bab.docx

90
ISI KANDUNGAN BIL . KANDUNGAN MUKA SURAT 1 ISI KANDUNGAN 1-2 2 BAB (1): PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH 3-8 3 BAB(2): PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF 9-20 4 BAB (3) : PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF 21-24 5 BAB (4): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MEMERHATI 25-30 6 BAB (5): KEMAHIRAN PROSES SAINS- MENGELAS 31-37 7 BAB (6): KEMAHIRAN PROSES SAINS – BERKOMUNIKASI 38-44 8 BAB (7): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MERAMAL 45-47 9 BAB (8): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR 48-50 10 BAB (9): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN 51-53 1

Upload: annie-chau

Post on 18-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANBIL.KANDUNGANMUKA SURAT

1ISI KANDUNGAN1-2

2BAB (1): PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH3-8

3BAB(2): PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF9-20

4BAB (3) : PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF21-24

5BAB (4): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MEMERHATI25-30

6BAB (5): KEMAHIRAN PROSES SAINS- MENGELAS31-37

7BAB (6): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERKOMUNIKASI38-44

8BAB (7): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MERAMAL45-47

9BAB (8): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR48-50

10BAB (9): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA51-53

11BAB (10): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MEMBUAT INFERENS54-57

12BAB (11): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEH UBAH58-61

13BAB (12): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENDEFINISI SECARA OPERASI62-65

14BAB (13) : KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENTAFSIR DATA66-68

15BAB (14): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MEMBUAT HIPOTESIS69-71

16BAB (15): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENGEKSPERIMEN73-75

BAB 1PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

BAB (1): PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH(A) Mengapakah Sains perlu diajar di sekolah rendah ?

1. Dua matlamat utama pendidikan sains sekolah rendah adalah:I. Untuk memupuk literasi saintifik bagi membolehkan seseorang membuat keputusan yang munasabah tentang isuisu sains yang berkaitan dengan kehidupan mereka.II. Untuk menghasilkan profesional yang kompeten dalam pelbagai bidang saintifik.

2. Literasi saintifik adalah kapasiti atau keupayaan untuk menggunakan pengetahuan saintifik, untuk mengenalpasti soalan-soalan dan menghasilkan kesimpulan berasaskan bukti bagi tujuan memahami dan membantu membuat kesimpulan tentang alam semula jadi dan perubahan-perubahan yang dilakukan keatasnya melalui aktiviti manusia.3. Literasi saintifik akan membantu populasi untuk:I. Membina penyelesaian masalah yang berkesanII. Mengukuhkan kecintaan kepada alam semula jadiIII. Mengelakkan menjadi mangsa dogmatism atau kesaksubanIV. Kebolehan menggunakan teknologi-teknologi baru.

4. Matlamat kurikulum sains sekolah rendah adalah bagi membina minat pelajar dan kreativiti mereka melalui pengalaman seharian dan penyiasatan yang menggalakkan pemerolehan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir disamping memupuk sikap saintifik dan nilai-nilai murni. 5. Kurikulum sains sekolah rendah direka bentuk bagi merangsang sifat ingin tahu pelajar dan membina minat disamping membolehkan mereka mempelajari ilmu berkaitan diri mereka serta dunia disekeliling mereka melalui aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar. Ini akan menyediakan pengalaman-pengalaman yang berguna bagi meningkatkan minat dalam sains dan memberi peluang bagi pelajar memperolehi kemahiran saintifik dan kemahiran berfikit;6. Pengajaran kemahiran saintifik perlu disepadukan ke dalam kandungan sains. Kemahiran proses Sains perlu diajar secara eksplisit di peringkat permulaan dan dikukuhkan melalui latihan lanjut. Kemahiran ini sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar. Pada tahap satu. pelajar dikehendaki mempelajari asas kemahiran proses sains . Pada peringkat kedua pula, kemahiran proses asas akan dilanjutkan untuk diperkukuhkan dengan memperkenalkan kemahiran proses bersepadu.7. Penerokaan sains bagi kanak-kanak adalah inkuiri sains menerokai bahan-bahan/ peristiwa, bertanya soalan-soalan, penyiasatan, merekod/ membentangkan hasil kerja mereka, membuat refleksi tentang apa yang telah mereka pelajari dan lakukan serta apakah maknanya . Semua ini akan membolehkan mereka mencipta teori-teori baru atau idea-idea tentang bagaimana dunia ini berfungsi. Kemahiran-kemahiran ini, sikap, dan cara berfikir adalah penting dalam banyak bidang pembelajaran seumur hidup.Penekanan dalam kurikulum sains sekolah rendah adalah pembelajaran melalui pengalaman yang releven kepada kehidupan harian pelajar,membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, mengaplikasikan prinsip-prinsip saintifik serta memupuk sikap saintifik dan nilai-nilai murni (Yeoh P.C. & Gan C.M. 2003 ms22)Di sekolah rendah, pelajar belajar kemahiran saintifik kerana:0. Kaedah-kaedah ini digunakan oleh pasa saintis semasa melakukan penyelidikan dan mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan tentang alam semula jadi. Melalui penggunaan kemahiran proses sains, pelajar-pelajar mempelajari sains dengan cara yang sama dengan cara seseorang saintis menjalankan kajian.0. Pembelajaran bermakna berlaku bila pelajar menggunakan kemahiran proses sains bagi meneroka persekitaran dan mendapatkan maklumat dari internet , memandu mereka dalam proses membina pengetahuan mereka sendiri. 0. Pengetahuan dan kemahiran ini juga penting bukan saja dalam pembelajaran subjek sains tetapi juga boleh digunakan merentas disiplin dan pengalaman-pengalaman semasa menyelesaikan masalah personal juga bagi menyelesaikan masalah.0. Teori-teori saintifik dan prinsip-prinsip ini boleh diubahsuai atau digantikan bila didapati tidak konsisten dengan bukti-bukti yang baru. 0. Tidak seperti Pengetahuan saintifik, kemahiran proses tidak akan ketinggalan zaman.

(Wan Yoke Kum et. al, 2003 ms 33)

Bab 1: Pengajaran Sains di Sekolah Rendah

Pengajaran Sains

Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi .Memperkembangakan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek.Memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri.Meningkatkan minat semula jadi terhadap alam sekeliling.Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains.Mengamalkan nilai murni dan saintifik dalam kehidupan harian.Menguasai kemahiran saintifik.Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.Apa itu SainsPengajaran sains membolehkan murid:

Sains Sebagai ProdukPemberian pelbagai pengetahuan ilmiah yang dianggap penting untuk diketahui pelajar.

Sains Sebagai ProsesSebagai kaedah penyelesaian maslah untuk mengembangkan kemahiran pelajaran dalam menyelesaikan masalah.

BAB 2PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

BAB(2): PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

A. Jenis dan unit ukuranB. Penggunaan dan pengendalian peralatan SainsC. Melukis gambarajah dan peralatan Sains dengan tepat

1. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam menjalankan aktiviti Sains. Ia melibatkan penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan Sains dengan betul, penyimpanan peralatan Sains dan bahan dengan betul dan selamat , pembersihan peralatan Sains dengan cara yang betul, pemgendalian specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat.2. Kemahiran manipulative juga melibatkan melakar specimen, bahan dan peralatan Sains dengan tepat dan berkadaran betul.3. Kemahiran ini juga mempunyai hierarki atau pemeringkatan seperti berikut:Keupayaan menggunakan peralatan yang asas dengan betul, seperti menggunakan silinder penyukat.Keupayaan menggunakan peralatan yang asas dengan urutan yang betul.Contohnya mengendalikan mikroskop.Memasang dan menggunakan peralatan yang kompleks serta membuka dan menyimpannya dengan kemas dan teratur.Menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang memerlukan pengawalan manipulasi yang tinggi.

A. Jenis dan unit ukuranPengukuran Panjang1. Untuk mengukur panjang, kita boleh menggunakan alat pengukur yang sesuai untuk mengukur alat yang tertentu.2. Alat-alat pengukur seperti pembaris , pita pengukur, angkup vernier, tolok skru.3. Angkup vernier dan tolok skru adalah alat yang biasa digunakan dalam makmal dan industry. Angkup Vernier Tolok Skru

4. Untuk mengukur panjang objek, diameter luar objek berbentuk sfera atau silinder, diameter dalam paip dan kedalaman lubang.Mengukur Masa1. Masa boleh diukur dengan menggunakan alat seperti jan atau sebarang alat yang mengalami gerakan secara berkala.2. Jam Randik:Untuk mengukur julat masa yang pendek.Terdapat 2 jenis jam randik iaitu Jam randik Analog dan Jam randik Digital.3. Jam Randik Digital lebih sensitive berbanding dengan jam randik Digital kerana ia dapat mengukur masa dalam julat 0.01 saat.

Jam Randik DigitalJam Randik Analog Mengukur Isipadu1. Isipadu adalah jumlah ruang yang di isi biasanya diukur dengan menggunakan bikar, silinder bersenggat, picagari, buret dan pipet.2. Senggatan pada bikar dan flask konikal adalah anggaran dan tidak boleh digunakan untuk mendapatkan ketepatan pengukuran.

Silinder PenyukatBikarPicagari Mengukur Suhu1. Termometer :i. Termometer merkuri yang selalu digunakan dalam makmal Sains.ii. Merkuri didalam bulb akan mengembang apabila dipanaskan. Pengembangan ini akan menolak keatas benang merkuri dalam tiub kapilari.iii. Bulb ini diperbuat daripada kaca yang nipis supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri.iv. Batang kaca yang berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya suhu boleh dibaca dengan mudah

Termometer MerkuriTermometer Klinikal Mengukur Jisim1. Jisim adalah kandungan jirim sesuatu objek. 2. Terdapat beberapa alat pengukur jisim seperti alat penimbang, neraca tiga palang, neraca tuas.3. Kita selalunya menggunakan neraca tiga palang untuk mengukur jisim. Ianya mendapat nama neraca tiga palang kerana ia mempunyai tiga palang yang menunjukkan jisim yang berada pada setiap beam.4. Neraca tiga palang membandingkan jisim yang diketahui dengan jisim yang tidak diketahui dan ianya tidak dipengaruhi oleh gravity, tidak saperti penimbang spring yang mengukur berat. palang yang pertama mengukur jisim dari 0 hingga 10 grams. palang yang tengah mengukur dalam julat 100 grams dan beam yang akhir dalam julat 10 grams. Dengan menggunakan ketiga-tiga palang anda boleh mengukur jisim objek yang anda kehendaki.

Neraca Tiga Palang

Mengukur Arus Eleketrik / Voltan1. Terdapat 2 jenis alat mengukur arus elektrik / voltan, iaitu :Ammeter: Untuk mengukur jumlah arus elektrik Ammeter disambungkan secara siri dengan litar elektrik. . Bacaan skala maksikum adalah pesongan penuh skala. 2. Kebanyakan ammeter mempunyai skala berkembar. Ammeter adalah alat yang sensitif. Untuk mengelakan kerosakan ammeter langkah-langkah berjaga-jaga berikut perlu diperhatikan;i. ammeter mempunyai julat yang sesuai untuk mengukur arus.ii. jika arus yang diukur adalah besar daripada pesongan maksimun skala ,arus berlebihan akan mengalir melalui ammeter dan merosakkanya.iii. adalah penting untuk dimulakan dengan julat yang tertinggi bila menggunakan ammeter. iv. ianya adalah penting untuk menyambungkan ammeter dengan cara yang betul untuk mengelakkan kerosakan bila jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah. Terminal positif ammeter perlu disambungkan kepada terminal positif bateri atau punca kuasa. Begitu juga dengan terminal negatif ammeter. v. sebelum menggunakan ammeter pastikan jarum ammeter berada pada kedudukan sifar. Ini boleh dilakukan dengan melaraskan pelaras sifar dibawah jarum tersebut.

Voltmeter

Beza keupayaan merentasi 2 titik dalam sesuatu litar boleh diukur dengan menggunakan voltmeter. Voltmeter perlu disambungkan secara selari merentasi komponen yang di ukur. Langkah-langkah berjaga-jaga sama saperti penggunaan ammeter.B.Penggunaan dan pengendalian peralatan Sains1. Silinder penyukatMengambil bacaan pada aras mata di meniscus.2. MagnetPerlu disimpan bersama dengan penjaga magnet iaitu kepingan besi lembut.3. Termometer Pastikan thermometer tidak bersentuh dengan dinding bekas semasa mengambil bacaan 4. MikroskopCermin perlu dilaraskan supaya cahaya maksimum tertumpu pada specimen.Mesti mula dengan kanta objek kuasa rendah terlebih dahulu.Mesti memegang dengan kedua-dua belah tangan semasa memindahkan mikroskop.

C.Melukis gambarajah dan peralatan Sains dengan tepat

1. Lukisan memerlukan ketepatan dan berkadaran betul.2. Lukisan memerlukan garisan yang tajam dan tepat.3. Lukisan tidak perlu dihitamkan atau diwarnakan.4. Lukisan 3 matra tidak digalakkan

BAB 2: PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

Jenis dan Unit Pengukuran

Alatan : Pembaris, pita PengukurUnit: mm, cm, m, kmPanjangJarak antara dua titik

Alatan : Jam randik, jam loceng, jam tanganUnit: saat, minit, jamMasa Tempoh antara dua ketika

Alatan : silinder, bikar, buret, pipetUnit: milliliter, literIsipaduBesar sesuatu ruang

Alatan : termometerUnit: darjah Celsius (0C)SuhuSukatan darjah kepanasan sesuatu bahan

Alatan : neraca tiga palang, neraca springUnit: gram, kiligram

JisimJumlah bahan di dalam objek

Alatan : Ammeter, VoltmeterUnit: Amperes, VoltArus Elektrik

BAB 2: PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

Kemahiran Manipulatif

Silinder penyukatMengambil bacaan pada aras mata di meniscus.MagnetPerlu disimpan bersama dengan penjaga magnet iaitu kepingan besi lembut.Thermometer Pastikan thermometer tidak bersentuh dengan dinding bekas semasa mengambil bacaan Melukis gambar rajah dan alatan dengan tepatPenggunaan dan Pengendalian alatan Sains

Lukisan memerlukan ketepatan dan berkadaran betul.

Lukisan memerlukan garisan yang tajam dan tepat.

Lukisan tidak perlu dihitamkan atau diwarnakan.

Lukisan 3 matra tidak digalakkan

MikroskopCermin perlu dilaraskan supaya cahaya maksimum tertumpu pada specimen.Mesti mula dengan kanta objek kuasa rendah terlebih dahulu.Mesti memegang dengan kedua-dua belah tangan semasa memindahkan mikroskop.

BAB 3PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

BAB (3) : PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIFA. Mengendalikan specimen dengan betul dan berhati-hatiB. Membersihkan peralatan Sains dengan berhati-hatiC. Menyimpan peralatan Sains dan bahan kimia dengan betul dan selamatA.Mengendalikan specimen dengan betul dan berhati-hati1. Specimen hidup - haiwan Contoh: semut, lipas, belalang, kupu-kupu dan cacing tanah Perlu dikendalikan dengan cermat. Perlu diletakkan dalam bekas semasa membuat pemerhatian. Perlu dilepaskan ke habitat asal selepas kajian.

2. Specimen hidup - tumbuhan Perlu dikendalikan dengan betul dan cermat. Pemerhatian terhadap cirri-ciri fizakal perlu dijalankan di tempat tumbuhan itu berada. Jumlah sampel yang dipetik hendaklah mengikut keperluan kajian sahaja.B.Membersihkan peralatan Sains dengan berhati-hatiBahan kaca-Boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci yang sesuai.-Perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum menyimpannya.C.Menyimpan peralatan Sains dan bahan kimia dengan betul dan selamat1. Bahan kaca Tidak boleh disimpan di tempat yang tinggi . Tidak dicampur aduk dengan peralatan berat. Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di depan.

2. Bahan kimia Perlu disimpan di dalam botol yang sesuai dan dilabelkan. Alat elektrik Bateri-bateri perlu dikeluarkan sebelum penyimpanan.

3. Alat optik Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat yang kering untuk mengelakkan berkulat.

BAB (3) : PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

BAB 4KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MEMERHATI

BAB (4): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MEMERHATIDefinisi:Memerhati melibatkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena seperti mencirikan objek-objek, mengenalpasti perubahan-perubahan, persamaan dan perbezaan untuk memahami dunia di sekitar kita. Ia melibatkan pengukuran secara kuantitatif. Pengetahuan konsep tidak boleh dipisahkan daripada proses pemerhatian saintifik, kerana ia membimbing pemilihan dan pentafsiran pemerhatian yang dibuat. Ciri objek atau fenomena yang diperhatikan perlulah secara langsung dan bukannya daripada pengalaman yang lalu.Kemahiran berfikir:MencirikanMembanding dan membezaMenghubungkait

Petunjuk/ Rumusan:Menggunakan semua pancaindera untuk mendapatkan maklumat.Menggunakan perkakas atau alat untuk membuat pemerhatian tepat.Mengenalpasti persamaan dan perbezaan untuk membuat perbandingan.Mengenalpasti ciri-ciri khas pada objek dan persekitaran.Sedar akan perubahan pada persekitaranMengenalpasti susunan objek atau peristiwa.

Cara membimbing murid-murid memberi penerangan yang baik dan menyeluruh:Beri arahan kepada murid supaya fokus kepada objek atau peristiwa yang sedang dikaji dan kenalpasti ciri-cirinya.Beri peluang untuk mereka menyatakan pemerhatian kualitatif awal. Kemudian minta mereka memberi huraian secara menyoal atau memberi mereka alatan yang boleh membantu mereka menjalankan pemerhatian kualitatif atau kuantitatif yang selanjutnya.Jika berlaku sebarang perubahan dalam pemerhatian, murid perlu menyatakan apa yang telah mereka lihat sebelum, semasa, dan selepas kejadian berlaku dalam pemerhatian.Gunakan rujukan, merujuk kepada benda yang telah dikenalpasti oleh orang lain supaya penerangan menjadi jelas. Seperti langit biru, rumput hijau, awam putih untuk menerangkan warna biru, hijau dan putih.Apabila kita membuat ukuran, pemerhatian kuantitatif digunakan dengan penggunaan nombor. Contoh, 5 helai daun, 4 batang pokok dan 3 kilogram beras.

Contoh:1. Membuat pemerhatian ke atas gambar yang agak serupa dan cari dua gambar yang sama.Jawapan: A dan D2. Guru mengagihkan dua biji mangga kepada murid. Sebiji mangga yang masak dan sebiji mangga yang belum masak. Murid diminta mencatat pemerhatian mereka di dalam buku.Pemerhatian terhadap mangga masak: Bau: manisSentuhan kulit: Licin Rasa: Manis Warna kulit: Kuning

BADC

Pemerhatian terhadap mangga yang belum masak:Bau: MasamSentuhan kulit: Licin Rasa: Masam Warna kulit: Hijau3. Memerhati sifat-sifat fizikal pada haiwan. Huraikan ciri-ciri kedua-dua haiwan serta menghuraikan persamaan dan perbezaan sifat sifat fizikal haiwan tersebut.Persamaan: Kedua-dua haiwan mempunyai kaki dan berbulu.Perbezaan: Kambing tidak mempunyai paruh, manakala itik tidak mempunyai tanduk, dan telinga.

KakiTelingaBerbuluTanduk

Paruh

KakiBerbulu

BAB 5KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGELAS

BAB (5): KEMAHIRAN PROSES SAINS- MENGELASDefinisi1. Mengelas :Memerhati dan mengenalpasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena serta mengumpulnya berdasarkan ciri yang sepunya.2. Aktiviti pengelasan merupakan salah satu aktiviti penting dalam kemahiran proses sains bagi memudahkan data dibaca dan dianalisis.3. Aktiviti mengelas ialah mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya. 4. Mengelas boleh dibahagikan lagi kepada tiga jenis iaitu pengelasan binari, pengelasan bersiri dan pengelasa multistage. 5. Pengelasan binari ialah pengelasan dimana objek dibahgikan lagi kepada dua subset. Pengelasan ini selalunya melibatkan objek itu ada atau tiada ciri tersebut. Sebagai contoh, pengelasan haiwan dibuat kepada dua bahagian, bertulang belakang dan tidak bertulang belakang. 6. Pengelasan bersiri ialah objek dibahagikan mengikut urutan tertentu berdasarkan satu ciri. Contohnya, murid dikelaskan secara bersiri mengikut ketinggian atau berat.7. Pengelasan multi- stage pula, dimana daripada pengelasan binari ia dibahagikan lagi kepada beberapa pengelasan sehingga satu ciri diwakili oleh satu objek sahaja.8. Penguasaan kemahiran mengelas membolehkan menyusun sesuatu mengikut peraturan umum, belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang berdasarkan ciri- cirinya yang sedia ada, menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu objek atau peristiwa dan menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun.

BAB (5): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS-MENGELAS

KPS: MengelasPengumpulan objek / fenomena dengan cirri, kualiti atau sifat sepunya

Kebaikan Penguasaan KPS: MengelasPerkara Penting(semasa pengelasan)Menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk pengelasanMenghuraikan cara pengelasan yang digunakanMengumpul menggunakan pelbagai cara berdasarkan kriteria berbezaMenyusun sesuatu mengikut peraturan umumPengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusunBelajar sesuatu yang baru dengan mudah

Mengesan persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat

Mengumpul sesuatu berdasarkan ciri-ciri sepunya

AKTIVITI MENGELASTahun: 3Tajuk: Tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbungaBahan-bahan yang diperlukan:Pokok bunga keembung, pokok bunga raya, pokok bunga kertas, paku-pakis, cendawan dan kulat.Proses aktiviti dijalankan: Guru membawa semua murid keluar dari bilik darjah dan membuat pemerhatian semasa berjalan di sekitar kawasan sekolah. Selepas semua murid berada masuk semula ke kelas, guru mula menanya murid apa yang diperhatikan. Guru mula dengan aktiviti pengelasannya.

Bahagian (1):1. Guru telah mengumpulkan keenam-enam pokok dalam 5 beg kecil. 2. Setiap kumpulan murid diberikan sebuah beg yang mengandungi objek-objek tersebut. Kandungan setiap beg adalah sama.3. Murid dikehendaki mengelas objek kepada dua kelas dengan berdasarkan kriteria seperti berbunga dan tidak berbunga.4. Murid dikehendaki mencatat kriteria yang digunakan semasa membuat setiap pengelasan.5. Murid juga dikehendaki menyediakan carta pengelasan yang sesuai tanpa mempamerkan kriteria yang digunakan.

Bahagian (2):1. Setiap kumpulan murid diminta beredar ke tempat kumpulan-kumpulan yang lain dan memerhati carta pengelasan yang telah dibuat. 2. Murid diminta mengenal pasti dan mencatat kriteria pengelasan yang mungkin digunakan oleh kumpulan-kumpulan tadi.

Bahagian (3):1. Wakil dari setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan kelas untuk menerangkan kaedah pengelasan yang digunakan oleh kumpulannya.2. Murid-murid lain memberi reaksi berdasarkan catatan mereka dalam bahagian 2.3. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam menjayakan aktiviti ini.4. Guru boleh memberi ganjaran kepada kumpulan yang membuat pengelasan yang baik.5. Guru akan membimbing murid bersama-sama membuat rumusan sebelum mengakhiri topik ini.

BAB 6KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - BERKOMUNIKASI

BAB (6): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERKOMUNIKASIDefinisiBerkomunikasi 1. kemahiran menyampaikan maklumat atau idea kepada orang lain sama ada secara lisan atau berbentuk tulisan. 2. berkomunikasi untuk berkongsi pemerhatian mereka dengan orang lain. Komunikasi mestilah jelas dan berkesan jika seseorang itu hendak difahami maklumat yang disampaikan.3. Komunikasi berkesan semestinya jelas, tepat dan tidak kabur dan seterusnya mengguna kemahiran yang perlu dikembang dan diamalkan.4. Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan, penyebaran, dan perkongsian maklumat dan idea. 5. Anda sedang berkomunikasi apabila anda :a. Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau maksud.b. Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.c. Melakar atau mangambil nota.d. Mengguna atau menjelaskan makna symbole. Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.f. Menyoal dengan jelas.g. Mengguna rujukan.h. Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain mengulangi eksperimen tersebut.6. Idea berkomunikasi mengguna perkataan deskriptif dimana dua orang mempunyai atau berkongsi persefahaman. 7. Ada tiga langkah yang menunjukkananda sedang berkomunikasi apabila :i. Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.ii. Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan jadual.iii. Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.

8. Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita :i. Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan rasa) bukannya apa yang kita buat inferen atau andaian berkenaan sesuatu objek atau peristiwa.ii. Menjelaskan secara ringkas mengguna bahasa dan istilah yang tepat.iii. Menyampaikan maklumat dengan betul mengguna banyak pemerhatian kualitatif seperti yang dikehendaki oleh keadaan.iv. Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita sedang berkomunikasi.v. Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita sedang berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan komunikasi kita.vi. Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

9. Bercakap dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan dalam buku jurnal, menyusun data, membanding keputusan dan berkongsi dapatan adalah aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan cara berkesan untuk berkomunikasi. 10. Mempelajari mengguna alat komunikasi boleh membantu kanak-kanak membuat cara yang terbaik bagaimana berkomunikasibagi menyampaikan pemerhatian dan idea.

ALAT BERKOMUNIKASIBERKOMUNIKASISimbolBahasa BadanBahasa LisanGrafModelCartaPeta KonsepJadualPenulisanPetaMuzikLakaranPenomboran

AKTIVITI BERKOMUNIKASIAKTIVITI (1): MENJALANKAN PERMAINAN BAHASA BADANArahan:1. Guru meminta murid A untuk mengambil kad yang berada di dalam kelas.2. Kad-kad yang berada di dalam bekas itu adalah nama objek.3. Murid A tidak boleh mengeluarkan bunyi selepas dia mengambil kad tersebut, dia Cuma boleh melakonkan sifat objek itu, manakala murid lain diminta bmeneka apakah kad yang murid A dapat.4. Aktiviti dijalankan bergilir-gilir sehingga 8 kad nama habis dilakonkan.

AKTIVITI (2): MENULIS OBJEK DI PAPAN HITAMArahan: Murid-murid diminta menulis nama objek yang diteka di atas papan hitam.Selepas menulis, guru minta murid-murid membaca nama objek tersebut.AKTIVITI (3): MENGISI PETA MINDAArahan:Murid-murid diminta mengisi peta minda yang disediakan oleh guru. AKTIVITI (4): MENGISI JADUALSelepas itu. Guru boleh mengajar kandungan Sains Tahun 1 iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.BENDA HIDUPBENDA BUKAN HIDUP

AKTIVITI(5): LEMBARAN KERJAGuru membimbing murid membuat lembaran kerja supaya menguji sama ada mereka faham tajuk benda hidup dan benda bukan hidup.1. Benda hidup dapat _______,_______,_______,_______.2. Benda hidup memerlukan______,dan_______untuk hidup.3. ______,______,_____bukan benda hiduo kerana mereka _______.4. ______,______,_____adalah benda hidup kerana mereka _______.

BAB 7KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MERAMAL

BAB (7): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MERAMALDefinisi Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Pengalaman boleh merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pembuat ramalan. Data yang boleh dipercayai pula merujuk kepada set data yang dikumpulkan. Suatu kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia hanyalah tekaan. Ia boleh di klassifikasikan kepada : a) Interpolasi adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada tren atau corak yang diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan. b) Extrapolasi adalah ramalan data baru di luar atau menjangkau julat data yang diperolehi sebelum ini.Panduan ketika membuat ramalan:i. Menggunakan bukti atau data semasaii. Menentukan hasil mungkin dari tindakaniii. Yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuativ. Mengesahkan jangkaan daripada bukti dan pengalaman lepasv. Semakin banyak data yang diperoleh, semakin berkeyakinan untuk membuat ramalan.

Petunjuk meramal menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlaku menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru membezakan ramalan daripada tekaanContoh aktiviti kemahiran proses sains (meramal) Tajuk : Kebolehan objek menyerap airBahan Bantu Belajar : Bahan maujud kertas tisu, kain tuala, kertas surat khabar, beg plastik, duit syiling, span, pemadam. Contoh: Guru memasukkan span ke dalam bekas yang mengandungi air dan mengeluarkan semula span tersebut. Guru meminta murid membuat pemerhatian dan ramalan mereka. Seterusnya, guru menyimpan bahan yang tidak menyerap air dan meminta murid membuat pemerhatian dan ramalan.

BAB 8KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

DCBABAB (8): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBORDefinisi Membuat pemerhatian secara kuantitatif dan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Merupakan proses mencari setakat mana, atau sebanyak berapa sesuatu bahan. Melibatkan kuantiti dan menggunakan nombor. Asas ukuran ialah ulangan suatu unit berkali-kali. Untuk menguasai kemahiran mengukur, membuat anggaran adalah penting. Untuk membuat anggaran, benda yang dianggar itu dibandingkan dengan imej mental tentang sesuatu objek yang diketahui ukurannya. Alat ukuran terdiri daripada dua jenis iaitu piawai(pembaris, bikar, neraca dan sebagainya)dan bukan piawai(jengkal, kaki, hasta dan sebagainya).Petunjuk mengukur menggunakan nombor Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan Menggunakan nombor untuk merekod fenomena Membandingkan objek-objek menggunakan nombor Menggunakan alat dengan betul Mencatat bacaan dengan tepat Mencatat unit dengan betul Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor Menentukan kejituan ukuran tertentu Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

Contoh aktiviti kemahiran proses sains (mengukur menggunakan nombor)Tajuk : Keupayaan air mengalir melaluinya mengikut jenis tanah Rekodkan bacaan air dalam silinder penyukat di dalam jadual berdasarkan ujikaji yang dijalankan.

BAB 9KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - PERKAITAN RUANG DAN MASA

BAB (9): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASADefinisi Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat, dan jisim dengan masa. Merupakan konsep paling asas dalam sains fizikal. Kepentingan kemahiran ini:a) Menyedarkan kita bahawa setiap perubahan itu adalah mengikut masab) Membantu kita menyusun peristiwa mengikut kronologi Sebagai contoh melihat fasa-fasa bulan,memerhatikan perubahan fizikal kiub ais.

Petunjuk menggunakan perhubungan ruang dan masa Memperihalkan lokasi dengan masa Memperihalkan perubahan arah dengan masa Memperihalkan bentuk dengan masa Memperihalkan perubahan saiz dengan masa Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahan Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainan Menceritakan objek dengan merujuk kepada ruang dan masa melibatkan pemerihalan dan perbandingan objek berkenaan dari segi saiz, kedudukan, arah pergerakan, dan perubahan bentuk atau pola sepanjang suatu jangka masa.

Contoh aktiviti kemahiran proses sains (menggunakan perhubungan ruang dan masa)Tajuk : Hubungan antara pertumbuhan biji benih dengan masa.Sekumpulan murid telah menjalankan penyiasatan ke atas biji benih kacang hijau selama satu minggu. Keputusan yang dijalankan telah direkodkan seperti maklumat di bawah.Bahan/ Radas: biji benih, bekas, kapas

BAB 10KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS - MEMBUAT INFERENS

BAB (10): KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS -MEMBUAT INFERENSDefinisi: Membuat kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal. Kesimpulan awal yang dibuat mungkin benar atau tidak benar.Kemahiran berfikir:MenghubungkaitMembanding dan membezaMenganalisisMembuat inferensPetunjuk/ rumusan:Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat pemerhatian awal yang munasabah.Membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian.Mengenal had-had inferens.Menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan.Menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan.

Contoh: . 1. Guru meminta murid memerhati gambar di atas serta membuat inferens.PemerhatianMembuat InferensMeja dan kerusi disusun dengan kemas.Murid-murid di kelas ini baru menyusun meja.Kelas tersebut kelihatan kemas.Murid-murid di kelas ini baru menjalankan tugas kebersihan.Papan catatan mempunyai hasil tugasan murid-murid.Guru yang mengajar kelas ini pernah meminta murid membuat hasil pembelajaran.

2. Guru meminta murid memerhati gambar di atas serta membuat inferens.PemerhatianMembuat InferensPokok tersebut mempunyai banyak kertas semoga.Banyak orang suka membuat semoga di sana.Tempat itu adalah tempat membuat semoga.Orang yang tinggal di tempat ini suka membuat semoga.

BAB 11KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

BAB (11): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU -MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEH UBAHDefinisi:Dalam sesuatu penyiasatan atau situasi, terdapat beberapa faktor atau pembolehubah yang mungkin mempengaruhi keputusan penyiasatan tersebut. Oleh itu, kita perlulah menentukan pembolehubah yang relevan sebelum sesuatu penyiasatan dijalankan. Ia mempunyai tiga jenis pembolehubah iaitu pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah yang dimanipulasikan, serta pembolehubah yang bergerak balas. Pembolehubah yang dimalarkan adalah pembolehubah yang dikawal atau ditetapkan, Pembolehubah yang dimanipulasikan adalah faktor atau keadaan yang dimanipulasi atau diubah untuk menguji kesannya ke atas eksperimen. Pembolehubah yang bergerak balas adalah hasil eksperimen yang bergerak balas atau bertindak terhadap satu faktor atau keadaan yang berubah.Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pembolehubah bergerak balas. Pada masa yang sama pembolehubah yang lain perlulah dimalarkan.

Kemahiran Berfikir:MencirikanMembanding dan membezaMenghubungkaitMenganalisisPetunjuk/ Rumusan:Mengawal pembolehubah.Mengenal pembolehubah yang dikaji.Mengenal pembolehubah yang dimalarkan.Contoh:1. Mana satu nasi lebih sedap?Pembolehubah yang dimalarkan: Jenis nasi, masa yang digunakan untuk masak nasi.Pembolehubah yang dimanipulasikan: Kuantiti air Pembolehubah yang bergerak balas: Kelembutan nasi

2. Mengkaji sama ada pucuk tumbuhan akan mencondong keluar dari lubang kotak .Pembolehubah yang dimalarkan: Jenis tumbuhan, kotak yang sama saiz, tempat letak tumbuhanPembolehubah yang dimanipulasikan: Lubang kotak yang berlainan arahPembolehubah yang bergerak balas: Pucuk tumbuhan 3. Mengkaji kesan baja terhadap kesuburan tumbuhan.Pembolehubah yang dimalarkan: Jenis tumbuhan.Pembolehubah yang dimanipulasikan: Jenis baja, kuantiti baja.Pembolehubah yang bergerak balas: Ketinggian tumbuhan,

BAB 12KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENDEFINISI SECARA OPERASI

BAB (12): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENDEFINISI SECARA OPERASIDefinisi:Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikanKemahiran berfikir:MenganalogiMembuat gambaran mentalMenganalisisPetunjuk/ Rumusan:Mentafsir istilah dalam konteks pengalaman sendiri.Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.Contoh: 1. Apabila tumbuhan menerima rangsangan daripada persekitaran, bahagian-bahagian tumbuhan akan bergerak balas.Definisi yang perlu dibuat secara operasi adalah rangsangan dan gerak balas.Rangsangan: Cahaya matahari, airBergerak balas: Kedudukan pucuk dan akar.

Arahan:1. Guru menanya soalan: Bahagian apakah tumbuhan akan bertindak balas semasa cahaya matahari dipancar ke atas tumbuhan?Murid menjawab: Bahagian pucuk tumbuhan.Guru menanya soalan seterusnya: Bahagian apakah tumbuhan akan bertindak balas semasa air diberi kepada tumbuhan?Murid menjawab: Bahagian akar.Guru meminta murid mendefinisi secara operasi terhadap kedua-dua kejadian ini.Murid mendefinisi secara operasi bahawa apabila cahaya matahari dipancar ke atas tumbuhan, pucuk tumbuhan itu akan bergerak ke arah matahari, ini bermakna tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis. Apabila air disiram ke atas tumbuhan, akar tumbuhan akan bergerak ke arah air yang disiram supaya mendapat air.

2. Mendefinisi secara operasi terhadap bahan legap, bahan lut sinar, dan bahan lut cahaya.Membuat penyiasatan cahaya terhadap buku, tisu dan kaca.Bahan legap adalah bahan yang tidak membenarkan cahaya menembusinya. Contoh: buku.Bahan lut sinar adalah bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya. Contoh: kacaBahan lut cahaya adalah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya. Contoh: tisu3. Menyiasat kesan baja terhadap kesuburan tumbuhan.Definisi yang perlu dibuat secara operasi adalah kesan baja dan kesuburan tumbuhan.Pembolehubah yang bergerak balas adalah kesuburan tumbuhan, ia boleh diukur melalui panjang atau diameter batang, dan bilangan daun.Pembolehubah yang dimanipulasikan adalah baja, maka pengukuran boleh diuji adalah jenis baja ataupun kuantiti baja.

BAB 13KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENTAFSIR DATA

BAB (13) : KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU -MENTAFSIR DATADefinisi:Mentafsir data merupakan satu proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.Kemahiran Berfikir:Membuat kesimpulanMengitlakPetunjuk/ rumusan:Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya.Mengenal pasti pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh.Menyatakan hubungan di antara maklumat.Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan.Membuat ekstrapolasi berdasarkan data yang dikumpulkan.

Contoh: 1. Pertumbuhan biji benih. Kedua-dua biji benih diletakkan di tempat yang sama, beri 2 sudut air yang dalam sehari, diletakkan di atas kapas basah.Jenis biji benihMasa untuk ia bercambahKesimpulanA2 hariTumbuhan A adalah kacang hijau.B5 hariTumbuhan B adalah kacang merah.2. Keupayaan bahan menyerap air. Kuantiti kertas dan luas permukaan kertas adalah sama.Jenis kertasIsipadu awal air (m)Isipadu air yang tinggal di dalam bekas(m)Kertas tisu10070Kertas manila10080Kertas A410090Kesimpuan: Bahan yang paling menyerap air adalah kertas tisu.

BAB 14KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MEMBENTUK DAN MENGUJI HIPOTESIS

BAB (14): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MEMBUAT HIPOTESISDefinisi Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya. Hubungan antara pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimanipulasikan.Langkah menguji kesahihan hipotesis1. Mengenalpasti pembolehubah2. Merancang aktiviti/ eksperimen yang akan dijalankan3. Menguji hipotesis yang dibina4. Mengenalpasti maklumat/ data5. Membuat kesimpulan mengenai hipotesisPETUNJUK MEMBUAT HIPOTESIS mengenal pasti pemboleh ubah membuat inferens yang munasabah menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens Contoh aktiviti kemahiran proses sains (membuat hipotesis)Tajuk : Proses Hidup Manusia Membuat pengitlakan bahawa kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan dada. Membuat hipotesis. Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman kemahiran membuat hipotesis.

BAB 15KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENJALANKAN EKSPERIMEN

BAB (15): KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU - MENGEKSPERIMENDefinisi Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.Pelan eksperimen1. Objektif2. Hipotesis3. Langkah-langkah perlaksanaan4. Menyiasat5. Memerhati dan mentafsir data6. Keputusan7. KesimpulanPetunjuk eksperimen Membuat pemerhatian Mengemukakan soalan serta membuat inferens Membuat hipotesis yang boleh diujikan Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasi Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data Menganalisis dan mentafsir data Membuat kesimpulan

Contoh aktiviti kemahiran proses sains (mengeksperimen)Tajuk : Pengaratan Bahan Mengeksperimen bagi menentukan faktor yang menyebabkan pengaratan.Bahan/ Radas:3 batang paku besi, 3 tabung uji, Bahan pengering / kalsium klorida kontang, Air yang telah dididihkan, Air paip, Minyak masak, Rak tabung uji, Penutup gabus.

66