babvi

4
BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6.1 KESIMPULAN Kajian ini memberi tumpuan ke atas pembangunan algoritma penyarian vektor sifat yang cekap, unik dan tegar untuk tujuan pengelasan jenis botol plastik sama ada PET atau BUKAN-PET. Pengelasan bertujuan mengasingkan botol-botol ini sebelum proses kitar semula dilakukan. Berasaskan dapatan keputusan yang diperolehi, kesemua objektif yang dinyatakan telah berjaya dicapai. Objektif pertama iaitu untuk membangunkan algoritma-algoritma penyarian vektor sifat yang tegar dan cekap serta mengenalpasti vektor sifat terbaik sebagai perwakilan kepada imej botol plastik kepada PET dan BUKAN-PET bagi memudahkan kerja-kerja pengecaman dan pengasingan botol plastik semasa proses kitar semula. Tiga algoritma untuk sarian vektor sifat dibangunkan meliputi dua algoritma adalah berasaskan bentuk dan satu berasaskan tekstur warna. Dua algoritma berasaskan bentuk tersebut ialah algoritma kod rantaian dan algoritma hakisan separa manakala algoritma berasaskan warna tekstur pula ialah algoritma analisa warna tekstur silau. Namun begitu di akhir kajian,hanya vektor sifat dari algoritma hakisan separa dan algoritma warna tekstur silau digunakan sebagai perwakilan vektor sifat untuk ke peringkat pengujian dan pengesahan. Pengujian dan pengesahan vektor sifat tersari telah dilakukan ke atas 500 sampel imej botol plastik menggunakan dua kaedah pengelasan iaitu rangkaian neural tiruan dan pendiskriminan lelurus. Semua data dibahagi dalam bentuk set untuk dibuat pengesahan pengelasan bersilang. Pelakuran terhadap vektor sifat tersari dari

Upload: suzaimah-ramli

Post on 19-Jun-2015

62 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Babvi

BAB VI

KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 KESIMPULAN

Kajian ini memberi tumpuan ke atas pembangunan algoritma penyarian vektor sifat

yang cekap, unik dan tegar untuk tujuan pengelasan jenis botol plastik sama ada PET

atau BUKAN-PET. Pengelasan bertujuan mengasingkan botol-botol ini sebelum

proses kitar semula dilakukan. Berasaskan dapatan keputusan yang diperolehi,

kesemua objektif yang dinyatakan telah berjaya dicapai.

Objektif pertama iaitu untuk membangunkan algoritma-algoritma penyarian

vektor sifat yang tegar dan cekap serta mengenalpasti vektor sifat terbaik sebagai

perwakilan kepada imej botol plastik kepada PET dan BUKAN-PET bagi

memudahkan kerja-kerja pengecaman dan pengasingan botol plastik semasa proses

kitar semula. Tiga algoritma untuk sarian vektor sifat dibangunkan meliputi dua

algoritma adalah berasaskan bentuk dan satu berasaskan tekstur warna. Dua algoritma

berasaskan bentuk tersebut ialah algoritma kod rantaian dan algoritma hakisan separa

manakala algoritma berasaskan warna tekstur pula ialah algoritma analisa warna

tekstur silau. Namun begitu di akhir kajian,hanya vektor sifat dari algoritma hakisan

separa dan algoritma warna tekstur silau digunakan sebagai perwakilan vektor sifat

untuk ke peringkat pengujian dan pengesahan.

Pengujian dan pengesahan vektor sifat tersari telah dilakukan ke atas 500

sampel imej botol plastik menggunakan dua kaedah pengelasan iaitu rangkaian

neural tiruan dan pendiskriminan lelurus. Semua data dibahagi dalam bentuk set untuk

dibuat pengesahan pengelasan bersilang. Pelakuran terhadap vektor sifat tersari dari

Page 2: Babvi

115

kedua-dua algoritma sarian vektor sifat seterusnya telah dilakukan untuk

menghasilkan keputusan pengelasan yang lebih jitu. stabil dan kukuh. Prestasi sarian

vektor sifat yang dicadangkan dinilai berasaskan ketepatan pengelasan.

Kajian ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya iaitu ke arah

membangunkan kaedah sarian sifat untuk pengecaman botol plastik berasaskan

teknologi penglihatan komputer. Teknik pemprosesan imej digunakan sebagai kaedah

sarian vektor sifat untuk pengecaman dan pengelasan botol plastik yang cekap dan

tegar berasaskan bentuk dan warna tekstur silau.

6.2 SUMBANGAN UTAMA KAJIAN

Hasil dari kajian yang telah dilaksanakan, beberapa sumbangan telah dikenalpasti iaitu:

i. Teknik pengecaman bentuk botol menggunakan teknik hakisan separa

sementara teknik kedua berasaskan warna tekstur silau yang

bertindak sebagai vektor sifat. Perwakilan vektor sifat ini membolehkan

pengecaman dilakukan dengan menggunakan sampel imej botol plastik sebagai

objek utama kajian.

ii. Modul pengujian dan pengesahan yang boleh mengelaskan botol-botol plastik

secara automatik, iaitu pengelasan mengikut bentuk dan warna tekstur silau.

Keputusan pengujian dan pengesahan menunjukkan hasil pengelasan botol PET

dan BUKAN-PET melebihi 80%.

iii. Sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi pengelasan, teknik perlakuran

vektor sifat dilakukan. Terbukti hasil keputusan perlakuran menunjukkan

prestasi pengelasan dapat dimaksimumkan dengan menggabungkan dua set

vektor sifat dari algoritma hakisan separa dan algoritma imej pangkasan

kawasan terpilih.

6.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan algoritma penyarian sifat yang telah dibangunkan untuk pengelasan botol

plastik sama ada PET atau BUKAN-PET, beberapa cadangan boleh dilakukan bagi

Page 3: Babvi

116

meningkat serta mengembangkan lagi kaedah-kaedah yang telah dibangunkan. Antara

kajian lanjut yang boleh dilaksanakan bagi pengelasan botol plastik untuk tujuan kitar

semula.

i. Sistem boleh dipertingkatkan ke sistem secara masa nyata terutamanya di

peringkat pengumpulan data imej botol. Oleh itu data yang mewakili keadaan

sebenar yang boleh digunakan semasa latihan dan pengujian sistem.

ii. Algoritma yang dibina seterusnya boleh diintegrasikan dengan sistem

pengasingan botol plastik seperti yang telah dicadangkan oleh Dzuraidah et al

(2006) dan diuji keberkesanannya secara keseluruhan. Gambaran sistem

pengasingan botol plastik yang diintegrasikan dengan sistem pengecaman ini

digambarkan seperti dalam Rajah 2.1 di Bab 2. Beberapa isu harus dikaji dengan

mendalam melibatkan permasalahan sistem perkakasan dan struktur mekanikal.

Maklumat tersebut boleh diperolehi apabila sistem penglihatan mesin ini

diintegrasi sepenuhnya di industri kitar semula. Perbandingan halaju

pengasingan juga boleh dilakukan.

iii. Kaedah penentuan kelas pengasingan boleh ditambah kepada tiga iaitu

pengelasan berasaskan warna botol plastik. Kewujudan kepelbagaian bentuk

dan warna botol plastik sekarang ini membolehkan pengasingan dibuat

sekiranya faktor komposisi warna tekstur botol di ambil kira.

Page 4: Babvi

117

ContentsBAB VI .................................................................................................................................. 114

KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ............................................. 114

6.1 KESIMPULAN.........................................................................................................................114

6.2 SUMBANGAN UTAMA KAJIAN..........................................................................................115

6.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN.......................................................................................115