia. Tanpa air, manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup. Dua pertiga daripada bumi dilitupi oleh air.

Manusia memperoleh sumber air dari sungai, tasik, kolam dan laut. Tujuh puluh peratus daripada tubuh manusia mengandungi air. Tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya enam liter air sehari.

Selain minuman, manusia menggunakan air untuk aktiviti harian mereka. Air digunakan untuk mandi, membasuh, memasak dan bercucuk tanam.

Selain itu, manusia juga menggunakan air sebagai jalan perhubungan. Manusia menggunakan jalan sungai, tasik dan lautuntuk berhubung dengan dunia luar. Manusia menggunakan perahu , kapal, feri dan lain-lain sebagai pengangkutan.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita memelihara sumber air seperti tasik, sungai dan laut agar tidak tercemar. Sekian, terima kasih.

Fakta : Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar merupakan salah satu pencemaran yang sering berlaku di negara kita. Pencemaran alam merupakan satu aktiviti mencemarkan alam dengan sampah sarap.

Terdapat banyak pencemaran. Antaranya ialah pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. Pencemaran ini akan menyebabkan hidupan di dalam sungai akan mati dan air sungai menjadi kotor.

Selain itu, pencemaran udara berlaku akibat pembakaran secara terbuka dan pelepasan asap kilang yang tidak terkawal. Pencemaran udara akan menyebabkan udara tercemar dan manusia mengalami pelbagai penyakit seperti sesak nafas dan penyakit kulit.

Di samping itu, pencemaran bunyi pula berlaku akibat bunyi bising daripada kenderaan dan aktiviti perkilangan. Pencemaran bunyi akan mendatangkan pelbagai kesan yang berbahaya kepada manusia. Antara kesan yang akan timbul adalah menjejaskan kesihatan manusia iaitu akan mendatangkan kesan ke atas pendengaran.

Kesimpulannya, kita haruslah mengutamakan kebersihan alam sekitar bagi mengatasi pencemaran supaya dapat menghindarkan daripada pelbagai penyakit dan melahirkan rakyat yang lebih sihat.

Fakta : Membaca Jambatan Ilmu

Membaca jambatan ilmu bermaksud membaca menjadi penghubung untuk kita mendapatkan ilmu pengetahuan. Kegiatan membaca harus digalakkan sejak kita di bangku sekolah lagi.

Pelbagai cara untuk kita mendapatkan bahan bacaan yang berfaedah. Antaranya kita boleh mengunjungi perpustakaan di sekolah atau di tempat awam. Selain itu, kita boleh memperoleh bahan bacaan dengan meminjam buku daripada kawan atau guru. Sekiranya berkemampuan, kita boleh membeli bahan bacaan di kedai buku.

Ilmu yang kita peroleh daripada pembacaan boleh digunakan untuk kemajuan diri. Kita boleh memantapkan pembelajaran sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan. Bahan-bahan yang diperoleh boleh diselitkan atau dikupas supaya penulisan menjadi lebih mantap lagi.

Kita hendaklah berkongsi ilmu yang kita peroleh kepada orang lain agar ilmu yang kita peroleh sentiasa berkembang. Kesan daripada pembacaan, kita dapat meluaskan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, pembacaann yang banyak akan menjadikan kita lebih matang. Kita juga tidak mudah ditipu kerana kita mempunyai banyak ilmu pengetahuan.

Oleh itu, hendaklah kita menghindarkan diri daripada membaca bahan-bahan yang tidak berfaedah kerana boleh merosakkan minda. Bahan bacaan perlu dipilih supaya ilmu yang diperoleh bermanfaat.Fakta : Faedah Menyimpan Wang

Menyimpan wang merupakan salah satu amalan yang mulia. Menyimpan wang dapat menjimatkan wang perbelanjaan kita. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung atau di bank.

Terdapat banyak faedah dengan menabung. Antaranya ialah, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa kita. Kita boleh membeli bahan bacaan seperti alat tulis, buku latihan, buku rujukan dan buku nota dengan wang simpanan tersebut.

Selain itu, kita boleh menggunakan wang simpanan untuk memenuhi keperluan asas kita. Antara keperluan asas kita adalah pakaian dan makanan. Keperluan asas tersebut sangat penting untuk meneruskan hidup kita.

Di samping itu, kita boleh menggunakan wang simpanan semasa kecemasan. Contohnya, kita boleh menggunakan wang ini untuk membiayai kos perubatan atau semasa mengalami bencana seperti kebakaran dan banjir. Ini dapat membantu meringankan beban ibu dan bapa kita.

Kita juga dapat menggunakan wang yang telah disimpan untuk masa hadapan. Contohnya, apabila kita hendak melanjutkan pelajaran ke universiti, kita dapat menggunakan wang tersebut untuk membayar yuran.

Kesimpulannya, kita mesti menyimpan wang untuk kebaikan kita. Kita perlulah memupuk sikap berjimat cermat sejak dari kecil lagi.

Surat Kiriman Tidak Rasmi : Sambutan Majlis Hari Jadi

No.13, Jalan Intan,Taman Kurau Permai,34350 Kuala Kurau,Perak.

20 Januari 2014

Menemui sahabatku Mei Ling yang kini berada di Pulau Pinang. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya di sini berada dalam keadaan sihat sahaja.

Saudari,

Apa khaar saudari sekarang? Lama saya tidak mendengar khabar daripada saudari. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudari ke majlis hari jadi saya. Saya akan menyambut hari jadi saya yang ke-12 pada hari Ahad minggu hadapan.

Beberapa persiapan untuk majlis hari jadi sedang dilakukan. Antaranya ialah menghias rumah dan membeli baju baharu. Ibu saya juga telah menempah kek coklat yang sangat sedap daripada kawannya.

Majlis hari jadi saya akan diadakan di rumah saya pada pukul 9 malam. Saya akan berasa gembira sekiranya saudari datang ke majlis hari jadi saya untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Saya berharap agar saudari dapat hadir ke majlis hari jadi saya. Saya akan menanti kehadiran saudari.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................... (Linda binti Sani) Surat Kiriman Tidak Rasmi : Persiapan Peperiksaan UPSR

No.2, Jalan Kurau, Taman Kurau Indah, 34350 Kuala Kurau, Perak.

10 Julai 2014

Menemui sahabatku Rizal yang kini berada di Ipoh, semoga sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahaatku,

Apa khabar saudara? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan. Antaranya ialah mengulangkaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam.

Saya juga akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Saya akan segera bertanya guru jika saya tidak faham tentang matapelajaran yang diajar oleh guru saya.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke perpustakaan awam pada hujung minggu.

Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke pusat tuisyen dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

Sahabatmu,

............................. (Ahmad bin Zaidi)

Cereka : Kebakaran

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.

Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya, kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.

Cereka: Pengalaman Pulang ke Kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah.

Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka.

Datuk membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat jernih. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil menikmati pemandangan yang indah.

Kami juga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum seperti rusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk mengutip durian yang gugur.

Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Semua durian sudah habis dijual.

Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.

Cereka (Menyambung Cerita): Kemalangan Jalan Raya

Loceng berbunyi, aku pun bersiap-siap untuk pulang.Seperti biasa,aku menunggang basikal pulang kerumah. Hari ini cuaca sungguh panas. Aku berasa letih dan dahaga. Semasa aku menghampiri suatu selekoh .

Semasa aku menghampiri suatu selekoh, aku terlihat sebuah kereta yang dipandu dengan laju telah melanggar seorang tua yang sedang menunggang basikal. Kemalangan itu mengakibatkan bunyi dentuman yang kuat. Aku melajukan kayuhan basikalku untuk menuju ke tempat kejadian.

Pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan. Sebaliknya, penunggang basikal telah mengalami kecederaan kerana tercampak ke dalam longkang. Basikal rosak teruk dan tidak dapat digunakan lagi.

Aku telah menolong pemandu kereta itu mengangkat orang tua tersebut ke dalam keretanya. Pemandu kereta itu telah membawa orang tua tersebut ke hospital yang berhampiran. Orang tua itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sebelum aku beredar dari hospital, pemandu dan orang tua itu telah mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku sambil tersenyum sahaja.

Setibanya di rumah, ibu menanyakan kelewatanku pulang. Aku menceritakan peristiwa tersebut kepada ibuku. Ibu memuji atas tindakan yang telah dilakukan olehku.Berita: Kebakaran

BUTTERWORTH, 13 Mei Satu kebakaran besar berlaku awal pagi ini memusnahkan dua buah rumah kedai di Jalan Bagan Luar di sini. Kerugian dianggarkan lebih sejuta ringgit. Benarlah, Api, ketika kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.

Keduadua buah kedai yang musnah itu ialah sebuah kedai gambar dan sebuah kedai ubat. Semua yang tinggal di dalam keduadua buah rumah kedai tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, pemilik kedai ubat, Encik Yong Hup Seng, memberitahu bahawa dia terjaga daripada tidur apabila badannya terasa bahang panas dan terhidu bau asap. Sebaik sahaja melihat api sedang marak membakar bumbung kedainya, dia pun segera mengejutkan isteri dan anak anaknya lalu keluar menyelamatkan diri.

Pemilik kedai gambar pula, Encik Lim Kim Hock, memberitahu bahawa dia juga terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi letupan kecil. Dengan pantas, dia menyuruh isteri, anak dan para pekerjanya keluar dengan segera. Pasukan bomba yang tiba bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu. Menurut jurucakap pihak bomba, punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Catatan : Lawatan Ke Kuala Lumpur

Sabtu, 2 Februari 2014

8.00 pagi Murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Semua murid berpakaian kemas. Ketua rombongan, Cikgu Nathan memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan lawatan.Kami bertolak dengan menaiki bas.

10.00 pagiKami tiba di Kuala Lumpur. Mula-mula kami melawat Muzium Negara. Di sana, kami berpeluang melihat barang-barang purba.

12.00 tengah hari Kami berehat sambil makan tengah hari di Tasik Perdana. Selepas makan, kami dibenarkan untuk bersiar-siar sebentar di sekitar kawasan tasik sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.2.00 petang Kami dibawa melawat ke Tugu Negara, Menara Kuala Lumpur dan Parlimen. Di sana kami mendapat gambaran tentang Bangunan Parlimen dengan lebih jelas.

5.00 petang Kami singgah ke salah sebuah pusat membeli belah.Saya membeli anak patung untuk adik dan beberapa cenderamata untuk ibu dan ayah.

6.30 petang Kami bertolak pulang Ke Ipoh. Dalam perjalanan, kami berbual-bual tentang keseronokan melawat bandaraya Kuala Lumpur.

Keperihalan : Rumah Idaman Saya

Setiap orang mempunyai rumah idaman masing-masing. Begitu juga dengan saya. Sejak kecil lagi saya suka melihat rumah yang tersergam indah apabila pulang dari sekolah bersama bapa.

Rumah idaman saya ialah rumah yang besar dan cantik. Rumah tersebut akan dibina di atas sebuah bukit yang menghadap laut. Apabila saya bangun daripada tidur, saya akan dapat menghirup udara yang segar dan melihat pemandangan laut yang indah.

Selain itu, rumah tersebut mestilah mempunyai lima buah bilik tidur dan setiap bilik mempunyai tandas sendiri. Ini dapat mengelakkan saya dan ahli keluarga daripada berebut semasa ingin menggunakan tandas.

Di samping itu, saya juga ingin memiliki sebuah kolam renang dan perpustakaan mini di rumah idaman saya nanti. Saya tidak perlu bersusah-payah ke kolam renang awam dan meminjam buku di perpustakaan awam.

Akhir sekali, saya berharap agar impian saya untuk memiliki rumah idaman ini akan tercapai pada suatu hari nanti.

Keperihalan : Kalau Saya Seorang Jutawan

Setiap orang mempunyai impian. Begitu juga dengan saya. Impian saya adalah menjadi seorang jutawan.

Jika saya seorang jutawan, saya akan membeli sebidang tanah yang luas dan memiliki pemandangan yang indah. Saya akan membina sebuah rumah banglo di sana dan menjemput semua ahli keluarga untuk tinggal bersama-sama. Saya juga akan membeli beberapa buah kereta mewah yang saya idam-idamkan.

Di samping itu, saya juga akan membina sekolah dan hospital di kawasan pedalaman. Dengan adanya sekolah dan hospital, penduduk di kawasan pedalaman yang buta huruf akan berpeluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan rawatan secara percuma.

Saya juga akan mendermakan sebahagian daripada wang saya kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan rumah orang cacat. Saya hendak membantu orang yang bernasib malang dan memerlukan bantuan.

Saya juga akan membawa ibu bapa saya menjelajah ke seluruh dunia untuk melihat kebudayaan dan kesenian bangsa-bangsa yang lain. Saya akan mendalami pengetahuan dalam lapangan seni muzik yang saya minati.

Saya sedar bahawa bukan senang untuk mencapai impian saya. Oleh itu, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin, impian saya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.25