babanyonya

22
1 SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA Pengenalan Masyarakat Peranakan Cina dikenali juga sebagai Baba dan Nyonya dan mereka merupakan kaum menoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik dimana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Antara budaya masyarakat ini ialah mereka fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah kaum ini sebenarnya mempunyai pertalian darah keturunan Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya,sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain berbahasa Melayu, mereka mampu bertutur dalam bahasa Hokkien manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan bangsa Cina. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya berkahwin dengan wanita tempatan dimana anak lelaki yang dilahirkan dipanggil Baba manakala anak perempuan disebut Nyonya. Sejarah Peranakan Cina di Melaka Masyarakat Peranakan Cina atau Baba Nyonya wujud sejak kurun ke- 15. Pada kurun ini Kepulauan Melayu sedang mengeratkan hubungan dengan Negara-negara lain, terutamanya Negara Cina. Kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Upload: apan81

Post on 26-Jul-2015

780 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: babanyonya

1SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Pengenalan

Masyarakat Peranakan Cina dikenali juga sebagai Baba dan Nyonya dan mereka

merupakan kaum menoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Masyarakat ini amat

masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik dimana

resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Antara budaya

masyarakat ini ialah mereka fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengikut fakta

sejarah kaum ini sebenarnya mempunyai pertalian darah keturunan Melayu.

Kebanyakan mereka berpakaian kebaya,sarung dan sebagainya yang merupakan

pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain berbahasa Melayu, mereka mampu

bertutur dalam bahasa Hokkien manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan

mereka mempunyai banyak persamaan dengan bangsa Cina. Kaum ini kebanyakannya

berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika

Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Mereka datang ke Melaka untuk

berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya berkahwin dengan wanita tempatan

dimana anak lelaki yang dilahirkan dipanggil Baba manakala anak perempuan disebut

Nyonya.

Sejarah Peranakan Cina di Melaka

Masyarakat Peranakan Cina atau Baba Nyonya wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun

ini Kepulauan Melayu sedang mengeratkan hubungan dengan Negara-negara lain,

terutamanya Negara Cina. Kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho bersama

Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan

diplomatik.

Seterusnya, Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai

tanda penghargaan. Manakala para pengiring yang datang bersama Puteri hang Li Po

yang tinggal di Bukit Cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang

Melayu, maka dari itu lahirnya peranakan. Oleh disebabkan itu juga, kebanyakan

golongan Baba Nyonya banyak terdapat di Melaka.

Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosio-budaya

persekitaran mereka, maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan yang dilakukan

oleh masyarakat Baba ini. Misalnya, kebanyakan orang Cina yang dating pada ketika

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 2: babanyonya

2SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat Hokkien,

namun setelah lama kekal di kepulauan Melayu maka kebanyakan mereka dapat

bertutur dalam loghat Melayu.

Masyarakat Baba juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dan

kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan Tahun Baru Cina. Manakala dari

segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama Buddha, namun telah ramai

yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian.

Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi

masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka

seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan cara makan

orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan.

Bukti berlakunya percampuran gaya hidup masyarakat Baba dengan masyarakat

Melayu juga dapat diketahui melalui gaya pakaian yang dipakai oleh generasi Nyonya,

iaitu memakai pakaian kebaya dan kain sarong yang tidak ubah seperti wanita-wanita

Melayu.

Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan

masyarakat Baba, tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan asal-usul mereka.

Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kedua-dua pengantin

memakai pakaian yang indah dan berwarna warni berunsurkan warisan budaya Cina

tradisional serta kebanyakan rumah Baba dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional

Cina.

Seperti masyarakat Cina, masyarakat Baba dalam system keluarga juga lebih

memberatkan pihak lelaki atau nasab bapa. Walaupun anak lelaki lebih penting untuk

meneruskan zuriat namun anak perempuan tetap tidak diabaikan. Bagi masyarakat

Baba anak lelaki mahupun anak perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta

ibubapa mereka, anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara anak

perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi

menyara kehidupan seterusnya.

Masyarakat Baba dengan masyarakat Cina mempunyai paras rupa yang tidak

jauh berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan masyarakat Baba dengan

masyarakt Cina berdasarkan nama yang unik, iaitu nama tengan dan nama akhir

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 3: babanyonya

3SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

mereka akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Misalnya seperti nama seorang

Nyonya yang mempunyai nama tengah Kim akan berkongsi dengan adik beradik dan

sepupu perempuannya. Oleh itu, kebanyakan nama masyarakat Baba akan mempunyai

nama yang hampir sama dalam satu keluarga itu, contohnya Kim Ling, Kim Eng, Kim

Ping, begitu juga pada nama akhir prinsip yang sama akan digunakan.

Keunikan Masyarakat Peranakan Cina

Adat Perkahwinan Dalam Masyarakat Cina

Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati di dalam perkahwinan

mereka iaitu tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin

itu.Adat lain termasuklah ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana

kesucian gadis itu.Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga

rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan

pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya

manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan

saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta.Pelbagai persiapan harus dilakukan

dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan,

situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil.

Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan

mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan

antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi

diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat

perkahwinan mereka.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan

dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad

jemputan yang bersampul merah dan dihantar oleh ‘Pak Chindek’. Jemputan untuk

kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama

enam hari sebelum upacara perkahwinan.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 4: babanyonya

4SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang

labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi ‘kueh ih’ yang terletak

elok di dalam bakul nyonya iaitu bakul Siah. Untuk hari ‘kueh ih’ ianya juga dipanggil

‘sang ih’ yang bermaksud untuk memperkenalkan. ‘Ih’ pula adalah simbol bagi benda

yang baik untuk perkahwinan. Selain dari ‘Sang Ih’, tanglung, kain merah atau ‘chye

kee’ akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin juga perlu dan ia dipasangkan langsir, cadar baru yang

kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut diharumkan

dengan ‘Stangee’ iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga

dengan ‘potpouri’ yang dipenuhi dengan wangian daun pandan, bunga dan ia lebih

dikenali sebagai bunga rampai dikalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari

‘KhuihThiah’ iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga hari kupas bawang. Hari

tersebut adalah dibuka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang

menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘hari menyambal’. Kebiasaannya

mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal

ini akan dimakan bersama dengan nasi lemak pada hari kedua belas upacara

perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari ‘tumbuk tepung’ dan ‘Sang Jit’ diuruskan

dahulu. Tepung ini akan digunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang

goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu

disediakan ialah putu tekan berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu.

‘Sang Jit’ ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan pengantin

wanita. Antara barangan yang sering ditukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan

lain-lain.

Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin

perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan ‘serunee’ atau serunai

akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan dihias dan diandam

oleh ‘Sang Kheh Umm’ atau mak andam. Peranan mak andam adalah mengajar

pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki

pula akan dibantu oleh ‘Pak Chindek’ iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran

kad jemputan perkahwinan.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 5: babanyonya

5SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan dipersembahkan

ditempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya dipanggil ‘Sam Kai’ atau ‘Sang Kuan

Tai Tay’ yang mewakili syurga, bumi dan manusia.

Pada hari tersebut, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani

adat atau upacara ‘Chim Pang’.

Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan

pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang

lilin oleh kedua-dua ibubapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua

pengantin diketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang disediakan yang

berhadapan di antara satu sama lain.

Upacara ‘Choon Tok’ ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama

sebagai suami isteri. Pada hari ‘sah jit’ (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin

memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

Upacara ‘Chian Sia’ ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada

pihak pengantin lelaki. Pada hari tersebut pengantin perempuan akan memakai baju

kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan ditenun dengan

benang perak dan emas. Pada hari tersebut jugalah nyanyian ‘Dondang Sayang’ akan

dinyanyikan dan diselang selikan dengan lawak jenaka, pujian dan rangsangan.

Dua Belas Hari pula merupakan hari di mana tetamu akan dihidangkan dengan

nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak.

Nasi ini dikukus dengan kukusan kayu yang ditutupi dengan daun pisang. Orang yang

pakar dalam memasak nasi lemak dipanggil ‘Bibi Nasi Lemak’. Pada hari ini juga

rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

Chian Ching Kay, Che Umm merupakan makan malam untuk ahli keluarga si

mertua pengantin perempuan. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan

persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara

sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun, di

dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi

mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat Baba Nyonya, mereka

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 6: babanyonya

6SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang

tidak baik.

Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan,

namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba

dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang

mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika diteliti seakan-akan adatnya

bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini adalah

sesuatu yang menarik dan unik.

Agama dan Anutan

Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina

dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat

popular dikalangan remaja.

Pakaian

Pakaian ialah sesuatu yang diperbuat daripada kain. Pakaian masyarakat Baba

berbeza dari masyarakat Cina, malah lebih mirip dengan masyarakat Melayu, ini dapat

dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum Nyonya.

Pakaian berikut adalah seperti baju cekak musang antara pakaian yang hampir

serupa dengan baju kurung namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk

badan pemakai. Warna yang sering menjadi pilihan kaum Nyonya adalah seperti

warna-warna yang terang dan berbunga kecil seperti warna kelabu, putih, merah hati

adalah menjadi kegemaran utama. Baju cekak musang ini akan dipadankan dengan

kain sarong atau kain pelikat. Kadangkala, ada juga kaum wanita masyarakat Baba

yang meletakkkan kain batik di bahu untuk dijadikan selendang ketika memakai baju

cekak musang.

Wanita masyarakat Baba juga gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya

labuh ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis kerongsang dan dipadankan dengan kain

batik sarong, manakala rambut pula akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik.

Warna yang menjadi kegemaran untuk dipilih antaranya ialah biru muda, merah jambu

dan putih, dan pada kebiasaannya sulam bunga dibaju kebaya mempunyai warna yang

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 7: babanyonya

7SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

sama dan amat menarik. Baju kebaya labuh ini kelihatan lebih lembut dan nipis. Oleh

itu, ianya amat sesuai dipakai oleh golongan wanita muda masyarakat Baba supaya

kelihatan sopan.

Masyarakat Baba juga mempunyai baju khas yang perlu dipakai ketika hari

pertama dalam perkahwinan iaitu baju Koon. Baju Koon berukuran panjang dan labuh

serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu. Ketika memakai baju ini, rambut

akan dihiasi berbentuk sanggul bunga yang dihiasi dengan ikatan dipanggil buntut

belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat.

Manakala, pakaian yang selalu dipakai oleh lelaki masyarakat Baba ialah teng

sah beh kuah iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat

kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju ini dinamakan teng sah

yang bermaksud baju labuh panjang, beh kuah pula membawa maksud baju pendek

yang dipakai diluar teng sah.

Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat baba ialah kasut

manek. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manic

kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manek tradisional

ini sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar

Peranakan dan sarong batik. Kini kasut manek diberi rekaan moden serta ditambah

tumit.

Bahasa

Bahasa Baba ialah sejenis dialek Bahasa Melayu yang dituturkan oleh

masyarakat Baba di Malaysia. Pada dasarnya,bahasa Baba ialah satu bahasa

campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu

bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa

Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa

yang berasingan.

Antara antara perbezaan ini adalah bahasa Baba telah menyerapkan banyak

perkataan Cina, umpamanya lai untuk datang dan banyak lagi kecenderungan ke arah

sintaksis Hokkien khususnya bagi idea-idea yang abstrak yang tidak difahami oleh

masyarakat Melayu.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 8: babanyonya

8SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Masyarakat Baba tidak mengetahui akan kebanyakan perkataan dan sintaksis

Bahasa Melayu. Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan Bahasa Melayu

termasuk juga bahasa Hokkien. Masyarakat Baba menggunakan peribahasa Cina

dengan lebih meluas berbanding peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu.

Umpamanya, “Ibubapanya sedang makan di meja” disebut “Dia punya mak bapa

ada dudok makan do sblah punya mejah”. Selain itu, mereka menggunakan kata

ganti ‘ini’ dan ‘itu’ mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.

Perkataan-perkataan Kata Ganti Nama yang selalu digunakan adalah seperti

saya untuk goa, anda untuk lu, dia untuk i dan kita wa lang.

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara

semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik dan abang. Contohnya,

ayah untuk ‘ntia, datuk untuk ‘ngkong, kakak untuk tachi, bapa saudara untuk impek,

adik bapa untuk nchek dan suami kakak untuk chau.

Perkataan-perkataan yang berkaitan rumah pula seperti ibu rumah untuk tian,

kawasan tengah tanpa bumbung untuk chimci, tingkat atas untuk loteng, serambi

dalam untuk pangkeng, serambi luar tanpa bumbung untuk la-pen, lampu untuk teng

atau tanglung, meja untuk toh, permaidani untuk tanak dan cat untuk chat.

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu kecuali barangan jenis Cina

seperti teko untuk tekuan, sudu sup untuk tngsi dan cerek untuk teko.

Terdapat satu pengecualian iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu,

“sepit” iaitu penyepit. Masyarakat Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara

memasak kecuali mengukus yang dipanggil tim. Bagaimanapun, kebanyakan masakan

mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai dan sebagainya.

Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan agama menunjukkan satu lagi

aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba contohnya tokong disebut

bio, tokong besar atau dewa cina disebut tokong iaitu mungkin daripada nama dewa,

Tua Pek Kong, membakar colok disebut sio-hio dan melutut disebut kui.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 9: babanyonya

9SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Masakan Baba dan Nyonya

Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba.

Antaranya seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antara

masyarakat Melayu dan Cina. Bagi masyarakat Baba, mereka akan makan

menggunakan tangan seperti masyarakat Melayu tetapi amalan ini hanya dilakukan di

rumah sahaja. Mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat

Melayu. Masakan masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyonya kerana jenis

masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu. Misalnya seperti

ayam kapitan iaitu sejenis makanan yang dimasak sehingga kering tanpa berkuah.

Masakan ini kebiasaannya dimasak pada waktu makan tengahari dan juga dihidangkan

ketika menyambut perayaan.

Selain itu, makanan yang menjadi kegemaraan adalah seperti inci kabin iaitu

ayam goreng cara Nyonya, pindang bandeng iaitu kuah ikan, itik tim iaitu itik yang

dimasak dengan sayur jeruk, itik sioh iaitu itik yang disalut rempah, pang-teh bak-wan

kepiting iaitu babi cincang yang dicampur dengan sup ketam, nasi lemak dan banyak

lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun ianya akan menjadi

lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut sebarang perayaan.

Selain itu, masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan hanya akan

dihidangkan pada majlis-majlis tertentu misalnya, seperti masakan mi sua tau, ia dibuat

dengan menggunakan mi khas. Mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang

istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan

umur. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau ini bersama dengan

nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang.

Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian

daripada masyarakat Baba secara keseluruhannya, bahkan kuih muih masyarakat Cina

dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba misalnya, kuih

muih Cina iaitu kuih bakul, pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah adalah

antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. Buktinya seperti kuih bakul yang

menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang diamalkan

oleh masyarakat Baba. Kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey yang diperbuat

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 10: babanyonya

10SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

daripada tepung yang dimasak dengan gula. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih

tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang.

Kuih muih masyarakat Melayu yang digemari dan lazat ketika mengadakan

perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol, wajik, tapai dan bahulu.

Segelintir masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih muih masyarakat Melayu

kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat dengan masyarakat Melayu.

Namun begitu, bagi masyarakat Baba, dodol yang dibuat dengan menggunakan

beras ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang

dikilang dan dijual di pasaran.

Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu.

Manakala kuih bahulu yang dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan

masyarakat Melayu kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik berbeza dengan

masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam. Namun begitu, ianya tetap

menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Cara pembakaran bahulu pula agak unik

kerana bahan api perlu diletakkan dibahagian bawah dan atas acuan untuk memastikan

bahulu masak dengan sempurna.

Kepercayaan Dan Pantang Larang

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh.

Kebiasaannya mereka pergi berjumpa dengan bomoh apabila seseorang bayi sentiasa

menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka disampuk

oleh jin atau hantu. Tujuan mereka berjumpa dengan pawang tersebut adalah untuk

meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada

mengganggu anak mereka.

Demikian juga, ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja.

Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh

pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki

membawa barangan yang diperbuat daripada besi antaranya pisau untuk menakutkan

hantu.

Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam

perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’,

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 11: babanyonya

11SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air

penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi iaitu bapa kepada bayi dalam

kandungan tidak boleh melakukan pekerjaan yang ‘keras’ seperti menyembelih ayam

atau membunuh binatang terutamanya ular, monyet dan anjing kerana dipercayai badi

binatang tersebut akan terkena pada anaknya.

Pantang larang ini bertujuan untuk menjaga keselamatan ibu dan anak dalam

kandungan. Kandungan anak pertama dianggap sebagai penentu bagi kandungan yang

seterusnya. Sekiranya kandungan pertama bermasalah berkemungkinan kandungan

selepasnya juga akan menghadapi masalah. Selain mematuhi pantang larang ibu yang

hamil juga dikehendaki menjalani beberapa ritual yang lain, antaranya adat melenggang

perut apabila ibu tersebut mencapai kandungan 6 bulan.

Hari-hari Perayaan Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba dan Nyonya meraikan beberapa perayaan antaranya Tahun Baru

Cina, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah, Tung Chek dan

Perayaan Bulan Mei.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut dengan meriah dan

secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Tarikh masyarakat Cina disambut

berdasarkan pengiraan takwim orang Cina. Tarikh perayaan Tahun Baru Cina disambut

berdasarkan pengiraan takwim orang Cina yang berdasarkan sistem lunar iaitu

pengiraan mengikut peredaran bulan. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada

bulan pertama takwim orang Cina. Perayaan ini dikatakan lebih menyerupai perayaan

musim menuai padi pada zaman kuno dahulu. Mengikut beberapa lagenda pada zaman

purba dahulu masyarakat Cina bermastautin dan bertani disebidang dataran yang subur

dan hidup aman dan damai. Malangnya seekor raksasa ghaib akan datang menyerang

membunuh penduduk serta membinasakan harta benda mereka pada malam musim

sejuk dan akan mengulangi serangannya setelah matahari terbit 365 hari. Akhirnya,

seorang yang bijaksana mendapati bahawa raksasa itu Cuma takut terhadap tiga

perkara di bumi iaitu bunyi, cahaya dan warna merah. Raksasa itu dinamakan Nian.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 12: babanyonya

12SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Oleh sebab itu, masyarakat Cina akan membakar mercun untuk mengeluarkan bunyi,

pelita dan dian dinyalakan dan warna merah dijadikan pilihan utama.

Namun begitu, pada masa kini, lagenda itu telah diluputkan dan masyarakat

Baba akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti

membuat kuih muih dan pelbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan

saudara mara sebelum Tahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum

menyambut Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera.

Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam

tersebut. Pelbagai jenis makanan akan disajikan di atas meja yang besar. Selepas itu,

mercun akan dibakar sebagai tanda kemeriahan. Pada keesokan paginya masyarakat

Baba akan bersembahyang untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun

tersebut.

Selepas itu, sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai

juadah serta buah limau mandarin yang menjadi lambing Tahun Baru Cina. Kepada

mereka yang telah berkeluarga adalah diwajibkan untuk memberi angpau kepada

mereka yang masih bujang.

Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek

Kong juga diraikan oleh masyarakat Baba. Masyarakat baba akan melakukan perayaan

ini pada hari keempat perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian

pintu rumah akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih

dan warna putih dan merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba akan

menghidangkan peralatan sembahyang datok pauh iaitu tiga cawan air the, dua batang

lilin dan 12 batang colok. Ketika ini masyarakat Baba akan berdoa supaya dipanjangkan

umur dan dimurahkan rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek

bagi masyarakat Cina.

Upacara Sembahyang Bulan juga adalah salah satu perayaan yang diamalkan

oleh masyarakat Baba. Upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran bulan.

Menurut dalam kepercayaan masyarakat Baba, perayaan ini akan disambut pada 15

haribulan lapan dalam kalendar Cina. Sembahyang Bulan dilakukan di dalam rumah

akhay-akhay iaitu rumah kecil di halaman rumah yang dihias cantik. Semasa upacara

itu dilakukan, berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 13: babanyonya

13SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

jenis makanan yang lazat dihidangkan. Kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan

dikelilingi oleh makanan yang lain seperti kuih wajik, dodol, kuih dodol, the cina dan

sebagainya. Ketika itu masyarakat Baba akan berdoa semoga bulan sentiasa memberi

cahaya kepada mereka.

Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua

dalam kalender Cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng

Beng beberapa helai kertas Perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja

roh yang dipercayai hidup di kubur.

Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas

emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh

yang telah mati terutama nenek moyang mereka.

Kesenian Dan Peralatan Masyarakat Baba dan Nyonya

Kesenian masyarakat Baba kebanyakannya mempunyai motif yang berasal dari

Negara China. Namun begitu, corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh

Melayu atau Islam. Perhiasan masyarakat Baba kebiasaannya diukir dengan hasil

ukiran yang halus dan ukirannya timbul. Misalnya kerongsang, tali pinggang dan

penyucuk sanggul.

Peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran menarik ialah pada

porselin. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya.

Porselin ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya.

Porselin ini merupakan peralatan khas digunakan untuk kegunaan Baba atau Nyonya di

Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong di Negara China. Oleh

itu, peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik

jenis ini ialah lukisan burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan, gabungan

lapan jenis benda berharga serta bunga botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya

mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba. Ini adalah kerana porselin kaum

Nyonya kebiasaannya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau

dan kuning.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 14: babanyonya

14SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Masyarakat Baba mempunyai peralatan khas yang digunakan untuk

menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang the tembikar berenamel warni-warni

yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan dan biasanya akan

digunakan ketika minum the pada hari perkahwinan.

Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan khasnya seperti

hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat daripada buluh,

kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit di dalamnya diisi dengan pelbagai

juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat. Corak

hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya.

Penutup

Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan

yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya

keunikan budaya mereka tidak semakin dipinggirkan.

Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah

dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu. Hampir keseluruhan aspek

kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya

telah diamalkan dalam cara hidup mereka disebabkan oleh akulturasi inilah maka

kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik.

Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta

menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan

yang berbilang dalam sebuah Negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan

perpaduan rakyat itu sendiri.

Dapat diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal

dari asimilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang

mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan

masyarakat Baba.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 15: babanyonya

15SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas, ternyata bahawa apa yang dikatakan budaya Baba adalah

budaya sekelompok Cina di Melaka yang telah menerima dan menerapkan beberapa

aspek budaya Melayu ke dalam cara hidup mereka, disamping terus mengekalkan

bahagian-bahagian tertentu seperti kepercayaan Cina. Baba lebih bersifat kecinaan

berbanding dengan orang Cina jati. Keadaan demikian juga memungkinkan unsure

kebabaan itu telah mengalami proses kecairan dan telah bergerak kembali ke

pangkuan budaya Cina.

Sejarah Baba sendiri memperlihatkan bahawa mereka adalah kaum yang

sentiasa cair dari segi budaya. Kaum imigran sering bersifat pragmatik untuk

meneruskan kelangsungan hidup mereka. Salah satu sifat pragmatik ialah bersedia

mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran baru baik persekitaran tempat

mahupun waktu. Ketika terpaksa berhijrah sendirian, mereka memilih pasangan

tempatan. Hidup dalam lingkungan masyarakat Melayu, mereka perlu menjadi Melayu,

setidak-tidak dari sudut luaran. Mereka belajar dan bercakap menggunakan bahasa

Melayu kerana ia menjadi lingua franca.Mereka menerima kesenian dan adab Melayu

supaya boleh diterima oleh masyarakat Melayu.

Berikutan dengan perubahan yang berlaku itu, boleh dikatakan kesemua ciri-ciri

budaya Baba seperti bahasa, kesusasteraan, kesenian dan beberapa tabiat ‘halus’

tidak berguna lagi. Untuk mereka menjadi Melayu boleh dikatakan tidak mungkin

kerana mereka perlu memeluk islam.

Untuk menjadi orang Islam agak payah kerana sudah sekian lama mereka

berpegang teguh kepada kepercayaan oleh kaum Cina. Jalan yang paling terbuka ialah

kembali membina semula jatidiri Cina.

Dari segi kepercayaan dan adat istiadat, dari awal lagi kaum Baba tidak

mengubah tradisi asal Cina. Kepercayaan dan adat tersebut terus menerus di amalkan

sehinggalah sekarang. Unsur budaya Melayu yang diterapkan dalam cara hidup

mereka ialah hal-hal luaran seperti bahasa, pakaian dan makanan.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

Page 16: babanyonya

16SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Budaya Baba masih wujud tetapi pada lapisan dalam. Kalau menggunakan

istilah antropologi atau linguistik, budaya Baba itu berada pada struktur dalamannya.

Masih ada kaum Baba yang bangga

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)